Tampilkan postingan dengan label tips. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tips. Tampilkan semua postingan

Rabu, Juni 01, 2011

Menubar menarik blogspot macam Liyana Lunia punya HAHA

Selamat tengahari,

dua hari sekarang sibuk menguruskan domain transfer , dua tahun menggunakan netkl sungguh merasa gembira kerana tak pernah ada masalah kadang kadang blog not found memang 5% je yang terjadi secara tiba tiba, kira tak pernah ada masalah dengan netkl. tapi sebab mahu merasa berdikari, mahu merasa menjadi pengguna WP, terus bersemangat mencuba servis dari datakl pulak. harapnya semua berjalan lancar. oh sekarang haku belum tahu nak buat apa, sekarang tahu nak buat proses pindah domain sahaja dulu *blablaaa, mesti kauorg fening apahal dia ni cerita pasal netkl lah datakl lah KAHKAHKAH

sekarang duduk depan kompiter diam diam, sebab last tutorial saya sharing dengan anda adalah Macam mana nak perbaiki error bX-67oaj1 ( older/newer button). Lama tak buat tutor since that day kan? sebab macam jarang dah meng-edit belog sekarang tapi tapi tapi ada dua orang cantik minta saya sharing macam mana buat menubar macam saya. sebenarnya menubar ini ku ambil dari satu belog tapi terlampau banyak blog yang buat tutor , saya jadi lupa. tapi sebab i dah edit code tu sikit sikit, so i anggap i lah yang buat code tu okeh tak? KAHKAHKAH T____T

so first step macam biasa !

1. Login Blogger Dashboard --> Design --> Edit HTML. Seterusnya tick pada Expand Widget Templates.

2. COPY code ini,
/* menu bar */
#menubar{
margin: 0;
padding: 6;
float:center;
border:0px solid #ffffff;
width:90%;
background:#ffffff;

#menubar li{
margin-left: 0;
padding: 0;
list-style: none;
float: left;
font: bold 14px arial;

#menubar li a{
display: block;
margin: 0;
padding: 13px 10px;
background: #ffc4c5;
color: #fff;
text-align: center;
text-decoration: none;
border:2px solid #ffffff;
-moz-border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
border-radius: 25px 10px / 10px 25px;

#menubar li a:hover{
background: #000000;-moz-border-radius-bottomleft: 20px;
-moz-border-radius-bottomright: 20px;

#menubar div{
position: absolute;
visibility: hidden;

3. PASTE code itu sebelum ]]></b:skin> ( ctrl+F , cari code ]]></b:skin> dan paste atas dia )

4.COPY pulak code ini

Home

About Me

More Tips and Triks

Advertorial

Maxis10

Blog Achievement

Contact me

5. PASTE code tersebut di bawah

6. Edit mana mana yang berkenan, edit color ke, edit url dekat menubar ke. ce kalau kau terus copy paste cenggitu, untung la saya HAHAHAHA

7. PREVIEW. penting sgt bila edit code html ke apa apa ke, tolong lah preview dulu takut ada code tak jadi ke apa yewww. kalau takda error baru SAVE

sedih, bila berhijrah nanti dah tak ada menubar cemgitu lagi sebab tak reti nak edit dekat WP ueueuewuueu nangis ! T________T , oh saya tak pasti untuk template selain dari MINIMA yee. saya guna minima je, senang nak edit , senang juga nak jahanamkan template tersebut KAHKAH ;p jadi, selamat berjaya untuk adrina and fika rozaidi dan andaaa semuaaaa :D

NOTE : sorry, malas nak edit T___T terus ku copypaste sahaja dr edithtml huhu

♥ kbai.

Kamis, Mei 26, 2011

Mengesan makluk halus di rumah baru anda.

Selamat petang,

boleh tak petang petang dekat office ni aku layan cerita seram, sudah lah layan lepastu sendiri terkejut bila tiba tiba telefon berbunyi T___T , tersentak woo. encik bos panggil pun aku boleh tersentak. nasib baik hari ini hari rabu, takda lah tv3 pasang mantera anjosmoro ke apatah tu, eh tiba tiba terlayan mentera anjasmoro tahu? kalau tak selama ini macam tak berminat ;p

sambil berani berani baca, termasuk dalam thread my angker story collection. MEMANG syok baca entry dr forumer sorang ini sebab cara dia cerita adalah direct, bahasa dia perfect bukan ayat rempit. kira baca sekali boleh faham lah hihi.

so far, ada tiga ke empat story yang forumer ni ceritakan pengalaman dia,kalau korang nak baca lebih lebih boleh click link ini terus pegi sana baca. paling scary dia cerita pengalaman 'benda' tu tidur dekat katil sebelah sambil tenung dia. waktu tu budak budak U dia tak ramai yang ada semester tu, so dia tido sorg takda rumate. SERIUS seram gila baca entry tu. sebab teringat waktu aku takda roomate masa sem akhir dekat unisel tapi syukur alhamdullilah aku tidak dikacau sesiapa. *PENGSANNN* kalau boleh taknak lah berjumpa dengan ehem ehem macamtu. tapi pengalaman orang terdekat histeria dah selalu hadap dh :(

oh, nak berkongsi dengan korang ilmu yang saya dapat dari thread tu adalah :

khas kepada mereka yg sedang dlm proses mncari umah utk dibeli/dsewa
1. letak bekas berisi air kt mana2 sudut umah tu. tinggalkan dan dtg blk esoknya. kalo bkelodak dan kaler kelabu maknanya ada sthg something dlm umah tu.
2. letakkan bekas makanan spt polisterin atau pbungkus nasi yg dh dgunakan kt kwsn2 spt tandas atau dapur dan dtg blk keesokan harinya. if bau bekas makanan tu mcm dah dtinggalkan bminggu2, maknanya adasthg something dlm umah tu.
3. ade penambahan. campak penyapu lididulu sebelum masuk ( zety )
*komen dari syazwani mazlan , wow. camtu pulak tipsnye?? slalunye bacalah yasin dalam rumah baru :)

oh ini yang saya lupa nak masukkan sekali T___T
tak bmakna kalo umah tu ada sthg something, kita tak jd beli umah tu. bg aku kita bleh negotiate dgn makhluk Allah tu juga utk hidup tenang dan tak kaco antara satu dgn yg lain. buatlah doa selamat dan apa2 yg bsesuaian setelah menetap kt umah kita tu.
*aku memang copypaste je terus, malas nak tulis. OKAY MALAS TULIS YE ! OKAY FINE T_____T

cerita baru dia lagi seram, aku macam tak berani nak ngabiskan bacaan HWHAHAHA T____T eh kejap, mesti nak tahu kenapa aku letak gambaq gula gula arnab yang sedap gegila tu kan? haha lepas aku baca thread tu, baru aku tahu nama manja 'ehem' tu sweet tahu. korang tahu? bila tahu je nama manja dia sweet, terus teringat gula gula arnab HWUAHAHA :(((

skrg gula gula arnab adalah mahal ! dan ada orang musykil dengan status ke-halalan dia, nowdays banyak benda kita makan baru kita rasa musykil kan? hmm :(

♥ kbai.

Jumat, April 22, 2011

Rugi sangat 'Protected Tweets' di Twitter.

Selamat petang,

kenapa pulakk rugi 'Protected Tweets' di Twitter.? EHEMMMMMM semua orang sekarang ada twitter tauu, sampaikan dalam lagu anggun pun dia sebut pasal twitter. dah memang dunia zaman sekarang semua kene ada twitter sampaikan berita terpantas adalah dari twitties KAHKAHKAH kalau takda twitter boleh pergi signup sambil tu boleh buat duit juga T_________T

kenapa saya tak bagi awak pasang kunci dekat twitter awak?

acane saya nak baca kalau buka buka twitter awak je ada msg cenggini. saya pun terasa aneh adakah anda robot? adakah anda tweet benda benda berkaitan justin bibir sahaja atau adakah anda seorang yang peramas mesra yang membuatkan hari hari saya gembira baru lah saya dengan gembira pun mahu meng-follow awak HAHAHA over gila aku ini T____T

ini baru 5 minit pasang kunci dekat twitter, dah ada 3 rekues nak follow dan siap kene approve bagai. ce kalau ada 100orang nak follow, acane nak approve dia? (walaupun ada accept all dekat atas tu T_T) tapi tak ke menyusahkan ? ce kalau orang ke 60 tu pengintip awak? acane?

tahu tak kalau awak private tweet, lepas tu awak follow lisa surihani lepas tu tiap tiap pagi awak wish good morning dekat dia tapi dalam 100 wish awak tu tak ada satu pun dia balas . AWAK NAK TAHU TAK KENAPA? sebab awak private tweeeetttttttttttt lahh ! acane dia nak baca tweet awak dekat dia, contoh 'selamat pagi @lisasurihani' tapi awak lock tweet tu, kalau lisasurihani follow awak boleh lah dia baca, tapi kalau dia tak follow? HAAAAAAAAAA sebab itu ada orang cakap lisasurihani sombong padahal diri sendiri pergi lock twitter tu buat apa T_________T !

tapi kalau awak tweet retis macam lisasurihani buat apa, baik awak tweet liyanalunia confirm ah dia balas kalau dia tak balas pun kau spam je bebanyak kali kat dia HUWHAHAHA ;p

lagi satu, tahu tak kalau awak blogger yang mengharap nak earn duit dari twitter atau nak orang tahu entry terbaru awak tapi awak lock twitter, acane followers awak nak retweet entry awak tuuuuuuuuu? nampak tak apa sinarbaru tu cakap? sejak bila saya remove butang RT , means ada ramai followers yang akan retweet dan share dengan followers dia yang lain lah tuuu. rugi tau kalau lock tweet !

ce tengok entry boleh cashout churp churp akhirnya. semua sebab twitter lah ingat duduk tweet goyang kaki tak boleh dapat duit?

okay boleh belajar sekarang macam mana nak unlock twitter awak tu,
1. mula mula login account twitter
2. cari Settings
3. scroll down.
4. nampak tak 'protects my tweet' ?
5. click dekat kotak bertanda pangkah tersebut !
6. isi password anda.

kita lupakan pasal stalker atau bekas bekas kekasih awak. awak kene fikir twitter ini bukan sahaja tempat meluahkan perasaan malah ia adalah tempat awak share ilmu pengetahuan. tak dapat apa pun kalau menyorok dari stalker, baik awak unlock twitter dan make a friend. kalau takut stalker baca apa apa yang awak rasa penting, jangan tweet ! ;))
• IKLAN HEBAT DI BAWAH !

oh bytheway esok saya dan acik zana akan makan angin ke melaka, tangkak dan bukit gambir. siapa bloggers / twitterer/ fbooker dari melaka cepat angkat tangan dan jadi tourist guide kami ! hwhahaha ;p doakan kami selamat sampai dan balik and mulai esok akan ada banyak Live Update dari BBTorch ;)) YAY jom bercutiii. sangat eksaited nak tidoq dekat hotel ini. HWHAHA

♥ kbai.

Rabu, April 20, 2011

Diamond Owl Necklace dari Amirrah Zawani. tQvmsygg :D

Selamat petang,

terasa bersalah sebab lambat mentaip entry untuk special gift ini. hadiah misteri berbentuk burung hantu atau dalam bahasa omputih dia diamond owl necklace lah kiranya. sebenarnya dah siap masuk draft tapi kakak engkau ni dia punya jari asyik nak bergosip sahaja itu lah masalah dia T______T

hari rabu minggu lepas rasanya, dapat special gift dari someone yang saya sangat sangat suka baca celoteh dia berblogging tak perlu letak banyak sangat gambar muka comel dalam setiap entry kalau nak letak pun mesti ada kaitan lah dengan gambar . ini awak cerita nak pegi berak tapi letak gambar piss piss kacang piss sambil muka omei domei. TAK KE MELUAT saya tengok? T____T tahulahawakcantik isk.

sebenarnya lepas baca entry dia terpikat dengan rantai burung hantu tuu, kiteorg jadi macam rapat and saya pun makin galak baca entry entry lama dia, lepas tu tak ingat pulak pasal birthday dengan followers ke 1200 . HAHA serius i tak ingat T____T tapi terharu gilaa kot sebab dia ingat . terasa macam disayangi :D

buruk gila gambar. lantak ! hwaha
tipuuu la dia kata trafik mencurah curah sebabnya saya rasa yang comment blog saya tak sampai 20 orang pun tauuu. lain lah dia, commentar dia je dah cecah 90, commentar saya tak cukup nafas nak kejar HAHAHAHA ;p nampak tak dekat sini? belog awak ada followers sampai 4k pun tak mungkin 4k tu akan baca entry entry kau so jangan lah berharap 'i follow u, u follow me' ;))

terima kasih Amirrah Zawani untuk special gift ini ♥ Terasa sedih tak dapat ticket roomates dr NN kalau tak kita dah jumpaa dh ;(

♥ kbai.

Senin, April 18, 2011

Test (JPJ) dekat bukit tayah takut, bukit dia kecik cenonet jee

Selamat pagi,

masuk bulan ini, sudah err sudah kejapp nak kira berapa bulan ada lesen P sejak Januari 2010 tapi baru bawak kereta bulan 10 tahun lepas. bila kira kira terus koma malas nak kira kita teruskan je lah dengan hari berbahagia iaitu hari ini. bukan berbahagia sebab aku dah kawin, belum lagii belummmmmmmm lagi *tiba tiba stress

YANG ADA P tu la sammy titeee :DD

tadi kan, sebelum ke sekolah ( OFIS SEBENARNYA ) saya pergi collect cheque dari someone lah yang office dia dekat atas bukit Sri Gombak ini, kalau family saya tahu saya berjaya naik bukit tu dengan aaron sammy mesti depa happy gilaaa ! berjaya juga haku lepas bukit sri gombak tu walaupun ada lah rasa nak nangis sikit takut enjin mati HWHAHAHA

dah berbulan bulan bawa kereta , saya paling takut lalu bukit T___T kalau parking pun sama jugaaa , side parking je mesti ada lah badan sammy terkeluar dari garisan bila lah nak jadi pakar macam apak isk tapi apak dengan emak selalu intai saya drive laju lajuuuu. balik rumah je emak cakap 'amboi kemain lajuuu bawak keta'

T______________T

masa belajar memandu dengan test jpj dulu tak ada lah takut sangat dengan bukit, rasa kacang gilaa walaupun memori kereta ter-reverse sambil aku tekan minyak kuat kuat memang memori paling tak blah. tah acane keta boleh menjunam kebelakang pun haku tatau tapi waktu tu paling takut dekat parking laaa. banyak step nak ingat :(

tapi sekarang bila dah bertemu bukit sri gombak, saya rasa nak pengsannnn ! itu belum lagi bukit dekat ulu yam keee. KENAPA LAH KAWASAN KEDIAMAN AKU INI BERBUKIT T__________________T

I
INFO : test dekat bukit tayah takutt, bukit dia kecik cenonet jee. confirm lepas punyaa. ce bukit sebenar? matikssss laaaa
bila fikir fikir, sampai bila takut nak bawak kereta dekat kawasan berbukit, sampai bila pulak nak pakai kereta kecik. AKU KAN MINAT KERETA BESAR MACAM x 5 impian apak - ce kalo apak dah beli x 5 tak ke rugi kalo aku takut nak bawak dia? HAHAHAHAHHAmpehHAHA
♥ kbai.

Minggu, April 17, 2011

Boleh cashout churp churp akhirnyaa T___T

Selamat petang.

akhirnyaaaaaaaaaaaaa, register churp churp tahun 2009 lepas malas nak layan dia sebabnya kene buat ayat mengikut keywords yang dh diberi saya kalau bab bab mencipta ayat adalah mengerikan sikit sebab aku malas sikit nak buat ayat HAHAHAHA tapi alhamdullilah tahun ini 2011 dah boleh cashout dahhhhh.

akhirnyaaaaaaaaaaaaa, 2011 baru aku dapat cecah RM100 minima cashout dia . kalau nuffnang or says.my , RM50 tapi churp churp ini manja sikit, dia nak lebih seratus tahu tak? skrg ni, ambik lah akuu ! tahun 2009 register churp churp, tahun 2011 baru boleh cashout. SEBAB DIA ADALAH malas reka ayat untuk schedule tweeeeeeeeeeeeet HAHAHAHA tapi sekarang dah senang, kita just promote campaign ( social sharing ) jeee. kalau malas nak schedule, aku abaikan jeeee walaupun sekali satu tweet dari schedue tweets tu boleh cecah rm5 T______T

kan saya dah cakap hidup zaman ini kene pandai cari duit, kalau setakat duduk duduk dekat facebook dengan twitter sebab takda blog tapi tak dapat duit senang macam ni memang tak OHSEM ahhhhh ! saya cabar awak skrg, signup churp churp, dua bulan nanti engkau boleh dah dapat duit free caniii. tapi kene lahhhhhh kita sama sama rajin promote promote campaign yang diberi tapi jangan spam sampai kawan kau 'annoying yo sayoo' ! kau buat ayat yang enak enak untuk bagi info dekat kawan kau .
nak beli hosting lah guna duit cecupcup eh tapi nak simpan dulu kasi dia 1k lah baru cashout lepastu beli hosting pun tunggu 1k lah KAHKAHKAH ! memori belog didelete dengan sengaja adalah mengerikan UWUWU !

♥ kbai.

Kamis, April 14, 2011

Says.my daily lucky draw. Kau bertuah, kau menang !

Selamat pagi.

ada lagi 22 hari untuk mencuba nasib dapat hadiah dari says.my sempena birthday mereka yang ke 3. HAHAHA engkau tahu tak aku sangat suka mencuba nasib konon konon boleh terasa macam aku lah orang bertuah lagi lagi bila teringat empat gadget yang berjaya aku gondol tahun lepas. EH EMPAT KE? tiga je lah T__________T

pengguna twitter, pengguna fbook yang membaca belog ini sila lag sign up says.my sekarang ! mungkin peluang anda cerah gila nak menang wishlist pujaan hati engkauuuuuuuuuuuuu. ada 22 hari lagi weh jangan lah lepaskan peluang. boleh berputih mata kalau lepaskan T_____T

10 wishlist untuk dimenangi. 10 tu pun rasa nak menangis sebab OHSEM gilaaaaaaa tapi kene lah bersaing dengan 10,603 orangg dalam contest ini *menangis* tetapi jangan bersedih, kita kene cuba dan jangan berharap sangat. HAHA tengok consolation prize, aku memang takda mood masa nak pilih pilih last last menyesal pilih hadiah yang tak ohsem sangat. ahhhhhh dulik !

takpayah fikir banyak banyak, kau promote je link referal ni bebanyak dan mungkin chance nak menang lebih . siapa belum ada says.my mari sign up sekarang !

♥ kbai.

Kamis, April 07, 2011

5 belog paling kerap dilawati 2011

Selamat petang,

hai tawan tawan apa khabar semua sudahkan anda makan jika belum pergi lah makan sekejap bukan apa perut anda perlu lah diberi makanan sebab dalam perut ada asid, kalau perut awak diisi oleh makanan, asid itu akan menghakis makanan awak awak tu lah tetapi kalau perut awak tiada makanan habis apa dia nak hakis?

mesti lah dia hakis dingding perut awak ! awak tak rasa pedih ke waktu tu? macam engkau letak perahan limau dekat kulit, gatal tak? HAAAAAAAAAA jadi kasihan lah perut awak, kasi lah dia makan banyak banyak. ITU encik pakwe yang cakap kat CEKNA kalau encik pakwe tipu, maknanya awak dan CEKNA ditipu lettew T____T

alang alang kita dah belajar sesuatu yang berguna iaitu makan makan jangan biar perut dihakis oleh asid kalau sayangkan perut anda, mari kita belajar pula dengan lima belog yang paling kerap saya kunjungi. tak ada lah kerap macam setiap saat engkau buka dia tapi macam setiap kali dia update mesti akan terus baca. PADAHAL BANYAK GILA BELOG PALING KERAP AKU BACA sebab hobi i kan membaca. hobi awak apa pula?

belog panda garang.

entah kenapa makin lama makin syok pulak baca belog dia ini tapi kadang kadang tak suka baca kalau dia mula berhujah dengan english english yang sangat berat. AI kureng sikit BI BI ni T______T nanti dia nak balik malaysia, aku risau gila dia speaking speaking dgn aku , oh bytheway panda ini penduduk sementara NZ. kenapa suka belog dia? engkau buka sendiri belog Arcx13 dan baca sendiri lah kemudian boleh nilaikan sendiri ;) - alah, banyak sgt lah aku cite psl dia, dia ni la yang aku puji puji dalam blogger hari ini. dah lama tak buat segmen tu, nanti nak teruskan lagi lah

belog amirrahzawani

suka sangat baca celoteh dia, macam sesuatu yang mengasyikkan. bila dia update boleh tengok comment sampai juta juta, kau tak rasa macam nak curi sikit lah comment dia tempek dekat belog ke? tapi memang seronok baca cerita dia. tersusun sangat. TAK MACAM ENTRY CEKNA TERABURRRRR

belog Yuyu Zulaikha

gadis kecil molek mulut dia fuhhhh mesti banyak cakap dia ini tauu, mula mula kenal belog dia, memang ada isu banyak. memang banyak isu gak la terkena dekat gadis kecil ini tapi saya suka tengok sebab dia tak mudah melatah, tak mudah emosi sampai nak delete belog atau nak private belog 6bulan *jeling cikepal* , semangat dia buat saya kagum ! woi kalau aku kene macam tu, confirm woi aku kene lupakan niat beli lappy baru T_______T - skrg saya adalah follower setia yuyu, dia rajin update ! satu hari 10 kali entry baru keluar tapi semua bukan setakat dua tiga perenggan, tak main der !

belog arancrikwong.

mamat entah macam mana boleh follow twitter saya lepas tu siap suruh saya komen belog dia, terpaksa hoi mula mula tapi bila baca entry dia, saya rasa dia boleh jadi blogger lelaki paling diminati la. tengok la nama dia pelik gila, pulak dengan belog serabut dia. but seriusli dah jatuh hati dengan belog dia. PADAHAL BARU SEMALAM JADI PENGKOMEN BELOG DIA kira saya kagum sangat la dan akan jadi blog paling kerap saya kunjungi laaaaaaaaa ;p

blogserius.

TAK PAYAH BACA KALAU ENGKAU bukan orang yang serius. ! eh tak lah sebenarnya blog ini tak sesuai untuk org yang serius. sebab kau akan sentiasa nak argue apa dia cakap. rasa nak terajang pun ada bila dia cakap katy perry tu LIYANA LUNIA. mana adaaa lah katy perry katy perry lah. liyana lunia adalah ohsem ! kahkahkah. tapi memang lah kalau kau tak cukup sifat humour tak payah lah masuk, baik kau baca belog ini sahaja kbai -oh tengok lah macam mana rebecca hitam tak femes. muka rebecca hitam jadi header dia suatu masa dahulu HAHA

BANYAK lagi blog yang saya nak bagi tahu tapi kita cerita 5 je mengikut blogger ; denaihati. mari kita cakap 5belog paling kerap dilawati pada pandangan awak, lepas tu kalau anda nak cakap pasal saya, sila lah bagitahu sayaaaaaaa HAAHAHAHAHA
♥ kbai.

Rabu, April 06, 2011

Menguap mengikut islam. jangan menguap luas luas nanti tak boleh tutup mulut padan muka !

Selamat pagi,

APAKAH definasi menguap bagi anda? bagi saya, kita akan menguap jika mengantuk, boring , atau terikut kakak engkau menguap. maksud dia bila engkau tengok siapa siapa menguap, engkau pun ikut sama lah terkedek kedek nak menguap lepas itu air mata pun mengalir, OHMYYY saya suka betul keadaan waktu menguap ! bila air mata pun ikut sama nak keluar, lepastu terhasil lah triple chin (sebab selalunya dabel, now dh jadi triple LOL)

tapi, ada orang yang menjengkelkan bila dia sibuk buat bunyi 'HUARGHHHHHHHHHH' lepas tu depa kan tangan luas luas lepas tu muka feel gila macam best gilaaaaa lah engkau menguap ada bunyi, tahu tak buat bunyi menjengkelkan itu makruh? TAHU TAKKK? kalau tak tahu, skrg boleh tahu !

tapi sebenarnya kita menguap bila kita kekurangan oksigen, kata google lah saya tengah baca ni huwahaha tapi lepas awak tengok video dekat bawah ini, mesti awak takut nak menguap skrg kan? SAYA PUN SAMA T_______T

Antara adab-adab menguap dan bersin:
Menguap mengikut islam .
1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
4. Sunat ketika bersin mengucapkan “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah” .
5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap.

♥ kbai.

Jumat, April 01, 2011

Macam mana nak perbaiki error bX-67oaj1 ( older/newer button).

Selamat pagi,

awak awak semua ada tak jumpa problem macam ini waktu click older post di blog saya atau older post di belog awak sendiri, ada tak ada tak?

saya sedar ada keluar error macam tu bila saya click older post sendiri, lepas tu nak buka lagi satu page terus keluar macam ini, serius aku cakap aku stress gila entah apa benda lah error bX-67oaj1 ni, aku lempang karang baru tahu ! mula mula macam biar lah maybe nanti dia fix lah sendiri tapi dalam dua tiga hari aku tengok still tak berubah-ubah. nasib baik ada link search blogger help tu dapat lah aku fix dia sendiri.

jadi kalau awak ada masalah macam saya, boleh guna cara dekat bawah ye. OH UNTUK older / newer post guna text pun ada juga, tapi saya buat cara untuk icon sahaja okay ;)

1. Login Blogger Dashboard --> Design --> Edit HTML. Seterusnya tick pada Expand Widget Templates.

2. Picit ( ctrl + f ) and cari code <b:if cond='data:newerPageUrl'>

3. Untuk code - newer post

gantikan dengan

4. untuk code - older post

gantikan dengan

5. tukarkan image link awak !

6. preview dulu and then baru boleh save kalau tiada error ;))

so far lepas buat macam ini, terus takda masalah dengan error code bX-67oaj1 lagi. GYEAHHH ! boleh lah selongkor entry lama lama saya ye lepas ni WKAKAKA.
• terima kasih banyak banyak dekat rynaaohryna dan blogger help if u guys ada masalah dekat text boleh view site mereka. ;))
♥ kbai.

Senin, Maret 28, 2011

Dashboard blogspot tak boleh masuk !

Selamat petang,

Betul betul menguji kesabaran sekarang ini bila mana dari tadi haku cuba hendal mengapdet belog adalah terencat sekejap bila tak dapat log in terus ke dashboard. Dah buat mcm mcm seperti clear cache / history , cabut plug internet, restart PC tp tetap sama.
GIVE UP terus !
Pulak pulak tengah puasa, terbau pulak maggi karip cup rakan ofis makan depan haku ini lagi stresSssss * nsib baik puasa nak mencarut pada dashboard itu pun kita kene sabar. Puasa = menahan lapar / dahaga dan juga mata dan mulut dr buat benda jahat
Eh saya baik tawwwww !
Jadi, tadi tengah boring boring terus tanya rakan twitter yang sporting !
Puasa boleh korek idong ke?
Ye ah, dan dan hidong gatal pulak, dan dan terasa banyak benih lak ! Stresssss tahuu?
Kbai :DDD
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kamis, Maret 10, 2011

It's All About 4010 follower's . Terima kasih atas sokongan anda :")

Selamat malam.

TAHU TAK saya baru perasan follower belog ini sudah masuk 4010. NAMPAK TAK NOMBOR DIA? 4010 sudah follow belog ini. sebenarnya 4009 sebab tak termasuk tuan belog yang follow belog dia sendiri KAHKAHKAHKAH tak salah lah bukan meng-follow diri sendiri ia sebenarnya langkah untuk kita tahu entry terbaru kita dipost dengan baik. nampak tak kenapa saya follow belog sendiri? HAHAHAtaknaklahexplainlebihlebih ;p
mak aih ! empat ribu sepuluh sudah yang follow, nampak macam aneh sebab saya rasa tak sampai pun seratus orang yang masuk belog ini. ada kah mereka ini pengfollow hantu (?) KAHKAHKAH
tapi, syukur lah walaupun saya gemuk comel, muka tak lawa , belog tak penuh dengan gambar muka sendiri sebesar besarnya sebab sedar diri sendiri kalau letak karang tak pasal pasal kene saman sebab buat orang muntah berdara. baguss ! sedar sikit diri itu T______T nak letak boleh tapi kalau semua entry nak letak gambar muka sendiri macam aneh lah bukan? cuba tengok belog nurulism.com tak perlu letak gambar beliau pun tak apa, letak gambar medina pun dah cukup ! KAH KAH KAH

header einypoyogilers hihi ;)
dan mengikut pengiraan menggunakan jari sendiri di kotak follower saya, adik manis (?) adik keeee einypoyossgilersss ni telah menjadi pengfollow belog Liyana Lunia yang ke 4000. HUWAAAAA eksaitednyaaaa kan kan !HAAaiiii einaaa :") saya harap awak sedar saya sebut sebut nama awak hari ini HAHAHAHA
It's all about you
(It's about you)
It's all about you, baby
( It's all about you)
It's all about you
( It's about you)
It's all about you
nak comment belog einy ke taknak? tak mau lah komen belog orang, belog saya pun tak sempurna mana nak cakap pasal orang lain pulak. tapi einy ada letak autoplay music tau tapi TAPI tapi TAPI dia letak lagu best sangat ! lagu it's all about you :") dulu masa saya zaman sekolah dulu, selalu misscall seorang lelaki ni sebab dia pasang caller ringtone lagu ini lah. thanks einy , awak mengingatkan zaman gatal saya dulu hihi
And I would answer all you're wishes, if you asked me to.
But if you deny me one of your kisses, don't know what I'd do.
So hold me close and say three words, like you used to do.
Dancing on the kitchen tiles,
Yes you make my life worthwhile,
So I told you with a smile...
It's all about you.
♥ kbai.

Rabu, Maret 02, 2011

hidup zaman ini kena pandai cari duit, bukan curi duit dan menganiaya orang je

Selamat pagi.

dulu tak ada nuffnang, tak ada churp churp sebab itu berblogging kerana minat tapi sekarang dah tak boleh dah nak cakap 'aku minat berblog, aku tak pentingkan duit semua' tak boleh dah, sebab kita semua tahu zaman sekarang masuk tandas pun kene bayar limapuluhsen ! itu belum lagi beli air mineral masuk dalam botol air sendiri pun kene dua puluh sen.

so kalau ada lah awak awak yang cakap 'aku tak mahu duit dari blogging' jangan tipu ! mungkin bagi yang berblog guna benda free contohnya blogspot (macam saya ! ) atau yang berblog sebab engkau tak payah fikir pasal bil internet, bil elektrik , bil beli milo satu pek, mungkin lah tak fikir nak ada duit sikit dari blogging. apa lah salahnya guna duit dari internet tu sikit. bangga lah kalau orang tanya eh cheque apa kau dapat tu? oh ini cheque dari blogging. hasil blogging dapat cheque limapuluhringgit pun dah cukup bangga weh. perghhhh, seronoknyaaa berblogging dapat duit !

tapi untuk hari ini, kalau tak berblogging pun boleh dapat duit der, yang penting kau kene ada account facebook, twitter atau kau dengan selamba tulis link churp churp atas kertas edar satu sekolah ! sebab kita nak cerita pasal churp churp sekarang ! ;p

hidup zaman ini kena pandai cari duit, bukan curi duit orang je, bukan menganiaya orang je kerja kau. ! nampak tak? kalau kau duduk depan pc setiap hari layan facebook atau twitter, apa salahnya kau cari duit saku sikit, rm100 untuk lapan bulan dah kira okay dah. macam saya lah, duit churp churp lapan bulan baru lepas rm50 (belum pernah cashout lagi pung tsk) :\

sekarang nak register churp churp bukan susah pun, semua pakai facebook. bangga lah facebook macam ini !

tapi kalau tak ada facebook, boleh lah isi form dekat bawah dia jangan lupa letak nama ic terus, senang nak cashout, senang dorang nak bagi cheque nanti

tapi satu je masalah churp churp ni, bila ramai orang tweet / post status sama, ia sangat menjengkelkan HAHAHA sebab itu ada masa aku tweet iklan dia, ada masa aku malas, aku tak buat apa pun :D

♥ kbai.

Jumat, Februari 25, 2011

Tips : Rahsia panjang umur - kekal dara.

Selamat pagi.

pernah tak kita dengar petua orang yang hidup lebih seratus tahun macam mana dia boleh hidup lama pernah tak dengar? pernah tak dia cakap kene jaga makan, jangan makan fast food padahal sekarang ini dekat sri gombak ada berpuluh kedai fast food belum lagi termasuk ayam penyet ( semalam makan baru perasan dia macam ada bau sikit, tak best ah ! ) tapi ayam penyet termasuk sekali ke dengan fast food? T_T

semalam kita baca surat khabar kelmarin, kira macam surat khabar hari selasa engkau pergi baca hari rabu keesokkan harinya, saya kene explain takut orang tak faham karang dia kata surat khabar kelmarin macam mana? tak pernah baca pun yang selalu baca Hmetro shj, okay boleh faham sekarang surat khabar kelmarin macam mana? GOOOOOOD

apa ada dalam surat khabar itu? surat khabar ini jangan percaya sangat, baik percaya Liyana Lunia, sebab liyana lunyai tak pandai cakap belok belok (STRESSSSS tak?) KAH KAH KAH sambung balik petua panjang umur yang saya baca di surat khabar adalah kekal dara. apa? kekal daraaaaa? yeeeeeeeeee, adik adik semua kene kekal dara untuk panjang umur. nak LOL ke nak buat muka serius?

serius ! baiklah, kita terima je lah petua kekal dara tersebut. selain itu emak selalu cakap, kalau nak kekal sihat, muda , comeinomei macam Tun M, makan benda kalau sedap kene berhenti, kalau tak sedap boleh teruskan. nampak tak dekat situ? benda sedap contohnya spicy chicken mcdeluxe baru gigit sedikit kalau rasa nikmat boleh buang tapi kalau benda tak sedap contohnya sayur sawi boleh terus sedut tak payah kunyah dah (T___T)

stress ! sebenarnya dengar nama sawi sebab tak akan makan bila teringat pengalaman pahit abang aku, dia muntah keluar sawi yang besar gabak tu tahu tak? depan aku masa tu, terus aku loya tak makan sawi dah, rupanya selama ini dia tak kunyah sawi tapi itu peristiwa lama dah masa tu aku darjah 4 kot.

tapi kalau benda sedap macam nasi kerabu ini memang sayang lah kau tak habiskan. nampak cili tu? itu lah penarik kesedapan dia.

Note : rindu arwah ja'ie (atuk) kita, dia meninggal di umur 107. masa dia hidup, dia kuat lagi, boleh solat berdiri lagi cuma kalau bercakap dengan dia agak blur sikit :( ja'ie saya tak makan ikan sungai , tak makan sardin. emak pun sama :P

♥ kbai.

Senin, Februari 21, 2011

How to Capture Screenshots of your Blackberry Screen?

Selamat malam.

contoh : capture screenshot for blackberry.
just nak share something dengan pengguna blackberry yang mencari applikasi untuk print screen apa sahaja yang dia rasa menarik dekat blackberry dia. kadang kadang dia sibuk berceloteh dekat kawan sebelah lepastu rasa macam nak share dekat twitter, tapi dia tak ada applikasi menarik macam ni lantas dia guna phone kawan dia untuk 'tangkap' gambar celoteh dia itu. macam lawak, macam nak gelak sebab itu adalah pengalaman sendiri waktu baru berjinak jinak dengan blackberry.

terima kasih #maxis10 , kalau tak ada maxis10 mungkin sekarang masih pakai uncle bob. T______T

applikasi yang i guna untuk print screen adalah capture it, tapi macam susah nak cari download link dia, sampai rasa nak pengsan apahal lah susah gila. dah lah ramai kawan BBM tanya dekat mana nak cari macam tu termasuk lah kawan i yang nomeiomeidomei , dia baru pakai BB last two weeks sorang ni. HAHAHAHA ;p

ada orang guna 'screen muncher' . MEMANG comel bila ada bunyii 'NGAPPP NGAPPP' tapi ada watermark dan ia membuatkan screen shots kita kurang menarik, kalau taknak ada watermark and tukar tukar bunyi, kene upgrade dan BELI dia T____T jadii macam mana nak capture guna applikasi yang tak payah ada watermark, yang tak payah beli beli, yang percumaaaa je?

Screen Grabber Free untuk anda, kalau anda nak download terus guna BB anda pun boleh, pergi appworld and search guna keyword 'screen' atau terus je cari screen grabber ini ;)

ada banyak nak cerita, tapi kene off untuk lipat kain (T____T) anak dara memang kene rajin buat kerja, tak boleh malas malas tahuuuu?

♥ kbai.

Rabu, Januari 12, 2011

salah ke belanja boyfriend masa dating?

Selamat pagi.

hai semua, saya dah mula bekerja walaupun kepala berat, hati berat, badan berat, semua berat lah lagi lagi hidung saya ni ha, sakit sangat sebab berat . dah cucuk lubang hidung dengan vicks dan hurix cool inhaler pun, masih tersumbat lagi tahu tak ia sangat TENSION? benci lah kalau selesama berhingus dan batuk berkahak. grr benci. oh btw tadi belo hurix inhaler rm3.20 berbeza dengan jenama vicks rm5.30 sebagai pengguna bijak saya beli rm3.20 je lah. KAH KAH KAH T__T

tadi cikgu saya cakap suara saya serak. nasib baik dia tak cakap suara awak serak macam amy search. I LIKE :D kalau dia cakap macam itu confirm lah aku menyanyi lagu isabella tadi, oh tak pun, tak akan cikgu nak cakap macam tu berangan lah engkau.

jadi, berbalik kepada tajuk, salah ke belanja boyfriend masa dating? bagi awak salah ke? jujur haku cakap, haku kalau keluar dating dengan fwzQram mesti akan belanja dia, makan ke wayang ke, apa apa lah semua mesti aku akan belanja. tapi gilir gilir macam hari ini engkau bayar wayang ye b, aku bayar makan kepsi, baru lah kewangan sama sama stabil. dah lah kita pun baru start nak bekerjaya kan b kan? YE BABY, ye, betul cakap u tu (KONON KONON DIALOG LAH, saya tak pandai berdialog sangat KAH KAH KAH)

ye la aku sedar, saya dengan fwzQram bukan anak datuk siti (?) tetapi kami sepakat membawa berkat bahawa jika kita saling menolong kelak hidup kita akan bahagia. macam tu lah. lain pulak dengan setiap kali dating engkau KENE bayar untuk kekasih lelaki engkau itu. itu sangat lain ye , itu seperti mencurahkan wang sendiri ke dalam perigi nama dia. dah lah pasangan engkau tu pemalas nak keluar duit, engkau pulak rajin nak bayarkan semua yang dia nak kan? picit link itu untuk dibrain wash oleh kakak watie.

ini sugar hati emak dan apak

kalau hendak belanja si pakwe, berpada pada lah, kelak memakan diri sendiri. ini aku tengah cakap pada hati (padan muka hati, tiba tiba je) sebab kalau hati tak lembut sangat mesti aku dah jadi sugar mummy hari hari bagi duit dekat fwzQram. haaa habis kalau engkau je yang belanja boyfriend engkau dia tak ada pun nak belanja ke nak hulur sikit ke, sama lah macam engkau sebenarnya sugar mummy dia. (T______T)

oh, saya demam tak boleh emosi sangat.

♥ okaithnxbai.

Kamis, Januari 06, 2011

Ah beng sengal dan lawak Faks Machine .

Selamat malam.

enty ini sebenarnya adalah penyebab kebencian saya pada mesin faks disekolah. mesin faks ni saya tak faham ah camne dia boleh berfungsi, kene dial number, masukkan kertas nanti kertas tu ditelan dan diluahkan balik , habis kertas tadi buat apa? kertas tadi kita simpan lah T_T kenapa saya benci mesin faks disekolah?

Lawak 1.
Ah Beng: Shima, you sulah telima letter I fax to u or not?
Shima: Yup, but why got conteng-conteng?
Ah Beng: Nemind, I conteng with pencil ma… u can simply padam guna eliser.
Shima: Ooo.. but I takde eraser maa..
Ah Beng: Nemind, I fax one to u.
Shima: Hah..!

Lawak 2.
Ah Beng: Ahmad… sorry I can't fax the document to you today.
Ahmad: Why?
Ah Beng: My fax machine no ink… stupid admin department said tomolo only they buy.

Lawak 3.
Ah Beng: Rina, can you please fax the quotation again.
Rina: No problem, but may I know why.
Ah Beng: My fax machine jammed. Stupid paper stuck inside. I hope your quotation can push the paper out, since my boss said your quotation too heavy.
Rina: (hang up)

Lawak 4.
Ah Lian (Ah Beng’s colleague): Haiya… Ah Beng, wat to do hah? This Xerox rosak laaa.
Ah Beng: Nemind… you just fax that document to ourselves maa.

Lawak 5.
Ah Beng: Siti... you received my fax or not?
Siti: Yup, but why only one page?
Ah Beng: Where got one page....
Siti: Yes. Confirm only one.
Ah Beng: Silly lah you... its 2 pages lor.. depan belakang..!

Lawak 6.
Ah Beng: Everybody please help me. Why I can’t receive fax from my client?
Ah Lian: Our phone line problem maa.
Ah Beng: Oi, aso... I'm not talking bout phone... I said fax, fax, fax...understand...!

Lawak 7.
Ah Beng: Please fax your quotation to me, ASAP.
Taukeh Lim: Gimme your number?
Ah Beng: 0162266654.

Lawak 8.
Ah Pek: Why my fax kenot pass tru?
Ah beng: Donno… everytime got sound, I pick up, but nobody answer.

Lawak 9.
Ah Beng: Ah Lian… how to fax to this number? 192.168.0.19
Ah Lian: #@&*@$ !!!

Lawak 10.
Ah Beng: I want fax machine that can fax, print, photocopy, save document, remember all my client phone number, if can oso make coffee for me every morning. Super advance computer plus robot, sumting like that. You got?
Tauke Kedai: Kahwin la, bodoh..! (Ops…. )

Credit : Aku Betul

kerana fax machine ah aku hampir bergaduh dengan budak sekolah lain tahu tak? grr manatanya, dia call call terjerit jerit tanya "kenapa haku nak hanta borang permohononan PTPTN tak dapat neh? kau jangan kacau phone boleh?" OKAY FINE terus aku letak malas nak gaduh T_T

anda blur? HAHAHAHAHAHAHAHHAAHHA aku emosi dgn fax machine je dari tadi dekat office sebab tu terjumpa lawak ahbeng neh haa

♥ okaithnxbai.

Sabtu, Januari 01, 2011

#harapan2011 , mahu bertemu blogger.

Selamat pagi.

Ehem entry kali ni kita nak cakap harapan 2011 kita hiks.

Macam orang lain, ada banyak azam lah. Nak kurus lah. Nak grad lah. Nak sambung degree ah. Nak dpt DL lah. Sangat ah boring sebab hari hari itu azam saya, dari dulu nak kurus pun tetap macam ni :( makan nasi satu senduk pun macam ni , sit up limapuluh kali pun macam ni last last malas nak pasang harapan mcm tu. Malas ah berharap HAHA Tapi untuk tahun ini harapan saya lain sikit. Saya ingat nak buat gathering dgn kwn kwn blogger yang boleh dikatakan rapat tapi sebab belum bertemu empat mata jadi belum rapat lah HAHA

#harapan2011 , saya mahu bertemu lassie. Dia seorang blogger yang agak baru lah. Macam I dah dua tahun tu dah tua sikit, tapi dia muda HAHA. Kenapa I nk jumpa lassie? Dia ni rajin bertanya, setiap saat ada je nak suruh cikgu disiplin ni ajar dia . Ajar pasal blog ofczm.and harini buka belog dia terus terkejut. Hamboi lawanyaaaa belogggg. Hihi

#harapan2011 , saya mahu bertemu ika.ika ni, saya mcm xberapa rpt dulu sebab dia jrg online. Tp bila dia on9 saya perasan dia kerap komen entry saya. TQ dear. And dia ada link saya dalam entry tutorial berguna dan setiap hari ada shj link dr belog dia tau. Hihi

#harapan2011 , saya mahu bertemu amar. doktor pergigian ini paling gerun sekali nak jumpa sebab gigi saya ada banyak masalah takut nanti dia tengok gigi kuning dan berlubang ni terus dia loya taknak kawan kitew dah wuuwuwuwuuww :( tapi kite tetap nak jumpa dia juga. sekarang dia masih di surabaya, dan dengar dengar dia balik malaysia bulan 2 ni. MAHU JUMPAA AMAR MAHUUUU.

#harapan2011 , saya mahu bertemu fezal , ah dia ni kaki pengejar trafik HAHA aku tahu rahsia kau tapi takpa, kita sharing is caring HAHA btw fezal ni tak silap saya dari awal berblogging dia dah mula tunjuk muka dekat belog ni. macam blogger sebelum dan selepas dalam entry ini, semua blogger macam baru baru tauu. tapi fezal ni kira otai dah HAHA.

#harapan2011 , saya mahu bertemu myza. SI CANTIK yang tabah, saya tahu btw dia pernah jumpa scha alyahya sebab kakak dia (kalau tak silap i?) makeup untuk drama awan dania. hoi si cantik, awak beruntung AHH ! dia kaki gosip antara saya, amar and ayeem. haha kiteorang bukan selalu bergosip tapi bila bergosip seronok . (saya busy bekerjaya , kadang2 terlembap nak catchup wuuu)

#harapan2011 , saya mahu bertemu nurain. HUWAAA si manis seorang ini telah buat saya gelak sampai pecah usus bila dia buat entry tentang rabbit kesayangan beliau menjadi asyik melihat si julia perez berdangdut belah duren. HAHAHAHA kelakar ah yangg. tekanan haku tengok. tak sabar nak tunggu u jadi orang KL balik sebab johor jauh ahh :(

#harapan2011 , saya mahu bertemu ayeem . dia ni, tak tahu ah nak cakap apa, dia dengan amar sama je buat saya jeles bila menggunakan ayam sebagai trendmark masing2. HAHA ayeem ni gila, bukan gila macam orang duduk bawah jejantas tu, tapi gila dia ni macam er gila er, gila lucah kot HAHA siapa rasa nak melucah dengan dia boleh je HAHAHAHAHHA.

#harapan2011 , saya mahu bertemu tqaaaaaaa. tahu tak saya dengan tqa dah lebih 3 atau empat tahun kenal, sejak dari zaman myspace kiteorang berborak secara sakan lepas myspace macam tenggelam terus tak minat myspace, terus minat facebook tapi sekarang macam tak berapa nak borak dah, mungkin masing masing dh ada life sendiri sebab dulu life kiteorang dekat myspace je HAHAHA. sgt sgt mahu jumpa diaaaaaaaaaaa. oh btw dia ada kutuk saya. wuuuu

haaaa, dah cukuppp harapan 2011 saya untuk bertemu blogger. saya ada ramai lagi blogger yang mahu bertemu limapuluhmata tapi takpa kita list kan ini dulu, nxt entry saya bagi list blogger if berkesempatan. HO HO saya mahu keluar pergi datingg, jaga diri tauu. jangan lupa singgah belog depaa and follow depaaa tauuu sebab i tahu kawan kawan blogger i dekat atas ni adalah orang yang ikhlas berblog dan ikhlas berkawan. saya yang huduh ini pun depa sudi berkawan kan *hiks :))

♥ okaithnxbai.

Senin, Desember 27, 2010

Tips untuk design header anda dari Ezhan Network.

Selamat pagi.

HAI SEMUA, maaf lah belog tak update sebab saya (tuan belog ?) ada angin sikit, angin malas dan sibuk dengan parent , pergi sana sini sampai tak terlayan belog. sedih sikit sebab pelawat pun berkurang HAHAHAHA tapi syukur, belog tak update pun dah 3000 followers. TERHARU* T________T

pagi ini, jalan jalan belog sahaja. jalan jalan dulu, mood untuk comment belum sampai T_T jadi saya pun terjumpa belog ezhan network. padahal tak ada lah terjumpa, ezhan ada comment dekat shoutbox 'Jom tengok tips design header' dan saya, sebagai seorang yang noob dan tak kreatif dengan pantas membaca tips tersebut. SUKA , thumbs up untuk ezhan.

ini header creative teramat dari ezhan

ini pula header kurang creative dari Liyana Lunia.

CLICK SINI untuk pertukaran link. SAYA NAK JADI MATA MATA
:B

antara design di atas, yang mana satu anda boleh jadikan sifu? YE BAIKLAH mestilah ezhan punya HAHA sebab saya main hentam kromo langsung tak best punya header, ezhan pakar, pro semua ada dekat dia (hamboi aku puji kemain KAH KAH KAH) jadi adik adik diluar sana, kalau berminat nak belajar design, boleh tanya abang ezhan tau? KAKAK yiyin boleh sahaja tunjuk ajar tapi limited lah sebab kakak yiyin main hentam sahaja wuuu
dia ada bagi 5 point penting untuk mendesign sesebuah header itu. baca lah lebih lanjut tips mendesign header dari ezhan. JOM :)
1. font yang sesuai

lihat font header saya terus rasa nak menangis. font itu tak sesuai HOKAY baru tahu T_T

2. pemilihan warna.

PINK PINK PINK. haku nak warna kuning tapi tak boleh nak pink juga

3. background.

transparent? black? white?

4. theme.

5. Size

NOTA : apa yang huda luna kata pasal ezhan? jom baca jugaaa:)

serius, i baca belog huda baru i start follow belog ezhan, sebab ezhan ni i perasan ada masuk belog i tapi dia tak bagi salam pun, sama lah dengan kes kak sue anna joe tak tinggal jejak. just tinggal jejak dekat nuffnang tu je ha. HAHA kecewa sikit*

♥ okaithnxbai.

Jumat, Desember 24, 2010

lelaki lebih nampak kacak bila dia bersih?

Selamat pagi

ini kucing, bulu lebat pun aku tetap gilakan dia. grr
kenapa lelaki suka sangat rambut panjang ala ala megan fox? tahu tak bila saya tengok lelaki berambut panjang, dada saya terus mendidih macam awak tengah panaskan air lah contoh dia, mula mula air tu tenang tapi bila dah panas baru dia mendidih macam gunung berapi nak meletus, contoh gunung berapi merapi (?) TAK MASALAH DIA sekarang saya boring ah tengok lelaki macam menggila berambut panjang.

ini jacob black, bukan saiful apek (T_T)

contoh lelaki berambut panjang yang saya tak suka adalah saiful apek HAHAHAHAMBIKAU . dah lah rambut semacam kerinting lepas tu mengerbang lepastu begang (pegang) watak semua hero hero, berlakon dengan nasha aiziz pulak, mana tak mendidih? HAHAHA hentah lah memang tak suka lelaki berambut fanjang T______T

kenapa lelaki suka bermisai tebal? contoh dia datuk k (ehem, hemsem walaupun menggelikan hati) saya pelik ah cuba bayangkan dia tengah makan telur separuh masak yang tahap cair gilaaaa lepastu dia hirup hirup, confirm tercelit sikit dekat misai lepastu hengkau semacam bernafsu badak dengan dia (APA AKU CAKAP NI HAHAHA) yang penting dia menggelikan T________T

kenapa lelaki berminat untuk berjambang? ini sama kes dengan bermisai, cumanya lagi teruk kalau jambang engkau termasuk dalam kuah kari WKAKAKA geli aku cakap macam ni grr. tapi betul, aku pernah tengok pakcik pakcik tu sedap makan nasi lauk kari, tak sedar ada kari terselit celah jambang . belum lagi makan cendol, bila dia duk bercemarah dekat aku, aku boleh nampak cebisan cendol kaler hijau. aik? cendol ke hingusss tu eewwww

lelaki lebih nampak kacak bila dia bersih. BERSIH okay? AHAHA
alah, kau pun ada pakwe, berjanggut, bermisai juga. YE YEEEE, sebolehnye saya taknak pasangan saya (eceh dah macam dalam majalah remaja) tak menjaga penampilan dia. awak ingat dia tak pernah buat aku stress ke? selalu ah dia cakap nak rambut panjang, pergi masuk kedai pelik pelik jual rambut palsu terus menonong dia pergi pakai dekat kepala siap suruh tangkapkan gambar T_____T belum lagi dia berminat nak simpan jambang macam penyanyi kumpulan slipknot lah, system of down lah. aku terus down (T_T)

CLICK SINI untuk pertukaran link. SAYA NAK JADI MATA MATA
:B

so, ada ke kawan kawan perempuan saya yang baca entry ini TIDAK STRESS bila pasangan dia suka berambut panjang, bermisai tebal dan berjambang? HAHAHAHA

♥ okaithnxbai.
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !