Tampilkan postingan dengan label blackberry torch. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label blackberry torch. Tampilkan semua postingan

Selasa, Mei 24, 2011

Mcchicken beli satu dapat satu percuma !

Selamat pagi,

tepis-tepis habuk. eh rindunyaaa nak bebel bebel entah kenapa mood untuk main sims3 dah datang woh, susah betei kalau mood ini menjelma confirm belog tertunggak terbalik KAHKAHKAH T_____T

sebenarnya nak update satu benda best, resipi ! tapi taknak cakap resipi apa. dah lah lupa bawak cable bbtorch, memang esok lah aku letak dalam belog. sebenarnya resipi biasa biasa je yang penting sekarang saya dah reti buat dia hihi. kalau simpan dalam belog, nanti esok lusa boleh tengok balik kalau lupa . kalau lupa lah kan melayu mudah lupa ;p

YANG PENTING SEKARANG, minggu ini minggu aku puasa kenapa mcd sibuk nak buat promotion menggiurkan cenggini? nasib baik mcchicken, kalau spicy chicken mcdeluxe memang aku tak boleh kawan diri dah tahu takkkkkkkkkkk ! GRRR

siapa yang nak mengkuruskan lelemak dibadan, sila picit gambaq ini dan pergi print. lepastu kau bawak lah yang dah print tu pergi mcd, tunjuk dekat dia ! nanti dapat free sebiji bagi lah aku untuk berbuka karang HUWAHHA T_T

kbai.

Rabu, Mei 11, 2011

Shaheizy Sam ajak pergi Pratonton KONGSI 2011. Berdebar hati dapat bertentang mata dengan dia .

Selamat pagi,


baru balik dari e@curve , dapat tengok kongsi dan bertentang mata dengan shaheizy sam akhirnyaaaaaaaaaaa (angau dah ini wuwuwuw T______T). entah macam mana semalam sam boleh BBM 'hello,nak tengok kongsi tak? esok pukul 8 dekat cineleisure saya boleh bagi pass 2orang je' TAK KE TERKINJA KINJA AKU bila orang femes ajak tengok movie dia, dh lah orang lain susah susah masuk contest lah, jadi media lah, aku pulak diinvite sebab aku nak sangat tengok HUWHAHAHA T______T

oh lupa nak habak, KONGSI adalah arahan Farid Kamil hokay.

fizo omar dengan azad jazmin takde T______T


5 watak comel dalam 'KONGSI'
lu tahu tak apa maksud lu langsi lu mati? LANGSI tu tahu? kalau tak tahu, meh sini kak LUNIA nak habaq , langsi tu show off. aku baca tang translate ke english dia laa HAHA, kira macam lu belagak, lu matiks laaa gituu !
  • tumulak - memang ohsem ah tak payah cakap banyak. HENSEM gila dia dalam filem ini, dekat luar pun hensem, peramah, sweeeeet , sportinggg kbai mls nak puji. MASALAH dia nak puji tumulak terpuji sam pulak T_________T
  • shariff bin sharifudin - "Seghabut natey beghuk nih!!" memang dia ni watak paling sibuk ah kalau tak tumulak dah berjaya dah dengan misi dia taww. seghabukkkk
  • mikail bin maliki - 'Kongsi gellak gappo lagu ni, cubik skit jeritt suppo pondeyy' best gila bila mikail terpotong jari sendiri T__T
  • olla - fuhh, seksi gila, lawa pulakkkkk tu ! dauspozi sukalettewww
  • Yati - comel gila mase pusing pusing kain batik HAHA , tQ nina sebab layan kiteorg. and tQ jah cousin awak yang sudi tangkapkan gambaq kita
  • inspektor fakhrul - bibir kau taknak hot lagi ke? AHAHA

sebenarnya tak sangka lagi ni ! serius mata dah terbeliak tengok artis artis MIG tadi , yang paling menggigil bila bertentang mata dengan sam, siap ambil hati aku tuu, depan PA PA dia, dia cakap dekat liyana lunia yang ohsem 'saya tiap tiap malam baca blog awak' cuba bayangkan lah perasaan aku masa tu? walaupun tahu dia ambil hati je kalau betul dia baca mamtiksss laa, aku kan tak habis nak kenenkan dia dengan LISA huwhahaha T_________T

nak cakap pasal filem kongsi ? memang tak puas hati. jantung asik berdegup je tengok muka sam , macam mana nak concentrate? tangan sibuk pegang BB takut sam BBM ke apa, nampak tak dia angau macam mana? pulak tu kene duduk depan sekali, konon konon sederet dengan artis lah, last2 depa pegi lari tempat lain. ternganga aku dgn kakak kene duduk dengan angah rajalawak and media lain. ciss ! baru nak gegedik duduk dengan sam. geram hokay!

eksaitednye kakak haku tengok david teoh ;p rugi tak makan KR sebelum dtg sini, david teoh suruh claim kat dia oiiii ! rugi rugi

oleh sebab sony cybershot w190 dah rosak, aku pulak menggigil tangkaap gambaq guna bbtorch, terhasil lah gambaq tak ohsem T_________T

pelakon utama & extra HAHA

shaheizy sam bersin sekuat hati. kau tengok muka yana macam apa je HAHA gamat panggung tu T_T

sempat berbual dengan sam dalam dua minit, dia sangat busy kesana sini. tapi salah seorang pelakon dia, putri mardiyana atau nama 'anje' dia NINA adalah sangat ohsem. memang peramah sangat ;)) suka borak dengan putri mardiyana. btw putri mardiyana ini yang berlakon santau .

lu langsi lu mamtiks !

cair tak tengok dia senyum? masa ini berbual dengan dia tak sampai 2 minit T____T orang femes kan. AHAHA


sempat lah aku cakap dekat angah tadi, angah nampak sombonggggg ! lepastu dia cakap 'alaa mana ada, takkan saya nak sengih sepanjang masa' huuuuu, oh ada zila and along rajalawak, liyana shamsudin pujaan hati blogger ingat hijau ingat daus ;p fizo omar takdak sebab shooting , bront palarae pun takdak, azad jazmin pun takdak. HAMPA TAHUUU?



tak puas hati bila terpaksa duduk depan sekali. ada pulak mulut2 bising cakap belakang macam aku tak tahu. takpe kalau aku tahu sape korang tu, meh sini aku nak habak, aku dapat pass dr sam sendiri hokay. BELAGAK tak aku? grrr

sabtu ini nak pergi tengok kongsi , korang kalau tak puas hati tengok fast five kurang bab bab drift, boleh tengok shaheizy sam buat drift. 2 keta waja & 1 keta sport sudah jahanam . tabik sama david teoh HAHA + taknak duduk bahagian depan. tak puas ! and movie movie terbaru MIG memang ohsem ! flat 3a kot, 8 jam, sekali lagi. harap dapat lagi pass percuma dari sam. yahooo !

kalau nak dengar sam kecek kelate + speaking bi , cepat cepat buat reservation ticket utk kongsi . confirm pecah panggung HAHAHAHHAA
'my name is tumulak, i made from thailand'
kbai.

Rabu, April 13, 2011

Hari Memanjakan Diri Sendiri dengan #milkadeal & Pak Li Kopitiam :D

Selamat pagi,

ahad lepas adalah hari memanjakan diri sendiri. selalunya hari ahad duduk rumah fikir hendak masak apa tapi sejak ada milkadeal ni, seronok betul bila dapat beli sesuatu dengan harga diskaun sampai 85% tahu tak?



sambungan untuk entry pertama kali ke Zense Face & Body Treatment, ini pertama kali insan inesen yang jarang keluar rumah sebab takda life lah dekat luar dekat dalam rumah lagi selamat duit aku kalau tak mengalir lah dia macam air mata tetapi engkau ingat duduk dekat rumah aku makin kaya? sama juga mengalir, entah macam mana mengalir pun tak tahu.


bulan lepas, terpikat dengan tawaran dari milkadeal tentang pakej urutan badan dan muka di Zense Face & Body Treatment sebab harga asal dia RM395 tetapi dengan milkadeal aku dapat harga RM58 je. mula mula nak beli sempena anniversary emak dengan apak bulan lepas tapi bila fikir fikir, mari lah membeli untuk diri sendiri. jadi terhasil lah bulan memanjakan diri T___T

ENJOY TAK? memang enjoy, memang fun gilaaa. paling suka bila pakai mask berbau rose. terasa seperti diawang-awangan. baru tahu kenapa orang pakai mask lepastu tidur sampai 15min baru tahu kenapa LOL tapi paling tak fun bila kene korek blackhead T______T dia kata muka saya okay, tapi ada banyak blackhead *sedih* jadi dia korek korek blackhead aku sambil tu mata dah letak tisu basah jadi air mata selari lah dengan tisu basah =.=!


massage pulak paling mentakutkan, sebab saya ini penggeli sikit engkau pegang tapak kaki mesti kene terajang punya tapi entah kenapa hari itu boleh kawal diri HWAHHAHA bila dapat kawal diri, terasa enjoy dia sampai tak sedar dieorg buat kuat kuat sampai lebam badan aku semalam baru baik tauu terus TAK FUN DAHH T__________________T

pengalaman dibelai dalam masa dua jam setengah adalah ENAK sekali, tapi kalau boleh kene teruskan apa semua maybe next time bila nak kahwin baru aku buat semua tu, sekarang ini macam terasa tak perlu lah kot HAHA

balik itu bukan terus ke Nenas Indah ( rumah saya letteww ) tapi singgah kejap Shah Alam Seksyen 7 untuk ambil sesuatu yang saya BELI dari milkadeal juga, iaitu 12 Cupcakes + 10 Cream Puffs + 7 Cheese Tarts from Irenebakelove Online Bakery nampak tak ada berapa total semua tu? tahu tak harga asal dia rm56 tapi saya purchase dengan harga RM25 jeeeeeeeee ada diskaunn 55% okayy!

beli itu untuk harijadi emak tapi yang banyak makan adalah aku T_T
korang tak terpikat ke dengan tawaran di milkadeal? T________T



sebelum balik, singgah sekejap dekat Pak Li Kopitiam sebab abang aku sangat http://www.blogger.com/img/blank.gifsangat eksaited nak makan dekat sana, dia sukaaa gila sampai aku pun pelik apa yang sedap sangat tah makanan dia. nak pilih menu pun tak reti last last saya dengan kakak pilih black pepper chicken chop with rice RM9.90 jeeeeeeeeeee ! while abang dengan kakak ipar pilih menu paling digilai dalam pokskuek , nasi ayam lemon RM5.20 jeeeeeeee ! okay lah harga dia. chickeng chop dia pun besar gilaaaaaaaaaaaa kot. nak pengsan gak la aku makan T_T

tapi ramai student oi. malu i tauwww =.=!
kbai.

Selasa, Maret 22, 2011

Strawverry jam with biskut kering LOL

Selamat petang.

hai, nama saya liyana. hari ini saya tiba tiba teringat ada biskut kosong dekat ofis. biskut kosong makan dengan strawberry jammed pun sedap. jadi, saya pun pergi cari jam stoberi dekat seven E. sambil cari jem, kita cari pekerja lelaki dia yang ensem tu tapi malangnya dia tiada pulak. hajat nak cuci mata tak kesampaian T__T

jangan lupa air kene ada, manis gila doh grr *pening*
balik ofis, makan dulu nasi lemak ! ye nasi lemak pepagi wey dah abang haku beli kan siap ada peha ayam masak merah kalau kau tak makan memang saja cari pasal lah dengan abang haku. jadi jem stoberi tu kita sumbat dulu dalam frigde. UNTUNG kan tempat kerja ada fridge, masa beli cheese nak buat oreo cheese cake hari tu pun siap simpan awal awal cheese dalam fridge tu. sebabnya haku cari cheese waktu lunch . baca je lah apa aku nak cakap ni. marah kang !
HWHAHAH

sedap gak la makan dia dengan jem stoberi

boring gilaaaaaaaaaaaa entry awak sekarang ! haah betul lah rasa macam dah boring dah entry awak boring boring ahh kalau dah boring kita tuka kepada BOSAN pulak HAHAHHAHAA

kbai.

Rabu, Maret 16, 2011

pertama kali merasa kenikmatan dia.

Selamat Malam !

Sebenarnya tak ada lah nikmat sangat sebab baru 16minit dia ada dalam tangan , dah lah pukul berapa sekarang cuba tengok jam anda hampir pukul sepuluh takkan nak menjamah dia di waktu begini? pulak masih terasa keenakkan ikan tenggiri msk lemak belimbing memang tidak serasi lah rasa antara nikmat dan sedap.

Pelik lettewww !

Abang baru balik bertugas di Puchong tadi, ketahuilah kamu yang saya tidak pernah sesekali menjelajah ke kedai j co donut ini (eh, perenggan diatas sebenarnya untuk jcodonut kah? IA, untuk dia ! T___Y nampak tak betapa jakunnya seorang bernama Liyana Lunia yang tak pernah merasa kenikmatan donut dr jco.

Selalu big apple jadi manga T.T jadi hari ini terbukti lah donut big apple lagi manis dan heart attack dr jco. Kenapakah jco tak buka cwgn di sri gonbak? Oh jangan lah sebenarnya , nanti tamatlah duit gaji ku begitu shj. Ehem bila mentaip menggunakan bbtorch rasa mcm kanakkanaklewww

Note : donut doploh sen ada gula pasir makan panas panas lagi SEDAP lagi NIKMAT

kbai.

Minggu, Maret 13, 2011

10 pendapat aku tentang Hikayat Merong Mahawangsa.

Selamat pagi .

alhamdullilah, dapat juga pergi the curve tadi walaupun rasa macam tak dapat pergi sebab malas HWHAHAHA malas kerana saya tak pernah sekali pun selama dua puluh dua tahun hidup pernah jejak dekat sana. nampak tak? budak sri gombak tak pernah jejak the curve BOO BOOOOOO ! eh hello? kan i baru jejak dia tadi? i jejak pun kerana dapat tiket free untuk hikayat merong mahawangsa dari beautifulnara.com
APAAAA? dapat tiket free? ia, siapa kata rugi baca blog gosip? lagi pula owner blog gosip adalah very the sporting layan je aku minta tiket dekat BBM ;") untungnyaaaaa ada #bbtorch, terima kasih #maxis10 kalau tak ada maxis10 mesti tak dapat BBM dengan abang nara untuk 2 tiket itu. terima kasih banyak ! saya sangat addicted to beautifulnara.com sekian !

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSAwalk? whatterrr ! cerita tentang sejarah ? cerita perang? cerita orang melayu buat pulak ? RUGI LAH TENGOKKKKKKKKKK ! eh hello , mula mula pun i rasa macam itu tau sebab i memang kurang sangat tengok cerita jenis macam ini. i lebih suka cerita seram ! atau cerita funny tapi tahu tak awak kalau awak pergi wayang hanya sekadar menonton filem kartun dan mengharapkan sound system dia menggugurkan jantung awak, baik awak subscribe astro first. menonton cerita aksi, perang atau seram adalah berbaloi dipanggung ! sorry just my 2 cents !

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA? eh cerita apa tu? kenapa macam boring !

10 pendapat saya tentang Hikayat Merong Mahawangsa.
Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kaum berdua.
bila dua jasad menjadi satu,
hidup mati jadi bersama


1. cerita dia a lil bit boring dipermulaan, di mana merong mahawangsa bertemu si hensem putera raja ROM. di mana tukang kata cerita pasal hubungan china dan rome, kenapa mereka perlu bla bla sumpah boring ! I RASA MENYESAL berada di dalam cinema ketika itu tapi dapat tiket free oi, duduk diam diam dah lah OHBYTHEWAY saya suka gila tukang kata itu. siapa punya suara? cara engkau cakap meremang bulu romaaaa ! nice gila walaupun ada orang kata lawak but bila orang luar dengar dia akan cakap HEBAT ! (maybe ada english version kot dkt luar negara? entah lah HAHA)

2. menjadi menarik apabila melihat laut cantik ! tahu tak 80% pengambaran itu di terengganu? eh betul kan? aku baca sekali imbas malas nak cari mana dia asalnya HAHA , bila tengok laut di negara sendiri, engkau rasa macam tak perlu ke maldives dah !

3. putera raja rome dan puteri china adalah pasangan secocok ! ohmy, sweetnya dieorg. gavinstenhouse dan jing lusi adalah sangat sweet, sangat cantik puteri china itu. terima kasih yusri kerana memilih mereka berdua. i menangis bila putera rome ditusuk pedang depan mata puteri china :( sedih ! eh terkantoi pulak LOL ching ching !

4. watak khir rahman adalah paling menjadi. gua rasa nak hentak kepala dia. ! muka stim dia adalah paling tak blah. dah lah stim lepas tu bunyi grr grr mcm apa je HAHA mahu mencarut boleh? gilaa meremang bulu roma aku dgr oi, dh la gatal ! eeeeeeeeeeee !

5. laksamana liu yun sangat kiut tapi marcus carprenius adalah paling hensem dalam semua watak ! dan watak inang bernama ying ying atau ching ching adalah kiut juga. very clumsy gituu, kau tengok tak yang dia berpisah dgn puteri lantas ambil satu panah cocok bawah ketiak dan act macam dah mati. wkakakaka T__________T


6. cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ummi nazeera dalam cerita ini ! embok sangat manis, sangat kasar juga dan paling sedih part berpisah :( "boleh tengok di fanpage syahirul, dia ada rakam curicuriwkakakakak"
jaga jaga panah garuda
kalau diluka disini ada ubatnya

raja kami lah jaga kami
raja kami kelak pasti akan kembali

T_____________T kene tengok lah kenapa saya menangis !

7. kenapaaaaaaaaaa semua askar askar dia atau pahlawan pahlawan dia macam kurus kering macam tak ada semangat kepahlawanan langsung. bila i tengok kurus kurus rasa macam tak semangat nak berperang HAHAHAHA T_________T tapi mungkin dulu tak ada mcdonald's atau tutti frutti kbai

8. kalau lah shaheizy sam, atau fahrin ahmad yang jadi merong alangkah sweetnya cerita itu, bila sam jadi merong, saya akn tergelak besar sebab suara sam kiut gila kot HAHAHA kalau fahrin? mungkin terlampau cair sampai tak mampu nak bagi fahrin kene tikam, kene calar calar badan. sebab itu terpaksa redha bukan artis lelaki malaysia yang memegang watak merong mahawangsa T________T cuba kalau zizan rajalawak? atau syamsul yusuf? KAHKAHKAH tapi remy ishak boleh kot? tapi mahukah embok bercinta dengan merong? kbai

9. sound apa eh nak cakap? bunyi bunyian ke apa tu memang saya suka. bila ada bunyi dup dup deng deng tu , aku rasa macam nak terajang orang depan, punya lah eksaited gila bila tengok merong berentap dengan musuh ! lagi lagi bila putera rom berlawan dengan khir rahman si mawas itu, memang aku dah tendang tendang gak la kerusi depan. maaf , saya terpengaruh dengan bunyi bunyian dalam filem itu. VERY EXCITEEE

10. bila habis cerita, rasa nak berdiri dan tepuk tangan kuat kuat untuk abang nara yang mengsponsor tiket wayang ituw, kalau ada popcorn dan air mirinda strawberry saya rasa dah buat cheerlead ke apa kat kerusi heh, cineleisure e@curve yang membuatkan haku dan kakak pening mencari tutti frutti, azrieazhar yang memberi tunjuk ajar arah ke e@curve, dan kakak saya ! tapi sebab saya pemalu, terus tak buat apa apa, rasa nak tidur je bila dah tamat cerita tu sebenarnya

boleh tengok character dalam HMM dekat sini.

saya puas hati dengan cerita Hikayat Merong Mahawangsa ! dan saya berpuas hati dengan pendapat saya tentang movie ini. saya puas hati tengok embok semakin cantik dan bergetah. ehem perasan kan embok semakin berisi? hihi sukaaa umi nazeera skrg !

kecewa gila bila amani dapat cinta putera rome. padan lah
i'm sound silly when i speak malay.
nampak tak dia ada bunyi jeles sikit?

happy. dapat tiket free dari bangnara ! i sukaaa youu, eh siapa pergi je ha? aku malu gila kot nak angkat muka tadi wkaka memang tak boleh bawak majlis minah neh , padahal nampak blogger otai oi, geng talibarut ada tadi tapi malu i malu maluuuuu ! kalau ada kak sumi boleh lah tegur kot wkaka sbb kak sumi je suka kacau hidup aku KAHKAHKAH
kalau hati tisu macam saya, jangan pakai eyeliner tidak kalis air nanti mata gelap, nasib baik aku mekap tak cair sebab nangis. eh nangis ? HAHAHAHAH T________T
insyaallah mahu tengok lagi minggu depan hari sabtu di GSC pulak since dapat free ticket lagi WKAKAKA

kbai.

Kamis, Maret 10, 2011

Berkawan dekat dunia blog adalah tidak rugi.

Selamat pagi.

amar kata masa dating haritu saya leka main BB je, sebab itu saya rekues tambah BB HAHAHAHA T_T
sebenarnya kawan dekat dunia blogging adalah tidak rugi ! serius cakap bila engkau dapat tahu someone yang langsung kau tak pernah nampak / kenal ada satu kepala yang sama engkau pasti bahagia ! tapi tipu lah kalau semua orang boleh buat kita happy, tak ada seorang pun yang sempurna dalam dunia. saya tak sempurna banyak salah silap EHHHH chibi pun tak sempurna okehh . tiba tiba chibi pulak kene. hihi

tapi sentiasa berhati-hati walaupun berkawan dalam alam siber memang tidak rugi tapi bila engkau ditipu contohnya macam dia nak pinjam duit tapi tak bayar balik atau dia berbisnes , sudah buat payment tapi tidak dapat item atau bayaran balik, HATI HATI tau setiap manusia pasti ada seribu kali alasan .

macam sekarang, saya rasa tak rugi bila ada geng ayam ! kenapa ada geng ayam? geng ayam ini sebenarnya hasil dari harapan2011 saya, sebab dorang rajin layan kerenah saya dekat facebook. mungkin baru beberapa bulan kenal dan baru sekali jumpa dengan sebahagian dari geng ayam tak bermakna mereka sempurna, kita tak tahu hati orang. macam tu juga dengan dieorg, belum kenal, belum tahu siapa saya sebenarnya, entah entah perampok , entah entah pemburu jantung manusia betul? tapi alhamdullilah 3 tahun bersama farzana dan ayun najeeha dekat UNISEL, dieorg shj yang kenal saya luar dalam sebab kami tidur sebantal setiap hari 365hari tolak cuti umum semua HAHA ;))

tapi entry ini bukan nak cakap apa lah, saya rasa bersyukur sangat kenal amar amirah , penulis belog-cap-ayam yang cantik, yang very softspoken yang very hyper ! taknak cakap pasal zana atau lassie, pasal nurainhassan atau papanda garang, pasal myza atau pejal atau ayeem, pasal ika atau huda hari ini, tapi nak cakap pasal amar !

TQ amar amirah untuk foto keluarga ayam ! :DD
amar memang creative, memang berbakat. TAPI SAYA RASA NAK GIGIT LUTUT DIA masa dating dgn geng ayam haritu bila dia ta dapat nak doodle kan muka kami dekat buku nota kesayngan ! alasan dia mata sakit, mata berair, mata kabur (tapi memang nampak la amar sakit mata masa tu HAHAHAHAHA) tapi last week, cuba tengok entry ini. akhirnyaaaaaaaaaaa kami semua dapat doodle wajah sendiri WHAHA yang bestnyaaa setiap dollydle memang betul betul mirip sorang sorang. grrr !
tiba tiba rasa rugi kenapa tak cantik cantik macam siti nurhalipas masa dating haritu tapi takpaaa baju kita ada puffy puffy tu haha T________T
kalau anda belum pernah pergi belog amar, boleh click sini sekarang ! amar dah mula berfikir nak buat bisnes dollydle, baik kau ornag pujuk dia untuk buat betul betul HAHA, amar charge lebih sikit tauu. 25% masuk account ynn *pengsan*

NOTE : nak tunggu gambar potret dari ikahunnybunny pulak HAHAHAHHAHA

kbai.

Selasa, Maret 08, 2011

Drive angry ! Memandu marah marah normal lettew.

Selamat pagi.

pada hari ahad yang lalu, selepas mengajar encik fwzQram cara cara membeli tutti frutti dengan cermat kami terus pergi GSC untuk menonton wayang. TAK PERLU BERATUR sebab memang kami ini orang terhormat, datang datang terus masuk wayang apa semua tak payah bayar siap rasa nak bakar kepala orang bila dapat mirinda strawberry & mineral lambat. nampak tak dekat situ seorang wanita perasan terhormat? NAMPAK TAK? jadi jangan percaya ! malas nak delete ini malas nak delete ini !

apa lah bebel bebel kasi orang konfius tak elok lah macam tu *tibatibamarahjarisendiri* tahu tak kami menonton wayang apa ketiak itu? ia, drive angry uolsss ! terus aku jadi marah bila ber-driving. marah gila sambil teringat ringat macam aku lah PIPER yang super hotsss tu. hiks over gila kan? masa megan fox howtss, liyana LUNIA jadi liyana FOX, nasib baik dekat facebook tak boleh tukar nama dah sebab dah limit kalau tak jadi liyana PIPERRRs serius tak sedap, terus taknak dah T________T

engkau suka cerita aksi melampau tak? maksud melampau dekat sini macam tangan terputus bila kene tembak, mata tercocok kayu, mata kene tembak tapi boleh hidup balik. sebab apa dia hidup balik(?) sebab milton (milkON bunyi dia) sebenarnya dah mampus lama dah kene tembak masa anak dia 16tahun. anak dia pulak kurang kasih sayang pergi join kelab puja setang, tapi menyesal , nak keluar dari kelab tu tak diberi izin oleh jonah king . kemain nama jonah king KAHKAHKAH


piper & milton
best lah cerita ini, memang kau rasa ngeri gila dah nama pun 18tahun keatas punya cerita, ada lah aksi mengawan sambil tembak tembak itu. aneh gilaaaaaaaaa ! menembak pun boleh mengawan isk.

dan paling best sekali ada iblis yang sangatttttt berhati mulia (LOL) , si milton ni kan dah lama mampus, dia lari dari neraka untuk selamatkan cucu dia dari dibunuh jonah king ni ye lah jonah king kan pemuja setan dia nak bunuh cucu milton untuk happily ever after kononnya tapi niat murni si milton untuk selamatkan cucu dia dihalang oleh iblis diawal cerita. tapi yang lawaknya iblis ini rasa macam aku perlu tolong milton ! tapi betul ke IBLIS berhati mulia kan?

so, apa jadi dekat cucu dan penjaga cucu milton, jonah king, piper, milton dan iblis (iblis tu dalam cerita ini adalah the accountant, HAHA ) tu?

kbai.

Senin, Maret 07, 2011

Tutti Frutti dah ada dekat One Utama. Western Digital 500gb Rm179 kot

Selamat pagi.

saya rasa saya adalah seorang cikgu yang baik. EH KENAPA PULAK? tanya awak, kerana saya dah mengajar encik fwzQram cara cara untuk membeli tutti frutti dengan cermat. cermat disini termasuk lah cermat dalam mentuang aiskrim yogurt tersebut agar tidak terlebih banyak, atau tertumpah , atau membuatkan poket kita kering. JANGAN TANYA SAYA APA MAKSUD SAYA INI? biar saya je tahu kihkih.


kemudian, saya ajar dia memilih toppiing, lelaki memang tak suka benda comel comel kan? macam marshmallow, coklat m&m kalerpul, coklat rice, colourful rice ( sukahati je nak panggil dia mcm tu) , chocholate color pink, ice cream tutti fruitti color pink atau sos hershey strawberry yang color pink. semuaaaaaaaaaaa dia ambil yang color chocolate. abis hitam terus takda colourful dah. isk kasihan lelaki.

lepastu topping paling sedap mestilah oreo crumb, sedapppnyaaaaaaaa T______T saya baru sedar saya lah pencinta oreo sekarang ! eksaited gilaaa ambil oreo crumb lepastu ambil oreo yang besar besar tu. eh tahu tak one utama dah ada tutti frutti? satu level dengan escalator nak naik gsc tu. sebelah tempat permainan budak budak *eksaited gila nak explain*

hai pakcik berjanggut, lain kali nak dating potong janggut dulu ye kalau taknak saya tarik. WKAKA nasib baik dia tak baca belog haku T_T ehem bila tengok janggut tu, rasa rinduuuuuu masa zaman zaman budak dulu kalau manja-manja dengan apak mesti dia geli gelikan janggut kat kiteorg. kihkih rasa nak lagi je sekarang ni tapi hoi malu lah sikit tunggu lah ada suami karang kbai* T___________T

gambar gegar pun nak letak. ah lantak ! kihkih, lupa nak cakap yang saya dah mula guna camera sony cybershot w190 hadiah sempena memenangi contest lucky draw dari nuffnang ;) baru beli memory card hari sabtu lepas. 8gb dapat rm89 boleh lah . dah lah dapat free camera, beli memory card pun menggigil. KAHKAHKAH ohhhh serius penat gila dua hari aku habiskan duit. kering oi kering T______T

dah ada baby baru jugaaa. YAHOOOOO lepas ni semua movie boleh sumbat. TAHU TAK BENDA PERTAMA YANG AKU MASUKKAN DALAM BABY BARU INI APA? ehem ehem ehem, mestilah semua collection game SIMS3 hakuuuu. HAHAHA :P

kbai.
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !