Senin, Maret 02, 2015

Sebelas Hari Lagi

Pejam celik pejam celik tiba-tiba dah bulan March! rasa macam baru semalam jadi tunang orang tiba-tiba dua minggu lagi dah nak jadi isteri orang. tak ke rasa macam ini semua mimpi? boleh tak sesiapa cubit pipi kanan cubit pipi kiri tapi jangan kuat sangat? boleh tak? T_______T

Screenshot ni pun semalam punya. kira-kira dah nak hampir juga ya wedding kami ni rasa macam nak tercabut lutut sebab takut.

1. takut nak jadi isteri orang
2. takut nak jadi salah seorang ahli keluarga baru
3. takut tetamu pada hari majlis tak seramai yang dijangka
4. takut makanan pada hari majlis terkurang atau lebih.
5. takut nak tinggalkan rumah dan duduk dengan suami T_____T
6. TAKUT BAJU KETAT SEBAB BERAT BADAN BERTAMBAH SECARA MENDADAK!

takut T_____________________T

lagi-lagi point nombor enam. tak sangka aku dah makin gemok dan membesar dengan sihat sampai baju pun dah tak muat T_T pergi fitting baju tu ketat macam sarung betik engko tahu tak. sedih ...

jadi dalam masa dua minggu ni, mampu ke?

1 komentar:

  1. Aduuuhhh duuuhhhh. Hehehehe Nerves eyh.. Wink winkk, apa apa pun, tahniah jadi tunangan orang and tahniah nak kawen dahhhh =D Hehehehe Keep calm, keep cute =P

    BalasHapus

Terima kasih kerana membaca

Mari luahkan isi hati anda juga :)

1. Jangan emosi sangat tau.

2. Luahkan dengan nada comel.

Loading