Senin, Juli 25, 2016

Ragam bayi 6 bulan



Ragam anak pabila menjejak usia 6 bulan tepat 1 syawal lalu mula berubah daripada seorang bayi pendiam kepada bayi yang lebih ceria (hmm!) . Alhamdullilah selamat juga membawa dia berkunjung ke rumah saudara belah suami aku dekat Muar sana. Dua hari satu malam je tapi penat dia bukan kepalang.

Sekembalinya pulang ke Meru mula lah bayi ceria ini bertukar bulan. Selalunya waktu siang hulur nenen terus tidur tapi kali ini hulur nenen, dia akan berteriak menjerit meraung bergulung-guling setiap kali nak tidur. Hanya waktu siang. Macam kene dera T.T 

Wkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwkw

Hampir hilang pedoman juga emak dia ni dibuatnya. Tapi nasib baik duduk rumah mertua so mak mertua lah yang tidurkan dia dalam bilik aircond. Boleh la 2 jam dia tidur swpanjang siang tu T.T

Masuk minggu ke2, aku dah bijak sikit. Setiap kali dia tunjuk perangai yang boleh buat emak hilang pedoman aku terus pasangkan surah ruqyah dekat tepi dia. Terus mata stim dan tertidur sendiri. Jadi disini aku akan gunakan senjata aku untuk menidurkan dia. Tapi ada satu hari dia taknak juga maka aku guna bom atom iaitu bedung dan tertidur lah dia 3 jam straight hmmm

K lah next time nak cerita pasal pemakanan dia plak. Peduli lah takde yang baca pun !!!






2 komentar:

  1. kita ada bacalah cikying ;)

    BalasHapus
    Balasan
    1. Wah terharunyaaa 💕💕💕 tq cikannekay baca cerita alfi

      Hapus

Terima kasih kerana membaca

Mari luahkan isi hati anda juga :)

1. Jangan emosi sangat tau.

2. Luahkan dengan nada comel.

Loading