Tampilkan postingan dengan label wedding preparation. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label wedding preparation. Tampilkan semua postingan

Selasa, Maret 03, 2015

Sepuluh hari lagi

Sepuluh hari lagi T______________T

Pack goodie for kids sambil menonton cerita sejoli juga sambil membebel dekat anak buah mandi yuk anak buah ku mandi dah bucuk acham tapi anak buah aku buat dek je rasa nak flip kotak goodies ni hmmm!


Cute gila en bag kecik ni dia macam kertas recycle ada bunga setompok color gitu. Bag kecik ni kakak beli masa wedding dia tapi tak pakai sebab dia bagi wafer masa tu tak muat wafer so adik dia yang cute ni taknak bazirkan terus sumbat gegula chumi dengan mentos.

Untuk mak mak budak macam awak cukup lah seketul mentos kaler kaler boleh gitu? Kakakaka

Senin, Maret 02, 2015

Sebelas Hari Lagi

Pejam celik pejam celik tiba-tiba dah bulan March! rasa macam baru semalam jadi tunang orang tiba-tiba dua minggu lagi dah nak jadi isteri orang. tak ke rasa macam ini semua mimpi? boleh tak sesiapa cubit pipi kanan cubit pipi kiri tapi jangan kuat sangat? boleh tak? T_______T

Screenshot ni pun semalam punya. kira-kira dah nak hampir juga ya wedding kami ni rasa macam nak tercabut lutut sebab takut.

1. takut nak jadi isteri orang
2. takut nak jadi salah seorang ahli keluarga baru
3. takut tetamu pada hari majlis tak seramai yang dijangka
4. takut makanan pada hari majlis terkurang atau lebih.
5. takut nak tinggalkan rumah dan duduk dengan suami T_____T
6. TAKUT BAJU KETAT SEBAB BERAT BADAN BERTAMBAH SECARA MENDADAK!

takut T_____________________T

lagi-lagi point nombor enam. tak sangka aku dah makin gemok dan membesar dengan sihat sampai baju pun dah tak muat T_T pergi fitting baju tu ketat macam sarung betik engko tahu tak. sedih ...

jadi dalam masa dua minggu ni, mampu ke?

Selasa, September 23, 2014

Preparation : Sewa Dewan area Gombak

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Oktober , November , Disember , Januari , Februari dan 14/3/2015 pun akan menjelma! Ya ampun skeri gilaaaaa weh dah lah banyak benda tak buat lagi. ET pun tak pergi lagi kursus kahwin. CT takpe dia dah pergi awal-awal masa kakak dia nak kahwin dulu. Cepat lah ET !! Nak kahwin ni, nak jumpa imam lagi :')) 

Memula plan nak buat dekat rumah, nikah and sanding tetapi bila fikir dah dua majlis buat dekat rumah and jiran pula hantu(rumah kosong) dan ada yang tak sefriendly orang lain maka pemilihan dewan lebih afdhol T_________T


Sebenarnya tak yakin pun ada dewan sebab selalunya baca review B2B area gombak yang cari dewan mesti kata kene sewa setahun sebelum majlis. Dewan beringin ni pula paling dekat maka memang sentiasa full sahaja. Dan kebetulan bila pergi semalam, tarikh yang kita nak tu sahaja yang masih kosong! Lain-lain dah penuhhh. Awaaaa, saia ta kuaddd T-T Akhirnya confirm dekat dewan :') Dan sedang mencari pakej bajet dewan lengkap. Takutnya, baju pula takda saiz T_______________________________T

Kamis, Juli 10, 2014

Idea untuk hantaran pertunangan

Selepas berkenalan dan beehubungan selama 7 tahun akhirnya seorang liyana dan seorang faweez memutuskan untuk melangkah ke arah yang lebih serius. Iaitu ke alam pertunangan pada shawal ke 6. Oleh kerana saya bukan orang yang jenis kreatif dan inovatif , saya tidak tahu macam mana rupa hantaran saya kelak

Tetapi si dia punya eksited nak tunang tu awal bulan julai pun dah siap. Saya masih terkial-kial lagi T.T

Belek-belek instagram ternampak hantaran di dalam screenshor tersebut , hati aku dah terpaut. Rasa nak pergi kedai barang kahwin , beli bunga halus tu je. Dah , hias je lah dengan reben ke apa ke kalau kosong pun okay.

T.T

Pening

Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !