Tampilkan postingan dengan label berita. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label berita. Tampilkan semua postingan

Selasa, Mei 17, 2011

Betis Jasmin Hamid melecur teruk terkena air panas (NGERI)

Selamat petang,

hai semoranggg ! rindunyeww iteww dekat kome kome semua. rase mcm nak pinjam pintu sukahati boleh masuk rumah kome cium cium sorang sorang. eewww mood berblogging pulak tenggelam timbul tiba tiba berminat dengan sims3 balik tetapi lappy saya dah uzur lah kejap kejap dia mati T____T sedih, tak dapat bermain bersama sims 3. kecewa betul hati.

tadi kan, masa jalan jalan dekat lama sesawang, terbaca lah pasal kaki JASMIN HAMID melecur teruk tersimbah air panas (UPDATED PIC ) waaa, macam teruk bebeno ghopenyeee ! lepas tu saya yang sibuk badan ni pun pergi lah tengok apakah teruk sangat masalah jasmin hamid ni kan, tengok tengok gambaq dia terus rasa nak muntah. memang teruk kesan melecur tu ! kalau nak tengok, click gambaq kat bawah !

PETALING JAYA: Kaki kanan dan kiri pelakon Jasmin Hamid melecur teruk gara-gara terkena air panas ketika berada di set penggambaran drama Buaian Kasih di Kuang, Sungai Buloh, Sabtu lalu. kedua-dua kakinya itu melecur di bahagian peha (kanan) dan betis (kiri) dimana kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang duduk berehat di tepi meja yang mempunyai sebaldi air panas bersama beberapa pelakon lain.

"Sebenarnya kami memang duduk di situ untuk berehat dan makan. Tiba-tiba air panah tersebut diletakkan di atas meja yang berdekatan dengan kami. Sudahlah meja tak stabil, tiba-tiba tong air panas tersebut terjatuh lalu air panas terkena pada kami dan sayalah yang paling teruk sekali terkena.
Bayangkan, doktor terpaksa menyiat kulit di bahagian lecuran itu keran takut jika ia menggelembung.

itulah berseksi seksi lagi , i terasaaaaaaaaaaa sangat sakitnya melecur tu. UEUEUEWUWUW
nakpengsandah T_________T

kbai.

Sabtu, Mei 14, 2011

SASPEK simbah asid sekitar Kuala Lumpur.

Selamat pagi,

lately kita banyak dengar pasal saspek yang gila otak mereng letak dekat bontots beliau akal fikiran yang mana dia menyimbah asid ke arah muka perempuan perempuan comel yang baru pulang atau pergi ke kerja. mula mula dengar cerita dia takda motif, sahaja suka suka simbah asid dekat muka orang, tapi sekarang dah majuuuu ! dia nak merompak pulak !
Kalau rasa muka agak2 cun tu atau bajet cun, berhati2 le kome kat KL tu..
SASPEK yang kita tuduh tu dah pergi balai untuk clearkan nama dia ( MORE INFO HERE ), ternyata dia tak bersalah. korang jangan cari pastu pukul die lak KEHKEHKEH mana lah mangkuk hayung ni, aku nak tengok muka dia herot perot juga lah !

Satu kejadian cubaan menyimbah ‘asid’ telah berlaku di jalan desa pandan, kuala lumpur pada jam 2.00 petang tadi. Saspek dipercayai menaiki motosikal jenis honda ex5 warna hitam .suspek kelihatan sedang memegang botol berlabel 100 plus menggunakan tangan kiri dan dalam keadaan hendak membuka penutup botol tersebut. Saspek memakai pakaian baju putih berkolar, berseluar gelap dan berumur dalam lingkungan 30-an serta bermisai.

Saspek menaiki motosikal jenis honda ex5, memakai topi keledar hitam bervisor dan menggunakan nombor pendaftaran palsu. Gambar fotofit seperti disertakan. Orang ramai diminta berwaspada dan berhati-hati serta boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis melalui hotline polis kl (rakan cop) di talian 03-21159999 atau sms poliskl ke 32728 dengan kadar segera supaya tindakan susulan dapat diambil untuk mengesan serta menangkap penjenayah ini.

Credit : akumuzikhampa : kak jie



keluar rumah, baca lah doa ! insyaallah kita akan dilindungi, aminnn :)


kbai.

Senin, Mei 02, 2011

Resepi Pancake senang , mudah dan sedap.

Selamat malam,

hari pekerja adalah hari berehat katanya, selaku blogger sambilan saya pun ambil juga masa cuti untuk menghadap dunia realiti. sebenarnya dah lama sesangat saya mengidam sesuatu yang boleh dimakan dengan madu dan butter. sesuatu yang bermain-main didalam peti televisyen seakan menari-nari menyuruh saya membaham dia tapi nasib lah aku ini kedekut orangnya, saya rela pergi google resipi dari membeli dengan harga berapa entah. NAMPAK TAK harga dia pun saya tak tahu LOL

resepi pancake yang senang, mudah dan dijamin sedap ! *dari mulut emak ketelinga pemangsa yang sangap ;p
bahan bahan dia :
  • 6 sudu tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu susu pekat dan dicampurkan dengan satu cawan air panas
  • 1 sudu marjerin
  • 1 sudu garam T______T *lupa nak letak garam tadi*
cara yang paling senang dalam alam semesta.
satukan semua bahan , kacau acuan tersebut. jangan terlalu pekat, dan terlalu cair. agak agak lah !
panaskan kuali leper lepas tu terus sapu sedikit minyak dan masukkan menggunakan senduk, ratakan dia dan biar seketika. agak agak macam dah berubah permukaan dia tu terus terbalikkan. dah masak terus angkat dia. makan lah sepuas hati anda !



tapi jangan gelakkkk ! emak cakap itu bukan pancake tapi lempeng. serius malu skrg sepatutnya resipi lempeng senang, mudah dan sedappp T________T tapi apa adahal, ini pertama kali buat tetap nak panggil dia pancake tak kisah lah lempeng ke lempang keee, rasa dia sangat sedapppp ! jadi tak adahal lah kalau buruk , ada macam bentuk roti canai ke apa, HAHAHAA emak cakap kene tebalkan lagi sebenarnya. HAHAHA *pengsan*

b, nanti breakfast i buatkan ini hari hari untuk u tauuuu. hihiks *gedik*

kbai.

Kamis, April 28, 2011

Ayam Penyet AP Prima Gombak dengan @Arcx13 :P

Selamat petang,


Restoran : Ayam Penyet AP
Lokasi : Prima Gombak ( sebelah restoran Ani Sup Utara )

Sejam yang lepas sewaktu lunch ada pulak berjanji dengan seorang pakcik hensem bernama panda. JANGAN MAIN MAIN nama dia ganas betul, papanda garang ! dari office nak gerak pergi jumpa pun macam takut gilaaaa, mesti la takut nak jumpa orang garang oi HWHAHA

tapi bila bertentang mata ewahhh hensem juga panda sorang ini, tak sesia aku buat entry pasal dia kacak haritu. memang betul kacak ah ! nasib baik lah aku dah kene cop, kalau tak memang dia nak minta kapel dah tu. AKU TAU SANGAT hahahaha !

air favourite : red plum apa tah :D

taksangka, cempedak jadi nangka, plan dari bulan berapa tah eh sejak aku buat entry harapan bertemu bloggers kot masa tu memang nak jumpa mamat ni walaupun tahu dia tak sudi kot HAHA tapi akhirnya harapan jd kenyataan. DIA SUDI OIII ! dan saya dapat gak habiskan duit dia harini YAHOOOO !

terima kasih untuk ayam penyet yang sedapp ini. AKU SUKAAAA gila ayam penyet walaupun kau tak suka HUWHAHA sabar lah panda, setahun sekali je kau belanja aku kannn ;p next time jumpa kau ingatkan la aku belanja slurpee kat seven E ( hajah bakhil betul saya ni aww )




ni dia pelawat dari newzealand sila mentatap wajah dia, saya dh puas hati dah tatap *pengsan* . entah apahal putih sangat padahal aku lagi putih sebenarnya. biasa lah cahaya :D and tahniah lah berjaya gak aku bawak kau jejalan dua minit naik sammy. OHSEM TAK AKU BAWAK KETA? pass kan kalau aku apply join group fast & furiouss ? T________T



YEYYY ! dapat ole ole kambing BEBIRU dari NZ walaupunnnnn made in china tapi boleh lahh mahal gak harga bebiru ni eh. yang satu lagi tu acik zana dah chooppp, kalau korang nak pergi goda dia KAHKAHKAH
kbai.

Kamis, April 21, 2011

Etude house ada discount 50% sales der ! pengaruh Ailyl Rozanna betul

Selamat malam,

koranggggggggggggggg ! siapa dekat sini yang bercita cita tinggi nak menggunakan etude house sejak menjadi pembaca belog puan ailyl rozanna? WAHHHHHHHH dah jadi puan dah gadis *ehem* wanita seorang ini. CONGRATSSS ailyl, nak tarik sikit seri pengantin, nak tarik sikit sikit sikit. nak dapat kan restu nak dapat kan ehem apa eh nak cakap huwaa tak ingat nak cakap apa T_____T ! HAHA ;p



cantikkan ailyl? ehem ! hensemnyaaaaaaaaa pengantin lelaki tu *histeria sekali WHAHAHAHAHA ;p mamtikss lah kalau ailyl baca ni isk.

reader's ailyl mesti kenal etude house kan? sejak sejak makcik sorang ini jadi duta etude house semua orang kalau cerita pasal etude je mesti lahhhhhh ada nama ailyl ni, contoh macam amirrahzawani, dia buat entry pasal etude pun nak refer ailyl gak ! nampak tak dia kuasa etude dalam diri ailyl? HAHA tapi masalah dia bukan nak cakap pasal ailyl atau mira atau liyana lunia (?)

sebenarnya nak ajak korang serang etude jom ! ada sale wehhhhhhhhhhhh !
Etude House Big Deal on 18 April 2011-28 April 2011
Get 50% Discount on BB Magic Series (BB Cream)

Print out the e-Voucher to enjoy this privileges
*Terms and Conditions Apply
*Unlimited number of purchase

tapi korang jangan pulak nak borong sampai habis dah lah i tak pandai nak bebeli benda cenggini, ini pun dah plan dengan acik zana nak beli dengan dia sebab dia dah pandai sikit nak mekap mekap ini, nak harap kan haku? pegang eyeliner pun gigil WHAHAHA T_________T

kbai.

Senin, April 18, 2011

Test (JPJ) dekat bukit tayah takut, bukit dia kecik cenonet jee

Selamat pagi,

masuk bulan ini, sudah err sudah kejapp nak kira berapa bulan ada lesen P sejak Januari 2010 tapi baru bawak kereta bulan 10 tahun lepas. bila kira kira terus koma malas nak kira kita teruskan je lah dengan hari berbahagia iaitu hari ini. bukan berbahagia sebab aku dah kawin, belum lagii belummmmmmmm lagi *tiba tiba stress


YANG ADA P tu la sammy titeee :DD

tadi kan, sebelum ke sekolah ( OFIS SEBENARNYA ) saya pergi collect cheque dari someone lah yang office dia dekat atas bukit Sri Gombak ini, kalau family saya tahu saya berjaya naik bukit tu dengan aaron sammy mesti depa happy gilaaa ! berjaya juga haku lepas bukit sri gombak tu walaupun ada lah rasa nak nangis sikit takut enjin mati HWHAHAHA

dah berbulan bulan bawa kereta , saya paling takut lalu bukit T___T kalau parking pun sama jugaaa , side parking je mesti ada lah badan sammy terkeluar dari garisan bila lah nak jadi pakar macam apak isk tapi apak dengan emak selalu intai saya drive laju lajuuuu. balik rumah je emak cakap 'amboi kemain lajuuu bawak keta'

T______________T

masa belajar memandu dengan test jpj dulu tak ada lah takut sangat dengan bukit, rasa kacang gilaa walaupun memori kereta ter-reverse sambil aku tekan minyak kuat kuat memang memori paling tak blah. tah acane keta boleh menjunam kebelakang pun haku tatau tapi waktu tu paling takut dekat parking laaa. banyak step nak ingat :(

tapi sekarang bila dah bertemu bukit sri gombak, saya rasa nak pengsannnn ! itu belum lagi bukit dekat ulu yam keee. KENAPA LAH KAWASAN KEDIAMAN AKU INI BERBUKIT T__________________T

I
INFO : test dekat bukit tayah takutt, bukit dia kecik cenonet jee. confirm lepas punyaa. ce bukit sebenar? matikssss laaaa
bila fikir fikir, sampai bila takut nak bawak kereta dekat kawasan berbukit, sampai bila pulak nak pakai kereta kecik. AKU KAN MINAT KERETA BESAR MACAM x 5 impian apak - ce kalo apak dah beli x 5 tak ke rugi kalo aku takut nak bawak dia? HAHAHAHAHHAmpehHAHA
kbai.

Sabtu, April 09, 2011

(Video) Maharaja Lawak NABIL Minggu kedua (2)

Selamat pagi

SEMALAM macam biasa tengok maharaja lawak bukan nak tengok semua sebenarnya , sepah dengan jozan dengan nabil je ! minggu lepas kita buat entry (Video) Maharaja Lawak NABIL Minggu pertama (1) hari ini kita share dengan awak untuk minggu kedua pulak !



SERIUS tegang oi perut tengok nabil ni !
  • abang bunuh lalat, sambil panaskan lauk ! wkakaka skali dia keluarkan ridsect lekat lighter, kau bayangkan la HAHAHA
  • LAA, taik lalat abang tuuu
  • abang malu rambut terbakar yo? dgn brg ni, senyum sentiaso !
  • abang dah bangun keluarkan duit dr poket belakang T________________T #ML #bangbil
eden puncanyo eh, den la penyolesaiannya ( ada masalah dalam nak eja dia ni ! huwaaa *nangis*



sebenarnya memang tak suka attitude teruk mamat bernama ahmad nabil ahmad ni, tapi apa salahnya kita bagi dia chance sebab dia ada bakat nak buat kita perut tegang ! hwhaha TAPIII apasal dekat pentas raja lawak je kau lawak eh bambil? kang rancangan ko boring gila ! :D

minggu ke dua tak ada sesiapa keluar, tapi minggu ketiga akan bermula di astro warna. korang jangan subscribe la mustika tuuu, biar aku sorang je yang bebel dekat twitter. HAHAHA seronok gila oi bebel bebel kat twitter, aku harap la nxt week samaada WAI atau AMIR tolong lah keluar, lawak korang ni buat aku rasa nak mengamuk ! grr emosi doh tengok dorg ni wkaka

kbai.

Minggu, April 03, 2011

SHAHEIZY SAM BINTANG PALING POPULAR 2010 ! !

Selamat malam

dan pemenang BINTANG PALING POPULAR 2010 adalah


ABPBH10 - (Video) Shaheizy Sam dan Mummy Khaty Naik Pentas


click more untuk story : SHAHEIZY SAM !
congrats sammyyyyyyy !

//kantoi mummy dia yang vote WKAKAKAKAKAK

oh , sam dah kaya rayo dah oiiii dia dh bawak balik kereta Nissan teana 2.0L bernilai RM137,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd dan set barangan kemas Rafflesia edisi terhad tajaan Rafflesia Mandalay. KAU HADOOO? kahkah

sekarang nak tanya, berapa ramai lelaki yang amat amat amat menyayangi ibu dia yang tak malu untuk mengaku dia sayang emak dia, dia cium dan peluk emak dia depan mata mata satu negara kita ni? bangga dgn sam ;) anak mak tapi comel ! haha

kbai.

Tonton online ABPBH10 ( Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 )

Selamat malam,

JOM TENGOK Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 kejap lagi liveeeee dari laptop kesayangan anda, oh makesure kau orang ada internet yang laju lah baru boleh tengok HAHAHA dan pukul 9pm nanti makesure kau orang dah buka awal awal link untuk :


oleh sebab sam cakap dia baca belog i ketika ber-bbm dengan dia tadi, i terasa teruja nak buat post pasal abpbh10 satu hari ini. KAHKAHKAH nampak tak betapa terujanya lah haku nak menonton shaheizy sam yang bakal memegang gelaran Bintang Paling Popular 2010. kalau dia tak menang pun tak apa, next year boleh tolong promote lagi dekat belog.
HAHAHA

comelnyaaaaaaa liyana lunia eh Jasmay !

CREDIT gambar dari budiey.com

kbai.

Shaheizy Sam , bintang paling popular ABPBH2010?

Selamat petang,

malam ini, malam penentu samada si kacak shaheizy sam atau si manis lisa surihani atau si sengal zizan raja lawak yang akan memenangi bintang paling popular 2010

Bintang paling popular diumumkan bakal memenangi kereta Nissan teana 2.0L bernilai RM137,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd dan set barangan kemas Rafflesia edisi terhad tajaan Rafflesia Mandalay.
Manakala artis dan personaliti yang memenangi setiap kategori pula bakal membawa pulang barangan kemas Rafflesia bernilai RM 10,000 tajaan Mandalay.




shaarrrnazz ahmad pun ohsem gak, oh kalau tak tahu siapa dia ini, dia lah pelakon ungunya cintaaa yang omei domei yang berlakon cerita kitaa tuu. nanti ada kum kum the series pula YAHOOOO, ohsem ahhh sharnaz

SAM DAH ADA websiteee sendiri. baru tahuu T______T hai sam, iamliyanalunia. KAYA LAH SAM MACAM NI KALAU ADA KERETA BARUUUU. wkaka


goodluck zizan ! goodluck shaheizy sam goodluck sharnaaz ahmadd !
GAMBAR dr sini :D
kbai.

Sabtu, April 02, 2011

Nasi Ayam Penyet , import khas dari rumah lunia.

Selamat petang,

sudahkan anda memasak untuk di makan tengahari tadi? kalau belum boleh lah menjeles dengan saya kerana kakak ipar saya telah memasakkan sesuatu yang saya amat amat inginkan selain nasi kerabu. KAHKAHKAH tak habis habis nasi kerabu engkau tapi takpa dah bosan makan nasi kerabu, hari ini kita tunjuk nasi ayam penyet pulak. BOLEH LAHHH T___________T

tempe , tauhu goreng dan begedil
macam tak sangka, impian jadi nyata bila kakak ipar cakap, 'hari ini kak fida masak nasi ayam penyet' masa itu boleh dikatakan mahu sahaja aku melompat setinggi langit, lepas masak macam tak sabar nak makan sangat, abang nampak sangat eksaited sampai suruh masukkan nasi dalam mangkuk kecil untuk hasilkan nasi omei bulat macam dekat kedai makan.

ada ulam ulam ( sayur kacang panjang, kobis dan lobak)
AKUUUUU juga yang buat nasi tu membulat sampai menjadi . tak jumpa mangkuk, aku pakai cawan jeeeeeeeeee, alhamdullilah syukur pd mu, perut pun sudah kenyang, mari lah kita berjoging petang karangggg.

zzzzzzzzzzzzZZZZZZZZzzzzzzzzzzz
  • dah boleh buka kedai dah ni. HA HA HA HA
kbai.

Jumat, April 01, 2011

Macam mana nak perbaiki error bX-67oaj1 ( older/newer button).

Selamat pagi,

awak awak semua ada tak jumpa problem macam ini waktu click older post di blog saya atau older post di belog awak sendiri, ada tak ada tak?

saya sedar ada keluar error macam tu bila saya click older post sendiri, lepas tu nak buka lagi satu page terus keluar macam ini, serius aku cakap aku stress gila entah apa benda lah error bX-67oaj1 ni, aku lempang karang baru tahu ! mula mula macam biar lah maybe nanti dia fix lah sendiri tapi dalam dua tiga hari aku tengok still tak berubah-ubah. nasib baik ada link search blogger help tu dapat lah aku fix dia sendiri.

jadi kalau awak ada masalah macam saya, boleh guna cara dekat bawah ye. OH UNTUK older / newer post guna text pun ada juga, tapi saya buat cara untuk icon sahaja okay ;)

1. Login Blogger Dashboard --> Design --> Edit HTML. Seterusnya tick pada Expand Widget Templates.

2. Picit ( ctrl + f ) and cari code <b:if cond='data:newerPageUrl'>

3. Untuk code - newer post
<a class='blog-pager-newer-link' expr:href='data:newerPageUrl' expr:id='data:widget.instanceId + &quot;_blog-pager-newer-link&quot;' expr:title='data:newerPageTitle' target='_blank'> <img src='NEWER POSTS ICON LINK'></a>

gantikan dengan

<a expr:href='data:newerPageUrl' expr:title='data:newerPageTitle' id='blog-pager-newer-link'><img src='NEWER POSTS ICON LINK'/></a>
4. untuk code - older post
<a class='blog-pager-older-link' expr:href='data:olderPageUrl' expr:id='data:widget.instanceId + &quot;_blog-pager-older-link&quot;' expr:title='data:olderPageTitle'> <img src='OLDER POSTS ICON LINK'> </a>
gantikan dengan

<a expr:href='data:olderPageUrl' expr:title='data:olderPageTitle' id='blog-pager-older-link'><img src='OLDER POSTS ICON LINK'/> </a>
5. tukarkan image link awak !

6. preview dulu and then baru boleh save kalau tiada error ;))

so far lepas buat macam ini, terus takda masalah dengan error code bX-67oaj1 lagi. GYEAHHH ! boleh lah selongkor entry lama lama saya ye lepas ni WKAKAKA.
  • terima kasih banyak banyak dekat rynaaohryna dan blogger help if u guys ada masalah dekat text boleh view site mereka. ;))
kbai.

Kamis, Maret 31, 2011

Give Away Pertama MiraEdora

Selamat petang,

sekarang nak cuba pulak giveaway dari kak mira yang omei nomei ini. haha marks & spencer u, i mana pernah ada barang dr depaaa tuuuuu, tak ada tak pernah ada tak tahu kenapa jadi gerun sangat dengar nama mcm tu. i beli brg pun dekat pasar hari ahad jeww kbai


  1. Mesti follow belog picisan ini & FB page MiraEdora (if ada FB. if takde takpe). I byk communicate kt 2-2 tmpt ni.
  2. Bwat entry tentang giveaway Mira Edora ini. 1st impression korang tentang i dan belog i? Dan kenapa?
  3. Tepek banner kat entry korang
  4. Tinggalkan link entry korang kat bawah tu
  5. Contestant dalam Malaysia sahaje ye :D
  6. Tag 3 orang kawan korang
sebenarnya yiyinggggggggggg mendapat inspirasi berbelog empat tahun lepas sebab sentiasa menjadi stalker tegar belog kak mira dedulu. masa tu i tak minat uolss ada belog, boring jeeeeee i lagi suka merepek dengan kekawan dekat mspace. tapi entah apahal entah lama lama tertarik nak berblog. HAHAHAHAHAH

1st impression , kak mira sangattt lawa, suka dia suka dia lepas tu dulu dia sukaaa layan adik adik ( saya letteww, dulu perangai tak ubah cam baby, gedik) yang tomei macam saya, tak jemu jemu balas msg dengan saya, saya pulak dah anggap dia macam kakak padahal umur tak jauh mana pun T_T biasa lah over . HAHA

1st impression , blog kak mira , semakin menyerlah dengan kehadiran dollydle dia sendiri. tengok lah header dia, jeles kan? lepas tu lepas tu nak cakap apa eh ala nak komen belog org paling saya tak suka T_T

baik, sekarang nak TAG :
zana
lassie
amirrahzawani

cepat buattttt HAHA ;)

kbai.

Rabu, Maret 30, 2011

Telemovie 5 Disember arahan erma fatimah!

Selamat malam,


baru lepas tersentap dengan drama arahan erma fatimah di tv9. siapa tak tengok adalah rugi ! tak sangka orang yang muka baik, muka berseri seri adalah orang mental pembunuh. zaman sekarang dah tak boleh percaya siapa pun :( perempuan lelaki sama sama gila !
Mastura ( Nabila Huda ) dan Aidil ( Aqasha ) bercadang untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada tarikh 5 Disember. Aidil mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur dan Mastura juga meminta Aidil mencarikan pekerjaan untuknya di sana supaya dapat membantu Aidil apabila berkahwin kelak.
Mastura bertolak dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur dan di sana Aidil setia menanti kehadiran Mastura di stesen bas. Dalam masa yang sama, seorang lelaki yang amat menyukai Mastura, Firdaus (Aaron Aziz) merupakan seorang yang mental. Tetapi Mastura tetap ingin melarikan diri daripadanya sehinggalah Mastura menghilang.
Namun sehingga 12 tengah malam, Mastura tidak muncul. Keadaan menjadi tegang apabila ibu bapa Mastura mendapat panggilan polis meminta mereka mengecam mayat yang dijumpai. Cerita ini merupakan kisah benar dan Erma Fatima terpaksa mengolah sedikit kerana ibu bapa kepada si mati tidak membenarkan cerita ini disiarkan. So, yang benar adalah pemandu bas yang bunuh, tapi yang cerita ini si mental yang bunuh.
serius sedih ! serius. dia kene sula sampai mati T____________T dan dia adalah cerita benar. nanti nak tunggu link sedut untuk tengok dari mula. siapa tahu berita pasal mangsa , tlg share link dia . alfatihah utk mangsa :((

kbai.

DAYA PENARIK . perasan atau kenyataan? hakikat yang susah nak explain !

Selamat petang,

Saya tak tahu lah samada saya yang perasan atau memang kenyataan yang saya seorang yang mempunyai daya penarik. Maksud dia bukan nak belagak, bajet poyo ke perah santan ke tapi hakikat yang susah saya nak xplain dekat org yang kepala batu yang benci tgk kesenangan org lain.
Contoh dia mcm , ada satu kedai yang lengang macam barang dekat dalam kedai tu mahal gila sampai engkau tak mampu nak beli lepas tu drpd sakit hati baik tak payah masuk . Haaa macam tu punya lengang, walhal depan kedai tu adalah foodcourt yang tentu2 ramai org lalu lalang.
Okay kemudian saya masuk ke dalam kedai tu, dalam dua minit selepas masuk, saya tengok berpusu pusu dua tiga pasangan yang masuk ! Nampak tak mcm mana saya tak perasan diri penarik minat orang , sbb bila ada saya, terus org ramai beratur.

Contoh dia masa makan tutti frutti dkt OU dgn cik pakwe, mmg takda org masa tu tapi bila saya datang trus beratur org ! nampak tak dia punya perasan sampai pergi cakap dengan cik pakwe lepas tu cik pakwe cam tak boleh blah je perempuan ni perasan gila pastu dia ajak pergi satu kedai kosong , nak tengok betul ke awek dia ni ada daya penarik ! tapi last last dah kenyang tutti frutti tade harapan la nak pergi kedai tadi, terus lupa ! cis

Contoh lain macam, bila aku er bila aku tak ada mood dah nak taip aku rasa sampai sini sahaja lah HAHAHA


nampak tak ada daya penarik dekat muka dia? ke tak ada? ke adaaaaaaaa? ke tak ada? okay fine tak payah cakap T____________T

mungkin dia ini penyebab saya menjadi penarik kot? KAHKAHKAH
NOTE : saya tak pandai mekap mekap sebenarnya, sangat jeles tengok orang pakai eyeliner cantik sgt, ada macam kucing, ada macam rimau, ada macam papanda pun tapi kenapa saya pakai tak kena? okay sebenarnya nak cakap gambar dekat atas saya pakai eyeshadow ini lah sambil pakai eyeliner, k maluuuuuuuuuuu :"))

kbai.

Selasa, Maret 29, 2011

The Sims 3 boleh mendorong zina?

Selamat malam.

Eh peminat The Sims 3, sila lapor diri sekarang ! terasa gugur jantung bila baca entry terbaru ynaaohynaa , main game the sims adalah haram. siapa tak gugur jantung? dah lah dia dadah engkau, dadah yang tak merosakkan badan ofcz, eh ada la rosak kalau engkau duduk tak buat apa apa nanti gemuk siapa susah? KAHKAHKAH
Walaupun perlakuan itu bukan secara hakikat dan hanya menerusi alam maya, ia tetap bercanggah dengan hukum Islam dan mendorong kepada zina.“Menontonnya boleh menaikkan nafsu dan ia permulaan kepada kelakuan lain kerana menunjukkan tanda atau jalan menuju ke arah itu.


Permainan itu digemari remaja kerana memberi keseronokan luar biasa kepada mereka untuk berusaha memikat gadis animasi cantik sehingga mengajaknya melakukan hubungan seks.

Difahamkan, pemain perlu menempuh beberapa peringkat sama seperti kehidupan seorang lelaki di alam nyata, antaranya merangkumi proses mengurat gadis maya idaman bermula sesi temu janji (dating) hingga datang ke rumah untuk mengambil hati ibu bapa teman wanitanya.Sejurus semua peringkat itu diselesaikan, pemain diberi peluang untuk mengakhirinya di ranjang bersama gadis itu yang menayangkan susuk tubuh menggiurkan.
Sejujurnya saya cakap, game ini sangat sangat men-dadah-kan diri anda sebab once saya dah main saya akan main main main dah tak akan pandang tempat lain dah sebab best gila ! tapi anda sebenarnya boleh je main game game ini . ia bermula dgn niat, bak kata ustazah ynaa
Ustazah kata terpulang pada NIAT seseorang itu. Kalau main sebab memang sengaja nak menghairah kan diri. Maka berdosa lah kamu….

Wallahualam

game ini memang saya suka main sebab saya bayangkan life saya yang kaya rasa dengan cheat code, rumah impian juga lelaki idaman. dan juga anak anak saya kelak (LOL) memang terbayang life ada baby mcm mana, life ada toddler mcm mana, life jadi celebrities, semua saya suka ! ialah, nak jadi realiti engkau ingat boleh ke? oh maksud saya dalam alam realiti engkau nak jadi celebrities ! lah LOL

eh okay lah saya nak pergi main the sims skrg ! nak mendecorate-kan rumah cantik cantik ! tak pernah puas decorate rumah grr lepas tu nak buat sims muka macam avril lavigne gak !
kbai.

Senin, Maret 28, 2011

Dashboard blogspot tak boleh masuk !

Selamat petang,

Betul betul menguji kesabaran sekarang ini bila mana dari tadi haku cuba hendal mengapdet belog adalah terencat sekejap bila tak dapat log in terus ke dashboard. Dah buat mcm mcm seperti clear cache / history , cabut plug internet, restart PC tp tetap sama.
GIVE UP terus !
Pulak pulak tengah puasa, terbau pulak maggi karip cup rakan ofis makan depan haku ini lagi stresSssss * nsib baik puasa nak mencarut pada dashboard itu pun kita kene sabar. Puasa = menahan lapar / dahaga dan juga mata dan mulut dr buat benda jahat
Eh saya baik tawwwww !
Jadi, tadi tengah boring boring terus tanya rakan twitter yang sporting !
Puasa boleh korek idong ke?
Ye ah, dan dan hidong gatal pulak, dan dan terasa banyak benih lak ! Stresssss tahuu?
Kbai :DDD
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Minggu, Maret 27, 2011

World Invasion : battle of LA

Selamat malam,

Pagi tadi, ehem merendek bersama cik pakwe (sekarang jadi cik pakwe lak, dulu buah hati- EH sadapppp awak) merendek bukan jauh sangat pun dekat je dengan umah , alahhh tak payah cakap pun anda tahuuuu ! Sejak pandai kesana, ke sana lah aku pegi HWAhaha.

Nyaris nyaris nak merajuk bila cik pakwe hendak mentengok filem aneh bertajuk World Invasion : Battle LA , serius rasa cam nak terjun je dari bangunan sebab tak suka tengok poster filem ini, nampak tak menarik !

Tapi nasib baik nyaris nyaris, kalau buat betul betul mesti menyesal sebab memang TERBAIK ah cerita dia ! Grr sumpah aku terkejut terkejut menonton filem ituwww !

Cuba bayangkan, makhluk asing datang serang negara kau, dia gunakan air H20 sbg sumber dorg bergerak ke apa tah ! Dia bunuh semuaaaa manusia, dia perlukan bumi utk negara baru dia. Kepala hotak awak lah makhluk asing ! Emosi gila aku tgk. Siap nangis nangis bila leftenan martinez yang omei domei tu korbankan diri dia :(

nama gadis ini : Elena Santos. : Air Force Tech Sergeant
Nasib baik tak terjun bangunan, sbb akhirnya kagum dengan filem ini walaupun org putih suka sgt buat filem makhluk asing serang bumi sampai nak muntah aku tgk tapi tetap terbaik. Boleh terkejut terkejut sambil peluk pakwe EH TAK jangan buat, haram ! Kahkahkah
Kbai :D
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumat, Maret 25, 2011

Home Kitchen Tool, sayang nanti kalau kita dah kahwin.

Selamat malam.

sayanggg ( tak kisah lah siapaaa yang akan jadi bakal suami saya kelak EHEMMMM) nanti kalau kita dah kahwin, i nak semuaaaaaaaaaaaa yang i senaraikan dekat bawah. kalau sayang tak belikan atau sediakan nanti i mengamuk. i taknak layan sayang lima saat biar sayang duduk sorang sorang dekat sana. tahu tak sayang? tahu tak? *AMARAN keras LOL

sayang, nanti kalau kita dah kahwin sayang mesti tahu yang BABY suka sangat duduk dekat dapur, sebab baby suka memasak tauuuuuuuuuw. baby (nyaris nak taip babis tadi T_T) rasa kalau memasak adalah lebih seronok kalau sayang hadiahkan baby ,
1. I LOVE YOU Toast.

menariknyaaaaaaa, bila bangun pagi baby akan pergi dapur buatkan sayang kopi sambil bakar roti ada tulisan I Love You or Good Morning ohmy mesti hari hari sayang akan bahagia kan sayang? jadi pelis ! ini perlu ada dalam kitchen kita nanti.
2. Pop Corn Maker.

sayang, nanti dah kahwin tak perlu lah pergi mentonton wayang kerana kita dah ada astro first dan tv PLASMA dalam rumah, sound system pun dah gempak gilaaaa jadi tugas baby adalah buatkan sayang popcorn sedap untuk kita berdua. air adalah air masak since popcorn sedap sudah manis. tak elok manis manis sayang.
3. Ice Pop Maker.

later if kita dah ada anak ramai yang comel comel macam i, tak payah lah kita ajar dia makan aiskrim mat cool dah. baby boleh buatkan aiskrim berkhasiat dari ladang. sayang punya aiskrim pun kalah EH apa pulak ni kbai.

4. eh, okay lah baby nak pergi layan pakwe (sebelum sayang lamar baby, sayang pakwe baby larrr) kejap, kalau ada masa kita sambung alatan dapur yang menggiurkan hati baby. sayangggg jangan lupa baca belog baby sebelum melamar supaya sayang tahu apa yang baby idamkan.

KAHKAHKAH .
kbai.

Kamis, Maret 24, 2011

Gadis cuba bunuh diri di KB Mall petang khamis .

Selamat petang.

24 Mac 2011 (WHAHAHA) kecoh betul dekat twitter ada manusia yang cuba membunuh diri, sebab dia adalah manusia itu memperoleh keputusan SPM yang teruk ! er, dapat result teruk = bunuh diri adakah keputusan yang bijak? oh sudah tentu lah bijak kalau dia tak bijak confirm keputusan SPM dia A+ je semua. nampak tak sebenarnya haku terbalik kan ayat sahaja LOL




ini kah gadis yang membuat cubaan membunuh diri di KB Mall petang tadi?




grr ini pulak video dia dicuba untuk diselamatkan tapi tak dapek den nak nolong, tetap gak terjatuh tapi dgr dgr dorang kata dia cedera ringan sahaja. ish dekat berita dah keluar ke belum? i tak tegok berita sebab kakak haku dah chop tv, means cerita masak masak je dia tengok KAHKAHKAH

credit : eiyda , ezanykun. , joe

nak berita hangat boleh follow twitter LiyanaLunia :"))

kbai.
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !