Kamis, September 30, 2010

Gadis over, anda pemenang yang di cari.

Selamat tengah malam.

YEY akhirnya bersusah payah memilih gambar over dalam galeri gambar L untuk Liyana, sampai rasa nak menangis sebab terlampau sibuk minggu ini dengan urusan kerjaya. oh gadis bekerjaya macam saya sekarang nak menghadap anda semua pun agak payah. rinduuu nak berbual mesra macam dulu.

oh okay dipendekkan entry ini yang sedia pendek sebab lately selalu buat entry pendek kerana sibuk. jadi penekanan di sini adalah saya liyana lunia adalah gadis bekerjaya yang sibuk HAHAHAHA apahal lah pergi ulang ayat sama nasib baik tak ulang sampai 200patah perkataan nanti orang pun pelik kenapa entry engkau sama macam lagu melly goeslow entah apa tajuk dia cuba engkau google lagu baru melly goeslow dan menyanyi bersama dia confirm engkau rasa nak pukul kepala dia sebab cipta lagu macam itu (T__T)

heh cakap entry pendek, cerita pasal melly goeslow terus panjang berjela macam mana entah minah ni. harap anda bersabar lah sebab saya tahu anda sentiasa penyabar HAHA.

baiklah, sekarang kita tengok insan insan yang bertuah merangkul wang tunai rm10 (eee, malunyaa cakap macam ni). sila beri alamat rumah anda di contact me supaya saya boleh memberi sesuatu yang menarik YAHOooOoo



Habis siapa lima yang bertuah ? HOMAI susah okay, macam mana kalau ada 500 peserta confirm aku menangis. (T__T) baik lah baik lah, lima ( 5 ) gambar paling over adalah

1. Cuba.
2. Buka.
3. Link.
4. Ini.
5. Please.


BUKA LINK SATU PERSATU UNTUK MELIHAT PEMENANG HAHA

dan tunggu esok/lusa untuk pemenang entry paling menarik yang i confirm hadiah misteri adalah sangat menarik. HE HEE HEE *gelak jahat :)

okai bai.

Rabu, September 29, 2010

Aaron , Love the way u Lie.

Selamat tengahari.

fuh, tahu tak tiba tiba hari ini terpaksa bawa aaron pergi keje macam weird sangat sebenarnya sebelum nak keluar rumah tangan dah menggigil, peluh dah membasahi seluruh ketihak hakuu tapi haku felik apasal tetap wangi oh rupanya haku memang sentiasa wangi KAH KAH KAH

pengalaman pertama bawa kereta sendiri adalah funnn. tapi fun dia belum berakhir sebab tengah terfikir macam mana aku nak bawa kereta pulang ke rumah balik. aaron ni memang tak boleh belah bila tang haku nak tukar gear dia jadi tersangkut terus aku terkapai kapai nak nangis. halahhh gelak pulak aaron neh tengok tuan dia asyik nangis je (T_T)



hokay, kerja aku dari tadi adalah mengintai aaron dari tingkat tiga. YAAAAA ofis saya di tingkat tiga, sebab tu asyik lapa (?) risau juga saya bila tengok aaron kepanasan, esok nak bawa fridge kasi aaron duduk dalam tu (T_T)

tadi first time daku pecut potong bas tahu tak? masa tu jari ku mengecut , hati pun ikut sama. air mata asyik nak mengalir, mulut asyik emak je. EH ENGKAU PERCAYA KE AKU TAKUT MACAM TU? tak lahh, aku relax je, buka radio kuat kuat sambil gelak sorang² ;p



engkau nak tahu tak, aaron ni gatai betul tau dia cuma nak parking sebelah keta mewah je. KAH KAH KAH

er,, dah pukul 1pm dah mahu tidur baru makanrrr ;)
ye lah, aku pun annoying apahal nak letak nama aaron pulak (T_T) kasi cadangan nak bagi nama apa selain aaron boleh? eeww
okai bai.

Ulang tahun cinta.

Selamat pagi.

ini hari juga masih busy. mungkin akan sentiasa sibuk sehingga berjaya submit apa yang perlu disubmit jumaat ini. YAHOOO lepas itu boleh enjoy boleh main dam sambil menonton tonton.com.my sambil makan cekodok pisang.



oh ya, saya teringin cekodok posong keh keh keh semalam sebelum tidur dah berniat nak buat cekodok pisang tapi macam tersentap lepas emak cakap bawa kereta pergi keje hari ini. redha, terpaksa redha kene juga pergi keroje naik kereta (T____T) jangan tak tahu aku dah ada lesen sejak 20.01.2010 wah comelnyaa nombor tapi sampai la ni masih belum yakin nak bawak kereta tsk.

kenapa aku tak bawa kereta sejak bulan Januari.
sebab saya tak ada keretaaaaaaaaaa sendiri yang boleh saya panggil dia aaron (T_______T)

sebab saya tak suka main gear, main clutch. saya suka drive je tamo tukar gear boleh?

sebab saya er, malas nak fikir? LOL HAHHAHA
tapi tak apa, hari ini dalam sejarah aku bawa kereta kancil kakak aku yang bakal menjadi milik aku. KAH KAH KAH kakak saya nak beli myvi, biar lah dia beli boleh saya panggil kancil tu as aaron :D phewittt



oh ya, tiba tiba letak muka comel (T_T) dalam entry ni sebab hari ini adalah hari ulangtahun ke 3 kami bersahabat karib. terima kasih faweez iqram :) terima kasih juga bagi baby dekat saya. keh keh keh
peserta contest L untuk Liyana, saya akan keluarkan senarai pemenang dalam masa terdekat. pleaseeeeeee take note yang saya sangat busy :( mwahh dada :*
okai bai.

Selasa, September 28, 2010

macam mana nak main masak² secara keji?

Selamat petang,

huwaaa, entry semua pendek pendek, nak cerita pasal diri sendiri pun tak sempat, nak pergi melencong ke belog orang lain juga tidak dapat. hari ini dah dapat dah gaji, alhamdullilah murah rezeki saya dapat lah naik sikit dari last month punya. gaji lost month pun tinggal rm123 u know why kan HAHA T________T



macam mana nak main masak² secara keji? macam video di atas lah ;) video ini saya tengok dalam the biggest restaurant kot but dikongsi oleh fanpages mrnamie. THANKS tauuu. first time aku tengok dalam the bbiggest restaurant channel 713 , menjerit jerit okeh . tak tahan tengok ikan tu T__________T

// click sini untuk cara cara meletak video facebook ke dalam blog.

okai bai.

doktor kasut pun ada dekat sri gombak.

Selamat pagi,

pernah jumpa tak doktor yang selain merawat manusia dan haiwan dia ada merawat benda lain? ada jumpaaaaa tak? ada takkk? HAHAHA (T______T)



macam kelakar bila haritu nampak seseorang duduk depan pasar raya dan ada uncle boleh tahan kacak (ehem) duduk sebelah something yang tertulis dokter kasut. baiklan kesimpulan disini adalah bukan manusia and haiwan je ada doktor, kasut pun ada WAHAHAHAH (T________T)

kamera nokia 5610 dah zoom habis dah still nampak nice kan? HAHAHAHAH
// serius satu minggu ini adalah minggu busy, doakan i dapat siapkan quotation cepat cepattt ;)
okai bai.

Minggu, September 26, 2010

Download drama - Kemaafan Yang Tertangguh (2010) Dimensi2u.

Selamat malam.

YEY credit besar besar untuk dimensi2u sebab dah uploadkan link untuk download kemaafan yang tertangguh. terima kasih banyak banyak encik ;) download lagi movie menarik, lagi lagi senario asam garam ye HAHA



sinopsis kemaafan yang tertangguh ada di entry sinopsis kemaafan yang tertangguh lakonan eira syazira dan zamarul hisyam. tak lupa puan maimon talib

Click link di bawah untuk download :)
Megaupload
http://www.megaupload.com/?d=G14E1QRH
http://www.megaupload.com/?d=K12VZKPO

Hotfile
http://hotfile.com/dl/71837426/41c7019/Kemaafan.Yang.Tertangguh.2010.SDTV.DiMENSi.part1.rar.html
http://hotfile.com/dl/71837631/ef04a10/Kemaafan.Yang.Tertangguh.2010.SDTV.DiMENSi.part2.rar.html

Fileserve
http://www.fileserve.com/file/uPqNqeS
http://www.fileserve.com/file/yEEDtSF
Cepat cakap terima kasih cik Liyana Lunia dan dimensi2u ;)

// drama ini drama wajib download oke, kalau tak nangis, tak terbayangkan family awak, sila bagi komen tauuu HAHAHA

okai bai.

Contest L untuk Liyana berakhir sudah.

Selamat malam.

Alhamdullilahh, AKHIRNYAAAA sudah tamat lah contest selama dua minggu mungkin (?) yang agak susah payah dengan hadiah yang tidak seberapa (T_T) sedih pulak rasanya AHAHA tapi alhamdullilah entah macam mana terasa ramai yang support contest kali ini, walaupun sukar atau menyusahkan tetapi masih ada yang sudi join kan diri beliau. YEHAW.


qaisara cakap gudluck kakak kakak dan abang abang semuaa. YAHOOO :P

oh ini adalah senarai beliau yang berjaya menyusahkan diri masing masing dengan membuat lima sebab kenapa dia suka / tidak suka belog liyanaa.com tehee.
1. Yasmin

2. Mieya

3. RosaNatasha

4. Nana

5. Anyss

6. Deyla

7. Syamimi Haziqah

8. ChentaMaya

9. Lassie

10. NurainHassan

11. Cik Sya

12. Rozi Ahmad

13. Mien.

14. Nadd.

15. Zqah Ali

16. Miza Yusof

17. Fitrihadi.com
dan anda boleh melihat gadis galeri gambar L untuk Liyana dekat friendpages Liyana Lunia. tawwww. HAHA kene tukar gadis jadi galeri since ada peserta tunggal lelaki. karang letak gadis ada pulak kene ngorat nanti WAHAHAH T______T,
Kesayangan semua, insyallah jika tiada aral melintang saya akan mengumumkan siapa yang bertuah pada 29september ini. dan siapa yang bertuah tu macam biasa jangan menangis terharu sangat tahu? menakutkan nanti HAAHHA :P
saya juga sangat sangat terharu dengan keikhlasan kalian yang sudi sangat join walaupun tahu hadiah dia bukan sebiji laptop. terima kasih banyak banyak (nangis meleleh hingus dah ni :* )

okai bai.

Jumat, September 24, 2010

Hari penutupan Contest L untuk Liyana. YAHOO

Selamat pagi.

hai 25 september 2010. saya tak sabar menantikan kehadiran kanda (tiba tiba) harap cepat lah encik 25 september datang kerana saya akan menutup contest L untuk Liyana tepat 11.59 pm 25 september 2010. seronoknyaaaaa sebab boleh tahan lah ramai adik manis yang join.


gadis pulak (T_T) padahal lelaki pun kene join. tsk
adik kacak macam segan nak join kenapa? HAHAHAHA oleh itu saya assume pembaca belog saya majoriti adalah perempuan YEY tak apa lah walaupun sedih tapi tak apa, mungkin susah agaknya contest L untuk Liyana (pasrah) tapi ini tak mungkin contest terakhir. tak mungkin lah kan, makin banyak rezeki, makin banyak yang akan saya kongsikan terima kasih kalian :D

sebenarnya takut gila nak buat contest, ada dua ketakutan satu adalah tak ada orang join atau ke dua lebih 500orang join. ia ketakutan kedua adalah merepek, jangan percaya sangat unless aku bagi laptop sebiji confirm ramai nak join betul tak? HAHAHA (T_T)

jadi ada beberapa saat lagi kalau ada siapa siapa nak juga join di persilakan ;)
hadiah rm10 untuk 5 entry terbaik dan 2 hadiah specil untuk gambar paling over tu saya rasa macam nak tukar lah, bagi rm10 kepada 5 gadis terbaik dalam gambar dan hadiah special untuk entry lah.
senarai peserta ada di sini.

okai bai.

Rabu, September 22, 2010

fanpages liyana lunia yang baru.

Selamat petang.

disini saya nak buat pengumuman bahawa esok adalah tahun baru cina (tiba tiba) tak, tak macam ni sebenarnya saya dah semangat membawa berkat untuk mengubah tajuk nama friendpages saya dari liyanaa.com kepada liyana lunia. oleh sebab friendpages adalah salah satu pages paling sombong di alam maya dimana tidak memberi kebenaran saya menukar nama yang lebih gorgeous, saya terpaksaaaaaaa.


motif gambar megan denise fox?
*jengggg,

tiba tiba macam tergantung. marah tak? (T_T) meh sambung balik 'saya terpaksaaaa menukar pages yang baru. huwaaa sayangnyaa tapi terpaksa. er sebab musabab dia macam dulu nak buat tak terfikir hapa pun tapi sekarang dah fikir baik guna nama liyana lunia sebelum dapat kawan seramai 10k orang betul tak? okay betul ;p



jadi dengan tidak malu malu, mari like saya :D HAHAHA over.

// minta maaf sangat sangat menyusahkan kalian T_T sekali sekala kan? kan? kan? :P
okai bai.

Selasa, September 21, 2010

Cara cara menjaga cermin mata dengan baik.

Selamat petang.

YEY selepas berjaya menceritakkan betapa ganas nya nur liyana binti ainul atau nama glemer dia Liyana Lunia. beliau menjaga sebuah spec mata pun hancur macam mana nak jaga seekor kucing? HEH bukan saya sengaja pun tahu tak (T_T) cermin mata pun sudah tua, sudah tiga tahun dan merasakan diri beliau sesuai menjadi surirumah sahaja HENTAH HAPE HENGKAU HEREPEK HARI HINI HOI.

okay dah, sebenarnya kisah cermin mata crack berlaku hari ahad raya kedua selepas perut kenyang diisi macam macam. fuh lepas kenyang kita mesti buat apa? ia bagus adik adik, selepas kenyang kita wajar lah merehatkan mental dan fizikal sebab itu lah cermin mata perlu diletak tepi pintu, biar tekepit lagi HA HUAT HAH HENGKAU HALAU HENDAK HENE HARAH HENGAN HEMAK HAWAK.

LOL entah kenapa tiba tiba terguna H pulak ini (T_T)



HOYEHH lihat lah cermin mata terbaru saya phewittt, hot in pink gituu ;p ;p

tetapi macam menyesal apahal aku tak pilih macam kakak aku siap ada bunga bunga, pfft oh power kerabunan semakin meningkat, kalau tak pakai cermin mata waktu menaip adalah nampak sikit tetapi blur sangat tetapi lagi suka cermin mata lama sebab dah sinonim, bau dia pun dah sama dengan aku (?) habis cermin mata baru buat apa? kita jadikan dia surirumah lah HAHAHA



dan ini dia, ini dia wajah liyana yang sepatutnya lembut tetapi ganas heh hengkau hengat hengkau hurus he? ( tapi nampak hurus pulak masa ini HAHAHAHAHA) over gila haku hini. heh mungkin nampak kurus sebab first time pakai tudung biru kot (serius tak ada kaitan) heh, kurus tu bukan aku cakap dengan badan badan sekali, haku cakap muka haku je nampak kurus !!! kan dah marah, belum orang cakap apa apa aku dah marah. garang betul tak sesuai langsung dengan nama liyana yang kelembutan tersebut ituww =.=

nampak tak di sini bahawa tiada langsung cara cara menjaga cermin mata dengan baik? bagus tak blogger macam ini? bagussssss.

okai bai.

Senin, September 20, 2010

Nur Liyana bermaksud Cahaya Kelembutan.

CONTEST still berjalan dalam masa 5 hari. feel free to join it ;)
Selamat petang.

tahu tak apa makna nur liyana? kalau tak tahu mari saya cerita sikit apa maksud nur liyana sebab saya sangat rajin menelaah buku 'Nama nama anak dalam islam' best sangat bila baca sebab kita boleh tahu apa maksud nama dia, apa makna nama awak dan sebagainya. tapi hari ini kita nak cakap pasal nur liyana. dan ramai tahu nur adalah cahaya manakala liyana adalah kelembutan.


wewitt, seksinya bibir.
susah tahu tak pakai cermin mata atau saya panggil spec sahaja ini, nak tidur mandi makan pakai baju online semua susah sebab menganggu kawasan penglihatan saya T_____T tapi tak apa, saya kan lembut, hati lembut, tangan lembut semua pun lembut HAHAHAHAHA.



TETAPI bila tengok gambar spec dekat atas ini anda tahu lah saya bukan nya lembut sangat malah kuat tidur pulak dah T______T , hari raya ke dua tak silap adalah hari raya paling letih tetapi paling disukai sebab pakai baju comel HAHA.

nampak tak ada crack tu? HAHAhA macam ni, masa tu dah OTW nak balik rumah dah, aku tengah tidurr lah dalam kereta spec mata aku gantung dekat handbag , lepas tu apak berhenti dekat petronas and adik aku nak pergi toilet. lepas tu sebab cuai, lalai, careless aku pergi tutup pintu kereta. lepas tu bila aku cari cari cermin mata, dia dah melekat dekat pintu dah T_________T

huwaaaa, menangis aku. tiga hari tiga malam aku taknak ikut pergi beraya. sedih ai taw (T_T)

// er, tipu je aku pergi je beraya walaupun cermin mata crack, comel apa. mula lah dapat perhatian HAHAHA

okai bai.

Minggu, September 19, 2010

Contest L untuk Liyana

(STICKY ENTRY - entry baru dekat bawah kerana contest ini still berjalan lagi sehingga 25 sept 2010 :)
Selamat petang

YEY, (setiap entry kalau tak ada YEY macam tak lengkap, jadi sila biasakan HAHA) siapa hendak duit raya sila baca entry ini dengan teliti kerana jarang sekali saya , si manis liyana hendak memberi anda duit rayaaaa ( YAHOO00OO ) jarang dia macam dua tiga tahun lagi baru anda dapat benda free tetapi duit raya yang di beri bukan lah sebanyak rm500 seperti penjawat awam dapat. tidak jangan lah begitu tinggi angan angan anda.



tatapi kalau hendak duit raya, bukan senang senang sahaja boleh dapat tahu? kene lah buat sesuatu yang comel.Contest ini senang je, ada dua syarat utama iaitu belanja saya pizza hut dan menjadi follower belog saya ( okay tak, saya tipu je)

APA YANG ANDA PERLUKAN?
1. BLOG.

2. KESUNGGUHAN
APA YANG PERLU ANDA PATUHI?
1. Buat entry paling comel dan beri lima (5) point kenapa anda suka/tidak suka Liyanaa.com, bukan suka owner dia tahu? tapi belog ini. mungkin designnya atau entry merapu dia atau owner dia comel dan single (HAHAHAHAHA)

2. sertakan satu gambar anda yang paling over seperti gambar ini. dah nama pun ini contest Liyanaa.com : L for Liyana kan? jadi sila lah buat tangan L anda itu dengan hots, kratif dan over gila (HAHAndabolehedittapijanganterlampauHAHA)

3. buat 48 jam entry melekit ( tutorial sticky entry ).

4. Tinggalkan link entry anda di comment form.

5. oh jangan lupa tempek banner saya di sidebar anda :)

6. Lupa nak cakap, tajuk entry adalah = Contest L untuk Liyana



Hadiah?
Rm 50 akan dibahagi kepada 5 pemenang :) = ramai keliru kan? baiklah untuk pengetahuan handa, 50 bahagi 5 adalah 10. jadi 5 orang pemenang akan dapat Rm 10 sebagai hadiah duit raya mereka. Terima kasih. :D

dan 2 peserta yang mempunyai gambar L for Liyana paling vogue akan mendapat hadiah misteri (SHHH, misteri itu yang kita mahu).
contest akan ditutup secara suka hati. HA HA HA
okay tak, contest akan ditutup on 25 sept 2010. dan akan di umumkan pemenang on 29sept 2010 anniversary ke -3. okay bai.
okai bai.

Jumat, September 17, 2010

CONTEST : Lembu cisdel menjadi air kotak marigold milk.

Pada suatu hari,

kecoh lah satu dunia blog apabila seekor lembu jantan telah terlepas dari kandang peliharaan saudara topotato yang terletak di daerah cisdel.com yang amat terkenal kerana memiliki seekor lembu gebu gebu comel bermata bulat berhidung bulat kecil seperti polka dots di atas kedua dua bibir mungil berwarna pink yang pandai beraksi (T_T)

lembu jantan itu telah hilang tidak tahu ke mana perginya, jadi tuan kepada lembu jantan itu yakni saudari saudara topotato telah melancarkan suatu peperangan bertajuk contest mencari lembu cisdel . oleh kerana kasihan melihat rintihan saudara topotato, saya, nurliyana binti ainul atau nama glemernye Liyana Lunia menjalankan sedikit penyiasatan di entry the making of err, lembu cisdel?

sila pasang seatbelt dahulu sebelum membaca entry yang sedih ini (T_T)



satu hari yang indah, lembu cisdel berjalan jalan di sekitar keyboard di office nur liyana. sambil berjalan jalan, lembu cisdel melilau lilau memandang entah apa entah. (dari kejauhan terlihat lah kandang cisdel.com yang jauh di mata dekat dihati tersebut)

tiba tiba , lembu cisdel terjumpa sebotol air twister yang sedap, menarik dan tertarik tetapi lembu cisdel adalah tidak berani meminum air twister tersebut takut usus besar dan kecil beliau pun ikut twist juga jadi abailah botol tersebut tanpa was was.

sedang lembu cisdel berjalan jalan , tiba tiba mata beliau terbuntangg, sangat buntang sampai daku pun seram apahal dia ni bikin saspen pulak. engkau saspen tak? (T_T)

lepas mata terbuntang, mata dia mungkin terasa pedih, lalu menggosok matanya kerana pedih dan juga kerana unbelievable apabila ada sesuatu di depan beliau ( er, mug kucing tu abaikan, tak ada part dia dalam cerita ini (T_T)

matanyaa kembali terbuntang apabila terjumpa sekotak yang berkalepul di depan mata sambil membaca nota nota yang tertulis di kotak tersebut, tetapi beliau terasa freak, apahal aku tak faham satu hape pun nota dekat kotak tu kemudian baru teringat beliau adalah buta huruf (T_T)

apabila kotak itu dipusingkan, terpampanglah wajah lembu comel di depan kotak itu

oleh kerana terpengaruh dengan wajah comel lembu tersebut serta melihat badan lembu comel terlampau gebu, akhirnya anda semua boleh lah tahu apa yang terjadi pada lembu cisdel (T_____________T)


dan akhirnya, ini lah yang berlaku kepada lembu cisdel. beliau sanggup menyerahkan body beliau kepada kilang pembuat minuman marigold dan dijual oleh seven eleven dengan harga cuma RM 1.60 tsk, sedih sangat kesudahan hidup lembu cisdel.com HUWAAA terpaksa lah encik topotato memelihara binatang lain contohnya kuda atau keldai (T____T)

oh fine, aku taip entry ni pun rasa nak tekentut kentut sebab gelak gila sangat tengok muka lembu cisdel dekat kotak air marigold. jahatnya aku (T____T) WAHHAHAHAHAHAHAHAHAHA

okai bai.

konapun pizza & nugget.

Selamat pagi.

kamu minat tak memasak? YE saya tahu walaupun kita minat tapi kalau malas memang tak berasap lah dapur atau kalau kita tak minat macam mana pun kene masak juga karang dah kahwin nak bagi suami dengan anak anak tersayang makan apa (T_T)



selalunyaaa, waktu kita zaman kecil kecil dulu emak mesti belikan kita anak patung mata buka tutup tu kalau tidak pun mainan untuk masak masak. penuh satu rumah dengan koleksi masak masak tapi untuk baby girl je tau , baby boy macam tak fun tak habis habis mainan askar dengan lori treler, boringgg :P

dulu, emak saya belikan mainan masak masak siap boleh masak air tau (atau dipanggil rebus air) kene guna bateri untuk rebus air tu, fun gilaa. siap letak tanah liat dalam periuk, lepas tu bila dah dewasa sikit atau dah advance sikit, saya pergi amik tin susu kosong masukkan beras dalam tu dan masukkan air. buat lah macam engkau nak masak nasi guna lilin je letak tepi longkang KAH KAH KAH. btw menjadi tahu nasik tu. tapiiiii, sekarang nak tengok beras pun mcm meluat (T_T)



lepastu mula lah kutip segala bagai bunga dan rumput kononnya engkau nak buat sayur goreng lepastu guna minyak sapi emak (T___T) wangiii memang wangi masakan saya waktu tu tapi siapa sudi makan? HAHA

maybe sebab saya ini kaki main masak masak kot sebab itu agak rajin (sebenarnya malas) untuk memasak. ye lah kejap kejap status fb or twitter mesti masak .

okay dah, lupa nak cakap sebenarnya saya geram gila apasal waktu aku rajin main masak masak, tak ada pun mainan comel macam ini? :((


(1) It's a Japanese toy named Konapun.
(2) It's not edible.
(3) It's not for children under 8 years old. And must do play under the adult.
(4) The fake food made of Konapun will rot soon.
(5) It doesn't cook with actual heat. It is just powder and water.
dia siap masak nugget dengan pizza oke, engkau tahu? HAHA oh, siapa nak tengok lagi video menarik boleh pergi search konapun dekat youtube :D

okai bai.

Kamis, September 16, 2010

mempersembahkan encik Iman Syafaris Hakimie.

Selamat petang.

hoi hoi, kalian petang ini masak apa? masih ada lagi tak kanak kanak bucuk bacin datang rumah minta duit raya? oh saya baru je lepas melayan budak budak yang mahu beraya sangat semak betul sebab hati tengah berbunga bunga buah hati datang secara tiba tiba dengan kawan kelas waktu dekat unisel. pfft tengah leka berbual budak budak mula datang serbu rumah, tensionnnyaaa saya OH OKAY DAH MALAS NAK INGAT PASAL BUDAK BUDAK HAHAHA :L


Hai, nama saya Iman Syafaris Hakimie tapi panggil AISH sahaja. bukan aishwarya rai okay T_T
T_______T baik lah, baik lah saya tak mahu emosi nanti merana hati padahal tak ada lah merana sangat sebab dah puas tengok 'wajah kesayangan hamba' tadi . HEH over, okay okay, bagi siapa yang belum tahu tentang anak buah kesayangan saya yang kedua selepas qaisara mari lah sini kita dengar cerita saya. eh bukan dengar sebenarnya, baca ini cerita.HAHA

aish dah umur 2 bulan dah, pipi pun dah labuh. masham tetap masham, grr geram sangat sebab badan dia makin semangat mana tidak, kalau bangun tidur jje nak susu jadi cuba lah bayang 9 kali bangun 9 kali susu tapi aish tak menetets sebenarnya (T_T) dia tak mahu tetets ibu dia wuu wuu jadi enfalac adalah makanan ruji beliau HAHA.



perasan tak dekat bibir dia ada merah tu? tsk, kami pun tak faham macam mana boleh ada, emak cakap itu tanda lahir, adik ipar abang cakap itu urat darah, kalau berdarah memang memancut2 T_________T serius tak suka lah macam ini.

doakan aish sihat sihat ey koranggg, now aish dah pandai buat bunyi tauu kira macam nak cakap cakap sampai kadang kadang terover gitu HAHA tapi memang lahhh sayang sgt dekat aish :DDDD



okai bai.

Rabu, September 15, 2010

The making of, er Lembu Cisdel.com ?

Selamat tengahari.

sebenarnya bila bosan mula lah buat benda bukan bukan selain dari update entry marigold strawberry flavoured milk yang entah apa apa itu, kalau nak cerita pasal kes bunuh sosilawati semacam sudah jemu bila masuk sana blog pun tetap kes bunuh, tetap kes parya berpangkat datuk tersebut (T_T)

mari sini duduk dekat belog saya , kita tengok apa saya buat dekat office selain dari mebebel dekat fb and twitter. kasihan kasihan duduk sorang sorang dalam office keboringan dan kepanasan :(

sebenarnya, lembu lembu ini saya sedang menjalankan operasi penangkapan untuk di jadikan sejenis minuman, tak apa itu kita tunggu entry akan datang sebab saja nak buat the making of cisdel _ _ _ pulak KAH KAH KAH (mana boleh bagi tahu dulu, nanti lah saya update T_T)


sembelih lembuu cisdel cepatttt, boleh lah buat rendang. siapa teringin nak makan rendang lembu cisdel boleh buat temujanji lah untuk datang beraya ke rumah liyana lunia KAH KAH KAH (T_T)

teliti sangat saya mencukur badan lembu cisdel dari kertas yang sudah di print out (T_T)


nampak tak dekat jari saya tu? wuuu wuu nyaris nyaris nak berdarah since dekat office tak ada gunting :( terpaksa guna pisau WUUUUUUUUUUUU kalau tak menang juga tak tahu lah.
eh kejap, perlu ke buat entry ini? ala nak cukup kan syarat update belog je KAH KAH KAH. tunggu lah entry menarik tentang kehilangan lembu cisdel ini tauwww!

okai bai.

Minggu, September 12, 2010

Pagi satu shawal.

Selamat malam.



(malas nak edit nama dia. [padahal makin buruk] T_T)

wahh liyanaa.com semacam sakan beraya langsung hilang sekelip mata pulak dahh padahal saya suspek ada monyet curi kabel TM dekat kawasan Taman Desa Indah, Batu Caves ini. Haih, 3 hari berturut turut tiada line, telefon pun tiada, internet pun tiada. PELIK GILA, dah lah raya, boring lepas tu tak ada internet boleh bayang tak betapa boringnya dunia aku? bila lah orang TM nak mula bekerja, jangan sampai aku mengamuk sudah (T_T)

HAHA tiba tiba update belog terasa macam nak marah orang. baik lah sabar lah kalau tak dapat juga online terpaksa lah tunggu rabu nanti online dekat office (YEY boleh download movie sebab bos tak ada, bercuti lama pulak HAHA)

koleksi gambar raya 1 shawal.


keluarga besar lunia :D

nur qaisara aqilia

iman syafaris hakimie :D

ini nama dia over, orang nak makan, saya nak bergambar LOL
btw saya rindu kalian. dan saya juga menjadi photographer tak tetap since abang guna EOS 40D semua benda mula nak capture lagi lagi kehadiran dua cahaya mata. oh nanti ada masa kita cerita pasal aish. sebab asyik cerita pasal qaisara sombong sahaja :P HAHA

nanti lah kita menjadi addict balik dengan belog sendiri kerana liyana lunia sedang busy menambah berat badan sendiri. KAH KAH KAH baik lah nanti abang cakap aku over guna broadband dia (T_T)

//serius kejam gila kalau betul datuk sosilawati dibunuh dan dibakar kejam (T_T)
okai bai.

Kamis, September 09, 2010

Happy birthday darling Qaisaraa,

Selamat malam.

YEY semua orang sibuk nak beraya. begitu juga saya, sampai tak terjaga belog untuk hari ini, susahnyaa nak online sebab terlampau busy (T_T) ini pun nak menaip macam kelam kabut sebab saya sedang bersiap siap hendak pergi ke jalan tar. YEY dah dua kali aku pegi harapnya tidak habis duit HAHA




hari ini adalah 9.9.2010 means sudah setahun my baby darling , nur qaisara aqilia lahir ke dunia. OH selamat hari jadi sayanggggg. sekarang baru nak pergi main mercun, makan cake dan pergi jalan tar.








// qaisara sangat suka bergambar :D

okai bai.

Selasa, September 07, 2010

Tutorial Sticky entry atau entry melekat.

Selamat Petang.

signup twitter dan churp churp untuk bukan bloggers. anda boleh earn duit dari bertwitter dan berfacebook je ! ;p

Tahu tak apa fungsi entry melekat atau sticky entry atau sticky mode atau yang sewaktu dengan sticky sticky ini? kalau tak tahu boleh terus baca tapi kalau tahu pun kene baca tiada bantahan. Heh, dulu pun saya tak tahu apa itu sticky entry, kalau ada blogger yang suruh buat sticky entry terus terkontang-kanting pergi google apa itu sticky entry (T_T) tapi sebab adik adik saya manja sangat tanak google, mari kakak ajar meh :P

1. mula mula, adik buat lah entry mcm biasa dan PUBLISH macam biasa.



2. click edit post, dan edit balik entry yang awak publish tersebut.

3. baru lah adik adik tukar date dia, kalau macam kene lekatkan entry tu selama seminggu, adik kira lah dari 8.9.2010 sampai 14.9.2010 jadi adik ubah lah jadi 14.9.2010



4. kemudian publish balik macam biasa :)

lepas itu, entry adik yang terbaru konon bertarikh 10.9.2010 akan berada di bawah entry melekat adik itu. kalau macam blur blur apa kakak membebel dengan gambar macam tak jelas, boleh tengok video dekat bawah :D




okai bai.

Kumpulan sepah dalam Biar betul bendul.

Selamat pagi.

Siapa dekat sini, maksud saya di sini tu macam awak yang kebetulan terbaca belog saya kan mari lah bagi tahu adakah anda pernah menonton lawak kumpulan sepah? pernah tak? okay lah macam dulu ada sepah si lalatamplom ke apa tah, sekarang anda boleh tengok dekat astro citra , biar betul bendul. huwaa, tekanan mental aku tengok sepah ni tahu tak? dah lah mamat tu comel (T_T) lepas tu lawak tak hingat. mamat, jom kapel nak? tsk


mamat , jep , shuib
Biar betul bendul ni cerita pasal apa?



Sinopsis cerita ini pasal tiga orang lelaki, seorang pekak ( MAMAT ), seorang bisu ( SHUIB ) and seorang buta ( JEP ) hahaha lawak tak hengat kalau orang cakap cakap dengan dieorg, si jep tak nampak muka orang tu, shuib pulak bisu, tak boleh cakap. mamat pulak pekak badak, orang cakap lain dia cakap lain (T_T)
serius kalau kau orang tengok boleh tegang perut (T_T) saya memang minat sepah sebab dieorg still berlakon sama sama, belum berpecah sorang pergi jadi hero kl drift, sorang jadi hero anak mami, sorang jadi jet li. seronok sangat kalau ada pelawak macam ini. harap mereka kekal macam ini. kekal dalam satu group bernama sepah

siapa sepah ini?

entah saya cuba cari biodata kumpulan sepah tetapi macam sukar. mungkin kene tunggu mamat ngorat saya baru saya tahu (T_T),tapi yang saya tahu nama sebenar dorang
Shuib- Shahmira bin Muhamad 24 tahun
Nazri- Mohd Nadzri bin Zainal AbidiN 23 tahun
Mamat- Mohd Noor bin Murad 23 tahun
okai bai.

Minggu, September 05, 2010

Sally Banjar Seafood Selayang.

Selamat malam.

hari ini duit habis, mood tak baik. oh rupanya hendak cuti lagi (huwaaa tekanan gila kene ganti banyak kali sebenarnya :( tapi tak apa sila terima sahaja T_T) lepas itu hari ini habis duit dekat sogo. YEY sale merata rata. sakit hati aku tahu tak bila nak ambik barang pun kene berebut haih.

tapi tapi tapi happy sangat dapat beli apa yang di perlukan YEY. dan paling penting dapat makan sedap. maaf, gambar freak. HAHAHA


ini udang sebenarnya tapi macam pelik sikit gambar dia. - udang masak kari sally banjar selayang.

siakap cili padi. (sedap gilaaaaaaaaaaa)


budu + belacan kot? sedappppp gila jugak.

sepinggan udang masak kari. udang dia sangat BESARRRR

alhamdullilah LICIN.
balik sahaja dari shopping dalam pukul 6pm terus booking tempat berbuka dekat selayang. restorang cina muslim seafood kegemaran kami. sedap sangat sangat sampai kan kami sekeluarga menjadi pelanggan tetap tapi macam tak tetap sangat sebab sebulan sekali lah makan dekat sini. PUAS HATI GILA tahu tak? dah lah murah. udang dia saiz xxl, ketam dia banyak gila, ikan siakap dia memang freak sangat kesedapan dia. and menu dia tak banyak ;)

tapi, satu je tak puas hati sebab kedai makan ini cuma masak sahaja. air atau makanan seperti telur dadar, tomyam semua dekat kedai sebelah dia. jadi kami tiada pilihan lah terpaksa beli dekat kedai 'era tomyam' dah lah ehem tak berapa enak, owner dia pun tak friendly (T_T) tapi sebab addict dengan masakan sally banjar terus macam tak kisah lah .

okai bai.
Loading