Kamis, Desember 18, 2014

Bila makwe malaysia stalk ig Charyl Chappuis

Hahahahaha kecoh betul makwe malaysia bila pemain no 7 Thailand charyl chapius tu hensem baq ang sampai makwe malaysia serang IG charyl chapuis tu hahahahaha

Kelakar baca komen!!!






Christmas gift from secret santa #beautycountdown #butterflymsia

Ho ho ho!

Bulan ini entah kenapa seperti lucky sangat lagi-lagi bila apak dengan emak ajak pergi PD selasa lepas dah lama tahu tak tak pergi PD mandi laut dan cuaca hari itu pula mendung tidak terlalu terik, ombak pun baik sangat-sangat serta pantai yang bersih.


Puas hati sangat pabila muka jadi burn teruk kahkahkah mandi laut pakai glasses lepas tu glasses jenis besar kat muka nampak macam kat mata tu putih yang muka lain merah gelap rasa macam nak pakai mask scary movie je T_T


Lucky number 2 pula apabila memenangi hamper L'oreal Paris worth Rm100 dalam contest #beautycountdown ! Dapat pencuci muka and pelembap siang white perfect dan shampoo serta lipstick color kegemarannku c402 early peach dream



Tahu-tahu saja aku kena putihkan muka balik lepas berendam dalam air laut kahkahkah



Thankyouuuuu so much L'oreal Paris and The Butterfly Project- Beauty Bloggers! Peminat L'oreal Paris masih sempat untuk membeli dan menang sebuah kereta worth 100k atau barang kemas atau pekakas dapur atau hamper L'oreal Paris worth rm100 dalam contest #beautycountdown ! sebelum 31 Disember tauu .

more info here

Rabu, Desember 10, 2014

Chicken chop RM5 di Sri Gombak !


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 

Alhamdullilah baru lepas menternak lemak dengan dua keping chicken chop yang mana satu keping rakyat biasa makan rm5.50 manakala rakyat luar biasa makan rm10 harga dia

Power kan harga dia? Orang perut kecik order je lah chicken chop macam biasa , perut besar macam kita je order double kahkahkah


Jemput jamu mata hmmm


Btw nama stall chicken chop ni Tod's Western Street (TWS) yang terletak di Fasa 8 , Taman Sri Gombak. Stall ni bebetul depan kedai makan Haji Kamal. 



Bukti harga chicken chop rm5.50 dan double chicken chop rm10!!! Murah dan puas hati!!!

Malam ni kita order double dan terus rasa muak 😩


TWS betul-betul menghadap restoran haji kamal fasa 8! Hmm hmmm


Jamu mata je lah dulu ye awaaak? Kakakahkah

Selasa, Desember 09, 2014

Bila kita Overconfident

Tolong, tadi rasa macam muat tiba-tiba tersangkut pulak tang perut ni :(


Lol gambar ibu kucing yang sedang sarat mengandung ini tersebar dan mengaibkan ibu kucing ini! Bagaimana kalau anak-anak dalam kandungan ternampak atau rakan-rakan sepermainan anak yang dikandung terbaca blog liyana lunia ini? Bagaimana perasaan anak-anak itu nanti!!!!!

Kahhkahkah

Minggu, Desember 07, 2014

Kad Kahwin Kreatif Gilaaa

Bulan 12 adalah bulan kegemaran pasangan mendirikan rumahtangga dan bulan ini juga bulan pelajar bercuti dan bulan ini juga semua rakyat malaysia dikelaskan sebagai obese diperingkat tertinggi.




Bulan ini juga la kita boleh terima pelbagai jemputan kad perkahwinan. Ada yang biasa-biasa sahaja dan ada pula yang terlampau kreatif.


Makan hati la aku tengok ke-kreatifan rakyat malaysia ni. Sebab kad kahwin iols 20sen saje. Huhuhu




Sebenarnya tertanya juga berapa ya kos membuat kad-kad super kreatif camni? Hurm


Jumat, Desember 05, 2014

Dekorasi dalaman rumah impian

Selalu kita bayangkan rumah-rumah seperti kondo, atau banglo atau penthouse mesti dekorasi dalaman dia memukau dan mempersonakan. lepas tu sibuk menabung dari kecil *tips kakmah* untuk memiliki rumah mewah impian diri sendiri. sambil bayangkan sofa bentuk L di hiasi butiran pearl-pearl dan tv 82' samsung kemudian muka juga ditumbuhi jerawat kerana kuat berangan !

HAHAHAHAHHA padan mukaaa kita semua sebab sibuk sangat berangan nak rumah mewah, sedangkan jika kita memiliki rumah biasa-biasa aja pun kita boleh dekorasikan rumah kita supaya nampak elegen, nampak mewah, nampak cool, nampak liyana lunia. eh tetiba




Kalau tak silap gambar-gambar diatas ini sebuah rancangan tv lah kita pun tak pasti sebab pereka dia rizalman la kot . tak silap kita lah. iols tak kenal sangat pereka fesyen , penata rias ni kecuali eric leong sebab senang nak nampak kepala dogol dia tu kahkahkah T______T

jadi kesimpulan dia sebenarnya kalau rumah kita biasa-biasa kita boleh invest sikit duit untuk menukarkan dekorasi dalaman itu kepada lebih mewah. ah! pening la cakap pasal dekorasi rumah. bilik sendiri pun macam tongkang pecah T_________________T 

Kamis, Desember 04, 2014

Bobbi Brown Brush Set ni set cat rumah ke?

Siapa sajalah yang punya perangai macam kita ini yang kalau sehari itu tak belek mydeal ke groupon ke streetdeal ke tak boleh meneruskan kehidupan mereka? ke aku sorang je berperangai sebegini? 

*tajuk entry tak menarik langsung google nak letak first page tau tak!*

kalau ikutkan duit berkepuk-kepuk aku rasa setiap hari abang posmen sakit hati kene hantar barang dekat rumah yang sama sahaja kahkahkah T_____T

jadi masalah aku sekarang ini apabila ternampak bobbi brown makeup brush set ini rasa gatal tangan nak beli rasa macam perlu sangat *padahal jadi hiasan je kelak*
tapi rasa penting sangat! macam tiada benda yang lebih penting daripada brush set ni.

menggigil-gigil jari nak tekan confirm ni tau tak!!!!



jadi sebagai pembeli mekap tegar seperti awak, awak rasa wajar ke idak saya mebelinya? ke berus dia ala-ala berus untuk buat cat rumah saja lebih baik saya simpan buat beli texas chicken saje. ke camne? T_________T

L'OREAL PARIS BEAUTY COUNTDOWN CONTEST


We're giving away amazing daily and weekly prizes over the next 10 weeks to reward our highest spenders! If you spend the most overall on L'Oréal Paris products by 31st December 2014, you'll drive home our Grand Prize - a brand new car worth over RM100,000!
 

Peminat L'oreal Paris cepat bertindak ! mengapa saya baru tahu contest ohsem ini selepas beberapa hari shopping barang l'oreal ku dan resitnya sudah ku humban kedalam ruang pembuangan sampah T_______T


*comel gila gambar ni, tammy i nak jugakk!*

TETAPI TIDAK MENGAPA, MASIH ADA BEBERAPA HARI SEBELUM MASA PENENTUAN, MANA LAH TAHU AKU DAPAT SEBIJIK KERETA WORTH 100K DAN BOLEH DRIFT DEPAN MATA AWAK KELAK! *cubaan menghasut*!


HOW TO ENTER
Spend over RM20 on L'Oréal Paris products
Upload a photo of your receipt
Answer the question below
Shop more to increase your chances of winning

Bagi peminat L'oreal Paris anda cuma perlu menghabiskan minima RM20 barangan L'oreal Paris dan simpan resit pembelian. kalau boleh scan, scan sahaja resit anda itu! dan pergi ke http://www.lorealbeautycountdown.com.my/ untuk menjawap beberapa soalan dan hantar borang penyertaan di website tersebut!

lagi beberapa hari sahaja awaaaa. cepat bertindak!

Minggu, November 23, 2014

Karnival Upin Ipin 2014 PICC Putrajaya

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Fenomena upin ipin dan ultraman ni membuatkan raksasa kenit menggila dan sentiasa mengingatkan ibu dan baba untuk membawa mereka bertemu ultraman dan upin ipin. Alhamdullilah dah berjanji dengan raksasa kenit lebih kurang dua minggu nak membawa  mereka berdua ni bertemu upin ipin dan ultraman ! 


Hari ini dengan semangat jitu dan saksama pukul 5 am dah bangun sebab taknak  mengalami nasib malang para pengunjung lain yang terpaksa parking jauh dan mendaki bukit PICC, Putrajaya dan berhimpin-himpin macam sardin dalam Hall A tersebut. Booth-booth jualan dalam hall A mengganggu betul para pengunjung untuk menyaksikan persembahan. Rasa macam nak tolong alihkan booth-booth jualan tersebut T_________T


Sampai PICC setel parking bawah basement. bawak nasi lemak bungkus makan tepi kaki lima je, maklumlah nak duduk dekat meja Go & Grab ke apa tah dah diberi amaran tak beli tak boleh duduk. setel makan minum terus pergi cari tempat duduk. PENUH! depan stage dah penuh terpaksa menyelit tepi-tepi stage kira pandang punggung upin ipin je lah, tak apa janji dapat tengok kaakaka T____T

Yang menjadi masalah apabila makcik-makcik datang lambat bawak anak rempuh orang yang tengah duduk elok-elok ni semata nak dekat dengan stage. main langgar kepala orang, sanggup berdiri depan orang yang duduk tayang pungkoq dia. amboi ! benda boleh setel kalau orang belakang duduk, so orang belakang-belakang boleh nampak lagi upin ipin menari atas pentas tau tak T______T


Pukul 9am duduk depan stage tunggu otomen rupanya otomen muncul pukul 1pm :')

angin betul aku, beberapa kali jugak aku maki orang yang selfish cenggini. duduk dendiam la sibuk nak kedepan stage kalau boleh nak anak dia duduk terus atas stage tu sebenaqnya. makcik-pakcik yang selfish ni la menyebabkan berlakunya himpit-himpit anak tak sabar nak tengok upin ipin depan-depan. rasa nak tampaq je sesekor. geram !

merasa la pengalaman maki orang dan tengok body ultraman yang seksi itew. maka tahun depan kalau buat kat PICC lagi terima kasih je lah :')

Anak buah happy, cikna pun happy. muah ciked!

Jumat, November 21, 2014

Bil air naik

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Semalam sibuk mem-baking dengan adik dan raksasa kenit dekat dapur tiba-tiba apak datang bawa bil air dalam tangan sambil mengomel kenapa bil air naik dua puluh ringgit ni , seperti ada yang menggunakan air tanpa berjimat.



terus disoalnya kepada kami 'siapa main air ni? bil atuk naik mendadak ni tauuu' dan tanpa malu-malu kucing, raksasa kenit jawap 'atuk lah yang main air, siram unge'

baiklah, terdiam sebentar kami dengan jawapan raksasa kenit kahkahkah!



Kamis, November 06, 2014

Magic Marc'er Precision Pen Waterproof Eyeliner & Lipscrub Makeup Crime

Pada zaman dahulu saya mencuba nasib dalam contest yang telah dianjurkan oleh kak edasu yang manis berseri-seri dalam entry review 11 jenis eyeliner dan marc jacob eyeliner giveaway dan tanpa disangka-sangka kita lah orang yang dapat memiliki Magic Marc'er Precision Pen Waterproof Eyeliner Marc Jacob eyeliner tersebut.


Kita sebenarnya pernah masuk Sephora Malaysia tetapi ongkos engak begitu memberangsangkan maka belek-belek sahaja tak mampu lah nak memiliki barang seketul dua eyeliner (oh kita memang menggilai eyeliner) di dalam Sephora Malaysia iteww. ahaks! Maka itulah tuah badak nampak di kaki, tuah saya entah dimana dia menyorok atlast dapat seketul eyeliner dari MJ. 


Bila keluar rumah pula dengan bibir kering mesti rasa tak seronok kan? nak tonyoh lipstick pun rasa bersalah takut kulit bibir yang menggelupas itu menggelikan sesiapa yang melihat. Kita selalu ada masalah bibir kering dan menggelupas, kita sendiri tengok dekat cermin pun geli apakan lagi manusia yang lain T_______T

maka dengan adanya love bite attack lips scrub by makeup_crime membantu saya mengelakkan bibir dari menggelupas. sebelum keluar rumah mesti kene scrub bibir dulu supaya lembut, senang untuk ditonyoh lipstick dan kissable eh?

Instagram : makeup_crime
Facebook : Makeup Crime


cak? >,>

Rabu, November 05, 2014

Chocolate lasagna

Apa khabar awak? Begitu lama saya menghilang kemudian datang pula dengan gambar makanan ! pernah makan lasagna beef atau chicken? kali ini diperkenalkan pula chocolate lasagna. begitu menggoda pula si chocolate lasagna  ini T_____________T

Chocolate lasagna ni base dia biskut oreo, lapisan cheese, lapisan coklat cair, lapisan whiping cream dan lapisan coklat kelapa kenapa begitu power rupa bentuk dia? mengapa menggoda saya T____________T



Gambar kita dapat dari google images. belum buat lagi kalau rajin kelak akan buat by the way esok start bekerjaya entah bagaimana task kita di office kelak. risau juga ini kalau dapat chocolate lasagna hari ini kan bagus T______T

Minggu, Oktober 26, 2014

Penipuan Mangga asam boi

Beberapa hari yang lalu memang popular sangat-sangat mangga asam boi dengan cili potong di facebook sampai mengalir juga saliva saya tanpa dapat dibendung lagi.  Tekanan tahu tak mana nak cari mangga muda lemak manis yang tak masam bukan kepalang tu

End up hari ini emak dapat beli 1kg mangga lemak manis dengan harga RM4 sahaja!  Beli asam boi baru RM1 cili potong kutip sahaja di kebun mini sebelah rumah ini.

Dan kepopularan mangga asam boi menjadikan usahawanita giat mengiklankan mangga asam boi dalam balang sehingga RM22/sebalang! wah specialnya mangga asam boi dia.  Mungkin mangga import dari India agaknya

Dan hari ini terkedu tengok FB ada mangsa tertipu,  beli mangga asam boi secara online.  Tunggu abang posmen depan rumah, dapat mangga macam dah keruh,  separuh balang pun tak sampai.  Harga RM22 !!!

Tak baik lah para peniaga buat macam tu.  Tak berkat!  Kalau peniaga tu hantar dengan elok tetapi dimakan orang yang menghantar lagi lah haram siapa yang makan tu.  Haih


Pilu betul hati tengok dropship/penjual ni emo bila pembeli malang ni mempersoalkan hasil RM22 yang dia habiskan.  Pembeli mana yang suka tengok barang RM22 macam ni?  Pembeli mana yang suka?  Kalau aku lah jadi pembeli ni aku dah campak dekat muka kau!  geram lak kita.  Pembeli kalau tahu itu hasil yang dia dapat,  buat apa dia nak beli kat hang! 

Tetiba liyana lunia juga mengamuk.  Ambik dia

Jadi kesimpulan dia,  buat sendiri jangan malas ! Beli dan minta makanan memang ini la hasilnya ! Kalau malas juga,  minta COD bukan pos :)
Loading