Sabtu, Juli 25, 2015

Pengalaman minum air gula klinik kerajaan

Fuuuuh! Hembus sawang yang berlegar-legar di ruang blog punya lah banyak spider ini kalau anak buah kenit nampak ni confirm menjerit-jerit sambil lari tunjuk-tunjuk 'pider, pider!' Nasib baik lah dia tak buka blog mama dia ni hikhik oh btw sesejak bakal menjadi seorang ibu, anak-anak buah dah mula panggil cikna dia mama pulak. And faweez pula papa , sebenarnya masih awkward lagi ahahaha  T________________T

So semalam 24 Julai 2015 adalah tarikh paling power dan bakal memberikan seribu makna buat seorang liyana apabila beliau dengan rasminya telah menjalani ujian MGTT atau nama manja dia ujian air gula pada usia kandungan 17 minggu. Wah! Faktor utama kene buat ujian ini adalah kerana seorang liyana yang obesiti dan mempunyai keturunan diabetis T_______________T

Pukul 10pm sebelumnya dah start kene puasa tapi sebab mood beraya masih on, kita start puasa lepas 12pm tahu tak? Sebabnya kita sibuk menjamu selera dengan meehun goreng dan air oren dekat rumah kawan suami kita sampai bertambah-tambah lepas tu menyesal sebab banyak pula dia ni makan tapi sedap sebab mihun dia ada daging. Mihun yang sedap mestilah mihun yang ada dagingggggg!! T_____________T

Pagi lepas hantar suami kerja depanpintu terus bersiap nak pergi klinik kesihatan meru dalam pukul 7 keluar, pukul 7.30am sampai padahal 5min je patutnya boleh sampai tetapi waktu tu waktu puncak orang pergi kerja kan memang tak dapat sampai awal lah! Bila sampai dapat giliran ke 14 punya lah cepat siapa datang awal tu ! Pukul 8.30am baru dapat amik darah and minum air gula perisa oren! Siapa kata tak sedap? Sedap lah! Rasa macam twister orange suam tau! Maybe kalau ada ais lagi power rasa dia Lol T__________________T

Berkali-kali jugak kita teguk sebab banyak. Dalam 250ml air gula kene minum lepas tu senyum-senyum dengan akak yang tengah amik darah sebagai pembakar semangat untuk abiskan air gula tu. bila dah kosong cawan, rupanya ada jugak akak yang main tipu tak abiskan air gula tuuuu, ada suku lagi dia buang tau! Ahahaha kita geram :')

Tunggu lagi dua jam dekat klinik sambil dengar lagu, sambil tu pergi check baby dalam perut, check kedudukan rahim semuanya alhamdullilah dalam keadaan baik. Tapi biasah check dekat klinik kerajaan memang kabur, kene pergi private jugak kalau nak tengok budak kenit daam perut ni :')

Dalam dua jam tu memang seksa, kita ambil keputusan bijak untuk tidak berborak dengan sesiapa sebab kalau berborak kelak pasti loya dan muntah. Tapi orang sebelah pula guna pad herba kut sebab bau herba kat badan dia. Busukkkkk!! Stress kita duduk sebelah dia. Rasa nak bluekkk tapi tahan-tahan jugak sebab tak sanggup nak minum air gula buat kali kedua ketiga keempat dan sebagainya T____________T

Jadi apa kesannya kalau kandungan gula tinggi dalam badan? Normal dalam range  5.6 kebawah sebelum minum air gula dan 7.1 kebawah selepas minum gula, selain itu memang kene pergi ujian BSP dimana awak kene buat ujian air gula sebanyak 4 kali sehari dua minggu sekali! Seram gila gais dengar! T____________T

Sambil tunggu result tu, kita berzikir, berdoa, selawat banyak-banyak supaya result cantik and tak perlu ujian BSP tu dan alhamdullilah result kita sebelum minum air gula 3.6 (rendahnya?) dan selepas minum air gula 5.1 HAHAHAHAHAHAAHAHAH happy gila!

Jadi selepas settle semua, terus kita beli nasi ayam sebab lapar sangat-sangat dan coolblog honeydew blended with rainbow jelly dua! Dua okay! Hhahaahahhahahaahahahahahaa

Okay sekarang dah nak puasa manis-manis dan nasi. Taknak kene kencing manis, takutttttttt!




Rabu, Mei 20, 2015

Cara jimat GST

Zaman GST ni zaman semua benda kene pakai duit lebih. Nak topup pun kene bayar lebih. Dengar-dengar nak buat penggunaan call&sms pulak ada gst. Makin merepek dibuatnya

Maka oleh sebab semakin lama dunia semakin merepek, ayuh kita belajar bagaimana untuk menghasilkan telur goreng jimat GST 

Siapa yang dah berjaya buat jangan lupa masukkan dalam blog and mention dengan url awak tauuuuu! Kahkahkahkah!

Senin, Mei 18, 2015

Nasi ayam lunyai !

So hari ini memang dah pasang niat nak bangun sebelum subuh lepas tu masak nasibayam lepas tu boleh makan banyak banyak tapi bila pagi menjelma terus melepet atas katil sebab dak kenit tak bagi mama dia buat nasi ayam lepas tu wan dia kesian dekat mama dia yang nak makan nasi ayam tu terus wan dia yang rebuskan ayam lepas tu bonda dia tolong  masak nasi gorengkan ayam. Mama dia cuma potong sayur sayuran je tu pun penuh satu dapur bau minyak cap kapak

Ya ampun seronok sangad dapat rasa pengalaman morning sickness cam ibu hamil yang lain hihihihihihiksssss :'h


Cak!

Nasi ayam pun siap. Sekarang tengah tunggu encik suami balik dari kilang dan ayuh kita menternak lemak saiyunk

Alhamdullilah emak dengan kakak serta keluarga mertua faham kondisi seorang liyana lunyai ini wkwkwkckckc

Menjelajah i-City !

Kalau tiba-tiba rasa nak berjalan dengan suami tapi tak tahu nak pergi jalan dekat mana mesti lepas tu suami drive sampai lah shah alam sebab meru dengan shah alam macam kawan baik sentiasa dekat dihati lepas tu bila sampai shah alam mesti nampak icity lepas tu memasing mengada nak tengok lampu kah!

So sepanjang 65 hari bersama ni adalah dalam dua hari dah jejak icity. Pertama kali tu memang pishang habis la tak tahu apa nak buat sebab berdua lebih baik je kan lepas tu kali kedua pergi baru ajak keluarga mertua sekali lepas tu adik ipar nak bawak kakak ipar mereka masuk snow walk T____________________T

Total RM250 untuk pemegang IC bagi 7 orang dewasa masuk ke snow walk tersebut.

Dalam 200meter berjalan tiba-tiba ada pula renovation terpaksa berkeliaran di tempat yang sama lepas tu nak pengsan sebab sejuk sangad lepas tu nasib baik ada suami disisi terus kita sedut haba panas dari badan dia T___________T

Lepas tu keluar je dari tempat ais muka jadi merah dan demam selesema selama 1 minggu :')

Bye nak tidur suami kene malam 

Jumat, Mei 08, 2015

Kehadiran yang ketiga!

So lately ni rasa lapar dan mengantuk lain macam. Macam lain sesangat la selalu waktu pagi camni layan kucing dekat rumah ke siram pokok bunga ke menanam daun kari belakang rumah ke tapi tidak lagi sekarang.

Rasa badan macam letih dan tak pernah tidur pula. Makan pula setiap beberapa jam rasa lapar. Ini petanda-petanda berat badan makin meningkat ni tapi apakan daya seorang liyana tidak kuad, terpaksa lah beliau tidur dan makan dengan kerap kahkahkah!

Tapi kasihan suami kekurangan tidur sibuk bekerja, isteri dia belum lagi dapat panggilan mana-mana boleh tahan stress juga nak shopping pun terpaksa fikir dalam-dalam. Hmm apa gambar dekat resume tu tak cukup cute ke ha! Huhuhu

So selepas beberapa hari lewat piyed maka seorang liyana dan suaminya eksaited nak buat UPT dan beli dekat watsons rm5 ingatkan nak beli clear blue tapi kenapa macam mahal sangat ni tak mampu la nak beli clear blue digital yang boleh keluar pregnant nkt pregnant berapa weeks tu daripada mmbeli awak baik saya minta suami saya dominos kakakaka hmmm

So ujian dibuat lepas bangun tidur pukul 5am masa tu ingat nak bangun sahur tapi pergi test dulu lah...


Masih suci murni tiada cela lagi!


Ada dua line (positif kan!!!!) tapi samar-samar kene tunggu dua minggu lagi untuk buat scan dengan doktor. Buat masa sekarang kene jaga budak kenit ni dengan lebih berhati-hati. Papa dia excited sampai mama dia menitik air mata :) alhamdullilah dengan rezeki yang dikurniakan untuk kami sekeluarga. 

No wonder la lately asik lapar asik mengantuk asik moody ciked-ciked marah suami merajuk dengan suami, mennagis tanpa sebab rupanya petanda kehadiran dak kecik rupanya :')


Pastu tak puas hati sebab samar-samar hari tu kan, lepas 16hari lewat kita beli lagi satu UPT terus buat test pada diri sendiri, siap mebebel dekat guardian nape yang rm5 tu takde yang ada rm10 ya ampun dekut betul kakakaka T__________T



Kalini dapat pekat terus dah HCG tu :') jadi hujung minggu ini ke akan ke klinik untuk buat pengesahan and check kedudukan dak kecik ni kan. kalau bertuah leh tengok heartbeat dia.

Allahu, tak tahu nak cakap camne T__________T terlampau bahagiaaaa sangad sampai rasa nak shingshingairmatabercucuran .

Hai dak kecik, duduk dalam rahim mama leklok tau!

Selasa, April 14, 2015

Tiga belas hari bulan tiga


Tanggal tiga belas hari bulan tiga tu lah tarikh keramat dimana kita bertukar status dari cik liyana kepada puan liyana. Ada masa kelak nak tulis dalam blog supaya bila anak ku kelak sudah meningkat dewasa dia boleh tahu senario yang berlaku sepanjang tarikh kebesaran itewww orunk Khen! Kakakakak!

Hmm so hari ini genap sebulan bersama. Suka dan duka, gelak tawa, nangis menangisi, pujuk memujuk, ejek mengejek semua dah rasa. Nasib baik sayang. 

Malas la nak taip lagi guna handphone. Sudahlah line celcom slow dekat rumah mertua ni pula tiada wifi...

Piluuuuu hati kita ni tau tak! Hmm

Sabtu, April 11, 2015

Bila dah jadi isteri

*fuuuuh! Fuhhhh!*

Hembus habuk yang bersawang. Siap lalat melekat dekat spider web dan bakal jadi santapan lelabah dah blog ini punyalah bersawang rasa macam rugi je renew domain kalau begini punya sawang KAHKAHKAH! Tiba-tiba dah jadi isteri orang, tiba-tiba ketawa bila cerita pasal sawang? Apa teruk sangat ke emosi seseorang yang bergelar isteri? RAHSIA! jawapan dia.

So membebel apa pun tak guna cuma nak bagitahu setelah beberapa hari diijabkabulkan dan menetap bersama suami dirumah keluarganya segala kemalasan seorang anak dara dulu wajib ditinggal jauh kebelakang.

Sekarang seorang liyana perlu berubah menjadi isteri, suami kerja dua shift. Seminggu shift pagi seminggu shift malam maka jadual seorang isteri berubah dengan drastik nasib baik isteri kekal gemok kalau kurus pasti semua kagum mengapa drastik betul perubahan seorang isteri. KAHKAHKAH! Gelak pada ayat sendiri.


So hello, ini adalah pembantu saya yang sudi mengejutkan saya supaya saya tidak terleka.

Selamat datang ke alam rumahtangga lulz

Jumat, Maret 06, 2015

Semakin dilupakan


Suatu masa dahulu sebelum pukul 00:00 4 Mac , mesti dah ada orang wish bufday kita tapi apakan daya tahun ni macam semua lupa cuma encik tunang terkecuali pukul 10:30pm dia dah msg happy bufday en bufday en bufday en bufday en. Nape eja birthday jadi bufday? Ni mesti pengaruh budak sekolah hmm!


Jadi tahun ini sudah 26 tahun dan lagi beberapa hari je lagi nak jadi isteri orang. Wah macam tak percaya T.T

Nak menangis bawah katil jap T.T


Rabu, Maret 04, 2015

Menyesal beli dari Poplook!

Untuk bibik di hari majlis persandinganku nanti, aku rekues kaler lilac/lavender/light purple atau nama senang dia pepel cair je lah confident memasing order dekat poplook en bila nampak design and warna yang menepati citarasa pengantin en


Dalam gambar beginilah design dan colornya, memang menepati citarasa betul color pepel cair ni okay lah dah boleh la order dekat poplook ni en , memasing pilih color tapi design lelain gitu. Lepas tu bibik 1 dengan 2 dah dapat la baju memasing lepas tu memasing terkedu.


RUPANYA BILA SAMPAI BUKAN KALER PEPEL CAIR TAPI KELABU TAIK ITIK ADE PEPEL CIKED BAGI ILUSI MEMANG TAK SAMA LANGSUNG DENGAN GAMBAR . Aduhai kene tipu ke apa dengan poplook ni? Kakakakakah! Sakitnya hati kita T_____________T

Kesian la dekat bibik-bibik kita nak baju poplook tapi bila dapat macam poop je envhmm

Hampanya kalau harga rm10 takpe lagi ini harga dia RM109 tiba-tiba dapat color macam ni aduhai baik kami beli dekat carefour. Sumpah sedih dengan poplook ni 

Siap dalam syarat takleh tukar kalau color tak sama macam gambar TAPI MASALAH DIA KENAPA LAIN SANGAT DENGAN GAMBAR!! Kenapa?


Selasa, Maret 03, 2015

Sepuluh hari lagi

Sepuluh hari lagi T______________T

Pack goodie for kids sambil menonton cerita sejoli juga sambil membebel dekat anak buah mandi yuk anak buah ku mandi dah bucuk acham tapi anak buah aku buat dek je rasa nak flip kotak goodies ni hmmm!


Cute gila en bag kecik ni dia macam kertas recycle ada bunga setompok color gitu. Bag kecik ni kakak beli masa wedding dia tapi tak pakai sebab dia bagi wafer masa tu tak muat wafer so adik dia yang cute ni taknak bazirkan terus sumbat gegula chumi dengan mentos.

Untuk mak mak budak macam awak cukup lah seketul mentos kaler kaler boleh gitu? Kakakaka

Senin, Maret 02, 2015

Sebelas Hari Lagi

Pejam celik pejam celik tiba-tiba dah bulan March! rasa macam baru semalam jadi tunang orang tiba-tiba dua minggu lagi dah nak jadi isteri orang. tak ke rasa macam ini semua mimpi? boleh tak sesiapa cubit pipi kanan cubit pipi kiri tapi jangan kuat sangat? boleh tak? T_______T

Screenshot ni pun semalam punya. kira-kira dah nak hampir juga ya wedding kami ni rasa macam nak tercabut lutut sebab takut.

1. takut nak jadi isteri orang
2. takut nak jadi salah seorang ahli keluarga baru
3. takut tetamu pada hari majlis tak seramai yang dijangka
4. takut makanan pada hari majlis terkurang atau lebih.
5. takut nak tinggalkan rumah dan duduk dengan suami T_____T
6. TAKUT BAJU KETAT SEBAB BERAT BADAN BERTAMBAH SECARA MENDADAK!

takut T_____________________T

lagi-lagi point nombor enam. tak sangka aku dah makin gemok dan membesar dengan sihat sampai baju pun dah tak muat T_T pergi fitting baju tu ketat macam sarung betik engko tahu tak. sedih ...

jadi dalam masa dua minggu ni, mampu ke?

Rabu, Februari 04, 2015

Ais kacang special Pantai Merdeka

Dua minggu lepas abang kita share mereka sekeluarga makan ABC tinggi gilaaaa macam KLCC dekat Pantai Merdeka Sg Petani terus la kita pun sana nak menggila tengok ABC tinggi macam KLCC dekat situ rasa nak terus terbang pergi sana tapi akhirnya semalam dapat lah jugak merasa yey!

Hello? 

Sesambil datang Butterworth untuk antar adik kita balik kolej dia, sempat la kitaorg pecut pergi pantai merdeka dulu dengan abang and family dia ke sana. Hmm sampai-sampai sana cari lah gerai paling tamai orang sebab abang makan dekat situ dua minggu lepas tapi VERY NOT RECOMMENDED!!! Sangat rude, kurang ajar berlagak poyo tolak rezeki ! Kedai tu kedai no 12 ingat okay

Hanya kerana seorang liyana dan syafarwati (adik iols) nak makan nasi paprik dan kedai no 12 tu tak buat nasi paprik dan dia tak nak order di kedai lain! Tanya dekat kedai lain, kedai tu takut nak ambil order. Takut gerai no 12 tu masam muka. Abang siap minta owner kedai no 12 tolong orderkan kat kedai lain end up dia boleh dengan berlagaknya cakap "takpe abang cancel order je la"


Pheww belagaknya :) btw kitaorg makan gerai no 10 and total 2 mangkuk ABC dan 3 pinggan mee udang, 2 pinggan nasi goreng udang and 2 pinggan nasi paprik semuanya RM98. Sedapppp!! And takde lah sakit hati kan lepas tuuu

Hmm not bad eh? 

Selasa, Januari 27, 2015

Tips mudah hafal sifir 6-9

*hembus-hembus habuk dalam blog*

Selamat pagi pembaca jika terbaca apa khabar semua harap-harap sihat selalu manis mukanya dan cantik selalu ye jadi hari ini kita tiba-tiba nak letak cara mudah hafal sifir. Kan? Tetiba nak letak cara mudah hafal sifir pula kahkahkah T.T

Okay siapa dekat sini susah nak hafal sifir biasa lah kalau lirik lagu kpop tu senang je masuk kepala ni tapi bila sifir terus cari handphone buka kalkylator. Mari sini kakak yiying ajar ciked

Padahal sebenarnya jumpa tips ni dekat facebook. Kelak ada anak boleh ajar anak jadi adi putra budak pandai matematik tu. Biarlah ami dia tak pandai matematik asalkan anak ami kelak bijak matematik kah T.T




Sebenarnya sifir 9 kacang goreng je kannnn! Yang lain tu hmm

Jumat, Januari 02, 2015

Bila bridal buat taik

Selamat tahun baru 2015 !

btw siapa sangkakan kita nak bergembira nak nampak cantik dan classy di majlis persandingan sendiri tiba-tiba bridal/mak andam/catering buat taik pula masa majlis kan? mesti seram gila sama macam saya sekarang ni saya rasa macam nak koma lagi 72 hari lepas tu badan pula makin mengembang nafsu makan makin melampau bertambah risau apa bentuk rupa kita masa majlis nikah/sanding.

inikan lagi dah upah orang tu nak minta servis terbaik dari dia tiba-tiba yang dapat hanyalah seketul najis. hmmm

Terbaca status fb seorang mangsa bridal taik ini di sini  pilu sangat tengok hasil yang dia dapat masa wedding dia. minta tema retro/vintage, memang betul-betul retro dia bagi T________T






Mungkin ada orang kata nak konsep retro betul lah dia bagi retro tapi kalau harga cenggini baik sewa diy sendiri je hmm nasib baik bukan bridal kita tapi kita risau juga ini apa-apa boleh terjadi, Allahu, semoga majlis kami nanti berjalan lancar and bridal yang saya tempah tak amik untuk macam bridal ADEEP COUTURE DECORATION ni

Dan buat saudari Ziela Abu Samah dan husband, sabar tau. kalau lah terjumpa blog ini, kita pun rasa nak tendang orang tu sampai cappodocia hmm
Loading