Selasa, September 30, 2014

Jaga tutur kata depan kanak-kanak

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

 Semenjak menjadi babysitter selepas tamat belajar ini memang kerap juga kesabaran teruji terutamanya apabila sibuk dengan hal lain tiba-tiba raksasa kenit datang dengan muka cute

 'Cikna! Abam nak yak'
'Cikna! Abam nak omen'
'Cikna! Abam nak chuchu'

Lagi pula saat tu adalah saat paling genting contohnya contest di twitter kene jadi orang kelima untuk mention penganjur. Begitulah penyebab kadang-kadang mulut ni terlepas cakap lagi parah termaki orang lain depan anak kecil

Paling teruk bila tengah drive mulalah lancang dan lancar mulut ini maki hamun orang yang salah masuk lane ke atau potong lane ke kadang kita tak sedar pun ada raksasa kenit dalam kereta kan tapi itulah orang kata kerana mulut badan binasa kerana mulut anak ikut apa yang kita katakan

Kanak-kanak dalam proses membesar ni memang cepat dan tangkas . kita ni jugak lah model dan idola mereka. Baik buruk kita , itulah yang kanak-kanak ini akan ikut

Ah seriusnya entry ni macam takda satu gelak pun ye kan?

Miss XES Elegant 2014/2015 Signing Ceremony

Miss XES Elegant 2014/2015 signing ceremony di Glenmarie, Shah Alam pastilah tidak boleh dilepaskan. Kenapa pula tidak boleh dilepaskan? mungkin anda kena pergi baca dulu entry saya sebelum di XES Premium Signature Boutique Opening Event

Baiklah, masuk sahaja ke dalam Butik XES di Glenmarie terus mata tertumpu pada hamper yang bersaiz seekor chibi dengan dipenuhi dengan handbag dan kasut jenama XES ! banyak betul dalam hamper tu kalau boleh bawak lari, saya dah bawak lari dah awaak tapi kerana saya pemalu, saya tatap dari jauh sahaja.





Majlis ini diadakan bagi melantik seorang gadis sebagai duta dan jurucakap bagi produk XES bermula pada  1 Oktober 2014 sehingga 30 September 2015 dan selaku duta bagi produk XES beliau akan mendapat beberapa keistimewaan yang para wanita idamkan diantaranya ialah kontrak bernilai RM16,000 termasuk  RM 1000 tunai ketika majlis menandatangan sebagai Miss XES Elegant 2014 / 2015,bekalan kasut dan bag tangan daripada XES yang bernilai RM3,600 selama setahun  dan RM3,900 untuk pelbagai iklan di dalam media massa 

Baiklah, boleh pergi koma sekarang! oh by the way tak payah la koma liyana, apa kata liyana pergi masuk gymm sekarang kuruskan badan liyana kemudian masuk kelas menaikkan semangat kelas personaliti kelas bahasa inggeris agar tahun depan liyana dapat menjadi Miss XES Elegent. hmmm! yang gelak tu dah boleh pergi sembelit sekarang

   
Si cantik Mico Pun dan wanita gorgeous diantara seluruh wanita di Malaysia, Sabrina. Bukan bodek, bukan!



Stage Name: Mico Pun
Age: 22 years old
Date of Birth: 1st March 1992
Place of Birth: Johor Bahru
Ethnicity: Chinese
Citizenship: Malaysian
Facebook: Xiaomi Mimi Instagram: Xiaomi_mimi
Height: 169cm
Vital Stats: 33D-25-36
Weight: 52kg
Language: Chinese, English
Special Talent: Belly Dance

Mr. Simpson Wong , managing director yang murah senyuman. senyum je sepanjang hari. amboi dia!

Ofcourse nak ambil aura Miss Elegant XES 2014 mana tahu tahun depan kita pula jadi duta XES boleh lah melaram setahun dengan kasut and handbag XES yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. baiklah jangan berharap. kahkahkah!

Selfie pula dengan rakan blogger yang sudi datang all the way from seremban , Schanazri dengan semangat pukul 7am dah naik ktm ya ampun scha kamu begitu tabah dan bersemenagat HAHAHAHA ! semoga kita dipertemukan lagi pada event-event seterusnya. Oh kebetulan kami berdua sedang sakan menanam anggur selepas tamat pengajian. 



Sempat juga lepak dengan Iqa dari blog withlovekisses.com ! curi gambar wefie dari blog dia. HAHAHA

Dan pada kemuncak majlis ini berlangsung pihak XES sekali lagi bermurah hati untuk memberi peluang para media/blogger memilih sebarang jenis samaada kasut atau bag tangan produk XES di dalam butik tersebut. Baiklah! seperti yang diperkatakan pada entry yang lalu XES Premium Signature Boutique Opening Event pastilah saya akan memilih XES summer collection memang menggiurkan. Jadi persoalan disini, diantara XES summer collection dibawah, yang manakan pilihan hati liyana lunia? jawapan yang tepat tiada markah ! HAHAHAHAHA okay tak lawak.



Pencinta Kasut dan Bag Tangan XES boleh ikuti mereka di
Facebook :
https://www.facebook.com/xesshoes
Instagram :
http://instagram.com/xesshoes



Senin, September 29, 2014

Maqsood, lelaki terjatuh di kandang harimau putih

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Siapa yang berani mesti dah tonton video viral di facebook seorang lelaki di New Delhi yang terjatuh ke dalam kandang harimau dan menjadi mangsa 'gongongan' haiwan gebu seberat 200kg tu kan?

Pilu juga hati ini bila tengok dia digonggong macam chibi gigit tengkuk burung dan bawa depan kita sambil buat show.  Bila burung tu gerak, dia mula lah gelabah dan gigit burung tu lagi. Sama juga dengan harimau putih ni, bila dia rasa terancam ketika pelawat lain buat bising and campak batu/kayu untuk alihkan perhatin, maka dia gonggong maqsood ni ketempat lain.

Bukan salah harimau ni tau! Ada orang suruh bunuh harimau ni, hey mana boleh!!

Bila tengok balik dalam berita 10minit Maqsood berdepan dengan harimau putih ni, mana pergi staff zoo? Mana dorang letak ubat pelali? Dh memang ajal kan Semoga pihak zoo seluruh dunia mengetatkan lagi keselamatan haiwan-haiwan dan manusia yang kadang kala lebih haiwan dari haiwan

Selasa, September 23, 2014

Preparation : Sewa Dewan area Gombak

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Oktober , November , Disember , Januari , Februari dan 14/3/2015 pun akan menjelma! Ya ampun skeri gilaaaaa weh dah lah banyak benda tak buat lagi. ET pun tak pergi lagi kursus kahwin. CT takpe dia dah pergi awal-awal masa kakak dia nak kahwin dulu. Cepat lah ET !! Nak kahwin ni, nak jumpa imam lagi :')) 

Memula plan nak buat dekat rumah, nikah and sanding tetapi bila fikir dah dua majlis buat dekat rumah and jiran pula hantu(rumah kosong) dan ada yang tak sefriendly orang lain maka pemilihan dewan lebih afdhol T_________T


Sebenarnya tak yakin pun ada dewan sebab selalunya baca review B2B area gombak yang cari dewan mesti kata kene sewa setahun sebelum majlis. Dewan beringin ni pula paling dekat maka memang sentiasa full sahaja. Dan kebetulan bila pergi semalam, tarikh yang kita nak tu sahaja yang masih kosong! Lain-lain dah penuhhh. Awaaaa, saia ta kuaddd T-T Akhirnya confirm dekat dewan :') Dan sedang mencari pakej bajet dewan lengkap. Takutnya, baju pula takda saiz T_______________________________T

Kamis, September 18, 2014

Ubat gugur janin dan kandungan?

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


Mengucap panjang aku bila tengok di facebook and twitter ramai yang sebarkan satu profile facebook yang menjual ubat gugur janin dan kandungan. Ya! ubat  gugur janin! jadi makna dia dekat sini makhluk tak berperikemanusian ini membantu golongan yang tidak mampu / tidak mahu / tidak perlu kan anak yang  dikandung begitu?

Takut betul aku dengan orang zaman sekarang ini ya, siap beli ubat gugur janin dan berkongsi pula testimonial, siap 'bersyukur' kerana proses pengguguran berjaya ! aduhai sakitnya hati. kita ini bila tengok nasib golongan yang tidak mampu untuk merasa pengalaman itu terasa sedih amat. tapi itulah, semua adalah ketentuanNya siapalah kita untuk mempersoalkan.

kadang bila fikir bayi dibuang dalam tong sampah, dalam pembentung najis, dalam lubang jamban mungkin ok juga ubat ini dijual ya? tapi itulah kalau taknak mengandung, jangan main dengan jantan !


Selasa, September 16, 2014

Es denesor

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Jika di kedai mamak , minta milo ais tabur. Jika di kedai indonesia , minta es denesor.

Buat masa sekarang , seorang liyana lunia adalah penggemar milo ais tabur. Kemana sahaja restoran pasti milo ais tabur yang jadi mangsanya. Walaupun tahu tak elok minum serbuk milo begitu takut appendiks tapi still degil sangat

Emak dah bising , tapi masih...

Milo ais tabur ❤

Minggu, September 07, 2014

Coca-cola menghilangkan karat !

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Selamat pagi awak. Jadi awak mesti pernah tengok video viral di facebook dimana air coca-cola yang kita minum setiap kali beli popcorn di GSC atau TGV sambil menonton wayang atau set happy meal di mcdonald boleh menghilangkan karat ! Dah tengok ke belum kalau belum cepat pergi google 'coca cola menghilangkan karat' cepat tengok! Jangan jadi orang yang tak pernah tengok kelak anda tidak lah rugi tetapi kasihan lah pada diri sebab tidak pernah tahu keburukan meminum coca-cola itu kan? Jadi pada waktu cuti yang lalu, sewaktu sundate (sunday dating dengan pakwe) saya ada beli sebotol vanilla coke. Baiklah sepatutnya beli coke biasa tetapi teringin angad angad terus kita beli vanilla coke konon nak minum ciked la ahaks! Ciked je nk bagi hilang kerinduan begitu.
Jadi selepas lebih dua bulan penyepit spagheti ini berkarat sebab terendam kita lupa cuci pinggan shawal yang lalu ketika mee goreng dan mihun goreng menjadi santapan tetamu yang datang jadi masa ini lah sesuai untuk menghilangkan karat di penyepit itu !
Maka , saya kepilkan gambar ketika merendam penyepit ke dalam air vanilla coke 500ml dan gambar kemudian selepas menggosok karat dengan air coca-cola iteww

Rabu, September 03, 2014

Rare wedding dress by Angelina Jolie

So hello Jolie and Pitt. Tahniah akhirnya engkorang berkahwin juga selepas bermadu kasih sehingga melahirkan 3 orang anak tulen dan 3 orang lagi anak tidak berapa tulen tetapi saya tetap kagum dengan sikap penyayang mereka. adakah saya seorang sahaja yang kagum? anda ? apa kata anda pula? anda tidak kagum kah? 
 Lakaran kartun di wedding dress dan veil jolie ini semua adalah angkara 6 anak kesayangan beliau, Maddox, 13, Pax, 10, Zahara, 9, Shiloh, 8, and 6-year-old twins Vivienne and Knox . dan Donatello Versace telah mengabadikan atau mengabdikan lakaran itu didalam bentuk wedding dress.

 ya, kalau kita lihat baju dirosakkan anak-anak pasti salah seorang anak akan dirotan, di herdik, di pukul, di maki. begitulah kasih ibu pada anaknya. ayuh contohi jolie #sisinsaf

Senin, September 01, 2014

The Versatile Blogger Award

Agaknya sudah lebih 2 dekad(okay tipu, ini tipu pelis dont percaya me , me not so old to main the blog LOL) tidak bermain tag-tag ini apabila diberi kesempatan ini tergamam juga kerana terus menerus tiga orang gadis manis ini meng-tag seorang liyana lunia yang lemah longlai, bersopan santun amalam mulia. jika anda tidak mengenali saya, ini lah masanya untuk kita saling mengenali ahaks!

Seorang liyana lunia aka Nora Danish telah di tag oleh tiga orang makwe. Terima kasih awak-awak ekrana memberi kesempatan untuk saya menerima award yang menawan ini ahahahaks.

Syarat :

- Thanks to the person who gave you this award
- Include a link to their blog
- Select 15 blog / blogger you've discoverd / followed regularly
- Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award
- Tell the person who nominated you with 7 things about yourself

Jadi sebelum saya menyerahkan award ini kepada 15 orang yang bertuah, ayuh kita senaraikan 7 perkara menarik atau tidak berapa menarik tentang Liyana Lunia yang cute ini ahaks


  1. Seorang pendiam, tetapi jika sudah sejam dua bersama boleh jadi orang paling gila dalam sejarah perkenalan awak dan saya. Ya! saya boleh mebuatkan anda gila, dan menyayangi saya dalam sekelip mata kahkahkah
  2. Mempunyai berat yang melebihi sepatutnya. lengan pun dah macam kayu balak tetapi masih kekal mencintai makanan . kenapa saya makan banyak makin gemok tetapi awak makan banyak tak gemok-gemok. tak adil tahu tak!!!!
  3. mudah terasa hati. walaupun saya seorang yang ceria dan cute tapi saya mudah terasa jika anda tertinggi suara atau termengata mengenai saiz badan atau terambik bahagian makanan saya memang saya terasa lah sampai bebila saya ingat tau! kahkah
  4. tidak romantik langsung kasihan bakal suami mempunyai bakal isteri yang begitu garang dan cute seperti saya. tak romantik macam takkan la dapat kad-kad cinta tetapi awak untung lah tidak perlu balas ayat-ayat cinta :')
  5. Sekarang sedang mengganggur. mencari pekuang untuk bekerja tetapi banyak requirement nak berbahasa cina. menyesal pula saya tidak masuk sekolah cina zaman belajar di darjah 1 T______T
  6. berumur 25 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga pada 2015. insyaAllah
  7. nama manja dikalangan temen temen adalah yiying. emak tanaya kenapa yiying, nak explain detail terlalu complicated pula maka ringkasan dia bermula dengan nama pendek Yana jadi Ynn kemudian jadi YIYING. ok dah
jengjengjeng! sekarang siapa pula lucky 15 yang terpilih? ayuh mulakan dengan

Loading