Tampilkan postingan dengan label penyakit. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label penyakit. Tampilkan semua postingan

Jumat, Mei 20, 2011

Seram : Surau Tinggal Di Lubuk kampung seberang.

Selamat pagi,

nak share satu kisah seram, mengigil bulu roma masa baca dia. terasa bulu tengkuk berdiri. OH BULU tengkuk saya tak panjang sangat macam bulu si berbulu yeeeeeeeeee ! kahkahkah eh tak boleh gelak, sebab ini cerita seram . ingattt, c e r i t a seraammmmmmmmmmmmm
Seram : Surau Tinggal Di Lubuk kampung seberang.
Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ. Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe.rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya

eeeee tipuuuuu lah cite ni, aku dah meremang bulu hidng ini kau boleh pulak cakap dia solat tak tanggalkan helmet T___T abis cemane dia amik wudhu' ? eeee tak logik. benci cite hantu cmni HUWHAHAHA



kan bagus kalau engkau cakap, hantu kak limah duduk atas tengkuk dia. INI BARU SERAM KAHKAHKAH

NOTE : itew amik dari email je org bagi, itew rasa lawak semacam jew HAKHAK jangan bising kalau dah baca. nanti itew SAGAT KULIT awak karang !

♥ kbai.

Rabu, April 06, 2011

Menguap mengikut islam. jangan menguap luas luas nanti tak boleh tutup mulut padan muka !

Selamat pagi,


APAKAH definasi menguap bagi anda? bagi saya, kita akan menguap jika mengantuk, boring , atau terikut kakak engkau menguap. maksud dia bila engkau tengok siapa siapa menguap, engkau pun ikut sama lah terkedek kedek nak menguap lepas itu air mata pun mengalir, OHMYYY saya suka betul keadaan waktu menguap ! bila air mata pun ikut sama nak keluar, lepastu terhasil lah triple chin (sebab selalunya dabel, now dh jadi triple LOL)

tapi, ada orang yang menjengkelkan bila dia sibuk buat bunyi 'HUARGHHHHHHHHHH' lepas tu depa kan tangan luas luas lepas tu muka feel gila macam best gilaaaaa lah engkau menguap ada bunyi, tahu tak buat bunyi menjengkelkan itu makruh? TAHU TAKKK? kalau tak tahu, skrg boleh tahu !

tapi sebenarnya kita menguap bila kita kekurangan oksigen, kata google lah saya tengah baca ni huwahaha tapi lepas awak tengok video dekat bawah ini, mesti awak takut nak menguap skrg kan? SAYA PUN SAMA T_______T



Antara adab-adab menguap dan bersin:
Menguap mengikut islam .
  1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
  2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
  3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
  4. Sunat ketika bersin mengucapkan “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah” .
  5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap.

♥ kbai.

Selasa, Maret 22, 2011

Strawverry jam with biskut kering LOL

Selamat petang.

hai, nama saya liyana. hari ini saya tiba tiba teringat ada biskut kosong dekat ofis. biskut kosong makan dengan strawberry jammed pun sedap. jadi, saya pun pergi cari jam stoberi dekat seven E. sambil cari jem, kita cari pekerja lelaki dia yang ensem tu tapi malangnya dia tiada pulak. hajat nak cuci mata tak kesampaian T__T

jangan lupa air kene ada, manis gila doh grr *pening*
balik ofis, makan dulu nasi lemak ! ye nasi lemak pepagi wey dah abang haku beli kan siap ada peha ayam masak merah kalau kau tak makan memang saja cari pasal lah dengan abang haku. jadi jem stoberi tu kita sumbat dulu dalam frigde. UNTUNG kan tempat kerja ada fridge, masa beli cheese nak buat oreo cheese cake hari tu pun siap simpan awal awal cheese dalam fridge tu. sebabnya haku cari cheese waktu lunch . baca je lah apa aku nak cakap ni. marah kang !
HWHAHAH

sedap gak la makan dia dengan jem stoberi

boring gilaaaaaaaaaaaa entry awak sekarang ! haah betul lah rasa macam dah boring dah entry awak boring boring ahh kalau dah boring kita tuka kepada BOSAN pulak HAHAHHAHAA

♥ kbai.

Rabu, Januari 12, 2011

salah ke belanja boyfriend masa dating?

Selamat pagi.

hai semua, saya dah mula bekerja walaupun kepala berat, hati berat, badan berat, semua berat lah lagi lagi hidung saya ni ha, sakit sangat sebab berat . dah cucuk lubang hidung dengan vicks dan hurix cool inhaler pun, masih tersumbat lagi tahu tak ia sangat TENSION? benci lah kalau selesama berhingus dan batuk berkahak. grr benci. oh btw tadi belo hurix inhaler rm3.20 berbeza dengan jenama vicks rm5.30 sebagai pengguna bijak saya beli rm3.20 je lah. KAH KAH KAH T__T

tadi cikgu saya cakap suara saya serak. nasib baik dia tak cakap suara awak serak macam amy search. I LIKE :D kalau dia cakap macam itu confirm lah aku menyanyi lagu isabella tadi, oh tak pun, tak akan cikgu nak cakap macam tu berangan lah engkau.

jadi, berbalik kepada tajuk, salah ke belanja boyfriend masa dating? bagi awak salah ke? jujur haku cakap, haku kalau keluar dating dengan fwzQram mesti akan belanja dia, makan ke wayang ke, apa apa lah semua mesti aku akan belanja. tapi gilir gilir macam hari ini engkau bayar wayang ye b, aku bayar makan kepsi, baru lah kewangan sama sama stabil. dah lah kita pun baru start nak bekerjaya kan b kan? YE BABY, ye, betul cakap u tu (KONON KONON DIALOG LAH, saya tak pandai berdialog sangat KAH KAH KAH)

ye la aku sedar, saya dengan fwzQram bukan anak datuk siti (?) tetapi kami sepakat membawa berkat bahawa jika kita saling menolong kelak hidup kita akan bahagia. macam tu lah. lain pulak dengan setiap kali dating engkau KENE bayar untuk kekasih lelaki engkau itu. itu sangat lain ye , itu seperti mencurahkan wang sendiri ke dalam perigi nama dia. dah lah pasangan engkau tu pemalas nak keluar duit, engkau pulak rajin nak bayarkan semua yang dia nak kan? picit link itu untuk dibrain wash oleh kakak watie.


ini sugar hati emak dan apak

kalau hendak belanja si pakwe, berpada pada lah, kelak memakan diri sendiri. ini aku tengah cakap pada hati (padan muka hati, tiba tiba je) sebab kalau hati tak lembut sangat mesti aku dah jadi sugar mummy hari hari bagi duit dekat fwzQram. haaa habis kalau engkau je yang belanja boyfriend engkau dia tak ada pun nak belanja ke nak hulur sikit ke, sama lah macam engkau sebenarnya sugar mummy dia. (T______T)

oh, saya demam tak boleh emosi sangat.

♥ okaithnxbai.

Kamis, Oktober 28, 2010

Cara mudah menghentikan batuk.

Selamat pagi,

hari ini macam biasa kita pergi segmen kecantikan dan kesihatan. iaitu TIPS menghentikkan batuk nama dia, macam mana saya tahu pasal tips ini? saya tahu dari email, bila saya tahu dari email, tugas saya adalah share dengan awak semua yang saya cintai HAHAHA over tak over tak? ;p

tips ini, katanya sudah ramai yang guna tapi bagi saya ia adalah sesuatu yang baru. kebetulan my boyfren, iman syafaris hakimie pun sedang batuk teruk T___T dia tak pandai keluarkan kahak sebab dia baru tiga bulan *nangis*

tapi, tips macam ini boleh ke dia guna? HAHAHAHA tapi tak apa, mari kita teruskan pembelajaran kita hari ini.
Potong bahagian atas limau, garam dimasukkan ke dalam limau, dan dimasukkan kembali bahagian atas. Wap itu 10 minit dan makan semua termasuk jus segar di bahagian bawah mangkuk. Rasa tidak begitu bagus tapi menyembuhkan batuk yang berpanjangan anda di hari.


pertama sekali
potong di bahagian atas limau.


kedua.
taburkan sesudu garam di atas limau yang sudah di kerat tadi, jangan potong banyak sangat T_T

ketiga.
tutup balik potongan atau keratan itu.
keempat.


masukkan dalam mangkuk sebesar oren itu dan sumbat ia ke tempat pengukus, pastikan anda kukus selama 20minit

siap untuk di jamah. air yang dekat bowl itu sila makan sekali ye. ini arahan dari email, dia dalam english, aku translate kan jadi BAHASA. KAH KAH KAH :))
thanks for the tipss ye tukang bagi email. sorry, hari ini sangat busy :(( tak dapat taip banyak banyak *nangis*

♥ okai bai.

Rabu, Agustus 18, 2010

(Video) Lelaki lembut kaki pukul pfft

Selamat petang.

kerja hari ini adalah mengupload gambar ke dalam website sahaja selain itu bermain game lip ice yang comel, selain itu bergosip dengan teman tersayang, selain itu ehem apa lagi heh? tak ada dah lah semua dah cakap dekat atas T_________T


motip ai letak gambar fahrin? sebab beliau hotsssssss *drooolllss*


oh, lupa selain itu membuka semua video yang kawan kawan facebook share. semua video yang ngeri dan annoying sahaja, yang mcm cinta cinta i tak layann. (T_T) sekarang saya perasan ramai share video lelaki dayus pukul perempuan kan? sekarang pun dekat akhbar pasal suami terajang perut isteri hamil 6bulan pun ada. masing masing dah kene sawan anjing kot? LOL

ini satu video, lelaki lembut aww aww pukul perempuan. lawak pun ada. jalan terhuyung hayang tapi kuat hentam orang ni.

aww aww gituuu.



♥ okai bai.

Minggu, April 25, 2010

cara untuk memasak mee segera dengan betul untuk mengelakkan penyakit.

selamat pagi. ♥

signup twitter dan churp churp untuk bukan bloggers. anda boleh earn duit dari bertwitter dan berfacebook je ! ;p

ini pagi kita bincang pasal makanan paling cepat di masak sedap di makan dengan harga rm0.90. kira roti canai tiru harga dia yang sepeket lah eh bukan sepeket yang ada 6 bungkus tu. ini sepeket yang kau boleh ambil satu perisa lain satu lagi lain dan total baru rm1.80.




maggi adalah sebuah jenama dan barangan terpenting dari maggi adalah mee segera yang mempunyai berbagai perisa. maggi adalah mee yang comel sebab berpusing pusing macam rambut kerinting. kadang kadang i kasihan dekat indomie atau mee sedap sebab semua akan panggil dia maggi padahal maggi adalah jenama jadi tolong hehh panggil dia mee segera bukan maggi (KAH KAH KAH tiba tiba emosi T_T)



perisa kegemaran gua adalah kari. sebab apa kari? sebab gua suka buat maggi goreng ala mamak. cili padi kene lebih, telur sebiji, bawang jangan banyak banyak gua tak suka. maggi jenis berkuah adalah tidak sedap dan salah satu masakan kegemaran raracandyfloss adalah murtabak maggi ada ayam. aww sedap T_T

kita tahu, student adalah malas. dan juga masalah kewangan menyebabkan maggi adalah pilihan pertama untuk menjadi santapan. tapi kau orang tahu tak kalau kita makan maggi ini, mula lh rambut gugur, dapat penyakit kalau tak percaya boleh google.

sebab itu adalah penting sebelum masak maggi, kita tahu cara untuk memasak maggi dengan cara yang betul. bukan setakat rendam 3minit lepastu biar maggi kembang letak perencah siap. itu adalah salah kerana ia menyebabkan keracunan ke apatah.

jadi sekarang pakar diet ( iaitu i ) akan mengajar cara cara memasak maggi dengan betul.
  1. Rebus mi dalam periuk yang berisi air.

  2. agak agak mee dh kembang sket (jangan kembang banyak T_T) tos dan buang air yang mengandungi lilin.

  3. Didihkan satu jag air sampai mendidih dan masukkan mie ke dalam air panas mendidih dan kemudian tutup api.

  4. masa air didihan panas, masukkan bahan perencah ke dalam air ( emak i ajar letak separuh sahaja )

  5. Namun, jika anda perlu mie kering, keluarkan mee dan tambah dengan serbuk bahan dan kacau untuk mendapatkan mie kering.
ini bukan mainan heh, ingat aku tipu ke jadi pakar diet? kalau kau buat cara masakan 3 minit tu, senang senang je kau dapat sakit. jadi aku harap tolong lah sebar sebarkan lagi lagi untuk student T_T

//padan lah kawan aku sakit perut, kurus kering. sebab waktu belajar dulu dia makan maggi masak 3 minit lepastu bising rmbut gugur. tsk bahaya okay?

// walaupun ada mee segera macam cintan ke atau iklan bapak dia makan mee segera lepastu cakap betul betul haolioww ke apa tah tu, cinta i tetap maggi perisa kari ♥

Rabu, April 07, 2010

untuk si pemakai cincin dan suka menyimpan kuku panjang.

selamat pagi.

sekarang ini kita boleh tengok ramai lelaki yang pakai cincin tapi ikut suka dia je sunnah nabi jarang nak ikut . okay ini copy dari mana tah, ada orang hantar emel dekat i pasal ini. sila baca dengan hati terbuka :)



Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah..

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya.. Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan .



Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Minggu, April 04, 2010

jerawat di anggota badan.

selamat petang.

sekarang mari kita berbincang tentang jerawat atau pimple. maksud jerawat di mana mana anggota badan. mari kita mentengokk :P



DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.


habis kalau macam ini? eeewww
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !