Sabtu, Juli 25, 2015

Pengalaman minum air gula klinik kerajaan

Fuuuuh! Hembus sawang yang berlegar-legar di ruang blog punya lah banyak spider ini kalau anak buah kenit nampak ni confirm menjerit-jerit sambil lari tunjuk-tunjuk 'pider, pider!' Nasib baik lah dia tak buka blog mama dia ni hikhik oh btw sesejak bakal menjadi seorang ibu, anak-anak buah dah mula panggil cikna dia mama pulak. And faweez pula papa , sebenarnya masih awkward lagi ahahaha  T________________T

So semalam 24 Julai 2015 adalah tarikh paling power dan bakal memberikan seribu makna buat seorang liyana apabila beliau dengan rasminya telah menjalani ujian MGTT atau nama manja dia ujian air gula pada usia kandungan 17 minggu. Wah! Faktor utama kene buat ujian ini adalah kerana seorang liyana yang obesiti dan mempunyai keturunan diabetis T_______________T

Pukul 10pm sebelumnya dah start kene puasa tapi sebab mood beraya masih on, kita start puasa lepas 12pm tahu tak? Sebabnya kita sibuk menjamu selera dengan meehun goreng dan air oren dekat rumah kawan suami kita sampai bertambah-tambah lepas tu menyesal sebab banyak pula dia ni makan tapi sedap sebab mihun dia ada daging. Mihun yang sedap mestilah mihun yang ada dagingggggg!! T_____________T

Pagi lepas hantar suami kerja depanpintu terus bersiap nak pergi klinik kesihatan meru dalam pukul 7 keluar, pukul 7.30am sampai padahal 5min je patutnya boleh sampai tetapi waktu tu waktu puncak orang pergi kerja kan memang tak dapat sampai awal lah! Bila sampai dapat giliran ke 14 punya lah cepat siapa datang awal tu ! Pukul 8.30am baru dapat amik darah and minum air gula perisa oren! Siapa kata tak sedap? Sedap lah! Rasa macam twister orange suam tau! Maybe kalau ada ais lagi power rasa dia Lol T__________________T

Berkali-kali jugak kita teguk sebab banyak. Dalam 250ml air gula kene minum lepas tu senyum-senyum dengan akak yang tengah amik darah sebagai pembakar semangat untuk abiskan air gula tu. bila dah kosong cawan, rupanya ada jugak akak yang main tipu tak abiskan air gula tuuuu, ada suku lagi dia buang tau! Ahahaha kita geram :')

Tunggu lagi dua jam dekat klinik sambil dengar lagu, sambil tu pergi check baby dalam perut, check kedudukan rahim semuanya alhamdullilah dalam keadaan baik. Tapi biasah check dekat klinik kerajaan memang kabur, kene pergi private jugak kalau nak tengok budak kenit daam perut ni :')

Dalam dua jam tu memang seksa, kita ambil keputusan bijak untuk tidak berborak dengan sesiapa sebab kalau berborak kelak pasti loya dan muntah. Tapi orang sebelah pula guna pad herba kut sebab bau herba kat badan dia. Busukkkkk!! Stress kita duduk sebelah dia. Rasa nak bluekkk tapi tahan-tahan jugak sebab tak sanggup nak minum air gula buat kali kedua ketiga keempat dan sebagainya T____________T

Jadi apa kesannya kalau kandungan gula tinggi dalam badan? Normal dalam range  5.6 kebawah sebelum minum air gula dan 7.1 kebawah selepas minum gula, selain itu memang kene pergi ujian BSP dimana awak kene buat ujian air gula sebanyak 4 kali sehari dua minggu sekali! Seram gila gais dengar! T____________T

Sambil tunggu result tu, kita berzikir, berdoa, selawat banyak-banyak supaya result cantik and tak perlu ujian BSP tu dan alhamdullilah result kita sebelum minum air gula 3.6 (rendahnya?) dan selepas minum air gula 5.1 HAHAHAHAHAHAAHAHAH happy gila!

Jadi selepas settle semua, terus kita beli nasi ayam sebab lapar sangat-sangat dan coolblog honeydew blended with rainbow jelly dua! Dua okay! Hhahaahahhahahaahahahahahaa

Okay sekarang dah nak puasa manis-manis dan nasi. Taknak kene kencing manis, takutttttttt!




Rabu, Mei 20, 2015

Cara jimat GST

Zaman GST ni zaman semua benda kene pakai duit lebih. Nak topup pun kene bayar lebih. Dengar-dengar nak buat penggunaan call&sms pulak ada gst. Makin merepek dibuatnya

Maka oleh sebab semakin lama dunia semakin merepek, ayuh kita belajar bagaimana untuk menghasilkan telur goreng jimat GST 

Siapa yang dah berjaya buat jangan lupa masukkan dalam blog and mention dengan url awak tauuuuu! Kahkahkahkah!

Senin, Mei 18, 2015

Nasi ayam lunyai !

So hari ini memang dah pasang niat nak bangun sebelum subuh lepas tu masak nasibayam lepas tu boleh makan banyak banyak tapi bila pagi menjelma terus melepet atas katil sebab dak kenit tak bagi mama dia buat nasi ayam lepas tu wan dia kesian dekat mama dia yang nak makan nasi ayam tu terus wan dia yang rebuskan ayam lepas tu bonda dia tolong  masak nasi gorengkan ayam. Mama dia cuma potong sayur sayuran je tu pun penuh satu dapur bau minyak cap kapak

Ya ampun seronok sangad dapat rasa pengalaman morning sickness cam ibu hamil yang lain hihihihihihiksssss :'h


Cak!

Nasi ayam pun siap. Sekarang tengah tunggu encik suami balik dari kilang dan ayuh kita menternak lemak saiyunk

Alhamdullilah emak dengan kakak serta keluarga mertua faham kondisi seorang liyana lunyai ini wkwkwkckckc

Menjelajah i-City !

Kalau tiba-tiba rasa nak berjalan dengan suami tapi tak tahu nak pergi jalan dekat mana mesti lepas tu suami drive sampai lah shah alam sebab meru dengan shah alam macam kawan baik sentiasa dekat dihati lepas tu bila sampai shah alam mesti nampak icity lepas tu memasing mengada nak tengok lampu kah!

So sepanjang 65 hari bersama ni adalah dalam dua hari dah jejak icity. Pertama kali tu memang pishang habis la tak tahu apa nak buat sebab berdua lebih baik je kan lepas tu kali kedua pergi baru ajak keluarga mertua sekali lepas tu adik ipar nak bawak kakak ipar mereka masuk snow walk T____________________T

Total RM250 untuk pemegang IC bagi 7 orang dewasa masuk ke snow walk tersebut.

Dalam 200meter berjalan tiba-tiba ada pula renovation terpaksa berkeliaran di tempat yang sama lepas tu nak pengsan sebab sejuk sangad lepas tu nasib baik ada suami disisi terus kita sedut haba panas dari badan dia T___________T

Lepas tu keluar je dari tempat ais muka jadi merah dan demam selesema selama 1 minggu :')

Bye nak tidur suami kene malam 
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !