Sabtu, Desember 15, 2012

Spaghetti Bolognesse ala melayu

Orang melayu memang suka makan pedas-pedas lagi pula orang melayu berdarah negeri sembilan mengalir dalam diri dia, kalau tidak ada cili padi sikit memang tak lalu makan. Spaghetti bolognesse kita ni macam biasa je, guna kimball dengan san remo angelhair tauuu YEEEEE, SAYA SUKA PASTA BERCIRIKAN HALUS SEPERTI ANGELHAIR, SENANG NAK MASUK DALAM MULUT BANYAK BANYAK wkwkwkckckckc



Jadi , dua bahan penting didalam gambar diatas kene ada. Yiying dan keluarga sememangnya pengguna bahan diatas.


  • 2 biji bawang besar dipotong dadu

  • 500 gram daging lembu cincang

  • 500 gram spaghetti

  • 2 sudu lada hitam ditumbuk halus

  • 1 sudu besar susu pekat

  • 10 biji cili padi dihiris halus



Cara-cara memasak spaghetti bolognesse ala melayu

Spaghetti


  • Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam.

  • Bila air mendidih baru masukkan spaghetti.

  • Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat.

  • Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.



Sos spaghetti


  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau.

  • Masukkan daging cincang dan goreng hingga keperangan, cerai-ceraikan daging cincang tu supaya menjadi ketulan yang lebih kecil

  • Kemudian boleh masukkan sos spaghetti kimball

  • Gaul-gaul sehingga ia mendidih, jangan lupa masukkan lada hitam, susu pekat dan garam.



Hidangkan , jangan lupa pula cili padi yang dah dihiris. bila tabur cili padi, terus lupa letak cheese. KAHKAHKAH kasihan perut -.-"

image

image

Ini nama dia sotong. sotong dari hotdog, bentuk dia agak mengerikan tapi sedap ! potong 3 je hodog awak lepas tu hiris pada 4 bahagian, nak lagi power, buat sampai 8 bahagian miahahahaha

xoxo, L

2 komentar:

  1. Samalah, akak pun suke spageti halus2 je. muak kalau mkn yg gemuk tu. hehe

    BalasHapus
  2. Sis, cepat post banyak lagi resepi ringkas. Aina dapat tawaran SBP Banting jadi tahun depan masuk asrama. Haha, entah apalah yang boleh Aina masak dalam dorm. LOL

    BalasHapus

Terima kasih kerana membaca

Mari luahkan isi hati anda juga :)

1. Jangan emosi sangat tau.

2. Luahkan dengan nada comel.

Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !