Rabu, Desember 07, 2016

Pengalaman melahirkan anak sulung

Pengalaman melahirkan anak sulung. Ye mungkin selepas ini ada pengalaman melahirkan anak kedua ketiga keempat kelima keenam ketujuh kelapan kesembilan dan kesepuluh?! Siapa tahu? Ajal maut rezeki semuaaaaaa di tangan Dia. Kita hanya mampu merancang ( 2 laki satu pompuan pun cukup la) Hahshshsshs

Jadi pada 30 Disember 2015 atau 1 Januari 2016 adalah tarikh estimate date deliver. Waktu tu bayangkan lepas push ke terus masuk 12am then ada bunyi bunga api dekat luar pompompom! Tetapi anak teruna saya ini sungguh misteri orangnya sudahlah masa emak nak scan jantina, dia sorokkan. Tak pepasal emak ingat dia baby girl (T_______T) then MASA SCAN DENYUTAN NADI DIA MENYOROK JUGA SAMPAI BERGONCANG PERUT AKU NI HA BILA NURSE CARI SANA SINI DENYUTAN NADI DIA HSHSHSHS AKU DAH RISAU TAHU TAK DAH LA MASA TU DAH 39 MINGGU!

So bila dia taknak keluar 1 Januari tu, 3 Januari emak pun pergi serah diri dekat hospital sebab perut mengeras, bawah dah senak apa semua tapi bukaan baru 1cm. Eleh bukan sakit pun kene seluk tu gaissss! Bayangkan macam suami seluk je lah shhsshhs relax, jangan keraskan badan, jangan kemut! Okay tu tips untuk awak nanti k! Then Doktor suruh balik buat banyak eksesais berjalan dan bersama sidia untuk membantu bukaan pintu serviks tu.
Sempat lah emak dia pow KFC snake plate sambil mengukur jalan dekat Wangsa Walk tu hshshshs and 5 Januari pula adik beradik ajak makan Kenny Rogers sebelom aku kene berpantang kan, so kita pun sedap la bantai air gas sarsi dua gelas balas dendam 9 bulan tak boleh minum air gas hshshshshs ! 

Pagi 6 Januari, rasa sakit yang dah lama tak jumpa. 9 bulan dia hilang tetiba hari ni datang balik haaaa tudiaaaa SENGGUGUT DAH MAIII!! Hshshs tapi mild senggugut la, pergi toilet nampak pula mukus lendir pekat yang lain macam. Selang beberapa jam makin kuat rasa senggugut tu and keluar darah bersama mukus pekat. Okay betul dah ni, ni tanda nak bersalin dah ni. Boleh prepare nak menjerit kalau kalau keluar air ketuban tapi tak! Air ketuban taknak keluar T.T sakit senggugut selang 15min, kejap sakitttttt, kejap hilanggggg....

Lepas maghrib terus pergi hospital selayang. Berharap dapat bersalin 6hb tu la sebab tarikh cantik kan! Tapi baru tahu orang bersalin sulung ni lambat sikit bukaan dia T.T so dalam pukul 11pm lepas buat CTG dengan perut sakit mengeras tu kene baring statik memang sakit la. Berapa kali kene marah dengan nurse sebab bacaan lari sebab aku pusing sana pusing sini T.T doktor decide nak induce terus. Cucuk la sana sini sampai memancut darah, aku pula ingatkan dia nak masukkan air dalam badan sebab kekurangan air ke apa rupanya kene induce T.T

SAKIT SANGAT! 7 jam dalam wad dari 12am - 7am menahan sakit yang emtah takleh gambarkan rasa dia macam tulang belakang macam kene sentap, buah pinggang macam kene tarik, perut memulas mulas. Sampai aku takleh kencing sejak pergi hospital tu T.T dekat katil tu mengiring ke kiri, orang sebelah siap berdengkur dengkur, kita ni tahan sakit sampai rasa nak roboh katil. Tapi aku tak jerit jerit pun. Cuma mcm mengeram je la. Hmmmm huhuu sakit nurseeee.... Masa tu handphone pun rasa nak baling, dah takde nafsu nak main handphone scroll fb ke apa T.T hshshshs sampai satu tahap aku minta ubat tahan sakit tapi takde kesan pun! 

7 Januari 2016 Pukul 6.45am doktor datang check bukaan dah 8cm, kelam kabut dorang siapkan LR and tukar katil apa semua. Nampak la banyak darah and air dekat atas katil yang aku baring tu. Scary betul  weyy! Suami pula baru sampai hospital and tengah beli air dekat vending machine depan wad tu sampai tak perasan isteri dia lalu belakang dia hsshhash 

7.30am masuk labor room, sambil baca laillahaillaantasubhanakainnikuntumminalzolimin, sambil whatsapp group minta maaf minta ampun, sambil contact suami suruh pergi LR cepat cepat, sampai kene marah dengan bidan sebab main phone dah waktu sakit tahan kontraksi rasa nak baling handphone kan tak sempat la nak main T.T 

7.45am bidan check dah fully dilated then pecahkan ketuban nampak air dah keruh T.T BABY DAH BERAKKKKKKKKKK! 7.50am rasa kontraksi dah datang terusssss teran 2 kali tanpa suami disisi, tetiba rasa panasssssabje kat bawah. Maka keluarlah MUHAMMAD ALFI FAYYIZ BIN MUHAMMAD FAWEEZ IQRAM dengan berat 3.03kg. alhamdullilah syukurrr sihat walafiat anak inihihihi kelakar part ni bila bidan angkat baby, baru suami sampai kat LR pastu dedua blur tengok celah kelangkang hitam. Ooo boy rupanya ingatkan girl. Hshshshshs hilang semua sakit tengok anak depan mata. 

Sesi jahit menjahit pun bermula lepas keluarkan uri. Senang, syukur sangat semuanya dipermudahkan. Dapat bidan and nurse semua perempuan. Uri keluar cantik, jahitan senang tanpa masalah kulit lembut macam soya sambil dijahit, nurse bagi roti telur (padahal org kata pantang telur T.T) sambil diaorg offer milo ais. Kuajak ngat tauuu! Sambil kene jahit, sambil makan roti telur, nurse hulur baby suruh susukan. Kekok gilaaa! Nurse siap picit nenen, ade la setitik dua lepas tu nurse puji puji kata banyak susu. Pandai kan dia saiko ibu muda cam ni hshshs be positif la ibu ibu. Memang susu tak terus memancut sebab baru je bersalin kan? Atleast 3-4 hari baruuu la susu banyak or macam kita minggu ke 2-3 la baru nampak ada susu memancut. Sekali dua juga la bengkak susu tapi tuam dengan air panas. Kita tak pam masa pantang. So tatau kuantiti bape.

Dalam pukul 9.00am setel semua dekat LR, kene turun dari katil sendiri duduk dekat wheelchair, sambil bawa baby yg tengah menyusu masuk wad. Sampai tepi katil, tetiba dengar bunyi POP! Maka banjir lah area katil dengan air kencing T.T berapa punya lama daaa simpan, bercampur la dengan darah apa semua terpaksa la mandi , jalan terkedek kedek masuk toilet. Alhamdullilah suami seorang yang penyabar, dia la yang lap air kencing wife dia tu sebab cleaner lambat sangat takut orang lain tak selesa hihihi tq baby. Sorry susahkan u T.T

Alhamdullilah total 3 hari 2 malam dekat hospital selayang cuma RM33 je ! Tak mampu pergi swasta maka terpaksalah redha kene balik rumah sebab takde katil kosong dekat wad, kene tunggu lama dekat PAC, kene seluk dengan doktor lelaki, kene makan makanan bukan berpantang . Itulah semua dugaan dan ujian untuk menjadi seorang ibu. 

Tamatlah pengalaman melahirkan anak teruna ku ini. Panjangnya ! Mesti tak sanggup nak baca kannn? Shahshshs




Minggu, September 18, 2016

Sakit bersalin?

Kalau awak pernah terseksa sebab sembelit, awak bayangkan sakitnya bersalin tu berkali ganda dari sembelit. Dan jika anda sering mengeluh period pain, bayangkan sakit contraction tu berkali ganda sakitnya berbanding period pain.

Alhamdullilah dah pernah rasa. Dan mungkin takkan pernah serik jika diizinkan untuk kali kedua, ketiga HaHaHahHa

Walaupun sakit! Tapi nikmatnya tak terucap dengan kata-kata. Orang kata sakit dalam sedap T.T

Tertengok gambar gambar ni teringat 8 bulan lalu masa sakit melahirkan anak sulung ku T.T 

Nak kene tulis dalam blog supaya anda boleh tahu! Hahahaha

Senin, Agustus 01, 2016

Set pantang NR

Lepas bersalin hari tu aku memang guna set berpantang NR je Entah macam lebih dipercayai. Walaupun mahal namampos tapi berbaloi (rasanya) harap sentiasa sihat luar dalam dan suami sayangggg la kan huahuahua 

so lepas 6 bulan berpantang ni aku takde pun tambah stok akar herbanika ke phytonatal ke kiranya dah habis tu habis lah kau situ sebab mahal kan aku bukan kerja takkan nak harap duit laki je so aku just makan maajun anggun bestari sebagai perancang and rancang sendiri. Fuh harap dapat lah jarakkan dua tiga tahun walaupun dalam hati rindu nak pregnant lagi wkckckckc

Tapi biarlah stabil dan alfi fayyiz pun puas bermanja dulu. So hari ni aku tetiba cam rasa ada keputihan lak lepas period aritu. Teringat nak beli sumber ayu pencuci faraj tu tapi aku fikir-fikir baik beli barra gel NR je kan sebab NR best kut?

Malam terus aku ajak laki aku beli barra gel. Fuh balik rumah terus terkam.. Barra gel tu pastu puas hati sebab masa basuh ehem tu takde rasa apa, siap meruang sekali pstu bila dah lelama rasa cam sejuk cam ah tak tahu nak cakap la tapi best gilaaa

Berbaloi la beli 💕💕💕

Kejap untuk tatapan aku dimasa akan datang, aku nak share produk NR ni sebagai bahan bacaan aku nanti. Biasa la dah ada blog kene lah gunakan medium ini ye dak? 

HERBANIKA LULUR (belen masa pantang ni ada lagi weh)

Khasiat :-

membantu menegangkan payudara yang kendur. memecahkan lemak serta lendir yang degil dan mengembalikan kepejalan badan. pembersih antiseptik yang membantu mengatasi penyakit dan mempercepatkan pemulihan serta mengatasi penyakit kebas, mudah sejuk, urat saraf serta peluh yang berbau. mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di sendi, otot, urat saraf dan urat-urat timbul. membantu sebagai penyegar dan penyental kulit daripada dakit mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat.

Cara penggunaannya :-
selepas mandi, duduk atas tikar atas plastik dan mulai lulur seluruh badan seperti berikut :
1-2sudu besar HERBANIKA LULUR di campur dengan air panas suam serta sediki AIR FLORIDA. Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki dan belakang. Guna air florisa untuk lulur supaya tidak bertepek-tepek. Sapu kaki dan tapak kaki dengan air florida.

AKAR HERBANIKA ( serius sedap! Aku nak beli la benda ni. Aku habis sekotak pastu tak restock sbb mahal kan :(

Khasiat :-
menyegarkan urat saraf dan membantu mengeluarkan susu segar dan pekat. ia dapat mengurangkan air yang berlebihan dalam badan. melawaskan pembuangan air kecil, meringankan badan, membantu memecahkan lemak yang degil dan mengurangkan keletihan serta sakit-sakit sendi. juga untuk mengawal bau badan.

Cara penggunaannya :-
ambil satu paket AKAR HERBANIKA dicampur dengan satu cawan air panas. jika terlalu pekat bolehlah ditambah air sehingga ia menjadi seperti air teh cair. Boleh di campur dengan gula batu ataw madu lebah jika perlu. minum air akar herbanika suam-suam panas sebagai ganti minuman biasa. sehari 3-4 cawan.

BARRA GEL ( baru pakai sekali harini)

Khasiat :-
Sireh adalah terkenal dengan ciri anti-septik dan agen pembersih. Formula yang diperkaya dengan herba-herba terpilih adalah baik untuk melegakan dan melembabkan dan juga menyokong penstrukturan komponen tisu. Ia memberikan keselesean dan kesegaran seharian.

  • Cara pengunaaannya :-
    • Cucian harian untuk kebersihan peribadi seluruh keluarga
  •  

    • Digalakkan penggunaannya selepas datang haid dan semasa mengandung.
    •  


KRIM HERBANIKA BARUT (ada lagi belen lps pantang)

Khasiat :-
mengecutkan rahim,mengeluarkan darah nifas dan kotoran dalam rahim. mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan, parut dan jalur pecahan pada kulit. mengempiskan perut buncit dan merampingkan pinggang.

 Cara pengunaaanya :-
Serbuk - Campurkan 1-2 sudu besar Serbuk Herbanika Barut dengan 4 sudu besar asam jawa tanpa biji dan air yang mencukupi di dalam periuk tanah.Panaskan dengan api yang perlahan dan kacau sehingga sebati. Seeloknya tidak terlalu cair atau pekat.Lumurkan Minyak Herbanika kemudian sapukan Herbanika Barut ketika suam ke pinggang, perut dan bahagian ari-ari.Pakailah bengkung.Dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.Pada waktu petang, bersihkan dan pakai semula seperti cara di atas. Gantikan dengan bengkung yang baru atau bersih.Pakai sepanjang malam.Seeloknya memakai Serbuk Herbanika Barut pada sebelah pagi dan Krim Herbanika Barut pada sebelah petang atau memilih salah satu.






Senin, Juli 25, 2016

Ragam bayi 6 bulan



Ragam anak pabila menjejak usia 6 bulan tepat 1 syawal lalu mula berubah daripada seorang bayi pendiam kepada bayi yang lebih ceria (hmm!) . Alhamdullilah selamat juga membawa dia berkunjung ke rumah saudara belah suami aku dekat Muar sana. Dua hari satu malam je tapi penat dia bukan kepalang.

Sekembalinya pulang ke Meru mula lah bayi ceria ini bertukar bulan. Selalunya waktu siang hulur nenen terus tidur tapi kali ini hulur nenen, dia akan berteriak menjerit meraung bergulung-guling setiap kali nak tidur. Hanya waktu siang. Macam kene dera T.T 

Wkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwkw

Hampir hilang pedoman juga emak dia ni dibuatnya. Tapi nasib baik duduk rumah mertua so mak mertua lah yang tidurkan dia dalam bilik aircond. Boleh la 2 jam dia tidur swpanjang siang tu T.T

Masuk minggu ke2, aku dah bijak sikit. Setiap kali dia tunjuk perangai yang boleh buat emak hilang pedoman aku terus pasangkan surah ruqyah dekat tepi dia. Terus mata stim dan tertidur sendiri. Jadi disini aku akan gunakan senjata aku untuk menidurkan dia. Tapi ada satu hari dia taknak juga maka aku guna bom atom iaitu bedung dan tertidur lah dia 3 jam straight hmmm

K lah next time nak cerita pasal pemakanan dia plak. Peduli lah takde yang baca pun !!!






Selasa, Juli 19, 2016

Kenapa perempuan tolak poligami

Sedih la pepagi lagi aku dah terbaca conversation orang bermadu ni. Suami sibuk layan isteri kedua, isteri pertama dengan anak 5 orang duk rindu kat dia sebab tak balik-balik. Isteri kedua kaki kongsi semua benda nak kongsi, keluar makan dengan suami pun kongsi kat FB kecik hati isteri pertama tengok gambar mesra dorang.

WEH SUMPAH SEDIH RASA NAK NANESSSS JOM LA NANES SESAMAAAAAAAA T.T


Copy dari IIUM CONFESSION - BM

Thanks admin sbb approve penulisan aku ni. Thanks jugak yg sudi bagi pendapat & support aku. Aku nak kan semangat je

Salam & hi korang. Aku istri pertama, ye suami aku ada dua bini. Bini ke dua mmg lagi cantik & muda dr aku. Hati aku? Tak dpt aku gambar kan

Aku ada 5org anak, semua comel comel & memang semua bijak pandai. Suami aku baru nikah dgn madu aku tu setahun lps. Ye aku tahu. Aku sndiri terima dgn hati terbuka. Dari dia org buat maksiat blkg aku, aku bagi je izin dorg kawen. Aku taktau sakit nya macam ni, sungguh aku taktau. Sakit sangat. Walau pun aku tahu aku sndiri yg bagi. Tp…..

Ye madu aku tgh pregnant skrg ni, dia muda & org ipt macam korg. Aku? Dulu bljr mdrsh je. Aku tahu aku tak brp pndai nak bandingkan dia. Aku lahirkan anak anak aku secara czer, yg last ni aku dah ikat. Sbb doc kata bahaya utk rahim aku. Yg bongsu ni umur 2 tahun. Comel sangattt  hihi aku syg anak anak aku.

Tp sejak kebelakangan ni suami aku pelik, dia tak berapa hiraukan aku. Mungkin penat sbb madu aku tgh pregnant. Tp aku perlukan perhatian jugak. Asyik pergi umah sana je. Anak anak aku tanya, ummi! Abiy mana? apa aku nak jwb? Aku kata, abiy keje ngan mommy kat luar. Anak anak aku mmg kenal madu aku ni.

Aku sedih, bila mana madu aku upload gmbr sweet sweet dgn husband aku. seronok aku tgk, tp airmata aku jatuh. Aku sedih. Aku rindukan suami aku yg dulu. Yg selalu ada dgn aku. Mana dia pergi? Kalau sape sape jumpa, bgtau dia. Aku rindu ni. Hmm

Dulu aku ingat lagi, aku kawen ngan dia, motor je ada. Dr kena brhenti keje sampai dah ada keje sampai dlu takde business skrg dah ada business sndiri. Aku senyum je ingat balik kenangan kita semua. Abiy ingat tak agak agak nya ye?

Ye, madu aku sama. Pakai niqab. Budak uia. Aku tahu dia baik, tp hati aku ni knp tak baik baik. Hmm aku cuba redho. Allah kuatkan aku

Aku ingat lagi, dulu abg kata abg takkan dua kan saya. Abg akan sygkan sy sampai bila bila. Tp lps saya ikat & tak dpt mengandung abg tak nak saya dah ke? Abg tahukan, saya perlukan suami disisi saya, saya tahu abg mungkin dah lupakan saya. Abg pun jarang balik & jenguk anak anak. Hmm

Harini anniversary kita, abg tak wish pun. Syg tgk kat fb abg, abg upload pergi makan dgn dia. Happy nya abg. Hmm takpe lah. Mungkin abg terlupa, mana tahu kejap lagi abg balik surprise kan syg kan? hihi tak sbr nya.

Abg.. Ingat lg tak dlu? kita naik motor sama sama sampai anak 2 org, berpanas berhujan. Kita redah je. Abg ingat tak yg dlu kita pergi zoo bwk anak anak, kita amek gambar sama sama. Abg ingat tak? Yg kita gelak kan iman sbb dia kena kejar monkey tu. Lawak kan abg? Mana abg dlu? Syg rindukan abg yg dlu. Kalau ada sesiapa jumpa suami sy, suruh lah dia balik. Sy rindu ni.

Ingat tak dlu, tiap kali abg demam, abg mintak nak bubur syg masak. Sedap kata abg. Kalau abg tak sihat, abg balik lah. Syg masakkan lg utk abg. Abg makan bnyk bnyk tau. Biar gemok hihi

Abg.. syg rindu ni.. raya pun abg raya dgn dia.. syg tak marah, syg cuma rindu… Syg tahu, abg slalu mrh kat syg sbb syg suka bebel.. syg slalu merajuk.. syg suka nangis.. syg janji tak buat dah..

abg balik lah.. syg kesian tgk anak anak.. syg sedih tgk anak anak tnye abg.. baju raya abg pun tak sempat abg pakai lagi.. masih tergantung dlm almari tu.. hmm

kalau abg dah tak marah, abg balik tau.. Kalau intan ada baca ni, suruh lah abg balik intan… kakak rindu.. anak anak rindu… Kakak tak marah intan & abg..

Kalau ada yg jumpa suami aku, suruh dia balik.. kami tggu..

Istri mu yg merindui

– Insan pilu

INI LAH PUNCA UTAMA KENAPA SEMUA PEREMPUAN TOLAK POLIGAMI. FAHAM TAK?????

Minta jauh la dari aku dan family aku berdepan dengan kaki kongsi mcm ni. Allahu T.T

Senin, Juli 18, 2016

Eczema : kesan steroid pada kulit

Sejak menjadi seorang emak ni kita memang paling risau bila anak naik ruam sampai kulit menggelupas merah dia pun naik tak selesa kita yang tengok ni pun tak selesa. Paling risau kalau dia ada eczema sebab aku dengan suami takde masalah eczema tapi adik ipar aku ada eczema yg agak teru. Sekarang dia dah 16 tahun . Sedih tengok kene guna ubat steroid tu pastu nak makan seafood pun takut T.T

Masa ni risau sangat bawa dia pergi jumpa PAED, mmg dorang bg ubat base steroid la. Pegi sana je RM100. Tapi Sampai skrg ubat tu banyak lagi. Aku pakai sikit je sbb suami bising masa tu aku taknak letak tapi alhamdullilah ruam dia tu tak melarat and sekarang bebas ruam panas. Moga kulit dia kuat mcm kulit emak dan bapak dia huhuhu

So kita dah dapat keizinan untuk share pengalaman akak ni yang mempunyai masalah eczema sejak berumur 4 tahun sehingga lah dewasa :(


Assalamualaikum...tergerak hati nak bercerita pasal kisah saya kat sini untuk rujukan parents atau sesiapa yang ingin tahu pasal apa yang steroid dah lakukan pada diri saya sebab tgk..banyak lg parents dan org kat sini still recommend steroid untuk rawatan mereka...

Seingat saya,saya memang ada ekzema dari 4 tahun...time ni dah tepek dgn cream putih dlm bkas bulat tu...n umur 6 tahun saya tibe tibe kene asma...boleh kata every month kene hospital amek gas....benda tu berterusan sampai umur 10 tahun....time tu ekzema still ada  tp berkurang,bila asma da baik ekzema menjadi jadi....n yes memang pernah try cara tradisional tp taktahu plak tu healing crisis jd ingat xserasi...

start sekolah menengah ekzema still xelok...try pergi hospital doktor pakar time form 2...dia beri ubat steroid n yes baik,elok,kulit bersih tp kene consume ubat memanjang,kalau stop lg terok jd..bila kat kolej pergi lg sekali ntuk dptkan ubat sbb tgk xbaik baik n time tu trok sgt,ubat selalu mkn dh xjln...n yes macamnila ubat yang doktor bg(seperti dlm gmbr tahun 2012)....dekat rm700++ kene....kalau tgk btul btul status saya,saya mg xske amek ubat byk tp time tu kunun "nak sihat",jd ikutla ckp doktor pdhal kwn dah nasihat dah...hmm

yes betul,saya xtipu....kulit saya bersih,cantik,putih kemerahan dan gebu org kata...org puji kulit saya cantik,sbb merah putih mcm chibi maruko chan tp hakikatnya saya kenela bergantung dengan ubat ubat ni....pernah saya stop?pernah....stop jadi apa?jadi teruk,garu mcm monyet org kata,bila ubat habis kene renew kene renew...buat perabih duit makpak ja...sampai kdg nk nanges tgk org enjoy takda tgaru garu ke apa bila peluh main lecak mkn seafood tp saya???boleh buat semua tu tp ubat jd peneman setia...smp satu tahap saya nmpk pelipat saya dah mcm org tua,leher kaki hitam berparut...sedih sbb terpaksa pasrah konon nasib saya memang mcmni smp mati

sampaila tibe tibe anak buah saya kene psoriasis tahun 2012 lepas cucuk vaksin...kakak n abg ipar saya sekali je bubuh steroid...lpastu dorg jumpe pasal keburukan steroid ni..diorg stop steroid n gne natural ways..mule mule jadi teruk,semua orang mrhkan dia termasuk saya sebab konon faham perasaan orang yang duk tergaru garu ni...diorang still gune natural ways..diet n pemakanan yang betul..sampaila tiba tiba saya terjumpa pasal cara natural untuk sembuh n pasal kesan steroid untuk ekzema

sebaik dapat tahu pasal kesan steroid pada penyakit kulit ni,terus saya nekad stop dan support kakak saya,dia bersyukur sebab katanya doa dia terjawab oleh Allah untuk gerakkan hati saya...Alhamdulillah..saya ubah pemakanan saya,saya berpantang saya consume ubat homeopathy.memang teruk saya kene healing crisis sebab saya stop 100% steroid n terus ke natural(walaupun sbenarnya kene slow slow stop steroid hakikatnya),malam malam saya garu garu,kulit merah terbakar,mandi pun nanges nanges tahan pedih,kulit kering berterabur sana sini,time malamla waktu paling menakutkan untuk saya sebab waktu ni memang aktif gatal dia...lepastu saya pergi try buat blood test teruk result saya sampai orang tu cakap"i xpernah jumpe result allergy test orang macmni"...dalam hati saya biarla teruk dulu drpd kene bergantung pd ubat..,saya nak pulih saya nak sembuh...saya nak mcm org lain....nak aktif bersukan,nak berlumpur nak makan seafood nak bela kucing...saya taknak ubat dah...saya nak kulit cantik tnpa perlu bergantung pada ubat...

yes,tangan saya berkedut mcm org tua time tu pdhal umur baru 19 waktu tu....org kata kata saya"dahla tangan macam org tua",ada yg housemate saya dia bw kucing dlm rumah,saya ckp saya xle ada kucing,saya tunjuk result kat dia,dia tulis kat twitter dia"haih taktaula nak kesian ke nak gelak bila dia tnjuk psl penyakit dia"...tp saya redha,biarla org cakap apa,saya taknak doakan diorg kene juga mcm saya sbb saya tahu azabnya sakit ni...niat saya nak sembuh untuk memudahkan urusan saya,mudahkan melakukan kerja kerja rumah untuk parents saya,cuci pinggan kemas rumah semua...

skrg da 22 saya masih dalam proses pemulihan tapi lagi better dari sebelum ni,kulit muka dah bersih sebab kurg tepek steroid sebelum ni,tinggal kaki dan tangan je,bdn alhamdulillah takda...anak buah saya Alhamdulillah dah sihat mcm dalam gambar tu...kalau dulu selalu merengek nangis melepet kat mak dia tp skrg dia dah boleh makan seafood,ayam,telur semua,buas,nakal suke buli saya hehe!Alhamdulillah....

sekarang saya banyak share pasal maklumat ni kat orang ramai..smp org ingt sy nk jual produk pula hehe
saya share sebab saya kalau boleh taknak sesiapa lalui apa saya lalui sekarang ni....tak kisahla untuk parents yang ada anak ekzema or untuk diri anda sendiri,,,steroid will harm u...saya xckp atau anti dengan ubat doktor ye,ada certain case memang kene gne ubat hospital,tp kalau eczema,steroid is not the best choice.now I choose homeopathy instead of steroid cream....biar bersih,detox badan saya,Dan pulih sepenuhnya InshaAllah

n last but not least thankz untuk akak akak admin dan doktor yang aada dalam ni sebab wujudkan group ni dan share info info yang berguna untuk rujukan...files memang tiptop dan berguna sangat....saya waktu mule mule join sini perkara pertama saya buat adalah research...saya baca files files,baca komen komen dan buat rujukan....taktahu apa baru tanya,jawapan saya nak takda dalam group,baru saya tanya...Alhamdulillah takda kene marah mcm org selalu cakp...sepanjang saya baca komen,org org yg selalu ditegur ni mereka yang xbaca files dan yang recommend steroid/chemical cream,mereka ni mrh sbb dah lalui semua ni dan xnk perkara sama berlaku kt org lain...kalau mereka 24jam nk "menyinga",saya rs sayala mangsa paling mudah sbb saya lg muda dr mereka ni tp Alhamdulillah xpernah sekali pun kene mrh sebab ikut guidelines kt sini

saya mungkin takkan cerita pasal baik buruk sesuatu benda kalau bukan atas pengalaman saya sendiri....tapi sebab saya dah lalui sakit pahit,dah try ikut guidelines kat sini sebab tu saya berani bersuara..kalau tak saya takkan buka mulut,mungkin saya akan angkat kaki dr group ni kalau ia tak berlaku kat diri saya sendiri atau apa yg disampaikan xbetul dan salah,mmg saya angkt kaki tp Alhamdulillah banyak perubahan yang baik berlaku kat saya..Alhamdulillah skg umo da 22,  saya doakan semua sembuh cepat dan takkan ada sapa lalui apa saya lalui,amin terima kasih semua :)

Alhamdullilah moga sis suhaini semakin sembuh dan bebas steroid dan eczema insyaAllah boleh makan seafooddddd pasni yay!  Jadi korang kalau ada masalah eczema, or anak korang ada masalah eczema atau adik kakak emak abang jom kita bantu dorangvmerawat eczema dengan cara semulajadi. Jangan lupa join page kumpulan sokongan eczema di facebook dan baca banyak lagi pengalaman ngeri penghidap eczema dan cara mereka merawat diri in natural ways. InsyaAllah setiap sakit ada ubatnya 💕

Minggu, Juli 17, 2016

Cermin mata patah !


So selepas dua tahun aku pakai spec murah yang aku buat kat kedai cermin mata sebelah mcd taman sri gombak tu maka semalam berakhir la riwayat dia? 

Siapakah saspek yang menamatkan riwayat cermin mata itu? 


Hai ye boleh berkenalan?

Sabtu, Juli 16, 2016

Alkisah nama anak

Muhammad Alfi Fayyiz Bin Muhammad Faweez Iqram 

Panjang betul nama anak aku bila digabungkan dengan nama ayah dia hahahahhaha!

Sebelum bersalin memang tak expect dapat anak lelaki. Kitaorg ingatkan baby girl sebab orang kata pregnant baby girl ni alahan teruk baq ang. Aku alahan teruk sampai lahir la budak kenonet ni. Tiap masa muntah, nak masak untuk suami muntah, bau orang memasak muntah, bau perfume suami muntah.

Memang teruk la sampai berat masa pregnant tak naik-naik. Kene bebel dengan nurse tiap kali checkup.

Ok tadi nak cite pasal nama anak kannn?

So kitaorg sibuk la cari nama baby girl. Memasing nak simple and berciri bunga

Orked
Dahlia
Melur
Cempaka
Lily
Mawar

Sampai tak terfikir pasal nama babyboy eh lagipun nama baby boy susah la T.T 

Okay pastu dah selamat meneran, doktor tunjuk baby siap tanya baby apa ni? Aku masa tu blur habisvtapi aku nampak benda hitam kat kelangkang dia hahahahahah rupanya burung dan telurnya hahahahahah

Jadi sepanjang 7hari berpantang tu aku decide nak bagi nama bermula dengan A sebab aku nak dia jadi orang pertama kat sekolah tu T.T tapi nenek-nenek dia suruh letak Muhammad lebih molek katanya..

Kat JPN pun suami masih teragak-agak nak letak ke tak dan kemudian dia letak juga Muhammad :')

Muhammad Kasih sayangku yang Berjaya . 

insyaAllah amin 💕

Muhammad Alfi Fayyiz

7 January 2016
7.50am
Hospital Selayang

Minggu, Juli 10, 2016

Perempuan menyusahkan #1

Perempuan ni memang suka menyusahkan.

Menyusahkan diri.
Menyusahkan suami.
Menyusahkan keluarga.
Menyusahkan kawan kawan
Menyusahkan kucing !

Tapi masalah utama dia tentulah menyusahkan diri sendiri! 


Contohnya macam aku lah!!!!

Nak cite ni nak cite semalam raya ke4 pukul 10pm aku rasa cam suami emo dengan aku tetiba je hempas bdn kat katil lepas balik raya. Aku ingat dia marah sbb aku nk naik keta kakak aku pastu aku pun sedih tengok dia emo . Memacam la aku fikir sampai tertido ! Suami marah aku la-suami terasa dengan aku la-berakhirnya cinta ini la- sampai mentik air mata aku...

So pagi ni bila dia dah okay baru dia bagitahu smlm dia sakit kepala lepas makn kambing

K

Abis yang aku fikir berbukan sampai nanes nanes tertido tu apa cite?

Senin, April 04, 2016

Wardina Mawar Fareeda dan Fizo Omar

Hello! rindu tak?

So semalam kecoh lah di laman sosial dimana admin facebook pages butik terkenal upload satu video dimana pembeli-pembeli tegar tudung tersebut sedang bergasak lelaki perempuan untuk membeli tudung terbaru keluaran butik terkenal itu dengan harga yang murah. Bergasak bagai tiada hari esok. Bergasak bertolak-tolak lelaki perempuan untuk dapatkan nombor giliran macam orang tak bertamadun. Owner butik pula gembira bukan kepalang dengan sambutan yang menggalakkan tanpa dia sedar dia dah buat harga diri pembeli jatuh macam nangka busuk.

Dan statement kak dina memang tepat.









Oh jangan pula orang kata 'kenapa dengki dengan business kaum sendiri, kenapa tak support kaum sendiri? macam mana melayu nak maju' . Hello kita bukan dengki dengan kejayaan butik tersebut tapi dah besar panjang. pandai-pandai fikir dan ubah ! semoga business butik tersebut semakin maju dan tudung juga semakin menepati syariat 

wow, dah lama blog berhabuk tetiba ada isu best lak nak update? moga istiqomah. sayangggg blog ! okay anak dah bangun nak susuuuuuu :p

Rabu, Februari 03, 2016

Pregnant

Wow berkurun lama blog ini diabaikan? Rasa macam kene masuk kemaskan balik sambil-sambil sibuk menguruskan berak anak teruna kita ni ha! Wow apa dia? Anak teruna? Ye baiklah cayew dah jadi emak orang dah? Unbelivebel betul? Kahkahkah

Jadi hari ini sebenarnya nak buat summary sepanjang kita mengandungkan anak teruna kita ini. Takde lah detail sangat. Mana yang ingat je? So kita mula dengan bulan april yang tetiba tak datang period lepas tu terus gegedik beli UPT test dua kali dua dua positif tapi relax je lagi. So masuk bulan May bila ramai dah tahu mula lah alahan sampai bulan lapan? Puasa pun tunggang terbalik sebab alahan teruk dan masa ni rasa macam mengandung anak perempuan ni sebab bacaan banyak ke arah anak perempuan? Confident sangat

Perut pula mula nampak masa dah masuk bulan ke 6, kalau tak memang nampak macam anak dara je lagi? Kakakah so kita pergi checkup kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Meru dan Klinik Desa Jalan kopi dekat rumah mak mertua ni. Tiap kali pergi checkup lebih suka pergi sendiri. Kekadang suami temankan itupun kita tak suka susahkan dia. Pergi sendiri boleh merayap tempat lain pastu hahaha! 

Entry terakhir pasal minum air gula tu pengalaman pertama minum dan ada kali kedua kene minum sebab berat tak naik?  Alah sedap je air gula tu. Rasa macam ribena dengan twister oren suam je. Kemudian bila dah rasa pergerakan baby dalam perut, kene injek kancing gigi pulak. Tak sakit pun cuma lenguh dua tiga hari la lengan belah kiri ni. Pastu kene kira 10kali pergerakan baby dari pukul 9am - 9pm. Ini paling mengelat sekali selalu hari checkup tu baru kita tick semua hahahaha ! And paling risau kalau baby kurang gerak. Macam-macam benda fikir T_______T

Rasa nak cepat bersalin sebab malas nak kira pergerakan baby ! Boleh gitew kakaka . Hmm Tidur pulak kene mengiring. Memang rindu la nak rasa tidur menelentang dengan meniarap T________T

Minggu ke 34 - perbandingan perut yiying dan husband?

Tapi bila dah bersalin ni benda paling rindu sekali mestilah saat kene tendang, kene kuis dengan siku dan dia sedu dalam perut. Okay nanti nak cerita pengalaman bersalin pulak? Anak dah panggil nak susu :')

Loading