Jumat, Agustus 29, 2014

Arbutin strawberry soap Thailand

oleh kerana merasakan muka dah putih semulajadi selepas memakai pencuci muka dan pelembap muka yang membuatkan kulit muka ku nampak sekata didalam gambar tanpa perlu menggunakan camera tiga enam kosong tapi cerita pasal pencuci muka dengan pelembap tu nanti kita cerita next entry occay!
Tiba-tiba bila tengok muka putih tangan gelap rasa macam bersalah, gelisah betul hati bila terpandang tangan yang terbakar itu . keluar rumah pakai baju lengan panjang tetapi bila leka driving tiba-tiba sahaja baju lengan sudah ke siku. Kahkah tekanan betul saiaaa, awaaa! Jadi kita cuba lah sabun strawberry yang berharga RM15 sebiji dari instagram _akiddd dan pabila beli banyak dapat free gift occay! yuhuhuuu (kita beli 3 dapat 1 biji lagi) ahaks.

Masalah utama gadis berbadan cute ni apabila peha berlaga-laga lalu melecet dan menggelapkan keadaan disitu. Tekanan tahu tak ! Jadi selepas beberapa minggu kita nampak perubahan ketara dekat tuuuut ! Yey! Namun dekat tangan macam biasa masih belum tahap amoi lagi. Masih sawo sawo matang gicewww. Okay lah tu khen daripada muka je putih tangan gelap nanti dihina manusia tidak berakal pula awaaaa!
Tamat.

Kamis, Agustus 28, 2014

Murah gilaaa! Too good to be true?

Masalah utama apabila ada masa lapang adalah membuka website deal-deal murah seperti milkadeal mydeal atau groupon (tetibe jadi pon kat belaakang orang lain semua deal...) lalu terliur melihat apa yag ditawarkan. hampir kering air liur ini menitis kerana asyik melihat barangan murah yang ditawarkan, murah bukan sebarang murah ini murah sampai aku garu kepala sambil sangsi apakah ini murah memang wujud dalam dunia ke? aku seorang saje ke yang sangsi... awak tidak sangsi ke?

Semenjak-menjak nak mendirikan rumah tangga ini , semakin liar lah mata ini mencari kalau-kalau dapat menjimatkan kewangan tanpa perlu pembaziran ye lah kahwin sekali seumur hidup takkan lah seumur hidup aku hendak dibebani hutang, jadi dengan itu website deal murah ini lah yang aku cari sekarang

Swiss legend! water resistent! save RM1,038.40 Too good to be true?

casio gold ! save RM45? Too good to be true?
Klaus kobec ! save RM1,913! Too good to be true?
FJORD! SAVE RM3,895.00! Too good to be true?
Ya, boleh percaya ke? aku risau aku bayar RM2++ daripada harga RM19++ tu nanti aku cuma dapat jam pasar malam yang bertali getah ada tepi-tepi tercabut sikit T___________T

Ada tak siapa-siapa pernah beli barang cenggini melalui website deal murah? sebenarnya kita teringat masa zaman praktikal kawan kita beli jam murah cenggini lah harga RM149 macam tu tiba-tiba bila dapat yang cap pasar malam. wuwuwuwuw kita simpati dengan dia. jadi conclusion, kita pergi Jaya Jusco je lah T_____________T

Tamat.

Petua hati anak pada ibubapa

Assalammualaikum.
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan either belen makanan mak atau abah tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain samada kami perasan atau tidak

so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri arwah tok perempuan kami lah sebelah abah mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak.dan saya sendiri akui kesannya makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak samalah ceritanya dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik dan guru saya pesann antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib

kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam  kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali . tak caya try buat solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib  dapat semua waktu lagi baik

sangat besar ' rahsia ' dan peranan dapur rupa-rupanya dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it ' s good if we can remind each other because in Rasulullah ' s last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you ' ll lose nothing. Wallahu A ' lam... Terima Kasih

Datuk Fadzilah Haji Kamsah

Selasa, Agustus 26, 2014

Color Collection Cream Puff Fairy Cake 3

Selain daripada Lipice sheer color perisa strawberry yang saya selalu guna untuk melembapkan dan memerahkan bibir yang pucat ini, saya juga gemar menyapu lipcream Color Collection Cream Puff Fairy Cake 3 . Rasa seperti aku sedang makan bibir sendiri bila meratakan lip cream ni tahu tak ! Begitu besar dugaan ingin memiliki bibir yang boleh dimakan ini T______T
SO Hello cream puff perisa fairy cake. sudah lah nama cream puff aku ini pula kuat makan manis karang dengan botol-botol ini aku telan baru tahu. Masuk pula berita gadis manis tercekik botol lipcream siap tersebar pula botol tersangkut didalam tekak secara melintang, cepat bayangkan kalau anda tak bayangkan nanti cepat tua tau kahkahkah entah apa gelak pada lawak yang entah apa-apa sediri buat lawak sendiri gelak T_______T

Sebenarnya lipcream ini ada 4 color yang sememangnya menarik tapi yang saya ada baru sebatang lip cream perisa fairy cake 3. mungkinlah apabila sudah tamat tempoh mengganggur saya mahu cuba ke-empat-empat perisa/pewarna/pemanis bibir yang boleh didapati di Watsons terpilih dengan harga Rm19.90 atau kalau beruntung dapat diskau Rm17 macam tu entah saya tak berapa ingat exact price dia :')

Tekstur yang creamy-creamy sedap untuk dijilat memang sesuai untuk gadis-gadis yang tak berapa gemar bibir berkilau-kilau kerana ada jenis lelaki juga geli melihat bibir gadis berkilau-kilau seperti penggunaan lipgloss. kita sendiri pun geli inikan orang lain pula yang menatap bibir mungil ini kan? hmm!
sebelum keluar boleh lah posing dengan lipcream favourite sendiri :')
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !