Senin, Maret 29, 2010

ice cream potong berperisa durian.

selamat petang.

tadi lepas i bersusah payah memerah idea untuk project alpha instant cash blogging week 5, kawan kawan office ajak i pergi lunch dekat pandan kapitol. heh siapa orang pandan indah mesti tahu pandan kapitol itu apa hee.

tapi sekarang bukan tentang pandan kapitol yang i nak cakap. i nak cakap sekarang tentang ice cream. dan sekarang jangan fikir pasal berat badan sebab memang dah berat jadi kita tumpukan pada benda yang akan orang beri tanpa kita mengeluarkan satu sen pun tidak kah itu adalah kesukaan setiap kalian? kalian ya, kalian yang sedang membaca entry kali ini. entry mengenai ice cream durian potong atau eskem potong berperisa durian yang diberi secara percuma.

heh kau ingat pakcik jual ice cream tak pandang ke icecream berbentuk empat segi ini dengan harga rm1? dia pandangggg doh rm1 tu jadi bukan dia lah yang memberi secara percuma. bukan dia habis siapa? ini lah orang nya ini lah, sila picit untuk mengenali beliau. heh lepas ni boleh mintak legging secara percuma pula

gua suka ice cream berperisa durian, while budak tiga orang tu suka kacang merah. grr gua suka betul durian tapi bila dia dah habis dan mulut berbau habis dunia skrg :(

btw kami dah dapat gaji sebab itu mereka ini rajin membelaja i dan zalikha HA HA HA lepas ini kita mintak secret recipe pulak hokay? dahh jom diet.

tq guys : zalikha ; kak sue ; nenek tua HA HA HA
er pelakon tambahan ; kakak manis ; juan :P

kiteorang sempat bergaduh dekat fb tadi HA HA HA .




kau orang suka ice cream potong? heh poyo betul nak ice cream, sekarang kita cakap pasal eskerem potong. kau orang suka perisa apa? macam i suka sangat perisa durian dan kacang merah but much prefer on durians. aww :*

Minggu, Maret 28, 2010

(Update) chokolate kegemaran ramai toblerone warna kuning.

selamat pagi.


ini hari mari kita bercerita tentang cikedis kesayangan i, tiap masa kalau boleh mesti nak cikedis semacam ini. agak agak kalau kelu tak tahu nak bagi i apa masa bufday i, i tadahkan tangan sahaja menerima toblerone HA HA HA dah la mintak hadiah lepas tu demand nak toblerone (siapa cakap macam ini, kejap lagi sembelit 3hari 3malam HA HA HA ) T__________T


i suka gila gila gila dengan toblerone, serius suka sangat. dalam dia ada macam nut dengan honey kot lepastu bila hisap hisap cokolat tersebut akan terasa honey yang super best. gua suka honey dia je sebenarnya HA HA HA ah betul la rasanya honey kn? ke i slh T_______________T

lepas tu toblerone ni bentuk dia aneh, aneh amat sampai rasa pelik apasal kau 3segi? susah nak sumbat dalam mulut T______________T tapi tak apa, demi honey kot yang sedap gua terima sahaja walaupun boleh megurangkan duit sbg trainee sbyk rm300 tu KAH KAH KAH tapi kan kalau gua nak beli sndiri toblerone ni, memang gua tunggu emak lagi bagus HA HA HA gua tatau ah, dia mahal kan? tapi lagi sedap dari ferrero rocher. ha ha ha

gua suka white and yellow and blue sahaja, jangan gatal gatal nak tawarkan dengan yang hitam. gua memang tak suka lah dark cokolate. memang tak best pahit lepastu membazir sebab tak makan HA HA HA memilih lu minah? LOL memang la tak boleh telan dark chokolate :( rasa dia aneh. tsk (walaupun dark chokolate adalah terbaik tsk )


sekarang gua nak suruh siapa siapa dari langkawi tu tolong lah hantarkan sepeket dua toblerone yang pelbagai jenis dalam satu bungkus yang comel comel tu dekat gua, email kalau nak address. HA HA HA HA

ha, gua dah bagitahu apakah chokolate kegemaran gua, sekarang, lu bagitahu pulak. kalau siapa tak bagi tahu, esok sembelit HA HA HA HA

UPDATE : kalau lu org perasan, toblerone tak ada tanda halal, aku tak was was cuba macam terfikir. kau rasa tak apa yang aku fikir?

okay bai.

Kamis, Maret 25, 2010

Ynn, nak tanya boleh?

selamat pagi.



ini hari gua tak dapat nak jamu lu dengan entry buah dada lagi HA HA HA okay tak funny langsung, rmaai betul suka dengan iklan ciptaan orang orang jepun heh? gua pun suka. seronok saja kene permain kan macam itu tsk. bukan nak cakap apa lah tapi memang tak boleh belah betul iklan dorg ni T_____________T

ini hari juga gua punya mood ada turun naik sebab mestruasi kembali menyerang, gua ada post dua tips menghadapi mestruasi dahulu (kira macam dah lama sangat lah entry tersebut ) tapi gua taknak dah guna tips macam tu. its dangerouss girl HA HA HA tak funny.

okay ini entry sebenarnya nak mintak kau orang tanya apa apa saja dekat i, sila tanya,tips tips, tutorial pasal blog, pasal nuffnang, pasal i atau buah hati i pun boleh HA HA HA. sebab i nak tlg kau orang, so kau orang tlg i lah. ;) kadang kadang otak gua boleh jammed kalau ada orang tanya waktu i tengah busy ;p

Rabu, Maret 24, 2010

Kisah Paling Seram Gengblogger

selamat pagi.

malam tadi, gua tengah leka bermain myspace sambil check check gulai lemak masak ikan kitang dekat facebook dah masak ke belum, dan sambil sambil gua usha gengblogger cari kenalan sambil itu sempat juga gua mengupdate belog tentang kehadiran gua ke event 400 nuffnang. kakak gua sibuk buka cerita hantu. bukan cerita hantu dekat tibi, ini dia cerita pasal hantu masa dekat segamat waktu dia belajar dulu dulu..

*ada satu tempat belajar very the femes dekat segamat tu, gua tamo cakap, lu fikirlah sendiri HA HA HA



ini tempat orang kata sangat keras, masa kakak gua belajar dulu gua selalu ikut bila mana kakak gua dihantar balik ke sana oleh emak dan apak. boleh kata setiap kali hantar mesti waktu malam. penduduk segamat ni gua pelik sikit asal belum pun isyak dah senyap, masuk tidur, rumah langsung tak nampak yang gua nampak cahaya cahaya malap. ada satu tempat tu boleh kata penuh dengan kubur cina, kalau lalu mesti akan bau asap. itu pengalaman gua kalau lalu dekat situ, pelik malam malam bau asap. tengik.

ini pula cerita kakak gua malam tadi, dia teringat waktu tu dia tengah study, kawan dia semua tidur. dalam pukul 3am masa tu, mula mula dia dengar bunyi macam org mengilai dia ni macam berani buat tidak tahu lah. selepas itu, dia rasa kipas dalam bilik bergerak perlahan, jadi bilik itu panas lah betul tak? kakak gua tak puas hati, dia rasa macam dia nak check apa jadi dekat kipas, bila dia dongak saja dia nampak benda besar rambut panjang mata merah tengah tenung dia sambil bergayut dekat kipas tu. omak, terkejut kakak gua pengsan sampai pagi.

lepas gua dengar cerita macam tu, gua cakap dengan dia dah lah gua nak tidur, malas nak layan (padahal gua tengah takut, bila terbayang cerita penunggu gunung raya macam seram tapi tak sangat ) so gua lari masuk dalam bilik terus tertidur sampai tak msg buah hati. kasihan buah hati gua, gua lupakan dia, ini sebab gua rasa takut bila bayang cerita bukan bukan.



lama sikit lepas gua dah berdengkur² tiba² gua rasa badan gua macam ada benda berat naik. memang berat gila sampai gua rasa lemah, lepas tu gua rasa macam berbulu bulu. waktu tu mata gua memang tak buka dah sebab tak boleh macam kene gam, gua nak tepis pun macam terhalang sebab 'benda' itu duduk sekali atas tangan gua. masa tu gua nak jerit emak pun tak dapat, nak jerit kakak gua lagi lah. gua dah pasrah, dah mengucap, baca ayat kursi, baru gua boleh buka mata.

waktu nak buka mata tu gua dah seram gila sampai rasa nak terkencing, gua nampak mata dia. mata dia pandang tepat mata gua, mata dia bukan merah menyala, tapi kuning kuning gitu, siap mata hitam membulat seperti kitty dalam cerita shrek



mata dia lebih kurang gini.

tiba tiba gua rasa angin gua dah naik, memang dah naik sampai rasa nak mencarut dua tiga kali, bukan sebab 'benda' tu rupa dia macam aaron aziz atau farid kamil, tapi masalah sekarang asal muka dia macam makhluk dalam video ni? ini menandakan gua telah dipijak hidup hidup dengan makhluk bebulu bernama chibi hampeh betul. sekarang bagitau aku, cerita aku seram ke tak? ;p



chibi ini memang suka tidur sekali dengan tuan dia, selalu jadi mangsa adalah emak. kesian emak T___________________T

Entri di tulis untuk support contest Kisah Paling Seram di Gengblogger. Untuk pengetahuan semua, sesuai dengan syarat kontes tersebut cerita berikut merupakan kisah benar yang sebenar-benar dan bukan rekaan. Sila menyeramkan diri anda sambil bermain game hotel ini.

Selasa, Maret 23, 2010

kesan kesan akibat digigit nyamuk (18sx).

selamat petang.

ini hari mari kita membuka minda. open mind sedikit. kita cakap pasal buah dada sekarang eh bukan, bukan buah dada, sekarang kita cakap pasal mopiko, atau ubat kegatalan ;p









kejadian di atas semua angkara nyamuk. i hate nyamuk very strong T__________T lagi lagi kalau pergi rumah orang lain atau pergi kehutan mengembara pasti akan bergaduh dengan nyamuk tsk.

dulu emak suruh pakai mopiko kalau kene gigit nyamuk, skrg i tak pakai mopiko, i pakai ec. ubat gatal gatal gitu aww boleh cari ubat e.c dekat farmasi aman kalau anda tinggal berdekatan dengan sri gombak ;p


dibawakan khas : mopiko
CREDIT : buntelan

Senin, Maret 22, 2010

kenapa buah berangan? kenapa bukan buah dada?

selamat malam.

mari kita belajar tentang chestnut. gua pelik betul lah chestnut ni. asal gua pelik? sebab gua pelik kenapa nama inggeris dia chestnut tapi nama melayu dia buah berangan? ada kene mengene ke? kau org rasa dia ada kene mengene tak? siapa yang bagi nama dia macam ni? gua nak tanya.



KAH KAH KAH macam pelik tiba tiba buat entry cerita pasal chestnut sambil emosi lepas tu sendiri darah tinggi. lepastu tengok MU lawan Liverpool bila torress goal minute pertama terus menjerit kegirangan lepastu mu dapat penalti terus kecewa, aik macam orang gila je HA HA HA.

er, berbalik kepada chestnut, i memang tak suka makan buah berangan ke chestnut ke apa tah ni, memang tak suka sebab dia adalah kerana i pun tak tahu apa sebab dia. rasa dia pun i tak tahu macam mana cuma i tak suka bau dia bila dieorang yang jual jual tu semacam tengah membakar kan dia jadi hangit terus sakit hidung T__________T

idea untuk menjadikan chestnut adalah pelik bila i selalu lepak dengan buah hati pergi one utama mesti akan lalu depan gerai chestnut lepas tu mula dia tanya,baby, chestnut dalam bahasa melayu apa? aik? apa kah soalan dia ni? cuba kau fikir kan dalam bahasa melayu, chestnut adalah apa?

alah, ini gurauan dengan buah hati saja, tiada apa yang tidak senonoh disini. biasa lah gurauan HAHAHAHAHAHAHA ;p

NOTE : semalam tengok daybreaker, best. comel je ethan hawke tu. and paling best darah pancut pancut. pfft. and paling tak best, gua tak sempat nak beli alice in wonderland combo sebab dah habis. baru nak tunjuk tunjuk gua ada mad hatter punya popcorn. niat tak suci lah kot HA HA HA

Minggu, Maret 21, 2010

doa pendekat jodoh.

selamat pagi.

ini hari mari kita belajar sesuatu.


i kene simpan ni, untuk rujukan :D

credit : wawacomot HA HA HA

Jumat, Maret 19, 2010

I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair

selamat petang.



ini petang, lepas cerita pasal entry binatang disusukan, anak ditinggalkan pagi tadi, ini petang baru teringat ada email dari nuffy yang comel suruh i buat entry berkisarkan deodorant. dulu i pernah lah pergi event anjuran nuffnang, so maknanya ini kali kedua kalau i terpilih HA HA HA

deodorant atau nama saintifik obat untuk membasmi bau busuk adalah satu benda wajib yang perlu kita pakaikan di badan sendiri. ini i cakap betul, kalau tak pakai deodorant nanti bau busuk semasa di street fair akan menganggu deria bau orang lain. sedih tak sedih tak? jadi sebelum ke street fair nanti pastikan uols pakai deodorant.

ini detail untuk ke street fair tersebut. siapa yang terpilih sila jumpa gua dekat sana HA HA HA HA


Date: 17th April 2010
Time: 10am till 5pm
Venue: Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur


dekat street fair tersebut, akan ada berbagai aktiviti menarikk, kenapa aku cakap menarik? sebab kau akan tengok ada hot air ballon sumo wrestling, bukan yang import dari jepun aku rasa, ini yang kita kene pakai baju sumo tu kot HA HA HA dan juga gladiator battle dan dan dan bermacam macam lagi sumpah aku cakap aku excited gila HA HA HA. oh oh dan paling aku excited sekali, siapa siapa yang pergi ke street fair tersebut akan mendapat angpau rm50 selepas anda pulang dan kehadiran anda pada street fair tersebut disahkan. rm50 dohhh siapa tak mau bagi aku lah HA HA HA



hoi bukan itu sahaja, kalau engkau adalah bertuah, engkau akan membawa pulang hadiah sebuah gadget cool bernilai rm15k GUA SANGAT EXCITED. kira aku macam bertuah habis lah ni padahal aku kene bersaing dengan 399blogger yang lain pfft.

dan yang paling bertuah sekali, kau orang akan berjumpa dengan aku HAHAHAHAHAHAHAHA.

ketiak lu busuk, bawak gatsby deodorant okay? gua tak sanggup nak bau doh. HA HA HA btw mangsa pertama gua nak cari dekat sana si otak ketat, geram siot dengan entry entry dia. and ofcourse gua akan cari gatsby deodorant ini sebelum pergi and siap bawak pergi sana kalau terpilih. sebab gua terpaksa bersaing dengan beribu ribu bloggers untuk jadi 400bloggers terbaik. kira macam gua akan macho lah macam ni HA HA HA



sekarang kau orang pergi buka ini laman website untuk keterangan lanjut : http://www.gatsby.com.my/streetfair

Rabu, Maret 17, 2010

(soalan) kenapa girl suka benda comel macam ni?

selamat petang.



i nak tanya, kenape girl suka pakai aksesoris macam ini either dekat handphone, or pendrive, or kunci, or purse, or or or. jawapan terbaik, akan dibagi hadiah misteri ( sebuah jamban 606 ) tak i tak tipu KAH KAH KAH.

okay, pendek tak entry hari ini?

sila jawap pertanyaan i, siapa baca tidak jawap akan menerima sembelit 3hari 3 minggu ;p

ps : mieyaa, tq sgt sgt untuk yoyo gebu ituw. awww

Minggu, Maret 14, 2010

Solomon kane and Pizza Hut Chunky Loaded.



ini cerita semalam. heee i macam jarang letak gambar buah hati lepas tu ramai tanya akak ni kenapa tak pernah letak gambar buah hati? malas nak letak selalu dekat belog nanti semua pun macam terpegun ke apatah HAHAHA



buah hati kene jarang ada dalam belog. banyak lagi nak cerita tapi sebab semalam berjaya dating sebab nak tengok alice in wonderland lepas tu kecewa sebab tak dapat tengok pun. liyanaa in wonderland full dari pada yang biasa kepada yang 3d pun full T________________T aku rasa nak bakar gsc masa tu. lepas tu pergi tengok dekat tgv, konon konon kalau tak dapat yang 3d, dapat yang biasa pun jadi lah but then sama juga, FULL gua cakap. pfft apa lah dorg ni sibuk time aku nak tengok dieorg pun nak tengok padahal v3 : samseng jalanan kan dah keluar, pegi lah tengok HAHAHAHA



i memang dah tension sampai dah malas nak fikir cerita apa terus setuju tengok solomon kane. hee buah hati sampai risau risau tengok gadis dia dah tension, tak apa nasib baik dapat layan solomon kane ni sebab nama dia macam sailormoon, dulu i suka sailormoon jadi tersuka pulak dengan solomon kane. eh nak bagitahu sikit cerita ini memang ganas, gua sampai tutup mata takut, ngeri tengok orang kene sembelih, kepala putus darah pancut pancut. best siotttt :D



lepas tengok solomon terus pergi cari pizza hut. gua memang macam teringin nak makan chunky loaded pizza, nampak best tapi bila makan gua jadi muak. cheese banyak gilaaaaaa sampai terus tak muat perut tsk. tapi tak apa janji dapat merasa, lepas ni tamo dah. AHAHAH



okay. dah update. kejap lagi nak tayang hadiah HAHAHAHAHHAHA

Kamis, Maret 11, 2010

BERITA : mati kerana lintah? WTF



"Sukar dipercayai, namun, itu hakikatnya apabila seekor lintah memasuki dubur seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dipercayai menjadi punca dia meninggal dunia di hospital, semalam.


“Selepas kejadian, mangsa pergi ke tandas membuang air besar dan mengadu sakit di bahagian dubur. Ibunya menanggalkan seluar mangsa sebelum ternampak seekor lintah mati serta disaluti darah dalam seluar anaknya,” katanya.


Katanya, ibunya terperanjat melihat lintah terbabit dan mengesyaki ia memasuki bahagian dubur Siti Nazirah selepas berlaku pendarahan bahagian itu.


Abd Kadir berkata, selepas mengesyaki dubur anaknya dimasuki lintah, isterinya bertindak menghubunginya ketika sedang menyiapkan rumah baru milik adik iparnya yang terletak tidak jauh dari situ.

seram gua baca.

UPDATE : ini mungkin sebab anda perlu pakai swimming suit. tapi yang sesuai untuk para muslimah macam ini heh



bukan macam ini KAH KAH KAH



Credit : hmetro

Senin, Maret 08, 2010

hadiah hari jadi ; sebuah pendrive kingston 4gb.

selamat petang.


hari ini mari kita cakap pasal pendrive atau thumb drive atau external hard disk atau apa sahaja yang orang panggil, i tak ada nak kisah pun apa sahaja benda tersebut yang pasti i akan cakap 'tolong masukkan movie dalam pendrive tersebut' heh kira aku panggil dia pendrive lah. belum berkira-kira nak registerkan nama dia 'fahrin ahmad'. macam susah kalau bergaduh dengan chokilala atau sickchild72. kalau masukkan nama syafi langsung kene rebus dengan raracandyfloss. T__________________T

i dah setahun lebih guna pendrve yang tertera di atas. setahun yang lepas i beli dekat lowyat dengan harga rm32. kira berbaloi lah sebab sebelum i dapat pendrive bersaiz 4gb, i dapat yang bersaiz 2gb dengan harga rm50. tapi sekarang external hard disk 160gb pun dah ada yang jual rm140. gila siapa yang tak mahu? macam macam kau boleh letak dalam tu tahu? aku berkira kira nak beli sebab nak penuhkan dengan movie, lagu , koleksi sedutan dari internet KAH KAH KAH

bila dah setahun guna, one day adik kesayangan i telah jahanamkan dia T_____________T habis luluh hati rm32 habis macam tu sahaja. hari hari saya mengungkit, saya cakap 'aku beli penat penat dengan duit ptptn kau suka suka je rosakkan' (nanti saya letak gambar sekarang tak sempat) mungkin kerana sudah tidak dapat menahan kritikan pedas kakak manis yang innocent ini. semalam heh, semalam i dapat sesuatu.




semalam i dapat ini dari adik i. dia , abang dan kakak ipar menghadiahkan saya sebuah pendrive baru sempena hari jadi yang lepas. ketika berumur 21tahun saya mendapat lagi sebuah pendrive. aku gembira dapat satu lagi pendrive ketika berumur 21tahun KAH KAH KAH serius fun aku cakap macam tu doh T____________T

ini lah hasilnya selepas daku membebel kata suruh ganti suruh ganti akhirnya dapat juga. terus malas nak pergi cocok duit beli external hard disk 160gb rm140 untuk menyimpan movie. terus malas terus malas terus malas KAH KAH KAH.

Minggu, Maret 07, 2010

UPDATE : Download Dalil Cinta Fahrin Ahmad and Birthday Mieya

selamat petang.
28 / 11 / 2010 - JOM TENGOK SEKARANG DEKAT TV3 :)
macam tak jarang nak update pagi pagi pukul 1am. tapi tak apa ini hari kasi pelik sikit kita update sekejap. heh sekarang nak tanya siapa tengok dalil cinta tadi? okay kalau macam wifey i, rara. kakak yonna, chokilala, dilakochan, er topo tak payah angkat tangan sebab kita semua sama sama emosi dekat twitter tadi T_______________T ini yang tidak beremosi dengan i dekat twitter tadi sila mentaip komen di ruangan komen heh.



hero cerita dalil cinta ini memang HOT tak payah cakap siapa tengok gambar pun dah tahu T____________T sampai ada group I HATE FAHRIN AHMAD pun sebab dia terlampau hot? okay tak apa kita tak payah cakap pasal fahrin ahmad.

sekarang kita cakap pasal nisa. aik siapa pulak nisa? okay dalam cerita dalil cinta ini ada dua watak suami isteri seorang zareef, seorang nisa. mereka kahwin awal. nisa masih study. jadi dia tidak menjadi isteri mithali i tak dapat bayangkan kalau i dalam situasi macam itu, pemalas, suka tidur sampai tak buat breakfast untuk suami, tak masak dan tak pandai masak, tak pandai jaga suami, tak pandai kemas rumah, tak pandai siang ikan, tak pandai masak asam pedas ( heh memang tak pandai pun T___________T) macam mana lah kan? mesti emak mertua kecewa pheww. tapi bertuahnyaaa kalau suami i macam fahrin ahmad KAH KAH KAH

tapi lepas tu happy ending juga. macam boring gila. penat aku beremosi. heh. okay nak masuk tido.

UPDATE : since ramai yang tak tengok semalam, i pun berjalan jalan dekat jiwang.org yang memang tempat wajib i sedut sedut so ada link untuk download cerita dalil cinta ini ♥ kalau rasa nak rasa panas hati tengok fahrin ahmad kene peluk, boleh download heh


Rapidshare
http://rapidshare.com/files/360002520/Dalil.Cinta.2010.SDTV.DiMENSi.part1.rar
http://rapidshare.com/files/360005736/Dalil.Cinta.2010.SDTV.DiMENSi.part2.rar
http://rapidshare.com/files/360001417/Dalil.Cinta.2010.SDTV.DiMENSi.part3.rar

Megaupload
http://www.megaupload.com/?d=9QT2KQQ8
http://www.megaupload.com/?d=KG644E98
http://www.megaupload.com/?d=YLT9PLZG

Hotfile
http://hotfile.com/dl/31553326/29a377c/Dalil.Cinta.2010.SDTV.DiMENSi.part1.rar.html
http://hotfile.com/dl/31553374/bcf80c6/Dalil.Cinta.2010.SDTV.DiMENSi.part2.rar.html
http://hotfile.com/dl/31553396/36e4617/Dalil.Cinta.2010.SDTV.DiMENSi.part3.rar.html

Mediafire
http://www.mediafire.com/?k1qtt5ydnzn
http://www.mediafire.com/?jjgoiktmmnd
http://www.mediafire.com/?injdwmwwzdy
CREDIT : jiwang. JANGAN LUPA cakap terima kasih okayy :D


first time guna chrowety ke apatah, kekok doh

chokilala dah jeles habis fahrin ahmad sudah dipeluk orang. pfft

demm, terdelete pasal birthday mieyabubbletalk hmm :(

REPOST : 3/7/10 - 4:17 PM

Jumat, Maret 05, 2010

terima kasih cinta. esok datang lagi ♥

selamat petang.









ini lagu khas untuk semua HAHAHA

terima kasih emak and apak untuk cake yang cantik dan sedap dan manis seperti saya :)



terima kasih atas ucapan kalian di sini, di sini, di handphone, di sini, di sini dan juga dimana mana anda berada serius gua rasa terharu sebab tiba tiba dapat ramai kenalan, dapat ramai kwn secara tiba tiba. dan dan secara tiba tiba ada abang cair menyanyi suara sumbang pun gua tak tahu sebab dia nyanyi dekat comment sahaja HAHAHHAHAHAHA

hari ini menjadi hari busy lagi sekali T______________T sedih tapi nak buat macam mana. pagi tadi rasa macam nak mengambil cuti tapi kasihan teman terbaik gua karang kene buat keje sorang sorang. nasib baik gua tak cuti, masuk kerjaya je dah kene sound buat salah keje pulak dah. berbingit telinga. nasib baik mood gua baik HAHAHA comel betul perangai kalau mood tak baik takkan nak maki orang pulak kan? :P

okay tak apa. ini hari mayb gua nak berehat. esok atau lusa nanti gua datang balik. biasa lah dah tua T__________________________T

Selasa, Maret 02, 2010

memasang lagu di entry lagi bagus dari autoplay tau HAHA

selamat pagi.









ini percubaan pertama untuk meletakkan lagu didalam entry. dont worry i memang tak suka lagu autoplay so kalau nak dengar boleh click play. itu pun kalau nak dengar lah tapi kalau taknak dengar apa kah yang i dapat buat serius tak dapat buat apa T_____________________T



kadang kadang kasihan pada diri sendiri, sebelum nak membuka MF ( atau nama sebenar, Mozilla Firefox ) i akan pastikan volume untuk MF akan di mutekan ( atau di bisu kan) bagi mengelakkan sebarang pembunyian yang tidak elok akan berlaku T____________T kasihan i kan? kene selalu berwaspada, cuba kalau i tengah blogwalking tiba tiba lagu poetic ammo akan terpancul keluar, alahai habis lh hidup i, abis lh i kalau bos pandang i. tak maksud i bos yang duduk dekat lh bukan bos dalam bilik. KAH KAH KAH


poetic ammoo

sebab itu gua benci belog pasang lagu yang automatic play sendiri tak payah aku tekan. aku benci lagu dia je lah, owner die aku tak benci pun, aku sayang adalah :P so harap sgt siapa yang pasang autoplay music tu, biar lh button play tu kiteorang tekan secara manual, tammo lah automatic play, kami yang bekerjaya ni kasihan T_______________T

credit : cik cukis lalat ( memasang lagu dalam entry )
credit : fileden

REPOST : 3/2/10 - 8:54 PM

Senin, Maret 01, 2010

tips ; mendapat gambar yang cantik di waktu hujan.

selamat malam.

*serius, takda idea nak letak title apa HAHA

petang tadi, dalam pukul 530pm i dah bersiap siap nak pulang kerumah tercinta dari pada busy bekerjaya. heh macam tak best intro begini macam tak cool kalau buat intro macam ini. macam tak berapa nak menyengat pun sebenarnya tapi kalau dah rasa nak buat juga apa boleh buat terima sajalah intro saya untuk kali ini yang kurang menyengat T______________T okay tak, tak mengarut pun sebenarnya. tsk



petang tadi hujan lebat gilaaa. sampai jalan semua dimasuki air, oh tak bukan di masuki, maksud saya adalah jalan di kelilingi air sampai saya risau habis takut kereta kesayangan kakak saya "azam putra" akan terhenti ke apatah serius aku takut, berdoa dlm hati semoga semua selamat. heh dh selamat dh sebenarny kalau tak menangis lah saya menulis belog tapi sebab selamat terus buat entry kegembiraan yakni entry yang ini lh, yang anda sedang baca KAH KAH KAH

er, sambil menunggu turn untuk berjalan ( sebab jalan di sekitar pandan indah, ampang adalah jam ) jadi i dengan tidak pro terus menangkap gambar.



er, kesian gambar kene kejar dan tangkap okay tak fun T_________________T OH OH OH, Liyanaa, share lah cara u tangkap gambar atau capture gambar sebab kalau tangkap macam thrill sangat jadi kita guna words CAPTURE. okay macam mana u capture gambar? okay first sekali u kene ada phone berfeatures autofocus. itu penting heh.

okay babai. itu sahaja tips hari ini. HAHAHAHAHAA

//i tipu, gambar dekat atas ni i guna camera nokia N97. heh caapture gambar dari nokia 5610 lagi cun KAH KAH KAH
Loading