Rabu, Februari 03, 2016

Pregnant

Wow berkurun lama blog ini diabaikan? Rasa macam kene masuk kemaskan balik sambil-sambil sibuk menguruskan berak anak teruna kita ni ha! Wow apa dia? Anak teruna? Ye baiklah cayew dah jadi emak orang dah? Unbelivebel betul? Kahkahkah

Jadi hari ini sebenarnya nak buat summary sepanjang kita mengandungkan anak teruna kita ini. Takde lah detail sangat. Mana yang ingat je? So kita mula dengan bulan april yang tetiba tak datang period lepas tu terus gegedik beli UPT test dua kali dua dua positif tapi relax je lagi. So masuk bulan May bila ramai dah tahu mula lah alahan sampai bulan lapan? Puasa pun tunggang terbalik sebab alahan teruk dan masa ni rasa macam mengandung anak perempuan ni sebab bacaan banyak ke arah anak perempuan? Confident sangat

Perut pula mula nampak masa dah masuk bulan ke 6, kalau tak memang nampak macam anak dara je lagi? Kakakah so kita pergi checkup kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Meru dan Klinik Desa Jalan kopi dekat rumah mak mertua ni. Tiap kali pergi checkup lebih suka pergi sendiri. Kekadang suami temankan itupun kita tak suka susahkan dia. Pergi sendiri boleh merayap tempat lain pastu hahaha! 

Entry terakhir pasal minum air gula tu pengalaman pertama minum dan ada kali kedua kene minum sebab berat tak naik?  Alah sedap je air gula tu. Rasa macam ribena dengan twister oren suam je. Kemudian bila dah rasa pergerakan baby dalam perut, kene injek kancing gigi pulak. Tak sakit pun cuma lenguh dua tiga hari la lengan belah kiri ni. Pastu kene kira 10kali pergerakan baby dari pukul 9am - 9pm. Ini paling mengelat sekali selalu hari checkup tu baru kita tick semua hahahaha ! And paling risau kalau baby kurang gerak. Macam-macam benda fikir T_______T

Rasa nak cepat bersalin sebab malas nak kira pergerakan baby ! Boleh gitew kakaka . Hmm Tidur pulak kene mengiring. Memang rindu la nak rasa tidur menelentang dengan meniarap T________T

Minggu ke 34 - perbandingan perut yiying dan husband?

Tapi bila dah bersalin ni benda paling rindu sekali mestilah saat kene tendang, kene kuis dengan siku dan dia sedu dalam perut. Okay nanti nak cerita pengalaman bersalin pulak? Anak dah panggil nak susu :')

3 komentar:

Terima kasih kerana membaca

Mari luahkan isi hati anda juga :)

1. Jangan emosi sangat tau.

2. Luahkan dengan nada comel.

Loading