Tampilkan postingan dengan label rezeki blogging. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label rezeki blogging. Tampilkan semua postingan

Rabu, April 27, 2011

Marks & Spencer Moisturizing Hand and Nail Cream ( Rose)

Selamat petang,

sekarang, bau tangan dan kuku adalah berciri ros. WANGII sangat dan tak pernah terbayang nak ada moistrusing cream dari marks & spencer. TAHU TAK tak pernah terbayang pun tauuu tapi alhamdullilah rezeki dari contest giveaway MiraEdora.


terima kasih kak mira. ynn suka bau rose memang suka gegila sekarang pergi memana je mesti bawak dia HUWHAHA bila pakai terasa tangan sangat lembut kalah tangan baby sudah lah wangi, lembut pulak LOL (teringat skrip HMM - sudah lah hodoh mulut pula berbau )

eh mood berblogging ni lari laa, mari tangkap dia !

kbai.

Rabu, April 20, 2011

Diamond Owl Necklace dari Amirrah Zawani. tQvmsygg :D

Selamat petang,

terasa bersalah sebab lambat mentaip entry untuk special gift ini. hadiah misteri berbentuk burung hantu atau dalam bahasa omputih dia diamond owl necklace lah kiranya. sebenarnya dah siap masuk draft tapi kakak engkau ni dia punya jari asyik nak bergosip sahaja itu lah masalah dia T______T

hari rabu minggu lepas rasanya, dapat special gift dari someone yang saya sangat sangat suka baca celoteh dia berblogging tak perlu letak banyak sangat gambar muka comel dalam setiap entry kalau nak letak pun mesti ada kaitan lah dengan gambar . ini awak cerita nak pegi berak tapi letak gambar piss piss kacang piss sambil muka omei domei. TAK KE MELUAT saya tengok? T____T tahulahawakcantik isk.


sebenarnya lepas baca entry dia terpikat dengan rantai burung hantu tuu, kiteorg jadi macam rapat and saya pun makin galak baca entry entry lama dia, lepas tu tak ingat pulak pasal birthday dengan followers ke 1200 . HAHA serius i tak ingat T____T tapi terharu gilaa kot sebab dia ingat . terasa macam disayangi :D


buruk gila gambar. lantak ! hwaha
tipuuu la dia kata trafik mencurah curah sebabnya saya rasa yang comment blog saya tak sampai 20 orang pun tauuu. lain lah dia, commentar dia je dah cecah 90, commentar saya tak cukup nafas nak kejar HAHAHAHA ;p nampak tak dekat sini? belog awak ada followers sampai 4k pun tak mungkin 4k tu akan baca entry entry kau so jangan lah berharap 'i follow u, u follow me' ;))

terima kasih Amirrah Zawani untuk special gift ini Terasa sedih tak dapat ticket roomates dr NN kalau tak kita dah jumpaa dh ;(

kbai.

Minggu, April 17, 2011

Boleh cashout churp churp akhirnyaa T___T

Selamat petang.

akhirnyaaaaaaaaaaaaa, register churp churp tahun 2009 lepas malas nak layan dia sebabnya kene buat ayat mengikut keywords yang dh diberi saya kalau bab bab mencipta ayat adalah mengerikan sikit sebab aku malas sikit nak buat ayat HAHAHAHA tapi alhamdullilah tahun ini 2011 dah boleh cashout dahhhhh.



akhirnyaaaaaaaaaaaaa, 2011 baru aku dapat cecah RM100 minima cashout dia . kalau nuffnang or says.my , RM50 tapi churp churp ini manja sikit, dia nak lebih seratus tahu tak? skrg ni, ambik lah akuu ! tahun 2009 register churp churp, tahun 2011 baru boleh cashout. SEBAB DIA ADALAH malas reka ayat untuk schedule tweeeeeeeeeeeeet HAHAHAHA tapi sekarang dah senang, kita just promote campaign ( social sharing ) jeee. kalau malas nak schedule, aku abaikan jeeee walaupun sekali satu tweet dari schedue tweets tu boleh cecah rm5 T______T

kan saya dah cakap hidup zaman ini kene pandai cari duit, kalau setakat duduk duduk dekat facebook dengan twitter sebab takda blog tapi tak dapat duit senang macam ni memang tak OHSEM ahhhhh ! saya cabar awak skrg, signup churp churp, dua bulan nanti engkau boleh dah dapat duit free caniii. tapi kene lahhhhhh kita sama sama rajin promote promote campaign yang diberi tapi jangan spam sampai kawan kau 'annoying yo sayoo' ! kau buat ayat yang enak enak untuk bagi info dekat kawan kau .
nak beli hosting lah guna duit cecupcup eh tapi nak simpan dulu kasi dia 1k lah baru cashout lepastu beli hosting pun tunggu 1k lah KAHKAHKAH ! memori belog didelete dengan sengaja adalah mengerikan UWUWU !

kbai.

Kamis, Maret 24, 2011

Ribbontales.com bukan tempat untuk orang comel comel je !

Selamat pagi.

@sickchild72 : bracelet, bubles charm and necklace ( yg bentuk )
sebagai seorang perempuan comel yang menyukai benda benda comel dan saya juga tahu pembaca belog cap ikan bilis (KAHKAHKAH) ini juga menyukai benda benda comel saya pasti anda akan menyukai benda benda comel yang boleh disangkut dekat tangan, leher atau henfon anda pasti lah anda menyukai ribbontales.com sebab saya yang tak berapa suka benda comel (TIPUUUU) ini pun terbeli lah barang sehelai dua gelang dan rantai untuk diri sendiri.

vroom ! vroom ! ini nama dia bubbles charm. anda boleh pilih mana mana bentuk kegemaran hati . bubbles charm ini sesuai untuk handfon, handbag or gugusan kunci anda . seperti kata ENYTAKIUT , selaku owner blog juga pembikin ini barang
Gantung kat mana pun yg korang nak. Tepon ke handbeg ke even kunci pun boleh! Konfem terpikatlah! :)
confirm terpikat ! sebab comel gilaaaaa. saya dah lah tak suka benda comel comel, bila tengok encik sotong yang banyak tangan ini pakai bracelet lagi rasa macam nak gugur jantung. apahal engkau comel sangat bila aku sangkutkan gelang tu dekat kepala? HUWHAHAHA

saya buat tempahan dalam sehari dua macam tu dari website ribbontales lepas tu terus dah boleh ada dalam tangan sebab enyTAKiut ini tangan dia macam sotong, laju gilaaaaa dia buat . nasib baik ah tangan macam sotong, kang haku cakap tangan macam obor obor tak ke pelik? KAHKAHKAH eh kene serius ah !

sempat lagi kau nak puji puji aku kiut ye eny yeee? kentut karang baru tahu HWHAHAHA

okay bagi mengelakkan anda terpinga-pinga, dalam ribbontales ini ada macam macam item anda boleh dapat, antaranya bracelet yang anda boleh pilih 'buah' dia, ini paling menarik sebab bubles atau buah itu ada banyak gilaaa pilihan dihati.

koleksi BABY Bubbles - bukan untuk bayi je, untuk tua bangka macam korang pun boleh.



koleksi Diamond Alphabet - boleh masukkan dalam bracelet, or gantung dekat bubbles

koleksi Plain Bracelet - ini yang anda boleh masukkan baby bubbles and diamond alphabet macam saya punyaaa dekat atas tuuuuuu atas kepala sotong tuuuu ;p

koleksi Bubbles Charm - boleh gantung dekat handfon, kunci kereta atau mana mana engkau rasa nak gantung !


oleh sebab i rasa macam kau orang akan blur, jadi kita buat lah dalam video pulak. harap jangan blur juga T__T

jangan lupa ke RIBBONTALES.COM



OH kepada lelaki diluar sana, kalau anda pening nak bagi hadiah apa untuk bakal isteri apa kata anda pergi sahaja ke RibbonTales.com dan pilih bubbles yang comel comel ini untuk dijadikan rantai. serius baka isteri kau akan ajak kawin esok ! HAHA

kbai.

Jumat, Maret 18, 2011

Handbag Hooks mengelakkan bag mahal anda dari lantai kotor.

Selamat pagi !
selalu kita kita, yang perempuan atau lelaki maskulin mesti ada masalah besar kalau duduk makan makan dekat kedai sambil bawa handbag mahal mahal jenama GUSSI, atau PRADE beli dekat times square RM30 itu biasa saya beli lah waktu belum mampu, sekarang dah mampu sikit beli yang mahal mahal macam guci atau perade ! kesimpulan dia, orang yang bawa handbag atau bag yang terasa kebingungan nak letak brg berharga dekat mana.

sekarang masalah saya dah selesai bila ada binatang comel ini, selalu tengok orang pakai macam kagum macam dekat mana aku nak dapatkan dia ini. ingat tak masa aku keluar makan makan dengan geng ayam? handbag itu sangat menyusahkan hidup. aku tak suka letak atas peha sebab dia akan melurut jatuh, nak letak bawah takut kotor jadi kita terpaksa meriba dia. TERPAKSA okay sebab itu yiying kalau keluar pegi mana mana tak bawak handbag sangat kecuali keluar dengan pakwe kene bawak handbag. entah apasal kene bwk handbag bila dating pun tak tahu.

lepas itu yiying sukaaaaaaaa bawak purse kot, dia kecil polka dot dalam dia ada 3 zip. satu zip tempat letak syiling & camera, satu lagi tempat card dan duit kertas dan belakang dia tempat letak bbtorch. senang bawak kehulur kehilir sebab semua boleh sumbat dia. tapi jadi tension sebab tak boleh sumbat rexona teens dalam tu sebab itu terpaksa juga bawa handbag :((

nanti keluar dating baru pakai awak, sekarang duduk dalam sarung diam2 !
ohhh ! HARI SABTU LEPAS, yiying dapat hadiah harijadi berupa sebuah beg tangan siap ada tempat letak syiling bentuk bunga uolss . terasa diri dihargai dan terasa juga lah diri semakin MUDA ! BEG TANGAN uols, i tak kisah lah walaupun bukan cenel, tapi dah ada depan mata uolsss ! kbai eksaited melampau.

pegi keje bawak bekal dan beg buruk je.
jadi konklusi dia, saya dah ada penyangkut handbag (bukan penyangkut baju ahhh !) mcm ni dengan harga yang agak murah , bila buat servey rasa ini dah okay lah walaupun bila tengok rm20 macam baik lah beli mekdi duaround tapi rasa perlu ada dia baru nampak ekslusif sikit LOL

kbai.

Sabtu, Desember 18, 2010

Sony Cybershot W190 , hadiah dari Nuffnang untuk Liyana Lunia.

Selamat malam.

maaf sangat dua hari ini saya sangat busy. tak dapat nak balas comment dekat entry hack profile facebook anda lah sangat tu HAHAHA. semalam emak dan apak selamat pulang ke tanah air. alhamdullilah , semua sihat tapi ada lah batuk batuk sebab perubahan cuaca , tapi taknak cerita sekarang, nak ambil masa dulu sebab saya nak cerita aktiviti hari ini.


HAHA bangun pagi sudah pening pening nak pergi office nuffnang untuk mengambil hadiah. oh pada yang belum tahu, alhamdullilah rezeki saya murah lagi, berkat dari parent pergi haji. kali ini saya dapat sony cybershot w190 dari nuffnang untuk contest stop child abuse. pemilihan pemenang adalah berdasarkan lucky draw. saya rasa semua puas hati dengan entry itu sebab saya betul betul emosi bila cakap pasal penderaan budak ini. Terima kasih banyak banyak sebab macam susah nak menang hadiah dari nuffnang sebenarnya HAHAHAHAHA

tapi happy sebab dapat bertemu lapan mata dengan bos besar NN, timothy tiah :D tapi i maluuu sebab tu i macam datang office terus cakap, saya nak collect hadiah sony cybershot w190 , terus robb chew datang dekat i bawa kotak sony and kertas pengesahan. OHH tak sempat nak gedik gedik dengan timothy tiah WUUU WUUU (kenapa bertemu lapan mata? SEBAB HAKU PAKAI SPEC, timothy tiah pun pakai spec HAHA) tapi aku rasa lah, hensem okeh bos nuffnang. terpukau kejap masa masuk office tadi HAHA

btw dekat entry pemenang lagi sorang (actually ada 3 pemenang) , dia cakap tak ada doorbell, nasib baik masa haku datang ada doorbell. baru nak tangkap gambar office terus timothy tiah buka pintu HOKAY bos besar buka kan pintu untuk I TAHU TAK? okay padahal dorang nak pergi lunch masa tu AHHAHA.

btw, saya dapat camera color hitam. NAK MERAH tapi robb chew cakap dua dua kaler silver macam tu (hati aku dup dap masa cakap dengan dia sebab dia hensem juga HAHA) bila masuk kereta tengok eh, ini hitam LOL. takpa hitam ka putih ka tetap hadiah dari bos berblogging saya. ALHAMDULLILAH syukur . thanksss sgt untuk lassie si manis sila click untuk baca yang buat entry khas untuk saya HAHAA lawak lah u yang, sekeh kangg

oh ini koleksi cokelat dari makkah dan madinah :) saja nak tayang haha,


ayam masak lemak cili padi.ini pula aktiviti masak masak kalau haku dan kakak confius nak makan apa HAHAHA dalam masa sebulan berdikari dengan kakak, dah tiga kali rasanya masak masakan favourite saya ni, senang nak masak and sedap dimakan sebab itu saya suka ayam masak lemak cili api. lagi lagi kalau hengkau sumbat semua cili padi dalam tu , menangis air mata lah kau. makcik aku siap cakap 'boleh terbakaq juboq' makan cili padi. NYAMMY

tiga hadiah hasil berblogging selama tiga tahun dalam satu tahun, saya sayanggggggg 2010 :)

NOTAKECIK : tak dapat jumpaa kak sumi yang ditugaskan utk ambil tiket kawan blogger, hamzah ian yang dapat blackberry torch dan raracandyfloss yang dapat pergi konsert double trouble. TENSIONNYA SAYA sebab tak dapat Konsert DT wuuuuuuuu. dan terima kasih banyak dekat phreak-id yang jadi orang pertama membuatkan saya terpinga pinga bila dia komen dekat entry ini. HAHA terima kasih ye pakcik.

okaithnxbai.

Selasa, November 16, 2010

Thank you #maxis10, Blackberry torch is mine :)

Selamat malam,


suka gambar ini, HAHA

petang tadi, dalam pukul dua macam tu, situasi dia dekat purple cafe batang berjuntai sambil makan hot chili apa tah langsung tak sedap buat sakit perut tu, sambil melayan kawan kawan dan boprenggg tiba tiba dapat banyak mention dekat UberTwitter. eh macam lawak pulak aku sebut ubertwitter (?) lepas tu, usha usha sikit sikit rupanyaaaaa dah annouce keputusuan sama ada saya berjaya dapat blackberry torch secara percuma ( bukan percuma macam kacang gila, tak, awak kene banyak buat kerja ye. kerja yang ikhlas, bermakna di balas dengan hadiah WKAKAKA) ke tidak.



dua minggu yang lepas, masa saya sibuk cerita pasal blackberry torch ini, sebenarnya dia adalah ujian samaada saya layak atau tidak. ehem ehem siapa nak bagi henfon canggih percuma sahaja tanpa usaha dan kerja betul tak?

baik lah, saya cakap macam bagus sekarang. HAHAHA padahal entry ini nak ucap terima kasih banyak banyak untuk @maxiscomms, @aprilyim, @fionajitab (u guysss jangan keje sangattt, kene rest tauu? HAHA ) and semuaaaa reviewer #maxis10. samaada yang pernah susah sebab saya asyik tanya macam macam, contoh dia "macam mana aku nak dapat tarik perhatian maxis ni?" , atau tak pernah HAHAHA. and yang paling penting sekali uguysssss, ye ye anda lah siapa lagi yang kene baca comment saya pada bbtorch tu :DD *muwaaahhhhhh sorang sorangg*

happy sangat hari ini. terima kasih family. terima kasih b.terima kasih kawan kawan. terima kasih bbtorch.terima kasih #maxis10. terima kasih readers. terima kasih konvo unisel. er, kita cakap later pasal convo :)

// siapa berminat nak tahu pasal #maxis10 boleh refer entry encik einztrigger :P

okai bai.

Senin, November 08, 2010

Be Cool Contest : iPad from exabytes.

Selamat teng.

hai awak, awak awak semua sihat? awak awak semua sedang buat apa? sudah makan pagi? atau tunggu tengahari nanti untuk mengisi perut? macam saya, saya dah berjaya mentelan sebungkus megi pama dengan rakusnya. heh malas nak cakap macam ini, kita terus straight to the point.

say hello untuk encik ipad cepattt :DDD



hai encik ipad, penghuni baru dalam hidup i. saya bukan pekerjaya yang banyak duit boleh beli beliau ye, bukan bukan, saya memang nak ipad tapi saya tak mampu (T_T) jadi dengan masuk sebuah contest yang teramat senang, bukan sahaja dapat ipad, malah dapat sebuah domain dan hosting dari exabytes. terima kasih banyak exabytes. mari kita baca cerita ipad ini nak?



suatu hari yang hening, si manis liyana telah berjaya . HEH BORING LAH CERITA MACAM INI. saya nak cerita santai santai sahaja. okay , saya masuk contest exabytes be cool contest 7 september 2010 . hari tu. masa masuk tu, saya berharap sangat dapat domain and hosting so saya boleh belaja guna WP, tak pernah pun terlintas nak dapat ipad percuma, sebab persaingan yang terlampau ramai. bila dah dapat domain and hosting, terus cari belog yg buat tutorial setup blog WP tapi semua nya saya tak dapat buat :(

saya tanya someone pun someone taknak ajar, dia suruh saya refer sendiri. takpa, someone tu seorang manusia sahaja yang tak boleh tolong, tapi ada juga orang lain yang boleh tolong setupkan, terutama exabytes sendiri, zelo55 and loq. terima kasih korang :)

kemudian 21 september 2010, saya sibuk baca status orang dekat facebook tiba tiba ternampak muka sendiri dalam ipad, be cool contest part one winner Liyana Bt Ainul. engkau tahu tak aku macam mana? gosok gosok mata takut rabun atau tersalah baca. aku tag kakak and kakak ipaq bagi confirm betul ke daku . memang betul lah itu rezeki aku . rezeki emak and apak dapat pergi haji, rezeki aku konvo sorang sorang tanpa emak and apak T__________T (tak nak cakap macam ni, nak nangis)



dan dan, hidup lah domain and hosting yang diberi nama lirikme.com . kenapa lirikme.com? entah, masa tu tak terfikir nak buat blog berniche (HAHA aku pun tatau hapa itu niche main sebut sahaja) yang aku tahu, aku nak try buat blog WP sahaja, nak belajar macam mana setup, macam mana ftp bagai lepas tu hape pun tak jadi, last last aku suruh exabytes yang setupkan terus KAH KAH KAH banyak kali pulak tu aku suruh dorang, macam macam hal weh masa setup blog WP tu, aku salah edit lah, salah masuk code lah, salah edit code php lah . nak menangis aku tahu tak? bila tanya orang, semua tak tahu, last last aku sendiri pergi godek nasib baik tak ranap blog tu HAHA T_________T

tak pernah terlintas dalam fikiran, akan dapat sebijik ipad pun. hari tu, hari khamis 28 october 2010, dapat lah saya merenung ipad buat pertama kalinya . masa tu risau gila bila minta exabytes pos kan, tapi alhamdullilah encik ipad dapat sampai rumah secara selamat :D



hai ipad, hai sambal belacan. ye, sebelah tu sambal belacan :P apak eksaited sangat masa ambil gambar ipad ni HAHA



twitterific kot? entah apa nama dia. nak download echofon kene bayar (T_T) nak jailbreak tak reti (T_T) tapi puas hati wooo tweet guna ipad, gambar profile tu boleh nampak lubang hidung sapa ada bulu tauu KAH KAH KAH KAH

gambar masa mengeluarkan ipad dari karung dia, gambar ipad beraksi secara menarik, gambar gambar gambar telah berjaya saya delete dengan gembiranyaaa, selepas terformat pendrive, dua hari 1 malam tak lalu makan T_____T kasihan exabytes terpaksa tunggu lama untuk pemenang ipad be cool contest bagi gambar HAHAH T___T sorry exabytes, and thanksss so much :D

siapa nak cuba nasib boleh join be green contest part 2. :)
// alhamdullilah, bulan oktober adalah bulan rezeki, saya dapat bawa aaron pergi keje, dapat pinjam blackberry torch selama dua minggu ( now tengah tunggu result samaada saya berjaya dapat terus atau kene pulang balik T_T) dan juga encik ipad dari exabytes. alhamdullilah terima kasih . syukur sangat .
okai bai.

Selasa, Januari 05, 2010

ini cheque kedua i heh belagak kau.

sekarang i dalam mode ; surirumahtangga. walaupun parent i dua dua pun surirumah juga tapi since i belum start practical i pun join parent i jadi surirumah. heh apa ingat apak i tak boleh jadi surirumah ka? bluek :P

kerja seorang surirumah semestinya menjaga rumah membersihkan rumah memasak mengemop rumah menengok tv dan online selalu bila line celcom broadband buat hal terus jadi macam hulkhogan serius buruk tapi itu lah i KAH KAH KAH T______________T

so semalam i tengah leka memasak ; ehem ayam masak merah sekarang i dah prooo HAHAHA apak bagi sepucuk surat. muka bangga ingat dapat tawaran IPTA rupanya bukan sebab i belum amik muet and i tak apply pun IPTA heh macam mana nak bangga kan. tsk lepastu i dengan semangat macam gila semangat habis rupanya i dapat surat dari hsbc bank.

rupanya i dapat ini yeyy :))



overall. i dah dapat dua cheque from nuffnang. ingat dapat akhir bulan ini rupanya semalam aku dapat. pfft best gila. okay dah dua kali cashout lepas ni dah tak mahu dah cashout hihi ;) btw i takkan lupa u guys, ye lah kan kalau bukan anda yang tolong tendang iklan i macam mana nak dapat duit free hoi. tq v muchhh :)

so sekarang siapa tak percaya lagi dengan nuffnang ni? i dah percaya habis dah ni. yang penting kene usahaaa baru lah dapat hasilnya yey.



sekarang surirumah dah ada gaji untuk bulan januari. surirumah nak pegi tambah gaji lagi. babai :P

HAHAHAHAHAHA

Selasa, Oktober 20, 2009

1st cheque.

*schedule post*

siapa yang tak tahu bulan julai yang lepas i dah cashout buat pertama kali KAH KAH KAH sangat kelakar sebab baru pertama kali cash out dan rasa berlagak tapi sedih sebab tak ckup seringgit untuk mendapatkan amount seratus pffft.

sedih tapi takpa ;) sikit² lama² jadi bukit lagipun susah nak online secara pukal sebab i sangat busy lately sehari dua kali test, dua hari dua kali test memang banyak gila test otak ni memang boleh bekecai tapi kan i dah bg tahu, i kuat hoi HAHAHA.



earning yang i dapat ni akan i guna untuk belanja fmily i, nnt ada rezeki lebih lagi, i belanja uols pulak HAHAHA.
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !