Jumat, Maret 06, 2015

Semakin dilupakan


Suatu masa dahulu sebelum pukul 00:00 4 Mac , mesti dah ada orang wish bufday kita tapi apakan daya tahun ni macam semua lupa cuma encik tunang terkecuali pukul 10:30pm dia dah msg happy bufday en bufday en bufday en bufday en. Nape eja birthday jadi bufday? Ni mesti pengaruh budak sekolah hmm!


Jadi tahun ini sudah 26 tahun dan lagi beberapa hari je lagi nak jadi isteri orang. Wah macam tak percaya T.T

Nak menangis bawah katil jap T.T


Rabu, Maret 04, 2015

Menyesal beli dari Poplook!

Untuk bibik di hari majlis persandinganku nanti, aku rekues kaler lilac/lavender/light purple atau nama senang dia pepel cair je lah confident memasing order dekat poplook en bila nampak design and warna yang menepati citarasa pengantin en


Dalam gambar beginilah design dan colornya, memang menepati citarasa betul color pepel cair ni okay lah dah boleh la order dekat poplook ni en , memasing pilih color tapi design lelain gitu. Lepas tu bibik 1 dengan 2 dah dapat la baju memasing lepas tu memasing terkedu.


RUPANYA BILA SAMPAI BUKAN KALER PEPEL CAIR TAPI KELABU TAIK ITIK ADE PEPEL CIKED BAGI ILUSI MEMANG TAK SAMA LANGSUNG DENGAN GAMBAR . Aduhai kene tipu ke apa dengan poplook ni? Kakakakakah! Sakitnya hati kita T_____________T

Kesian la dekat bibik-bibik kita nak baju poplook tapi bila dapat macam poop je envhmm

Hampanya kalau harga rm10 takpe lagi ini harga dia RM109 tiba-tiba dapat color macam ni aduhai baik kami beli dekat carefour. Sumpah sedih dengan poplook ni 

Siap dalam syarat takleh tukar kalau color tak sama macam gambar TAPI MASALAH DIA KENAPA LAIN SANGAT DENGAN GAMBAR!! Kenapa?


Selasa, Maret 03, 2015

Sepuluh hari lagi

Sepuluh hari lagi T______________T

Pack goodie for kids sambil menonton cerita sejoli juga sambil membebel dekat anak buah mandi yuk anak buah ku mandi dah bucuk acham tapi anak buah aku buat dek je rasa nak flip kotak goodies ni hmmm!


Cute gila en bag kecik ni dia macam kertas recycle ada bunga setompok color gitu. Bag kecik ni kakak beli masa wedding dia tapi tak pakai sebab dia bagi wafer masa tu tak muat wafer so adik dia yang cute ni taknak bazirkan terus sumbat gegula chumi dengan mentos.

Untuk mak mak budak macam awak cukup lah seketul mentos kaler kaler boleh gitu? Kakakaka

Senin, Maret 02, 2015

Sebelas Hari Lagi

Pejam celik pejam celik tiba-tiba dah bulan March! rasa macam baru semalam jadi tunang orang tiba-tiba dua minggu lagi dah nak jadi isteri orang. tak ke rasa macam ini semua mimpi? boleh tak sesiapa cubit pipi kanan cubit pipi kiri tapi jangan kuat sangat? boleh tak? T_______T

Screenshot ni pun semalam punya. kira-kira dah nak hampir juga ya wedding kami ni rasa macam nak tercabut lutut sebab takut.

1. takut nak jadi isteri orang
2. takut nak jadi salah seorang ahli keluarga baru
3. takut tetamu pada hari majlis tak seramai yang dijangka
4. takut makanan pada hari majlis terkurang atau lebih.
5. takut nak tinggalkan rumah dan duduk dengan suami T_____T
6. TAKUT BAJU KETAT SEBAB BERAT BADAN BERTAMBAH SECARA MENDADAK!

takut T_____________________T

lagi-lagi point nombor enam. tak sangka aku dah makin gemok dan membesar dengan sihat sampai baju pun dah tak muat T_T pergi fitting baju tu ketat macam sarung betik engko tahu tak. sedih ...

jadi dalam masa dua minggu ni, mampu ke?

Loading