Selasa, April 14, 2015

Tiga belas hari bulan tiga


Tanggal tiga belas hari bulan tiga tu lah tarikh keramat dimana kita bertukar status dari cik liyana kepada puan liyana. Ada masa kelak nak tulis dalam blog supaya bila anak ku kelak sudah meningkat dewasa dia boleh tahu senario yang berlaku sepanjang tarikh kebesaran itewww orunk Khen! Kakakakak!

Hmm so hari ini genap sebulan bersama. Suka dan duka, gelak tawa, nangis menangisi, pujuk memujuk, ejek mengejek semua dah rasa. Nasib baik sayang. 

Malas la nak taip lagi guna handphone. Sudahlah line celcom slow dekat rumah mertua ni pula tiada wifi...

Piluuuuu hati kita ni tau tak! Hmm

Sabtu, April 11, 2015

Bila dah jadi isteri

*fuuuuh! Fuhhhh!*

Hembus habuk yang bersawang. Siap lalat melekat dekat spider web dan bakal jadi santapan lelabah dah blog ini punyalah bersawang rasa macam rugi je renew domain kalau begini punya sawang KAHKAHKAH! Tiba-tiba dah jadi isteri orang, tiba-tiba ketawa bila cerita pasal sawang? Apa teruk sangat ke emosi seseorang yang bergelar isteri? RAHSIA! jawapan dia.

So membebel apa pun tak guna cuma nak bagitahu setelah beberapa hari diijabkabulkan dan menetap bersama suami dirumah keluarganya segala kemalasan seorang anak dara dulu wajib ditinggal jauh kebelakang.

Sekarang seorang liyana perlu berubah menjadi isteri, suami kerja dua shift. Seminggu shift pagi seminggu shift malam maka jadual seorang isteri berubah dengan drastik nasib baik isteri kekal gemok kalau kurus pasti semua kagum mengapa drastik betul perubahan seorang isteri. KAHKAHKAH! Gelak pada ayat sendiri.


So hello, ini adalah pembantu saya yang sudi mengejutkan saya supaya saya tidak terleka.

Selamat datang ke alam rumahtangga lulz
Loading