Senin, Agustus 31, 2009

Windows 7.

ramadhan ke 10.



first sekali saya nak bagi heboh satu dunia, saya dah join skali guna win7. KAH KAH KAH. so far dah boleh install photoshop cs3. heh saya rasa benda paling penting kena ada adalah photoshop cs3 T_____________T

last 2 week heboh satu twitter pasal win 7. saya pun macam heh apa yang best sangat win 7 neh? tsk T______________T bila saya tengok rakan kelas saya, matju yang kacak dan tampan bergaya menggunakan win 7. terus hati berontak rasa mahu juga. jadi this week bila balik, abang saya kecoh pasal win 7. ye lah kecoh² pun sila upgradekan lappy adik kesayangan awak ni.

saya dah gila dengan theme yang berwarna pepel ini. sila jeles HAHAHAHA.



latest pic yang saya godeh dalam lappy. ada satu pic yang saya rasa fuhh T______________T. gambar ini bukan saya yang capture. teman saya yang capture. lawa kan? act lagi gelap sebenarnya, biasa lah kamera power pehh :D

*lokasi gambar ini di pusat pelajar unisel.


Selamat Hari Merdeka ke-52 MALAYSIA

*heh, entry paling pendek di alam semesta ewahh :P babai.

Sabtu, Agustus 29, 2009

gadis emosi.

ramadhan ke enam.


first entry kene ada muka sendiri walaupun agak kekuningan HAHA

clas i v pack semalam. dari pukul 8.30am i balik pukul 10.30am then sambung tido. class pukul 2pm i pegi class, pkul 4pm i balik tido. nasib baik clas pkul 8.30pm i tak tido before tu kalau tak mmg lah kan. mmg lah apa pun tah la kan.

keadaan hujan pada petang sampai malam sampai ke masa i tengah menaip ini mmg syok lah. sampai nak pegi bazar pun malas bawak payung lepas tu abis basah jadi seksi nasib baik tak seksi ehem acik zety jer terseksi sket sbb blakang dia basah bentot KAH KAH KAH.


heh sejak i kenal zety ni kan, macam² weird words yang dia ajar i dgn ayun. serius.

kamus zety.

peha = paha.
senget = sengit.
pingu = pengu.
bontot = bentot.
dll. *i lupa tsk.

so semalam punya juadah i baru dapat update sebab nak edit gambar semua memakan masa yang lama ya adik² HAHAHAHAHAHHA. padahal i ta dapat online semalam *sedih* T_____________T


makcikkk, laksa makcik sedap gila sampai kering kuah dia saya kejekan tsk

dalam hujan itu, i sempat lah beli belah di kawasan bazar yang ramai orang termasuk klon bakal suami zety. heh masa i dengan acik ika beli air boleh pulak die terkaget sesorg tengok klon tersebut. padahal kami nak cepat sebab hujan. abis basah i tahuuu? +_________________+


nasib baik tepung pelita dadih ni sedap, HAHAHA

kelmarin i tak dapat makan tepung pelita yang sedap gila so hari semalam i pegi cari. dan kali kedua i hammpaaaaaaaaaaa T_____________T sebab budak tu kata tak sempat buat. hoi sedih gila tahu? rasa mcm nak campak semua makanan yang dia jual HAHAHHAA sabar sabar, bukannkah anda puasa? tsk so i pun dengan rela hati beli tepung pelita yang berperisa strawberry campur durian. anda percaya ianya tepung pelita?



dalam class QC pukul 8.30pm i boring gila malas nak layan lecturer sebab ngantuk and kecewa tak dapat beli tepung pelita sedap dan tengok tower 13 T___________T tapi makcik dua org ni mmg hyper i cakap sama u, mmg hyper sbb mereka ni emosi kuat. asik gaduh dalam class. smpai enfairuz yang kiut boleh cakap ' saya faham, perempuan mmg tiap bulan emosi' +____________+ i juga yang jadi kemalu-maluan. KAH KAH KAH


selamat berpuasa hari ke 7 ramadhan :)

Kamis, Agustus 27, 2009

pelangi ramadhan.

ramadhan ke empat.



suasana bazaar dekat unisel mesti sesak selepas pukul 6. memang sesak sampai nak beli belah lepastu ramai lah lelaki kacak yang tak berape penah nampak (heartbeat) KAH KAH KAH eh. pegi bazar untuk cuci mata ke hape mineh neh? tsk T_T


tapi seronok sebab unisel ada buat bazaar. I buat survey (apa kata survey?) banyak U takda bazaar kan? so specialnya unisel adalah mereka menyediakan bazaar ramadhan untuk student yang terlebih limit. KAH KAH KAH kesian student terlebih limit kene berebut beli makanan. kadang² kerakusan membeli sampai hilang keayuan T_____T


menangis i, sebab terlampau sedap. KAH KAH KAH

tapi akhir nya i berjaya juga merembat sebuah kuih kegemaran i, setiap bulan ramadhan adalah wajib mencari kuih itu. i ta suka panggil kuih tepung pelita sbg kuih tepung pelita, i slalu panggil kuih sampan, tiap² hari mest kene ade, lepas bebuka mula lah bebel kalau kuih tu tak sedap tapi malangnya semalam i pegi semula mencari namun i hampa T___T



keyword untuk 25.08.09. siapa lah yang search fwzynn jumpa eny, liyanaa.com jumpa eny ngan rara serius terharu. ada orang cari i masa i dating dgn rara and eny. AHAHAHHA tapi i rindu nak jumpa dorg lagi tsk +_______________________+

Senin, Agustus 24, 2009

Puding bandung berendam.

*i bagi amaran dlu eh. dilarang mentengok entry ini sampai habis kecuali kuat semangat HAHAHA


hari pertama ramadhan. i dah ada dekat gombak. mana boleh lepas bersahur dan berbuka hari pertama dengan family. kenott lepas lah kan even balik jumaat pukul 6 pun i dah siap pesan suruh amik i dekat unisel tu tiap minggu untuk bulan ramadhan saja HAHAHA keji gila gadis ni tsk



jadi hari kedua ramadhan, i nak share dengan u, satu resipi turun temurun sebagai pencuci mulut. pencuci mulut adalah dessert(atau nama lain kue-kue, confirm i pegi check kamus indonesia tau =_+) dan bukan desert(gurun pasir atau padang HAHA) eh nak cuci mata pun boleh sbb i suka colour pencuci mulut ini tau. betul punya suka sampai ta sabar nak masuk dalam mulut dan merasa kesedapan susu dan sirap. ewahh, orang tengah puasa i boleh buat entry resipi pulak kan HAHAHAHAHA.



okay first, sediakan sebungkus roti, sebungkus roti yang pendek atau panjang, apa² jenama pun ta peduli. ikut suka anda sendiri ^___^. setiap keping roti, di sapu marjerin ya. selepas menyapu penyapu marjerin, di potong secara dadu atau kecil² lah. selepas itu ketepikan.



kedua. buat air sirap bandung. tahu kan? ambil sirap dan susu pekat, masuk kan ke dalam jug eh, buat secara pukal, kemudian rasa lah manis cukup kah(tidak boleh merasa di bulan ramadhan sebelum azan maghrib,batal puasa HAHA) atau kurang pekat tambah lagi sirap. sampai betul² puas hati dengan kecantikkan air sirap bandung itu heh.


ketiga. masukkan roti yang di sapu marjerin dan dipotong dadu kedalam tupperware yang besarr. tak perlu loyang untuk dibakar. tak perlu. kemudian terus tuang air sirap bandung kedalam roti yang disapu marjerin dan dipotong dadu tadi. pastikan air sirap menutupi setiap penjuru roti. biar roti itu dalam keadaan lemas HAHA

kali ini, sirap bandung dia agak kurang, tsk +___+

keempat. masukkan terus ke dalam refrigerator dan tunggu sehingga waktu berbuka. bila dengar azan, boleh lah terus merasa kesedapan roti bandung aurora beradu yang diwarisi turun temurun ;p

kalauu rasa roti biasa agak lembik, boleh guna roti french atau roti boy(haha tak pernah guna roti boy) ikut suka hati anda lahh dan, nama entry sangat ta blahh, semacam badak berendam pun ada HAHAHAHA adoi jap nk gelak. macam mana boleh tercetus idea bandung berendam neh tsk. dan juga hari ini nak pegi bazar cepat sedikit dr semalam sebab dah mengidam sangat dengan tepung pelita T____T

baiklahh. selamat berpuasa smua.

:bofu_12:

jangan curi makan.
:bofu_32:
jangan korek idong.

:bofu_05:
jangan buat perkara ta senonoh tsk

:bofu_41:
jangan muntah dengan sengaja
:bofu_48:
jangan masukkan sesuatu ke dalam lubang eh rongga bdn eh +___________+ keliru dengan ayat ini tsk

:bofu_03:
korek gigi lepas makan adalah wajib. HAHA

Kamis, Agustus 20, 2009

ketawa itu ubat.


i suka ubat hisap tu :P

selepas entry i demam tsk ke udara, semua pun memberi pesan yang sama, pegi check doktor. pegi check doktor. pegi check doktor. dan pegi check doktor.okay lah fine i pun pegi check doktor. eh awak gila nak i check doktor tu padahal i yang sakit. apasal kene check doktor pulak? apalah salah doktor tu kene check padahal i yang sakit. +__________________+

terima kasih yang ta tehingga kepada tira kerana menghantar i ke klinik tsk. masa dekat klinik kan, kitoerg boleh bergurau senda sampai i rasa macam ta demam langsung tauu, bila begelak ketawa kepala jd ringan semangkuk tahu? jadi bila demam sila ketawa sampai kepala hilang eh bukan kepala jadi ringan ya :O

bila i bertemu doctor and doctor tu check i (baru betul i kene check, ni suruh i pegi check doctor tsk +____+) suhu badan i 37.2 masih okay lah tu, belum panas betul lah kot. KAH KAH KAH. tapi saya bersyukur dapat teman² yg begitu ambil berat terutama raracandyfloss yang manis. syazwan yg cute and aizat yang gilakan azwan ali. amboi amboi amboi :P

bila dah demam ni kan, rasa macam nk suruh fwz tukar jadi doktor pulak. KAH KAH KAH. mase mula² sakit, malas gila nak pegi jumpa doktor. auwww saya risau doktor geram dgn saya tsk. tapi kene mrh dengan fwz. i cakap malas sebab takut kene kuarantin ke apatah, lepastu dia kate takut kesihatan ke kuarantin, terus mcm tersentap tsk +___________________+

so today i dapat rasa hidung makin lega walaupun ada kesan² ingusan lagi KAH KAH KAH.
tapi hari ni dh start batuk pulak tsk tasuka betul la. eh eh btw hari ini sangat busy lah. dari pukul 8.30 pagi sampai 10malam i akan ada class T_T

btw kalau ada rezeki, i nak update resipi lah. nak tak nak tak? :P

Rabu, Agustus 19, 2009

i demam tsk.


(dekat kampung, masa ni nak dekat maghrib, baru balik dari pasar malam)

class dah start. semalam cuma class QC(quality control) dengan Electronic. class QC sangat best cuma 6 student je serius best. lepastu tengok silibus kene mengira smua mcm seronok. guna calculator sangat fun dari membaca, walaupun kadang² I tergabra² nak mentekan calculator tu sampai tertinggal di belakang padahal orang lain dah sampai ke garisan penamat ke apatah HAHAHA.


jom layan snickers time demam² cmni tsk +______+

today(rabu) cuma ada satu class. Autocad(eny confirm tahu kn? HAHA). act course diploma computing industrial ni more to engineering and IT. so mcm tengah² la. semalam cik amy tanya time sesi berkenalan. kenape kamu ada dalam KI(komputer industri), i selamber je cakap 'saya ta tahu pape pun psl ni, unisel tawarkan tu yg trus kekal sampai skrg. even tatau ape mende course ni, alhamdullilah ni dh final sem. tak de extend sem lg :)' so cik amy kate, org yg cemerlang in math and science je terpilih. yeke? i cemerlang ke? HAHAHA


amboi² muka budak demam rindu dekat mama tsk

I dah start rasa nak demam, semalam seharian i bersin, mula² okay la tekak ta sakit lagi. tp sekarang i dh rasa sakit tekak, kepala pusingg aww. en fairuz buat lawak ayam kata I kene hsatunsatu. omaigoat tamo la kene kuarantin ke apa tah, jauh la dari aku.

dah lah tengah sedih, ta dapat serumah dgn coursemate and ayun, rindu kan mama pulak. tsk +______________+




Sabtu, Agustus 15, 2009

kipas hello kitty.



sekarang I still dekat gombak lagi, bukan dkat unisel tauu. semalam memang pegi register unisel. konon semangat dapat duduk rumah sama dengan coursemate and ayun tapi jana niaga cam taik buat rule baru die tetapkan rumah. so i dgn coursemate dipisahkan. tsk dah lah di pisahkan, dorg siap bagi i rumah tingkat empat, yaa tingkat 4 dan tingkat 4 dan tingkat paling tinggi adalah empat empat empat empat empat 4 4 4 4 (kah kah kah mcm annoying kan cakap empat banyk kali tsk, mmg suwei eh lupa i lahir 4 march so itu adalah tuah)

malas nak cerita pasal empat atau 4 di dalam entry yg supposely kene happy sebab first time, i repeat, first time i dpt parcel. cepat bershuffle dengan i, i pasang lagu bercanda di pasiran pantai nyanyian ahmad zizan nin dan aina sarawak +_____________+



okay suppose semalam i dah terima parcel tu tapi i kan busy register bagai so tengahari tadi baru lah tadi i dapat sentuh bungkusan yang di balut cantik dengan menggunakan wrapper warne biru siap ada sticker hello kitty. nasib baik wrapper tu bukan hk kalau tak dh sayang sgt2 nk koyakkan :( ehh i koyak skit je laaaa i bukan rakus sgt HAHAHA

serius jantung sangat berdegup kencang sampai rasa nak tercabut² dah, abis retak tulang dada i tau KAH KAH KAH comel gila perasaan macam nak pegi berperang ke apatah tsk.i pun tarik lah item yang ada dalam bungkusan, i belum buka lagi tau kotak itu tapi semerbak bau wangi sangat sampai hidung melekat dekat kotak punya lah kuat tarikan bau dia hahaha :P

dua item yang i suka sangat rasa macam nak menjerit sebab apa nak menjerit nih? i dapat hello kitty tauuu, uolss kan tahu i peminat hello kitty, siapa tak minat hello kitty pegi lah terjun longkang(apa motif suruh terjun longkang pun tidak tahu mungkin untuk menyatakan bahawa wajib meminati hello kitty sebab i pun minat kah kah kah +_______+)



okay first item adalah bende yang i sangat nak. maksudnya sekali pandang terus suka. padahal pandang guna belog saja pun saya suka HAHA. akhirnya i dapat juga pegang, cium dan memiliki sebuah kipas yang comel gila. kalau nak guna kene putuskan kepala HK tu tau, baru boleh guna. kejam betul kan? KAH KAH KAH +_______________+

bila kipas berpusing² kan satu haruman yang sangat wangi tauu akan menerjah ke lubang hidung anda kalau ta percaya meh la dating dgn i, nanti i bawak la kipas ni hahahahaha T_T mesti sedih kan ada gadis desperate macam ini hahaha.




kedua, si pengirim yang cun melecun ada bagi i 3 peket mini marshmallow tauu. penah makan? i penah makan dengan icecream paddle pop rasanya tapi ta sesedap marshmallow yang di bagi ini tsk +____________________+




sangat manis, colour sangat nice, lembut dan sedap di makan. bila letak di lidah kan, dia semacam cair lah. rasa macam makan candyfloss ke apa tah HAHAHA and i suka sangat tengok2 baju yang HK pkai tu. banyak sangat xo xo xo. v sweet sngt kan? hugg & kiss for u raraaaa ♥



btw ini keadaan bila kepala di cabut sungguh comel tapi keadaannya seperti er ______ (anda isi tempat kosong itu. HAHAHA. comel nye HK ni kan? berminat? ehem² tapi saya berminat. rara please² i nak lagi tauuuu? untuk fwz, adik n kakak. dorg dh mintak belikan boleh tak sygg? T_T

okay entry tamat sekarang +______________________+

Selasa, Agustus 11, 2009

liyanaa.



satu hari update dua entry
? macam bagus ke apa neh macam ada orang nak baca je KAH KAH KAH +________________+ sambil ketawa kene menangis sedikit sebab hampa dengan diri sendiri. kenapa hampa? ehh yang hanpa nak tau awatnyaa? tamau kasi tau kenape sedih padahal hari ini adalah hari keseronokan bagi I KAH KAH KAH

okay lah i nak jerit nih, i dh ada domain name sendiri sekarang hihi (hip hop horeyy) jom bershuffle berkongsi kegembiraan dengan i jom la ehem² susah tahu nak memprosesnya, i sampai memaki hamun bankislam.biz sebab ada problem ta boleh masuk haih +_____________+

sambil buat muka comel pegi message orang sana sini tanya apa semua memang susah lah tp sangat happy sebab berpeluang bergaya seperti kuda belang ke sana sini tanpa blogspot di belakang. eceh padahal dulu tetap bergaya. biasa lah saya kan roselle ainul yang comel sentiasa bergaya apa aku merepek nih +___________+


kenapa liyanaa? kenape bukan fwzynn? haih saya rasa guna nama sendiri sebagai domain adalah lebih memuaskan hati daripada guna nama bukan sendiri. pdhal nak cakap dlu ketagih sangat ynn.com tapi ada org guna ynn,com dan ynnbuffolo.com kejadah hapa tah serius sedih dia samakan ynn comel dengan buffolo. anda tahu buffolo? anda tahuuu? pegi message raracandyfloss(btw, thnx sgt² byk tlg i hihi) skrg untuk tahu apa itu buffolo kah kah kah.

eh tapi anda boleh kekal panggil saya ynn dan ingat saya dengan nama fwzynn. smoga jodoh kami kekal panjang sehingga akhir nyawa ♥ amin. baik lah saya mintak anda semua tolong lah re-link. walau pn redirect ke apatahh, kalau sayang cpt relink. lepas itu kalau anda perasan belog anda tiada dalam list, bagitahu ya? +_____________+

*muahh smua. KAH KAH KAH

Unisel yang annoying.



unisel. i sayang gila unisel sebab unisel la membuatkan i berjumpa dgn fwzQram. tapi sometimes annoying gila duduk situ kau mana tahu sebab kau tak belajar kat situ. serius memang annoying lagi² pakcik guard yang asyik nak check matrix card apa ingat org takda life lain ke skit² nak pakai matrix card, gantung kat leher pakcik guard baru tahu KAH KAH KAH

memang normal lah student kene pakai student card dalam college nanti ingat pendatang tanpa izin mana tah yang diseludup. +_____________________+ sebenarnya ada cerita best pasal pendatang tanpa izin mana tah yang di seludup di rumah saya dulu. identiti pendatang itu baik kita diamkan saja supaya tidak berlaku pergaduhan kelak KAH KAH KAH

dulu pendatang tanpa izin eh ta baik kata pendatang, kita gelarkan bff lah sebab die kawan baik saya sungguh kurang sopan beramas mesra dgn panggilan seperti itu(walaupun skrg dh kurang baik :D) ada masalah kewangan lah, lepas tu satu sem bersamaan dengan 4bulan dia duduk tanpa bayar yuran KAH KAH KAH boleh survive tanpa bayar yuran saya begitu kagum dengan beliau +_______________________________+

tapi sekarang alhamdullilah dia dah boleh hidup dengan tenang saya pun dah tidak rapat sangat dengan dia sekarang. sebab saya dah jatuh hati sangat dengan aly unajieha sampai ta sabar nak jumpa dia esok.




yess, esok i cuma daftar unisel sahaja. kemudian pulang semula ke halaman. ahad baru balik sana sebab class start mayb isnin lah :)

semalam i pegi bank bayar yuran tau, ada sorang student unisel pun sibuk nak bayar hihi :P ramai gila makcik and pakcik bayarkan yuran untuk anak dia. how sweet +_____________+

okay babai nak mandi.

Sabtu, Agustus 08, 2009

remaja bergetah.



pagi tadi dah siap sarapan semua baru semangat nak kemas barang² sewaktu di unisel dlu aik, dh nak balik unisel baru nak tengok bag lama apa punya comel tah kah kah kah. i terjumpa pic² lama waktu i kecil kecil cili padi. serius dulu i suka gila tengok cerita kecil kecil cili padi sebab waktu tu tam hensem gila bagi i sebab dia nampak tinggi. tapi sekarang bila i tengok dia tetap kekal macam tu tingginya KAH KAH KAH. hai tam, saya minat awk dlu la tsk +___________+

eh lepas i tengok² barang smua buku gambar note pad pen pencil calculator calculus er dan macam² pun i jumpa tiba² i nampak satu gambar eh tipu ada dua gambar actually tapi i suka yang satu tu sebab i nampak comel gila. ye ye, i cakap gambar tu gambar i waktu i comel gila. sekarang dah terlampau comel ke apatah KAH KAH KAH.



weweeiit siapa lah baby yang merayap atas meja tu? lihat kalian comel kan baby tu? eh lupa nak cakap sekarang baby tu lagi comel dah sebab sekarang dah jadi dewasa bukan remaja dah KAH KAH KAH. hodoh la cakap dewasa, sebelum kawin masih remaja muda bergetah +_________+

lihat tarikhnya, oct 89. baby tu lahir bulan march 89. jadi kira la berapa usia baby tu ketiak eh ketika gambar nya di tangkap alahai comel nyaaa siapa lah yang comel tu rasa macam nak gigit pp(pipi) dia sampai berbekas merah. eceh nak gigit pipi sendiri macam mana tu? =____+ KAH KAH KAH.




ini pula ketika baby tu dah membesar. dah jadi kanak² yang ceria bergigi rongak sedang memakan epal sambil memeluk baby itam(yes i panggil teddy bear itu baby itam.smpai sekarang ada lagi cuma ta ingat kat mana saya letak) abg tersayang yang tua 5tahun darinya dalam percubaan untuk mencekik, sebab jeles kanak² itu terlampau comel kot? KAH KAH KAH +_____________________+

dulu kan, kawan² i suka buli i tau, dorg suka cakap baby itam tu sundelbolong sebab dekat telinga baby itam ada paku :( padahal bukan paku, dia mcm er macam tag name cmtu kot KAH KAH KAH tapi i tough, ta takot pun tapi i suruh baby itam tido sebelah abang tersayang yang tua 5 tahun tu :P






provoked. seorang isteri di dera secara mental & fizikal dan berniat untuk membunuh suami dia tapi malangnya terbunuh lalu di sumbat ke dalam penjara seumur hidup. eceh ringkasan cerita yang comel betul dari saya, roselle ainul. KAH KAH KAH



malam semalam i dah tengok cerita ni sampai nangis² bengkak mata i masa nak tidur. I nangis betul punya nangis macam kene tinggal pakwe(eh pakwe pegi outstation ta perlu nangis mcm itu lah). nasib baik ta sepenuh baldi ke apa tah kalau tak boleh bagi taz buat air sirap selasih. *________________*

hep siapa² yang nak menjadi lelaki yang semacam deepak ahluwalia ni, baik lupakan lah sebab kaum perempuan ni lagi ganas tahu tak? KAH KAH KAH

okay babai now.

Selasa, Agustus 04, 2009

brooch ribbon bag.

tahu tak, minggu lepas kecoh satu belog ada seorang peminat hello kitty balik dari singapura beli item² yg serius comel lepastu kiteorang smua terutama I semacam jelous.(betul kan eja jelous? ke jeleous?) cute item itu ada macam² kegunaan terutama mentipu org termasuk I yang serius comel neh ditipu-tipuan =____________________= KAH KAH KAH

tahu tak? kerana cute item itu saya terpikat pada salah satunya iaitu bag HK bersaiz sederhana yang berharga $1.50 atau diconvertkan menjadi 3.66543 MYR? aik, SAYA pun berminat? aik SAYA pun berminat? aik SAYA PUN BERMINAT? +_______+



eh eh, siapa cakap saya ta MINAT hk? siapa cakap? kah kah kah serius comel kan kalau saya pakai item berciri HK. eh tengok pic di atas, saya mem-pakai brooch berbentuk HK, kalau ta nampak maknanya akan mendapat anak, aiyokk ta kawin lagi da ada anak? oh kejap² siapa baca surat khabar semalam, mayat-bayi-tersangkut-di-lubang-najis-sekolah-agama tsk sumpah keji siapa yang lahirkan bayi tu, perempuan tu mmg lah kau, patutnya perempuan tu kene sumbat² masuk dalam lubang najis tu, betul pnya pandai kan? +_______________+



eh sudah la straight-to-the-point, ewah macam best je main sengkang songkit ni kan? hihi hari sabtu yang lepas, saya dah siap cop dekat gadis HK itu yang saya nak bag HK berharga 3.66543 MYR tapi terpaksa lah membatalkan hasrat yang comel sebab balik dari driving clas mama bagi bag yang besar gila siap boleh sumbat chibi dalam bag tu KAH KAH KAH.

tahu tak? dah lah bag berwarna pinky , berjenama avon lagi tauuuu, BHAHAHA. jadi dengan berbekalkan brooch comel dan juga cute ribbon dari ribbontales, saya pun tenyeh² dekat bag tu supaya menjadi manis dan comel seperti saya :P actually macam nak kasi randomly la satu brooch dekat sane, satu brooch dekat sini tapi sebab ada jenama AVON so saya tutup la dengan brooch yang comel²



jadi lah bag HELLO BROOCH and RIBBON saya dan boleh lah saya sumbat chibi bawak pegi clas. kah kah kah :P

Minggu, Agustus 02, 2009

Tutorial ; rainbow link.

selamat petanggg.

hari ini saya ada request dari adik farahanie yang tanya macam mana nak ada link rainbow comel ni kan? okay ni saya buat untuk pengguna xml template.

mula² pegi dashboard>page element>add gagdet>html/ javascript> and paste je script ya adik manis :


<script src="http://fwzynn.googlepages.com/rainbow.user.js" type="text/javascript">

/***********************************************

* Script edited by Ynn Ainul at http://fwzynn.blogspot.com/

* Please keep this notice intact

***********************************************/
</script>


if classic template pun boleh rasa nya tapi kene paste before </head>

okay lah semua. syggg korg :)

Sabtu, Agustus 01, 2009

sambal bilis kentang.

hari ini 1 august dan selamat pagi semua.

tahu kah anda, semalam saya roselle ainul telah memasak sambal ikan bilis dengan kentang yang super sedap sekali?aik kenapa saya begitu kagum dengan sendiri diri padahal tiada siapa pun yang puji +________________+


hai, saya chef anda, roselle binti ainul :D

:bofu_23::bofu_23:

BHAHAHA saya tahu ia nya sedap kerana, selalu my parent jarang makan malam. if minum petang dieorg akan makan roti and dah tu je. lauk yang lebih kadang² kakak dengan tunang die yang makan. TAPI semalam sangat menteperanjatkan. my parent kelaparan. aik? kelaparan ke sebab sambal ikan bilis kentang tu sedap sgt? BHAHAHA

biasa lah bila hasil titik peluh(er, padahal ta berpeluh pun semasa memasak) bila org suka kita pasti bangga lah kan? jadi saya semacam mahu berkongsi dengan anda lah apa lah sangat yang sedapp tentang sambal ikan bilis dan kentang ni padahal macam biasa org masak pun tapi saya rasa resipi mama tetap paling best. ehh walaupun resipi mama, tapi hasil air tangan kita tu yang lagi sedapkan tahu? jadi rajin² lah celupkan tangan anda semasa menumis okay?(BHAHAHAHA jangan lah buat, nanti masuk berita habis I tau) +_______________+



:bofu_40::bofu_40:

baiklah puan² anda diminta menyediakan 4 biji kentang dan 1 mangkuk ikan bilis.kentang dibersihkan, dikupas kulitnya dan di potong secara wedges. kemudian goreng dengan minyak yang masih suci(minyak baru,belum pernah digoreng :P) selepas kentang kekuningan, sudah masak, bau yang harum, angkat kentang itu dan ketepikan. minyak tadi sila buang sedikit agak² ckup untuk menggoreng ikan bilis dan menumis. basuh ikan bilis tanpa sabun baru lah digoreng garing. ketepikan.

sementara menggoreng ikan bilis tadi, blend atau kisarkan 2 biji bawang besar, 4 biji bawang putih, 4 biji cili merah dan 8(atau ikut suka pedas) biji cili padi. selesai menggoreng ikan bilis, dengan minyak yang sama, baru lah di tumis bahan² yang dikisar.

biarkan sehingga pecah minyak, masukkan garam dan gula(ini kene agak² sendiri), boleh sendiri rasa dan cuit² agak dh sedap betul tu baru lah masukkan kentang dan ikan bilis yang telah di goreng. gaul sebati.

sedia untuk di hidangggg :P

:bofu_45::bofu_45:

simple tak? hee kalau dekat unisel kiteorg kene tumbuk +____________+ tapi tumbuk lagii sedap kan?

okay tamat.
Loading