Rabu, Juni 30, 2010

Betul ke budu cap ketereh sedap gila?

Selamat petang .

hai semua , anda tahu tak, anda tahu takk, anda tahu takkkkkk? (tiba tiba nak ulang banyak kali biar nampak macam menjengkelkan sedikit) anda belum tahu lagi dan sekarang saya nak bagitahu yang saya teringin nak makan budu.

budu mencegah penyakit jantung

// awat la kecik sangat gambar ini tsk

eleh ingat budak macam saya yang sebelah jawa sebelah nogori sembilan dan sebelah lagi orang gombak tak tahu ke nak makan budu? oh mungkin lah saya memang tak tahu macam mana nak makan budu kalau saya tak ada kawan dari kelantan. eh matju tu orang kelantan tak pernah pun ajar saya makan budu (T_T) okay tak apa kita abaikan matju. LOL

dulu lepas habis spm saya keje dekat satu kedai ni, and dalam kedai tu ada 3 adik beradik ore kelate yang tiap tiap hari kalau lunch mesti ada budu, mesti ada jengkol ( jering LOL ) petai ke apa tah sampai kan kene sound dengan bos pun mereka buat tidak tahu and and sampaikan saya pun kene paksa makan budu (T_T) mula mula macam takut sebab cara dorang cakap macam pelik saja budu tapi bila dah try terus macam nak pengsan sebab SEDAPPPP.


budu mencegah penyakit jantung

er, tapi macam pelik kalau beli nasi kerabu dekat unisel, budu dia macam masin (T_T) saya kurang nak makan benda masin masin ni, saya suka budu yang kakak dekat kedai bawak. sedap, rasa dia masin manis pedas macam mana entah nak cakap (T_T) lepas tu emak ada koleksi budu dekat peti ais tapi macam tak reti nak buat bagi budu tu sedap.

 budu mencegah penyakit jantung

siapa berani ajar saya buat kan budu dalam botol jadi sedap gilaaalicious? sila lah comment di entry ini. mohon jasa baik anda sebab saya mengidam sekarang ( jangan tanya berapa bulan, belum kahwin dan nikah lagi LOL )

*menangis terngidam budu sejak minggu lepas LOL

okay bai.♥

Selasa, Juni 29, 2010

Buat pembaca blog Liyana Lunia. ♥

Selamat pagi semua.

teheee, rindu ai tak? maaf sangat ai mungkin akan kurangkan online sebab ai tengah leka menjaga family dekat the sims3 ai tu T________T maaf kan kami LOL. tapi penyebab utama adalah keadaan lappy yang tak menginzinkan saya menaip (T_T) sampai hati lappy saya buat hal, sedih nya.

oh tak, bila online sahaja terus dah tak sedih bila tengok masih ada yang sudi follow belog saya. yes belog saya bukan nya belog berinformasi malah bukan belog berpolitik ke apa, ini cuma belog mencari duit sahaja LOL lepas tu cerita semua merepek tapi ada orang sudi baca (sangat terharuuuuuu ♥) dan mungkin sudah sampai masanya saya membuat sesuatu, atau memberi sesuatu untuk pembaca saya.

pembaca belog liyana lunia

oh itu saya fikir kemudian sebab saya nak pergi maybank sekarangggggg. eh bukan buat apa pun dekat maybank, saja nak pergi sana mengorat pakcik gad dekat situ LOL.

Hahaha akhirnya saya jadi malas nak letak watermark comel comel sebab macam menyusahkan saja T______T tengok lah lain kali bila saya percuma ( free ) saya akan letak balik watermark comel (abaikan saja word disini)

pembaca belog liyana lunia

oh walaubagaimanapun, saya tetap melihat belog saya dan juga belog anda walaupun tidak update belog sebab yang rosak cuma keyboard, yang lain masih sihat walafiat (PHEWW) jadi jangan risau, saya akan baca belog yang saya follow :D

okay bai ♥

Minggu, Juni 27, 2010

AJAIB . Mop lantai yang ajaib dan juga aneh?

selamat pagi.

okay saja nak buat entry semacam tak berkualiti. cuma nak cakap saya hampa uruguay tewaskan korea T_______T okay korea adalah sekumpulan negara asia, kalau nak harapkan malaysia bermain dalam world cup tu kita kene tunggu lah bakal anak buah saya yang akan lahir dalam dua tiga minggu (OLOLO sangat tak sabar ini) yang saya harapkan lahir pada 11 Julai 2010 konon konon sebagai penutup tirai world cup lah kemudian akan berjumpa empat tahu depannya. LOL

oh lupa nak cakap, kakak ipar saya sudah sarat benar. dan saya juga akan dapat sepasang anak buah lelaki dan perempuan seperti candyfloss ( jelir lidahhh BLUEK :P )

oh oh btw, ini saya nak share sedikit biasa lah suri rumah kan sangat sinonim dengan pembersihan rumah betul? jadi ini adalah contoh contoh mop serbaguna. harga dia tak mahal dalam rm8,888 KAH KAH KAH

mop serbaguna untuk surirumah part 1

aik? mana pergi batang dia. macam mana nak mop kalau tak ada batang dia T___________T








mop serbaguna untuk surirumah part 2

Hello, nama saya mop ajaib. lihat saya boleh mendongak ke atas LOL








mop serbaguna untuk surirumah part 3


eh eh , saya ada kaki. aneh nyaaa rupa saya tapi sebab saya mop ajaib, sila cakap saya cantik. sebelum saya mengamuk LOLOLO

okay bai.

Sabtu, Juni 26, 2010

Telefilem Datang Bulan lakonan Ika Nabila.

selamat pagi.

hai semua kesayangan, semasa saya menaip entry ini saya tengah melayan perasaan sambil tengok cerita seram 'datang bulan' HAAA nama pun datang bulan confirm kau orang tahu kan maksud dia datang bulan (?) LOLO okay tak buat benda aneh pulak pagi ini LOL
Menstruasi atau haid atau datang bulan adalah perubahan fisiologis dalam tubuh wanita yang terjadi secara berkala dan dipengaruhi oleh hormon reproduksi Tanda tanda datang bulan ialah Perut terasa mulas, mual dan panas.sakit kepala dan pusing.radang pada vagina.Gatal-gatal pada kulit.mosi meningkat.bengkak pada payudara.

cerita dia bermula bila pelakon utama 'MAYA' lakonan ika nabila ( okay dia memang cantik, muka dia gedik gedik sikit tapi mmg dia lawa pheww ) bukan senang saya nak puji orang tiba tiba HAHA eh sambung balik, bila MAYA buang tuala wanita dia dalam hutan.

jangan main main okay, walaupun tuala wanita dia macam sensitif sikit tapi kita sebagai perempuan jangan suka suka buang merata rata. eh tak best lah panggil tuala wanita, dah biasa panggil ipad jadi kita panggil pad sahaja.

Di dalam telefilem tersebut, ia berkisar tentang Maya dan rakan-rakannya yang pergi berkhemah di sebuah hutan ditimpa tragedi selepas Maya membuang tuala wanitanya.

Dia kemudian dirasuk oleh makhluk halus bernama Bulan, tetapi kemudian cuba dibantu temannya, Anuar (lakonan Zoey)
cerita ini memang patut jadi iktibar lagi lagi untuk anak gadis macam kita LOLO emak gadis pun kene alert juga okay. btw 'datang bulan' boleh tahan lah best dia. lepas tu saya sempat bertweet dengan ika, siap bagi nasihat dekat dia jangan buang pad merata rata HAHAHAHAHA

boleh baca lagi dekat sini.

Jumat, Juni 25, 2010

ayat pedih dari almy nadia untuk tiz zaqyah & fasha sendat.

Selamat petang.

okay kejap, dulu masa almy jadi suzanna dalam dunia baru saya benci gila dekat diaaaa. dah lah gedik, lepas tu berlagak kata dia kaya raya padahal bapak dia penjenayah kot macam tu lah dh lupa LOL.


almy nadia dan fizz fairuz memang romantik

"Saya tidak kenal Tizz dan tidak pernah berjumpa dengannya. Saya kenal dia pun sebab kontroversi ini tapi saya tidak mahu komen tentang dia. Pada saya buat apa mencampuri urusan mereka. Mereka bergaduh berebut lelaki, kenapa nak mengaitkan saya dan Fizz dalam hal ini?"
HAHAHAHA kalau gua jadi fasha sendat, gua dh menangis melolong lolong dah sebab perempuan ni lah sibuk nak kecoh kecoh dekat twitter. eleh gua lah salah seorang saksi lu yang cari gaduh dulu cik pasha. HAHAHAHA

boring okay kisah cinta pasha sandha neh, dia yang rampas laki orang, bapak orang, lepas tu bila lelaki yang dirampas tu ada orang lain nak tekel, dia yang over over mcm cacing kepanasan siap cakap 'saya tak pernah nak ambil barang orang lain tanpa pengetahuan dia" LOLOLO

unisel, universiti industri selangor batang berjuntai

eh eh, sebab dunia baru lah saya berminat nak belajar dekat unisel LOLOLOLO

okay bai.

Qram LOVE and Ynn LOVE dalam the sims 3 LOL

selamat pagiii,

rindu ai tak? kalau tak rindu boleh balik tidur sekarang KEH KEH KEH. maaf sangat sangat saya sedang sibuk yang terlampau sangat. buat pengetahuan anda yang disayangi, saya sedang busy mengreka rumahh terbaru saya.apa ingat saya budak Industrial Computing tak pandai mereka rumah sendiri ke? HAHAHA

sims3 apartmen

rumah kali ini saya duduk dengan housemate saya , Qram Love nama dia. LOVE tu nama family lah konon. mula mula housemate lama lama dah jadi lah lain pulak KAH KAH KAH okay tak saya tipu, saya sebenarnya tengah sibuk bermain sims3 macam dulu dulu. padahal dah lama saya download sims3 tapi baru lah macam nak main sebab selama ini saya rasa rugi gila download tapi semalam saya cuba install akhirnya berjaya . yehawww :D

oh saya juga suka sim3 kerana saya boleh merasa diri saya didalam game itu apabila berjaya membuat bentuk badan comel macam saya LOL

sims3 cute lady

okay dah. kejap lagi saya merepek lagi. nk siapkan rumah, kemudian bagi Qram LOVE and Ynn LOVE bercinta nanti mereka bersama sama dapat anak, ye hawww :D KAH KAH KAH gatal T_____T

okay bai.

Rabu, Juni 23, 2010

Contest Gadis Paling Comel.

selamat petang kawan kawan.

LOL siapa yang rasa diri dia comel sila angkat tangan sekarang. oh sabar kalau anda dekat khalayak ramai sila turunkan tangan anda kerana saya tahu sangat keti ( atau ketiak atau armpit atau oksel - bahasa afrika KAH KAH KAH) adalah berbau. heshh hamis T______T

tak tak, sebenarnya saya bukan lah nak cakap saya comel tapi saya saja nak sokong kawan saya buat contest gadis paling comel LOL. dah lah banner contest dia comel macam saya terus berminat saya nak masuk kontes yang beliau anjurkan. eh siapa pulak kawan saya tu? sila picit picit perkataan kawan HIKHIKHIK

yang pertama.
nah, ini lah gambar terbaru paling comel. LOL sebab apa saya cakap gambar itu paling comel? sebab ada tahi lalat palsu dekat dalam gambar tu. sila lah cari sendiri. HAHAHAHA okay babai.

gua tengah tarik kain masa ni LOL

yang kedua.
benda comel/cute yang saya suka adalah anak anak saya bersama si botak eh tak si buah hati LOL :D

lukas padolski (nama samaran) and eddy

yang ketiga.
saya nak tag makhluk paling comel didunia iaitu chibi. LOL bukan bukan, gua nak tag kakak feez supaya menjadi mangsa saya HIK HIK HIK

eh, ini syarat syarat dia. gua kopipes sahaja hihi
  • terbuka kepada gadis-gadis sahaja sebab lelaki tidaklah comel.mereka kachak dan macho sahaja. hak hak hak.
  • perlu lah menjadi followers saya yang comel dahulu. *psst..kalau nak LIKES fanpage saya sekali pun ok what. thehehe...:)
  • letak sekeping sahaja gambar anda SENDIRI. tidaklah berdua mahupun bertiga apetah lagi berempat. dan gambar itu mestilah gambar anda yang TERKINI mungkin! tidak mahu gambar masa kecil-kecil; masa baby sebab kalau masa baby semua orang pun comel oh..!
  • buatla entry khas untuk contest saya ini. letak kan banner contest ini di entry anda dan di sidebar anda dan WAJIB backlink kepada contest saya ini semula. ok. ;p. copy-paste je code banner contest di sidebar saya itu.perletakan banner contest di side bar adalah tidak wajib.terpulang mahu letak atau tidak :)
  • di dalam entry anda juga tuliskan jawapan untuk soalan saya ini :: apakah benda comel/cute yang anda suka? contohnya. :: benda comel yang saya suka ialah toothbrush holder. ;p. itu contoh lah ye..
  • tag kan hanya seorang yang anda rasa patut join contest ini. make sure orang yang di tag itu tahu ya??!

adakah


Selasa, Juni 22, 2010

5 Tips efektif menyelesaikan masalah rumah tangga (?)

selamat pagi.

semua orang tahu ( atau belum tahu ) saya adalah suri rumah sepenuh masa sekarang. bermaksud saya lah orang yang mengemop rumah, menjemur kain, memasak nasi, membantu ibu didapur dan juga membuli chibi tanpa rasa bersalah waktu chibi tengah tidur pun saya kacau dia. saya tolak tolak badan chibi supaya dia tidak dapat tidur dengan lena tapi saya perasan satu perangai chibi mesti dalam hati dia akan cakap "apa ada hal, kalau aku nak tidur, kau tolak dalam longkang pun aku tidur juga" okay chibi kau jangan melawan skrg T_________T

lepas tu emosi bila chibi buat tak endah, saya rasa nak cukur bulu chibi sampai botak lah (LOL EMOSI)

okay dah, hari ini hari kita kita sebagai suri rumah siapa yang rasa dia tengah mentanam anggur boleh baca kalau tak nak baca pun boleh saya tak kesah sebab saya dah cakap awal awal siapa tak nak baca esok dia sembelit ( pheww, syahdu kalau dengar perkataan sembelit )

okay dah buat kali kedua, mari dekat dekat saya nak bagi sedikit info untuk suri rumah semua.




tips pertama.
siapa yang kopek bawak sambil menangis nangis? (SAYA SAYA) okay kalau nak mengelakkan dari mengalir air mata, sila kunyah chewing gum. tidak kisah lah nak kunyah dentyne ke bubbles ke atau apa sahaja janji chewing gum

tips kedua.
Untuk memeriksa kesegaran telur:
Masukkan telur dalam air.
Jika menjadi horizontal, ini segar.
Jika itu menjadi miring, 3-4 nya hari tua.
Jika menjadi vertikal, 10 nya hari tua.
Jika mengapung, itu basi.
tips ketiga.
untuk menghalau tikus.
letak blackpepper di sekitar tempat yang anda tahu tikus itu berada dan mereka akan berlarian dengan pantas.
tips keempat.
kalau anak anak anda balik dari sekolah dan terdapat chewing gum melekat dekat baju dia, anda terus masukkan baju itu ke dalam freezer ( peti ais yang letak ais tu ) selama sejam.
tips kelima.
jika anda sakit hati dengan semut, cari lubang dimana semut itu berada dan letak beberapa keping mentimun di tepi lubang tersebut. nescaya akan bertempiaran lah semut semut itu
okay dah cukup lima. lain kali kita tambah lagi. HAHAHAA harap semua adalah menjadi kalau tak menjadi sila lah buat tidak tahu apa apa sebab saya segan lah nanti kalau tak jadi T__________T

okay bai.

Senin, Juni 21, 2010

Pasang script dalam entry.

selamat malam.

signup twitter dan churp churp untuk bukan bloggers. anda boleh earn duit dari bertwitter dan berfacebook je ! ;p

rasa macam saya dah lama tak bagi sedikit ilmu dekat anda semua kan? rasa macam terlebih banyak kasi entry berciri hiburan secara besar besaran selama berhari hari tapi tak apa mungkin akan bagi can dekat cekodok.ikan untuk buat readers saya yang tersayang gelak gelak tanpa batasan.

Pasang script dalam entry

okay ini sedikit ilmu yang saya nak share. ramai yang tak tahu lagi lagi adik adik saya yang baru nak cuba cuba buat tutorial untuk kawan mereka. bila adik adik tanya kita kene lah ajar mereka betul tak? jadi . haa ramai yang dah tahu kan? tapi tak apa ada juga yang belum tahu jadi sila baca betul betul :P

bila anda nak cuba nak buat tutorial dan paste code yang bermula dengan < dan berakhir dengan > akan lihat kosong sahaja kan? kenapa? okay sebab bila dekat kotak menaip entry memang tak boleh ada sebarang code < . contoh macam code <underline> nanti dia akan jadi underline terus. jadi mari sini kita pergi terus jalan senang.

1. awak buka terus website http://centricle.com/tools/html-entities/

2. then copy semua code yang anda nak masukkan dalam entry dalam kotak yang super besar tu.

3. lepas tu terus tekan encode secara pantas jangan pandang tempat lain.

4. lepas encode terus copy paste code baru dalam kotak entry anda.

5. preview dulu kalau ada code yang awak nak paste tu baru lah save.

Sabtu, Juni 19, 2010

Macam mana nak ajar anak kecil melukis?

selamat pagi.



Belog : Cekodok Ikan.

ini macam entry untuk memperkenalkan sebuah lagi blog baru. blog yang mengumpulkan gambar gambar comel yang di kumpul dari setiap website yang dia jumpa. HAHA kira macam collecter macam tu lah lagipun tak ramai orang yang tahu mana website yang kumpul gambar aneh, lucu, atau seram.

tapi so far cekodok ikan belum keluarkan gambar gambar seram mungkin tak nak bagi saya takut ke hape KAH KAH KAh. blog baru lagi tak sampai pun sebulan. jadi mari lah sama sama kita sokong cekodok ikan.

tak rugi lah kalau anda follow sebab kalau anda bosan bosan boleh lah melayan cekodok ikan mana tahu anda boleh tersengih sengih macam orang gila keh keh keh tapi itu lah kebanyakan gambar dalam cekodok ikan bukan lah gambar sendiri. maksud dia, cekodok ikan itu mengumpul sahaja.

okay itu sahaja kot untuk malam ini. mari lah sokong cekodok ikannn . yee haww HAHAHAHA kejap, apasal dia guna nama cekodok ikan? HAHAHAHA kelakar kan? tapi tak apa kita kasi sokongan sepadunyaa. HAHAHAHA

okay babai.

Kamis, Juni 17, 2010

Soalan Uji Minda ; how fast can you guess the words?



guess word

How fast can you guess the words?

1. B o o _ s

2. _ _ n d o m

3. F _ _ k

4. P _ n _ s

5. P u _ s _


Answers Below, Don't cheat ok

Keh keh keh, cepat cepat, i tunggu jawapan awak semua and and and tunggu pulak jawapan dia nxt entry okayy ;p

*saya tengah serabut. jadi layan lah benda funny kejap T_T*

Celcom Blue Bear Germany 2010 ; hari berbunga.

selamat petang.

semalam adalah hari saya berbunga. (er, macam dating tapi berbunga bunga :P) semasa berbunga selalunya kami akan menonton wayang. terpulang lah sama ada saya atau dia yang pilih cerita apa, tapi kalau saya pilih cuma cerita comel comel macam shrek , cerita hantu, seram, menakutkan and mengerikan macam nightmare elm street atau pelakon lelaki yang hensem. tapi kalau dia yang pilih mesti cerita aksi. contoh cerita aksi adalah A-team atau solomon kane, atau apa apa cerita perang. oh lupa dia pun dah siap cakap nak tengok the last airbender nanti (pengsan).

Celcom Blue Bear Germany 2010

sebenarnya saya kurang suka menonton cerita aksi bersama dia sebab nanti dia leka tak mahu pandang saya dah , mesti mahu pandang cerita tu sampai habis akhirnya saya yang merana (over tauu) lepas tu habis lah panjang muncung. keh keh keh tapi kalau cerita yang saya pilih pulak nanti dia boleh gelakkan walaupun cerita itu adalah seram grrr. tak apa nasib baik comel keh keh keh ;p

A-team 2010

Synopsis: THE A-TEAM follows the exciting and daring exploits of Hannibal Smith and his colorful team of former Special Forces soldiers who were set up for a crime they did not commit. Going "rogue", they utilize their unique talents - and eccentricities - to try and clear their names and find the true culprit.
okay dah penat. maksud perenggan di atas adalah saya dan si buah hati sudah mentengok sebuah movie bertajuk "a-team" okay macam tah hapa hapa tah cerita ni tapi iklan dia tamo kalah, nak sebesar besar iklan dekat tepi jalan tu. tapi bila tengok memang best ai bagi 9/10 sebab best, lawak gila, penuh aksi and tak membosankan :)

Celcom Blue Bear Germany 2010

dah habis part movies, sekarang cerita pulak lepas dating dekat 1utama pergi singgah big apple sekejap belikan sesuatu untuk family saya dan dia kemudiannya terus pergi giant batu caves jalan jalan cari broadband kata saya. tapi bukan untuk saya, untuk si buah hati tu lah orang kaya segera lepas beli broadband terus pokai kata dia hihi. dia beli celcom student price punya so pendaftaran seratus. dapat pulak encik belu bear :D


Celcom Blue Bear Germany 2010
keh keh keh, saya sudah bertukar dari brazil ke germany. hidupp kahnn :P

sukanyaaaa sebab dapat blue bear. saya memang mengidam nak blue bear, mula mula tanya apek tu boleh dapat satu lagi tak. apek dengan angkuh cakap mana bolehhhh lepas tu buah hati kata blue bear tu i punya depan apek tersebut lah kira romantiknya :D tiba tiba dekat kereta dia kata dia nak. grrr nasib baik gua merajuk kejap kalau lama?

okay sekarang nak mintak tolong, nak bagi kan nama blue bear ni apa ya? saya dah ada eddy, and merah so saya nak nama paling comel untuk blue bear :) jom berkongsi idea dengan saya

ohh, blue bear ini tak lah besar macam bear yang saya peluk dekat header tu. alahh bear kecik molek sahaja. boleh tengok dia duduk sebelah kotak big apple di atas :P hihi

Selasa, Juni 15, 2010

Pengakuan Ikhlas ; kucing sudah makan kertas latihan.

selamat pagi.

ini adalah contoh contoh surat untuk cikgu yang di karang oleh adik adik yang kita tak tahu siapa sebab tak ambil gambar sekali, lain kali kene letak gambar adik yang mengkarang supaya boleh di idolakan heh ;p

contoh karangan

oh siapa yang belum tengok contoh karangan negeri sembilan dan juga contoh karangan budak upsr boleh tengok balik keh keh keh :D

okay bai.

aik pendek je entry ini? ehem . keh keh keh sebenarnya esok ai nak pergi berbunga jadi jangan lah jeles tahu?

my love ; lily si kerocks.

selamat pagi kesayangan.

terasa macam dah lama tidak merepek, asyik bercerita tentang perkara yang funney funney sahaja keh keh keh. oh ramai tanya dekat mana saya dapat gambar gambar comel yang saya post kan hari itu. tak apa nanti saya bagitahu hi hi hi.

Lily

dua minggu lepas saya berjaya membeli sebuah lily si kerocks yang saya idamkan sangat sangat grr, dah lah comel gila berwarna pepel pulak suka nya saya tengok. tapi ada sikit problem dengan kaki saya yang senget ini bila pakai nanti bahagian belakang kaki mula melecet, itu menandakan kaki saya senget agaknya lah, atau saya memang tak boleh pakai kasut bertutup terus kaki kot atau sebelum pakai saya takut nak amalkan konsep gigi dulu kasut sebelum kasut gigit awak (T___T)


jangan tanya harga, boleh tahan lah habis duit dating tapi tak apa, demi lily ai sanggup berkorban ecewah. okay dah terasa keboringan di saat belog ini macam suram macam tuan dia dah malas nak layan dia dah sebab laptop tuan dia yang tersayang asyik demam terkejut sahaja.

Lily

oleh sebab itu terus rasa nak delete belog sebab macam malas dah nak layan belog, nak delete delete delete delete tapi macam sayang terus simpan balik. oh bulan julai dah kene renew belog grr macam malas nak guna liyanaa.com lagi, nak guna lily.com.my pulak sebab terlampau addict dengan lily si kerocks. KAH KAH KAH

okay bai.

Sabtu, Juni 12, 2010

KENAPA AI SUKA BELOG ; HUDA LUNA HUSSIN AL-SAGOFF.

Selamat pagi.

hai semua. maaf sangat comment dekat entry CERITA CINTA SEBATANG PAKU BUKAN NOVEL AHADIAT AKASHAH. belum mampu di balas. sangat sangat sangat busy dan alhamdullilah lappy kembali sihat dua tiga hari. mampu lah buat blogwalking sikit sikit. tapi biasa lah surirumah bukan sentiasa didepan laptop. oh btw tak sangka ada juga yang cakap kisah cinta encik paku menarik. walhal ai jadi segan nak publish entry tu sebenarnya keh keh keh. ai bukan jiwang noks, tak pandai ai nak jejiwang ni pfft ;p

okay lah di pendekkan cerita, ai tengok makin ramai mengreview belog bloggers lain which is so goooooddd ( mcm iklan cheese apa tah tu keh keh keh ) kenapa ai cakap so goooooodd? sebab macam bila ai baca review dia lepas tu ai tengok belog yang di review terus i macam kagum, terus follow. tak payah suruh orang follow pun tak apa. ai sanggup follow dia terus KEH KEH KEH


KENAPA AI SUKA BELOG ; HUDA LUNA HUSSIN AL SAGOFF.




1. KEMAS.
tidak serabut. tidak mempunyai tulisan berwarna warni yang menyakitkan hati. header sangat comel. lihat, dengan header si joni sahaja terus boleh menarik perhatian. lihat, link link di bawah header juga di susun rapi.
2. RINGAN.
huda pernah tanya, tutorial ai buat berat tak, takut belog dia obes. keh keh keh ;p
3. TAK ADA POPUP MENGARUT.
popup mengarut seperti "selamat datang ke belog saya" yang membuatkan saya jadi bengang nak masuk belog anda. sila buang tau sayang sayangg semua
4. TAK ADA AUTO PLAY MUSIC.
autoplay music membuatkan ai takut bandwith digi broadband ai yang sebanyak 10gb di mamah usia.please buang juga tauu ataupun awak jangan buat auto play. kasihan lah dekat saya T__T
5. BERWARNA PINK
advantaes sebenarnya bloggers perempuan berbelog warna pink, sebab semakin menarik eceh
6. JONI
comel sangat sangat. kalau nak tahu joni tu apa? boleh pegi belog huda.
7. SERIUS HUDA ADALAH FRIENDLY.
sudah dua kali berjumpa dengan huda yey :D ( advantages juga, bermakna huda adalah org yg bersosial HAHA )


huda yang buat pis pis kacang pis.
memori daun pisang.

cukup lah tujuh takut huda kembang pulak HAHAHAHAHAHA :P

jadi apa kata anda? jangan risau akan ada belog bertuah yang akan di review :D

okay bai.

sebelum itu boleh tengok 5 belog terhebat di malaysia. yang pernah saya tayangkan dulu. keh keh keh :D

Jumat, Juni 11, 2010

Website lucah aksi penuh ngeri luna maya dengan ariel peterporn.

selamat malam.

ewahh ewahh selepas meletusnya perang antara luna maya dengan ariel peterporn semua pun sibuk nak mencari cari dan membuat entry pasal mereka. eceh kalau diaorang guna blog ke apa tah lepas tu pasang nuffnang mesti kaya rayaaa dah keh keh keh.

tapi ai tak nak cerita pasal video seks mereka ke apa, ai tak suka nak sibuk sibuk urusan maksiat orang lain, itu biar dia sendiri jawap. siapa yang ada video tu satu je soalan ai, kenapa nak bangga? pfft siap cakap aku ada video seks lunamaya dengan ariel peterporn , siapa nak? ewahh gila betul T______T





tapi ai dapat tahu dari adik ai pasal website yang penuh adegan mengerikan si luna maya dengan peterporn, boleh tengok kalau mahu lagi lagi lelaki sangap sangap semua. KAH KAH KAH KAH

awal awal ai kasi remind, budak perempuan bawah 25tahun jangan tengok. budak perempuan yang lemah semangat takut tersangap pun jangan tengok. hanya lelaki sahaja ! ingat tu, sebab lelaki sahaja yang sangap benda ini. perempuan semua baik2 KAH KAH KAH

Rabu, Juni 09, 2010

Budak comel gilaa kenan kucing mata biru.



seorang makcik pelik selepas melihat anak dia yang memiliki sepasang mata yang cantik, dan makcik itu siap pergi tanya doktor pakar untuk mengetahui kenapa dengan mata anak nya takut mengalami komplikasi ke apa tah. lepas tu anak dia pula ada misai? pfft
SAMARIANG: Pelik tapi benar. Itulah keajaiban berlaku ke atas bayi lelaki berusia 18 bulan yang didakwa terkena ‘kenan’ kucing apabila mata hitamnya bertukar biru selepas dua minggu dilahirkan.

“Sehingga saya melahirkannya, saya tertarik dengan seekor kucing bermata biru yang saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya.

“Apa yang peliknya, selepas Zulfazli dilahirkan, kucing itu tidak kelihatan lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Semariang di sini, semalam.


mistik gilaa tapi budak ni comel amat. bertuahnya engkauuu budak (T_T)

rupanya anak makcik terkenan sebab makcik suka main kucing waktu mengandungkan dia. ewahh syoknyaa. saya nak main dengan megan fox lah waktu mengandung supaya anak saya hot macam dia. eh tapi macam risau pula nanti keluar keluar jadi macam azwan ali pulak sebab ada tuutt KAH KAH KAH (T_____T)
makcik, makcik adalah seorang ibu yang bertuah kerana mempunyai anak comel yang seakan akan seekor kucing yang kita tahu kucing adalah binatang yang comel (T_____T jeles)
tapi jangan pula makcik jadi macam orang mentel yang mekapkan anak dia macam entry saya yang lepas ( sila click ) HAHA

tapi untuk anda kalau yang terpengaruh, main lah dengan kucing yang comel comel tauu, jangan pergi main dengan bulldog ke apa tah karang keluar berita seorang bayi comel tetapi ada iras bulldog macam kesian pulak KAH KAH KAH okay saja berlawak.

oh teringat pesan orang dulu dulu waktu mengandung jangan buat perkara bukan bukan, contoh seperti ular lah, jangan ada suami pukul ular waktu isteri mengandung nanti anak bersisik mcm ular ke apa tah tu. boleh baca lagi dekat sini :D

Minggu, Juni 06, 2010

Review Film & OST Lagenda Budak Setan 2010 One Utama.

selamat petang yang tersayang.

semalam saya pergi berbunga bunga dengan adik beradik tahu? wahh serius ramai gila orang dekat one utama tu. OH OH JANGAN JELES saya sudah tengok filem Lagenda Budak Setan selepas tertarik dengan lagu / lyric yang sangat menarik nyanyian flianti vlee ke apa tah pelik betul nama beliau (T_T)


OST - Lagenda Budak Setan


bagi saya filem ini menarik tetapi kalau dia buat part one , part two , part three lagi menarik maksudnya tak perlu lah satu novel tu satu filem lepas tu buat saya pening baru nak nangis dah keluar episod lain lepas tu macam terkejar kejar takut tak sempat nak muatkan semua cerita dalam satu filem T_________T



tak ke annoying? saya tak pernah baca novel LBS juga tak pernah tahu pasal itu, jadi saya komen sebagai pencinta wayang sahaja :D HAHAHAH oh ya, saya tak puas hati pemilihan pelakon yang bernama emilia tu. i bet ramai pun tak puas hati dekat dia (tapi bagi lah can dia nak belakon, mesti dia sedih orang kutuk dia ) tapi memang tak sesuai lah dia jadi emilia. i rasa kalau fazura jadi emilia adalah patut tapi bagus juga lepas ni ada part two harapnya fazura juga orang yang sama.

oh nubhan adalah orang paling hensem dalam LBS (terliur KAH KAH KAH) tetapi que haidar juga menarik :D

Cheesy Lava Pizza Chicken Supreme Pizza Hut


okay dah habis pasal LBS, terus lapar nak makan . saya memang sedang mengidam nak makan cheesy lava pizza chicken supreme terus rekues nak makan pizza dan idaman saya tercapai. yee haw :D

OST - Lagenda Budak Setan


eh eh eh tiba tiba pergi satu kedai komputer nampak belog sendiri dekat sebuah notebook yang serius gua cakap gorgeous gilaa. brand? ferarri (pengsan T_T) boleh tengok harga dia berapa. memang cantik gila. motif? ai punya belog tuu, nampak tak? HAHAHAHAHHAHA :D

okay bai.

// i bagi 3.4/5 sahaja okay lah kan?

// tiba tiba jadi artis bila dilakochan jerit nama ai masa nak pergi dekat tempat duduk. dah lah gelap i pula mengambil gambar secara kandid. ada rasanya gambar u masa i capture tu dear, tapi gegarrr HAHAHA

Memasang fungsi balas komen di blogspot.

selamat pagi.

signup twitter dan churp churp untuk bukan bloggers. anda boleh earn duit dari bertwitter dan berfacebook je ! ;p

pagi yang indah dan ceria mari kita belaja sesuatu yang comel khas untuk tatapan anda. actually tutorial ini saya belajar dari maribinablog. haritu penah borak dengan owner dia kenapa jarang update belog sekarang, dkt GB pun macam dah tak nampak kelibat HAHAHA dia macam annoying dengan sesetengah beloggers yang amik tutorial orang then claim itu tutorial sendiri buat padahal plagiat. yes kalau saya pun saya naik hangin juga.

awak ingat senang ke buat tutorial? nak ajar orang, nak buat demo, nak kene testis dulu T______T susah tau lagi lagi kalau yang tak dapat buat tu lagi macam tsk kasihan eh eh sudah, tadi saya kata nak ajar tiba tiba nak emosi HAHAHAHA

Liyana Lunia - Cara pasang fungsi Balas di blogspot

okay dalam episod kali ini, saya nak ajar macam mana awak nak pasang fungsi BALAS dekat setiap comment. ye lah, Blogspot kan untuk budak-budak jadi dia tak ada fungsi balas yang menyenangkan owner belog membalas komen. jadi dengan ada nya button balas ini, senang lah saya membalas comment anda semuaaaa :D

oh, diingatkan kalau hendak balas comment hanya dekat embedded post sahaja. popup window tak akan muncul okay rasanyaa :D


1. dashboard pegi ke pegi ke layout ==> Edit HTML ==> tick Expand Widget Templates

2, then ctrol + f , cari word

<data:commentpostedbymsg>

atau kod

<data:commentpostedbymsg/>

atau kod

<dd class='comment-footer'>
kemudian enter.

3. Salin code di bawah.

<span class='comment-reply'><a expr:href='&quot;https://www.blogger.com/comment.g?blogID=Masukkan ID blog disini&amp;postID=&quot; + data:post.id + &quot;&amp;isPopup=true&amp;postBody=%40%3C%61%20%68%72%65%66%3D%22%23&quot; + data:comment.anchorName + &quot;%22%3E&quot; + data:comment.author + &quot;%3C%2F%61%3E#form&quot;' onclick='javascript:window.open(this.href, &quot;bloggerPopup&quot;, &quot;toolbar=0,location=0,statusbar=1,menubar=0,scrollbars=yes,width=400,height=450&quot;); return false;'>BALAS</a></span>

TETAPI edit dulu ID BLOG ANDA. ( ID BLOG ANDA boleh tengok dekat atas bahagian atas ) refer contoh image di bawah.



4. salin semula code yang telah ditukar ID BLOG anda di bawah code di dalam step yang ketiga

Contoh
<dd class='comment-footer'>
<span class='comment-reply'><a expr:href='&quot;https://www.blogger.com/comment.g?blogID=Masukkan ID blog disini&amp;postID=&quot; + data:post.id + &quot;&amp;isPopup=true&amp;postBody=%40%3C%61%20%68%72%65%66%3D%22%23&quot; + data:comment.anchorName + &quot;%22%3E&quot; + data:comment.author + &quot;%3C%2F%61%3E#form&quot;' onclick='javascript:window.open(this.href, &quot;bloggerPopup&quot;, &quot;toolbar=0,location=0,statusbar=1,menubar=0,scrollbars=yes,width=400,height=450&quot;); return false;'>BALAS</a></span>

5. preview dan save kalau tiada error :D

Credit : MariBinaBlog

*** since ramai tanya popup window tak boleh ke? maksud i kat sini, uols boleh guna popup window khas untuk visitor komen, tapi uols sebagai owner belog kene masuk dalam single post tu then baru applikasi balas kommen boleh digunakan. harap fhm apa maksud i T_______T ***

Jumat, Juni 04, 2010

Tips tips membuat roti bermata kerbau :D

selamat pagi petang kawan kawan.

signup twitter dan churp churp untuk bukan bloggers. anda boleh earn duit dari bertwitter dan berfacebook je ! ;p

hai hai di pagi petang hari kalian bersarapan minum petang apa? er hari ini kita jangan cakap pasal nasi lemak nanti bertambah lemak, sekarang ai nak bagi tips membuat roti telur mata kerbau.

ewahh, macam orang lain tak pernah buat pulak roti telur mata kerbau sampai engkau nak buat tips pulak? KAH KAH KAH okay cool down, cool down pakcik admin, saya bukan nya pendengki. ada orang cakap saya pendengki sebab letak gambar justin bibir pakai baju pompuan? HA HA HA apa yang aku dengki sangat dengan justin bibir ni?

haih nak buat lawak pun kata dengki (T_T) nak kasi orang gelak je pun, justin bibir bukan faham apa aku cakap pun haih. lagipun memang justin bibir comel kot (T_T) eh eh tiba tiba emosi tadi kata nak bagi tips membuat roti telur mata kerbau. KAH KAH KAH

tips tips membuat roti bermata kerbau :D



step yang pertama
kepilkan dua keping roti, roti di atas di lubangkan seperti gambarajah di bawah
*** anda boleh menggunakan jangka lukis untuk membuat bulatan yang nice. atau menggunakan tutup botol bermulut besar dan menekapkan pada roti seperti mana anda buat kuih raya bulat bulat :P ***



step yang kedua
pecahkan telur. masukkan di tengah tengah roti yang di lubangkan




step ketiga
bakar roti tersebut di dalam ketuhar gelombang mikro, sebelum itu taburkan dulu blackpepper and daun sup :D





step keempat
sudah sedia untuk di makan :DDDD


OLOLOLO ada empat step sahaja untuk membuat roti bermata kerbau.
harap kalian terhibur dengan step step membuatnya dan juga selamat menjamu selera daripada saya, CHEF YIYIN :D

***er, kejap seriusli saya tak pernah buat jadi saya tidak mahu *** bertanggungjawap atas apa apa kesilapan KAH KAH KAH T___T

Kamis, Juni 03, 2010

Gambar Justin Bieber Limited Edition.

selamat petang malam semuaa sayang.

HAHAHAHAHA (?) sebenarnya macam malas nak mengaku tapi kene juga. saya dah download full album justin bibir comel macam iwan af8 :D

Justin Biebir Hot Comel Gila


kita terima lah sahaja bahawa saya sedang mengidam lagu baby feat ludacris tersebut sampaikan msg pun saya set lagu tersebut. lihat betapa justin bibir menguasai diri HAHAHAHA cuma nya walaupun suara dia macam kewanitaan kenapa ada juga gigirl yang suka dekat dia ey? maksud saya suka ini dia macam terlalu fanatik dekat justin bibir

sesi mengumpat, rupanya buah hati pun suka dia sebab dia comel aik (?) dah lah siap copy satu album limited edition dia pulak dari saya selepas beberapa jam saya download lagu si comel ini tesk kacau betul lah buah hati saya ni T____________T

okay bai nak layan lagu justin bieber kejap ;p

Rabu, Juni 02, 2010

Kalau binatang ada facebook,

selamat pagi.



Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah...

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

--

Lu terfikir tak? HAHAHA kalau chibi ada facebook macam mana la kan T_________T

Selasa, Juni 01, 2010

Belog review - terima kasih Edriena Hazelina.

selamat petang semua.

hari ini macam biasa saya sebagai seorang pengusaha tanaman anggur dan juga pengusaha dunia cafe memulakan hari dengan subuh kemudian ingat nak tidur tapi adik saya jerit dia suruh bangun sebab emak marah tidur balik jadi tak dapat tidur saya pergi tengok dapur dekat facebook lepas tu baru turun masak masa tu belum mandi then terus breakfast.

lepas mandi baru saya mula membuka blog dan terpandang sebuah entry blog review - liyana lunia
yang di bawa kan khas se khas nya oleh cik edriena hazelina yang manis manis si pucuk manis, semakin berseri semakin manis T_______T macam ta reti berpantun tapi apa ada hal kalau hendak seribu daya kalau tak hendak boleh berdalih seribu dalih habis hancur peribahasa ciptaan lampau pfft.

sebenarnya entry ini terbentuk selepas merasa terharu terpilih untuk direview oleh cik edriena . kalau anda nak tahu cik edriena adalah orang yang selalu sponsor tutorial berguna untuk kita bersama. ala kita bersama ini khas untuk pengguna blogspot lah pengguna wordpress boleh ketepi sikit HA HA HA HA.

saya suka berblogwalking mencari ilmu, sampai terjumpa belog mashimaro kemudiannya saya belek belek banyak sangat tutorial yang saya rasa anda semua pun kene belek belek setiap tutorial yang disponsor oleh cik edriena. jadi kalau berminat boleh terus ke belog beliau dan yang paling penting, cik edriena dah sediakan tab untuk membelek tutorial cuma di minta click sahaja :D



cik edriena hazelina - sponsor kuat tutorial dan mashimaro :D

NOTE : bila baca respon kawan kawan dekat entry review tu terus macam rasa nak gigit sorang sorang T________T tq semuaaa yg beri respon +ve . memang dah nak kembang ni ha. nanti kita jumpa i belanja sorang sorang chokilala eh choki choki :D



TIBA TIBA * saya sendiri makin mencintai header ini. baru 5 hari di aktifkan jadi masih dicintai kalau 5bulan mesti dah kene koyak buang dalam tong sampah dah T_________T kasihan

Pilihan utama emak mertua.


selamat malam.

hai sayangg semuaa, mari saya nak tunjukkan sesuatu dekat awak semua kalau ada yang teringin nak mencari calon isteri. ( KAH KAH KAH KAH KAH )



saya adalah perempuan jenis pilihan utama emak mertua.

wah wah ke mana anda pergi orang asyik tanya dah berpunya ke belum. sebab nak dijodohkan dengan anak dorang. anda jenis yang ramah mesra, cekap dalam urusan rumah tangga, matang dan pandai mengambil hati orang lain. kawan-kawan senang dengan anda dan anda selalunya ada ramai secret pakwe/secret admirer.

WINK WINK :P

// okay tak nak ada komen komen manis cakap tak perlu percaya ke apa sebab benda ini just for fun sahaja okay ;p hee

Contoh Karangan Negeri Sembilan ; dapo jighan den molotop !

hari ini satu june :D.

hai semua yang terbaca entry comel ini. hari ini kita belajar cara bercakap versi orang nogori. apak saya orang rembau, tapi saya tak pandai cakap nogori :( makan podaih² (pedas) reti lah den, nak cakap tu macam bahasa melayu paling terbaik lah lagi lagi bilo den baco thread dekat gengblogger pasal loghat negeri mano yang ekau teringin nak belajo. T___________T



oh oh kalau siapa yang selalu tengok cerita komedi yang ada ebby yus mesti akan tersengih sengih sebab bila dia mula buka mulut nak baca skrip mesti lawak gilaaaa. dah tu pulak i suka dengar org nogori bersembang lagi i tak akan lepas kan komedi yang ada ebby yus HA HA HA


okay jom kita belajar sekarang. gambar i amik dari belog gadismawarhitam :D



Pagi tu pagi Senayan . Mak ngan abah den takdo kek ghumah . Gi motong gotah kek kobon gotah. Ting ga den, uwan den ngan adik den yang umo lapan taun yo kek ghumah.

Te tibo yo dapo ghumah jighan den molotop!!!. Be lango ngan kuali tohumban kek pintu paga. Uwan den yang tongah ngojoan kekabu tu, dek tergamang eh, biji kekabu di teghajang eh . Lobih sogonggam kekabu di kunyah eh. Den ngan uwan den bekoja nak nolong an jighan den. Umang aii, api nenek moyang bosa eh. Jangan kan nak nolong , dokek pun paneh . Tak ditolongkan jighan, kuk ditolongkan, awak lak moda . Den ngan adik den pun bertinggung lah kek pintu paga nunggu an api padam. Jighan den tah apo lah kabaan eh. Kok idup, ado lah. Tak lamo tu, jighan den pun balik. Ghupo eh dio gi bonda tengok anak eh tangkap ikan. Pueh den kobaan dapo eh tebaka, tak diapik eh . suko bona anak eh dapek ikan bosa. Polak nyawa den.

Yo tak yo, den pun balik ghumah . Kojap tu, den dongar jighan den meghaung . Baghu perasan lah tu . Agak eh, dio nak masak ikan, gi dapo tengok dah hanguh. Kang kok dio datang ngadu kek ghumah den, mau yo den ghembat eh. Pueh den kobaan tadi .

Tu lah cito sederhana ngoghi yang den tengok. Tapi tu pun dah lamooo. Maso den kocik. Tu pun uwan den yang cito.
“KOK MONGAK WAN DEN, MONGAK LAH DEN”
ini pula translate dapat dari amazingnazra.com
Mak ngan abah aku xda kat rumah. Pegi toreh getah kat kebun getah. Tinggal aku, nenek dan adik aku yg umur lapan tahun je kat rumah.

tetibe je dapur rumah jiran aku meletup!! Gedebabooo!! Belangga & kuali terhumban ( terjatuh) dkt pintu pagar. Nenek aku yg masa tu tengah kerjakan isi kekabu (untuk buat bantal kot) terperanjat, habis biji kekabu tu dia terajang. Pastu biji kekabu yg dekat tangan dia , dia masukkanya ke dalam mulut… lepas tu, aku & nenek aku bekejar ke dapur rumah jiran tu untk menolong. Makkk aiiiii!! Bapak besar api tuh!

Tapi apekan daya, jgnkan tolong nak padam, nak dekat pon x boleh. Panas nak mamposs..! tak nak tolong kang.. jiran, tapi kalau tolong kang aku lak yg cedera. Aku & adik aku pun x berani jadi kitorang tolong tengok jela sampai api tu padam…huhu~ jiran aku tu x taulah ape citer. Kalau hidup, adalah.. X lama pas tu jiran aku pon balik. Rupa2nya dia pegi sawah tengok anak dia tangkap ikan. Puas lah aku cuba terangkan kat dia yg dapur dia terbakar, tapi dia buat bodoh je….. suka betul dia anak dia dapat ikan besarr punye!! Jawab hati kecil ku.

Hampeh tol! Aku pon balik la umah.. pas tu aku dgr jiran aku meraung….. baru perasan latuh! Agak2 masa dia nak masak ikan kat dapor kot, baru dia perasan yg dapur dia dh hangus…. Kang kalau dia dtg ngadu kat umah aku, mau je aku belasah smp pengsan. Padehal dah puas aku cuba terangkan.. hampeh2….

Itulah cerita sederhana ngeri yg aku penah tengok. Tapi itu pon dah lame giler.. Masa aku kecik2 dulu. Tu pon nenek aku yg citer.

Kalau nenek aku citer tipu, aku pun tipu lah sama kat korang sume…
Credit : AIN & Amazingnara :D

comel sangat sangat sangat lah loghat nogori ni, i suka benar kalau ada orang cakap guna loghat nogori rasa macam nak ikut sama tapi segan kalau salah cakap T__________T and i suka gila kalau intan gaduh dengar bobby berloghat nogori. rinduu korggg

haaa, kau orang pulak suka loghat negeri mana? jom kita sama sama belajar :D
Loading