Tampilkan postingan dengan label berkongsi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label berkongsi. Tampilkan semua postingan

Sabtu, Juni 04, 2011

Gambit Saifullah meroyan dekat twitter dan maksud meroyan ituww

Selamat malam,

meroyan tahu maksud dia? Meroyan atau rayan merupakan satu bentuk kemurungan klinikal (clinical depression) yang menjejaskan wanita, dan kadang kala lelaki, selepas melahirkan anak ( kes gambit ni dia lahirkan video clip tak ghairah KAHKAH). Kelesuan Postpartum (PPE) disebabkan kekurangan tidur bercampur pertukaran hormon dalam tubuh wanita sejurus selepas melahirkan anak dan boleh menjadi serdahana atau teruk.

tapi dalam kes artis sorang ini, MACAM MANA NAK MENGESAN SINDROM MEROYAN?
Menghindari masyarakat
Lemah dan lesu
Mudah berputus asa
Masaalah bertutur dan menulis
Mudah marah pada orang lain
Cepat risau atau serangan panik
Meningkat nafsu
risiko dia adalah disebabkan Tiada sokongan masyarakat.

ini dia, ini dia artis terbaik di pasaran ! artis yang TAK PERNAH buat salah, artis yang semua dia betul, orang yang tegur dia semua salah. artis yang buat video clip TAK GHAIRAH tengah meroyan dekat twitter dia lepas tu cakap orang orang anti dia ini yang meroyan padahal diri sendiri meroyan tak sedar?

HAHA macam entry aku semalam,
sukahati kau lah gambit saifullah, kalau kau rasa betul, jangan mengalah. TEGAKKAN benang yang basah. kami, bloggers Malaysia suka artis perangai cam kau ni. ! mantappppp, majulah gambit ke persada dunia. KAHKAHKAH
serius nak tergelak aku, dia siap minta kita minta maaf weyyyy sbb misunderstandingggggg ;p padahal sendiri yang buat video tah pape tuuuu, dia nak salahkan orang lain sebab tak MINDA TERBUKA mcm dia. LOL OKAY LAH, aku baru balik dari kenduri tunang cousin aku. kasihan tahu takkk? balik balik, kes gambit semakin kecoh bila dia mula meroyan royan dekat twitter hwhaha.

kesimpulannya, aku memang 100% tak akan rasa dia buat benda betul, serius ! sebab (1) dia buat video clip macam tu. (2) bila orang tegur, buat cerita buruk pasal dia, baru tahu melenting? kau sepatutnya minta maaf and tutup kes ni tapi tak, ko tetap nak besarkan cerita ini. oh goodluck gambit mana tahu menang anugerah paling popular 2011 KAHKAHKAH

-LAPORAN dari PREMAYIYINGGG. kahkahkahkahkah lawak paling best diabad ini oh, kalau korang buat entry pasal dia ni, tak perlu kot link kan video clip tak ghairah prema yinn and twitter or fanpage dia. dia tak perlukan semua tuuuu. dia kan artis bersih. KEHKEHKEH andddddd aku cukup menyampah tengok makcik makcik yang backup dia. serius !

- eh , kita tak marah pun lah, kita elek jeeee ;p

JANGAN LUPA ada movie terbaru X-Men Buatan Malaysia. CLICK HERE :D

kbai.

Jumat, Juni 03, 2011

Marilah tak ghairah pun, terima kasih gambit saifullah untuk carutan bloggers ituwww.

Selamat malam,

dua minggu lepas, dia buat kecoh pasal video aksi TAK GHAIRAH , melibatkan shah jasle dengan penyanyi perempuann entah siapa entah. bila rakyat malaysia marah, dia kata adegan suami isteri padahal dia tahu tak pelakon tu bukan muhrim lepastu dia kata takda raba raba? aik kau ni kenapa, taknampak ke penyanyi tu bergesel2 uih tak sanggup aku nak cite kat blog ini.

1. dia ini, nak kata baru berumur 14tahun, aku rasa aku boleh gila sebab kata macamtu.
2. aku rasa , kalau kau orang maki #adindaevans sampai jadi world trending, memang silap besar sebab budak umur 14tahun vs lelaki umur 25tahun. mana kau rasa kau akan sebelahkan?
3. video clip TAK CUKUP GHAIRAH tersebut ditonton lebih *** (tak tahu berapa) users. kau tahu tak , ada budak umur 6-7 tahun yang tonton video kau tu, kalau keluar dekat tv lagi ketuk dahi mak apak nak kaver mata anak anak dia! aku sekali je tengok, tak sanggupppppppppppp. rosak mata aku, bukan , aksi TAK GHAIRAH tu tak merosakkan mata pun, tapi ketiak hitam dia tu loya tekak tengok
Marilah kita menari,
Di bawah sinari bulan,
Marilah kita menari,
Lagu ini takkan berulang.
Marilah kita menari,
Hanya kau difikiran,
Dirimu, diriku, irama...

Buatku lupa diri.
padan lah , sampai lupa diri dengar lagu ni. KAHKAHKAH. sukahati kau lah gambit saifullah, kalau kau rasa betul, jangan mengalah. TEGAKKAN benang yang basah. kami, bloggers Malaysia suka artis perangai cam kau ni. ! mantappppp, majulah gambit ke persada dunia. KAHKAHKAH

nanti keluar lah kenyataan lady gaga buat video clip lagi ganas, lagi merosakkan mata. KAHKAHKAH

NOTA : suka artis macam shaheizy sam, kalau dia buat salah, dia minta maaf. THANKS sam :)

kbai.

Rabu, Juni 01, 2011

Menubar menarik blogspot macam Liyana Lunia punya HAHA

Selamat tengahari,

dua hari sekarang sibuk menguruskan domain transfer , dua tahun menggunakan netkl sungguh merasa gembira kerana tak pernah ada masalah kadang kadang blog not found memang 5% je yang terjadi secara tiba tiba, kira tak pernah ada masalah dengan netkl. tapi sebab mahu merasa berdikari, mahu merasa menjadi pengguna WP, terus bersemangat mencuba servis dari datakl pulak. harapnya semua berjalan lancar. oh sekarang haku belum tahu nak buat apa, sekarang tahu nak buat proses pindah domain sahaja dulu *blablaaa, mesti kauorg fening apahal dia ni cerita pasal netkl lah datakl lah KAHKAHKAH

sekarang duduk depan kompiter diam diam, sebab last tutorial saya sharing dengan anda adalah Macam mana nak perbaiki error bX-67oaj1 ( older/newer button). Lama tak buat tutor since that day kan? sebab macam jarang dah meng-edit belog sekarang tapi tapi tapi ada dua orang cantik minta saya sharing macam mana buat menubar macam saya. sebenarnya menubar ini ku ambil dari satu belog tapi terlampau banyak blog yang buat tutor , saya jadi lupa. tapi sebab i dah edit code tu sikit sikit, so i anggap i lah yang buat code tu okeh tak? KAHKAHKAH T____T

so first step macam biasa !

1. Login Blogger Dashboard --> Design --> Edit HTML. Seterusnya tick pada Expand Widget Templates.

2. COPY code ini,
/* menu bar */
#menubar{
margin: 0;
padding: 6;
float:center;
border:0px solid #ffffff;
width:90%;
background:#ffffff;

#menubar li{
margin-left: 0;
padding: 0;
list-style: none;
float: left;
font: bold 14px arial;

#menubar li a{
display: block;
margin: 0;
padding: 13px 10px;
background: #ffc4c5;
color: #fff;
text-align: center;
text-decoration: none;
border:2px solid #ffffff;
-moz-border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
border-radius: 25px 10px / 10px 25px;

#menubar li a:hover{
background: #000000;-moz-border-radius-bottomleft: 20px;
-moz-border-radius-bottomright: 20px;

#menubar div{
position: absolute;
visibility: hidden;

3. PASTE code itu sebelum ]]></b:skin> ( ctrl+F , cari code ]]></b:skin> dan paste atas dia )

4.COPY pulak code ini

Home

About Me

More Tips and Triks

Advertorial

Maxis10

Blog Achievement

Contact me

5. PASTE code tersebut di bawah

6. Edit mana mana yang berkenan, edit color ke, edit url dekat menubar ke. ce kalau kau terus copy paste cenggitu, untung la saya HAHAHAHA

7. PREVIEW. penting sgt bila edit code html ke apa apa ke, tolong lah preview dulu takut ada code tak jadi ke apa yewww. kalau takda error baru SAVE

sedih, bila berhijrah nanti dah tak ada menubar cemgitu lagi sebab tak reti nak edit dekat WP ueueuewuueu nangis ! T________T , oh saya tak pasti untuk template selain dari MINIMA yee. saya guna minima je, senang nak edit , senang juga nak jahanamkan template tersebut KAHKAH ;p jadi, selamat berjaya untuk adrina and fika rozaidi dan andaaa semuaaaa :D

NOTE : sorry, malas nak edit T___T terus ku copypaste sahaja dr edithtml huhu

kbai.

Sabtu, Mei 28, 2011

Benci parut dan Stretch Marks? Mederma Skin Care penyelesaian dia !

Selamat malam,
hidup sebagai seorang pencinta kucing memang OHSEM, seronok gegila bila ada kucing dalam hidup sebabnya engkau kalau penat penat balik kerja , stress sebab kena fax dokumen banyak banyak dalam satu hari lebih 50kali kene fax dokumen tapi takpaaaa, gaji dah masuk dahh ! YEY

seronok bila balik kerja dapat cari mangsa hendak lempang perut, hendak hentak daguuu ! ye, mangsa dia adalah kucing MEOWWW . tapi kannn, masalah datang bila kucing engkau buat perangai, dia lupa kuku dia panjang, dia lupa kuku dia boleh merosakkan kulit kitaaaaaaaa TAHU TAK AKU TENGAH STRESS tengok ada parut denkat tangan sendiri T_T

sebenarnya salah tuan dia, sebab tak potong kuku kucing tersebut.

solution untuk menghilangkan parut : Mederma Skin Care for Scars and Stretch Marks . tahu pasal mederma bila ayun dengan zana nak hilangkan parut ******* , kehkeh mana boleh cakap nak hilangkan parut orang, itu kan privasi KAHKAHKAH . oke lepas tu macam ohsem gila mederma ni boleh hilangkan parut jerawat, jadi dengan semangat pergi pharmacy, jumpa mederma dengan harga RM38 ==".

mahal, masa tu zaman budak budak UNISEL mana lah aku ada duit T_T jadi diam diam lah malas nak fikir pasal dia dah, terasa kecewa sebab tak dapat beli. masa tu niat nak hilangkan parut dekat kaki sebab dulu masa zaman sekolah sangat ekstrem, habis kaki koyak koyak sebab lari atas jalan tar. sekarang dah tak dah lari lari atas jalan tarrrrr, sebab tu dulu kering je aku =.='

oleh sebab sudah dua minggu parut macam tak akan hilang, lantas aku terus mencari petua menghilangkan parut ! macam mana nak menghilangkan parut dan dapat mengelakkan wang hantaran berkurang menjadi rm9500 daripada rm10,000 ! siapa yang mahu wang hantaran terpaksa di tolak? siapa mahuuu ! grrr akhirnya terlintas dihati membaca belog dokter totin yang cantik manis , kau tak perlu hidup dengan parut begitulah bahasa melayu dia !

akhirnya, ini hari dah dapat lah satu tiub mederma dalam rm30 dapat diskaun sikit lah dekat guardian. sekarang, berharap lah saya kalau kalau parut cakaran chibi akan hilanggggg :( kita tengok lah how longgg, how longggg the scar will gone porevewww and evewwww T__________T

kbai.

Kamis, Mei 26, 2011

Mengesan makluk halus di rumah baru anda.

Selamat petang,

boleh tak petang petang dekat office ni aku layan cerita seram, sudah lah layan lepastu sendiri terkejut bila tiba tiba telefon berbunyi T___T , tersentak woo. encik bos panggil pun aku boleh tersentak. nasib baik hari ini hari rabu, takda lah tv3 pasang mantera anjosmoro ke apatah tu, eh tiba tiba terlayan mentera anjasmoro tahu? kalau tak selama ini macam tak berminat ;p

sambil berani berani baca, termasuk dalam thread my angker story collection. MEMANG syok baca entry dr forumer sorang ini sebab cara dia cerita adalah direct, bahasa dia perfect bukan ayat rempit. kira baca sekali boleh faham lah hihi.

so far, ada tiga ke empat story yang forumer ni ceritakan pengalaman dia,kalau korang nak baca lebih lebih boleh click link ini terus pegi sana baca. paling scary dia cerita pengalaman 'benda' tu tidur dekat katil sebelah sambil tenung dia. waktu tu budak budak U dia tak ramai yang ada semester tu, so dia tido sorg takda rumate. SERIUS seram gila baca entry tu. sebab teringat waktu aku takda roomate masa sem akhir dekat unisel tapi syukur alhamdullilah aku tidak dikacau sesiapa. *PENGSANNN* kalau boleh taknak lah berjumpa dengan ehem ehem macamtu. tapi pengalaman orang terdekat histeria dah selalu hadap dh :(

oh, nak berkongsi dengan korang ilmu yang saya dapat dari thread tu adalah :

khas kepada mereka yg sedang dlm proses mncari umah utk dibeli/dsewa
1. letak bekas berisi air kt mana2 sudut umah tu. tinggalkan dan dtg blk esoknya. kalo bkelodak dan kaler kelabu maknanya ada sthg something dlm umah tu.
2. letakkan bekas makanan spt polisterin atau pbungkus nasi yg dh dgunakan kt kwsn2 spt tandas atau dapur dan dtg blk keesokan harinya. if bau bekas makanan tu mcm dah dtinggalkan bminggu2, maknanya adasthg something dlm umah tu.
3. ade penambahan. campak penyapu lididulu sebelum masuk ( zety )
*komen dari syazwani mazlan , wow. camtu pulak tipsnye?? slalunye bacalah yasin dalam rumah baru :)

oh ini yang saya lupa nak masukkan sekali T___T
tak bmakna kalo umah tu ada sthg something, kita tak jd beli umah tu. bg aku kita bleh negotiate dgn makhluk Allah tu juga utk hidup tenang dan tak kaco antara satu dgn yg lain. buatlah doa selamat dan apa2 yg bsesuaian setelah menetap kt umah kita tu.
*aku memang copypaste je terus, malas nak tulis. OKAY MALAS TULIS YE ! OKAY FINE T_____T

cerita baru dia lagi seram, aku macam tak berani nak ngabiskan bacaan HWHAHAHA T____T eh kejap, mesti nak tahu kenapa aku letak gambaq gula gula arnab yang sedap gegila tu kan? haha lepas aku baca thread tu, baru aku tahu nama manja 'ehem' tu sweet tahu. korang tahu? bila tahu je nama manja dia sweet, terus teringat gula gula arnab HWUAHAHA :(((

skrg gula gula arnab adalah mahal ! dan ada orang musykil dengan status ke-halalan dia, nowdays banyak benda kita makan baru kita rasa musykil kan? hmm :(

kbai.

Selasa, Mei 24, 2011

ALONG - Syafiq Revolution VS KL HAMSTER - kyopropaganda (Parody)

Selamat malam,

hari isnin lepas, kalau tak kerja memang aku dah berpeluang sangat dapat jumpa face to face dengan suami orang yang paling ganteng sekali dalam malaysia AARONAZIZ. dulu saya suka aaron aziz sampai nama kereta kancil number plate WKW **** itu aku bagi nama aaron. tapi sebab dia suami orang, tak manis lah kita tergedik gedik kan, i tak rela bermadu aww kbai.

hari isnin lepas, dapat invi dari cikhelena untuk pra tonton KL Gengster tapi kerjaya menghalang untuk pergi pra tonton tersebut :( TERPAKSA melepas kau pergi bak kata orang oh mai sedih i noks.

Parody of KL Gangster

Using my new DSLR Nikon D3100
Edit with Sony Vegas Pro Studio 10

Facebook us!
http://www.facebook.com/pages/KYO-Propaganda/126148547455851
tapi, abang juju share dekat fb pasal video parody KL GENGSTER. memang ohsem la siapa tak gelak, memang langsi betul HAHAHAHA aku sukaaaaaa gila bunyi bunyian dia, ala ala cite terminator pulak. ini membuatkan aku rindu dengan john connor ! grrr

"ALONG" or "AH LONG" means loan shark in Malaysia. This is a scene about some dumb loan sharks gangster wannabe. Enjoy!
SUBSCRIBE ME! You will never know what I'm gonna do next!!!

More info-
http://syafiqrevolution.blogspot.com/

Follow me on twitter!
http://twitter.com/syafiqyusof

watch bloopers
http://www.youtube.com/watch?v=-edXrGvCHpM
ini pulak short film dari adik shamsul yusof, anak teruna yusof haslam. beruntungnyaaa uncle yusof ada anak anak kreatif gini. i sukaaaa gila video along ni. sebab apa suka? sebab mamat nama Effindi kamaruddin tu comel juga kan HAHAHA okay gatal T___T

GEMPAK kan dia punya bunyi bunyian tuu, aku nak cakap sound system macam pelik je? habis nak cakap sound effect kot? HAAAAAAA sound effect ! okay goodluck korg2 yang bakal bersaing sesama sendiri ini, kami pun memang menantikan org creative cenggini, dah bosan dengan filem filem mengarut prof.... EHH tak ada apa lah

kbai.

Mcchicken beli satu dapat satu percuma !

Selamat pagi,

tepis-tepis habuk. eh rindunyaaa nak bebel bebel entah kenapa mood untuk main sims3 dah datang woh, susah betei kalau mood ini menjelma confirm belog tertunggak terbalik KAHKAHKAH T_____T

sebenarnya nak update satu benda best, resipi ! tapi taknak cakap resipi apa. dah lah lupa bawak cable bbtorch, memang esok lah aku letak dalam belog. sebenarnya resipi biasa biasa je yang penting sekarang saya dah reti buat dia hihi. kalau simpan dalam belog, nanti esok lusa boleh tengok balik kalau lupa . kalau lupa lah kan melayu mudah lupa ;p

YANG PENTING SEKARANG, minggu ini minggu aku puasa kenapa mcd sibuk nak buat promotion menggiurkan cenggini? nasib baik mcchicken, kalau spicy chicken mcdeluxe memang aku tak boleh kawan diri dah tahu takkkkkkkkkkk ! GRRR

siapa yang nak mengkuruskan lelemak dibadan, sila picit gambaq ini dan pergi print. lepastu kau bawak lah yang dah print tu pergi mcd, tunjuk dekat dia ! nanti dapat free sebiji bagi lah aku untuk berbuka karang HUWAHHA T_T

kbai.

Minggu, Mei 15, 2011

#1 : Hari gadis keluar

Selamat malam,

sejak bekerja ini, senang kalau kita mengidam nak makan ayam penyet je terus boleh set tarikh bila boleh makan dia, dekat mana boleh kita makan dia , sambil nak melunaskan makan ayam penyet, kita nak pergi mana pulak ? takkan pergi wangsa walk semata mata untuk ayam penyet KANNN ! sebenarnya tak lah, pergi wangsa walk nak tengok kongsi. EH TAK PUAS KE TENGOK haritu? jawapan dia adalah tak T_______T

hai ayam penyet.

kiteorang tak jadi pun pergi tengok kongsi. sebab full der. sebenarnya haritu dah lah duduk depan , kepala sakit lepastu ada pulak shaheizy sam dalam satu panggung memang tak boleh tenang hati, KAHKAHKAH gedik gila kbai malas nak baca dah pasal shaheizy sam, tengok tu header pun siap ada gambaq dia tah pape lah belog ni. *okay SAYA MASIH ANGAU sebenarnyakthanks*

pergi songbox sebab songbox murah dari superstar. beza rm5 je pun tapi berbeza jugak lah boleh beli gula gula satu guni tahu? jadi pergi songbox sebab kongsi full. bila pergi songbox kau bayangkan lah keluar dari situ muka tegang tegang suara takda ! sebabnya penat berkaraoke ihiks ;))

kakak

adik

dua heroin rumah ini termasuk saya lah. kira ini hari keluar gadis LUNIA lah nama dia.

last sekali ternampak takoyaki dekat foodcourt dia, terus pergi serang. ternyata RM4 untuk 5 biji lebih sedap dari saya beli haritu dekat AU2 . alaaaaaaa teringin nak makan lagi la. ketagih pulak dengan octopus niiiiiiiiiiiii haih siapa sudi belikan untuk saya waktu lunch hari hari? *buat muka comel

okay dah, esok start puasa. TAHU TAK bulan ramadhan akan menjelma tidak lama lagi? anda sudah membayar hutang ke belum? Y___________Y

kbai.

Sabtu, Mei 14, 2011

SASPEK simbah asid sekitar Kuala Lumpur.

Selamat pagi,

lately kita banyak dengar pasal saspek yang gila otak mereng letak dekat bontots beliau akal fikiran yang mana dia menyimbah asid ke arah muka perempuan perempuan comel yang baru pulang atau pergi ke kerja. mula mula dengar cerita dia takda motif, sahaja suka suka simbah asid dekat muka orang, tapi sekarang dah majuuuu ! dia nak merompak pulak !
Kalau rasa muka agak2 cun tu atau bajet cun, berhati2 le kome kat KL tu..
SASPEK yang kita tuduh tu dah pergi balai untuk clearkan nama dia ( MORE INFO HERE ), ternyata dia tak bersalah. korang jangan cari pastu pukul die lak KEHKEHKEH mana lah mangkuk hayung ni, aku nak tengok muka dia herot perot juga lah !

Satu kejadian cubaan menyimbah ‘asid’ telah berlaku di jalan desa pandan, kuala lumpur pada jam 2.00 petang tadi. Saspek dipercayai menaiki motosikal jenis honda ex5 warna hitam .suspek kelihatan sedang memegang botol berlabel 100 plus menggunakan tangan kiri dan dalam keadaan hendak membuka penutup botol tersebut. Saspek memakai pakaian baju putih berkolar, berseluar gelap dan berumur dalam lingkungan 30-an serta bermisai.

Saspek menaiki motosikal jenis honda ex5, memakai topi keledar hitam bervisor dan menggunakan nombor pendaftaran palsu. Gambar fotofit seperti disertakan. Orang ramai diminta berwaspada dan berhati-hati serta boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis melalui hotline polis kl (rakan cop) di talian 03-21159999 atau sms poliskl ke 32728 dengan kadar segera supaya tindakan susulan dapat diambil untuk mengesan serta menangkap penjenayah ini.

Credit : akumuzikhampa : kak jie

keluar rumah, baca lah doa ! insyaallah kita akan dilindungi, aminnn :)

kbai.

Rabu, Mei 11, 2011

Shaheizy Sam ajak pergi Pratonton KONGSI 2011. Berdebar hati dapat bertentang mata dengan dia .

Selamat pagi,

baru balik dari e@curve , dapat tengok kongsi dan bertentang mata dengan shaheizy sam akhirnyaaaaaaaaaaa (angau dah ini wuwuwuw T______T). entah macam mana semalam sam boleh BBM 'hello,nak tengok kongsi tak? esok pukul 8 dekat cineleisure saya boleh bagi pass 2orang je' TAK KE TERKINJA KINJA AKU bila orang femes ajak tengok movie dia, dh lah orang lain susah susah masuk contest lah, jadi media lah, aku pulak diinvite sebab aku nak sangat tengok HUWHAHAHA T______T

oh lupa nak habak, KONGSI adalah arahan Farid Kamil hokay.

fizo omar dengan azad jazmin takde T______T

5 watak comel dalam 'KONGSI'
lu tahu tak apa maksud lu langsi lu mati? LANGSI tu tahu? kalau tak tahu, meh sini kak LUNIA nak habaq , langsi tu show off. aku baca tang translate ke english dia laa HAHA, kira macam lu belagak, lu matiks laaa gituu !
• tumulak - memang ohsem ah tak payah cakap banyak. HENSEM gila dia dalam filem ini, dekat luar pun hensem, peramah, sweeeeet , sportinggg kbai mls nak puji. MASALAH dia nak puji tumulak terpuji sam pulak T_________T
• shariff bin sharifudin - "Seghabut natey beghuk nih!!" memang dia ni watak paling sibuk ah kalau tak tumulak dah berjaya dah dengan misi dia taww. seghabukkkk
• mikail bin maliki - 'Kongsi gellak gappo lagu ni, cubik skit jeritt suppo pondeyy' best gila bila mikail terpotong jari sendiri T__T
• olla - fuhh, seksi gila, lawa pulakkkkk tu ! dauspozi sukalettewww
• Yati - comel gila mase pusing pusing kain batik HAHA , tQ nina sebab layan kiteorg. and tQ jah cousin awak yang sudi tangkapkan gambaq kita
• inspektor fakhrul - bibir kau taknak hot lagi ke? AHAHA

sebenarnya tak sangka lagi ni ! serius mata dah terbeliak tengok artis artis MIG tadi , yang paling menggigil bila bertentang mata dengan sam, siap ambil hati aku tuu, depan PA PA dia, dia cakap dekat liyana lunia yang ohsem 'saya tiap tiap malam baca blog awak' cuba bayangkan lah perasaan aku masa tu? walaupun tahu dia ambil hati je kalau betul dia baca mamtiksss laa, aku kan tak habis nak kenenkan dia dengan LISA huwhahaha T_________T

nak cakap pasal filem kongsi ? memang tak puas hati. jantung asik berdegup je tengok muka sam , macam mana nak concentrate? tangan sibuk pegang BB takut sam BBM ke apa, nampak tak dia angau macam mana? pulak tu kene duduk depan sekali, konon konon sederet dengan artis lah, last2 depa pegi lari tempat lain. ternganga aku dgn kakak kene duduk dengan angah rajalawak and media lain. ciss ! baru nak gegedik duduk dengan sam. geram hokay!

eksaitednye kakak haku tengok david teoh ;p rugi tak makan KR sebelum dtg sini, david teoh suruh claim kat dia oiiii ! rugi rugi

oleh sebab sony cybershot w190 dah rosak, aku pulak menggigil tangkaap gambaq guna bbtorch, terhasil lah gambaq tak ohsem T_________T

pelakon utama & extra HAHA

shaheizy sam bersin sekuat hati. kau tengok muka yana macam apa je HAHA gamat panggung tu T_T

sempat berbual dengan sam dalam dua minit, dia sangat busy kesana sini. tapi salah seorang pelakon dia, putri mardiyana atau nama 'anje' dia NINA adalah sangat ohsem. memang peramah sangat ;)) suka borak dengan putri mardiyana. btw putri mardiyana ini yang berlakon santau .

lu langsi lu mamtiks !

cair tak tengok dia senyum? masa ini berbual dengan dia tak sampai 2 minit T____T orang femes kan. AHAHA

sempat lah aku cakap dekat angah tadi, angah nampak sombonggggg ! lepastu dia cakap 'alaa mana ada, takkan saya nak sengih sepanjang masa' huuuuu, oh ada zila and along rajalawak, liyana shamsudin pujaan hati blogger ingat hijau ingat daus ;p fizo omar takdak sebab shooting , bront palarae pun takdak, azad jazmin pun takdak. HAMPA TAHUUU?

tak puas hati bila terpaksa duduk depan sekali. ada pulak mulut2 bising cakap belakang macam aku tak tahu. takpe kalau aku tahu sape korang tu, meh sini aku nak habak, aku dapat pass dr sam sendiri hokay. BELAGAK tak aku? grrr

sabtu ini nak pergi tengok kongsi , korang kalau tak puas hati tengok fast five kurang bab bab drift, boleh tengok shaheizy sam buat drift. 2 keta waja & 1 keta sport sudah jahanam . tabik sama david teoh HAHA + taknak duduk bahagian depan. tak puas ! and movie movie terbaru MIG memang ohsem ! flat 3a kot, 8 jam, sekali lagi. harap dapat lagi pass percuma dari sam. yahooo !

kalau nak dengar sam kecek kelate + speaking bi , cepat cepat buat reservation ticket utk kongsi . confirm pecah panggung HAHAHAHHAA
'my name is tumulak, i made from thailand'
kbai.

Senin, Mei 09, 2011

Kek Buttermarble fresh cream untuk emak.

Selamat hari emakkkkkk !

hari hari hari emak, hari hari hari apak, hari hari hari liyana lunia kehkehkeh tapi kan, kalau hari hari hari emak , saya sangat sedih sebagai anak tidak dapat membantu beliau memasak untuk makan malam, emak akan mengantung baju diluar rumah sebab saya bangun tidur lambat ( KALAU UZUR) lepas bangun terus tergopoh-gopoh pergi kerja ini semua sebab tidur lambat punya hal. tidur lambat bukan buat apa pun, pergi menghadap belog sahaja. macam lah belog ini boleh tolong haku kalau aku perlukan orang nak nangis, nak gelak, nak gaduh, nak peluk-peluk.

habis kalau lapar, emak yang masak bukannya belog T_____T

oleh sebab itu, untuk 8mei semalam saya dan kakak melakukan sesuatu yang membuatkan saya membuta selama 2 jam sebab penat gegilaaaaaaaa ! satu hari itu saya pegang belog selama dua tiga minit sahaja, waktu lain hanya bersama keluarga dan emak ;)) best !

apa aktiviti saya semalam? EMAK KEJUT PUKUL 8 SIAP PESAN 'APAK KAU SURUH BASUH KERETA' stresssssssssss ! asal lah sammy takleh mandi sendiri T______T lepas vakuum habuk dekat dalam badan sammy, pergi mop rumah kejap , pukul 9 sambung mandikan sammy masa tu panas terik. TAPIKANNNNN untung lah badan tak berbau, aku mandi pukul 2 kot kihkih

lepas mandikan sammy, pergi buat cake untuk hari emak. HARI EMAK, KEK UNTUK EMAK tapi apak yang rekues nak kek butter .akhirnya bukan sahaja jadi malah lebih sedap pulak dari sekret resipi ;p

walaupun dekorasi dia agak menakutkan (taknak cakap hodoh, hepp belasah mulut tu) tapi bila dah siap potong dia, bila tengok lapisan fresh cream terus rasa macam BANGGANYA buat cake siap dekorasi untuk hari emak ini !
bahan bahan cake :
• 1 biji butter (250gm)
• 250 gm gula kastor
• 1 sudu vanilla essense
• 4 biji telor
• 275gm tepung naik sendiri.

ini sahaja bahan bahan dia. mudah ! senang. semudah abc ;p

untuk kaler coklat :
ambil sedikit adunan asal, letak dalam mangkuk kosong. dan adunan dalam mngkuk tu campurkan susu cair 1 cawan + serbuk koko + milo + coklat emulco . kalau takda coklat emulco tu, saya guna susu dutch lady + milo+ serbuk koko je HUWHAHA ;p

cara dia, gaulkan butter dengan gula sehingga sebati. masukkan vanilla essense dan 4 biji telor. kemudian dengan lemah lembut, masukkan tepung sikit-sikit. kene masukkan sikit kemudian gaul sebati, masukk lagi sikit baru gaul lagi. jangan masuk tepung semua dalam adunan dikhuatiri bantat. TAHU BANTAT TU APA? nanti kalau aku tahu, aku terangkan huwhaha T_T masukkan dalam dulang pembakar !

set oven selama 20minit. bakar dalam suhu 170* ;))

ini lah fresh cream ( HAKU PANGGIL DIA BEGITU ) cake saya kan color cekelat, kekonon buat marble la tu. pastu pukul fresh cream kat atas ni sampai kembang bila dah kembang sapukan atas kek. lepas tu guna lebihan cream tu, letak pewarna dan hias sesuka hati. - nak pastikan dia cukup kembang bila kau terbalikkan mangkuk, dia melekat tak turun2 dah ;p

hari ini hari paling ngamhooo ;p terima kasih shaheizy sam. hikssss

kbai.

Senin, Mei 02, 2011

Resepi Pancake senang , mudah dan sedap.

Selamat malam,

hari pekerja adalah hari berehat katanya, selaku blogger sambilan saya pun ambil juga masa cuti untuk menghadap dunia realiti. sebenarnya dah lama sesangat saya mengidam sesuatu yang boleh dimakan dengan madu dan butter. sesuatu yang bermain-main didalam peti televisyen seakan menari-nari menyuruh saya membaham dia tapi nasib lah aku ini kedekut orangnya, saya rela pergi google resipi dari membeli dengan harga berapa entah. NAMPAK TAK harga dia pun saya tak tahu LOL

resepi pancake yang senang, mudah dan dijamin sedap ! *dari mulut emak ketelinga pemangsa yang sangap ;p
bahan bahan dia :
• 6 sudu tepung gandum
• 1 sudu kecil serbuk penaik
• 1 biji telur ayam
• 1 sudu susu pekat dan dicampurkan dengan satu cawan air panas
• 1 sudu marjerin
• 1 sudu garam T______T *lupa nak letak garam tadi*
cara yang paling senang dalam alam semesta.
satukan semua bahan , kacau acuan tersebut. jangan terlalu pekat, dan terlalu cair. agak agak lah !
panaskan kuali leper lepas tu terus sapu sedikit minyak dan masukkan menggunakan senduk, ratakan dia dan biar seketika. agak agak macam dah berubah permukaan dia tu terus terbalikkan. dah masak terus angkat dia. makan lah sepuas hati anda !

tapi jangan gelakkkk ! emak cakap itu bukan pancake tapi lempeng. serius malu skrg sepatutnya resipi lempeng senang, mudah dan sedappp T________T tapi apa adahal, ini pertama kali buat tetap nak panggil dia pancake tak kisah lah lempeng ke lempang keee, rasa dia sangat sedapppp ! jadi tak adahal lah kalau buruk , ada macam bentuk roti canai ke apa, HAHAHAA emak cakap kene tebalkan lagi sebenarnya. HAHAHA *pengsan*

b, nanti breakfast i buatkan ini hari hari untuk u tauuuu. hihiks *gedik*

kbai.

Sabtu, April 30, 2011

Air Buah Gelas Besar : Sg Besar ( UPDATE gambar ! )

Selamat petang,

Fresh Orange Lychee ! walaupun lychee dia macam kusam sikit, still sedap kahkahkah
Saya baru je lepas meng-kuruskan lemak di restoran yang agak menarik bila awak lalu depan dia kerana nama restoran dia pun membuatkan kite yang kehausan akan semacam jadi eksaited gegilaaaa nak pergi teguk air dalam gelas tu. 1liter okeh. Cuba awak bayangkan minum air buah sebanyak satu botol mineral besar.

nasi goreng belacan , ayam masak manis, telur carik carik : sorry to say, dalam gambar ini nampak mewah, tapi bila dapat mak aihhhh ini je ke? pfft T________T

apak kata : bagus !

eh gambaq baru edit ka apa? LOL

suka sangat gelas depa ini. rasa nak cari utk emak sebab emak pun sama sama suka weeewit ;p
Kebetulan kalau siapa tak pernah tinggal kawasan mcm UNISEL , atau Sg Besar atau Kuala Selangor, awak kene tahu kawasan ini agak panas TERIK. Saya kan alumni UNISEL saya tahu lahhhhh *emosi* huwhaha :p jadi dalam keadaan panas panas , tekak haus, nampak pulak restoran seOHSEM ini mesti rasa macam nak pergi order dua kan? Macamtu lah saya tadi. Tapi saya share la dengan kakak. Nak teguk sesorg tu memang takleh laaa. Kang meletup perut kang.

KAHKAHKAH
Oh boleh set alamat ini dekat GPS :
13B, Tkt Bawah, Jln Gemilang 1, Tmn Gemilang,, 45300 Sungai Besar, Malaysia
KBAI
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumat, April 29, 2011

(Video) Maharaja Lawak Minggu kelima (5)

Selamat malam,

Malam ini melayan #maharajalawak sambil bergusti dengan chibi. kenapa selalunya peserta #ML yang terakhir akan buat lawak kaw kaw punya sampai kejang perut? kalau yang awal awal tu rasa macam boring macam nak cepat habis je. LAGI LAGI bila terpaksa fikir lepas ni keeee turn amir . sebab kalau turn amir je lah kita boleh pergi toilet atau pergi bancuh air milo.

TENSIONNNNNNNNNG gila kenapakah dia tak keluar lagi? hampa gila bila jihan terkeluar walaupun jihan macam dah slow sikitt lawak dia tapi tetap berbangga ! dia adalah pemenang tempat ketiga Raja Lawak musim ke -3 tahu? kita yang kutuk lawak dia tah apa apa tu acane? atleast lawak jihan tak pernah saya rasa macam membodohkan diri sendiri. lainlah lagi seorang makhluk allah tu * IM SORRY * serius aku nak terajang je waktu dia cakap gitu HWHAHAHA ;p

okay jom layan video #maharajalawak minggu ke lima yang boleh tahan lawak. tengah tunggu depa upload kejapp, nanti esok pagi sebelum gerak pergi ipoh saya post video sepah dengan jozan

nabil : comel sangat suara conan dia ! samaaaa tapi ada kejap kejap terlari sikit hwuahaha ;p minggu ini nabil okay. cuma kalau si ac tak gelabah nak masuk mesti perfect. TOLONG LAH gantikan orang lain si ac ni. haduhh T_________T

sepah : my all time favouriteeee ! sentiasa sokong sepah walaupun shuib dah makin hensem selepas kahwin KAHKAHKAH tapi suka sepahh sesangat. sepah memang terbaik. baru tahu mamatsepah jongang ghopenye, selama ini tak nampak ! lepas ni tak gigi tetaring lahhh, rm10 je HWAHAHAH

jozan : akhirnya minggu ini berderai gak la . kalau minggu minggu sebelum ini agak boring sebenarnya tapi rozi tiger buat i happy. HAHA suka gila masa johan buat muka marah camtuuu. i terasa fun sangat !

kbai.

Talha Harith rupanya pelakon Juvana TV3 tuuu !

Selamat petang,

minggu ini rasanya minggu pertama Juvana di tayangkan di TV3 kan? siapa tengok SIAPA TENGOK dan terpikat dengan ke-jambuan budak lelaki yang nama dia black tuuuu ! nama black, muka jambu rupanya pukul cikgu je punnn, belagak kata dia genster besar HUWHAH. kene belasah dengan apek pun nangis HAHA comel ! watak paling comel sebab saya pernah kenal someone ni muka jambu tapi perasan gengster lepas tu nangis kene kacau (ERRR siapa tah nama dia, dh lupa T_T)
• tajuk entry macam aku kenal je dia. PADAHAL TAK PUN ! baru je add fb dia. kalau die rerajin boleh la berkenalan HAHAHAHAA

eleh, dulu masa zaman sekolah pun aku gengster sekolah gak. macam black laa. tak padan jambu tapi berangan gengster besar. sekali senior usik sikit dah takut nak pergi sekolah HUWHAHA dulu perasannn gila macam nak masuk group skin head lah, black metal lah TAH PAPE BETUL ZAMAN DULU tapi kalau nak dibandingkan zaman dulu tak ada lah hari hari keluar berita pasal papa nurul izzah part 1 lah part 2 lah KAHKAHKAH bodoh la asik keluar berita cemgitu je sekarang ni grr semua dah tak ada kemalu-maluan dah T____T

eh, terbabas pulak. NAK CAKAP pasal talha harith sebenarnya. eh siapa pulak talha harith? HAAA ini lah dia pemegang watak black. OH jambunya awak T_______T

salah satu drama yang bakal buat kita tersangkut depan tv. setiap pukul 9pm hari isninbermula 25hb April 2011. ada bront palarae sebagai warden yang meng-annoyingkan, suami orang iaitu beto kusyairi dan bla blaaaa !

tapi bakal tunangan orang ni lagi mencairkan hati acik zana. HAHAHAHAH
kbai.
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !