Tampilkan postingan dengan label sedap. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sedap. Tampilkan semua postingan

Minggu, Mei 15, 2011

#1 : Hari gadis keluar

Selamat malam,

sejak bekerja ini, senang kalau kita mengidam nak makan ayam penyet je terus boleh set tarikh bila boleh makan dia, dekat mana boleh kita makan dia , sambil nak melunaskan makan ayam penyet, kita nak pergi mana pulak ? takkan pergi wangsa walk semata mata untuk ayam penyet KANNN ! sebenarnya tak lah, pergi wangsa walk nak tengok kongsi. EH TAK PUAS KE TENGOK haritu? jawapan dia adalah tak T_______T

hai ayam penyet.

kiteorang tak jadi pun pergi tengok kongsi. sebab full der. sebenarnya haritu dah lah duduk depan , kepala sakit lepastu ada pulak shaheizy sam dalam satu panggung memang tak boleh tenang hati, KAHKAHKAH gedik gila kbai malas nak baca dah pasal shaheizy sam, tengok tu header pun siap ada gambaq dia tah pape lah belog ni. *okay SAYA MASIH ANGAU sebenarnyakthanks*


pergi songbox sebab songbox murah dari superstar. beza rm5 je pun tapi berbeza jugak lah boleh beli gula gula satu guni tahu? jadi pergi songbox sebab kongsi full. bila pergi songbox kau bayangkan lah keluar dari situ muka tegang tegang suara takda ! sebabnya penat berkaraoke ihiks ;))

kakak


adik

dua heroin rumah ini termasuk saya lah. kira ini hari keluar gadis LUNIA lah nama dia.


last sekali ternampak takoyaki dekat foodcourt dia, terus pergi serang. ternyata RM4 untuk 5 biji lebih sedap dari saya beli haritu dekat AU2 . alaaaaaaa teringin nak makan lagi la. ketagih pulak dengan octopus niiiiiiiiiiiii haih siapa sudi belikan untuk saya waktu lunch hari hari? *buat muka comel

okay dah, esok start puasa. TAHU TAK bulan ramadhan akan menjelma tidak lama lagi? anda sudah membayar hutang ke belum? Y___________Y

kbai.

Kamis, Mei 05, 2011

Berjalan² meng-kuruskan lelemak di Sunway Pyramid & Melaka #1.

Selamat petang,

dua minggu lepas, 23hb april adalah hari meng-kuruskan lelemak dan meng-enjoykan diri di sekitar sunway pyramid, er dan melaka (?) fun gegilaaaaaa sebab macam tak sangka pergi holiday dengan teman baik saya, acik zana. jauh okay pergi melaka semata-mata nak tengok senjakala KAHKAHKAH lepas tu orang cakap ruginyaaa pergi tengok wayang buat apa. SABARLAH saya pun menyesal juga tapi nak buat acane HWUAHAH T______T

Pagi 23hb , masuk sunway pyramid terus cari pizza hut. kelaparan masing masing. pilih menu pun macam nak pilih semua sekali nasib baik terfikir nanti ada banyak benda lagi nak makan tak apa kita makan lite lite sahaja. LITE LITE LAH SANGAT kau tengok siap ada ciken wing tu auwwwmm dappnya dia !


LAPAQ, masuk sunway terus order dan makan macam tak makan lima tahun kehkeh

hai cik zana. jemput makan pelisss !

habis makan sekitar pukul 1.30 pergi cari Tutti Frutti. acik zana minta saya ajarkan macam mana beli TF tanpa melebihi RM10 tetapi beliau GAGAL juga. sebab total aku punya baru 9hengget lebih, dia punya sampai sebelas hengget. tak ke mendatangkan marah pada beliau? KAHKAHKAH T_______T

singgah sunway pyramid bukan sebab nak makan semata-mata. ini lah maksud diaaa ! kehkehkeh, ingat lagi entry etude house bagi discount 50% ? saya dah sambau barang sebarang dua produk dari etude house. and terpaksa beli elianto Brightening Eye Zone Treatment Patch untuk bagi zana dapat point, kahkahkah while zana terpaksa beli Etude House Petit Eyeshadow untuk saya dapat point. NAMPAK TAK? sepakat membawa berkat nama dia KAHKAHKAH tapi last last aku jarang pakai. kecuali yang warna kuning tu. TERBAIKK nanti nk buat review kalau ada masa ;))

sebelum bergerak ke Melaka, risau tak sempat cari hadiah terus kiteorg melilau cari hadiah dekat sekitar JJ, lawa kannnnn wrapper tu? harap pengantin tak buang dia HAHAHAHAHAHAH ;p hadiah biasa biasa jeeeeeeeeee. UWUWUWUW

sempat singgah cup-a-bon untuk beli oreo pearl ice blended. risau nanti kehausan boleh kita minum dia. SEDAPPPP tak macam coolblog dekat selayang mall. tak sukaaa ! kedekut gula nama dia HUWHHAHA

ingat lagi entry saya dah beli macarons? sempat lah aku redeem dekat KTM Subang Jaya pada owner dia. terima kasih puan Nomie, sabar menunggu kami dari pukul 3 tak muncul2 huwhaha T_______T

sebahagian hasil dibawa dari selangor ke melaka T_____T


eh ada lagi part ke 2 TUNGGUUUUUUUUUUUU tau *pengsan* ;0)

kbai.

Jumat, April 01, 2011

Alhamdullilah, nasi kerabu !

Selamat malam,

Akhirnyaaaaa.
MINTAK MAAF, terlepas tekan send terlepasssssssss ! #ohdem
rasa bersalah gilaaaaa, marah bebeno pakcik sorang tu bila tengok saya publish entry kosong macam sebelum ini rasa macam nak pengsan apahal mereka mengamuk sakan dekat twitter, nasib baik masa tu dah otw pergi shopping ke NSK kalau tak onthespot aku cari laptoppp T______T

jadi jadi jadi ini lah dia, apa yang haku idamkan sudah terlaksa petang tadi. akhirnyaaaaaa dapat menjamu selera dengan nasi kerabu yang meng-ketagihkan HAHAHAHA rasaanyaaaaa

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
TAK JADI AH BENCI NAK UPDATE GUNA EMAIL DAH HAHA.

kbai :D

Nasi Kerabu Ayam berempah bikin ketagih.


Selamat pagi,

Bestnyaaaaa pagi pagi ini dapat makan nasi kerabu dekat gerai makcik sedappp tu tapi emak dah cakap nanti nak pegi pasar malam karang la beli.

Wuwuwwuuu tak sesabooo dah ni, nasi kerabu dia buat saya ketagih. Mana lah penah Nur Liyana Binti Ainul makan makanan pantai timur ni, dulu tak pandai kooo, nasi kerabu pun aku pandang sebelah mata je, sebab masa tu terasa aneh kenapa lah nasi kerabu ini berkaler biru. i tak sukaaaaaaaaaaa kaler biru sebenarnya tapi terpaksa suka sebab oneday kalau ada baby boy mesti ada pakaian biru. eh kenapa kalau baby boy = biru? isk tak shiol lahhh T_________T

takpa, nanti ada baby boy, mama belikan u baju kaler fefel okay sayanggggg !

kbai :DD
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, Maret 26, 2011

Pizza roti sardine with loveeeee !

Selamat pagi,

Haiiiii. Skrg kita tengah cuba buat resipi baru tauuu ! Resipi ini dengan sardingg =") mula mula nak buat sandwich je tiba tiba mereka ini ganas nak makan pizza sebab ada cheesee.

Jadi kita layankan ajoo ! Eh eh ini cubaan update guna  (BB) since handphone sy dah tak detect wifi dkt rumah ni #ohdem !
Kbaiiiii :D
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, Maret 22, 2011

Strawverry jam with biskut kering LOL

Selamat petang.

hai, nama saya liyana. hari ini saya tiba tiba teringat ada biskut kosong dekat ofis. biskut kosong makan dengan strawberry jammed pun sedap. jadi, saya pun pergi cari jam stoberi dekat seven E. sambil cari jem, kita cari pekerja lelaki dia yang ensem tu tapi malangnya dia tiada pulak. hajat nak cuci mata tak kesampaian T__T

jangan lupa air kene ada, manis gila doh grr *pening*
balik ofis, makan dulu nasi lemak ! ye nasi lemak pepagi wey dah abang haku beli kan siap ada peha ayam masak merah kalau kau tak makan memang saja cari pasal lah dengan abang haku. jadi jem stoberi tu kita sumbat dulu dalam frigde. UNTUNG kan tempat kerja ada fridge, masa beli cheese nak buat oreo cheese cake hari tu pun siap simpan awal awal cheese dalam fridge tu. sebabnya haku cari cheese waktu lunch . baca je lah apa aku nak cakap ni. marah kang !
HWHAHAH

sedap gak la makan dia dengan jem stoberi

boring gilaaaaaaaaaaaa entry awak sekarang ! haah betul lah rasa macam dah boring dah entry awak boring boring ahh kalau dah boring kita tuka kepada BOSAN pulak HAHAHHAHAA

kbai.

Rabu, Maret 16, 2011

pertama kali merasa kenikmatan dia.

Selamat Malam !

Sebenarnya tak ada lah nikmat sangat sebab baru 16minit dia ada dalam tangan , dah lah pukul berapa sekarang cuba tengok jam anda hampir pukul sepuluh takkan nak menjamah dia di waktu begini? pulak masih terasa keenakkan ikan tenggiri msk lemak belimbing memang tidak serasi lah rasa antara nikmat dan sedap.

Pelik lettewww !

Abang baru balik bertugas di Puchong tadi, ketahuilah kamu yang saya tidak pernah sesekali menjelajah ke kedai j co donut ini (eh, perenggan diatas sebenarnya untuk jcodonut kah? IA, untuk dia ! T___Y nampak tak betapa jakunnya seorang bernama Liyana Lunia yang tak pernah merasa kenikmatan donut dr jco.

Selalu big apple jadi manga T.T jadi hari ini terbukti lah donut big apple lagi manis dan heart attack dr jco. Kenapakah jco tak buka cwgn di sri gonbak? Oh jangan lah sebenarnya , nanti tamatlah duit gaji ku begitu shj. Ehem bila mentaip menggunakan bbtorch rasa mcm kanakkanaklewww

Note : donut doploh sen ada gula pasir makan panas panas lagi SEDAP lagi NIKMAT

kbai.

Kamis, Februari 17, 2011

Resipi Bread Pudding With Vanilla Sauce.

Selamat pagi.

ingat lagi tak entry puding roti sedap gila yang aku cakap tak pernah rasa puding roti sesedap ini . INGAT TAK? kalau tak ingat pergi baca balik (PAKSA) ;p breadpuding dalam entry tu kakak sedara i yang buat. dia bagi pun masa tu satu tupperware mana lah cukuo untuk 7 perut dalam rumah lagi lagi perut besar haku mana cukup.

dua minggu lepas tak tahan mengidam breadpudding tu, haku terus inbox dekat fb dia minta resipi (T_T) nasib baik kakak sedara aku comel gila dan sanggup berkongsi resipi dengan adik manis macam saya dan dan dan pertama kali saya buat adalah silap sukat, bila silap sukat gula, dan puding terhangus terus menangis tak mahu tunjuk dekat belog. terus giveup dah lah petang tu kakak sedara dengan emak dia datang rumah, memang kiteorang sorokkan puding tu sbb malu (T_T)

tapi kali kedua buat, pun dah lama bulan january haritu buat baru hari ini nak tunjuk sabar lah anda semua T_T

Resipi Bread Pudding With Vanilla Sauce.

sos puding .
  • 1 cawan susu sejat
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1 sudu tepung kastard
  • 1½ sudu gula pasir
*campurkan semua bahan dalam periuk dan panaskan menggunakan api paling kecil, tambah air kalau kering.

roti puding
  • 10 keping roti gardenia
  • 4 biji telur *
  • 1 cawan gula pasir *
  • 1 sudu esen vanilla *
  • 500g susu UHT fresh milk *
  • whipping cream (ikut rasa) *
panaskan oven 160° . bahan bahan bertanda * perlu dibancuh terlebih dahulu di mangkuk yang lain, manakala 10keping roti yang di sapu marjerin perlu di potong 4 segi dan disusun di atas loyang yang telah disapu marjerin . selepas susun roti roti tersebut baru lah curahkan bancuhan tadi dan dibiarkan 15minit bagi dia kembang dan sebati dan bersatu . kemudian bakar dalam masa 30minit

okay ada kakak tanya : apa benda coklat coklat atas ni padahal dalam bahan bahan dekat atas takda? itu maknanya yiying nak jadi very the creative, ku hias dengan hirisan coklat masakan, tapi end up jd manis gilaaaaaa dh lah roti manis :( kau letak hirisan coklat and kau bakar pulak T________T

and ada juga adik manis tanya : kalau tak ada sos boleh tak? jawapan dia adalah boleh ! haha sbb sos tu kononnya mcm penyeri lh tapi roti tu dah cukup manis untuk kau makan dah so tak perlu sos vanilla pun tak apa ;))

kbai.

Minggu, Februari 13, 2011

Saya dah beli macarons rm12 di milkadeal.com and piqa's bakery YEY.

Selamat malam.

berkaitan dengan macarons 12 biji rm12 itu hari, kalau ada yang masih blur blur nak beli macam mana atau takut nak buat deals, try lah. sekali signup dapat rm5.00 tauuuu. bila dapat rm5.00 , awak boleh purchase tapi kene tambah rm7.00 je guna cimbclicks atau maybank2u korang tu. PERGI



sign up, dapat free credit rm5 dan bayar macarons tu rm7 tau ;)

MASIH on, cepat beli !

tambah 5 sebagai credit dan lihat hanya anda perlu tambah rm7 lagi

BAYAR BAYAR ;p

VOUCHER YANG PERLU DICETAK selepas awk purchase step diatas YEY
so far, i rasa suka dengan milkadeals, tak sabar nak tengok deals yang menarik lagi ! YEY. oh bytheway macarons tu, korang kene pickup sendiri dekat premise dia dekat klang atau dia boleh deliver ke klang, subang or shah alam tapi kene contact dia lah and deal. i pun tengah pening nak minta post tak boleh T___T habis kene buat apa ni HAHA tak apa, lepas je kita dah bayar, dapat voucher and voucher tu expired 30 april 2011.
so lama lagi nak fikir bila nak pergi ambil macarons. yang penting engkau kene print voucher tu and tunjuk lah dekat piqa's bakery. kalau engkau tak bawa macam mana nak dapat macarons tu. rugi lah bukan? HAHA baiklah demam macarons dah nak tamat. ini ada beberapa step nak purchase sementara masih sempat. ingat lagi 1 hari 4 jam lagi untuk korang purchase ;)

// i nak tolong korangggg ni HAHAHA !
kbai.

Rabu, Februari 02, 2011

Cupcakes comel Mengidam itu apa?

Selamat malam.

signup twitter dan churp churp untuk bukan bloggers. anda boleh earn duit dari bertwitter dan berfacebook je ! ;p



sejak dua tiga hari ini entah kenapa macam teringin sangat nak makan something yang sweet, yang cute, yang menggiurkan, yang colourful, yang mahal sikit , yang kalau engkau makan engkau rasa macam OHMYDIN kesiannyaaa dah lah cantik, dah lah cute, dah lah menggiurkan tiba tiba aku makan kau? nasib baik kau manis.

sebab itu, bila masuk sahaja ofis entah kenapa aku akan mencari blogshop yang menjual cupcakes area dekat dekat sahaja dengan gombak. tapi itu lah T_T tak tahu dekat mana nak cari dah, sebab tak pandai cari bila dah jumpa mesti tengok orang tu macam dah lama tak online, blog macam terabai atau duduk dekat sabah sana macam mana nak tempah. stress tak? okay stress. !

siapa siapa yang terbaca belog ini, kenal blog yang buat cupcakes, yang boleh COD dengan saya, yang baru berjinak jinak dengan driving, yang tak boleh ke klang semata mata utk COD :( boleh tak minta tolong bagi tahu siapa kah penjual cupcakes yang menggiurkan? BOLEH TAK TOLONGGGG? keh keh keh, kalau yang hantar by post pun boleh lah, yang penting tamo mahal sgt KAH KAH KAH

MENGHARAP !
paste link blog yang menggiurkan tu dekat ruang comment ye dalinggggg semua *muka berharap*

okaithnxbai.

Senin, Januari 17, 2011

Resipi : Pizza roti Liyana Lunia simplicious

Selamat malam.

eh hai, dah lama belog tak diupdate dua hari sekali rasa macam kekok bila tengok tarikh last update adalah dua hari lepas, awak kekok tak? kalau tak kekok tak apa lah siapalah saya ini dimata awak (?) keh keh keh dua kesayngan saya si manis lassie dan nurain sibuk sangat kerisauan saya hilang di belog. dah lah kerisauan, masing masing buat saya nak terharu, sorang rasa bersalah kononnya saya marah dia LOL tak lah sebenarnya saya tengah gila bermain sims3. comel tak perangai minah ni? JKAH JKAH JKAH

tiba tiba nak update belog adalah kerana saya hendak menunaikan impian kawan twitter yang mahukan resipi Pizza roti Liyana Lunia simplicious (maksud dia sedap dan senang :D) selepas saya meng-tweetkan gambar pizza delicious tersebut. oh diminta untuk meng-follow twitter saya untuk lebih cepat dapat update (apa haku cakap terbelit belit JKAH JKAH JKAH)

bahan utama. txbai
Bahan²
  • empat keping roti gardenia
  • enam batang sausage ( dipotong bulat kecil kecil)
  • sos cili life
  • mayonis
  • cili padi (di potong bulat kecil kecil)
  • bawang (di potong bulat kecil kecil)
  • cheese (grated cheese - mozarella, parmesan & cheesedale pun boley)
Sediakan

1 keping roti , di sapu dengan sos cili dan mayonis. taburkan bawang yang dipotong bulat kecil kecil , sausage ditabur sesuka hati. hendak banyak letak banyak sukati awak. taburkan cili padi jangan banyak sangat nanti buasir kemudian baru tabur cheese banyak banyak. bakar adalah menggunakan oven, siapa ada microwave boleh guna juga tapi saya tak pernah cuba jadi awak cuba lah sendiri (!) . oh set kan oven kepada 190* dan bakar selama 15minit. kalau nak rangup lagi , buat 20minit pulak. senang tak? tak payah pakai sos pizza ke apa, guna sos cili sahaja confirm meletup gua cakap sama lu.

susah tak nak baca arahan macam tu? HAHAHAHAHA aku sahaja kasi hengkau eksesais mata sikit. T_T

ini cheese saya guna. yang parmesan, (kecil) itu sedap sangat dimakan dengan spageheti. kami satu family memang penggemar parmesan itu. kemudian yang besar tu jenama apa tah BEGO kot (?) baru first time beli dan memang sedap ah dia. tapi jangan pulak kau imagine hasil dia sampai cheese tu boleh ditarik tarik confirm tak dapat kecuali ada enam cheese

Cheddar
Classic delicate taste
Mozzarella
Creamy and soft
Parmesan
Flavorful and savory
Monterey Jack
Zesty and nutty
Provolone
Full-bodied and slightly tart
Romano
Hearty taste

CREDIT nama cheese untuk sixthseal

jangan lah risau akan ke-gemukan makan sekali sekala, tak apa tetap comel

saya jual : satu keping rm10. KAH KAH KAH KAH KAH

okaithnxbai.

Kamis, Januari 06, 2011

Makan² dekat Rumah Thai Taman Melati.

Selamat petang.

hari itu, entah bila tak berapa ingat yang pasti hari selasa saya rasa, saya dan kakak membawa eh salah ayat tu sepatutnya saya dan kakak dibawa oleh emak dan bapak ke sebuah kedai makan bernama Rumah Thai diarea taman melati macam tu lah haku malas nak ambil port dekat mana yang penting perut terisi dan muka ada suka.

oleh kerana tidak sampai hati melihat emak terbongkok bongkok didapur, kakak dengan happynya mengajak makan diluar, itu lah sebab nya kami makan diluar, padahal sahaja nak mengabiskan duit kakak aku. HAHA suka haku sekarang bila dah kerjaya ini senang nak habiskan duit sendiri tanpa fikir membebankan emak. kira aku bebankan diri sendiri lah kan bagus macam ini punya anak (tiba tiba puji diri sendiri T_T)

menu pertama yang sampai adalah puding mangga. eh bukan puding heh, sebenarnya dia adalah pulut mangga, baru first time makan ni, serius eksaited nak tahu sangat apa keistimewaan puding / pulut mangga ini. bila rasa sahaja, saya kata pada diri, puding / pulut mangga tidak boleh challenge pulut durian. DEMM AH SEDAP GILA PULUT DURIAN :((

kedua, adalah air bandung. HEH banyak banyak air , aku pilih bandung lepas tu bila makan pulut + santan + susu jadi loyar tekak sikit. sangat tidak pandai memilih air T_T kakak aku pilih air epal + limau nipis kot + asam boi sangat lah nangis* sampai aku pandang air dia je takmau pandang bandung cincau tapi terpaksa. terpaksa minum juga. UWUWUUWUW

butterprawn. kemain keriuk keriuk dia ni, memenuhi sepinggan udang, sampai aku rasa udang dia adalah dalam beberapa ekor, keriuk keriuk dia telah mengaburi mata aku. oh lupa masa ini kita pilih set sebenarnya. ini set dua orang makan. dalam rm42 macam tu

tomyam campur, kemain kau sedap gila tomyam dia bila belek belek tak ada isi sangat rasa macam nak meletup. uwuwuwuw rindu tomyam dekat UNISEL sedap sangat sebelum abang hensem berhenti berniaga dan pindah ke batang berjuntai. wuwuwuwuw rindu abang hensem (tiba tiba)

sayur brokoli rebus ke apatah. TAK SUKA BROKOLI. next

ayam pandan. empat ketul untuk empat orang. okay lah dapat seketul pun nasib baik kalau tak aku yang kene abiskan dan bagi saya, ehem saya tak berapa suka HAHAHA ok nxt

udang petai kot? ini lauk tambahan. sedap ah . udang ni lagi juicy dari butterprawn dia. butterprawn dia semacam kering. tak berapa sedap.

ikan kerapu masam manis. ini lauk tambahan. ingatkan tak cukup lah rupanya cukup sangat malah terlebih lebih pulak. lepas ni kalau makan disini lagi mahu makan puding sagu. tapi kalau engkau makan puding sagu dia mana lah cukup satu cup mcm tu baik buat sendiri tapi bila fikir fikir buat sendiri macam menangis gila sebab susah weh nak buat puding sagu, terus rasa takpa beli dua cup terus (saja nak kasi kau ornag tak ada semangat dengan sagu puding) okthnxbai



eh lupa dua orang penting. eh apa pulak dua? tiga orang lah HAHA T__________T

so set Rm42 + Ikan kerapu + Air + Udang petai + Pulut mangga = Rm120+ tak silap,

RUMAH THAI Amaxing Thai Flambae

okaithnxbai.
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !