Tampilkan postingan dengan label shopping. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label shopping. Tampilkan semua postingan

Senin, April 04, 2016

Wardina Mawar Fareeda dan Fizo Omar

Hello! rindu tak?

So semalam kecoh lah di laman sosial dimana admin facebook pages butik terkenal upload satu video dimana pembeli-pembeli tegar tudung tersebut sedang bergasak lelaki perempuan untuk membeli tudung terbaru keluaran butik terkenal itu dengan harga yang murah. Bergasak bagai tiada hari esok. Bergasak bertolak-tolak lelaki perempuan untuk dapatkan nombor giliran macam orang tak bertamadun. Owner butik pula gembira bukan kepalang dengan sambutan yang menggalakkan tanpa dia sedar dia dah buat harga diri pembeli jatuh macam nangka busuk.

Dan statement kak dina memang tepat.









Oh jangan pula orang kata 'kenapa dengki dengan business kaum sendiri, kenapa tak support kaum sendiri? macam mana melayu nak maju' . Hello kita bukan dengki dengan kejayaan butik tersebut tapi dah besar panjang. pandai-pandai fikir dan ubah ! semoga business butik tersebut semakin maju dan tudung juga semakin menepati syariat 

wow, dah lama blog berhabuk tetiba ada isu best lak nak update? moga istiqomah. sayangggg blog ! okay anak dah bangun nak susuuuuuu :p

Kamis, Mei 05, 2011

Berjalan² meng-kuruskan lelemak di Sunway Pyramid & Melaka #1.

Selamat petang,

dua minggu lepas, 23hb april adalah hari meng-kuruskan lelemak dan meng-enjoykan diri di sekitar sunway pyramid, er dan melaka (?) fun gegilaaaaaa sebab macam tak sangka pergi holiday dengan teman baik saya, acik zana. jauh okay pergi melaka semata-mata nak tengok senjakala KAHKAHKAH lepas tu orang cakap ruginyaaa pergi tengok wayang buat apa. SABARLAH saya pun menyesal juga tapi nak buat acane HWUAHAH T______T

Pagi 23hb , masuk sunway pyramid terus cari pizza hut. kelaparan masing masing. pilih menu pun macam nak pilih semua sekali nasib baik terfikir nanti ada banyak benda lagi nak makan tak apa kita makan lite lite sahaja. LITE LITE LAH SANGAT kau tengok siap ada ciken wing tu auwwwmm dappnya dia !


LAPAQ, masuk sunway terus order dan makan macam tak makan lima tahun kehkeh

hai cik zana. jemput makan pelisss !

habis makan sekitar pukul 1.30 pergi cari Tutti Frutti. acik zana minta saya ajarkan macam mana beli TF tanpa melebihi RM10 tetapi beliau GAGAL juga. sebab total aku punya baru 9hengget lebih, dia punya sampai sebelas hengget. tak ke mendatangkan marah pada beliau? KAHKAHKAH T_______T

singgah sunway pyramid bukan sebab nak makan semata-mata. ini lah maksud diaaa ! kehkehkeh, ingat lagi entry etude house bagi discount 50% ? saya dah sambau barang sebarang dua produk dari etude house. and terpaksa beli elianto Brightening Eye Zone Treatment Patch untuk bagi zana dapat point, kahkahkah while zana terpaksa beli Etude House Petit Eyeshadow untuk saya dapat point. NAMPAK TAK? sepakat membawa berkat nama dia KAHKAHKAH tapi last last aku jarang pakai. kecuali yang warna kuning tu. TERBAIKK nanti nk buat review kalau ada masa ;))

sebelum bergerak ke Melaka, risau tak sempat cari hadiah terus kiteorg melilau cari hadiah dekat sekitar JJ, lawa kannnnn wrapper tu? harap pengantin tak buang dia HAHAHAHAHAHAH ;p hadiah biasa biasa jeeeeeeeeee. UWUWUWUW

sempat singgah cup-a-bon untuk beli oreo pearl ice blended. risau nanti kehausan boleh kita minum dia. SEDAPPPP tak macam coolblog dekat selayang mall. tak sukaaa ! kedekut gula nama dia HUWHHAHA

ingat lagi entry saya dah beli macarons? sempat lah aku redeem dekat KTM Subang Jaya pada owner dia. terima kasih puan Nomie, sabar menunggu kami dari pukul 3 tak muncul2 huwhaha T_______T

sebahagian hasil dibawa dari selangor ke melaka T_____T


eh ada lagi part ke 2 TUNGGUUUUUUUUUUUU tau *pengsan* ;0)

kbai.

Minggu, September 05, 2010

Sally Banjar Seafood Selayang.

Selamat malam.

hari ini duit habis, mood tak baik. oh rupanya hendak cuti lagi (huwaaa tekanan gila kene ganti banyak kali sebenarnya :( tapi tak apa sila terima sahaja T_T) lepas itu hari ini habis duit dekat sogo. YEY sale merata rata. sakit hati aku tahu tak bila nak ambik barang pun kene berebut haih.

tapi tapi tapi happy sangat dapat beli apa yang di perlukan YEY. dan paling penting dapat makan sedap. maaf, gambar freak. HAHAHA


ini udang sebenarnya tapi macam pelik sikit gambar dia. - udang masak kari sally banjar selayang.

siakap cili padi. (sedap gilaaaaaaaaaaa)


budu + belacan kot? sedappppp gila jugak.

sepinggan udang masak kari. udang dia sangat BESARRRR

alhamdullilah LICIN.
balik sahaja dari shopping dalam pukul 6pm terus booking tempat berbuka dekat selayang. restorang cina muslim seafood kegemaran kami. sedap sangat sangat sampai kan kami sekeluarga menjadi pelanggan tetap tapi macam tak tetap sangat sebab sebulan sekali lah makan dekat sini. PUAS HATI GILA tahu tak? dah lah murah. udang dia saiz xxl, ketam dia banyak gila, ikan siakap dia memang freak sangat kesedapan dia. and menu dia tak banyak ;)

tapi, satu je tak puas hati sebab kedai makan ini cuma masak sahaja. air atau makanan seperti telur dadar, tomyam semua dekat kedai sebelah dia. jadi kami tiada pilihan lah terpaksa beli dekat kedai 'era tomyam' dah lah ehem tak berapa enak, owner dia pun tak friendly (T_T) tapi sebab addict dengan masakan sally banjar terus macam tak kisah lah .

okai bai.

Senin, Agustus 16, 2010

Update : Biskut raya ; Berry Crumb.

Selamat pagi

hari ini hari ke enam saya dalam ofis baru dan hari ke enam kita semua dalam mood berpuasa. serius jadual tidur semua dah berubah, kalau boleh dalam ofis pun rasa nak tidur dan ingat senang jadi orang kuat tidur? :(



HAHA dua hari duduk rumah tanpa sebarang gosip,dua hari juga menjadikan kuih sedap di atas sebagai bahan santapan untuk diri sendiri dan juga keluarga. kuih bernama berry crumb itu pernah saya tunjuk tahun lepas, bukan saya yang buat, tetapi saya tempah. T________T

sebenarnya macam ini, kalau siapa tak tahu waktu saya di UNISEL dulu saya rapat dengan ayunajeeha yang merupakan anak kepada tauke kueh raya. bila ayunajeeha bawak kueh raya balik hostel, anak anak dia yang lain( saya tasnim dan zana ) akan tertunggu tunggu kueh raya yang banyak dari dia. kira heaven gila kalau raya and balik hostel ada banyak kueh raya. semua nya stock sedapgilaaaaaaaaa bukan setakat sedap biasa sahaja tahu?

:(


biskut strawberry bersalut chokolate dan crumb crumb yang crunchyyy
jadi saya dah jatuh hati dengan kueh bernama berry crumb ini, hendak minta resipi macam boleh blah sekarang jadi terpaksa (EHEHEE terpaksa kaw) lah saya beli dekat ayun HAHAHAHA ;p saya nak beli 200biji untuk raya ini.

oh jangan risau, ada banyak lagi kueh lain, anda berminat tak? jika berminat boleh tiggalkan pesanan di ruang comment, dan saya tunjuk sample yang lain, juga saya akan beri link facebook ayunajeeha teruss kepada anda :D
UPDATE : siapa nak pelis isi form dekat sini.
♥ okai bai.

Selasa, Agustus 03, 2010

Makan Makan dekat Pizza Milano One Utama.

selamat malam.

hihi malam malam macam ini ada tak terasa lapar? ada tak ada tak? kalau terasa lapar mari lah tambah lagi rasa itu dengan entry hebat ini ( HAHA hebat apa engkau cakap ni T_T) tapi tak apa, duduk sekarang kita nak pergi meneroka Pizza Milano malam ini. ( aku cari website dia tak jumpa pulak T_______T)


meatball bolognese anyone?
siapa pernah makan dekat Pizza Milano? (er awak, Pizza Hut saya tahu lah T_T) ini first time saya pergi duduk dekat Pizza Milano One Utama tahu? selama ini macam jalan tepi dia, buat muka angkuh tak pandang PM langsung sampai kan saya perasan waiter dia buat muka comel suruh saya masuk PM makan makan dekat situ.( saya tipu, jangan percaya :P )

lastly, encik gula cakap mari lah cuba try test makan dekat sini sebelum tengok cerita garam. sebenarnya saya pernah sekali makan take away PM ini, tapi masa itu cuba makan pizza dia, memang nice. sedap gila tapi kali ini saya tidak mahu makan pizza dia, saya mahu makan gambar dekat atas itu AHAHA T_____T

saya order meatball spagheti bolognese (rm 8.80) kot nama dia, meatball dia macam tak nampak sangat tapi memang sedappp gila ( cairr, teringin lagi T_T) tak rugi saya order. memang delicicicousss gila. spageheti dia banyak and murahhh, meatball ada 6 biji tak silap. besar gilaaaaa


seafood, ada udang, ada sotong, tak ada ketam, tak ada kerang (?)
encik gula order pizza seafood supreme ( rm9.90) , boleh lah sebab saya tak berapa suka pizza bercirikan seafood, tapi dia dah order, kita tumpang nom nom nom lah kan LOL. oh air paling murah adalah berciri soft, lembut air dia. (T_T) rm2.50 sahaja. saya minta mirinda strawberrry and encik gula minta coca cola (T_T)


hai encik gula, suka ya awak makan spageheti saya?
tak apa, lepas ini boleh mintak encik gula belanja and nak order banyak banyak lagiii HAHAHAHAHHAA
sila cuba kalau mahu tahu.
tapi ada yang tak best, saya tak suka waiter dia sibuk jadi bodyguard tepi meja . sibuk lah tak ada privacy bagi aku. HAHAHA T__T tapi service diaorg bagus, mayb sebab itu kot guna nya jadi bodyguard LOL nxt time sila mainkan violin ka pinano ka.
but saya ada baca beberapa komen blogger yg dh makan dekat PM ini, yang ini paling jujur saya penah baca LOL no wonderlah tak ramai orang yang makan dekat situ, kalau tengok PH memang laku habis. pfft tapi spageheti dia memang terbaik :D
♥ okai bai.

Jumat, Juli 16, 2010

Chocolate Teddy Biscuits.

selamat petang.

masa zaman sekolah kan, mesti ada rumah yang jual 'jajan' lepas tu kita berpusu-pusu pergi rumah itu lepas bunyi loceng sekolah. kalau boleh nak berebut-rebut segala 'jajan' dan rasa macam kaya raya gila sampai nak bolot, pergi beli semua 'jajan' dekat situ yang ada dekat situ.

biskut teddy coklat
tak puas hati asyik dapat 'H' dengan 'S' je :(

esok pagi pergi sekolah buat muka berlagak sebab koleksi 'jajan' penuh satu bag. tapi macam sekarang, bila tengok rumah 'jajan' memang terasa nak berebut juga bila tengok adik-adik ulang perbuatan yang sama macam kakak-kakak zaman sekolah dulu (T_T) tapi sebab macam terfikir dah besar, semua pun dah besar terus saya rasa malu . sebab saya tahu saya akan menang dalam acara merebut 'jajan' tersebut (TERHARU)

macam ni lah, siapa pernah makan biskut teddy dekat gambar atas ni? siapa pernah? sedappppp gilaaa kan kan kann lagi sedap dari famous amos tapi tapi tapi dari dulu , dari zaman sekolah yang berpusu pusu dekat rumah 'jajan' sampai sekarang saya memang tak puas hati lahhh. sangat sangat tak puas hati T____________T

biskut teddy coklat
kenapa biskut tu ada 4 ketul je dalam satu bungkus tu? (KECEWA)
tapi nasib baik sedap. dan free sebab merembat dekat kedai kawan apak. keh keh keh, emak esok kita pergi kedai tu lagi. nak rembat biskut teddy.

okai bai.

Kamis, Juli 01, 2010

Cool Blog ; Be COOL with a refreshing BLOG

Selamat petang.

oh rindu sangat nak update belog tapi hari ini adalah hari sangat busy. bukan busy sangat sebenarnya, saja malas nak update nak tengok kawan kawan masuk keluar masuk keluar belog ini LOL anda comel anda comel.

Cool Blog, Be cool with a Refreshing Blog
// nyamm nyamm, dah ada dekat tangan comel itu. habis lah engkauu
tapi tak secomel cool blog. HAA apa dia cool blog tiba tiba kata anda tak secomel cool blog? macam ni, entry kali ini saya nak bawak anda mengembara ke alam jakun nama dia. ini saya bagi anda jangan guna pelis LOL okay sambung lepas itu, tengahari tadi saya sibuk uruskan pendaftaran MUET saya yang dah terlebih due dah. orang lain register 16 June, aku baru nak daftar hari ini LEPAS ITU PENING NAK BUAT SURAT RAYUAN :(

Cool Blog, Be cool with a Refreshing Blog
//psst.. gambar google saja :D
lepas itu, saya pun pergi lah selayang mall dan ternampak cool blog dekat sebelah resipi rahsia, terus macam eksaited cakap dekat emak hari ini tak hendak puasa, nak telan cool blog tapi emak macam tak bagi lah sebab dah pukul 1 petang masa tu lepas itu anda pun percaya yang saya tengah menipu sekarang T_T (padahal dah tercirit makan nasi goreng pedas masakan sendiri masa breakfast )

Cool Blog, Be cool with a Refreshing Blog
//eksaiteddnyaa nak sedut (dalam bi sedut adalah ... okay bai )
haa kejap, hari tu siapa cakap cool blog ini sedap sangat dalam blog dia? siapa cakap? tak sedap pun (T_T) sedap lagi ameco delicioulyly saya. HAHAHAHAHAHHAHAA oh, nasib baik lah website dia comel macam blog saya (tiba-tiba LOL)

Cool Blog, Be cool with a Refreshing Blog
// sekarang cuba teka saya pilih perisa apa?
a) Oreo Blog
b) Bandung Blog
c) Strawberry Blog
d) Chocolate Celup Blog
e) Blog Liyana Lunia HAHAHAHA
Nah pergi tengok ada banyak sangat perisa ais blender ciptaan cool blog . oh dan juga mesin penutup air dia pun cool juga HAHA . dekat BLOG LIYANA LUNIA YANG SENTIASA COOL (tiba-tiba lagi)

okay bai. ♥

maaf, addicted gila babs dengan LOL sekarang T__T . ehem dahh boleh bersurai.

Selasa, Juni 15, 2010

my love ; lily si kerocks.

selamat pagi kesayangan.

terasa macam dah lama tidak merepek, asyik bercerita tentang perkara yang funney funney sahaja keh keh keh. oh ramai tanya dekat mana saya dapat gambar gambar comel yang saya post kan hari itu. tak apa nanti saya bagitahu hi hi hi.

Lily

dua minggu lepas saya berjaya membeli sebuah lily si kerocks yang saya idamkan sangat sangat grr, dah lah comel gila berwarna pepel pulak suka nya saya tengok. tapi ada sikit problem dengan kaki saya yang senget ini bila pakai nanti bahagian belakang kaki mula melecet, itu menandakan kaki saya senget agaknya lah, atau saya memang tak boleh pakai kasut bertutup terus kaki kot atau sebelum pakai saya takut nak amalkan konsep gigi dulu kasut sebelum kasut gigit awak (T___T)


jangan tanya harga, boleh tahan lah habis duit dating tapi tak apa, demi lily ai sanggup berkorban ecewah. okay dah terasa keboringan di saat belog ini macam suram macam tuan dia dah malas nak layan dia dah sebab laptop tuan dia yang tersayang asyik demam terkejut sahaja.

Lily

oleh sebab itu terus rasa nak delete belog sebab macam malas dah nak layan belog, nak delete delete delete delete tapi macam sayang terus simpan balik. oh bulan julai dah kene renew belog grr macam malas nak guna liyanaa.com lagi, nak guna lily.com.my pulak sebab terlampau addict dengan lily si kerocks. KAH KAH KAH

okay bai.

Rabu, Mei 26, 2010

Cita² saya musnah selepas isu crocs berinspirasi kalimah allah.

selamat pagi.

dulu, i pernah bercinta cinta eh salah malas-nak-backspas bercita cita nak beli crocs. eh eh crocs tu apa saya tak tahu T_T okay crocs tu sejenis kasut comel bergetah dan selesa. tapi tak semua crocs comel, saya paling anti dengan crocs gemuk gemuk yang huduh ini. eew serius saya macam anti betul lah rasa nak muntah kalau nampak dia HAHAHAHAHA kasihan crocs gemuk saya tak suka awak, sabar lah T_T tapi saya telah tercinta dengan lily, ewah macam lesbiyen tapi betul saya dah jatuh hati dekat lily

crocs comel, saya suka ini crocs ini.

haaa waktu saya dekat unisel and berkawan rapat dengan yanazz, saya dengan dia akan mengumpat semua orang samaada abang melayu yang kacak atau abang mamak yang separuh berpeluh memakai crocs gemuk sebab macam kau pergi pasar pagi saja pakai kasut macam tu. eew geli kan kan kan? tapi masa itu mana ada crocs lokel yang rm 15 lelong lelong dekat pasar malam. tak ada T_T




tapi semua itu berubahhh, selepas saya mencuri baca entry hamis jalikha tentang berhati hati dengan pencori T_T selepas membaca entry beliau saya terus aim nak beli lah seketul crocs bernama LILY walaupun harga dia macam boleh beli lagi lima dekat lelong lelong pasar macam kan kan? rm169.90 yang original i dapat satu sahaja T_T



lepas tu buah hati pulak suka dating pakai crocs, masalah dia kalau crocs cantik tak apa, ini crocs hodoh yang gemuk gemuk tu eew saya benci betul buah hati saya dalam keadaan macam itu (T_T) eh tak apa, buah hati tak baca belog saya sebab dia busy exam, eleh kalau tak exam pun dia tak baca sebab dia jeles saya layan lelaki (?) AGAGAGGAGA





okay dah habis dengan memori crocs, sekarang dah kecoh isu crocs berinspirasi kalimah allah, memang dah kecoh habis dah sampai rasa macam nak menitis air mata terus hilang semangat nak beli dah. cuba tengok balik lily tersebut tu, comel betul kan? geram lah saya T_T tapi since dah tahu, tak perlu lah saya mengekalkan cita cita saya tersebut kan? okay selamat dunia dan duit saya GAGAGAGAGA

// "dah lah, lupakan niat awak nak beli saya " kata crocs dengan nada berlagak pfft. T_T

// apa pendapat awk semua? T_T

Selasa, Maret 23, 2010

kesan kesan akibat digigit nyamuk (18sx).

selamat petang.

ini hari mari kita membuka minda. open mind sedikit. kita cakap pasal buah dada sekarang eh bukan, bukan buah dada, sekarang kita cakap pasal mopiko, atau ubat kegatalan ;p









kejadian di atas semua angkara nyamuk. i hate nyamuk very strong T__________T lagi lagi kalau pergi rumah orang lain atau pergi kehutan mengembara pasti akan bergaduh dengan nyamuk tsk.

dulu emak suruh pakai mopiko kalau kene gigit nyamuk, skrg i tak pakai mopiko, i pakai ec. ubat gatal gatal gitu aww boleh cari ubat e.c dekat farmasi aman kalau anda tinggal berdekatan dengan sri gombak ;p


dibawakan khas : mopiko
CREDIT : buntelan

Minggu, Juni 21, 2009

Apak comel.

hai hai semua bapa dan bakal bapa.

ehem selamat hari bapa terutamanya pada apak ter♥ en.Ainul bin Mohd Jani. saya sangatttt sayang kamu apak ;)

eh eh tak lupa bakal apak mertua en.Nizar bin Musa dan ehem² ♥ saya yang bakal menjadi abi 6 tahun lagi hihi. gatal awwww bia lah. eh ta lupa juga tunang dan bakal hubby cik puan rara. hahahaha ;p



hari jumaat haritu saya dan mama tertonggeng² buat kek sempena hari bapa hihi ;p btw cuma kek marble. mmg lawa sgt colour die, rase pn sedap. teringin resipi? saya bagi kalau ada orang nak hihi ;p



mama siap suapkan apak lagi, veli de romantik, lagi² bila saya paksa apak kiss dahi saya hiks, rse cm eee best sgt² and kek tu ta sempat ade sampai hari ini,malam semalam dah abis dh. mmg sedap sangat la kan kek kami tu hihi ;p

btw, semalam lepas saya pegi kenduri tunang kawan kakak, kami terus gerak pegi TS, saya ada jumpa cd sims3 harga rm25. kalau ori rm105. rasa mcm nak beli kebetulan pagi smlm lupa nak minx mama duet belanja. ehem duit dalam bank ada rm50 je. kah kah kah ;p



eh eh eh apa ni? apasal tah banyak gila item neh dkt jalan tar sana, terus beli lah untuk apak. sbb ladybird tu comel gila mcm apak hiks ;p padahal macam ape jeh, saya ta berape nak suka beli item yang mcm ta beguna tapi sbb ladybird tu comel gila so kating dgn kakak, kiteorg belikan untuk apak ;p


er, pose ape neh? tah hahahah ;p

okeh next ;p

Selasa, Maret 24, 2009

#153 ; pelajar unisel.

hello.

hari ini baru dapat update sbb unisel ta bayar letrik kah kah kah. oh bukan, sbb unisel ta de letrik. so internet pun tkda. bila internet ta da, asik lh mengstudy kan diri.

ohmigoat lagi 4 minggu x smpai sebulan saja lagi sudah bermula final exam. kemudian cuti lh aku sbb ta mengambil sem pendek. duduk rumah menggoyang lutut shj =D

oh oh jangan gelak jangan gelak sbb aku ber impian mahu mengambil lesen, wah wah dh dua puluh tahun br nak ambil lesen. =.= sila malu pd diri sndiri. apa kah kenapa dlu waktu bergaji ta mahu mengambil lesen. pemalas betul =.=

okay sebenarnya saja nak menampal muka di belog sendiri. bukan byk sgt pun muka sbb tangan malas nk tekan punat henpon untuk menangkap gambar sendiri. apa kah pemalas punya tangan. siapa lah yang punya tangan ini. haih


hari sabtu lepas, aku dgn ayuna, tyra bank and siti nurhaliza pegi ou tauu. bukan tahu jalan pun, main redah jer, ta jauh pun dr unisel, lebih kurang dua jam sbb cari parking susah so boleh la kalau nak pergi hari hari kah kah kah. :D



ramai sgt orang smpai rasa nak muntah. lepas jalan jalan eksesais cuci mata sekali, baru pegi makan, masa itu paling kelakar sbb kiteorg ta jumpa kfc. mana ini kfc, pdhal kaki sudah menjauh jalan. nasib baik ade amy search yg touch2 tu. so dpt la melepak kt kfc. kah kah kah masa itu lagi lawak. sbb ada abg ralph lauren nak jual perfume rm4990. hoi hoi abang, kami x mahu lah sbb kami dh ada yang lokel punya.



mari lah ke kedai pakcik ini, sodap sehingga menjilat kaki =.=

apa lah abang ralph lauren tu, cuba lh jual yg jenis lain mesti lh laju aku beli kan, dh la die duk promote tyme aku and ayuna gila lapar, muka kami masa tu mcm nak mkn org je sebenarnya. kah kah.

lepas sahaja memakanan isi hati ayam semua kasi sepakat nak tgk wayang. aihh kenapa cita jangan tengur lambat lg, kalo tak,aku dh bawak dua penakut [ ayuna & siti nurhaliza ] tu tgk. tapi kami tgk GENG. best woo. melawak gila rasa kami lah paling kecoh dlm tu. best juga sbb wyg still full lagi even dh nk dua bulan cite tu kah kah kah



siti nurhaliza and tira bank dlm gsc :D


okay nak tahu kami balik pukul berapa? cuba lh tekaa. kami keluar pukul 3pm, dan balik pada?

siapa dpt, i belanja lh u betul ni. kah kah kah.


tah lh apa mende tira tu merepek, i nk mentangkap gambar sndiri pun susah =/

Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !