Kamis, Maret 31, 2011

Give Away Pertama MiraEdora

Selamat petang,

sekarang nak cuba pulak giveaway dari kak mira yang omei nomei ini. haha marks & spencer u, i mana pernah ada barang dr depaaa tuuuuu, tak ada tak pernah ada tak tahu kenapa jadi gerun sangat dengar nama mcm tu. i beli brg pun dekat pasar hari ahad jeww kbai


  1. Mesti follow belog picisan ini & FB page MiraEdora (if ada FB. if takde takpe). I byk communicate kt 2-2 tmpt ni.
  2. Bwat entry tentang giveaway Mira Edora ini. 1st impression korang tentang i dan belog i? Dan kenapa?
  3. Tepek banner kat entry korang
  4. Tinggalkan link entry korang kat bawah tu
  5. Contestant dalam Malaysia sahaje ye :D
  6. Tag 3 orang kawan korang
sebenarnya yiyinggggggggggg mendapat inspirasi berbelog empat tahun lepas sebab sentiasa menjadi stalker tegar belog kak mira dedulu. masa tu i tak minat uolss ada belog, boring jeeeeee i lagi suka merepek dengan kekawan dekat mspace. tapi entah apahal entah lama lama tertarik nak berblog. HAHAHAHAHAH

1st impression , kak mira sangattt lawa, suka dia suka dia lepas tu dulu dia sukaaa layan adik adik ( saya letteww, dulu perangai tak ubah cam baby, gedik) yang tomei macam saya, tak jemu jemu balas msg dengan saya, saya pulak dah anggap dia macam kakak padahal umur tak jauh mana pun T_T biasa lah over . HAHA

1st impression , blog kak mira , semakin menyerlah dengan kehadiran dollydle dia sendiri. tengok lah header dia, jeles kan? lepas tu lepas tu nak cakap apa eh ala nak komen belog org paling saya tak suka T_T

baik, sekarang nak TAG :
zana
lassie
amirrahzawani

cepat buattttt HAHA ;)

kbai.

Rabu, Maret 30, 2011

Telemovie 5 Disember arahan erma fatimah!

Selamat malam,


baru lepas tersentap dengan drama arahan erma fatimah di tv9. siapa tak tengok adalah rugi ! tak sangka orang yang muka baik, muka berseri seri adalah orang mental pembunuh. zaman sekarang dah tak boleh percaya siapa pun :( perempuan lelaki sama sama gila !
Mastura ( Nabila Huda ) dan Aidil ( Aqasha ) bercadang untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada tarikh 5 Disember. Aidil mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur dan Mastura juga meminta Aidil mencarikan pekerjaan untuknya di sana supaya dapat membantu Aidil apabila berkahwin kelak.
Mastura bertolak dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur dan di sana Aidil setia menanti kehadiran Mastura di stesen bas. Dalam masa yang sama, seorang lelaki yang amat menyukai Mastura, Firdaus (Aaron Aziz) merupakan seorang yang mental. Tetapi Mastura tetap ingin melarikan diri daripadanya sehinggalah Mastura menghilang.
Namun sehingga 12 tengah malam, Mastura tidak muncul. Keadaan menjadi tegang apabila ibu bapa Mastura mendapat panggilan polis meminta mereka mengecam mayat yang dijumpai. Cerita ini merupakan kisah benar dan Erma Fatima terpaksa mengolah sedikit kerana ibu bapa kepada si mati tidak membenarkan cerita ini disiarkan. So, yang benar adalah pemandu bas yang bunuh, tapi yang cerita ini si mental yang bunuh.
serius sedih ! serius. dia kene sula sampai mati T____________T dan dia adalah cerita benar. nanti nak tunggu link sedut untuk tengok dari mula. siapa tahu berita pasal mangsa , tlg share link dia . alfatihah utk mangsa :((

kbai.

DAYA PENARIK . perasan atau kenyataan? hakikat yang susah nak explain !

Selamat petang,

Saya tak tahu lah samada saya yang perasan atau memang kenyataan yang saya seorang yang mempunyai daya penarik. Maksud dia bukan nak belagak, bajet poyo ke perah santan ke tapi hakikat yang susah saya nak xplain dekat org yang kepala batu yang benci tgk kesenangan org lain.
Contoh dia mcm , ada satu kedai yang lengang macam barang dekat dalam kedai tu mahal gila sampai engkau tak mampu nak beli lepas tu drpd sakit hati baik tak payah masuk . Haaa macam tu punya lengang, walhal depan kedai tu adalah foodcourt yang tentu2 ramai org lalu lalang.
Okay kemudian saya masuk ke dalam kedai tu, dalam dua minit selepas masuk, saya tengok berpusu pusu dua tiga pasangan yang masuk ! Nampak tak mcm mana saya tak perasan diri penarik minat orang , sbb bila ada saya, terus org ramai beratur.

Contoh dia masa makan tutti frutti dkt OU dgn cik pakwe, mmg takda org masa tu tapi bila saya datang trus beratur org ! nampak tak dia punya perasan sampai pergi cakap dengan cik pakwe lepas tu cik pakwe cam tak boleh blah je perempuan ni perasan gila pastu dia ajak pergi satu kedai kosong , nak tengok betul ke awek dia ni ada daya penarik ! tapi last last dah kenyang tutti frutti tade harapan la nak pergi kedai tadi, terus lupa ! cis

Contoh lain macam, bila aku er bila aku tak ada mood dah nak taip aku rasa sampai sini sahaja lah HAHAHA


nampak tak ada daya penarik dekat muka dia? ke tak ada? ke adaaaaaaaa? ke tak ada? okay fine tak payah cakap T____________T

mungkin dia ini penyebab saya menjadi penarik kot? KAHKAHKAH
NOTE : saya tak pandai mekap mekap sebenarnya, sangat jeles tengok orang pakai eyeliner cantik sgt, ada macam kucing, ada macam rimau, ada macam papanda pun tapi kenapa saya pakai tak kena? okay sebenarnya nak cakap gambar dekat atas saya pakai eyeshadow ini lah sambil pakai eyeliner, k maluuuuuuuuuuu :"))

kbai.

Selasa, Maret 29, 2011

Csrss.exe ini apa benda? Kenapa tak boleh masuk ke dunia internet !

Selamat pagi,



Entah kenapa dunia siber saya jadi kucar kacir dari semalam lagi. Semalam haku bising pasal browseui.dll pc ofismate tak boleh buka, lepas tu dashboard tak boleh login. Rasa nak tepuk dahi kompiter ni tapi kompiter bukan ada dahi pung ! Grrr

Harini pulak dgn semangat berkobar kobar nak makan nasi kerabu menjadi hampa terus bila lalu depan kedai macik tersebut adalah tutup,stressssss !

Stress dipagi hari kemudian masuk ofis dan tgk di kompiter sendiri ada kuar msg csrss.exe apa tah missing terus tak boleh masuk ke dunia siber. Internet connected tapi tak boleh masuk. Mcm mana nak cakap?

Haaaaa nampak tak disini saya makin stressssss jadi jangan buat saya emosi yewwww!


Anyone? Boleh cite pngalaman anda tak?

Kbai :D
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

The Sims 3 boleh mendorong zina?

Selamat malam.

Eh peminat The Sims 3, sila lapor diri sekarang ! terasa gugur jantung bila baca entry terbaru ynaaohynaa , main game the sims adalah haram. siapa tak gugur jantung? dah lah dia dadah engkau, dadah yang tak merosakkan badan ofcz, eh ada la rosak kalau engkau duduk tak buat apa apa nanti gemuk siapa susah? KAHKAHKAH
Walaupun perlakuan itu bukan secara hakikat dan hanya menerusi alam maya, ia tetap bercanggah dengan hukum Islam dan mendorong kepada zina.“Menontonnya boleh menaikkan nafsu dan ia permulaan kepada kelakuan lain kerana menunjukkan tanda atau jalan menuju ke arah itu.


Permainan itu digemari remaja kerana memberi keseronokan luar biasa kepada mereka untuk berusaha memikat gadis animasi cantik sehingga mengajaknya melakukan hubungan seks.

Difahamkan, pemain perlu menempuh beberapa peringkat sama seperti kehidupan seorang lelaki di alam nyata, antaranya merangkumi proses mengurat gadis maya idaman bermula sesi temu janji (dating) hingga datang ke rumah untuk mengambil hati ibu bapa teman wanitanya.Sejurus semua peringkat itu diselesaikan, pemain diberi peluang untuk mengakhirinya di ranjang bersama gadis itu yang menayangkan susuk tubuh menggiurkan.
Sejujurnya saya cakap, game ini sangat sangat men-dadah-kan diri anda sebab once saya dah main saya akan main main main dah tak akan pandang tempat lain dah sebab best gila ! tapi anda sebenarnya boleh je main game game ini . ia bermula dgn niat, bak kata ustazah ynaa
Ustazah kata terpulang pada NIAT seseorang itu. Kalau main sebab memang sengaja nak menghairah kan diri. Maka berdosa lah kamu….

Wallahualam

game ini memang saya suka main sebab saya bayangkan life saya yang kaya rasa dengan cheat code, rumah impian juga lelaki idaman. dan juga anak anak saya kelak (LOL) memang terbayang life ada baby mcm mana, life ada toddler mcm mana, life jadi celebrities, semua saya suka ! ialah, nak jadi realiti engkau ingat boleh ke? oh maksud saya dalam alam realiti engkau nak jadi celebrities ! lah LOL

eh okay lah saya nak pergi main the sims skrg ! nak mendecorate-kan rumah cantik cantik ! tak pernah puas decorate rumah grr lepas tu nak buat sims muka macam avril lavigne gak !
kbai.

Senin, Maret 28, 2011

Dashboard blogspot tak boleh masuk !

Selamat petang,

Betul betul menguji kesabaran sekarang ini bila mana dari tadi haku cuba hendal mengapdet belog adalah terencat sekejap bila tak dapat log in terus ke dashboard. Dah buat mcm mcm seperti clear cache / history , cabut plug internet, restart PC tp tetap sama.
GIVE UP terus !
Pulak pulak tengah puasa, terbau pulak maggi karip cup rakan ofis makan depan haku ini lagi stresSssss * nsib baik puasa nak mencarut pada dashboard itu pun kita kene sabar. Puasa = menahan lapar / dahaga dan juga mata dan mulut dr buat benda jahat
Eh saya baik tawwwww !
Jadi, tadi tengah boring boring terus tanya rakan twitter yang sporting !
Puasa boleh korek idong ke?
Ye ah, dan dan hidong gatal pulak, dan dan terasa banyak benih lak ! Stresssss tahuu?
Kbai :DDD
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Minggu, Maret 27, 2011

World Invasion : battle of LA

Selamat malam,

Pagi tadi, ehem merendek bersama cik pakwe (sekarang jadi cik pakwe lak, dulu buah hati- EH sadapppp awak) merendek bukan jauh sangat pun dekat je dengan umah , alahhh tak payah cakap pun anda tahuuuu ! Sejak pandai kesana, ke sana lah aku pegi HWAhaha.

Nyaris nyaris nak merajuk bila cik pakwe hendak mentengok filem aneh bertajuk World Invasion : Battle LA , serius rasa cam nak terjun je dari bangunan sebab tak suka tengok poster filem ini, nampak tak menarik !

Tapi nasib baik nyaris nyaris, kalau buat betul betul mesti menyesal sebab memang TERBAIK ah cerita dia ! Grr sumpah aku terkejut terkejut menonton filem ituwww !

Cuba bayangkan, makhluk asing datang serang negara kau, dia gunakan air H20 sbg sumber dorg bergerak ke apa tah ! Dia bunuh semuaaaa manusia, dia perlukan bumi utk negara baru dia. Kepala hotak awak lah makhluk asing ! Emosi gila aku tgk. Siap nangis nangis bila leftenan martinez yang omei domei tu korbankan diri dia :(

nama gadis ini : Elena Santos. : Air Force Tech Sergeant
Nasib baik tak terjun bangunan, sbb akhirnya kagum dengan filem ini walaupun org putih suka sgt buat filem makhluk asing serang bumi sampai nak muntah aku tgk tapi tetap terbaik. Boleh terkejut terkejut sambil peluk pakwe EH TAK jangan buat, haram ! Kahkahkah
Kbai :D
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, Maret 26, 2011

Pizza roti sardine with loveeeee !

Selamat pagi,

Haiiiii. Skrg kita tengah cuba buat resipi baru tauuu ! Resipi ini dengan sardingg =") mula mula nak buat sandwich je tiba tiba mereka ini ganas nak makan pizza sebab ada cheesee.

Jadi kita layankan ajoo ! Eh eh ini cubaan update guna  (BB) since handphone sy dah tak detect wifi dkt rumah ni #ohdem !
Kbaiiiii :D
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumat, Maret 25, 2011

Home Kitchen Tool, sayang nanti kalau kita dah kahwin.

Selamat malam.

sayanggg ( tak kisah lah siapaaa yang akan jadi bakal suami saya kelak EHEMMMM) nanti kalau kita dah kahwin, i nak semuaaaaaaaaaaaa yang i senaraikan dekat bawah. kalau sayang tak belikan atau sediakan nanti i mengamuk. i taknak layan sayang lima saat biar sayang duduk sorang sorang dekat sana. tahu tak sayang? tahu tak? *AMARAN keras LOL

sayang, nanti kalau kita dah kahwin sayang mesti tahu yang BABY suka sangat duduk dekat dapur, sebab baby suka memasak tauuuuuuuuuw. baby (nyaris nak taip babis tadi T_T) rasa kalau memasak adalah lebih seronok kalau sayang hadiahkan baby ,
1. I LOVE YOU Toast.

menariknyaaaaaaa, bila bangun pagi baby akan pergi dapur buatkan sayang kopi sambil bakar roti ada tulisan I Love You or Good Morning ohmy mesti hari hari sayang akan bahagia kan sayang? jadi pelis ! ini perlu ada dalam kitchen kita nanti.
2. Pop Corn Maker.

sayang, nanti dah kahwin tak perlu lah pergi mentonton wayang kerana kita dah ada astro first dan tv PLASMA dalam rumah, sound system pun dah gempak gilaaaa jadi tugas baby adalah buatkan sayang popcorn sedap untuk kita berdua. air adalah air masak since popcorn sedap sudah manis. tak elok manis manis sayang.
3. Ice Pop Maker.

later if kita dah ada anak ramai yang comel comel macam i, tak payah lah kita ajar dia makan aiskrim mat cool dah. baby boleh buatkan aiskrim berkhasiat dari ladang. sayang punya aiskrim pun kalah EH apa pulak ni kbai.

4. eh, okay lah baby nak pergi layan pakwe (sebelum sayang lamar baby, sayang pakwe baby larrr) kejap, kalau ada masa kita sambung alatan dapur yang menggiurkan hati baby. sayangggg jangan lupa baca belog baby sebelum melamar supaya sayang tahu apa yang baby idamkan.

KAHKAHKAH .
kbai.

Kamis, Maret 24, 2011

Gadis cuba bunuh diri di KB Mall petang khamis .

Selamat petang.

24 Mac 2011 (WHAHAHA) kecoh betul dekat twitter ada manusia yang cuba membunuh diri, sebab dia adalah manusia itu memperoleh keputusan SPM yang teruk ! er, dapat result teruk = bunuh diri adakah keputusan yang bijak? oh sudah tentu lah bijak kalau dia tak bijak confirm keputusan SPM dia A+ je semua. nampak tak sebenarnya haku terbalik kan ayat sahaja LOL




ini kah gadis yang membuat cubaan membunuh diri di KB Mall petang tadi?




grr ini pulak video dia dicuba untuk diselamatkan tapi tak dapek den nak nolong, tetap gak terjatuh tapi dgr dgr dorang kata dia cedera ringan sahaja. ish dekat berita dah keluar ke belum? i tak tegok berita sebab kakak haku dah chop tv, means cerita masak masak je dia tengok KAHKAHKAH

credit : eiyda , ezanykun. , joe

nak berita hangat boleh follow twitter LiyanaLunia :"))

kbai.

Ribbontales.com bukan tempat untuk orang comel comel je !

Selamat pagi.

@sickchild72 : bracelet, bubles charm and necklace ( yg bentuk )
sebagai seorang perempuan comel yang menyukai benda benda comel dan saya juga tahu pembaca belog cap ikan bilis (KAHKAHKAH) ini juga menyukai benda benda comel saya pasti anda akan menyukai benda benda comel yang boleh disangkut dekat tangan, leher atau henfon anda pasti lah anda menyukai ribbontales.com sebab saya yang tak berapa suka benda comel (TIPUUUU) ini pun terbeli lah barang sehelai dua gelang dan rantai untuk diri sendiri.

vroom ! vroom ! ini nama dia bubbles charm. anda boleh pilih mana mana bentuk kegemaran hati . bubbles charm ini sesuai untuk handfon, handbag or gugusan kunci anda . seperti kata ENYTAKIUT , selaku owner blog juga pembikin ini barang
Gantung kat mana pun yg korang nak. Tepon ke handbeg ke even kunci pun boleh! Konfem terpikatlah! :)
confirm terpikat ! sebab comel gilaaaaa. saya dah lah tak suka benda comel comel, bila tengok encik sotong yang banyak tangan ini pakai bracelet lagi rasa macam nak gugur jantung. apahal engkau comel sangat bila aku sangkutkan gelang tu dekat kepala? HUWHAHAHA

saya buat tempahan dalam sehari dua macam tu dari website ribbontales lepas tu terus dah boleh ada dalam tangan sebab enyTAKiut ini tangan dia macam sotong, laju gilaaaaa dia buat . nasib baik ah tangan macam sotong, kang haku cakap tangan macam obor obor tak ke pelik? KAHKAHKAH eh kene serius ah !

sempat lagi kau nak puji puji aku kiut ye eny yeee? kentut karang baru tahu HWHAHAHA

okay bagi mengelakkan anda terpinga-pinga, dalam ribbontales ini ada macam macam item anda boleh dapat, antaranya bracelet yang anda boleh pilih 'buah' dia, ini paling menarik sebab bubles atau buah itu ada banyak gilaaa pilihan dihati.

koleksi BABY Bubbles - bukan untuk bayi je, untuk tua bangka macam korang pun boleh.



koleksi Diamond Alphabet - boleh masukkan dalam bracelet, or gantung dekat bubbles

koleksi Plain Bracelet - ini yang anda boleh masukkan baby bubbles and diamond alphabet macam saya punyaaa dekat atas tuuuuuu atas kepala sotong tuuuu ;p

koleksi Bubbles Charm - boleh gantung dekat handfon, kunci kereta atau mana mana engkau rasa nak gantung !


oleh sebab i rasa macam kau orang akan blur, jadi kita buat lah dalam video pulak. harap jangan blur juga T__T

jangan lupa ke RIBBONTALES.COM



OH kepada lelaki diluar sana, kalau anda pening nak bagi hadiah apa untuk bakal isteri apa kata anda pergi sahaja ke RibbonTales.com dan pilih bubbles yang comel comel ini untuk dijadikan rantai. serius baka isteri kau akan ajak kawin esok ! HAHA

kbai.

Selayang Mall Sate Haji Samuri - aktiviti menghabiskan duit emak dan apak.

Selamat malam.

tiga hari tak update belog rasa macam sesuatu yang tidak betul lah. manakan tidak , selalu menghadap belog mana ada benda lain nak menghadap lagi tapi sabtu dan ahad lepas baru tersedar aktiviti menghadap belog adalah tak best ! lagi best aku pergi melayan movie sambil membebel ditwitter. best gila bebel dekat twitter, macam makan char kuew teow ! (tiba tiba termengidam, sebab dah lama tak makan dia :(

hai nama saya ensem :"))
ahad pula aktiviti menghabiskan duit emak, sebab duit sendiri sudah habis kita buat lah pinjaman kalau berkenan. bulan depan gaji jangan lupa bayar balik jangan buat tak tahu sahaja ! nak kene tepuk dahi sila buat tak tahu sahaja. aktivit menghabiskan duit emak dilakukan di selayang mall. best apa pergi selayang mall, ada famous amos, ada famous amos, ada famous amos ! kira kalau nak dating sana boleh sangat sangat sebab ada famous amos T___T

handbag dia WOOO, carlo rino WOWOWOWOOW.
ehem, apa kau beli weh liyana. ! ehem, ada lah benda penting yang tak perlu dibagitahu pada anda, harga tak mahal sangat boleh dapat dua pulak tu. belum pakai lagi sebab baru basuh dia HAHAHAHAHAHAHA apasal tah aku rasa nak gelak bila cakap pasal benda yang aku beli tu. malu*
sebenarnya, bukan sahaja duit emak dihabiskan, malah aktiviti menghabiskan duit bapak juga perlu dijalankan kalau keluar beramai ramai. sebenarnya juga tak ada lah habis sangat sebab apak mengidam makan sate, sedangkan haku mengidam ice room, mengidam durian tempura walaupun sikit tapi mahal dia tetap sedappp ! tapi kalau hari hari makan boleh botak kapla.

last last pergi lah kami ke haji samuri sate kajang dekat selayang mall tu. boleh kira lah berapa kali je makan dekat sate kajang ke sate haji samuri ke apa sebab bagi aku sedap lagi sate biasa biasa tepi kedai mamak depan T.C permata tu sudah lah mamak tu masak sedapp, sate tepi kedai dia pun sedap tapi what to do, org nak belanja der !

bagi saya, sate dia sedap ! kuah kacang dia manis kalau engkau tak pandai satukan sambal dia dengan cermat (macam haku lah, lepas tu menyesal bila balik cilok sikit sate utk abang and kakak ipar, kuah kacang dia sgt sedapp !) ketupat dah lah kecil mahal pulak tu. keras pulak tu KAHKAHKAH and paling tak boleh tahan engkau order dengan pelayan tapi engkau pergi angkat sendiri kuah sate tuu dengan mangkuk mangkuk dia. mahu tisu pun pergi ambil lah dekat kaunter. memang macam tu ke style kedai sate eh? aku baru tahu T_T maklumlah saya makan sate tepi kedai mamak je !

pelayan ramai tapi kenapa aku juga yang kene angkat kuah sate tuuuuuuuuuuuuuu *emosi*

dan aku lah yang abiskan semua sate yang ada. NAMPAK TAK MUKA saya macam HANTU SATE ? teringat sundel bolong tiba2 T___________T

//buat autopost, takut kat rumah tak ada internet *stress*

kbai.

Selasa, Maret 22, 2011

Strawverry jam with biskut kering LOL

Selamat petang.

hai, nama saya liyana. hari ini saya tiba tiba teringat ada biskut kosong dekat ofis. biskut kosong makan dengan strawberry jammed pun sedap. jadi, saya pun pergi cari jam stoberi dekat seven E. sambil cari jem, kita cari pekerja lelaki dia yang ensem tu tapi malangnya dia tiada pulak. hajat nak cuci mata tak kesampaian T__T

jangan lupa air kene ada, manis gila doh grr *pening*
balik ofis, makan dulu nasi lemak ! ye nasi lemak pepagi wey dah abang haku beli kan siap ada peha ayam masak merah kalau kau tak makan memang saja cari pasal lah dengan abang haku. jadi jem stoberi tu kita sumbat dulu dalam frigde. UNTUNG kan tempat kerja ada fridge, masa beli cheese nak buat oreo cheese cake hari tu pun siap simpan awal awal cheese dalam fridge tu. sebabnya haku cari cheese waktu lunch . baca je lah apa aku nak cakap ni. marah kang !
HWHAHAH

sedap gak la makan dia dengan jem stoberi

boring gilaaaaaaaaaaaa entry awak sekarang ! haah betul lah rasa macam dah boring dah entry awak boring boring ahh kalau dah boring kita tuka kepada BOSAN pulak HAHAHHAHAA

kbai.

Malaysia lah bukan MALAYASIA.

Selamat pagi.

HAIIIIII, kejap kejap nak update belog la ni. cumanyaaaaaaaaa rasa aneh bila nama MALAYSIA jadi MALAYASIA siapa yang key in data ni? tepuk tangan guna rotan besi baru tahu. rotan besi yang dipanaskan bila kita ketuk ada api siap letak 'Liyana Lunia' lagiiiii , nampak tak betapa sayangnya saya pada Malaysia. HAHHHAHA

ai tak sukaaaaaaaaaaaaaa nama diubah ubah macam itu !



kbai.

Jumat, Maret 18, 2011

Handbag Hooks mengelakkan bag mahal anda dari lantai kotor.

Selamat pagi !
selalu kita kita, yang perempuan atau lelaki maskulin mesti ada masalah besar kalau duduk makan makan dekat kedai sambil bawa handbag mahal mahal jenama GUSSI, atau PRADE beli dekat times square RM30 itu biasa saya beli lah waktu belum mampu, sekarang dah mampu sikit beli yang mahal mahal macam guci atau perade ! kesimpulan dia, orang yang bawa handbag atau bag yang terasa kebingungan nak letak brg berharga dekat mana.

sekarang masalah saya dah selesai bila ada binatang comel ini, selalu tengok orang pakai macam kagum macam dekat mana aku nak dapatkan dia ini. ingat tak masa aku keluar makan makan dengan geng ayam? handbag itu sangat menyusahkan hidup. aku tak suka letak atas peha sebab dia akan melurut jatuh, nak letak bawah takut kotor jadi kita terpaksa meriba dia. TERPAKSA okay sebab itu yiying kalau keluar pegi mana mana tak bawak handbag sangat kecuali keluar dengan pakwe kene bawak handbag. entah apasal kene bwk handbag bila dating pun tak tahu.

lepas itu yiying sukaaaaaaaa bawak purse kot, dia kecil polka dot dalam dia ada 3 zip. satu zip tempat letak syiling & camera, satu lagi tempat card dan duit kertas dan belakang dia tempat letak bbtorch. senang bawak kehulur kehilir sebab semua boleh sumbat dia. tapi jadi tension sebab tak boleh sumbat rexona teens dalam tu sebab itu terpaksa juga bawa handbag :((

nanti keluar dating baru pakai awak, sekarang duduk dalam sarung diam2 !
ohhh ! HARI SABTU LEPAS, yiying dapat hadiah harijadi berupa sebuah beg tangan siap ada tempat letak syiling bentuk bunga uolss . terasa diri dihargai dan terasa juga lah diri semakin MUDA ! BEG TANGAN uols, i tak kisah lah walaupun bukan cenel, tapi dah ada depan mata uolsss ! kbai eksaited melampau.

pegi keje bawak bekal dan beg buruk je.
jadi konklusi dia, saya dah ada penyangkut handbag (bukan penyangkut baju ahhh !) mcm ni dengan harga yang agak murah , bila buat servey rasa ini dah okay lah walaupun bila tengok rm20 macam baik lah beli mekdi duaround tapi rasa perlu ada dia baru nampak ekslusif sikit LOL

kbai.

Rabu, Maret 16, 2011

pertama kali merasa kenikmatan dia.

Selamat Malam !

Sebenarnya tak ada lah nikmat sangat sebab baru 16minit dia ada dalam tangan , dah lah pukul berapa sekarang cuba tengok jam anda hampir pukul sepuluh takkan nak menjamah dia di waktu begini? pulak masih terasa keenakkan ikan tenggiri msk lemak belimbing memang tidak serasi lah rasa antara nikmat dan sedap.

Pelik lettewww !

Abang baru balik bertugas di Puchong tadi, ketahuilah kamu yang saya tidak pernah sesekali menjelajah ke kedai j co donut ini (eh, perenggan diatas sebenarnya untuk jcodonut kah? IA, untuk dia ! T___Y nampak tak betapa jakunnya seorang bernama Liyana Lunia yang tak pernah merasa kenikmatan donut dr jco.

Selalu big apple jadi manga T.T jadi hari ini terbukti lah donut big apple lagi manis dan heart attack dr jco. Kenapakah jco tak buka cwgn di sri gonbak? Oh jangan lah sebenarnya , nanti tamatlah duit gaji ku begitu shj. Ehem bila mentaip menggunakan bbtorch rasa mcm kanakkanaklewww

Note : donut doploh sen ada gula pasir makan panas panas lagi SEDAP lagi NIKMAT

kbai.

Selasa, Maret 15, 2011

cerpen chibi kucing gemuk kehilangan bulu buntut dan BURUNGNYA

Selamat pagi.

sudah lama tidak bercerita tentang si gemuk berbulu lebat tetapi sudah hilang bulu di sekitar buntut beliau itu. HAHA bila cerita pasal dia mesti rasa tergelak sebab dia comel sangat T____T dah lah kelakar, muka dia selalu masam je tak pernah senyum. sampai hati chibi sebab tak pernah seumur hidup duduk dekat rumah ini dia senyum ! :(

mari kita tengok apa chibi buat sabtu lepas !


burung ini ditangkap chibi. HAMAGADDDD ! chibi tangkap burung? pelik gila rasa !

OLEH sebab dia cedera dan masih hidup, apak letak dia dalam sangkar chibi . apak sanggup letak penapis kaler hijau sebab taknak dia terlepas . apak suka haiwan ! kalau boleh semua haiwan dia nak bela, sampai kan nak buat rumah kami macam zoo KAHKAHKAH comelnye apak ini.

budak gemuk ! dia tak puas hati sebab burung terselamat dari jadi mainan dia. tangan gebu dia dah menggigil tak dapat lempang burung tu HAHAHA

nampak tak? bontot dia hilang bulu ! kahkahkah tapi tahukah anda chibi berada dimana sekarang? IA donggg ! diatas sangkarnya sendiri.

nampak tak dia geram sebenarnya tu? mungkin sedang berfikir apa kah patut dia buat pada burung itu T_T

GYEAHHH, dia lempang burung tersebut dari atas ! kahkahkahkah kurang hajar betul chibi ni, banyak juga aksi ngeri dia buat semata mata nak lempang burung tersebut T____T

pagi ahad, apak pun bermain lah dengan burung tersebut sambil pegang macam itu lah, kemudian macam biasa sambil bermain, pegang macam ini, apak pun cakap 'engkau ini kalau dah sehat boleh lah terbang.....' dia pun terbang T_________________Y

lihat lah budak gemuk. dia kecewa , dari petang sabtu sampai kemalam, sampai ke pagi dia tidak tidur kerana menjaga burung. tapi burung terlepas dan beliau kepenatan sampai skrg tidur taknak kiteorg ganggu. kasihan T_______Y
okay itu lah dia cerpen chibi kucing gemuk kehilangan bulu buntut dan BURUNGNYA HAHAHA

oh bytheway chibi dh berumur 3tahun lebih sejak duduk dirumah bersama keluarga Lunia :") kucing paling lama mampu kami jaga ada lah dalam 8-9 tahun iaitu mendiang pe'ah ! lama dah dia takda sebab sakit, tsk bila teringat pe'ah mesti rasa nak belasah chibi sebab chibi tak macam pe'ah , chibi pemalas ! chibi busuk ! chibi pengotor ! chibi lembik ! tak garanggggg macam pe'ah, kalau jantan gatal nak ngorat pe'ah mesti pe'ah lempang dia. tapi chibi tak T___Y chibi sanggup lari jauh2 masuk rumah. kadang kadang rasa nak tergelak tengok chibi lari, dia kan gemuk. okay terasa psl gemuk !


kbai.
Loading