Selasa, Juli 13, 2010

Pokok Beracun. Sila BACA

Selamat petang.

hari ini agak busy sangat sangat sampai hendak buat entry berkualiti pun macam sukar ( ye lah, saya tak pernah buat entry berkualiti, sentiasa sedar diri KAH KAH KAH T_T ) jadi saya hendak share sesuatu yang saya dapat dari email.



Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning". Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Okay sekarang jadi risau sila buang pokok ini sekarang. pokok, boleh pergi main jauh jauh dekat sana, tak nak kawan dah dengan pokok tsk T_T

28 komentar:

  1. serious ni ? kat rumah kita ada banyak pokok ni.

    BalasHapus
  2. Serious ke kak?
    umah anis pun banyak pokok ni.
    kena bagi tahu abah cepat-cepat !
    zuuummmm...

    BalasHapus
  3. pokok ni mcm familiar
    tp xde kot kt umah aku
    :D

    BalasHapus
  4. rumah saya cuma ada serai dan lalang.
    itupun agak sukar untuk membezakan keduanya.

    BalasHapus
  5. ada ke budak nak gigit daun ni? konpiuss..hehehe..

    BalasHapus
  6. pernah dpt gak emel nie...
    x pernah ada pokok bunga
    yg ada serai, kunyit, kesum, pandan...hehehe

    Sumijelly.com

    BalasHapus
  7. penah dah baca post mengenai pokok nih.. pokok ni bnyk terdapat di pejabat, rumah n others.. takut kan.. tapi, betul ke?

    BalasHapus
  8. @SAPEAH BUANG

    wahh nama tak tahan tauu sapeah buang gitu <3 i likee. ehh emak kata betul, nnt lidah membengkak T_T

    BalasHapus
  9. @Anis Solihin

    S.E.R.I.U.S (buat muka garang HAHAHAHA)

    haah, suruh abah baca sekali belog kak ynn tau <33

    BalasHapus
  10. @Ery Farieha

    HAHAHAHA :P kan, mmg familiar, kat mana mana saja ada pokok ni ha T_T

    BalasHapus
  11. Betul ke nih?? Cuba rasa sikit.. nyum2 *mati kejang*

    BalasHapus
  12. @nizamsani


    er, err serai? lalalng? pheww serai boleh buat masak tapi lalang? :P

    BalasHapus
  13. dah suroh abah baca.dia memang suka belai pokok termasuk pokok ni.lepas ni dia nak buang.kawan dia pernah kena nasib sempat jumpa doc.Thanks ynn.Nak post kat blog ea ;)

    BalasHapus
  14. haha. hihi malu malu. eee tapi ayah suka pokok ni. kenapa entah T____T

    BalasHapus
  15. Apalah kak ynn ni..
    okey okey, nanti anis bagi tahu abah suruh baca blog kak ynn :D

    BalasHapus
  16. ini bukan pokok keladi eh? oke. rasa mcm salah ja. dah bye.

    BalasHapus
  17. haa 1 minit je?? menakutkan! kene check ni ada kat rumah ke tak. :)

    BalasHapus
  18. c0py n paste bleh ta? nk sebarkn kat bl0g syue gak! heeee~

    BalasHapus
  19. ada pokok ni kat umah.
    tapi plastik je.
    bahaya gak?.
    d:

    BalasHapus
  20. =O! =O!

    My Mom suka sangat pokok ni. Never knew it's poisonous. Thanks for the info =)

    P.S. Kena bagitahu Mama ni...

    BalasHapus
  21. seriously beracun. xsangka. sape la ajar tanam pokok2 ni kan. nak kene org2 ni. hehe...thanks for sharing. xpernah tau pon. bahya2

    BalasHapus
  22. good info.memang banyak pun pokok ni di tanam..selalu jumpa..

    BalasHapus
  23. yeke
    kene gtaw mak ni
    kat umah bnyk pokok ni
    haihhh

    BalasHapus
  24. uik/.....pkok nie berterabur di tmpt2 awam..snang sgt nmpk dye...bhya sungguh

    BalasHapus
  25. rumah sye besepah pokok ni ha........sampai dlm blik pun ade.....

    BalasHapus

Terima kasih kerana membaca

Mari luahkan isi hati anda juga :)

1. Jangan emosi sangat tau.

2. Luahkan dengan nada comel.

Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !