Selasa, November 30, 2010

Gosip hari ini : Nita terlebih seksi di malam parti EH!

Selamat petang.

hari ini kita bergosip nak tak? kalau taknak pun saya tetap nak bergosip. ehemm bergosip sekali setahun adalah boleh diterima jangan selalu sangat takut orang mual dan mula lah bagi ceramah macam masa kita nak ambil lesen kereta dulu tu. ceramah apa tah padahal sama sahaja dalam buku. boringgg tapi kalau dapat tukang ceramah yang lawak adalah fun. kalau dapat yang straight taknak belok belok adalah memboringkan.

hah, tengok sekali aku cakap pasal ceramah, berjela jela. oleh sebab itu jangan bagi haku heramah horang hanti horang hening hak hayan. oaky tiba tiba sengau ini kenapa? tsk baiklah siapa dekat sini kenal nita? bekas awek zahid? nita malaysian idol? nita nita nita sabah? nita selangor? nita mana satu hoi? baik lah sekarang aku tengah cakap pasal nita bekas awek zahid.


mula mula bagi gambar cover sikit.
cerita dia macam ni, aku jalan jalan blog gosip dan ternampak gambar nita berpakaian menJOLOK mata yang sangat menJOLOK mata menSAKITkan mata menSEKSAkan mata pun ada juga HAHA.


lepas tu gambar kurang cover sikit
sebenarnya macam ni lah, saya pun bukannya baik sangat keluar rumah pun sometimes tertunjuk juga rambut. baju pun singsing ( heh betul ke ni singsing?) sampai lengan . tapi saya ada rasa malu . sometimes tengok artis ni, grr rasa nak tepuk dahi sorang sorang. bangga dengan keseksian mereka. SEKSA tahu tak siapa siapa yang termasuk belog LIYANA LUNIA NI? grrr. lelaki sila keluar dari sini. perempuan je boleh duduk diam diam T_________T

okaithnxbai.

Senin, November 29, 2010

Apa itu rockmelt ? Macam mana nak download Rockmelt?

Selamat petang.



hari ini kita belajar tentang browser nak? tahu tak browser tu apa? dalam restoran, browser ini pelayan kita. melayan kita yang hendak update belog atau melayan kita hendak mengchatting dengan teman teman maya dalam twitter atau bergosip di friendpages atau membuka merahtube diwaktu petang. bagus browser ni, menjadi pelayan tanpa kita sedari sebenarnya. derr



contoh pelayan atau browser popular dalam dunia maya adalah Mozilla Firefox dan Internet Explorer HAHAHA tapi ramai pilih MF instead of IE kan? atau ada yang guna google chrome tapi macam saya MF tetap pujaan hati, MF tetap mempamerkan rupa yang cantik untuk LIYANA LUNIA grr.

tetaapi semalam entah ribut mana datang menyerang twitter ( sebab itu semua perlu ada twitter, twitter lah tempat bergosip paling mantap dalam dunia maya tahu tak? HAHA) mereka menyebut nyebut tenntang rockmelt. apakah rockmelt?



KAKI SHARING : ini paling best, mana mana benda menarik pun anda boleh share tanpa buka tab baru ke apa. tak payah pakai twitter for web ke apa tah. terus borak dekat browser tu je haaa. YANG penting kene ada facebook account and twitter account lah T_T

DESIGN rockmelt ini, kalau anda pernah tengok design google chrome macam itu lah design rockmelt. cuma ada tambahan menarik. bagi saya menarik, bagi orang lain tak ? mungkin sebab ada notification yang menjengkelkan setiap kali ada update kot? haku pun dah mula annoyi dengan notification tu. cukup lah notification echofon pun aku dah annoying ini kan pulaj facebook, twitter, blog grrr penuh screen tahu tak? mungkin sebab itu ada yang tak suka guna rockmelt agaknya?

TAPI dari segi memudahkan memang terbaik. anda cuma buka timeline, dan boleh share semua dalam satu timeline sahaja. boleh retweet, share, reply atau bagi message semua dalam timeline tu (haku suka hati panggil dia timeline) tak payah buka tab banyak banyak, konon macam tab untuk twitter atau facebook, menyemakkan bukan?



KAKI CHATTING FACEBOOK : anda boleh set kan teman anda sebagai favourite. jadi bila anda buka rockmelt, terus boleh tengok list favourite anda.

cuba lah siapa berminat boleh try download rockmelt dengan cara request dekat rockmelt.com connect for an invitation. nanti akan ada someone dalam friendlist facebook anda yang invite anda k? have funn ;)

oh semua sekarang pakai facebook kan? naik main games pun facebook, nak tengok wayang pun facebook (?) nak beli baju pun facebook . grr malaysia buat lah mukabuku cepat. mesti famous

sebenarnya ada video khas untuk anda tapi saya maluuuuu, huwahaha

okaithnxbai.

Jumat, November 26, 2010

Liyana Lunia blog personal pilihan malaysia ke?

Selamat malam.

tahu tak , saya baru tahu ada macam percalonan blog pilihan malaysia malam ini bila mana nampak banyak referal dari situ. eh eh eh bila dah masuk , tiba tiba macam tak nampak nama sendiri dekat mana mana percalonan rupanya dekat bawah sekali Blog Personal Wanita Pilihan. HAHHAAHA lawak, bila tengok pesaing hamboiiii, punya lah besar besar nama yang ada.

confirm kalah tanpa bertanding bila nampak irine nadia, hanis zalikha, ailyl rozanna, raracandyfloss , otak ketat, hamzah ian (eh tiba tiba hamzah termasuk dalam blog personal wanita pilihan pulak dah HAHAHAHA T____T) sekarang nak tanya, siapa kah yang bertuah calonkan liyana lunia ni? malunyaaaaaaaa.


sentap* . siapa rotate gambar ini dia buasir. LA LA LA
apa apa pun, terima kasih kepada penganjur blog pilihan malaysia sebab calonkan liyana lunia walaupun saya sedar blog aneh macam blog saya tak layak langsung untuk tercalon heh. *menangis* serius aku sentap sebenarnya dengan pencalonan macam tu HAHHAA T_________T

okaithnxbai.

Resipi Sup ayam berempah sup bunjut

Selamat pagi.

tahu tak yang semalam saya sibuk mencari resipi sup ayam tanpa guna rencah rencah macam saya selalu buat. saya tak pernah buat sup guna sup bunjut sebenarnya sebab itu macam weird gila HAHAHA lepas tu meroyan lah minta orang carikan resipi lah, bahan bahan lah. cara² hanya main campak sahaja jadi tidak perlu lah sampai cara cara.


kemudian datanglah seorang heroin bernama nadya, skandal saya diwaktu susah (HAHAH) dengan penuh istiqamah, beliau memberikan tiga resipi sup ayam. dua resipi dia emailkan dan saya tak dapat membaca sebab tak setup email dalam torch, dan satu resipi beliau sendiri yang diberi di facebook. THANKSSSS hoi darlingg, kamu menyelamatkan saya T_____T


sedih, kali terakhir jejak kaki dekat situ mungkin?
kenapa hengkau nak sangat masak sup hayam? sebab saya teringin sangat sampai meleleh hingus tahu tak betapa saya suka makan sambal kicap dengan sup? tsk oh lepas tu gula hati datang untuk temankan saya pulang jubah dekat unisel sana. jadi ada dua sebab kenapa nak sangat masak sup hayam HAHHAHAHAA nama sup hayam pun sodap.

jom kita berkongsi resipi sup hayam nadya tapi diolah sikit oleh liyana lunia


bawang merah, bawang putih, halia tumbuk lumat
BAHAN BAHAN ( 4 orang makan )
5 ketul ayam bersaiz sederhana .
* 2 biji bawang merah
* 3 biji bawang putih
* seinci halia ( hentam lah macam mana jangan banyak sangat sudah)
2 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
1 kopek kulit kayu manis.


CARA CARA main campak sahaja adalah :
tumbuk bahan ber(*) sehingga lumat, bayangkan muka someone yang ada hangin pelisss.
tumiskan sehingga naik bau yang wangi semerbak, masukkan rempah ratus,
masukkan air secara suka hati,
masukkan hayam dengan tenang,
masukkan kentang yang sudah dikupas, saya letak sebijik
masukkan garam secukup rasa
dan jangan lupa sup bunjut, grrr tak reti betul guna bunjut bunjut
HASIL dia , fwz cakap agak masin. HEH kalau masin orang kata dah nak kawin kan? grrr tapi bila makan dengan nasi tak ada lah masin sangat kan b? grr sikit je masin, masa awal awal makan tu je. so far, abang and akak tak ada complain HAHA kira dah lepas dah HAHAHA.


sambal kicap pedas gila. nyammy i likeeee
(padahal tak olah apa pun saja nak buat cerita aku olah resipi puan nadya neh HAHA)
thanksss sgt beb, susah kan u cari resipi :( ahahaha. btw saya tetap suka sup ayam emak buat, lagi rasa something yang susah nak cakap. nak emak masak nak emak masak, nak emak masak :(

emak balik nanti, terus nak belajar semua masakan :D

oh, semalam pergi UNISEL dengan fwz, kiteorang senyum gembira sahaja, mana tak nya tempat bertemu, bermesra, berdating, bercinta, bergaduh, bermain hujan HAHAHA :) thankssssssss semua yang saya kenal (sebab saya tak terkenal wuu) sebab buat saya happy, thankssssssss semua lecturer fitm, kawan kawan dpi, housemate yang sengal, and fwzQram :)

okaithnxbai.

Kamis, November 25, 2010

Hantu Kum Kum Astro Ria lakonan marsha dengan elfira loy kan?

Selamat malam.

cerita kum kum dekat astro ria sekarang. entah lah macam mana boleh nak layan walaupun tak suka elfira loy tapi terpaksa tengok sebab macam best pulak dah sebab seram bila teringat cerita dekat entry hantu purdah yang aku pernah cerita haritu. grrr

awal awal cerita, dah tunjuk hankumkum minta susu untuk anak dia, grr scary.
bukan, dia bukan hankumkum tu grr, dia jadi budak emo ke apatah yang tido pun tak buang celak HAHAHA lawak


sinopsis dia mengikut apa aku rasa, macam ini lah,
shahora dapat tahu suami yang lumpuh dapat rumah pusaka atas bukit. anak dia dua orang, maria dengan adik dia HAHAHA (aku tak ingat nama watak dia) aku boring betul tengok adik beradik loy sebenarnya sebab tak suka adalah elfira tu sombong (ORANG KATA BUKAN SAYA) dan adik dia tak begitu matang HAHA. eh rupanya suami shahora ada hubungan sulit dengan mawar ( marsha ) diwaktu zaman lampau ,dan sekarang suami shahora ini kene strok . dan diawal cerita mawar cakap kum kum kum sambil pegang something scary.
dah lah jom tengok sekarang sementara anda boleh tengok LOL aku nak terkucil pun seram ini. tsk


adegan marsha jilat pipi shahnaz apa tah tu boleh tahan mengejutkan HAHAHA internet dah hokay YAHOO

okaithankxbai.

Rabu, November 24, 2010

Pinball ; game klasik kot?

Selamat petang.

tahu tak satu hari aku menghadap pinball sahaja? grr punya lah lama tak main pinball, sejak sejak ada si delly merah tu, yang waktu mula mula pakai windows vista macam tak ada pun pinball dalam tu (T_T) tukar pulak windows seven pun tak ada, lepas tu konon konon windows 8 pun tak ada pinball, sekarang pakai seven balik (?)



dulu waktu mula mula belajar kenal komputer, belajar taip dengan powerpoint, siap buat 'kawan baik saya . ppt, atau 'abangazlanhensemkulitputih.ppt' , lepas tu main mIRC lepas tu taip satu satu guna keyboard, sekarang dah tak ada taip satu satu dah, semua jari aku guna menaip, tak payah pandang keyboard pun tak apa, kira dah hafal mana letak 'a' mana letak 'enter' (NADA BERLAGAK hokayy)

game pulak hari hari pinball tak pun minesweeper ke apa tah, mana ada game cooking academy masa tu HAHAHA atau the sims 8 , tak ada. hari hari menjerit silap picit bom dalam minesweeper ke apa tah, hari hari stress main pinball, sekarang game the sims8 tak stress, ada pulak henfon mahal macam epal iphone 8, ada game angry bird pulak mana ada pinball dah. kasihan pinball.

tiba tiba hari ini satu hari aku layan pinball dekat personal computer (PC) gila cool ada PC sendiri, selalu nak laptop je sekarang dah ada PC dah sebab bekerjaya guna PC maaa. windows xp lagi. gua bangga betul guna windows XP sebab ada pinball.



demm ah, bila tah nak okay tenet kat umah tsk oh fbook jeles. nak letak gambar pun susah sebab facebook jeles. upload lembap. grr

okay dah itu sahaja update hari ini. saya rinduuu game pinball

okai thanks bai.

Senin, November 22, 2010

Photo Entry : Convocation UNISEL Liyana Lunia

Selamat tengahari.


bunga pertama dalam cinta manis.

malu *merah pipi*
tahu tak dekat rumah dah tak boleh online? sebab saya syak dah kene potong tak bayar KAH KAH KAH jadi kene lah online dekat office, nasib baik belum banyak keje jadi terpaksa lah menempek dekat sini sahaja.


peneman saya terima kasih kakak saya dan kekasih saya :P
alhamdullilah, dah selesai lah Convocation Unisel session 4 semalam dalam pukul 5. grrr panas gila unisel, cair habis mekap semua oh semalam saya kene mekap, GAHAHA habis hidup aku bila kene mekapp mekapp ni grr.


berjalan kaki di bawah matahari terik, grr
semalam, happy sangat sebab kakak dengan faweez sudi teman kan saya, ontheway ke UNISEL pun sangat baik, cuaca sangat nice waktu tu tapi bila sampai je dekat sana, teruk gilaaa. jem sampai setengah jam semata mata nak cari parking, agak menyiksa jiwa dan mekap nasib baik kereta ada aircond kalau tak ada macam mana? grr UNISEL perlu ada banyak pokok dan bumbung lah HAHA.

Istiadat Konvokesyen UNISEL yang ke 5 :)

dewan istiadat.

zety ; ika ; me :) kawan sejak sem 1 . kami rapat dan kami antara 5 perempuan dalam class grr.

zana ; ayun. housemate saya yang paling terbaik dalam dunia. sorry sangat gambar blur T_T

coursemate ayun ; dari kiri : itik, penguin, turtle dan ayam :P
masuk dewan pun agak sedih sebab tak pegang henfon, tak dapat bercamwhore. tapi saya suka betul dorang main gong (gendang?) apa tah tu sedap. naik atas stage langsung tak fikir apa dah, semua yang saya dah belajar terus hilang KAH KAH KAH terus lupa atas stage tu. malu woi, pipi rasa tebal 50 inci T______T

tak puas, keluar dewan kawan kawan semua dah ramai yang cabut lari, dengan parking jauh, jambangan bunga yang banyak, serta sotong kuning yang berat terus rasa nak balik grr alhamdullilah walaupun emak dengan apak jauh, mereka tetap pesan dekat akak belikan something untuk sayaaa. *suka suka*

peneman. CAKAP KEJUUUU :P

berminat nak ambil model? grr
baiklah entry ini entry penuhkoleksi gambar, terima kasih banyak banyak yang wish dekat entry my 1st convocation day. HAHA entry tu saya buat sebelum pergi. oh jubah dia nice juga lah walaupun saya tak minat kelabu grr

sebenarnya dah upload dalam facebook, tapi nak letak juga dekat entry HAHAHA



hadiah dari kakak. ros pink :D terima kasih yaaaa.

hadiah dari emak dan apak yang jauh di mata, dekat di hati. dipilih, digodek oleh kakak saya. terima kasih kak ya,
sotong kuning tu, mula mula saya tertarik yang kecil, lepas tu entah macam mana kakak pilih yang paling besar. yang menakjubkan harga dia tak lebih rm100 :) padahal yang kecik tu rm45. grr :) btw bunga adalah bunga sabun. tak sabar nak tunjuk parent dan abang & kakak ipar n adik saya yang akan balik 15 december ini.

nak ambil gambar familyyyy walaupun tanpa jubah. HAHAHA jubah besar taknak :(

banyak ah gambar T___________T siapa yang berkawan dalam facebook, jom tengok lagiii dekat facebook liyana binti ainul. oh bytheway saya tak boleh jadi model la, WAKAKA tak reti posing posing, tapi jadi photographer boleh lah. siapa nak? grr

okai bai.

Minggu, November 21, 2010

My 1st convocation day.

Selamat pagi.


Alhamdullilah, tahun 2007 sampai 2009 belajar dekat UNISEL tu haaa, 2 tahun setengah belajar dekat sana, fun memang fun, memori dekat UNISEL yang paling tak boleh blah masa kenal encik gula hati, kawan dengan ayun, zana, zety and ika :)

Grrr hari ini hari konvokosyen saya :) hari ini saya pergi dengan kakak and encik gula hati, nasib baik fwz tak kisah datang and ambil saya :) grrr banyak banyak terhutang dengan beliau b, jom kawin cpt hahaha


Emak, apak, yana happy sgt sgt akhirnya dah dapat diploma tapi terkilan mak n apak tak dapat tengok, tapi tapi tak apa, yana degree nanti mak and apak kene dtggg :) grrr




Ye lah diploma tak penting sgt. Serius ada orang cakap cmni grrr. Haha diploma dr unisel pun dah cukup bangga grr. Okayyy saya takut nak naik pentas ni, nanti dia konvo, jangan lupa satu lori bunghaaa taww ha ha ha

Takutnyaa nak naik stage, takutnyaaa kasut tetanggal haha gelak dalam sedih, terkilan, sedih. Kusut.

okai bai.

Sabtu, November 20, 2010

MAMA CHOP PAPA GRILLS : SEDAP KE?

Selamat malam,

hey hey awak, hari ini buat apa? macam saya, saya busy pergi cari kerja dekat PWTC hari ini dengan encik gula. sebenarnya haku teman dia je, biasa lah fresh graduate, semangat nak kerja dia tu lain sikit kah kah kah bagus syg. amalkan selalu. cepat keje, cepat kita dapat laksanakan impian dan perancangan kita kan HIHIHIH *malu*

ada pisang goremg dan hotdog dan sedikit mayonis grr
pwtc hari ini ramai sangat orang, terlampau ramai sebab OUM buat convocation dekat situ, saya pantang orang ramai ni, terus tak berdaya nak bersemangat nak interview tauuu :( taakpaaa, saya sayang ofis saya *tibatiba*

oh tak lama pun dekat situ. kite orang pergi tempat dating dan tengok wayang. sempat hokayy hahahaahha :( cerita dia bukan 2alam atau harry poitter tapi unstoppable. best cerita dia, seronok dua ronok tiga ronok haku tengok, grrr
gua pantang sikit sayam grill pastu penyet cenggini, grrr tolak markah
balik dari OU, saya dan gula hati makan makan dekat mama chop papa grill area taman sri gombak ni haaaa. macam lah hot sangat makanan dia rupanya hampas sahaja diwaktu petang. Total semua rm30.76 hokay

hapdet guna bbtorch, ipad and lappy, susah gilaaaaa nak update entry kali ini, banyak bermain dengan code (WKAKAKA lawak gilaa cakap cmni)

okai bai.

Jumat, November 19, 2010

Fesyen hari ini : Inner dan tudung bawal dan megamind

Selamat tengahari,

kejap kejap, nak pergi basuh ayam dulu baru je balik dari pasar ini. bukan beli ayam je , saya beli udang siap kopek kulit lagi, ikan siakap , buah buahan ( mahal , 4 biji rm17 T_T) , bawang besar, cili kering dan juga kentang.

sekarang, nak pergi cuci ayam, nak masak malam karang tapi sebelum tu nak persoalkan sedikit, kenapa pelakon dibawah pakai macam tu? oh btw itu bukan inner ye. kakak chika kata itu INNER HAHAHAHAHA okay lawak T_________T



terima kasih kakak chika, terima kasih kerana membuatkan saya gelak tak berhenti henti . eh tipu, gelak dalam 5 minit sahaja. baik lah nak persoalkan lah kenapa macam itu heh dia pakai tudung? grr yang lawak siap ada pin dekat dagu. sorry ye elaine dally (ye kan itu elaine kan? ke daphne iking? entah aku pun tak sure siapa dia ni) . i tak cakap salah u pun mungkin ada lah ornag suruh pakai macam tu saya pun tak tahu siapa HAHA


dah macam megamind HAHA

grrr ; ramai fashionista datanng serang belog syy, tatut T________T

okai bai.

Kamis, November 18, 2010

Resipi emak : Ayam Pedas Sarawak Lunia.

Selamat tengahari.


hari ini, rasa macam nak share resipi ayam sarawal, kegemaran keluarga saya pulak secara tiba tiba. sebenarnya bila kita letak resipi dekat belog, nescaya jika anda mengalami masalah selepas hilang ingatan dan terbuka liyanaa dot com terus teringat pernah buat resipi ayam sarawak, kegemaran keluarga rupanya.

jadi, mari kita belajar macam mana nak buat ayam sarawak yang senang ini. serius saya cakap senang sebab saya suka cili padi. grr lagi pedas lagi sedap lepas tu sakit perut tak boleh berak (T_T) eh tak nak cakap pasal sakit perut sebab tengah sakit perut sekarang ini jadi kita teruskan segmen masak masak bersama liyana lunia.

bahan bahan (4orang makan).

1. 8 ketul Ayam.
2. 2 ulas bawang merah / 3 ulas bawang putih.
3. 2 batang serai (dihiris bulat).
4. satu hirisan halia (agak agak)
5. 20biji cili padi (ini ikut suka, saya suka pedas, saya letak 20biji)
6. Kicap manis.


Cara-cara.
1. gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. GORENGKAN, dan tos ke tepi.
2. Blend ; Bawang merah/bawangputih/ 2batangserai yang dihiris bulatdannipis /halia dan 20biji cili padi.
3. tumis bahan blend, dah masukkan 2 batang serai lagi yang dititik (oi, tahu tak titik cemane? tumbuk bontot serai tu separuh penyek HAHA)
4. agak agak dah kering, dah bertukar warna ke cekelat cerah camtu, terus masukkan kicap.
5. kicap ini suka hati nak banyak mana.
6. masukkan ayam yang dah siap di goreng, gaul rata dengan sambal sarawak tu.
7. siap di makan. NYUMMY

ayam sarawak ni, waktu gaul dengan kunyit and garamawak jangan letak banyak sangat garam sebab kita campur dengan kicap sekali takut masin, karang ada kene darah tinggi habis hidup saya T__________T

resipi ini, emak saya dapat dari kenalan dia. nak tukar nama tapi tak ada idea, jadi hentam panggil sarawak juga. HAHA selalu, keluarga saya makan dengan nasi putih, atau nasi minyak . makan dengan roti pun sedap. ayam sarawak cara saya adalah sangat pedas, dan sedap sebab bau serai, saya suka sangat bau serai. nyummy

sekarang dah lapar

okai bai.

Sesi mengambil jubah konvokesyen di UNISEL Batang Berjuntai.

Selamat pagi.

*sambil dengar lagu lewat semesta ; randy pangalila ( entah nama betul aku tak tahu HAHA)


hari isnin lepas, saya pergi Unisel Batang Berjuntai dengan teman tersayang, zety and ayuna. ditemani oleh boprengg yang very memahami goprengg yang penakut bawak kereta. grr tapi saya tunjuk gak skill drive depan boprengg bawa aaron ambil zety dekat KTM Batu Caves, HA HA tapi fwz kata dia pening tak drive , atau dia tak rela i drive? itu yang kita tak tahu sebenarnya (T_T)

jadi co-driver macam biasa sibuk nak capture semua benda yang boleh dicapture. kadang kadang berminat nak ada dslr sendiri tapi bila fikir gambar sendiri tak akan ada dalam dslr, jadi tak payah beli . eh cakap macam mampu je nak beli dslr (nangis*) HWAHAHAA

zana, awal awal dah warning suruh pergi sebelum 9am sebab ramai gila orang katanya. saya pulak kene zety and fwz, macam mana nak pergi kalau takdak depa, jadi pukul 11am baru bertolak dari gombak. dalam hati, dup dap dup dap, harap tak ramai sangat, harap dapat setel sebelum 5, bermacam harapan dalam hati dan akhirnya tak ada lah ramai sangat. mungkin mereka ambil awal sebab nak balik kampung raya haji kot tapi finance ni macam slow sikit (T_T) and staff pun tak ramai yang friendly, grrr

sambil tunggu nombor, pergi lunch dulu dekat BATANG BERJUNTAI purple cafe, hancur betul masakan mereka ini, lepas ni tak nak dah pergi situ. mahal tapi teruk grr dan waktu tu lah dapat berita BBTorch jadi kepunyaan, terus tak ada selera. memang tak sedap lepas tu berita gembira, hasil dia tak habis lah nasi semua tu. HAAA malas ah nak taip lagi, perut tengah sakit ni. makan rendang semalam banyak sangat dari subuh sampai sekarang masih sakit lagi. HAHAHA

btw, seronok dapat share dengan kawan kawan bila tahu saya dapat memiliki torch. heee


ayuna.

serius, ayun makin lawa dengan rambut panjang camtu, eeeee comel comel, waktu jadi roomates ayuna, saya suka ejek rambut dia macam berus jamban sebab rambut dia pendek and tajam tajam but now dah lembut dah boleh ikat dah. HAHAHAHA comel jeeeee

fwz,

grr, pening eh bila saya bawak kereta? sedihhhhnya T___T eh terima kasih tau teman hihi

zety.

hahaha, muka garang woo. thanks cik, sanggup turun kat KTM. esok pun kene turun situ gak tawww. HAHAHA
eh, gambar jubah mana? maluuu lah, jubah saya baru iron semalam. nanti lah saya letak dalam belog, grrr

okai bai.

Rabu, November 17, 2010

juadah #aidiladha ; rendang ayam .

Selamat malam,

har har har (tiba tiba gelak cara hamzah ian) ini malam, kita nak post gambar makanan boleh? har har har , ini lah dia, rendang ayam yang kakak ipaq saya masak.

selama ini rasa air tangan mamyy, today dpt la rasa rendang ayam dari kedah. nyummy segala jenis masakan berasaskan ayam adalah sedap kecuali tonggek ayam, heh orang panggil bontot ayam tonggek kan? ke togel? grr tak reti saya bahasa weird ni .

rinduuuu lah nak makan rendang daging cili padi, sy panggil rendang hijau, dahh lahh ;( asyik cakap rendangg, nak teriaq dah ni wuuu

okai bai.

Raya #aidiladha tanpa emak dan apak tahun ini.

Selamat pagi semua,


marble cake cakap : selamat hari raya #aidiladha semua,
saya disini, berbahagia macam biasa. bangun subuh terus teriaq rindukan mamy and apak (T______T) rinduuuuu sangat nak dengar emak jerit suruh mandi, suruh masak, and hidangkan lauk pauk semua. rinduuu sangat sangat . ini lah pengorbanan kami , berjauhan dengan emak and apak untuk raya kali ini, alhamdullilah rezeki emak dan apak dapat pergi haji tahun ini. semoga emak dan apak mendapat haji mabrur dan selamat pulang ke tanah air :)

petang semalam, kakak ipaq saya yang masak semua masakan. ada rendang ayam, lempung (paru, betul tak eja macam tu HAHA) goreng cili , kuah kacang and kuah lodeh. terima kasih banyak kak fida, siap masakkan untuk kami (T_____T) . nak letak gambar tapi tak ada mood, jadi letak gambar chibi sahaja.

okai bai.

Selasa, November 16, 2010

Thank you #maxis10, Blackberry torch is mine :)

Selamat malam,


suka gambar ini, HAHA

petang tadi, dalam pukul dua macam tu, situasi dia dekat purple cafe batang berjuntai sambil makan hot chili apa tah langsung tak sedap buat sakit perut tu, sambil melayan kawan kawan dan boprenggg tiba tiba dapat banyak mention dekat UberTwitter. eh macam lawak pulak aku sebut ubertwitter (?) lepas tu, usha usha sikit sikit rupanyaaaaa dah annouce keputusuan sama ada saya berjaya dapat blackberry torch secara percuma ( bukan percuma macam kacang gila, tak, awak kene banyak buat kerja ye. kerja yang ikhlas, bermakna di balas dengan hadiah WKAKAKA) ke tidak.



dua minggu yang lepas, masa saya sibuk cerita pasal blackberry torch ini, sebenarnya dia adalah ujian samaada saya layak atau tidak. ehem ehem siapa nak bagi henfon canggih percuma sahaja tanpa usaha dan kerja betul tak?

baik lah, saya cakap macam bagus sekarang. HAHAHA padahal entry ini nak ucap terima kasih banyak banyak untuk @maxiscomms, @aprilyim, @fionajitab (u guysss jangan keje sangattt, kene rest tauu? HAHA ) and semuaaaa reviewer #maxis10. samaada yang pernah susah sebab saya asyik tanya macam macam, contoh dia "macam mana aku nak dapat tarik perhatian maxis ni?" , atau tak pernah HAHAHA. and yang paling penting sekali uguysssss, ye ye anda lah siapa lagi yang kene baca comment saya pada bbtorch tu :DD *muwaaahhhhhh sorang sorangg*

happy sangat hari ini. terima kasih family. terima kasih b.terima kasih kawan kawan. terima kasih bbtorch.terima kasih #maxis10. terima kasih readers. terima kasih konvo unisel. er, kita cakap later pasal convo :)

// siapa berminat nak tahu pasal #maxis10 boleh refer entry encik einztrigger :P

okai bai.
Loading