baru lepas tersentap dengan drama arahan erma fatimah di tv9. siapa tak tengok adalah rugi ! tak sangka orang yang muka baik, muka berseri seri adalah orang mental pembunuh. zaman sekarang dah tak boleh percaya siapa pun :( perempuan lelaki sama sama gila !
Mastura ( Nabila Huda ) dan Aidil ( Aqasha ) bercadang untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada tarikh 5 Disember. Aidil mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur dan Mastura juga meminta Aidil mencarikan pekerjaan untuknya di sana supaya dapat membantu Aidil apabila berkahwin kelak.
Mastura bertolak dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur dan di sana Aidil setia menanti kehadiran Mastura di stesen bas. Dalam masa yang sama, seorang lelaki yang amat menyukai Mastura, Firdaus (Aaron Aziz) merupakan seorang yang mental. Tetapi Mastura tetap ingin melarikan diri daripadanya sehinggalah Mastura menghilang.
Namun sehingga 12 tengah malam, Mastura tidak muncul. Keadaan menjadi tegang apabila ibu bapa Mastura mendapat panggilan polis meminta mereka mengecam mayat yang dijumpai. Cerita ini merupakan kisah benar dan Erma Fatima terpaksa mengolah sedikit kerana ibu bapa kepada si mati tidak membenarkan cerita ini disiarkan. So, yang benar adalah pemandu bas yang bunuh, tapi yang cerita ini si mental yang bunuh.serius sedih ! serius. dia kene sula sampai mati T____________T dan dia adalah cerita benar. nanti nak tunggu link sedut untuk tengok dari mula. siapa tahu berita pasal mangsa , tlg share link dia . alfatihah utk mangsa :((










.jpg)




