Sesambil datang Butterworth untuk antar adik kita balik kolej dia, sempat la kitaorg pecut pergi pantai merdeka dulu dengan abang and family dia ke sana. Hmm sampai-sampai sana cari lah gerai paling tamai orang sebab abang makan dekat situ dua minggu lepas tapi VERY NOT RECOMMENDED!!! Sangat rude, kurang ajar berlagak poyo tolak rezeki ! Kedai tu kedai no 12 ingat okay
Hanya kerana seorang liyana dan syafarwati (adik iols) nak makan nasi paprik dan kedai no 12 tu tak buat nasi paprik dan dia tak nak order di kedai lain! Tanya dekat kedai lain, kedai tu takut nak ambil order. Takut gerai no 12 tu masam muka. Abang siap minta owner kedai no 12 tolong orderkan kat kedai lain end up dia boleh dengan berlagaknya cakap "takpe abang cancel order je la"
Pheww belagaknya :) btw kitaorg makan gerai no 10 and total 2 mangkuk ABC dan 3 pinggan mee udang, 2 pinggan nasi goreng udang and 2 pinggan nasi paprik semuanya RM98. Sedapppp!! And takde lah sakit hati kan lepas tuuu
Hmm not bad eh?