Tampilkan postingan dengan label meng-kuruskan lelemak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label meng-kuruskan lelemak. Tampilkan semua postingan

Selasa, Mei 24, 2011

Mcchicken beli satu dapat satu percuma !

Selamat pagi,

tepis-tepis habuk. eh rindunyaaa nak bebel bebel entah kenapa mood untuk main sims3 dah datang woh, susah betei kalau mood ini menjelma confirm belog tertunggak terbalik KAHKAHKAH T_____T

sebenarnya nak update satu benda best, resipi ! tapi taknak cakap resipi apa. dah lah lupa bawak cable bbtorch, memang esok lah aku letak dalam belog. sebenarnya resipi biasa biasa je yang penting sekarang saya dah reti buat dia hihi. kalau simpan dalam belog, nanti esok lusa boleh tengok balik kalau lupa . kalau lupa lah kan melayu mudah lupa ;p

YANG PENTING SEKARANG, minggu ini minggu aku puasa kenapa mcd sibuk nak buat promotion menggiurkan cenggini? nasib baik mcchicken, kalau spicy chicken mcdeluxe memang aku tak boleh kawan diri dah tahu takkkkkkkkkkk ! GRRR

siapa yang nak mengkuruskan lelemak dibadan, sila picit gambaq ini dan pergi print. lepastu kau bawak lah yang dah print tu pergi mcd, tunjuk dekat dia ! nanti dapat free sebiji bagi lah aku untuk berbuka karang HUWAHHA T_T

kbai.

Selasa, Mei 10, 2011

Nasi kerabu kuning dengan ayam goreng.

Selamat pagi.

Hai semorang yang lalu lalang belog tite pepagi yang indah permai ini, sudah breakfast ka belum? Saya ini sedang men-kuruskan lelemak dengan nasi kerabu kaler kuning.

Ini pestime sebenarnya jumpa kaler kuning, selalu makan mesti kaler biru, ada beza sikit rasanya tapi otak belum dapat memberi analisa kahkahkah T.T

Tapi berbeda dengan nasi kerabu mabeles, sebab nasi kerabu mabeles mmg mabeles, xleh challenge ah cmni. Kalah la nasi kerabu kuningggg :p

Nasi kerabu mabeles harini MC sebab tu saya terpaksa poie kedai lain beli nasi kerabu kuning, malam ni nak kecek kelate dengan shaheizy sam tu yang kene makan nasi kerabu kasi lembut sikit lidah KAHKAHKAH

Jemput semuaaaa


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Senin, Mei 09, 2011

Kek Buttermarble fresh cream untuk emak.

Selamat hari emakkkkkk !

hari hari hari emak, hari hari hari apak, hari hari hari liyana lunia kehkehkeh tapi kan, kalau hari hari hari emak , saya sangat sedih sebagai anak tidak dapat membantu beliau memasak untuk makan malam, emak akan mengantung baju diluar rumah sebab saya bangun tidur lambat ( KALAU UZUR) lepas bangun terus tergopoh-gopoh pergi kerja ini semua sebab tidur lambat punya hal. tidur lambat bukan buat apa pun, pergi menghadap belog sahaja. macam lah belog ini boleh tolong haku kalau aku perlukan orang nak nangis, nak gelak, nak gaduh, nak peluk-peluk.

habis kalau lapar, emak yang masak bukannya belog T_____T


oleh sebab itu, untuk 8mei semalam saya dan kakak melakukan sesuatu yang membuatkan saya membuta selama 2 jam sebab penat gegilaaaaaaaa ! satu hari itu saya pegang belog selama dua tiga minit sahaja, waktu lain hanya bersama keluarga dan emak ;)) best !

apa aktiviti saya semalam? EMAK KEJUT PUKUL 8 SIAP PESAN 'APAK KAU SURUH BASUH KERETA' stresssssssssss ! asal lah sammy takleh mandi sendiri T______T lepas vakuum habuk dekat dalam badan sammy, pergi mop rumah kejap , pukul 9 sambung mandikan sammy masa tu panas terik. TAPIKANNNNN untung lah badan tak berbau, aku mandi pukul 2 kot kihkih

lepas mandikan sammy, pergi buat cake untuk hari emak. HARI EMAK, KEK UNTUK EMAK tapi apak yang rekues nak kek butter .akhirnya bukan sahaja jadi malah lebih sedap pulak dari sekret resipi ;p

walaupun dekorasi dia agak menakutkan (taknak cakap hodoh, hepp belasah mulut tu) tapi bila dah siap potong dia, bila tengok lapisan fresh cream terus rasa macam BANGGANYA buat cake siap dekorasi untuk hari emak ini !
bahan bahan cake :
  • 1 biji butter (250gm)
  • 250 gm gula kastor
  • 1 sudu vanilla essense
  • 4 biji telor
  • 275gm tepung naik sendiri.



ini sahaja bahan bahan dia. mudah ! senang. semudah abc ;p


untuk kaler coklat :
ambil sedikit adunan asal, letak dalam mangkuk kosong. dan adunan dalam mngkuk tu campurkan susu cair 1 cawan + serbuk koko + milo + coklat emulco . kalau takda coklat emulco tu, saya guna susu dutch lady + milo+ serbuk koko je HUWHAHA ;p

cara dia, gaulkan butter dengan gula sehingga sebati. masukkan vanilla essense dan 4 biji telor. kemudian dengan lemah lembut, masukkan tepung sikit-sikit. kene masukkan sikit kemudian gaul sebati, masukk lagi sikit baru gaul lagi. jangan masuk tepung semua dalam adunan dikhuatiri bantat. TAHU BANTAT TU APA? nanti kalau aku tahu, aku terangkan huwhaha T_T masukkan dalam dulang pembakar !

set oven selama 20minit. bakar dalam suhu 170* ;))

ini lah fresh cream ( HAKU PANGGIL DIA BEGITU ) cake saya kan color cekelat, kekonon buat marble la tu. pastu pukul fresh cream kat atas ni sampai kembang bila dah kembang sapukan atas kek. lepas tu guna lebihan cream tu, letak pewarna dan hias sesuka hati. - nak pastikan dia cukup kembang bila kau terbalikkan mangkuk, dia melekat tak turun2 dah ;p

hari ini hari paling ngamhooo ;p terima kasih shaheizy sam. hikssss

kbai.

Kamis, Mei 05, 2011

Berjalan² meng-kuruskan lelemak di Sunway Pyramid & Melaka #1.

Selamat petang,

dua minggu lepas, 23hb april adalah hari meng-kuruskan lelemak dan meng-enjoykan diri di sekitar sunway pyramid, er dan melaka (?) fun gegilaaaaaa sebab macam tak sangka pergi holiday dengan teman baik saya, acik zana. jauh okay pergi melaka semata-mata nak tengok senjakala KAHKAHKAH lepas tu orang cakap ruginyaaa pergi tengok wayang buat apa. SABARLAH saya pun menyesal juga tapi nak buat acane HWUAHAH T______T

Pagi 23hb , masuk sunway pyramid terus cari pizza hut. kelaparan masing masing. pilih menu pun macam nak pilih semua sekali nasib baik terfikir nanti ada banyak benda lagi nak makan tak apa kita makan lite lite sahaja. LITE LITE LAH SANGAT kau tengok siap ada ciken wing tu auwwwmm dappnya dia !


LAPAQ, masuk sunway terus order dan makan macam tak makan lima tahun kehkeh

hai cik zana. jemput makan pelisss !

habis makan sekitar pukul 1.30 pergi cari Tutti Frutti. acik zana minta saya ajarkan macam mana beli TF tanpa melebihi RM10 tetapi beliau GAGAL juga. sebab total aku punya baru 9hengget lebih, dia punya sampai sebelas hengget. tak ke mendatangkan marah pada beliau? KAHKAHKAH T_______T

singgah sunway pyramid bukan sebab nak makan semata-mata. ini lah maksud diaaa ! kehkehkeh, ingat lagi entry etude house bagi discount 50% ? saya dah sambau barang sebarang dua produk dari etude house. and terpaksa beli elianto Brightening Eye Zone Treatment Patch untuk bagi zana dapat point, kahkahkah while zana terpaksa beli Etude House Petit Eyeshadow untuk saya dapat point. NAMPAK TAK? sepakat membawa berkat nama dia KAHKAHKAH tapi last last aku jarang pakai. kecuali yang warna kuning tu. TERBAIKK nanti nk buat review kalau ada masa ;))

sebelum bergerak ke Melaka, risau tak sempat cari hadiah terus kiteorg melilau cari hadiah dekat sekitar JJ, lawa kannnnn wrapper tu? harap pengantin tak buang dia HAHAHAHAHAHAH ;p hadiah biasa biasa jeeeeeeeeee. UWUWUWUW

sempat singgah cup-a-bon untuk beli oreo pearl ice blended. risau nanti kehausan boleh kita minum dia. SEDAPPPP tak macam coolblog dekat selayang mall. tak sukaaa ! kedekut gula nama dia HUWHHAHA

ingat lagi entry saya dah beli macarons? sempat lah aku redeem dekat KTM Subang Jaya pada owner dia. terima kasih puan Nomie, sabar menunggu kami dari pukul 3 tak muncul2 huwhaha T_______T

sebahagian hasil dibawa dari selangor ke melaka T_____T


eh ada lagi part ke 2 TUNGGUUUUUUUUUUUU tau *pengsan* ;0)

kbai.

Sabtu, April 30, 2011

Air Buah Gelas Besar : Sg Besar ( UPDATE gambar ! )

Selamat petang,


Fresh Orange Lychee ! walaupun lychee dia macam kusam sikit, still sedap kahkahkah
Saya baru je lepas meng-kuruskan lemak di restoran yang agak menarik bila awak lalu depan dia kerana nama restoran dia pun membuatkan kite yang kehausan akan semacam jadi eksaited gegilaaaa nak pergi teguk air dalam gelas tu. 1liter okeh. Cuba awak bayangkan minum air buah sebanyak satu botol mineral besar.

nasi goreng belacan , ayam masak manis, telur carik carik : sorry to say, dalam gambar ini nampak mewah, tapi bila dapat mak aihhhh ini je ke? pfft T________T

apak kata : bagus !

eh gambaq baru edit ka apa? LOL

suka sangat gelas depa ini. rasa nak cari utk emak sebab emak pun sama sama suka weeewit ;p
Kebetulan kalau siapa tak pernah tinggal kawasan mcm UNISEL , atau Sg Besar atau Kuala Selangor, awak kene tahu kawasan ini agak panas TERIK. Saya kan alumni UNISEL saya tahu lahhhhh *emosi* huwhaha :p jadi dalam keadaan panas panas , tekak haus, nampak pulak restoran seOHSEM ini mesti rasa macam nak pergi order dua kan? Macamtu lah saya tadi. Tapi saya share la dengan kakak. Nak teguk sesorg tu memang takleh laaa. Kang meletup perut kang.

KAHKAHKAH
Oh boleh set alamat ini dekat GPS :
13B, Tkt Bawah, Jln Gemilang 1, Tmn Gemilang,, 45300 Sungai Besar, Malaysia
KBAI
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !