Selasa, November 06, 2012

6 Tips Kulit Cantik & Sihat



 

Semua manusia yang bernama wanita mengimpikan kulit yang cantik, yang sihat, yang tidak kusam . Mereka sanggup membayar beribu ringgit semata-mata untuk memiliki kulit yang diidamkan tapi tahu kah anda mungkin sebelum anda melaburkan wang yang banyak, anda boleh mengamalkan beberapa tips yang kak yiying jumpai di laman sosial. sekarang zaman dah maju, dah boleh tanya google 'macam mana nak memiliki kulit cantik dan sihat' . dah tak payah nak pergi mayfair semata-mata untuk kulit cantik. hek eleh!

sekarang ini dimana-mana sahaja, bila ada orang tanya soalan mudah ringkas dan menyelerakan, mesti saya jawap 'PERGI GOOGLE' .

1. Makan makanan berkhasiat. Hindari atau kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan berminyak. Kamu juga perlu menghindari makanan yang boleh menyebabkan punca kepada masalah jerawat dan berminyak. Contohnya kentang goreng dan minuman soda. Kamu perlu mengenalpasti makanan yang tidak perlu untuk tubuh kamu. Ini disebabkan setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza. Kalau rasa kamu makan coklat hari ni, esok timbul jerawat. Hindari dari makan coklat. Banyakkan makan buah dan sayuran.

2. Bersenam dan Minum Air Putih. Minum air putih lapan gelas sehari dan bersenam secara teratur. Siapa kata anda tidak boleh bersenam setiap hari? Kalau anda merupakan seorang suri rumah, peluang bersenam memang ada. Pastikan semasa mengemas rumah, tutup kipas atau aircond. Biarkan peluh keluar dari tubuh anda. Lakukan aktiviti menyapu, mengemas dan mop lantai sebagai rutin senaman di rumah. Selain anda sihat, rumah pun kemas kan ?
jangan lupa banyakkan minum air kerana tubuh kita memerlukan air yang banyak. Kelancaran darah menjadikan kulit kembali berseri.

3. Cuci muka sebelum tidur. Biasakan anda tidur dalam keadaan bersih. Cuci muka terlebih dahulu sebelum tidur. Anda juga boleh menggunakan krim malam untuk membaiki tekstur wajah atau melembapkan kulit. Sekali seminggu gunakan pupur wajah. Jangan pula anda tidur dengan pupur wajah masih di muka!

4. Tidur yang cukup. Tidur lapan jam sehari amat penting. Ianya bertujuan untuk merehatkan badan agar sistem tubuh berjalan dengan baik. Jika anda tidak cukup tidur, anda akan menghadapi masalah jerawat dan tubuh lesu dan tidak bermaya. Selain itu, anda akan mula dikenali sebagai Pandawoman disebabkan wujud lingkaran gelap bawah mata!

5. Lindungi kulit daripada Matahari. Penting untuk kita melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari. Ianya untuk mengelakkan muka menjadi merah, terbakar dan timbul garis kedutan. Pakai krim tabir suria sebelum anda keluar rumah setiap hari.

6. Berhenti merokok. Hey ladies! jangan merokok. Tak cun tau!
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !