Jumat, Juli 30, 2010

Bila gaduh, rodok lah kemaluan pasangan dengan botol.

Selamat petang.

semalam punya surat khabar, ini hari baru baca lepas itu geleng geleng kepala nasib baik tidak putus kalau putus lagi satu hal masuk surat khabar seorang gadis manis putus kepala akibat menggeleng geleng tanpa batasan selepas membaca surat khabar harian metro. entah apa sal ayat dia macam ulang-ulang tapi kita continue ke step ke dua.



jahanam, memang jahanam ini lelaki. dah lah lepas bergaduh engkau pukul dia guna tukul, sekarang suka hati engkau je nak rodok kemaluan tunang engkau sendiri sebab engkau jeles . jeles sahaja pun, bukan perempuan itu pergi curi harta kau sampai jatuh miskin lepas itu pergi 'main' dengan jantan lain. dia cuma err, entah saya tak tahu perempuan ini buat apa sampai dia naik angin lah kan.

sekarang, jantan itu sudah lari selepas merodok kemaluan tunangnya. kira dalam hati dia puas gila babs bila dapat rodok guna botol deodorant. padahal engkau tak tahu kalau dalam penjara nanti akan ada lagi berbotol botol deodorant akan di sumbat nanti . disumbat dekat mana itu boleh tanya encik soya. KAH KAH KAH T_T



kononnya ini adalah botol deodorant itu. jangan cuba cuba hendak bayangkan.

harap , kita yang perempuan ini sentiasa di jauhkan dengan manusia hati letak dekat tumit , akal letak dekat assh macam dia) .
hai, saya tengah marah T___________T
okai bai.

Senin, Juli 26, 2010

Mia Sara Nasuha akan muncul dalam slot akasia Epilog Syurga Cinta.

Selamat petang.

// cepat cepat buka tv3 now. mia sara dah mula menunjukkan aksi comel beliauuu :D
Epilog Syurga Cinta
isnin hingga khamis - 6.30 - 7.30 pm
mia sara nasuha

HAAAAAAAAAAA mia sara nasuha dah kembali. tapi tak nak cerita pasal nurkasih the movie sebab kita nak cerita pasal slot akasia yang terbaru, epilog cinta (oh, harap dia guna soundtrack lagu epilog cinta dari bromie - suhaimi mior hassan tu. best gilaa HAHA ). ini akan datang ni, seminggu before puasa agaknyaaa. and mia sara akan berlakon sebagai 'mia'.

habis lah habis lah lepas ini jammed terus lah twitter dengan luahan hati teman twitter saye tentang kecomelan mia sara ni T_______T mia mia, bila besar nanti jangan jadi macam kakak pasha tauu? mia kene baik baik sahaja kalau boleh macam mama lisa biar tak banyak cerita buruk pasal mia.

mia sara nasuha

kakak ( ehem ada juga makcik pakcik atuk nenek semua pun suka mia :P ) semua sayang dekat mia walaupun kita tak pernah jumpa ? tapi tak apa janji mia buat kami suka terasa hendak menjadi emak secepat yang mungkin LOL HAHAHAHAHA

oh oh cerita terbaru pasal mia, encik judinbo dan cik annadzirah and cik lizarazak yang bising bising dekat twitter siap main teka teka siapa jadi hero dan heroin epilog cinta. bila saya baca komen papa mia dekat facebook fan mia, cerita epilog cinta ni adaptasi dari filem syurga cinta. lepastu terbayang muka haziq yang saya tak berasa suka sangat tengok dia tu. HAHA sebab dia macam over, banyak cakap lepas tu annoying kot (tak apa haziq, ramai lagi suka awak HAHAHAHAHAH T________T)

mia sara nasuha
zizan sebagai abang 'mia'

belum tahu cerita dia macam mana, tapi hope cerita dia makin sweet bila ada mia sara sebab demam kakak kakak hot dekat mia sara macam tak kebah kebah HAHA.

itu ada gambar sikit saya ambil dari fanpage mia, oh btw fan page ni yang baru, yang lama papa mia kata kene block? ksian nyaaa fan dia dah ramai gila. tapi tak apa, kakak kakak hot semua kan sayang mia kan? HAHAHAHHAA


mia sara nasuha

fida gadis pantene yang cantik menawan :D

Sabtu, Juli 24, 2010

Tips berkesan untuk mengelakkan diri dari di rogol.

Selamat malam.

HAHAHAAHAH, kejap, ini ada tips untuk anda.

muka seorang perogol

Seorang guru ingin mengetahui sejauh mana kepintaran murid-muridnya. Dia pun bertanya satu soalan kepada seorang murid perempuan.

Guru:Bila kamu bertemu penjahat yang ingin memperkosa kamu,apa yang akan kamu lakukan?
Murid: Saya akan menaikkan skirt saya tinggi-tinggi cikgu!
Guru: HAHHHH??(terperanjat).Lepas tu awak nak buat apa?

Murid: Saya akan suruh penjahat tu buka seluarnya.
Guru: Habis tu apa yang... (mula khuatir)


JENG JENG JENG

Murid: Lepas tu,saya akan lari.Saya dapat lari dengan laju jika skirt saya diangkat,sedangkan penjahat itu susah nak kejar sebab seluarnya tersangkut dikaki ketika dilucutkan...

LOL.

sorry, busy sikit lately tsk T_T

Senin, Juli 19, 2010

Sepit baju juga boleh jadi sepit rambut anda.

selamat petang.

hai kawan kawan, yang rajin sangat singgah ke belog berhantuu ini LOL kau jangan cakap pasal hantu, semalam update pasal cerita seram pun dah seram sejuk sebab update sebelum tidur, jadi jangan lagi cakap pasal benda seram takut nanti tak lena tidur ( tipu, padahal berdengkur keenakan LOL )

penyepit baju

anda kenal tak dengan gambar di atas? kenal tak? okay itu adalah penyepit baju. atau ada orang guna untuk sepit muka atau sepit telinga anak kalau anak itu degil dan memang kene ajar jadi kita sepit penyepit itu dekat telinga supaya menjadi anak yang baik. eh tak, saya tak belajar dari siapa siapa, memang saya suka sepit baju disepit dekat telinga. saya yang suka sebenarnya T_T

oh oh, selain itu kalau anda anda yang tidak pakai tudung tu boleh lah guna sepit baju sebagai sepit rambut anda seperti gambar di bawah.. terima kasih model. anda boleh lilit kan rambut kemudian sepit kan dia. buat sebiji macam sepit rambut biasa.

penyepit baju

hee padahal tadi waktu nak memasak, malas nak ambil penyepit rambut dekat atas, aku terus pergi cari penyepit baju KAH KAH KAH pemalas tapi creative ( TIBA TIBA PUJI DIRI SENDIRI ) oh tidak ketinggalan, lelaki yang berambut panjang seperti razlan kumpulan kristal juga disarankan untuk melakukan aksi pelik ini.
// eh, pelik ke? anda pernah buat tak? T____________T
okai bai.

Minggu, Juli 18, 2010

Kenapa saya suka movie : 4bia ( 2008 )

selamat malam.

pernah baca tentang kenapa saya suka movie : Penelope (2006) tak? okay hari ini kita cerita pasal movie kedua yang saya suka tengok tanpa was was boleh layan berulang kali pun tak apa. kalau anda tiba tiba macam nak ajak saya pergi tengok wayang boleh lah pilih genre yang seram seram seram untuk saya. saya suka HAHAHAHA (tiba tiba engkau gelak apasal)

okay lah macam ni, siapa yang tak suka tengok cerita seram saya syorkan anda kene berjinak jinak untuk tengok sebab 4bia bukan lah seram mana pun malah lebih menarik dari cerita pasal paul si sotong gila atau anu.. dalam botol KAH KAH KAH apasal lah pelik raja azmi punya cerita T_T


4bia ini cerita dia ada empat. jadi sila faham dalam satu movie ada empat part. empat part pula adalah cerita yang lain dengan pengarah dia pun berlainan gila. jadi mari saya cerita sikit part by part.
part pertama.

boleh tahan seram juga sebab engkau melayan mesej asing yang engkau tidak kenal siapa, rupanya dia adalah lelaki yang baru meninggal ditanam dengan telefon bimbit. SERAM TAK?
part kedua.

budak sekolah nakal. dan ini part paling tak suka :( tak suka dan tak nak faham pun cerita pasal apa. HAHA

part ketiga.

4 orang kawan baik yang tersangkut dalam hutan. apa terjadi dekat diaorang?(SERAMMMM) eh tapi tak seram sangat sebab saya in love habis dengan lelaki macho yang tepi sana tuu, yang termenung beralaskan tangan tu. ALAHAI T_T

part empat.

INI PALING SERAM. seorang pramugari terpaksa menjaga seorang puteri raja yang mati kerana alegik dalam sebuah plane tanpa orang lain kecuali dia, puteri raja dan pilot.siapa yang rasa nak tahu balasan kerana mengatal dengan suami orang, boleh tengok puas puas part ini


er, tiba tiba saya pun macam seram jadi kita akhirkan entry ini sekarangggg LOL

okai bai.

Jumat, Juli 16, 2010

Chocolate Teddy Biscuits.

selamat petang.

masa zaman sekolah kan, mesti ada rumah yang jual 'jajan' lepas tu kita berpusu-pusu pergi rumah itu lepas bunyi loceng sekolah. kalau boleh nak berebut-rebut segala 'jajan' dan rasa macam kaya raya gila sampai nak bolot, pergi beli semua 'jajan' dekat situ yang ada dekat situ.

biskut teddy coklat
tak puas hati asyik dapat 'H' dengan 'S' je :(

esok pagi pergi sekolah buat muka berlagak sebab koleksi 'jajan' penuh satu bag. tapi macam sekarang, bila tengok rumah 'jajan' memang terasa nak berebut juga bila tengok adik-adik ulang perbuatan yang sama macam kakak-kakak zaman sekolah dulu (T_T) tapi sebab macam terfikir dah besar, semua pun dah besar terus saya rasa malu . sebab saya tahu saya akan menang dalam acara merebut 'jajan' tersebut (TERHARU)

macam ni lah, siapa pernah makan biskut teddy dekat gambar atas ni? siapa pernah? sedappppp gilaaa kan kan kann lagi sedap dari famous amos tapi tapi tapi dari dulu , dari zaman sekolah yang berpusu pusu dekat rumah 'jajan' sampai sekarang saya memang tak puas hati lahhh. sangat sangat tak puas hati T____________T

biskut teddy coklat
kenapa biskut tu ada 4 ketul je dalam satu bungkus tu? (KECEWA)
tapi nasib baik sedap. dan free sebab merembat dekat kedai kawan apak. keh keh keh, emak esok kita pergi kedai tu lagi. nak rembat biskut teddy.

okai bai.

Kamis, Juli 15, 2010

Gambar makwe shaheizy sam yang seksi dan hot dan meletup debumm :(

selamat petang.

hai kawan kawan, mari lah kita bergosip sekarang. anda tahu tak anda tahu tak anda tahu tak selepas kehebatan adnan sempit pada tahun lalu eh ke tahun ni? aku pun sudah lupa bila adnan sempit menjadi pujaan hati awak semua. tolong bagi tahu bila sebab saya pun confius dah ni T_T

lepas tu mula lah semua termasuk saya menggilai shaheizy sam. semua orang nak cakap shaheizy sam pakwe dia padahal saya tahu saya lah makwe dia . tiba tiba tadi saya lepak lepak dekat kedai internet ( ni macam kau tengah lepak kedai kopi lah konon :P ) jumpa gambar di bawah ini.

teman wanita shaheizy sam

okay dah. di pendekkan cerita, sekarang shaheizy sam atau sam sudah ada makwe (T_T) hot pulak tu, seksi pulak tu (T_T) anda boleh lah pergi cari pelakon lain yang masih single sebab shaheizy sam dan juga aaron aziz masing masing sudah berpunya :(

hati kecewa.

teman wanita shaheizy sam

Credit : izyan :(

OKAI BAI.

Rabu, Juli 14, 2010

Kenapa saya suka movie : Penelope ( 2006 )

Selamat pagi.

hai kawan kawan, awak pernah tak tengok sebuah movie sampai begitu terasa nak tengok banyak kali? bagi saya, banyak gilaaa movie yang saya suka tengok walau berkali kali pun masih hendak tengok.

penelope 2006

macam tadi, lepas sahaja subuh terus buka televisyen terus check movie apa best dekat astro lepas tu terus buka 'penelope'. oh cerita ini dah lama , 2006 heh? tapi masih suka gila sebab ada christina ricci and cerita dia memang sweet.


penelope 2006

macam tak boleh nak bayangkan engkau lahir dengan hidung babi lepas tu emak dan bapak awak macam tak boleh terima kenytaan T_T kasihan penelope, kene kurung sejak kecil sebab parent dia malu hidung dia hidung babi T_T

cerita ini pasal sumpahan sebenarnya, sumpahan yang perlu di hapuskan dengan cara ciuman pertama dari orang yang setaraf dengan penelope, orang kaya sahaja boleh anak tukang paip macam johnny martin tak boleh (T_T) tapi rupanya sumpahan itu terhapus bila .....


er, tak dapat bayangkan tak dapat bayangkannn ada manusia hidung begitu .

tapi sebenarnya saya terpikat gilaaa dengan watak johhny martin tu. ala lelaki yang comel tuu yang gambar dekat atas tuuu. keh keh keh saya memang suka lelaki mcm tu, misteri, selekeh selekeh sikit tapi comel .

oh okai bai.

Selasa, Juli 13, 2010

Pokok Beracun. Sila BACA

Selamat petang.

hari ini agak busy sangat sangat sampai hendak buat entry berkualiti pun macam sukar ( ye lah, saya tak pernah buat entry berkualiti, sentiasa sedar diri KAH KAH KAH T_T ) jadi saya hendak share sesuatu yang saya dapat dari email.



Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning". Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Okay sekarang jadi risau sila buang pokok ini sekarang. pokok, boleh pergi main jauh jauh dekat sana, tak nak kawan dah dengan pokok tsk T_T

Senin, Juli 12, 2010

Bagaimana nak mengelakkan rasa mengantuk di dalam kelas.

Selamat Pagi.

Yey, semua budak budak sekolah dah masuk sekolah dah ( walaupun terlewat tapi nak juga cakap macam ni T_T padahal dah dua minggu ke empat minggu ke bla bla bla anda masuk sekolah ). tapi Yey macam mana pun still akan rasa boring bila tak ada teman tapi mesra nak berbual secara rancak T_T



HAHAHAHA macam ini, bila semua dah masuk class, dah mula kuliah, dah mula belajar saya yakin kebanyakan mereka tidak berniat pun untuk tidur cuma entahh, kita memang senang terlelap dalam bilik kuliah.Proses ini dipercepatkan lagi sekiranya subjek yang di ajar susah difahami dan membosankan.

Bagaimana untuk mengelakkan kejadian ini berlaku? Saya sebenarnya tidak layak langsung nak cakap bab ni, sebab saya selalu jugak tertido dalam kuliah (LOL T_T). Bukan sebab saya tak cukup tidur. Bukan sebab saya malas, tapi mungkin sebab keadaan terlalu senyap, subjek susah sangat nak faham dan bosan.

Berikut adalah sedikit tips untuk mengelakkan mengantuk:
1. Sila BELI GULA2 GETAH dengan kuantiti yang mencukupi. bila lecture start jer,makansekaligus 2 biji gula getah serentak. Apabila mulut aktif mengunyah, kita akan susah nak ngantuk.Tak apa, saya dah biasa buat dah. macam macam jenis chewing gum saya balun, memang betul tak mengantuk T_T ( tapi mcm tidak sopan pulak tsk )
2. bawaklah SEBOTOL air masak. otak kita ni 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen kurang ke otak, walaupun hidung kita tak berhenti henti bernafas. bila minum air,bandalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. Berapa ramai yang sanggup buat tips no 2 ni sila angkat tangan? tengok orang cina, rajin bawak air.orang melayu ni susah sangat. bajet macho/cantik la. dahhh jangan malu² . Beli botol air yang cantik,letak dalam beg. OK?


3. Tapi kalau rasa macam tak ada effect ke apa dekat tips pertama dan kedua, maka sila keluar dari bilik kuliah dengan serta merta HAHAHA bukan untuk balik umah atau tido, tapi untuk ke tandas dan basuh muka. InsyaAllah tak ngantuk dah lepas ni.
4. kalau mengantuk lagi setelah melakukan ketiga-tiga perkara di atas,suruh kawan sebelah urutkan bahu dan belakang. Tapi ingat,jangan sekali-kali urut leher atau belakang kepala kerana ini akan menyebabkan kawan anda tido lebih lena.
cukuplah 4 TIPS. simple, bawak chewing gum, ataupun bawak air, or basuh je muka bila ngantuk or kalau dah miskin dan papa kedana sangat, mintalah kawan urutkan.

eh, dengar cakap kakak sikit heh T_T

okai bai. HAHA

Jumat, Juli 09, 2010

JM Bariani House Selayang Mall.

Selamat pagi.

Pheww, hai kawan kawan hari ini kita cerita lagi pasal makanan nak? alaaa tak nak dah cerita pasal sotong tak guna tersebut (KAh kAH kAH padan muka sotong, terus jadi tak guna) kita tak payah cakap pasal sotong dah, nanti semua orang emosi T_T i faham, i faham.

ha, hari rabu lepas i pergi selayang mall dengan emak lepas melawat kakak ipar yang baru lepas bersalin. mula mula pergi mydin lepas tu pergi selayang mall lepas tu pergi makan lepastu pergi balik rumah . OKAY DAH

JM Bariani House Selayang Mall

sahaja nak bagi gambar, biar anda terliur. KAH KAH KAH , kiteorang ( saya, emak, apak ) pergi makan dekat JM Bariani House dekat selayang mall, makanan dia biasa sahaja. tapi satu benda menarik nanti boleh try dekat rumah. oh oh dah nama pun JM Bariani House, mesti lah saya makan nasi briani kan? tapi macam aneh sebut bariani T_T

JM Bariani House Selayang Mall

ini dia, paling special bagi saya. harga Rm 3.50 and nama dia adalah Tapai Ice Cream. :DDD saya tak pernah makan tapai dengan aiskrim (T_T) boleh tahan lahh

eh, baru nak buat anda terliur, emak dah panggil ajak masak bihun untuk breakfast :(

okay bai,

Rabu, Juli 07, 2010

Tahu kah anda nama "MOHD" bermaksud anjing bermulut besar?

Selamat pagi.

Hari ini, saya hendak share sesuatu buat kawan kawan yang saya fikir ramai yang belum tahu tentang ini, dan saya juga baru faham sebab selama ini macam terfikir juga, boleh ke pakai ayat suci alquran sebagai ringtone atau alarm, tapi dengan gambar yang saya kongsi kan dekat bawah baru saya faham.

apa hukum pakai ayat suci alquran sebagai ringtone atau alarm
// terima kasih dianna.
juga kita selalu perasan nama kawan kawan kita yang bermula dengan Mohd, bukan Muhammad kan? dengan gambar diatas kita dapat tahu MOHD adalah anjing bermulut besar ( T_T) wallahualam. harap lepas ni nama mohd tidak lagi digunakan T____T

jom kawan kawan, kita kongsi kan beramai ramai, kalau betul jangan diamalkan, kalau salah tegur dengan berhemah.

okai bai.

Cara pasang social button untuk Blogspot.

Selamat Petang.

signup twitter dan churp churp untuk bukan bloggers. anda boleh earn duit dari bertwitter dan berfacebook je ! ;p

YEY, sekarang blogspot dah semakin menarik lepas sahaja keluar template designer terus sahja ada butang sharing pulak dah, menarik atau tidak? bagi saya menarikkkkk sangat sebab senang saya nak tolong promote kan blog baru sebulan Galeri Cekodok Ikan yang baru ada beberapa follower, Terima kasih kepada siapa yang follow hee.

Galeri

Okay jom pasang butang kongsi pada blogspot.

Pertama.
Login ke dashboard anda
Social Button Tutorial

Kedua.
Picit Design > Page Element > Picit butang Edit di dalam edit post
Ketiga.
Tick butang "Show Shares Button" Anda boleh suka hati hendak drop dia dekat mana, and SAVE.
Lepas tu dah boleh bergembira lah dengan button share anda. kawan kawan yang suka entry itu boleh memilih samaada hendak share menggunakan email, blogger, twitter ( url anda dipendekkan goo.gl) facebook ( macam button share yang saya ajarin dulu LOL ) and google Buzz.

Kadang kadang, sesetengah template menyebabkan button ini tidak keluar, contoh macam template blog saya (T_T), jadi solution dia adalah.

Pertama.
Picit edit html > tick dekat 'Expand Widget Templates'
Kedua.

Cari code di bawah.
<p class='post-footer-line post-footer-line-3'>
atau
<div class='post-footer-line post-footer-line-3'>
Or if bukan code antara di atas, ambil code ini
<data:post.body/>
Ketiga.

Masukkan di bawah code kedua.
<div class='post-share-buttons'>
<b:include data='post' name='shareButtons'/>
</div>
SAVE.

// Credit Here.

and lagi satu kadang kadang saya emosi bila tengok orang buat tutorial dengan niat untuk bagi tunjuk ajar kepada orang lain kemudian saya perasan sendiri dalam hati cakap macam ini tutorial aku buat tapi kenapa tak ada link :( bukan apa, kalau betul dia buat tutorial refer blog saya, link lh blog saya supaya saya terasa terharu . bukan apa, awak boleh dikategorikan mengkopi pes entry orang lain tanpa pengetahuan tuan penulis itu. T_______T .

Kamis, Juli 01, 2010

Cool Blog ; Be COOL with a refreshing BLOG

Selamat petang.

oh rindu sangat nak update belog tapi hari ini adalah hari sangat busy. bukan busy sangat sebenarnya, saja malas nak update nak tengok kawan kawan masuk keluar masuk keluar belog ini LOL anda comel anda comel.

Cool Blog, Be cool with a Refreshing Blog
// nyamm nyamm, dah ada dekat tangan comel itu. habis lah engkauu
tapi tak secomel cool blog. HAA apa dia cool blog tiba tiba kata anda tak secomel cool blog? macam ni, entry kali ini saya nak bawak anda mengembara ke alam jakun nama dia. ini saya bagi anda jangan guna pelis LOL okay sambung lepas itu, tengahari tadi saya sibuk uruskan pendaftaran MUET saya yang dah terlebih due dah. orang lain register 16 June, aku baru nak daftar hari ini LEPAS ITU PENING NAK BUAT SURAT RAYUAN :(

Cool Blog, Be cool with a Refreshing Blog
//psst.. gambar google saja :D
lepas itu, saya pun pergi lah selayang mall dan ternampak cool blog dekat sebelah resipi rahsia, terus macam eksaited cakap dekat emak hari ini tak hendak puasa, nak telan cool blog tapi emak macam tak bagi lah sebab dah pukul 1 petang masa tu lepas itu anda pun percaya yang saya tengah menipu sekarang T_T (padahal dah tercirit makan nasi goreng pedas masakan sendiri masa breakfast )

Cool Blog, Be cool with a Refreshing Blog
//eksaiteddnyaa nak sedut (dalam bi sedut adalah ... okay bai )
haa kejap, hari tu siapa cakap cool blog ini sedap sangat dalam blog dia? siapa cakap? tak sedap pun (T_T) sedap lagi ameco delicioulyly saya. HAHAHAHAHAHHAHAA oh, nasib baik lah website dia comel macam blog saya (tiba-tiba LOL)

Cool Blog, Be cool with a Refreshing Blog
// sekarang cuba teka saya pilih perisa apa?
a) Oreo Blog
b) Bandung Blog
c) Strawberry Blog
d) Chocolate Celup Blog
e) Blog Liyana Lunia HAHAHAHA
Nah pergi tengok ada banyak sangat perisa ais blender ciptaan cool blog . oh dan juga mesin penutup air dia pun cool juga HAHA . dekat BLOG LIYANA LUNIA YANG SENTIASA COOL (tiba-tiba lagi)

okay bai. ♥

maaf, addicted gila babs dengan LOL sekarang T__T . ehem dahh boleh bersurai.
Loading