Rabu, Mei 20, 2015

Cara jimat GST

Zaman GST ni zaman semua benda kene pakai duit lebih. Nak topup pun kene bayar lebih. Dengar-dengar nak buat penggunaan call&sms pulak ada gst. Makin merepek dibuatnya

Maka oleh sebab semakin lama dunia semakin merepek, ayuh kita belajar bagaimana untuk menghasilkan telur goreng jimat GST 

Siapa yang dah berjaya buat jangan lupa masukkan dalam blog and mention dengan url awak tauuuuu! Kahkahkahkah!

Senin, Mei 18, 2015

Nasi ayam lunyai !

So hari ini memang dah pasang niat nak bangun sebelum subuh lepas tu masak nasibayam lepas tu boleh makan banyak banyak tapi bila pagi menjelma terus melepet atas katil sebab dak kenit tak bagi mama dia buat nasi ayam lepas tu wan dia kesian dekat mama dia yang nak makan nasi ayam tu terus wan dia yang rebuskan ayam lepas tu bonda dia tolong  masak nasi gorengkan ayam. Mama dia cuma potong sayur sayuran je tu pun penuh satu dapur bau minyak cap kapak

Ya ampun seronok sangad dapat rasa pengalaman morning sickness cam ibu hamil yang lain hihihihihihiksssss :'h


Cak!

Nasi ayam pun siap. Sekarang tengah tunggu encik suami balik dari kilang dan ayuh kita menternak lemak saiyunk

Alhamdullilah emak dengan kakak serta keluarga mertua faham kondisi seorang liyana lunyai ini wkwkwkckckc

Menjelajah i-City !

Kalau tiba-tiba rasa nak berjalan dengan suami tapi tak tahu nak pergi jalan dekat mana mesti lepas tu suami drive sampai lah shah alam sebab meru dengan shah alam macam kawan baik sentiasa dekat dihati lepas tu bila sampai shah alam mesti nampak icity lepas tu memasing mengada nak tengok lampu kah!

So sepanjang 65 hari bersama ni adalah dalam dua hari dah jejak icity. Pertama kali tu memang pishang habis la tak tahu apa nak buat sebab berdua lebih baik je kan lepas tu kali kedua pergi baru ajak keluarga mertua sekali lepas tu adik ipar nak bawak kakak ipar mereka masuk snow walk T____________________T

Total RM250 untuk pemegang IC bagi 7 orang dewasa masuk ke snow walk tersebut.

Dalam 200meter berjalan tiba-tiba ada pula renovation terpaksa berkeliaran di tempat yang sama lepas tu nak pengsan sebab sejuk sangad lepas tu nasib baik ada suami disisi terus kita sedut haba panas dari badan dia T___________T

Lepas tu keluar je dari tempat ais muka jadi merah dan demam selesema selama 1 minggu :')

Bye nak tidur suami kene malam 

Jumat, Mei 08, 2015

Kehadiran yang ketiga!

So lately ni rasa lapar dan mengantuk lain macam. Macam lain sesangat la selalu waktu pagi camni layan kucing dekat rumah ke siram pokok bunga ke menanam daun kari belakang rumah ke tapi tidak lagi sekarang.

Rasa badan macam letih dan tak pernah tidur pula. Makan pula setiap beberapa jam rasa lapar. Ini petanda-petanda berat badan makin meningkat ni tapi apakan daya seorang liyana tidak kuad, terpaksa lah beliau tidur dan makan dengan kerap kahkahkah!

Tapi kasihan suami kekurangan tidur sibuk bekerja, isteri dia belum lagi dapat panggilan mana-mana boleh tahan stress juga nak shopping pun terpaksa fikir dalam-dalam. Hmm apa gambar dekat resume tu tak cukup cute ke ha! Huhuhu

So selepas beberapa hari lewat piyed maka seorang liyana dan suaminya eksaited nak buat UPT dan beli dekat watsons rm5 ingatkan nak beli clear blue tapi kenapa macam mahal sangat ni tak mampu la nak beli clear blue digital yang boleh keluar pregnant nkt pregnant berapa weeks tu daripada mmbeli awak baik saya minta suami saya dominos kakakaka hmmm

So ujian dibuat lepas bangun tidur pukul 5am masa tu ingat nak bangun sahur tapi pergi test dulu lah...


Masih suci murni tiada cela lagi!


Ada dua line (positif kan!!!!) tapi samar-samar kene tunggu dua minggu lagi untuk buat scan dengan doktor. Buat masa sekarang kene jaga budak kenit ni dengan lebih berhati-hati. Papa dia excited sampai mama dia menitik air mata :) alhamdullilah dengan rezeki yang dikurniakan untuk kami sekeluarga. 

No wonder la lately asik lapar asik mengantuk asik moody ciked-ciked marah suami merajuk dengan suami, mennagis tanpa sebab rupanya petanda kehadiran dak kecik rupanya :')


Pastu tak puas hati sebab samar-samar hari tu kan, lepas 16hari lewat kita beli lagi satu UPT terus buat test pada diri sendiri, siap mebebel dekat guardian nape yang rm5 tu takde yang ada rm10 ya ampun dekut betul kakakaka T__________T



Kalini dapat pekat terus dah HCG tu :') jadi hujung minggu ini ke akan ke klinik untuk buat pengesahan and check kedudukan dak kecik ni kan. kalau bertuah leh tengok heartbeat dia.

Allahu, tak tahu nak cakap camne T__________T terlampau bahagiaaaa sangad sampai rasa nak shingshingairmatabercucuran .

Hai dak kecik, duduk dalam rahim mama leklok tau!
Loading