Rabu, Maret 24, 2010

Kisah Paling Seram Gengblogger

selamat pagi.

malam tadi, gua tengah leka bermain myspace sambil check check gulai lemak masak ikan kitang dekat facebook dah masak ke belum, dan sambil sambil gua usha gengblogger cari kenalan sambil itu sempat juga gua mengupdate belog tentang kehadiran gua ke event 400 nuffnang. kakak gua sibuk buka cerita hantu. bukan cerita hantu dekat tibi, ini dia cerita pasal hantu masa dekat segamat waktu dia belajar dulu dulu..

*ada satu tempat belajar very the femes dekat segamat tu, gua tamo cakap, lu fikirlah sendiri HA HA HA



ini tempat orang kata sangat keras, masa kakak gua belajar dulu gua selalu ikut bila mana kakak gua dihantar balik ke sana oleh emak dan apak. boleh kata setiap kali hantar mesti waktu malam. penduduk segamat ni gua pelik sikit asal belum pun isyak dah senyap, masuk tidur, rumah langsung tak nampak yang gua nampak cahaya cahaya malap. ada satu tempat tu boleh kata penuh dengan kubur cina, kalau lalu mesti akan bau asap. itu pengalaman gua kalau lalu dekat situ, pelik malam malam bau asap. tengik.

ini pula cerita kakak gua malam tadi, dia teringat waktu tu dia tengah study, kawan dia semua tidur. dalam pukul 3am masa tu, mula mula dia dengar bunyi macam org mengilai dia ni macam berani buat tidak tahu lah. selepas itu, dia rasa kipas dalam bilik bergerak perlahan, jadi bilik itu panas lah betul tak? kakak gua tak puas hati, dia rasa macam dia nak check apa jadi dekat kipas, bila dia dongak saja dia nampak benda besar rambut panjang mata merah tengah tenung dia sambil bergayut dekat kipas tu. omak, terkejut kakak gua pengsan sampai pagi.

lepas gua dengar cerita macam tu, gua cakap dengan dia dah lah gua nak tidur, malas nak layan (padahal gua tengah takut, bila terbayang cerita penunggu gunung raya macam seram tapi tak sangat ) so gua lari masuk dalam bilik terus tertidur sampai tak msg buah hati. kasihan buah hati gua, gua lupakan dia, ini sebab gua rasa takut bila bayang cerita bukan bukan.



lama sikit lepas gua dah berdengkur² tiba² gua rasa badan gua macam ada benda berat naik. memang berat gila sampai gua rasa lemah, lepas tu gua rasa macam berbulu bulu. waktu tu mata gua memang tak buka dah sebab tak boleh macam kene gam, gua nak tepis pun macam terhalang sebab 'benda' itu duduk sekali atas tangan gua. masa tu gua nak jerit emak pun tak dapat, nak jerit kakak gua lagi lah. gua dah pasrah, dah mengucap, baca ayat kursi, baru gua boleh buka mata.

waktu nak buka mata tu gua dah seram gila sampai rasa nak terkencing, gua nampak mata dia. mata dia pandang tepat mata gua, mata dia bukan merah menyala, tapi kuning kuning gitu, siap mata hitam membulat seperti kitty dalam cerita shrek



mata dia lebih kurang gini.

tiba tiba gua rasa angin gua dah naik, memang dah naik sampai rasa nak mencarut dua tiga kali, bukan sebab 'benda' tu rupa dia macam aaron aziz atau farid kamil, tapi masalah sekarang asal muka dia macam makhluk dalam video ni? ini menandakan gua telah dipijak hidup hidup dengan makhluk bebulu bernama chibi hampeh betul. sekarang bagitau aku, cerita aku seram ke tak? ;p



chibi ini memang suka tidur sekali dengan tuan dia, selalu jadi mangsa adalah emak. kesian emak T___________________T

Entri di tulis untuk support contest Kisah Paling Seram di Gengblogger. Untuk pengetahuan semua, sesuai dengan syarat kontes tersebut cerita berikut merupakan kisah benar yang sebenar-benar dan bukan rekaan. Sila menyeramkan diri anda sambil bermain game hotel ini.

13 komentar:

  1. wah!
    promote HOTEL!!!

    dah abis main belum?

    BalasHapus
  2. hi liyana,
    part yg cerita kakak u tu mmg seram.

    nak tanya, macam mana u boleh masuk GB? sbb i try still tak boleh lagi.

    last sekali, i pon dapat invite gatsby tu. so boleh la jumpa :D

    BalasHapus
  3. len kali u letak la loceng kat leher chibi..nnt kehadiran nyer diketahui.
    HAHAHAHAHA

    BalasHapus
  4. hahaha,sys ni wat org trkejt je tau,but the real,i da byk kali kene himpit nan bende uh,maybe or sbb takot =.=

    BalasHapus
  5. terpaksa bc siang sbb takot

    isk

    dh la sabtu ari tu huda nmpk pontianak smp demam

    BalasHapus
  6. cool..

    Try out this link;

    www.fdausamad.blogspot.com

    Read few entries, you'll find it very funny and interesting.

    Seriously!

    BalasHapus
  7. pehh, mule bace dh seram. gmbr tu pn same seram. cmne nk tido malam ni? laaa, takutnyeee =,="

    suke kucing ke? wahh, hehe

    BalasHapus
  8. haa mau tak seram, kubur belakang hostel...

    BalasHapus
  9. chibi tu pe dia? monyet ke? awk bela monyet gak ke? ekekekeh

    BalasHapus
  10. hehhehe... cam penah tgk je gambar-gambar tu... hheheheh http://kanipmitosan.blogspot.com/

    BalasHapus
  11. kuikui..
    seram mula2
    lepas tu dah tak seram

    tapi boleh agak la bila kamu letak gambir kucing tuh.
    haha~

    BalasHapus

Terima kasih kerana membaca

Mari luahkan isi hati anda juga :)

1. Jangan emosi sangat tau.

2. Luahkan dengan nada comel.

Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !