Minggu, Oktober 26, 2014

Penipuan Mangga asam boi

Beberapa hari yang lalu memang popular sangat-sangat mangga asam boi dengan cili potong di facebook sampai mengalir juga saliva saya tanpa dapat dibendung lagi.  Tekanan tahu tak mana nak cari mangga muda lemak manis yang tak masam bukan kepalang tu

End up hari ini emak dapat beli 1kg mangga lemak manis dengan harga RM4 sahaja!  Beli asam boi baru RM1 cili potong kutip sahaja di kebun mini sebelah rumah ini.

Dan kepopularan mangga asam boi menjadikan usahawanita giat mengiklankan mangga asam boi dalam balang sehingga RM22/sebalang! wah specialnya mangga asam boi dia.  Mungkin mangga import dari India agaknya

Dan hari ini terkedu tengok FB ada mangsa tertipu,  beli mangga asam boi secara online.  Tunggu abang posmen depan rumah, dapat mangga macam dah keruh,  separuh balang pun tak sampai.  Harga RM22 !!!

Tak baik lah para peniaga buat macam tu.  Tak berkat!  Kalau peniaga tu hantar dengan elok tetapi dimakan orang yang menghantar lagi lah haram siapa yang makan tu.  Haih


Pilu betul hati tengok dropship/penjual ni emo bila pembeli malang ni mempersoalkan hasil RM22 yang dia habiskan.  Pembeli mana yang suka tengok barang RM22 macam ni?  Pembeli mana yang suka?  Kalau aku lah jadi pembeli ni aku dah campak dekat muka kau!  geram lak kita.  Pembeli kalau tahu itu hasil yang dia dapat,  buat apa dia nak beli kat hang! 

Tetiba liyana lunia juga mengamuk.  Ambik dia

Jadi kesimpulan dia,  buat sendiri jangan malas ! Beli dan minta makanan memang ini la hasilnya ! Kalau malas juga,  minta COD bukan pos :)

Jumat, Oktober 24, 2014

Peringatan buat kaum hawa (18sx)

Masa zaman belajar lagi memang selalu selongkar UKM Confession dekat facebook. kadang-kadang kelakar baca luahan roomate, nak tegur tapi takut. luahan lelaki minat makwe tapi takut nak luah, luahan hantu fiqah yang menyeramkan. dan paling pilu luahan pelajar diganggu makhluk halus di kolej-kolej sekitar UKM T_______________T

dan hari ini bila belek UKM Confession tetiba ternampak satu status ini,


"Kalau nak ikutkan, ini memang confession yang agak 18SX. Tapi kena ingat! Ini adalah peringatan buat kaum Hawa di luar sana.

Tahu tak tatkala anda menayangkan buah dada anda, tak kisahlah anda free hair atau pakai tudung pendek, mata lelaki ini memang cepat tangkap lagi-lagi kalau buah dada anda memang tahap buah tembikai merah ranum. Balik bilik memang jadi modal sembang dengan member mengenai kemantapan buah dada anda itu.

Tahu tak tatkala anda memakai seluar/skirt yang ketat yang menampakkan bontot anda (kadang-kadang sampai ternampak alur panties) buatkan otak lelaki ini kacau bilau dan mula memikirkan posisi seks yang lain macam? Ini pun boleh jadi diskusi hangat antara rakan-rakan di bilik, tapi jatuh no 2 la.

Tahu tak tatkala anda post gambar kat FB, Twitter or Instagram, tambahan anda mempunyai aset yang 'terbaik dari ladang' bisa buat laki tak tahan? Walaupun IG tak boleh nak download gambar yang korang upload itu, tapi korang taukan boleh printscreen? Tau tak gambar ni disimpan buat apa? Gambar tu bukan nak tunjuk kat mak abah kami nak dijadikan menantu, tapi gambar tersebuat dijadikan modal untuk kami melakukan onani.

Percaya atau tidak, itu terpulang kepada anda. Ini adalah pengalaman saya bersama rakan-rakan sewaktu zaman nakal. Jadi wanita di luar sana, ambillah langkah yang sepatutnya!"



Seram tak baca confession ini? Kalau seram dan rasa menggigil kerana sedar akan kesilapan kita, maka kita perlulah berubah. Pakai tudung menutupi aset yang ada, longgarkan pakaian kita. Sama-sama kita jaga maruah, jaga diri.  Kita pun banyak lagi kene perbaiki, bertatih. dan para lelaki sila jaga mata, jaga hati, jaga akal, jaga anggota badan tu jangan buat benda yang lagha. kasihan keturunanmu nanti

Kamis, Oktober 23, 2014

Segmen blogger cergas dan santai!

Tiba-tiba masuk blog izzati amira ada pula entry mengenai blogger yang sekarang ni kurang cergas berkarya. maka zati terus create satu segmen blog cergas dan santai yang ingin membuktikan liyana lunia masih cergas berblogging ! walaupun seminggu dua tiga entry sahaja yang mampu dia coretkan LOL



Selepas berjaya menampak banner diatas, maka kita dengan ini akan menjawap beberapa soalan yang dikemukan oleh zati iaitu

1) Lagu/movie/buku/novel yang berjaya menjadi kegemaran saya buat masa sekarang adalah

Lagu : Sia - Chandelier (sebab video clip dia macam aneh gila!)  / Iggy Azalea Ft Rita Ora - Black widow (sebab sesuai buat ringtone dekat handphone bila orang call terus lelari ambik phone hiks) !

Movie : LOTR bukan movie baru, dah lebih 14 tahun yang lepas movie ini ditayangkan tapi kita tetap suka. OST dia best, pelakon dia best. semua best!

2) Zati minta satu je tapi kita nak juga letak banyak blog yang kita suka lawati supaya zati boleh blogwalking dengan gembira bila blogger-blogger tu aktif berblog ahaks

- scha nazri
- fatin innanie
- daysfordills
- wiidaribbon
- nadia shafiqah
- Dapurjirankuberasap!
- Aina akmal
- Farahuda
- mek onie
- sheda ucu

Amboi diaaa listkan banyak terus hiks

3) entry yang saya paling nak orang baca tentunya semua tentang resipi ! ayuh click pada label resipi. hahaha


Selasa, Oktober 21, 2014

Luahan pemandu lori



Sejak adik kita masuk kolej vokasional Butterworth memang setiap bulan samada sekali atau dua kali kita sekeluarga berulang-alik ke Butterworth dan terus patah balik ke Gombak dalam masa sehari itu, memang kene hadap lah lori-lori disepanjang highway utara-selatan dan paling menakutkan bila nak masuk terowong menora di ipoh memang seram tengok lori belakang kita turun bukit lajuuu sangat tapi nak buat macam mana kan lori tu berat. kita yang duduk depan dia pun buat apa kan? pandai-pandai lah masuk lane yang sepatutnya


Apak steady drive dari KL ke Butterworth tapi kadang-kadang anak dara ini juga yang kene drive kalau dia dah penat sangat. nervous gila bawa kereta sebelah-depan-belakang banyak lori T______T


kekadang hangin juga kenapa lori ada waktu peak hour contohnya waktu cuti sekolah, kalau masih ingat beberapa minggu lepas sebuah lori mengalami kerosakan brek lantas menghentam kereta depan di terowong menora. bukan menghentam sebenarnya, saksi nampak lori tu panjat kereta depan macam lintah jumpa mangsa, al fatihah untuk mangsa T______T

Semua marahkan pemandu lori, saya pun marahkan pemandu lori tu. tapi disebalik kejadian kita tak tahu apa perasaan pemandu lori. nak hentam kiri nak hentam kanan? nak bunuh diri atau nak korbankan orang lain ?
Kadang-kala kita sebagai pengguna jalan raya pun perlu hormat sama. kalau rasa kereta kita tu kecil dan lori lebih besar, hormat lah sibesar itu. memang kadang-kala pemandu lori menggila, tapi tak semua. kita mengalah sajalah.

Minggu, Oktober 19, 2014

Asam pelam boi

Dan secara tiba-tiba jeruk mangga, mangga muda, asam boi, cili padi potong yang orang panggil asam pelam boi mula popular dan menjadi viral di sekitar facebook dan instagram. rasa macam air liur melimpah ruah apabila melihat gambar yang tersebar di dada media maya T___________T

*terkecap-kecap air liur*

Apakata esok kita ajak emak pergi cari mangga muda yang lemak manis dan kurang masam untuk disatukan dengan asam boi dan cili padi !  oh untuk pengetahuan kita semua, dekat R&R simpang pulai ada satu mangga muda yang sedap dia boleh bawak gaduh juga! nama dia mangga folan! sedappppppppppp

T________________T



Credit : Ayeem

Jumat, Oktober 17, 2014

Kim Kardashian Game Cheat | Full Energy

Kalau dua bulan lepas anda pernah terbaca Tips Buang Masa Dengan Bijak dengan bermain game Kim Kardashian: Hollywood menggunakan smartphone anda, maka hari ini saya ingin mengajar anda cara-cara anda dapat membuang masa dengan bijak tanpa perlu menunggu energy di dalam game tersebut penuh.

Potong stim betul lah kene tunggu lama nak penuhkan energy, kalau tertidur nanti dah nak sampai masa untuk task tu berakhir. memang stress juga ya main game ni. hangin tu juga saya ! lastly berjaya juga aku cari cheat untuk bagi full energy ! Begini lah cara-cara nak penuhkan energy dalam game Kim Kardashian: Hollywood !



Kim Kardashian Game Cheat | Full Energy


Just In Case you missed a step try this checklist again.
1. Open Kim K Game, double tap home button then swipe upwards (or to the right if you're using Android) so it is cleared.
2. Go to Settings - General- Date & Time- Turn Set Automatically button off. Set the date to a day ahead.
3. Go back to Kim K Game - as soon as it hits the loading screen cancel out quickly.
4. Go back to Settings - General - Date&Time- and turn the Set Automatically button back ON.
5. Go back into the Kim K game and wait 30 secs to a Minute.
6. After waiting, click the home button AND Go back to the Kim K Game and see your new energy & Enjoy.

Tetiba cakap omputih kan? padahal yang tetiba tu copypaste je arahan dari youtube! hmm faham ke idok? faham ke :(

Baiklah kalau tak faham meh aku terangkan memula kau buka la game macam biasa, main sampai energy jadi 0 kemudian kau tekan lama-lama home button kat handphone sampai keluar recent apps tu, kau clearkan game kim kardashian game ni dari list recent apps lepas tu buka setting, tukar tarikh jadi tarikh esok. jangan guna tarikh lusa nanti hilang fans kemudian kau buka balik kim kardashian ni tapi jangan sampai habis loading. bila nampak perkataan loading tu kau tekan home button, ubah balik tarikh jadi tarikh asal, kemudian buka kim kardashian kau TAPI kau kene tekan home button balik, biar game tu habis loading then lepas 10 saat dan KAU BUKA BALIK KIM KARDASHIAN. Aduhai ke lagi tak faham aku cakap bahasa melayu? KAHKAHKAHKAh! mudah je semudah ABC~

bye nak sambung main game, nak buang masa LOLOLO T_______T

Senin, Oktober 13, 2014

Malam BBQ AMJ dan resipi ayam panggang dan sos blackpepper

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Malam BBQ AMJ dan resipi ayam panggang dan sos blackpepper. Oh panjang betul tajuk entry ini kalau boleh nak masuk Malaysian Book's of Record sebagai tajuk entry terpanjang tetapi apakan daya ramai lagi yang mampu menulis tajuk entry sepanjang-panjangnya. setakat beberapa patah perkataan sudah berasa panjang dan boleh masuk Malaysian Books's of record dah boleh pergi makan nasi lemak sana.


Alhamdullilah, majlis BBQ berjalan lancar walaupun plan dia pukul 2pm, pukul 3pm cari bahan, pukul 6pm siapkan bahan perap, arang, pukul 8 tetamu tak seberapa datang. Mula-mula sebenarnya plan dia kami lima beranak je tiba-tiba rasa macam beronok jika ramai maka beberapa tetamu tak seberapa telah dijemput.


Sebelum terlupa baiklah saya catatkan resipi ayam bakaq bbq bak kata emak resipi main hentam sahaja kahkah




Resipi perap ayam bbq main hentam
1. Blend cili kering,  bawang merah,  bawang putih,  halia,  lada hitam
2. Tambah minyak ciked,  lumur ayam dengan bahan. Perapan
siap !



Resipi blackpepper sauce hentam sahaja
1. Panaskan planta dalam periuk , tumis bawang merah dipotong dadu
2. Tumbuk halus lada hitam. Tabur dalam periuk
3. Masukkan air 2cawan dengan 1kiub ayam
4. Bancuh tepung jagung dengan air,  tuang dalam periuk
5. Siap! 

Muka kepedasan katanya, sos blackpepper cikna pedas menyengat T_T

Makanan bbq yang tidak seberapa tetapi puas hati dapat menyerapkan didalam badan
anak buah ke tiga, adeq !
amboi seronok dia makan ya
Haji Ainul yang puas hati dengan bakar-annya sendiri
Hajah Salmiah tengah complain cili sebijik tak potong habis masa liyana lunia buat air asam. baiklah emak, maaf T_T

tiba-tiba cuba anda fokus pada tengah gambar, nampak tak mata bercahaya? chibi gemok pun sibuk nak membakar. baiklah!

Rabu, Oktober 08, 2014

Mengesan jin pada badan!

Jin ni ada baik ada yang tak berapa nak baik.  Jadi mari kita mengenalpazti jin-jin yang ada pada badan kita.  Cara-cara mengesan jin pd badan mengikut pandangan pengamal perubatan

1. Istighfar sebanyak mungkin
2. Baca bismillahi...
3. Baca selawat 3kali
4. Tarik nafas dengan pelahan dan pejamkan mata
5. Tundukkan kepala dan dengan perlahan2 buka kedua2 mata
6. Lihat bahagian pinggang kebawah
7. Sekiranya ada jin pada tubuh kita boleh mengetahuinya semasa membuka mata tadi dengan cara mengesan jenama jin tersebut samada levi's, puma, lee dan seumpamanya

Selamat mencuba ya

Selasa, Oktober 07, 2014

That feeling of betrayal

Hahahamboi boleh tahan puaka juga ya sudah beberapa hari blog ini kembali sunyi.  Sakan beraya dan mengorbankan daging-daging korban kedalam perut maka lemak juga bertambah sakan.  Berkorban apa saja nama dia.

Selalu juga lah bila terlupa nak basuh pakaian dalaman yang sensitif ini guna tangan,  termasukkan dalam washing machine maka terkeluarlah besi yang mencucuk-cucuk lemak yang ada.  Boleh tahan kurang ajar punya besi !

Begitu juga bila kita dah percayakan orang tapi orang tu tikam belakang kita.  Diam-diam

Sakit angad T__________T

Jumat, Oktober 03, 2014

Sejak blog jatuh merudum


Amboi banyaknya dapat BE tapi amount alahai nak beli satay 2 cucuk pun tak lepas T_______T

sejak-sejak blog ni dah jatuh merudum, memang susah nak tengok BE boleh cecah lima hengget. paling paling pun tujuh posen , lapan posen , seringgit lapan posen. ah terima je lah takdir blog anda tidak sepower kek wedmummy, keknis , kekpatin liyana ituww :')

dah boleh sambung pergi makan nasi lemak sana biar bertambah anjal kulit kepala.

Kamis, Oktober 02, 2014

Tragedi pelajar SMK Syed Alwi Kangar maut

Terbaca dekat berita ada pelajar lelaki maut jatuh dari siling dewan. Dikhabarkan arwah panjat siling dewan tu untuk mengambil pencil case yang disorok oleh kawan-kawannya. kira macam prank la ni. nak buat lawak tapi akhirnya jadi pembunuh.

sebab tu kita benci orang buat prank-prank ni kecuali prank nak celebrate besday ke takpelah ini sampai kene panjat siling 30 kaki. hurm


TERIMA MESEJ DARIPADA SEORANG SAHABAT WHATSAPP - SEDIH SANGAT BACA. AL-FATIHAH UTK ARWAH...
[10:16PM, 10/1/2014] Shamel Ptss:
As salam tuan/puan.
Makluman awal SDR pelajar sekolah menengah keb syed alwi kangar perlis.
Repot maklumt pertama: kangar rpt 6413/14 (ccc perlis)
Si mati: nama muhammad hakimi bin zulkifli
kp:990603-02-5553,
penjaga: zallyismandy bin ismail,
alamt:no 3 lorong 2 tmn teratai kgr pls
no:0174104936
Ringkasan kes:
-mangsa pelajar tingkatan 3 smk syed alwi
-mangsa tiada masalah disiplin di sekolah
-mangsa dipercayai hadir ke sekolah dan kemudian MIA sehingga waktu rehat
-berpakaian sukan sekolah sms kejadian
-dipercayai mangsa memanjat dewan sekolah dan kemudian terjatuh akibat drpd siling yg pecah
-mangsa merupakan anak yatim
-maklumat lain menyusul
[10:37PM, 10/1/2014] Shamel Ptss:
sedih baca berita murid f3 maut jatuh siling dewan sek... kwn dri perlis msg
kwn2 sorok pencil case dia. depa suh dia pi ambik... masa jumpa mayat dia masih pegang pencil case tu.. jatuh dri 30 kaki tu...
melampau betul gurauan budak2 skrg...
budak susah... dok dgn tok. mkn pun cikgu2 dok belanja. sbb tu la dia nak juga usaha ambik pencil case dia...
kwn ckp pencil case tu dia peluk kuat...masih dlm genggaman sbb budak ni org susah...nak exam pt3 lgi dah dekat... bkn mcm anak org lain mak pak beli serba baru bila nak exam
Pesan lah dgn anak2 kita jgn buat prank yg mengarut, terlibat dgn ragging dan melayan kehendak kawan2 atau tunjuk kelebihan yg melampau.
Asri Jutawan Strikers / Asri Jitra : copy paste whatsapp from Syahir 0175051402

Gambar superimpose terlampau!

belek-belek entry lama click here tiba-tiba aku terserempak dengan post entry dua puluh empat january dua ribu sebelas dan kemudian terus aku tergelak jatuh katil
tak sangka ya sebegitu kreatif saya meng-super impose gambar kahwin ayu raudhah dan zafuan adha T___________T

aduhai!



Preloved Giveaway by Annur Syuhadah




My E-Day ♥


cerita 2 Ogos 2014 yang lalu , sekarang genap tiga dua bulan juga lah saya menjadi tunangan kepada seorang jejaka clumsy yang menggada namampos sampai rasa nak lempang tapi sayang tapi nak lempang tapi sayang tapi okay liyana boleh stop sekarang.

Syukur Alhamdullilah, saya selamat menjadi tunangan seorang jejaka bernama Muhammad Faweez Iqram Bin Nizar dengan mas kahwinnya eh tetiba kah! 

2 Ogos 2014 tiba-tiba menjadi pula plan nak bawak kedua ibubapa berjumpa dan terus bawak 10 buah kereta datang rumah untuk merisik dan bertunang (ya ampun malu gila tapi mahu) mula-mula ingat biarlah keluarga kami sahaja tapi dia sebagai anak sulung lelaki dalam keluarga maka kemeriahan bersama keluarga itu perlu dirai. baiklah nervous tapi baiklah


orang kuat dalam hidup. dua-dua nampak sayu je bila anak perempuan dia yang degil dan paling nakal ini dah ada yang sudi menjaga sehingga akhir usia. Puan Emak paling ketara kegembiraan dan kesedihan sekaligus terpancar diwajah ayunya. baiklah taknak sambung nanti nangisT_____T

Adik perempuan yang perangai macam jantan tapi lawa itu juga nampak seperti tidak mahu lepaskan kakak dia KAHKAHKAH amboi seronoknya rasa disayangi :'))

Bangun pagi-pagi terus pergi bantu emak dengan acik susay ku yang sibuk memasak untuk lauk tengahari nanti. Majlis bermula sekitar 11am jadi sempatlah gadis manis ini pergi masak nasi 8 pot lepas tu kene marah dengan mak andam puaka sebab lambat . Cuaca baik-baik sahaja. Alhamdullilah tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.

Dua buah khemah untuk 10 buah kereta. muat-muat semua kalau tak muat boleh duduk atas rumput. kah! tiada pelamin mini tiada sewaan baju tunang tiada photographer upahan tiada makeup artis tiada catering. semuanya hanya DIY! cuma tempah khemah untuk jumlah tetamu yang agak ramai untuk menjamu selera sahaja. lagi pula seorang liyana baru sahaja habis belajar, sedang menanam anggur. cepat lah anggur berbuah boleh jual hurm T_____T 
 
Beruntung sebenarnya mempunyai ibu saudara yang pernah menyediakan perkhidmatan bridal/pelamin ni boleh lah kita pinjam tempat duduk dan bunga bulat-bulat ini sebentar. oh masih ada setelah tiga bulan belum dipulangkan nampak tak dia buat hak sendiri kah!

sebenarnya ingat nak jalan terus menghadap bakal emak mertua tak payah pelamin tapi macam pelik pula kebetulan rumah ini ada lengkungan menarik maka letak dipenjuru rumah. ambil bantal kecil dekat sofa apak terus susun molek-molek. letak lampu sedikit bagi cerah.

Atleast dapatlah bakal mertua ku menyarungkan cincin ke jari manis bakal menantunya gitu. nampak tak simple gila dah la simple tak meriah tak pinky tapi kita memang nak tema coklat-coklat purple gitu

sebenarnya masa orang sibuk berbincang dekat bawah , kita dekat atas masih sibuk pakai shawl lah pakai veil lah pakai akseseori kepala lah tak sempat nak curi-curi dengar. ini semua sebab sibuk memasak nasi sampai terleka nak bersiap. kah!

Baju tunang pula beli sahaja online dan tampal pearl dan manik sendiri. khidmat tampak pearl dan manik tu kakak kita yang sulung, kak ya. kak ya yang uruskan kerana secara tiba-tiba minat dia pada jahitan manik & pearl meningkat secara mendadak. biarkan ! beli sahaja manik/pearl dan bagi dia jahit. kita malas nak fikir kahkahkah!

Pakai shawl hitam untuk menyorokkan susuk tubuh yang gebu tetapi masih nampak gebu ah biarlah gebu-gebu pun sedap. eh? veil dan aksesori pinjam sahaja pada makcik kita yang dah pencen jadi mak andam itu ihihihi

tapi baju nampak senteng, adakah saya sedang membesar bagai johan? :')

 Beralih kepada makeup, bertuah betul seorang liyana ini apabila kakak ipar kita yang tengah-tengah tu, kak ju sudi menconteng arang dimuka eh bukan ! kak ju  sudi memberi sentuhan natural pada wajahku dan memaksa saya memakai bulu mata palsu dan jangan pakai cermin mata nanti buruk lah mekap aku baiklah adik iparmu redha dan pasghah!

terus aku rabun, sebab tak pandai pakai contact lens kan! takut contact lens melekat dekat mata taknak keluar. ya ampun paranoid


Teman-teman twitter yang sibuk je kita tak ajak dia sibuk nak datang kahkahkah! sebenarnya kita tak ajak sesiapa pun, kawan kita yang berbaju merah tu pun terpaksa datang secara tiba-tiba aku rasa perlukan seorang teman. malu lah nak ajak ramai-ramai kita bukan nikah pun T_______T maafkan kita andai ada yang terasa



Hantaran pula digubah oleh kakak ipar kita lagi sorang, kak fyda! kak fyda ni kreatif orangnya. dia juga yang pilihkan barang apa yang perlu diletak didalam dulang.

Kelu juga sebenarnya nak bagi apa dekat pihak lelaki apa, lastly kita pilih bagi makanan lah sebab masa tu pun minggu pertama aidilfitri kan.

Pihak perempuan kepada pihak lelaki
Sireh junjung
Baju
Kuih Raya
Biskut Raya
Buah
Cupcake
Pulut Kuning

Pihak lelaki kepada pihak perempuan
Sireh junjung
Telekung
Kain pasang
Kek lapis
Buah
Halwa manis

Syukur Alhamdullilah majlis berjalan lancar.
One step closer. insyaAllah
Dia pun masih setia mengjengkelkan hari-hari saya. tak apa, saya suka

Hai cuk, terima kasih sebab terima your mok dalam hati you. terima kasih sudi jadi orang yang mengjengkelkan dan membuatkan i jatuh hati pada you setiap hari. terima kasih sudi menjadi orang yang akan menjaga i till jannah, insyaAllah love u. Jangan buli i k?
Yang benar,
mok

Rabu, Oktober 01, 2014

Minyak naik lagi ! #20sen #minyaknaik

Harga runcit baharu petrol RON95 adalah RM2.30 seliter. Harga diesel adalah RM2.20 seliter. Kenaikan bermula 12.01 pagi, 2 Okt ini - KPDNKK

 Maka bermula lah sesi berdebat minyak naik di twitter. selaku ratu twitter bak kata nanie, mestilah saya pun turun serta berdebat kahkahkah ! Baiklah minyak naik 20sen ! sila isi minyak malam ni dan berebut lah anda bersama orang-orang lain.

Ada orang kata 'alah setakat naik 20sen apa lah sangat' 
kalau dia bossned boleh lah beralah-alah. bapak bossned kaya, bapak liyana lunia biasa-biasa sahaja. bapak chibi tidak pasti dimana beliau berada sekarang hurm

minyak naik 20sen tu kalau selama ni kita isi kereta kancil rm10 mungkin dapat lah 5 liter, pasni kalau isi rm10 maka dapat la 4 liter. beza okay beza ! itupun kalau naik 5 liter lah selalunya saya malas perhati berapa liter masuk dalam kereta T______T



Jadi kesimpulan di akhir entry ini sebab nak pergi isi minyak kejap lagi ni, 
siapa nak tumpang kereta perlukah kita minta duit tambang? KAHKAHKAHKAHKAHKAH amboi gelak

Loading