Tampilkan postingan dengan label comel. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label comel. Tampilkan semua postingan

Senin, Mei 02, 2011

Resepi Pancake senang , mudah dan sedap.

Selamat malam,

hari pekerja adalah hari berehat katanya, selaku blogger sambilan saya pun ambil juga masa cuti untuk menghadap dunia realiti. sebenarnya dah lama sesangat saya mengidam sesuatu yang boleh dimakan dengan madu dan butter. sesuatu yang bermain-main didalam peti televisyen seakan menari-nari menyuruh saya membaham dia tapi nasib lah aku ini kedekut orangnya, saya rela pergi google resipi dari membeli dengan harga berapa entah. NAMPAK TAK harga dia pun saya tak tahu LOL

resepi pancake yang senang, mudah dan dijamin sedap ! *dari mulut emak ketelinga pemangsa yang sangap ;p
bahan bahan dia :
  • 6 sudu tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu susu pekat dan dicampurkan dengan satu cawan air panas
  • 1 sudu marjerin
  • 1 sudu garam T______T *lupa nak letak garam tadi*
cara yang paling senang dalam alam semesta.
satukan semua bahan , kacau acuan tersebut. jangan terlalu pekat, dan terlalu cair. agak agak lah !
panaskan kuali leper lepas tu terus sapu sedikit minyak dan masukkan menggunakan senduk, ratakan dia dan biar seketika. agak agak macam dah berubah permukaan dia tu terus terbalikkan. dah masak terus angkat dia. makan lah sepuas hati anda !



tapi jangan gelakkkk ! emak cakap itu bukan pancake tapi lempeng. serius malu skrg sepatutnya resipi lempeng senang, mudah dan sedappp T________T tapi apa adahal, ini pertama kali buat tetap nak panggil dia pancake tak kisah lah lempeng ke lempang keee, rasa dia sangat sedapppp ! jadi tak adahal lah kalau buruk , ada macam bentuk roti canai ke apa, HAHAHAA emak cakap kene tebalkan lagi sebenarnya. HAHAHA *pengsan*

b, nanti breakfast i buatkan ini hari hari untuk u tauuuu. hihiks *gedik*

kbai.

Jumat, April 29, 2011

Talha Harith rupanya pelakon Juvana TV3 tuuu !

Selamat petang,

minggu ini rasanya minggu pertama Juvana di tayangkan di TV3 kan? siapa tengok SIAPA TENGOK dan terpikat dengan ke-jambuan budak lelaki yang nama dia black tuuuu ! nama black, muka jambu rupanya pukul cikgu je punnn, belagak kata dia genster besar HUWHAH. kene belasah dengan apek pun nangis HAHA comel ! watak paling comel sebab saya pernah kenal someone ni muka jambu tapi perasan gengster lepas tu nangis kene kacau (ERRR siapa tah nama dia, dh lupa T_T)
  • tajuk entry macam aku kenal je dia. PADAHAL TAK PUN ! baru je add fb dia. kalau die rerajin boleh la berkenalan HAHAHAHAA


eleh, dulu masa zaman sekolah pun aku gengster sekolah gak. macam black laa. tak padan jambu tapi berangan gengster besar. sekali senior usik sikit dah takut nak pergi sekolah HUWHAHA dulu perasannn gila macam nak masuk group skin head lah, black metal lah TAH PAPE BETUL ZAMAN DULU tapi kalau nak dibandingkan zaman dulu tak ada lah hari hari keluar berita pasal papa nurul izzah part 1 lah part 2 lah KAHKAHKAH bodoh la asik keluar berita cemgitu je sekarang ni grr semua dah tak ada kemalu-maluan dah T____T

eh, terbabas pulak. NAK CAKAP pasal talha harith sebenarnya. eh siapa pulak talha harith? HAAA ini lah dia pemegang watak black. OH jambunya awak T_______T



salah satu drama yang bakal buat kita tersangkut depan tv. setiap pukul 9pm hari isninbermula 25hb April 2011. ada bront palarae sebagai warden yang meng-annoyingkan, suami orang iaitu beto kusyairi dan bla blaaaa !



tapi bakal tunangan orang ni lagi mencairkan hati acik zana. HAHAHAHAH
kbai.

Jumat, April 15, 2011

Hadiah misteri berbentuk burung hantu?

Selamat pagi,

Bila pagi menjelma terasa malas sangat sebabnya sebagai seorang manusia pekerjaya kita tidak boleh duduk rumah memasak sahaja tapi apakan daya, kerjaya lebih menjamin masa depan kerana dengan wang itulah kita mampu berboros.

Kalau nak harap duit says.my ( JANGAN LUPA SIGNUP KALAU NAK MENANG IPHONE 4 ATAU MACBOOK PRO ) pomboley tapi berjanggut nanti lah baru dapat lainlah kita OHSEM sangat sekali keluarkan link beribu ribu yang kelik. Oh bila lah nak jadi OHSEM ( T_T )

Ehhhh, berbalik kepada tajuk, nampak tak di gambar itu? Apakah sebenarnya yang saya dapat? Kenapa dia berciri burung hantu walaupun tak nampak sangat burung hantunya. Mungkin macam panda sikit pun ada (?) LOL

Kbai :DD
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kamis, Maret 24, 2011

Ribbontales.com bukan tempat untuk orang comel comel je !

Selamat pagi.

@sickchild72 : bracelet, bubles charm and necklace ( yg bentuk )
sebagai seorang perempuan comel yang menyukai benda benda comel dan saya juga tahu pembaca belog cap ikan bilis (KAHKAHKAH) ini juga menyukai benda benda comel saya pasti anda akan menyukai benda benda comel yang boleh disangkut dekat tangan, leher atau henfon anda pasti lah anda menyukai ribbontales.com sebab saya yang tak berapa suka benda comel (TIPUUUU) ini pun terbeli lah barang sehelai dua gelang dan rantai untuk diri sendiri.

vroom ! vroom ! ini nama dia bubbles charm. anda boleh pilih mana mana bentuk kegemaran hati . bubbles charm ini sesuai untuk handfon, handbag or gugusan kunci anda . seperti kata ENYTAKIUT , selaku owner blog juga pembikin ini barang
Gantung kat mana pun yg korang nak. Tepon ke handbeg ke even kunci pun boleh! Konfem terpikatlah! :)
confirm terpikat ! sebab comel gilaaaaa. saya dah lah tak suka benda comel comel, bila tengok encik sotong yang banyak tangan ini pakai bracelet lagi rasa macam nak gugur jantung. apahal engkau comel sangat bila aku sangkutkan gelang tu dekat kepala? HUWHAHAHA

saya buat tempahan dalam sehari dua macam tu dari website ribbontales lepas tu terus dah boleh ada dalam tangan sebab enyTAKiut ini tangan dia macam sotong, laju gilaaaaa dia buat . nasib baik ah tangan macam sotong, kang haku cakap tangan macam obor obor tak ke pelik? KAHKAHKAH eh kene serius ah !

sempat lagi kau nak puji puji aku kiut ye eny yeee? kentut karang baru tahu HWHAHAHA

okay bagi mengelakkan anda terpinga-pinga, dalam ribbontales ini ada macam macam item anda boleh dapat, antaranya bracelet yang anda boleh pilih 'buah' dia, ini paling menarik sebab bubles atau buah itu ada banyak gilaaa pilihan dihati.

koleksi BABY Bubbles - bukan untuk bayi je, untuk tua bangka macam korang pun boleh.



koleksi Diamond Alphabet - boleh masukkan dalam bracelet, or gantung dekat bubbles

koleksi Plain Bracelet - ini yang anda boleh masukkan baby bubbles and diamond alphabet macam saya punyaaa dekat atas tuuuuuu atas kepala sotong tuuuu ;p

koleksi Bubbles Charm - boleh gantung dekat handfon, kunci kereta atau mana mana engkau rasa nak gantung !


oleh sebab i rasa macam kau orang akan blur, jadi kita buat lah dalam video pulak. harap jangan blur juga T__T

jangan lupa ke RIBBONTALES.COM



OH kepada lelaki diluar sana, kalau anda pening nak bagi hadiah apa untuk bakal isteri apa kata anda pergi sahaja ke RibbonTales.com dan pilih bubbles yang comel comel ini untuk dijadikan rantai. serius baka isteri kau akan ajak kawin esok ! HAHA

kbai.

Selasa, Maret 15, 2011

cerpen chibi kucing gemuk kehilangan bulu buntut dan BURUNGNYA

Selamat pagi.

sudah lama tidak bercerita tentang si gemuk berbulu lebat tetapi sudah hilang bulu di sekitar buntut beliau itu. HAHA bila cerita pasal dia mesti rasa tergelak sebab dia comel sangat T____T dah lah kelakar, muka dia selalu masam je tak pernah senyum. sampai hati chibi sebab tak pernah seumur hidup duduk dekat rumah ini dia senyum ! :(

mari kita tengok apa chibi buat sabtu lepas !


burung ini ditangkap chibi. HAMAGADDDD ! chibi tangkap burung? pelik gila rasa !

OLEH sebab dia cedera dan masih hidup, apak letak dia dalam sangkar chibi . apak sanggup letak penapis kaler hijau sebab taknak dia terlepas . apak suka haiwan ! kalau boleh semua haiwan dia nak bela, sampai kan nak buat rumah kami macam zoo KAHKAHKAH comelnye apak ini.

budak gemuk ! dia tak puas hati sebab burung terselamat dari jadi mainan dia. tangan gebu dia dah menggigil tak dapat lempang burung tu HAHAHA

nampak tak? bontot dia hilang bulu ! kahkahkah tapi tahukah anda chibi berada dimana sekarang? IA donggg ! diatas sangkarnya sendiri.

nampak tak dia geram sebenarnya tu? mungkin sedang berfikir apa kah patut dia buat pada burung itu T_T

GYEAHHH, dia lempang burung tersebut dari atas ! kahkahkahkah kurang hajar betul chibi ni, banyak juga aksi ngeri dia buat semata mata nak lempang burung tersebut T____T

pagi ahad, apak pun bermain lah dengan burung tersebut sambil pegang macam itu lah, kemudian macam biasa sambil bermain, pegang macam ini, apak pun cakap 'engkau ini kalau dah sehat boleh lah terbang.....' dia pun terbang T_________________Y

lihat lah budak gemuk. dia kecewa , dari petang sabtu sampai kemalam, sampai ke pagi dia tidak tidur kerana menjaga burung. tapi burung terlepas dan beliau kepenatan sampai skrg tidur taknak kiteorg ganggu. kasihan T_______Y
okay itu lah dia cerpen chibi kucing gemuk kehilangan bulu buntut dan BURUNGNYA HAHAHA

oh bytheway chibi dh berumur 3tahun lebih sejak duduk dirumah bersama keluarga Lunia :") kucing paling lama mampu kami jaga ada lah dalam 8-9 tahun iaitu mendiang pe'ah ! lama dah dia takda sebab sakit, tsk bila teringat pe'ah mesti rasa nak belasah chibi sebab chibi tak macam pe'ah , chibi pemalas ! chibi busuk ! chibi pengotor ! chibi lembik ! tak garanggggg macam pe'ah, kalau jantan gatal nak ngorat pe'ah mesti pe'ah lempang dia. tapi chibi tak T___Y chibi sanggup lari jauh2 masuk rumah. kadang kadang rasa nak tergelak tengok chibi lari, dia kan gemuk. okay terasa psl gemuk !


kbai.

Minggu, Februari 27, 2011

Berjumpa dan terjumpa diana amir dan sharnaaz ahmad dekat kenny roger's midvalley megamall LOL

Selamat petang.

semalam, sambil bertemu geng ayam sebenarnya saya terjumpa artis, eh terjumpa dan berjumpa artis sebenarnya LOL seorang pelakon perempuan tu sakan berlakon cerita aku masih dara, dan seorang lagi femes dengan menjadi hero ungunya cinta. !

SIAPA hoi? siapa artis yang kau terjumpa dan berjumpa dekat kenny roger's midvalley megamall tu T__________________Y ? dua artis sedang meningkat naik ! dua dua tak available lagi sebab seorang tu dah berpunya, baru sahaja disunting encik tunang . jelesnyaaaaaa tengok dia tayang cingcinggg ituww ;p and seorang lagi dalam proses nak menyunting dedek (?) KAH KAH KAH gosip diaaa, hamboi !


OKAY SEKARANGGG BOLEH LARIKKKKKKKKKKKK ! nanti kene belasah dengan amar and azrie . okay okay, amar amirah dah berpunya ya, jangan siapa siapa gatai nak berkenalan ye T_____________T
lupa nak cakap, amar mesti dah otw nak naik flight balik surabaya :( mesti rinduuuuuuu lagi, entah bulan berapa dapat jumpa amar lagi. tQ sgt amar sbb terima ynn sbg salah sorg kawan amar, terharu rasanya dapat kawan dengan doktor gigi ! HAHA nanti amar ada klinik sendiri ynn nak jadi customer pertama sebab gigi ynn dah rosak teruk T________T
kbai.

Sabtu, Februari 26, 2011

#harapan2011 untuk berjumpa mereka (geng ayamlicious HAHA) tercapai. Alhamdullilah :) terima kasih kalian.

Selamat malam.

syukur alhamdullilah, #harapan2011 (click link itu cepat) untuk berjumpa lassiegewdix, nurainhassan, amar amirah, myzaali and ikahoneybunny dah pun terlaksana ;)) GENG AYAMlicious ini tercipta pun sebab saya nak sangat sangat jumpa dorang, kiteorang kerap bergosip. sebab itu saya teringin berjumpa dan buat harapan2011. heeeee ;))

ika lukis ! kene paksa dgn kiteorang HAHA
asalnya myza dengan amar yang hendak dating dating hari ini sebab amar dah nak balik surabaya esok petang, kemudian ika and ain pun confirmkan yang dieorang boleh join , i pulak memang tak confirm langsung nak pergi sebab gaji tak masuk lagi sampai kering dah duit dalam bank tu T_T

tapi malam tadi confirmkan dengan lassie, sebab lassie pun tak confirm sebab ialah masing masing kaki shopping bulan dua memang banyak benda yang i beli, sampai akhir bulan tekebil-kebil tak ada duit LOL oh sebelum terlupa, thanx banyak banyak dekat ain yang paksa i pergi. HAHA and terima kasih kawan myza, azrieazhar jadi imam muda dan cameraman ! haha and yang paling best lepak dengan dieorang sebab masing masing otak kreatif. lawa sangat dorg lukis. heeee, ini dorang kene paksa melukis ke apa tah HAHA

tandatangan ika dgn huda tak ada sebab dorang dah lariiii ! HAHA
i minta maaf banyak banyak kalau ada yang terasa kiteorang tak ajak ke apa sebab plan ini buat pun macam tergesa gesa lagipun kiteorang pun tak femes macam fatin liyana atau ben ashaari atau heliza helmi yang kalau ajak bertemu semua taknak lepaskan peluang T_T kami cuma kawan rapat yang entah macam mana boleh rapat, mungkin sebab harapan saya hendak bertemu mata dengan mereka, insyaallah ada rezeki kita buat lah , bagitahu tauuuuuu nak ajak lepak sebab saya ini anak emak, duduk bawah ketiak emak sahaja HAHAHA
tadi pun nyaris tak pergi sebenarnya T_T sebab malas gilaaaaa nak bangun ! HAHA
insyaallah, bulan 4 arc13 nak balik malaysia boleh lah kiteorang bergathering dekat sungai pulak ! fezal, ayeem , tqa dan zana sila free kan diri anda dan join okay? ! eh eh andaaaa yang baca ada tak nak join? cepattt emailkan dekat saya blog url anda dan sebab anda nak join di fwzynn[at]gmail[com] HAHA KIDDINGG kalau buat betul betul pun best juga kan? HAHA !

tengah tunggu gambar lagi ! tak sabar nak tengok muka sendiri selepas ditapis gambar yang lawaK ;p
so far, saya pernah jumpa bloggers antaranya raracandyfloss, sickchild72 , syahirul, melromeo, saffa,
hudaoki, arc13, eyriqazz, ery farieha, otak ketat, huda luna, nurul, ynaaohynaa, queenlyana, miraex, mrkay, ayongqila, zuezoey , annekayra ada yang jumpa setakat senyum senyuma sahaja , tapi ada lah yang pandang2 senyum senyum. belum berkesempatan nak jumpa dan berborak dengan mereka hee.

nanti kita update lagi boleh tak? kita bikin awak jeles tau HAHA.

kbai.

Sabtu, Februari 12, 2011

HOW to buy 12 pcs macarons RM12 je with MilkADeal.

Selamat petang.

hai macarons, hai macarons, hai macarons. *DROOL*

tahu tak sejak kebelakangan ini saya sedang berusaha berdansa, boleh pulak nafsu teringin nak cupcakes lah, nak red velvet cake lah and latest boleh pergi youtube cari tutorial how to made a marvelous macarons dekat office ini lepastu air liur meleleh nak makan ketagih oh oh anak ayam .
okay kalau engkau tak tahu macarons ini sejenis kuih lah, kuih orang perancis. orang perancis datang KL cari karipap, orang malaysia tak datang perancis pun tapi nak mencari macarons. macam mana lah kan? nak datang perancis macam susah betul. eh kenapa tak cakap france je? k over.

macarons ni saiz dia kecil je, besar lagi big apple donut (PADAHAL TAK PERNAH MAKAN TAPI MUKA CONFIDENT CAKAP SAIZ DIA) aku tengok tutorial semua suruh buat saiz 50sen, 20sen baru comel kononnya. dan dia SANGAT manis. ini kalau bagi emak atau apak makan confirm kau tadah telinga lima tahun je la kat situ hikshiks tapi sebab teringin, aku semangat nak beli dan semangat nak membazirkan duit aku untuk sebiji macarons.

tahu tak harga dia (lain penjual, lain harga k, ni paling maksimum aku pernah tengok dekat belog bakery mcm tu) rm2.50 sama macam big apple donut? TAHU TAK? walaupun harga dia mahal tapi nak RASA JUGAK ! dah rasa baru tahu sedap ke tak betul tak? lain orang lain pendapat dia. kihkih.

ala ala tomei macarons kalau tak sanggup makan kau buat rantai tau hiksss
tapi milkadeal dah keluarkan iklan yang sebiji macarons bersamaan rm1. kau beli 12biji hanya rm12 je harga lain boleh cecah rm45 k? tak termasuk postage pulak *pengsan* jadi, jom lah weh join milkadeal walaupun dulu aku tak minat pun iklan milkadeal ni, langsung tade earning pun *mukakecewa* kalau berminat nak cuba macarons , boleh pergi




// okay baru perasan ada payment options dekat left form tu. SO APA LAGI? jom sign up milkadeal ( guna FACEBOOK ANDA) beli macarons from piqa bakery and collect coupon FB first time login;p

kbai.

Kamis, Februari 10, 2011

Ungunya Cinta

Selamat malam.

siapa tengah boring? jom tengok ungunya cinta dekat astro ria now. serius suka sangat dekat sharnaz ahmad. masa dia berlakon dalam k.a.m.i tu i tak berapa nampak dia hihi tapi dalam telemovie ini dia sangat cool. i suka lelaki yang tak cepat cair or baik and kekal gengster ikut kepala dia walaupun awek tu cun. hensem ah sharrnazzz hensem ahhhhhhhhhh

cair dengan sharnazz dalam cerita ini oh tidak T_______T

SINOPSIS
Ungunya Cinta mengisahkan Ungu, gadis yang meminati bidang nyanyian dan bercita-cita menjadi penyanyi terkenal. Waktu sama, Ungu yang baru saja menuntut tahun pertama di universiti, bekerja sebagai guru tuisyen sewaktu cuti semester bagi mencari wang saku. Cerita bermula apabila Ungu terpaksa mengajar Andi, anak Datin Moon yang juga sahabat ibunya, Rubiah. Andi mempunyai perangai 'anak orang kaya yang panas baran dan perengus'


OST UNGUNYA CINTA - Rindu setengah mati - dmassive.

aku ingin engkau ada di sini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu


reff:
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati . More here Rindu setengah mati - dmassive.


cerita dia comel. serius comel gilaaa, macam jarang i dengar dialog dalam filem ada mampos ada bodoh ada macam macam punya dialog ah. lepas tu aku menyampah gila perempuan rambut pendek yang marah orang panggil dia chikaro. dah memang kau mcm chikaro. eh emosi betul aku dengan budak rambut ni HAHAHA 'mulut bau longkang, ketiak bau masin' HAHAHA lawak gila ah cerita dia ni. adeh puas aku gelak.
oh cerita ini takda hepy ending ;( andy ada barah otak. sedihhhhhhhhhhhhh nangisssss T_______T
kene kutuk dekat entry ini. hmm

kbai.

Jumat, Januari 21, 2011

Hanis kamal dan 6 progresif buat aku terpaku depan televisyen.

Selamat petang.

setiap malam kghamis kalau anda sedar, banyak sangat cerita menakutkan akan keluar di stesen televisyen seperti saka jentayu atau niyang rapik (LAMA !) , atau sundelbolong ( astro CITRA ) , atau MISTIK alam hitam dan semua lah yang cerita pasal scary tu padahal tak ada pun scary, tak ada pun saya terperanjat terjerit jerit macam haku tengok damping malam malam tadi. alah bukan seram pun cerita damping malam tu, semua orang kutuk termasuk pandayam garang ini. keh keh keh tak pasti korang boleh tengok link album papanda tu kot.

tapi sejak 13 januari, haku dah bergembira apabila menonton TV9, dan keluar cerita comel lakonan zahiril adzim, abu (T_T NAS -t sebenarnya nama dia ) hanis kamal (! - hensem ahhhh), nabila dally and faralyana idris. tajuk cerita dia 6 progresif pernah tak anda tengok atau tertengok? saya sukaaaaaaaaaaaa *eksaited*
Seorang Budak Baru telah dihantar oleh bapanya ke sekolah tersebut setelah dibuang sekolah atas salah faham bahawa dia telah meniru semasa peperiksaan. Di SMK Sungai Terok, Budak Baru (Hanis Kamal) telah ditempatkan di dalam kelas 6 Bestari, kelas aliran Sains yang terbaik di sekolah itu oleh Cikgu Ahmad, lalu dia berkenalan dengan Nik Adli (Zahiril Adzim), Dahlia (Faralyna Idris), Lily (Nabila Dally) dan Kecoh (Nas-T).
Lily merupakan seorang pengawas sekolah dan Kecoh adalah Ketua pengawas sekolah dari kelas 6 Bestari. Nik pula merupakan ketua kelas 6 Progresif dan Dahlia juga seorang pelajar dari kelas 6 Progresif.Tiba tiba budak baru diarahkan bertukar ke kelas 6progresif dimana Kelas 6 Progresif adalah sebuah kelas yang penuh dengan pelajar-pelajar ”reject” dan untuk aliran kemanusiaan. Pergolakan berlaku apabila Budak Baru dilantik secara rasmi untuk menjadi penolong tingkatan 6 Progresif ekoran pertolongan Nik menyelamatkan Budak Baru dari geng rempit dan geng sideburn. Budak Baru melalui hari-hari di SMK Sungai Terok dengan pelbagai konflik yang amat menguji kesabarannya.


aik, kenapa budak baru kene masuk 6 progresif pulak sedangkan dia dari 6 bestari? kalau nak tahu sila lah tonton cerita ini HAHA. serius cerita dia comel. dengan 'budak baru' yang nama sebenar dia hanis kamal lagi betambah comel, lagi lagi bila geng sideburn dengan geng rempit berebutkan dia. HAHAHA harap cerita dia akan sentiasa comel taknak lah episod pertama dan kedua comel, episod kelima terus tak comel dah T_T btw zahiril adzim dengan nas t memang ah buat aku rasa nak terpacak depan tv je . ah apasal aku angau ni tsk

terpaku tak? :D

oh terlupa, TQ so much dekat nurdiyana96 and zahiriladzim yang sudi bagitahu saya yang blur ini nama sebenar budak baru. HAHA aku siap tweet zahiril tau, tengok lah zahiril siap balas lagi :) tq so much. means artis ni tak ada lah sombong sangat even ada yang busy gila tapi masih sempat nak balas tweet peminat blur macam saya ni HAHA. eh btw siapa tahu twitter hanis kamal or fb dia, share share lah AHAHA



okaithnxbai.

Jumat, Januari 14, 2011

Yiyin nak izinkan awak pergi ujibakat imam muda. pergi lah

Selamat petang.

YIYIN : emak, yana rasa macam nak izinkan lah fwz pergi uji bakat imam muda. mana tahu kalau dia menang boleh kaya raya, dan famous. boleh terasa kepopularan dia , WUWUWUW (muka eksaited aku cerita dekat emak )

EMAK : haaa, lepas tu makan hati kalau dia cari orang lain.

YIYIN : EH haah, dia pun boleh tahan hensem pulak tu. taknak ah.

EMAK : ha tau pun.



maksud dia dekat sini, emak saya sendiri mengaku pakwe saya hensem tapi haku taknak lah cerita dekat fwz karang dia boleh perasan macam dia itu michael owen pulak dah. paling kurang pun dia ingat dia shaheizy sam *nangis* eh ada haritu aku cakap 'eh b, ramai perempuan add facebook eh?' boleh pulak dengan muka bangga dia cakap 'biasa lah, orang hensem' *pehh, rasa nak tarik tudung masa tu juga. grr

oh bytheway, saya rasa macam tak puas hati dengan warna header kali ini . tapi saya nak macam serasi dengan color background dekat belakang ini yang berwarna grey. SERIUS sangat tension sekarang T_________T

entah, saja nak update letak gambar lelaki pulak tiba tiba.

okaithnxbai.

Sabtu, Januari 08, 2011

DAH CANTIK TERUS JADI SEKSI MEKSI?

Selamat pagi.

kenapa eh , bila someone dari tidak berapa cantik menjadi ke orang cantik selepas itu mula pandai bergaya selepas itu mula over seksi selepas itu mula membuatkan saya macam terpinga pinga. perlu ke saya yang tak cantik macam megan fox, tiba tiba berubah menjadi cantik lebih dari megan fox, mengubah cara pemakaian saya? perlu ke ? WAJIB KE?
kalau ubah ke pakaian jubah (EHEM) adalah syukur, tapi kalau berubah ke baju berleher U dan tudung siap di ikat di leher. perlu ke? tak faham ah, kenapa dan mengapa. semua nak up to date. haku pun nak, haku pun nak seksi seksi HAHAHA tapi aku rasa tak perlu lah, tak wajib, haram lagi adalah pakai seksi meksi mcm tu.

tiba tiba liyana lunia cakap mcm ni adalah pelik, kata anda. IA pelik lah tiba tiba aku cakap benda ni, cuma aku tengok tv lagi lagi impian anggun atau pakar kejelitaan, bila dia dapat kuruskan badan terus nak ubah cara penampilan, terus pakai baju ketat padahal masa engkau comel , baju mana ada ketat ketat pun kan? tak sanggup pun nak pakai ketat ketat pun . WUWU

dan, saya pelik bila ada orang yang dulunya baik dgn saya hanya kerana nak mempromosikan diri beliau kemata dunia, sekarang nak LIKE entry haku pun susah ye kak? dulu kemain nak mengendeng sahaja kerjanya. sekarang dah tak, dah ada geng , mana ada nak pandang dah. mungkin dengki dengan aku leteww, takpa takpa. saya yang bayar domain blog ini tauu.

okaithnxbai.

Kamis, Desember 16, 2010

Hack Profile facebook? MANA ADA HACK NYE PUN

Selamat tengahari

haiiiikorunkkkkkKKKKKKKK *nada gedik nak matiksss* :B

kejap lagi lepas lunch, saya nak pulang kerumah, hendak buat cake choc moist untuk mama and apak yang akan sampai ke KLIA 8.30pm . wee tak sabar. btw pasangan gay eny and cikepal suka sangat tawww tweet tweet dekat twitter HAIIIKORUNKKK mcm tu. i pun tak faham kenapa tapi i faham lah sikit sikit, aww bila cakap hai korunkkk camtu terus i macam nak over gedik gedik gitu AWWW :B


tapi please lah, tak reti la nak gedik gedik, lagi lagi dalam belog. kalau sms dengan boyfren pun tak reti nak gedik taww HAHA over. okay tengok profile pix (entah apahal picture jadi pic lepastu jadi pix ? ) saya dekat facebook dah agak comel dengan gambar saya sendiri AWW. hot tak? rasa macam hengkau pun nak juga tak?

ini contoh profile facebook otai. HAHA maksud otai ini adalah orang lama yang sudah berumur dan tahap wajib kawin dah (matikk hakuuu)

1. Chokilalat



2. Roslan Nazri.




serius saya hangin gila tengok profile chokilalat sebab lawa dengan ketapi kuning tu grr, tapi saya tak ada gambar ketapi T__T nanti saya nak ambil gambar dengan t-rex warne pink . tunggu lah nanti wuu.

siapa nak hack profile facebook lah sangat ini, boleh refer sini .
credit : amanz, tqa wonderland , roslan nazri :DDD

NOTA :

masa nak upload tu, pilih simple uploader ye. sifu saya suruh pilih simple uploader, senang . TQ SIFUU, sorry kacau BBM :D

okaithnxbai.

Senin, Desember 13, 2010

Sue anna joe datang belog Liyana Lunia terharu :B

Selamat pagi.

hari ini, hari nuffnang pening kepala. sebab semua benda tak boleh stalk :( contoh dia tak boleh stalk earning (*stress) , analytic (*stress) and keyword (*paling stress lagi lagi kalau orang suka main keyword macam awak :B) , walaupun saya ada webmaster tools ke atau blogspot stats ke, entah kenapa nuffnang juga aku suka. orang cakap nuffnang mentipu , tapi apaadahal, selagi dia tak songlap duit haku yang sikit giloa itu tak ada masalah T_____T



tiba tiba buka analytic macam nak menangis bila tengok sue anna joe mendatang ke belog ini (?) tak tahu kenapa dan apa tujuan, kak sue tak tinggal jejak pun tapi tak apa, nuffnang dh berjaya buat saya menangis terharu (ECECEHAHAHA) , saya peminat setia budu dan belacan. ini budu dan belacan bukan makanan ye, ini nama belog ye. jangan main main nama belog pun boleh mempengaruhi insan yang moden mcm saya, lagi lagi orang jarang makan budu bila baca nama belog terus teringat nasi kerabu pasar malam dekat area rumah, oh sedapnyaa (T____T)

kenapa haku suka stalk bududanbelacan? sebab kakak sue anna joe , atau panggil sahaja kak sue lah harap dia tak kisah dan harap sudi datang lagi belog aneh ini :B sebab haku sukaaa semua self-potrait dia. lawa gila T_______T kenapa kah aku tidak boleh mengambil gambar sendiri dengan begitu lawa sekali?

dan entry ini, patut baca untuk orang macam haku. yang english kelaut HAHA

btw mungkin lah kak sue just passing by my belog kan, tak baca pun (KOT?) tapi takpa nak juga terharu atau kawan dia buka belog saya kan, apa apa pun nak jugaaaa terharu KAH KAH KAH stress punya pasal lah ni grr T_________T

okaithnxbai.
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !