Kamis, Juni 19, 2014

XES Premium Signature Boutique Opening Event

Jadi , pada selasa lalu seorang Liyana telah dipelawa untuk bersama-sama memeriahkan majlis pembukaan XES Premium Signature Boutique Glenmarie Shah Alam. Pasti anda merupakan salah seorang pengguna barangan XES yang pastinya selesa dan bergaya kan? 
Tetapi sebelum memulakan tugas, mestilah kene bergambar dulu bersama cekodok Aidazura , redvelvet Innanie Arifin , Pavlova kesayangan anda dan Chocolate Chip WiidaRibbon 
Koleksi kasut mengikut zodiak dan tentunya anda yang suka membaca zodiak di dada majalah akan terus menerpa ke area ini. seperti saya! terus mencari pisces sampai terlupa mengambil gambar kerana sibuk menyarungkan kasut berzodiak pisces dikaki (T_________T) 
Kasut beriben seperti ini pasti menarik peminat riben seperti chocolate chip (wiida) ! LOL
XES bukan hanya tertumpu kepada barangan untuk sepasang kaki, malah bagi kaum wanita ini dia Koleksi Handbag yang pasti membuatkan anda tidak senang duduk kerana warnanya sangat menarik hati (T_______T)



Barangan penjagaan kaki, terutamanya jika anda mengalami masalah kaki berbau kerana malas hendak menukar stokin takut terlambat pergi meeting tetapi sebelum itu singgah beli nasi lemak juga boleh membeli produk jagaan kaki di butik XES ya.

Tak lupa juga buat kakak-kakak Shah Alam yang secara tiba-tiba bangun pagi kaki mengecil dan kasut terbesar, anda jangan risau pergi saja drive ke butik XES di Glenmarie dan anda akan jumpa penyelesaian kepada masalah anda itu.

Kaum adam, jangan bergusar hati. Koleksi kasut untuk lelaki semestinya ada di sediakan, ia juga menggiurkan dan membuatkan makwe pandang kaki anda tanpa henti, begitu lah penangan butik XES di Glenmarie ini.


Kakak-kakak nak pergi kerja risau kene marah sebab pakai selipar , boleh dah belek-belek koleksi kasut untuk pergi ke office di butik XES Glenmarie . Terlampau banyak pilihan !


Tak lupa juga , kanak-kanak ! jangan dilupakan kasut-kasut comel ini sekali pandang rasa nak makan bukan nak pakai. nasib baik anak buah baru 3 orang itu pun emak buah (seorang liyana) masih belajar kalau tidak aku dah borong dah kasut kanak-kanak ini. *ada alasan tak ada duit sebenarnya*

Sempena XES Premium Signature Boutique Opening Event , mereka telah melancarkan koleksi terbaru mereka iaitu Summer Collection . Pelbagai pilihan kasut dan handbag Summer Collection yang anda boleh pilih di Butik XES 


Menatap koleksi Summer ini dengan pelbagai warna ceria mampu merobohkan benteng pertahanan seorang wanita, lihat koleksi handbag dengan warna pastel, warna terang itu semuanya membuatkan seorang wanita boleh jatuh hati dan mengeluarkan bunyi *kaching* *kaching* daripada dompet mereka (T____________T)


credit photo : Wiida Ribbon


Dan pastinya pada penghujung XES Premium Signature Boutique Opening Event, ini terdapat kejutan yang saya tak pernah dapat kerana ini pertama kali seorang liyana menghadirkan diri dalam aktiviti blogger, kejutannya adalah setiap seorang blogger boleh memiliki salah satu produk XES yang berada didalam kedai tersebut secara percuma! 
baca lagi sekali : secara percumaaaaa!

MUKA KEGEMBIRAAN BLOGGER!
Tersenyum sipu masing-masing dapat membawa pulang barangan XES :D
Jadi , apakah barangan XES yang telah disambar oleh seorang liyana?
Rahciewww :p

Thankyou XES Signature Boutique :D


4 komentar:

  1. Balasan
    1. HAHAHAHAHA ada makwe lawa minta kita keluar dari kepompong awaaaa :'))

      Hapus
  2. Tersenyum sesorang i baca ur entry....kan dah ckp yiying punya comel tu thp max xdak sapa blh lawan

    BalasHapus
  3. jenama ni bes! kasut than lama wlaupun mahal!

    BalasHapus

Terima kasih kerana membaca

Mari luahkan isi hati anda juga :)

1. Jangan emosi sangat tau.

2. Luahkan dengan nada comel.

Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !