Tampilkan postingan dengan label resipi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label resipi. Tampilkan semua postingan

Sabtu, Juli 19, 2014

Resipi biskut arab gebu .

Assalamualaikum ,

 so sempena hari ke 21 ramadhan pasti lah emak-emak kita mula bising mengapa anak dara mereka tidak start membakar kuih raya lagi termasuk lah emak saya. Semalam lagi dia dah jeling-jeling saya sebab saya tak buat kuih raya saya sedih terus saya bangun pagi tadi menghadap gula kastor, tepung gandum, minyak sapi dan bahan-bahan sampingan yang lain.

Teringat tahun lepas ke rumah cousin dan dihidangkan dengan biskut arab cute miut cair dimulut ini terus hantar sistem pesanan ringkas (SMS) dan minta resipi keenakkan biskut arab cute miut ini. Sebenarnya resipi dah dapat minggu lepas tapi kerana malas dan emak pun sudah mula menjeling maka hari ini saya pun terus membakarnya.


Bila google, banyak betul nama dia ni. ada biskut arab lah biskut suji lah biskut makmur lah entah apa-apa lagi entah nama dia. tapi saya suka biskut arab yang tak payah salut tepung atau gula, terus bakar masuk dalam balang kuih raya tak payah guling-guling dalam gula atau cat bagi colorfull nampak tak menarik langsung. better color camni, cute dan miut HAHAHAHAHA :')

Sebenarnya ada juga google resipi dan rupa biskut arab ini, nampak lah pelbagai bentuk dan hiasan tetapi tak menarik seperti biskut arab yang gebu ini. jadi tiada harapan lah nak cat colorfull atau letak cherry on top . saya lebih tergoda dengan kegebuan dia berwarna kuning-kuning masuk mulut terus cair T________T



Jadi sebelum resipi biskut arab yang saya save dalam SMS itu hilang angkara handphone rosak atau terpaksa diformat maka marilah saya tempek resipi biskut arab supaya dapat lah saya bakar biskut arab ini pada tahun hadapan :')

Biskut Arab 

  • 1 cwn gula halus 
  • 3 cwn tpg gndm 
  • 1 biji merah tlur 
  • 1 sudu kcil baking pwder 
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • 200gm @ 1/2 tin mnyk sapi ( tin sdrhana bsar ) 


Cara2 nya...

  1. Gula, tepung, merah tlur, baking pwder, esen vanila d gaul dgn mnyk sapi hngga sbati. 
  2. Next....terap & msukkn dlm oven. 
  3. Siap....slamt nmcba...;-)


Boleh tak terus salin dari handphone tak edit apa pun boleh tak? HAHAHAHA jadi resipi diatas ini saya buat satu adunan jadi saya ikut jumlah adunan itu kalau nak buat berbekas-bekas pandai-pandai lah awak gandakan bahan-bahan itu :')






Sabtu, Desember 15, 2012

Spaghetti Bolognesse ala melayu

Orang melayu memang suka makan pedas-pedas lagi pula orang melayu berdarah negeri sembilan mengalir dalam diri dia, kalau tidak ada cili padi sikit memang tak lalu makan. Spaghetti bolognesse kita ni macam biasa je, guna kimball dengan san remo angelhair tauuu YEEEEE, SAYA SUKA PASTA BERCIRIKAN HALUS SEPERTI ANGELHAIR, SENANG NAK MASUK DALAM MULUT BANYAK BANYAK wkwkwkckckckc



Jadi , dua bahan penting didalam gambar diatas kene ada. Yiying dan keluarga sememangnya pengguna bahan diatas.


  • 2 biji bawang besar dipotong dadu

  • 500 gram daging lembu cincang

  • 500 gram spaghetti

  • 2 sudu lada hitam ditumbuk halus

  • 1 sudu besar susu pekat

  • 10 biji cili padi dihiris halus



Cara-cara memasak spaghetti bolognesse ala melayu

Spaghetti


  • Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam.

  • Bila air mendidih baru masukkan spaghetti.

  • Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat.

  • Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.



Sos spaghetti


  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau.

  • Masukkan daging cincang dan goreng hingga keperangan, cerai-ceraikan daging cincang tu supaya menjadi ketulan yang lebih kecil

  • Kemudian boleh masukkan sos spaghetti kimball

  • Gaul-gaul sehingga ia mendidih, jangan lupa masukkan lada hitam, susu pekat dan garam.



Hidangkan , jangan lupa pula cili padi yang dah dihiris. bila tabur cili padi, terus lupa letak cheese. KAHKAHKAH kasihan perut -.-"

image

image

Ini nama dia sotong. sotong dari hotdog, bentuk dia agak mengerikan tapi sedap ! potong 3 je hodog awak lepas tu hiris pada 4 bahagian, nak lagi power, buat sampai 8 bahagian miahahahaha

xoxo, L

Senin, Mei 02, 2011

Resepi Pancake senang , mudah dan sedap.

Selamat malam,

hari pekerja adalah hari berehat katanya, selaku blogger sambilan saya pun ambil juga masa cuti untuk menghadap dunia realiti. sebenarnya dah lama sesangat saya mengidam sesuatu yang boleh dimakan dengan madu dan butter. sesuatu yang bermain-main didalam peti televisyen seakan menari-nari menyuruh saya membaham dia tapi nasib lah aku ini kedekut orangnya, saya rela pergi google resipi dari membeli dengan harga berapa entah. NAMPAK TAK harga dia pun saya tak tahu LOL

resepi pancake yang senang, mudah dan dijamin sedap ! *dari mulut emak ketelinga pemangsa yang sangap ;p
bahan bahan dia :
  • 6 sudu tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu susu pekat dan dicampurkan dengan satu cawan air panas
  • 1 sudu marjerin
  • 1 sudu garam T______T *lupa nak letak garam tadi*
cara yang paling senang dalam alam semesta.
satukan semua bahan , kacau acuan tersebut. jangan terlalu pekat, dan terlalu cair. agak agak lah !
panaskan kuali leper lepas tu terus sapu sedikit minyak dan masukkan menggunakan senduk, ratakan dia dan biar seketika. agak agak macam dah berubah permukaan dia tu terus terbalikkan. dah masak terus angkat dia. makan lah sepuas hati anda !



tapi jangan gelakkkk ! emak cakap itu bukan pancake tapi lempeng. serius malu skrg sepatutnya resipi lempeng senang, mudah dan sedappp T________T tapi apa adahal, ini pertama kali buat tetap nak panggil dia pancake tak kisah lah lempeng ke lempang keee, rasa dia sangat sedapppp ! jadi tak adahal lah kalau buruk , ada macam bentuk roti canai ke apa, HAHAHAA emak cakap kene tebalkan lagi sebenarnya. HAHAHA *pengsan*

b, nanti breakfast i buatkan ini hari hari untuk u tauuuu. hihiks *gedik*

kbai.

Minggu, April 17, 2011

Boleh cashout churp churp akhirnyaa T___T

Selamat petang.

akhirnyaaaaaaaaaaaaa, register churp churp tahun 2009 lepas malas nak layan dia sebabnya kene buat ayat mengikut keywords yang dh diberi saya kalau bab bab mencipta ayat adalah mengerikan sikit sebab aku malas sikit nak buat ayat HAHAHAHA tapi alhamdullilah tahun ini 2011 dah boleh cashout dahhhhh.



akhirnyaaaaaaaaaaaaa, 2011 baru aku dapat cecah RM100 minima cashout dia . kalau nuffnang or says.my , RM50 tapi churp churp ini manja sikit, dia nak lebih seratus tahu tak? skrg ni, ambik lah akuu ! tahun 2009 register churp churp, tahun 2011 baru boleh cashout. SEBAB DIA ADALAH malas reka ayat untuk schedule tweeeeeeeeeeeeet HAHAHAHA tapi sekarang dah senang, kita just promote campaign ( social sharing ) jeee. kalau malas nak schedule, aku abaikan jeeee walaupun sekali satu tweet dari schedue tweets tu boleh cecah rm5 T______T

kan saya dah cakap hidup zaman ini kene pandai cari duit, kalau setakat duduk duduk dekat facebook dengan twitter sebab takda blog tapi tak dapat duit senang macam ni memang tak OHSEM ahhhhh ! saya cabar awak skrg, signup churp churp, dua bulan nanti engkau boleh dah dapat duit free caniii. tapi kene lahhhhhh kita sama sama rajin promote promote campaign yang diberi tapi jangan spam sampai kawan kau 'annoying yo sayoo' ! kau buat ayat yang enak enak untuk bagi info dekat kawan kau .
nak beli hosting lah guna duit cecupcup eh tapi nak simpan dulu kasi dia 1k lah baru cashout lepastu beli hosting pun tunggu 1k lah KAHKAHKAH ! memori belog didelete dengan sengaja adalah mengerikan UWUWU !

kbai.

Sabtu, April 02, 2011

Nasi Ayam Penyet , import khas dari rumah lunia.

Selamat petang,

sudahkan anda memasak untuk di makan tengahari tadi? kalau belum boleh lah menjeles dengan saya kerana kakak ipar saya telah memasakkan sesuatu yang saya amat amat inginkan selain nasi kerabu. KAHKAHKAH tak habis habis nasi kerabu engkau tapi takpa dah bosan makan nasi kerabu, hari ini kita tunjuk nasi ayam penyet pulak. BOLEH LAHHH T___________T

tempe , tauhu goreng dan begedil
macam tak sangka, impian jadi nyata bila kakak ipar cakap, 'hari ini kak fida masak nasi ayam penyet' masa itu boleh dikatakan mahu sahaja aku melompat setinggi langit, lepas masak macam tak sabar nak makan sangat, abang nampak sangat eksaited sampai suruh masukkan nasi dalam mangkuk kecil untuk hasilkan nasi omei bulat macam dekat kedai makan.

ada ulam ulam ( sayur kacang panjang, kobis dan lobak)
AKUUUUU juga yang buat nasi tu membulat sampai menjadi . tak jumpa mangkuk, aku pakai cawan jeeeeeeeeee, alhamdullilah syukur pd mu, perut pun sudah kenyang, mari lah kita berjoging petang karangggg.

zzzzzzzzzzzzZZZZZZZZzzzzzzzzzzz
  • dah boleh buka kedai dah ni. HA HA HA HA
kbai.

Sabtu, Maret 26, 2011

Pizza roti sardine with loveeeee !

Selamat pagi,

Haiiiii. Skrg kita tengah cuba buat resipi baru tauuu ! Resipi ini dengan sardingg =") mula mula nak buat sandwich je tiba tiba mereka ini ganas nak makan pizza sebab ada cheesee.

Jadi kita layankan ajoo ! Eh eh ini cubaan update guna  (BB) since handphone sy dah tak detect wifi dkt rumah ni #ohdem !
Kbaiiiii :D
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, Maret 22, 2011

Strawverry jam with biskut kering LOL

Selamat petang.

hai, nama saya liyana. hari ini saya tiba tiba teringat ada biskut kosong dekat ofis. biskut kosong makan dengan strawberry jammed pun sedap. jadi, saya pun pergi cari jam stoberi dekat seven E. sambil cari jem, kita cari pekerja lelaki dia yang ensem tu tapi malangnya dia tiada pulak. hajat nak cuci mata tak kesampaian T__T

jangan lupa air kene ada, manis gila doh grr *pening*
balik ofis, makan dulu nasi lemak ! ye nasi lemak pepagi wey dah abang haku beli kan siap ada peha ayam masak merah kalau kau tak makan memang saja cari pasal lah dengan abang haku. jadi jem stoberi tu kita sumbat dulu dalam frigde. UNTUNG kan tempat kerja ada fridge, masa beli cheese nak buat oreo cheese cake hari tu pun siap simpan awal awal cheese dalam fridge tu. sebabnya haku cari cheese waktu lunch . baca je lah apa aku nak cakap ni. marah kang !
HWHAHAH

sedap gak la makan dia dengan jem stoberi

boring gilaaaaaaaaaaaa entry awak sekarang ! haah betul lah rasa macam dah boring dah entry awak boring boring ahh kalau dah boring kita tuka kepada BOSAN pulak HAHAHHAHAA

kbai.

Kamis, Februari 17, 2011

Resipi Bread Pudding With Vanilla Sauce.

Selamat pagi.

ingat lagi tak entry puding roti sedap gila yang aku cakap tak pernah rasa puding roti sesedap ini . INGAT TAK? kalau tak ingat pergi baca balik (PAKSA) ;p breadpuding dalam entry tu kakak sedara i yang buat. dia bagi pun masa tu satu tupperware mana lah cukuo untuk 7 perut dalam rumah lagi lagi perut besar haku mana cukup.

dua minggu lepas tak tahan mengidam breadpudding tu, haku terus inbox dekat fb dia minta resipi (T_T) nasib baik kakak sedara aku comel gila dan sanggup berkongsi resipi dengan adik manis macam saya dan dan dan pertama kali saya buat adalah silap sukat, bila silap sukat gula, dan puding terhangus terus menangis tak mahu tunjuk dekat belog. terus giveup dah lah petang tu kakak sedara dengan emak dia datang rumah, memang kiteorang sorokkan puding tu sbb malu (T_T)

tapi kali kedua buat, pun dah lama bulan january haritu buat baru hari ini nak tunjuk sabar lah anda semua T_T

Resipi Bread Pudding With Vanilla Sauce.

sos puding .
  • 1 cawan susu sejat
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1 sudu tepung kastard
  • 1½ sudu gula pasir
*campurkan semua bahan dalam periuk dan panaskan menggunakan api paling kecil, tambah air kalau kering.

roti puding
  • 10 keping roti gardenia
  • 4 biji telur *
  • 1 cawan gula pasir *
  • 1 sudu esen vanilla *
  • 500g susu UHT fresh milk *
  • whipping cream (ikut rasa) *
panaskan oven 160° . bahan bahan bertanda * perlu dibancuh terlebih dahulu di mangkuk yang lain, manakala 10keping roti yang di sapu marjerin perlu di potong 4 segi dan disusun di atas loyang yang telah disapu marjerin . selepas susun roti roti tersebut baru lah curahkan bancuhan tadi dan dibiarkan 15minit bagi dia kembang dan sebati dan bersatu . kemudian bakar dalam masa 30minit

okay ada kakak tanya : apa benda coklat coklat atas ni padahal dalam bahan bahan dekat atas takda? itu maknanya yiying nak jadi very the creative, ku hias dengan hirisan coklat masakan, tapi end up jd manis gilaaaaaa dh lah roti manis :( kau letak hirisan coklat and kau bakar pulak T________T

and ada juga adik manis tanya : kalau tak ada sos boleh tak? jawapan dia adalah boleh ! haha sbb sos tu kononnya mcm penyeri lh tapi roti tu dah cukup manis untuk kau makan dah so tak perlu sos vanilla pun tak apa ;))

kbai.

Senin, Januari 17, 2011

Resipi : Pizza roti Liyana Lunia simplicious

Selamat malam.

eh hai, dah lama belog tak diupdate dua hari sekali rasa macam kekok bila tengok tarikh last update adalah dua hari lepas, awak kekok tak? kalau tak kekok tak apa lah siapalah saya ini dimata awak (?) keh keh keh dua kesayngan saya si manis lassie dan nurain sibuk sangat kerisauan saya hilang di belog. dah lah kerisauan, masing masing buat saya nak terharu, sorang rasa bersalah kononnya saya marah dia LOL tak lah sebenarnya saya tengah gila bermain sims3. comel tak perangai minah ni? JKAH JKAH JKAH

tiba tiba nak update belog adalah kerana saya hendak menunaikan impian kawan twitter yang mahukan resipi Pizza roti Liyana Lunia simplicious (maksud dia sedap dan senang :D) selepas saya meng-tweetkan gambar pizza delicious tersebut. oh diminta untuk meng-follow twitter saya untuk lebih cepat dapat update (apa haku cakap terbelit belit JKAH JKAH JKAH)

bahan utama. txbai
Bahan²
  • empat keping roti gardenia
  • enam batang sausage ( dipotong bulat kecil kecil)
  • sos cili life
  • mayonis
  • cili padi (di potong bulat kecil kecil)
  • bawang (di potong bulat kecil kecil)
  • cheese (grated cheese - mozarella, parmesan & cheesedale pun boley)
Sediakan

1 keping roti , di sapu dengan sos cili dan mayonis. taburkan bawang yang dipotong bulat kecil kecil , sausage ditabur sesuka hati. hendak banyak letak banyak sukati awak. taburkan cili padi jangan banyak sangat nanti buasir kemudian baru tabur cheese banyak banyak. bakar adalah menggunakan oven, siapa ada microwave boleh guna juga tapi saya tak pernah cuba jadi awak cuba lah sendiri (!) . oh set kan oven kepada 190* dan bakar selama 15minit. kalau nak rangup lagi , buat 20minit pulak. senang tak? tak payah pakai sos pizza ke apa, guna sos cili sahaja confirm meletup gua cakap sama lu.

susah tak nak baca arahan macam tu? HAHAHAHAHA aku sahaja kasi hengkau eksesais mata sikit. T_T

ini cheese saya guna. yang parmesan, (kecil) itu sedap sangat dimakan dengan spageheti. kami satu family memang penggemar parmesan itu. kemudian yang besar tu jenama apa tah BEGO kot (?) baru first time beli dan memang sedap ah dia. tapi jangan pulak kau imagine hasil dia sampai cheese tu boleh ditarik tarik confirm tak dapat kecuali ada enam cheese

Cheddar
Classic delicate taste
Mozzarella
Creamy and soft
Parmesan
Flavorful and savory
Monterey Jack
Zesty and nutty
Provolone
Full-bodied and slightly tart
Romano
Hearty taste

CREDIT nama cheese untuk sixthseal

jangan lah risau akan ke-gemukan makan sekali sekala, tak apa tetap comel

saya jual : satu keping rm10. KAH KAH KAH KAH KAH

okaithnxbai.

Kamis, Januari 06, 2011

Makan² dekat Rumah Thai Taman Melati.

Selamat petang.

hari itu, entah bila tak berapa ingat yang pasti hari selasa saya rasa, saya dan kakak membawa eh salah ayat tu sepatutnya saya dan kakak dibawa oleh emak dan bapak ke sebuah kedai makan bernama Rumah Thai diarea taman melati macam tu lah haku malas nak ambil port dekat mana yang penting perut terisi dan muka ada suka.

oleh kerana tidak sampai hati melihat emak terbongkok bongkok didapur, kakak dengan happynya mengajak makan diluar, itu lah sebab nya kami makan diluar, padahal sahaja nak mengabiskan duit kakak aku. HAHA suka haku sekarang bila dah kerjaya ini senang nak habiskan duit sendiri tanpa fikir membebankan emak. kira aku bebankan diri sendiri lah kan bagus macam ini punya anak (tiba tiba puji diri sendiri T_T)

menu pertama yang sampai adalah puding mangga. eh bukan puding heh, sebenarnya dia adalah pulut mangga, baru first time makan ni, serius eksaited nak tahu sangat apa keistimewaan puding / pulut mangga ini. bila rasa sahaja, saya kata pada diri, puding / pulut mangga tidak boleh challenge pulut durian. DEMM AH SEDAP GILA PULUT DURIAN :((

kedua, adalah air bandung. HEH banyak banyak air , aku pilih bandung lepas tu bila makan pulut + santan + susu jadi loyar tekak sikit. sangat tidak pandai memilih air T_T kakak aku pilih air epal + limau nipis kot + asam boi sangat lah nangis* sampai aku pandang air dia je takmau pandang bandung cincau tapi terpaksa. terpaksa minum juga. UWUWUUWUW

butterprawn. kemain keriuk keriuk dia ni, memenuhi sepinggan udang, sampai aku rasa udang dia adalah dalam beberapa ekor, keriuk keriuk dia telah mengaburi mata aku. oh lupa masa ini kita pilih set sebenarnya. ini set dua orang makan. dalam rm42 macam tu

tomyam campur, kemain kau sedap gila tomyam dia bila belek belek tak ada isi sangat rasa macam nak meletup. uwuwuwuw rindu tomyam dekat UNISEL sedap sangat sebelum abang hensem berhenti berniaga dan pindah ke batang berjuntai. wuwuwuwuw rindu abang hensem (tiba tiba)

sayur brokoli rebus ke apatah. TAK SUKA BROKOLI. next

ayam pandan. empat ketul untuk empat orang. okay lah dapat seketul pun nasib baik kalau tak aku yang kene abiskan dan bagi saya, ehem saya tak berapa suka HAHAHA ok nxt

udang petai kot? ini lauk tambahan. sedap ah . udang ni lagi juicy dari butterprawn dia. butterprawn dia semacam kering. tak berapa sedap.

ikan kerapu masam manis. ini lauk tambahan. ingatkan tak cukup lah rupanya cukup sangat malah terlebih lebih pulak. lepas ni kalau makan disini lagi mahu makan puding sagu. tapi kalau engkau makan puding sagu dia mana lah cukup satu cup mcm tu baik buat sendiri tapi bila fikir fikir buat sendiri macam menangis gila sebab susah weh nak buat puding sagu, terus rasa takpa beli dua cup terus (saja nak kasi kau ornag tak ada semangat dengan sagu puding) okthnxbai



eh lupa dua orang penting. eh apa pulak dua? tiga orang lah HAHA T__________T

so set Rm42 + Ikan kerapu + Air + Udang petai + Pulut mangga = Rm120+ tak silap,

RUMAH THAI Amaxing Thai Flambae

okaithnxbai.

Rabu, Desember 15, 2010

WHERE MMMHHH MEETS AHHH

Selamat malam.

*ada bunyi pelik tak tajuk entry kali ini? AHAHAHA


HAI HAI semua, tahu tak badan kita perlukan air? kalau tak ada air susah nak bercakap BLA BLA (serius macam takadamoodhari ini sebab kene buat chasepayment sampai hilang mood dekat blog) sebenarnya nak cakap ALHAMDULLILAH kenyang makan prosperity burger hari ini. HAHA ini belog makanan ke apa tah dari lima tahun lepas asyik tunjuk makanan? GRR.


sanggup pergi mcdonald's sebelah highway karak sebab mcdonald's sri gombak tengah buat renovation. dem gilaaa, nak buat mcdelivery pun tak boleh, terpaksa merantau jauh jauh untuk sebiji burger prosperity. ALHAMDULLILAH kakak saya belanja, semoga beliau mendapat jodoh yang baik, dimurahkan rezeki, insyaallah.



sebenarnya nak cakap, budak budak zaman sekarang makin lama makin kreatif HAHAHAHA aku gelak besar tengok gambar ini. CREDIT : sembangkencang. HAHAHAHA sengal budak vietnam mana tah, kalau aku jadi cikgu dia confirm aku tarik sideburn (betul kan sideburn yang rambut belah tepi pipi tu HAHA) dia tu grr.



next week, nak start puasa balik :D

okaithnxbai.

Minggu, Desember 12, 2010

Caramel pudding Ice cream cone and nasi minyak angsana.

Selamat pagi.

hai semua, bersiaran pagi ini menggunakan bbtorch sebab haku malas sangat menaip menggunakan keyboard boleh gitu?LOL oh bytheway siapa rasa badan dia berangin, berat dan jarang kentut, saya sarankan anda mencuba resipi singgang. Kalau ada permintaan saya sharekan resipi yg diturunkn oleh emak HEEE



Hari ini hidup saya rasa gembira kerana berjaya akhirnya menyantap caramel pujaan hati (sendiri buat sedap sebab itu jadi pujaan hati HAHA kalau tak sedap pun tetap pujaan hati T.T ) sudah lama agaknya tidak membuat puding caramel, selalu emak yang hanguskan gula, hariini saya sendiri yang hanguskan dah meletup letup gula itu. Sampai jadi caramel lolipop lagi (tercedera di pipi, caramel mengeras dan meletup T.T)



Paginya. Temankan kakak pergi kenduri kahwin anak kepada majikan.seronok tengok pengantin dibawa kereta kuda disekitar taman di Titiwangsa. Bestnyam saya pun mahuuuuuu gr. Sudah 2bulan tak makan nasi minyak. Akhirnyaaaaa dan sedap pula


angsana catering (?) sedap gila daging hitam tetapi kedekut gila bagi sikit kemain. benci betul ai taww

Balik dr situ. Ternampak penjual aiskrim, dan anda boleh agak lah perempuan manis macam saya buat apa dekat penjual tu (gigil*)



okaithnxbai.

Rabu, Desember 08, 2010

Tutti Frutti Wangsa Walk with shaheizy sam :B

Selamat petang.

semalam, lagi sekali pergi beriadah dekat wangsa walk sebab nak bayar hutang mentonton shaheizy sam dalam ngankung. HEH boleh lah cerita dia, entah apa yang best pun haku tak tahu ~ sebenarnya stress apahal suara sam pelik lepas tu tak hensem macam biasa, gua bayar untuk tengok dia hensem hensem tiba tiba tak hensem. sakit hati tahu tak? (emosi, emosi)



lepas menonton ngangkung yang mengecewakan baik haku tengok rapunzel untuk kali ke lima puluh lagi puas hati sebab hero dalam rapunzel 'eugene' lagi hensem tahu tak? grr oh tak, saya sebenarnya tak memilih tapi saya memang suka tengok sam HAHAHAA okay over, pfft


terus lapar pulak tiba tiba, untuk kali ke dua dalam seminggu, saya makan hayam penyet pulak. tapi kali ini ayam penyet ria, lain sikit dengan ayam penyet AP kedai kaler hijau tu. and beza dia, AP kaler hijau tu ada masakan minang, ayam penyet ria hanya jawa sahaja. mana mana pun boleh, tapi saya suka ayam penyet ria, lagi puas hati haku makan ayam dia garing and banyak keriuk-keriuk dia.



lepas dah kenyang makan hayam penyet, dah ontheway nak balik secara tiba tiba kakak kesayangan haku ajak tutti frutti pulak dah . rasa nak pengsan tapi ku gagahkan juga, kira kali ini cuma mencuba sahaja, lepas ni boleh pergi banyak kali HAHAHA. best hokay boleh hambik suka hati, nak banyak mana pun boleh hambik tapi ingat 100gm = rm5.93 (KOT?) so total dari hambil cuba cuba, satu cup tu share dua orang RM13 ++


rm13. gua nak try rm20 lah.
vanilla ~ strawberry ~ chocolate ice cream with strawberry, manggo and peach fresh fruit, m&m choc, choc chip, and GUMMY BEARS jelly ke hapa tah HAHA sedap gila kenyal kenyal. kalau tak , pandang pun tamau. grr

pengsan tak? tengok harga dia dengan cup dia memang boleh kenoneng HAHA tapi sedap, i like lepas ni beli fresh fruit banyak banyak, eskem banyak banyak, and buat sendiri YEY (habis bankrup TF ada customer mcm ni)

HAAAA sekarang siapa nak ajak i pegi TF ? jom jom. eh, nak rate juga cerita ngankung kan, 5/10 sebab sam tak hensem and tutti frutti i bagi 7/10 sebab agak pengsan lah kalau nak makan selalu HAHAHA

okaithnxbai.
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !