Tampilkan postingan dengan label family. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label family. Tampilkan semua postingan

Minggu, Mei 15, 2011

#1 : Hari gadis keluar

Selamat malam,

sejak bekerja ini, senang kalau kita mengidam nak makan ayam penyet je terus boleh set tarikh bila boleh makan dia, dekat mana boleh kita makan dia , sambil nak melunaskan makan ayam penyet, kita nak pergi mana pulak ? takkan pergi wangsa walk semata mata untuk ayam penyet KANNN ! sebenarnya tak lah, pergi wangsa walk nak tengok kongsi. EH TAK PUAS KE TENGOK haritu? jawapan dia adalah tak T_______T

hai ayam penyet.

kiteorang tak jadi pun pergi tengok kongsi. sebab full der. sebenarnya haritu dah lah duduk depan , kepala sakit lepastu ada pulak shaheizy sam dalam satu panggung memang tak boleh tenang hati, KAHKAHKAH gedik gila kbai malas nak baca dah pasal shaheizy sam, tengok tu header pun siap ada gambaq dia tah pape lah belog ni. *okay SAYA MASIH ANGAU sebenarnyakthanks*


pergi songbox sebab songbox murah dari superstar. beza rm5 je pun tapi berbeza jugak lah boleh beli gula gula satu guni tahu? jadi pergi songbox sebab kongsi full. bila pergi songbox kau bayangkan lah keluar dari situ muka tegang tegang suara takda ! sebabnya penat berkaraoke ihiks ;))

kakak


adik

dua heroin rumah ini termasuk saya lah. kira ini hari keluar gadis LUNIA lah nama dia.


last sekali ternampak takoyaki dekat foodcourt dia, terus pergi serang. ternyata RM4 untuk 5 biji lebih sedap dari saya beli haritu dekat AU2 . alaaaaaaa teringin nak makan lagi la. ketagih pulak dengan octopus niiiiiiiiiiiii haih siapa sudi belikan untuk saya waktu lunch hari hari? *buat muka comel

okay dah, esok start puasa. TAHU TAK bulan ramadhan akan menjelma tidak lama lagi? anda sudah membayar hutang ke belum? Y___________Y

♥ kbai.

Senin, Mei 09, 2011

Kek Buttermarble fresh cream untuk emak.

Selamat hari emakkkkkk !

hari hari hari emak, hari hari hari apak, hari hari hari liyana lunia kehkehkeh tapi kan, kalau hari hari hari emak , saya sangat sedih sebagai anak tidak dapat membantu beliau memasak untuk makan malam, emak akan mengantung baju diluar rumah sebab saya bangun tidur lambat ( KALAU UZUR) lepas bangun terus tergopoh-gopoh pergi kerja ini semua sebab tidur lambat punya hal. tidur lambat bukan buat apa pun, pergi menghadap belog sahaja. macam lah belog ini boleh tolong haku kalau aku perlukan orang nak nangis, nak gelak, nak gaduh, nak peluk-peluk.

habis kalau lapar, emak yang masak bukannya belog T_____T


oleh sebab itu, untuk 8mei semalam saya dan kakak melakukan sesuatu yang membuatkan saya membuta selama 2 jam sebab penat gegilaaaaaaaa ! satu hari itu saya pegang belog selama dua tiga minit sahaja, waktu lain hanya bersama keluarga dan emak ;)) best !

apa aktiviti saya semalam? EMAK KEJUT PUKUL 8 SIAP PESAN 'APAK KAU SURUH BASUH KERETA' stresssssssssss ! asal lah sammy takleh mandi sendiri T______T lepas vakuum habuk dekat dalam badan sammy, pergi mop rumah kejap , pukul 9 sambung mandikan sammy masa tu panas terik. TAPIKANNNNN untung lah badan tak berbau, aku mandi pukul 2 kot kihkih

lepas mandikan sammy, pergi buat cake untuk hari emak. HARI EMAK, KEK UNTUK EMAK tapi apak yang rekues nak kek butter .akhirnya bukan sahaja jadi malah lebih sedap pulak dari sekret resipi ;p

walaupun dekorasi dia agak menakutkan (taknak cakap hodoh, hepp belasah mulut tu) tapi bila dah siap potong dia, bila tengok lapisan fresh cream terus rasa macam BANGGANYA buat cake siap dekorasi untuk hari emak ini !
bahan bahan cake :
  • 1 biji butter (250gm)
  • 250 gm gula kastor
  • 1 sudu vanilla essense
  • 4 biji telor
  • 275gm tepung naik sendiri.



ini sahaja bahan bahan dia. mudah ! senang. semudah abc ;p


untuk kaler coklat :
ambil sedikit adunan asal, letak dalam mangkuk kosong. dan adunan dalam mngkuk tu campurkan susu cair 1 cawan + serbuk koko + milo + coklat emulco . kalau takda coklat emulco tu, saya guna susu dutch lady + milo+ serbuk koko je HUWHAHA ;p

cara dia, gaulkan butter dengan gula sehingga sebati. masukkan vanilla essense dan 4 biji telor. kemudian dengan lemah lembut, masukkan tepung sikit-sikit. kene masukkan sikit kemudian gaul sebati, masukk lagi sikit baru gaul lagi. jangan masuk tepung semua dalam adunan dikhuatiri bantat. TAHU BANTAT TU APA? nanti kalau aku tahu, aku terangkan huwhaha T_T masukkan dalam dulang pembakar !

set oven selama 20minit. bakar dalam suhu 170* ;))

ini lah fresh cream ( HAKU PANGGIL DIA BEGITU ) cake saya kan color cekelat, kekonon buat marble la tu. pastu pukul fresh cream kat atas ni sampai kembang bila dah kembang sapukan atas kek. lepas tu guna lebihan cream tu, letak pewarna dan hias sesuka hati. - nak pastikan dia cukup kembang bila kau terbalikkan mangkuk, dia melekat tak turun2 dah ;p

hari ini hari paling ngamhooo ;p terima kasih shaheizy sam. hikssss

♥ kbai.

Senin, Mei 02, 2011

Resepi Pancake senang , mudah dan sedap.

Selamat malam,

hari pekerja adalah hari berehat katanya, selaku blogger sambilan saya pun ambil juga masa cuti untuk menghadap dunia realiti. sebenarnya dah lama sesangat saya mengidam sesuatu yang boleh dimakan dengan madu dan butter. sesuatu yang bermain-main didalam peti televisyen seakan menari-nari menyuruh saya membaham dia tapi nasib lah aku ini kedekut orangnya, saya rela pergi google resipi dari membeli dengan harga berapa entah. NAMPAK TAK harga dia pun saya tak tahu LOL

resepi pancake yang senang, mudah dan dijamin sedap ! *dari mulut emak ketelinga pemangsa yang sangap ;p
bahan bahan dia :
  • 6 sudu tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu susu pekat dan dicampurkan dengan satu cawan air panas
  • 1 sudu marjerin
  • 1 sudu garam T______T *lupa nak letak garam tadi*
cara yang paling senang dalam alam semesta.
satukan semua bahan , kacau acuan tersebut. jangan terlalu pekat, dan terlalu cair. agak agak lah !
panaskan kuali leper lepas tu terus sapu sedikit minyak dan masukkan menggunakan senduk, ratakan dia dan biar seketika. agak agak macam dah berubah permukaan dia tu terus terbalikkan. dah masak terus angkat dia. makan lah sepuas hati anda !



tapi jangan gelakkkk ! emak cakap itu bukan pancake tapi lempeng. serius malu skrg sepatutnya resipi lempeng senang, mudah dan sedappp T________T tapi apa adahal, ini pertama kali buat tetap nak panggil dia pancake tak kisah lah lempeng ke lempang keee, rasa dia sangat sedapppp ! jadi tak adahal lah kalau buruk , ada macam bentuk roti canai ke apa, HAHAHAA emak cakap kene tebalkan lagi sebenarnya. HAHAHA *pengsan*

b, nanti breakfast i buatkan ini hari hari untuk u tauuuu. hihiks *gedik*

♥ kbai.

Rabu, April 13, 2011

Hari Memanjakan Diri Sendiri dengan #milkadeal & Pak Li Kopitiam :D

Selamat pagi,

ahad lepas adalah hari memanjakan diri sendiri. selalunya hari ahad duduk rumah fikir hendak masak apa tapi sejak ada milkadeal ni, seronok betul bila dapat beli sesuatu dengan harga diskaun sampai 85% tahu tak?



sambungan untuk entry pertama kali ke Zense Face & Body Treatment, ini pertama kali insan inesen yang jarang keluar rumah sebab takda life lah dekat luar dekat dalam rumah lagi selamat duit aku kalau tak mengalir lah dia macam air mata tetapi engkau ingat duduk dekat rumah aku makin kaya? sama juga mengalir, entah macam mana mengalir pun tak tahu.


bulan lepas, terpikat dengan tawaran dari milkadeal tentang pakej urutan badan dan muka di Zense Face & Body Treatment sebab harga asal dia RM395 tetapi dengan milkadeal aku dapat harga RM58 je. mula mula nak beli sempena anniversary emak dengan apak bulan lepas tapi bila fikir fikir, mari lah membeli untuk diri sendiri. jadi terhasil lah bulan memanjakan diri T___T

ENJOY TAK? memang enjoy, memang fun gilaaa. paling suka bila pakai mask berbau rose. terasa seperti diawang-awangan. baru tahu kenapa orang pakai mask lepastu tidur sampai 15min baru tahu kenapa LOL tapi paling tak fun bila kene korek blackhead T______T dia kata muka saya okay, tapi ada banyak blackhead *sedih* jadi dia korek korek blackhead aku sambil tu mata dah letak tisu basah jadi air mata selari lah dengan tisu basah =.=!


massage pulak paling mentakutkan, sebab saya ini penggeli sikit engkau pegang tapak kaki mesti kene terajang punya tapi entah kenapa hari itu boleh kawal diri HWAHHAHA bila dapat kawal diri, terasa enjoy dia sampai tak sedar dieorg buat kuat kuat sampai lebam badan aku semalam baru baik tauu terus TAK FUN DAHH T__________________T

pengalaman dibelai dalam masa dua jam setengah adalah ENAK sekali, tapi kalau boleh kene teruskan apa semua maybe next time bila nak kahwin baru aku buat semua tu, sekarang ini macam terasa tak perlu lah kot HAHA

balik itu bukan terus ke Nenas Indah ( rumah saya letteww ) tapi singgah kejap Shah Alam Seksyen 7 untuk ambil sesuatu yang saya BELI dari milkadeal juga, iaitu 12 Cupcakes + 10 Cream Puffs + 7 Cheese Tarts from Irenebakelove Online Bakery nampak tak ada berapa total semua tu? tahu tak harga asal dia rm56 tapi saya purchase dengan harga RM25 jeeeeeeeee ada diskaunn 55% okayy!

beli itu untuk harijadi emak tapi yang banyak makan adalah aku T_T
korang tak terpikat ke dengan tawaran di milkadeal? T________T



sebelum balik, singgah sekejap dekat Pak Li Kopitiam sebab abang aku sangat http://www.blogger.com/img/blank.gifsangat eksaited nak makan dekat sana, dia sukaaa gila sampai aku pun pelik apa yang sedap sangat tah makanan dia. nak pilih menu pun tak reti last last saya dengan kakak pilih black pepper chicken chop with rice RM9.90 jeeeeeeeeeee ! while abang dengan kakak ipar pilih menu paling digilai dalam pokskuek , nasi ayam lemon RM5.20 jeeeeeeee ! okay lah harga dia. chickeng chop dia pun besar gilaaaaaaaaaaaa kot. nak pengsan gak la aku makan T_T

tapi ramai student oi. malu i tauwww =.=!
♥ kbai.

Sabtu, April 02, 2011

Nasi Ayam Penyet , import khas dari rumah lunia.

Selamat petang,

sudahkan anda memasak untuk di makan tengahari tadi? kalau belum boleh lah menjeles dengan saya kerana kakak ipar saya telah memasakkan sesuatu yang saya amat amat inginkan selain nasi kerabu. KAHKAHKAH tak habis habis nasi kerabu engkau tapi takpa dah bosan makan nasi kerabu, hari ini kita tunjuk nasi ayam penyet pulak. BOLEH LAHHH T___________T

tempe , tauhu goreng dan begedil
macam tak sangka, impian jadi nyata bila kakak ipar cakap, 'hari ini kak fida masak nasi ayam penyet' masa itu boleh dikatakan mahu sahaja aku melompat setinggi langit, lepas masak macam tak sabar nak makan sangat, abang nampak sangat eksaited sampai suruh masukkan nasi dalam mangkuk kecil untuk hasilkan nasi omei bulat macam dekat kedai makan.

ada ulam ulam ( sayur kacang panjang, kobis dan lobak)
AKUUUUU juga yang buat nasi tu membulat sampai menjadi . tak jumpa mangkuk, aku pakai cawan jeeeeeeeeee, alhamdullilah syukur pd mu, perut pun sudah kenyang, mari lah kita berjoging petang karangggg.

zzzzzzzzzzzzZZZZZZZZzzzzzzzzzzz
  • dah boleh buka kedai dah ni. HA HA HA HA
♥ kbai.

Jumat, April 01, 2011

Nasi Kerabu Ayam berempah bikin ketagih.


Selamat pagi,

Bestnyaaaaa pagi pagi ini dapat makan nasi kerabu dekat gerai makcik sedappp tu tapi emak dah cakap nanti nak pegi pasar malam karang la beli.

Wuwuwwuuu tak sesabooo dah ni, nasi kerabu dia buat saya ketagih. Mana lah penah Nur Liyana Binti Ainul makan makanan pantai timur ni, dulu tak pandai kooo, nasi kerabu pun aku pandang sebelah mata je, sebab masa tu terasa aneh kenapa lah nasi kerabu ini berkaler biru. i tak sukaaaaaaaaaaa kaler biru sebenarnya tapi terpaksa suka sebab oneday kalau ada baby boy mesti ada pakaian biru. eh kenapa kalau baby boy = biru? isk tak shiol lahhh T_________T

takpa, nanti ada baby boy, mama belikan u baju kaler fefel okay sayanggggg !

kbai :DD
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kamis, Maret 24, 2011

Selayang Mall Sate Haji Samuri - aktiviti menghabiskan duit emak dan apak.

Selamat malam.

tiga hari tak update belog rasa macam sesuatu yang tidak betul lah. manakan tidak , selalu menghadap belog mana ada benda lain nak menghadap lagi tapi sabtu dan ahad lepas baru tersedar aktiviti menghadap belog adalah tak best ! lagi best aku pergi melayan movie sambil membebel ditwitter. best gila bebel dekat twitter, macam makan char kuew teow ! (tiba tiba termengidam, sebab dah lama tak makan dia :(

hai nama saya ensem :"))
ahad pula aktiviti menghabiskan duit emak, sebab duit sendiri sudah habis kita buat lah pinjaman kalau berkenan. bulan depan gaji jangan lupa bayar balik jangan buat tak tahu sahaja ! nak kene tepuk dahi sila buat tak tahu sahaja. aktivit menghabiskan duit emak dilakukan di selayang mall. best apa pergi selayang mall, ada famous amos, ada famous amos, ada famous amos ! kira kalau nak dating sana boleh sangat sangat sebab ada famous amos T___T

handbag dia WOOO, carlo rino WOWOWOWOOW.
ehem, apa kau beli weh liyana. ! ehem, ada lah benda penting yang tak perlu dibagitahu pada anda, harga tak mahal sangat boleh dapat dua pulak tu. belum pakai lagi sebab baru basuh dia HAHAHAHAHAHAHA apasal tah aku rasa nak gelak bila cakap pasal benda yang aku beli tu. malu*
sebenarnya, bukan sahaja duit emak dihabiskan, malah aktiviti menghabiskan duit bapak juga perlu dijalankan kalau keluar beramai ramai. sebenarnya juga tak ada lah habis sangat sebab apak mengidam makan sate, sedangkan haku mengidam ice room, mengidam durian tempura walaupun sikit tapi mahal dia tetap sedappp ! tapi kalau hari hari makan boleh botak kapla.

last last pergi lah kami ke haji samuri sate kajang dekat selayang mall tu. boleh kira lah berapa kali je makan dekat sate kajang ke sate haji samuri ke apa sebab bagi aku sedap lagi sate biasa biasa tepi kedai mamak depan T.C permata tu sudah lah mamak tu masak sedapp, sate tepi kedai dia pun sedap tapi what to do, org nak belanja der !

bagi saya, sate dia sedap ! kuah kacang dia manis kalau engkau tak pandai satukan sambal dia dengan cermat (macam haku lah, lepas tu menyesal bila balik cilok sikit sate utk abang and kakak ipar, kuah kacang dia sgt sedapp !) ketupat dah lah kecil mahal pulak tu. keras pulak tu KAHKAHKAH and paling tak boleh tahan engkau order dengan pelayan tapi engkau pergi angkat sendiri kuah sate tuu dengan mangkuk mangkuk dia. mahu tisu pun pergi ambil lah dekat kaunter. memang macam tu ke style kedai sate eh? aku baru tahu T_T maklumlah saya makan sate tepi kedai mamak je !

pelayan ramai tapi kenapa aku juga yang kene angkat kuah sate tuuuuuuuuuuuuuu *emosi*

dan aku lah yang abiskan semua sate yang ada. NAMPAK TAK MUKA saya macam HANTU SATE ? teringat sundel bolong tiba2 T___________T

//buat autopost, takut kat rumah tak ada internet *stress*

♥ kbai.

Kamis, Februari 17, 2011

Resipi Bread Pudding With Vanilla Sauce.

Selamat pagi.

ingat lagi tak entry puding roti sedap gila yang aku cakap tak pernah rasa puding roti sesedap ini . INGAT TAK? kalau tak ingat pergi baca balik (PAKSA) ;p breadpuding dalam entry tu kakak sedara i yang buat. dia bagi pun masa tu satu tupperware mana lah cukuo untuk 7 perut dalam rumah lagi lagi perut besar haku mana cukup.

dua minggu lepas tak tahan mengidam breadpudding tu, haku terus inbox dekat fb dia minta resipi (T_T) nasib baik kakak sedara aku comel gila dan sanggup berkongsi resipi dengan adik manis macam saya dan dan dan pertama kali saya buat adalah silap sukat, bila silap sukat gula, dan puding terhangus terus menangis tak mahu tunjuk dekat belog. terus giveup dah lah petang tu kakak sedara dengan emak dia datang rumah, memang kiteorang sorokkan puding tu sbb malu (T_T)

tapi kali kedua buat, pun dah lama bulan january haritu buat baru hari ini nak tunjuk sabar lah anda semua T_T

Resipi Bread Pudding With Vanilla Sauce.

sos puding .
  • 1 cawan susu sejat
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1 sudu tepung kastard
  • 1½ sudu gula pasir
*campurkan semua bahan dalam periuk dan panaskan menggunakan api paling kecil, tambah air kalau kering.

roti puding
  • 10 keping roti gardenia
  • 4 biji telur *
  • 1 cawan gula pasir *
  • 1 sudu esen vanilla *
  • 500g susu UHT fresh milk *
  • whipping cream (ikut rasa) *
panaskan oven 160° . bahan bahan bertanda * perlu dibancuh terlebih dahulu di mangkuk yang lain, manakala 10keping roti yang di sapu marjerin perlu di potong 4 segi dan disusun di atas loyang yang telah disapu marjerin . selepas susun roti roti tersebut baru lah curahkan bancuhan tadi dan dibiarkan 15minit bagi dia kembang dan sebati dan bersatu . kemudian bakar dalam masa 30minit

okay ada kakak tanya : apa benda coklat coklat atas ni padahal dalam bahan bahan dekat atas takda? itu maknanya yiying nak jadi very the creative, ku hias dengan hirisan coklat masakan, tapi end up jd manis gilaaaaaa dh lah roti manis :( kau letak hirisan coklat and kau bakar pulak T________T

and ada juga adik manis tanya : kalau tak ada sos boleh tak? jawapan dia adalah boleh ! haha sbb sos tu kononnya mcm penyeri lh tapi roti tu dah cukup manis untuk kau makan dah so tak perlu sos vanilla pun tak apa ;))

♥ kbai.

Kamis, Januari 06, 2011

Makan² dekat Rumah Thai Taman Melati.

Selamat petang.

hari itu, entah bila tak berapa ingat yang pasti hari selasa saya rasa, saya dan kakak membawa eh salah ayat tu sepatutnya saya dan kakak dibawa oleh emak dan bapak ke sebuah kedai makan bernama Rumah Thai diarea taman melati macam tu lah haku malas nak ambil port dekat mana yang penting perut terisi dan muka ada suka.

oleh kerana tidak sampai hati melihat emak terbongkok bongkok didapur, kakak dengan happynya mengajak makan diluar, itu lah sebab nya kami makan diluar, padahal sahaja nak mengabiskan duit kakak aku. HAHA suka haku sekarang bila dah kerjaya ini senang nak habiskan duit sendiri tanpa fikir membebankan emak. kira aku bebankan diri sendiri lah kan bagus macam ini punya anak (tiba tiba puji diri sendiri T_T)

menu pertama yang sampai adalah puding mangga. eh bukan puding heh, sebenarnya dia adalah pulut mangga, baru first time makan ni, serius eksaited nak tahu sangat apa keistimewaan puding / pulut mangga ini. bila rasa sahaja, saya kata pada diri, puding / pulut mangga tidak boleh challenge pulut durian. DEMM AH SEDAP GILA PULUT DURIAN :((

kedua, adalah air bandung. HEH banyak banyak air , aku pilih bandung lepas tu bila makan pulut + santan + susu jadi loyar tekak sikit. sangat tidak pandai memilih air T_T kakak aku pilih air epal + limau nipis kot + asam boi sangat lah nangis* sampai aku pandang air dia je takmau pandang bandung cincau tapi terpaksa. terpaksa minum juga. UWUWUUWUW

butterprawn. kemain keriuk keriuk dia ni, memenuhi sepinggan udang, sampai aku rasa udang dia adalah dalam beberapa ekor, keriuk keriuk dia telah mengaburi mata aku. oh lupa masa ini kita pilih set sebenarnya. ini set dua orang makan. dalam rm42 macam tu

tomyam campur, kemain kau sedap gila tomyam dia bila belek belek tak ada isi sangat rasa macam nak meletup. uwuwuwuw rindu tomyam dekat UNISEL sedap sangat sebelum abang hensem berhenti berniaga dan pindah ke batang berjuntai. wuwuwuwuw rindu abang hensem (tiba tiba)

sayur brokoli rebus ke apatah. TAK SUKA BROKOLI. next

ayam pandan. empat ketul untuk empat orang. okay lah dapat seketul pun nasib baik kalau tak aku yang kene abiskan dan bagi saya, ehem saya tak berapa suka HAHAHA ok nxt

udang petai kot? ini lauk tambahan. sedap ah . udang ni lagi juicy dari butterprawn dia. butterprawn dia semacam kering. tak berapa sedap.

ikan kerapu masam manis. ini lauk tambahan. ingatkan tak cukup lah rupanya cukup sangat malah terlebih lebih pulak. lepas ni kalau makan disini lagi mahu makan puding sagu. tapi kalau engkau makan puding sagu dia mana lah cukup satu cup mcm tu baik buat sendiri tapi bila fikir fikir buat sendiri macam menangis gila sebab susah weh nak buat puding sagu, terus rasa takpa beli dua cup terus (saja nak kasi kau ornag tak ada semangat dengan sagu puding) okthnxbai



eh lupa dua orang penting. eh apa pulak dua? tiga orang lah HAHA T__________T

so set Rm42 + Ikan kerapu + Air + Udang petai + Pulut mangga = Rm120+ tak silap,

RUMAH THAI Amaxing Thai Flambae

♥ okaithnxbai.

Kamis, November 18, 2010

Resipi emak : Ayam Pedas Sarawak Lunia.

Selamat tengahari.


hari ini, rasa macam nak share resipi ayam sarawal, kegemaran keluarga saya pulak secara tiba tiba. sebenarnya bila kita letak resipi dekat belog, nescaya jika anda mengalami masalah selepas hilang ingatan dan terbuka liyanaa dot com terus teringat pernah buat resipi ayam sarawak, kegemaran keluarga rupanya.

jadi, mari kita belajar macam mana nak buat ayam sarawak yang senang ini. serius saya cakap senang sebab saya suka cili padi. grr lagi pedas lagi sedap lepas tu sakit perut tak boleh berak (T_T) eh tak nak cakap pasal sakit perut sebab tengah sakit perut sekarang ini jadi kita teruskan segmen masak masak bersama liyana lunia.

bahan bahan (4orang makan).

1. 8 ketul Ayam.
2. 2 ulas bawang merah / 3 ulas bawang putih.
3. 2 batang serai (dihiris bulat).
4. satu hirisan halia (agak agak)
5. 20biji cili padi (ini ikut suka, saya suka pedas, saya letak 20biji)
6. Kicap manis.


Cara-cara.
1. gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. GORENGKAN, dan tos ke tepi.
2. Blend ; Bawang merah/bawangputih/ 2batangserai yang dihiris bulatdannipis /halia dan 20biji cili padi.
3. tumis bahan blend, dah masukkan 2 batang serai lagi yang dititik (oi, tahu tak titik cemane? tumbuk bontot serai tu separuh penyek HAHA)
4. agak agak dah kering, dah bertukar warna ke cekelat cerah camtu, terus masukkan kicap.
5. kicap ini suka hati nak banyak mana.
6. masukkan ayam yang dah siap di goreng, gaul rata dengan sambal sarawak tu.
7. siap di makan. NYUMMY

ayam sarawak ni, waktu gaul dengan kunyit and garamawak jangan letak banyak sangat garam sebab kita campur dengan kicap sekali takut masin, karang ada kene darah tinggi habis hidup saya T__________T

resipi ini, emak saya dapat dari kenalan dia. nak tukar nama tapi tak ada idea, jadi hentam panggil sarawak juga. HAHA selalu, keluarga saya makan dengan nasi putih, atau nasi minyak . makan dengan roti pun sedap. ayam sarawak cara saya adalah sangat pedas, dan sedap sebab bau serai, saya suka sangat bau serai. nyummy

sekarang dah lapar

♥ okai bai.

Rabu, November 17, 2010

juadah #aidiladha ; rendang ayam .

Selamat malam,

har har har (tiba tiba gelak cara hamzah ian) ini malam, kita nak post gambar makanan boleh? har har har , ini lah dia, rendang ayam yang kakak ipaq saya masak.

selama ini rasa air tangan mamyy, today dpt la rasa rendang ayam dari kedah. nyummy segala jenis masakan berasaskan ayam adalah sedap kecuali tonggek ayam, heh orang panggil bontot ayam tonggek kan? ke togel? grr tak reti saya bahasa weird ni .

rinduuuu lah nak makan rendang daging cili padi, sy panggil rendang hijau, dahh lahh ;( asyik cakap rendangg, nak teriaq dah ni wuuu

♥ okai bai.
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !