Tampilkan postingan dengan label share. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label share. Tampilkan semua postingan

Minggu, Februari 13, 2011

Saya dah beli macarons rm12 di milkadeal.com and piqa's bakery YEY.

Selamat malam.

berkaitan dengan macarons 12 biji rm12 itu hari, kalau ada yang masih blur blur nak beli macam mana atau takut nak buat deals, try lah. sekali signup dapat rm5.00 tauuuu. bila dapat rm5.00 , awak boleh purchase tapi kene tambah rm7.00 je guna cimbclicks atau maybank2u korang tu. PERGI



sign up, dapat free credit rm5 dan bayar macarons tu rm7 tau ;)

MASIH on, cepat beli !

tambah 5 sebagai credit dan lihat hanya anda perlu tambah rm7 lagi

BAYAR BAYAR ;p

VOUCHER YANG PERLU DICETAK selepas awk purchase step diatas YEY
so far, i rasa suka dengan milkadeals, tak sabar nak tengok deals yang menarik lagi ! YEY. oh bytheway macarons tu, korang kene pickup sendiri dekat premise dia dekat klang atau dia boleh deliver ke klang, subang or shah alam tapi kene contact dia lah and deal. i pun tengah pening nak minta post tak boleh T___T habis kene buat apa ni HAHA tak apa, lepas je kita dah bayar, dapat voucher and voucher tu expired 30 april 2011.
so lama lagi nak fikir bila nak pergi ambil macarons. yang penting engkau kene print voucher tu and tunjuk lah dekat piqa's bakery. kalau engkau tak bawa macam mana nak dapat macarons tu. rugi lah bukan? HAHA baiklah demam macarons dah nak tamat. ini ada beberapa step nak purchase sementara masih sempat. ingat lagi 1 hari 4 jam lagi untuk korang purchase ;)

// i nak tolong korangggg ni HAHAHA !
♥ kbai.

Sabtu, Januari 29, 2011

minyak dagu, bahaya tak kesan dia?

Selamat petang

MAAF. Ucapan pertama saya, entah kenapa mood berblog tidak begitu mengizinkan lebih lagi encik delly mula buat perangai off sendiri. Padahal ada kerja penting tapi tak dapat buat mengikut waktu yg ditetapkan :( malu dekat diri sendiri tsk.

Pagi ini, muka surat depan, pelakon wanita 'D' nama dia telah terkena satu perbuatan keji iaitu mencalitkan minyak dagu. Aku fobia dgn minyak dagu sebab pernah tengok satu movie thailand tapi tak ingat tajuk yang dia masukkan minyak dalam air perempuan yg dia suka, but bila perempuan tu mati, dia tak tenteram and mayat perempuan ini nak dia sehidup semati dgn dia

Tak ke seram bunyi dia? Tsk khurafat betul !

Kasihan pelakon ini, bila dah baik, suami dia ceraikan dia walhal dia adalah mangsa keadaan, tapi kenapa taknak bgtahu ex suami ko eh? Hmm baca lh kisah dia, sedih sgt ! Gadis gadis manis diluar sana, pelis jaga diri, jaga kata jgn buat org mrh dekat kita, sbb diaorg kalau mrh boleh guna benda khurafat mcm ni lah, yang jadi mangsa adalah perempuan !

Tapi aku rasa cerita thailand tu, perempuan yg buat kat lelaki skadar suka suka, last last hantu lelaki tu ikut dia. Pehh scary :(

// oh rasanya cerita dia bangkok haunted lah.


ohhhh, dan kali kedua puding roti baru buat macam menjadi. atas tu chokolate heh, jangan nak pengsan ! eh nanti resipi haku updateeeee. mwahhhh uolss !

♥ okaithnxbai.

Jumat, Januari 21, 2011

Hanis kamal dan 6 progresif buat aku terpaku depan televisyen.

Selamat petang.

setiap malam kghamis kalau anda sedar, banyak sangat cerita menakutkan akan keluar di stesen televisyen seperti saka jentayu atau niyang rapik (LAMA !) , atau sundelbolong ( astro CITRA ) , atau MISTIK alam hitam dan semua lah yang cerita pasal scary tu padahal tak ada pun scary, tak ada pun saya terperanjat terjerit jerit macam haku tengok damping malam malam tadi. alah bukan seram pun cerita damping malam tu, semua orang kutuk termasuk pandayam garang ini. keh keh keh tak pasti korang boleh tengok link album papanda tu kot.

tapi sejak 13 januari, haku dah bergembira apabila menonton TV9, dan keluar cerita comel lakonan zahiril adzim, abu (T_T NAS -t sebenarnya nama dia ) hanis kamal (! - hensem ahhhh), nabila dally and faralyana idris. tajuk cerita dia 6 progresif pernah tak anda tengok atau tertengok? saya sukaaaaaaaaaaaa *eksaited*
Seorang Budak Baru telah dihantar oleh bapanya ke sekolah tersebut setelah dibuang sekolah atas salah faham bahawa dia telah meniru semasa peperiksaan. Di SMK Sungai Terok, Budak Baru (Hanis Kamal) telah ditempatkan di dalam kelas 6 Bestari, kelas aliran Sains yang terbaik di sekolah itu oleh Cikgu Ahmad, lalu dia berkenalan dengan Nik Adli (Zahiril Adzim), Dahlia (Faralyna Idris), Lily (Nabila Dally) dan Kecoh (Nas-T).
Lily merupakan seorang pengawas sekolah dan Kecoh adalah Ketua pengawas sekolah dari kelas 6 Bestari. Nik pula merupakan ketua kelas 6 Progresif dan Dahlia juga seorang pelajar dari kelas 6 Progresif.Tiba tiba budak baru diarahkan bertukar ke kelas 6progresif dimana Kelas 6 Progresif adalah sebuah kelas yang penuh dengan pelajar-pelajar ”reject” dan untuk aliran kemanusiaan. Pergolakan berlaku apabila Budak Baru dilantik secara rasmi untuk menjadi penolong tingkatan 6 Progresif ekoran pertolongan Nik menyelamatkan Budak Baru dari geng rempit dan geng sideburn. Budak Baru melalui hari-hari di SMK Sungai Terok dengan pelbagai konflik yang amat menguji kesabarannya.


aik, kenapa budak baru kene masuk 6 progresif pulak sedangkan dia dari 6 bestari? kalau nak tahu sila lah tonton cerita ini HAHA. serius cerita dia comel. dengan 'budak baru' yang nama sebenar dia hanis kamal lagi betambah comel, lagi lagi bila geng sideburn dengan geng rempit berebutkan dia. HAHAHA harap cerita dia akan sentiasa comel taknak lah episod pertama dan kedua comel, episod kelima terus tak comel dah T_T btw zahiril adzim dengan nas t memang ah buat aku rasa nak terpacak depan tv je . ah apasal aku angau ni tsk

terpaku tak? :D

oh terlupa, TQ so much dekat nurdiyana96 and zahiriladzim yang sudi bagitahu saya yang blur ini nama sebenar budak baru. HAHA aku siap tweet zahiril tau, tengok lah zahiril siap balas lagi :) tq so much. means artis ni tak ada lah sombong sangat even ada yang busy gila tapi masih sempat nak balas tweet peminat blur macam saya ni HAHA. eh btw siapa tahu twitter hanis kamal or fb dia, share share lah AHAHA



♥ okaithnxbai.

Selasa, Januari 18, 2011

Binatang ini yang menakutkan saya. AWAK?

Selamat pagi.

hari ini kita belajar pasal haiwan mahu tak? kalau tak mahu esok awak buasir saya tak tahu. AIYOKKK (T_T) okay macam ni, ada dua binatang paling comel dalam list binatang yang menakutkan. dah lah comel, menggeramkan betul rasa nak peluk peluk :D

lapan binatang menakutkan. dua daripadanya adalah comel iaitu gizzly bear dan serigigala

binatang yang pertama :

teddy bear.

comel kan? dah lah comel, gemuk, gebu tapi tahu tak engkau dia ini walaupun gemuk , gebu tapi dia pantas (?) tahu tak dia boleh kejar watson nyambek kalau dia rasa watson nyambek sibuk kacau bini dia. tahu tak? baik lah haku pun baru tahu.

-f you’re planning a trip to the wood please check if there is some kind of guide how to avoid them.

binatang yang kedua :

serigigala ( eh mengada nak eja serigigala pulak aku ni)

serigala memang kalau engkau tengok dia punya gambar pun memang scary ah dengan gigi tajam tajam dia tu. dah lah dia suka *auuummmm, auummmm* malam malam lagi buat aku scary. aku tak harap pun nak bela dia sebab dia memang scary (berapa banyak entah scary)

binatang yang ketiga :

tikus (kaum kerabat zety)

kah kah kah secara jujurnya haku pun takut dengan tikus, lagi lagi kalau dia besar macam anak kucing perghhh, seram gilaaa kalau dia jalan kemain laju pulak tu tapi saya berminat nak bela seekor hamster sebenarnya tapi haku tak puas hati bila nak pegang dia, nanti dia leperkan badan, susah nak pegang terus tak ada mood. sebab itu aku bela chibi, senang (!)

binatang yang keempat :

piranha

ini ikan , dalam piranha 3d tak best langsung. dulu zaman kecil kecil masa ada piranha the movie memang aku scary sebab piranha dulu nampak mcm real, piranha sekarang dah tak real dah, tapi aku suka piranha sebab diaorg bergerak dalam group. lima minit dia makan watson nyambek terus hilang dah (T_T)

binatang yang kelima :

jerung.

ini binatang aku memang tamau jumpa langsung, walaupun comel tapi aku tak minat. sangat femes ini binatang dalam baywatch (?)

binatang yang keenam :

ular.

siapa tengok dining with dekat channel 703 minggu lepas? engkau tengok tak yang dia ini kene makan oleh orang filipina or vietnam tak ingat tapi memang syok tengok ular kepala kene penggal masih hidup, bernafas kepala dia sambil tu orang ini pergi rebus ular tu dan ular masih hidup, dia pergi siat kulit ular tu. tengok tak? (emosi) aku tamau jumpa ular, dah lah scary.

binatang yang ketujuh :

lelabah.

ada orang fobia eh tengok gambar lelabah? kenapa aku tak scary pun? hihi tapi kalau jumpa tarantula tu memang aku pengsan, scary ah tengok muka dia T_T

binatang yang kelapan :

LOA LOA WORM

This one is pretty unknown worm but that doesn’t stop me to put it as the most horrific animal on this list. They can be found in Central Africa’s rainforests and they can cause really scary disease which may cause some worms to grow in human’s eye. In order to remove them from the eye, medics are forced to do not so comfortable operations on eye which includes scalpel and cutting.

- oi, scary gilaaaaaaaaaaaaaa ! terus sampai lapan binatang menakutkan je.

♥ okaithnxbai.

Senin, Desember 13, 2010

Sue anna joe datang belog Liyana Lunia terharu :B

Selamat pagi.

hari ini, hari nuffnang pening kepala. sebab semua benda tak boleh stalk :( contoh dia tak boleh stalk earning (*stress) , analytic (*stress) and keyword (*paling stress lagi lagi kalau orang suka main keyword macam awak :B) , walaupun saya ada webmaster tools ke atau blogspot stats ke, entah kenapa nuffnang juga aku suka. orang cakap nuffnang mentipu , tapi apaadahal, selagi dia tak songlap duit haku yang sikit giloa itu tak ada masalah T_____T



tiba tiba buka analytic macam nak menangis bila tengok sue anna joe mendatang ke belog ini (?) tak tahu kenapa dan apa tujuan, kak sue tak tinggal jejak pun tapi tak apa, nuffnang dh berjaya buat saya menangis terharu (ECECEHAHAHA) , saya peminat setia budu dan belacan. ini budu dan belacan bukan makanan ye, ini nama belog ye. jangan main main nama belog pun boleh mempengaruhi insan yang moden mcm saya, lagi lagi orang jarang makan budu bila baca nama belog terus teringat nasi kerabu pasar malam dekat area rumah, oh sedapnyaa (T____T)

kenapa haku suka stalk bududanbelacan? sebab kakak sue anna joe , atau panggil sahaja kak sue lah harap dia tak kisah dan harap sudi datang lagi belog aneh ini :B sebab haku sukaaa semua self-potrait dia. lawa gila T_______T kenapa kah aku tidak boleh mengambil gambar sendiri dengan begitu lawa sekali?

dan entry ini, patut baca untuk orang macam haku. yang english kelaut HAHA

btw mungkin lah kak sue just passing by my belog kan, tak baca pun (KOT?) tapi takpa nak juga terharu atau kawan dia buka belog saya kan, apa apa pun nak jugaaaa terharu KAH KAH KAH stress punya pasal lah ni grr T_________T

♥ okaithnxbai.

Selasa, September 28, 2010

macam mana nak main masak² secara keji?

Selamat petang,

huwaaa, entry semua pendek pendek, nak cerita pasal diri sendiri pun tak sempat, nak pergi melencong ke belog orang lain juga tidak dapat. hari ini dah dapat dah gaji, alhamdullilah murah rezeki saya dapat lah naik sikit dari last month punya. gaji lost month pun tinggal rm123 u know why kan HAHA T________T



macam mana nak main masak² secara keji? macam video di atas lah ;) video ini saya tengok dalam the biggest restaurant kot but dikongsi oleh fanpages mrnamie. THANKS tauuu. first time aku tengok dalam the bbiggest restaurant channel 713 , menjerit jerit okeh . tak tahan tengok ikan tu T__________T

// click sini untuk cara cara meletak video facebook ke dalam blog.

♥ okai bai.

Jumat, Agustus 20, 2010

Resipi mudah : Ayam masak lemak cili padi.

Selamat petang.

hari ini, kalian hendak berbuka apa heh? selalunya sebelum pergi kerja tugas anak mithali seperti saya adalah berbincang dengan emak untuk lauk berbuka. sebab anak mithali semua pergi kerja tak dapat membantu emak (T_T) jadi terpaksa lah berbincang terlebih dahulu.

jadi bincang lah kami anak beranak sebelum sampai ke tempat kerja. buat pengetahuan kamu, saya adalah pencinta ayam. (T_T) sebab itu acik acik dekat unisel panggil saya ayam wu wuuuu. entah kenapa suka sangat dekat ayam, kalau bagi pilihan ayam, kambing, daging pasti ayam adalah pilihan hati. habis kalau bagi siput babi confirm saya tak nak pandang pun . lagi teruk kalau bagi pilihan makan mimi, lagi saya tak nak.


Credit : google.
eh terpanjang pulak bebel. saya kalau dapat bebel dekat belog memang panjang, risau kalau kamu pengsan nanti habis batal puasa siapa pula nak bertanggungjawap? (T_T) oh akhir nya emak setuju masakkan ayam masak lemak cili padi dengan sambal ikan bilis goreng kentang.

jadi menu berbuka hari ini adalah ayam masak lemak cili padi LOL.

Resipi mudah ayam masak lemak cili padi.
  • ayam 6 ketul
  • santan kelapa dari kotak kecik
  • bawang merah 2 ulas (blend)
  • bawang putih 3 ulas (blend)
  • kunyit ( ambil sikit cm sebesar ibu jari baby ;p) (blend)
  • cili padi 12 biji (blend)
  • sekeping asam keping
  • sebatang serai (dititik)
Cara cara.
  1. panaskan periuk, jangan terlalu panas dan masukkan bahan yang sudah diblend kedalam periuk. tambah sedikit air.
  2. masukkan ayam dan serai ke dalam periuk, dan biar kan bahan blend sedikit kering.
  3. masukkan santan . tambah kan sedikit air supaya tidak terlalu pekat
  4. kacau sehingga mendidih dan siap utk dihidangkan.
// ada kenangan manis sebenarnya ayam masak lemak cili padi ni, mungkin akan diceritakan kemudia. hihi

♥ okai bai.

Rabu, Agustus 18, 2010

(Video) Lelaki lembut kaki pukul pfft

Selamat petang.

kerja hari ini adalah mengupload gambar ke dalam website sahaja selain itu bermain game lip ice yang comel, selain itu bergosip dengan teman tersayang, selain itu ehem apa lagi heh? tak ada dah lah semua dah cakap dekat atas T_________T


motip ai letak gambar fahrin? sebab beliau hotsssssss *drooolllss*


oh, lupa selain itu membuka semua video yang kawan kawan facebook share. semua video yang ngeri dan annoying sahaja, yang mcm cinta cinta i tak layann. (T_T) sekarang saya perasan ramai share video lelaki dayus pukul perempuan kan? sekarang pun dekat akhbar pasal suami terajang perut isteri hamil 6bulan pun ada. masing masing dah kene sawan anjing kot? LOL

ini satu video, lelaki lembut aww aww pukul perempuan. lawak pun ada. jalan terhuyung hayang tapi kuat hentam orang ni.

aww aww gituuu.



♥ okai bai.

Selasa, Agustus 10, 2010

Niat Puasa Ramadhan, Doa berbuka puasa dan Doa selepas berbuka.

Selamat malam.

Oh kepada siapa yang belum peka, memang confirm esok, 11/08/10 sudah bermulanya ramadhan means kita semua umat islam akan menahan lapar dan dahaga, menahan nafsu, menahan hati , menahan anggota badan dari melakukan perkara yang membatalkan puasa. sebulan dalam setahun sahaja apa salahnya kita jangan buat perkara perkara tak baik.
mungkin dapat kuruskan badan YEEHAWW gedik :P padahal berbuka dah siap siap nak pilih menu macam kuih sampan lah, atau macam nak menggada ngada pergi minta nasi tomato lah atau lebih ekstrem tiba tiba nak makan pizza hut dengan air tebu lah eh melalut pulak padahal baru cakap kene tahan nafsu T______T

okay di pendekkan cerita, mari saya bagi anda sedikit ingatan lah mana tahu anda sudah lupa niat puasa, doa sebelum berbuka dan doa selepas berbuka ( serius saya baru tahu doa selepas berbuka, jadi mari lah amalkan bersama )

credit besar untuk zelo kacak.

Lafaz Niat Harian

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Doa Berbuka Puasa


Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Doa Selepas Berbuka Puasa



Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
rindunyaaa memori berpuasa dekat unisel dengan teman tersayang. phew memori macam kejutkan fwz bangun sahur lepas tu dia mengadu makan sardin kosong sebab malas nak masak, masak spagheti pedas gila, masak bihun pedas gila, pergi bazar, beli air sedap gila.

tahun ni tahun yang penuh saya berpuasa dekat rumah, sebab dua tahun lepas saya berpuasa dekat unisel. rindunyaaaa perangai masing-masing yang gila letak jam loceng depan bilik masing2 sebab nak suruh bangun sahur HAHA kelakar :(
Selamat Berpuasa readers Liyana Lunia yang tersayang. terima kasih banyak banyak sebab sudi singgah belog ini :)
♥ okai bai.

Rabu, Agustus 04, 2010

Buaya tembaga seberat satu tan di temui mati di Tanjung Agas.

Selamat pagi.


hello abang crocs gengster, sekarang ini dah kecoh cerita pasal abang yaa.
Memang benar ada buaya di Port Dickson!
Buktinya adalah penemuan bangkai seekor buaya tembaga berukuran 5.48 meter dan ukur lilit 2.43 meter dengan berat lebih kurang satu tan di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas, Port Dickson di sini hari ini. - 2 Ogos 2010.

best lah dorang dapat simpan memori dengan buaya yang dah mati T_T
itulah, dulu kecoh isu buaya geget kaki seorang abang tapi semua tak percaya. sekarang tengok, OH TIDAK betul lah apabila seekor buaya ditemui mati dekat tanjung agus agas semalam. pulak dah. buaya tu pulak seberat sebuah lori yang tecik tu tahu tak? ala yg 1tan tu, ala kalau nak tahu boleh pergi timbang lori dekat sebelah awak tu (T_T)

dan baru saya tahu tanjung agus tu dekat saja dengan tanjung tuan. dan saya pula baru lepas berjimba jimba ( cakap macam baru semalam pulak, padahal baru 6bulan yang lalu LOL ) dengan family dekat regency hotel bulan februari yang lalu.

siapa tak lemah semangat boleh tengok kaki abang kene geget dengan abang crocs gengster dekat OH TIDAK Buaya Di Portdickson bulan januari yang lalu.
aku tak puas hati lah buaya tu kene tembak :( kesian dia tau tsk
UPDATE :



nampak tak kawasan macam kepulauan tu? yg hujung sana belah kanan tu? kakak saya cakap, dekat situ lah buaya yang gigit kaki seorang abang hari itu. pfft dekat ke tak dengan tempat mandi manda saya? gila okay, kalau tak dah hilang sebelah jari dah (Pengsan)

♥ okai bai.

Minggu, Agustus 01, 2010

Ternyata Katy Perry lagi gorgeous dari Liyana Lunia

selamat pagi.

ini lah sebenarnya untung duduk dekat rumah sambil buka mtv world stages punya website and tunggu katy perry saja. sambil itu perasan macam katy pery nak balas msg saya dekat twitter. tapi tak apa. saja nak share gambar dia yang saya ambil dari mtv. HA HA HA

katy perry live in mtv world stage
cantiknyaa kakak saya ni :P
katy perry live in mtv world stage
OMGISHH saya suka sangat mata dia tu. and lawa gila gambar ini :DDD
katy perry live in mtv world stage
oh angin, habis seksisss kakak ai tawww.
oh saya sangat cair dengan ini makcik lah, sangat sangat sangat membuatkan saya rasa nak geget beliau. mata dia besar gilaa, and dia pun comel gila. oh saya terasa gay sekarang T_____________T

// hmm. tahniah kepada anda, yang berjaya bercakap cakap dengan beliau di belakang pentas.. TAHNIAHHHHHHH.

bai.

Senin, Juli 26, 2010

Mia Sara Nasuha akan muncul dalam slot akasia Epilog Syurga Cinta.

Selamat petang.

// cepat cepat buka tv3 now. mia sara dah mula menunjukkan aksi comel beliauuu :D
Epilog Syurga Cinta
isnin hingga khamis - 6.30 - 7.30 pm
mia sara nasuha

HAAAAAAAAAAA mia sara nasuha dah kembali. tapi tak nak cerita pasal nurkasih the movie sebab kita nak cerita pasal slot akasia yang terbaru, epilog cinta (oh, harap dia guna soundtrack lagu epilog cinta dari bromie - suhaimi mior hassan tu. best gilaa HAHA ). ini akan datang ni, seminggu before puasa agaknyaaa. and mia sara akan berlakon sebagai 'mia'.

habis lah habis lah lepas ini jammed terus lah twitter dengan luahan hati teman twitter saye tentang kecomelan mia sara ni T_______T mia mia, bila besar nanti jangan jadi macam kakak pasha tauu? mia kene baik baik sahaja kalau boleh macam mama lisa biar tak banyak cerita buruk pasal mia.

mia sara nasuha

kakak ( ehem ada juga makcik pakcik atuk nenek semua pun suka mia :P ) semua sayang dekat mia walaupun kita tak pernah jumpa ? tapi tak apa janji mia buat kami suka terasa hendak menjadi emak secepat yang mungkin LOL HAHAHAHAHA

oh oh cerita terbaru pasal mia, encik judinbo dan cik annadzirah and cik lizarazak yang bising bising dekat twitter siap main teka teka siapa jadi hero dan heroin epilog cinta. bila saya baca komen papa mia dekat facebook fan mia, cerita epilog cinta ni adaptasi dari filem syurga cinta. lepastu terbayang muka haziq yang saya tak berasa suka sangat tengok dia tu. HAHA sebab dia macam over, banyak cakap lepas tu annoying kot (tak apa haziq, ramai lagi suka awak HAHAHAHAHAH T________T)

mia sara nasuha
zizan sebagai abang 'mia'

belum tahu cerita dia macam mana, tapi hope cerita dia makin sweet bila ada mia sara sebab demam kakak kakak hot dekat mia sara macam tak kebah kebah HAHA.

itu ada gambar sikit saya ambil dari fanpage mia, oh btw fan page ni yang baru, yang lama papa mia kata kene block? ksian nyaaa fan dia dah ramai gila. tapi tak apa, kakak kakak hot semua kan sayang mia kan? HAHAHAHHAA


mia sara nasuha

fida gadis pantene yang cantik menawan :D

Senin, Juli 19, 2010

Sepit baju juga boleh jadi sepit rambut anda.

selamat petang.

hai kawan kawan, yang rajin sangat singgah ke belog berhantuu ini LOL kau jangan cakap pasal hantu, semalam update pasal cerita seram pun dah seram sejuk sebab update sebelum tidur, jadi jangan lagi cakap pasal benda seram takut nanti tak lena tidur ( tipu, padahal berdengkur keenakan LOL )

penyepit baju

anda kenal tak dengan gambar di atas? kenal tak? okay itu adalah penyepit baju. atau ada orang guna untuk sepit muka atau sepit telinga anak kalau anak itu degil dan memang kene ajar jadi kita sepit penyepit itu dekat telinga supaya menjadi anak yang baik. eh tak, saya tak belajar dari siapa siapa, memang saya suka sepit baju disepit dekat telinga. saya yang suka sebenarnya T_T

oh oh, selain itu kalau anda anda yang tidak pakai tudung tu boleh lah guna sepit baju sebagai sepit rambut anda seperti gambar di bawah.. terima kasih model. anda boleh lilit kan rambut kemudian sepit kan dia. buat sebiji macam sepit rambut biasa.

penyepit baju

hee padahal tadi waktu nak memasak, malas nak ambil penyepit rambut dekat atas, aku terus pergi cari penyepit baju KAH KAH KAH pemalas tapi creative ( TIBA TIBA PUJI DIRI SENDIRI ) oh tidak ketinggalan, lelaki yang berambut panjang seperti razlan kumpulan kristal juga disarankan untuk melakukan aksi pelik ini.
// eh, pelik ke? anda pernah buat tak? T____________T
okai bai.

Selasa, Juli 13, 2010

Pokok Beracun. Sila BACA

Selamat petang.

hari ini agak busy sangat sangat sampai hendak buat entry berkualiti pun macam sukar ( ye lah, saya tak pernah buat entry berkualiti, sentiasa sedar diri KAH KAH KAH T_T ) jadi saya hendak share sesuatu yang saya dapat dari email.



Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning". Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Okay sekarang jadi risau sila buang pokok ini sekarang. pokok, boleh pergi main jauh jauh dekat sana, tak nak kawan dah dengan pokok tsk T_T

Rabu, Juli 07, 2010

Tahu kah anda nama "MOHD" bermaksud anjing bermulut besar?

Selamat pagi.

Hari ini, saya hendak share sesuatu buat kawan kawan yang saya fikir ramai yang belum tahu tentang ini, dan saya juga baru faham sebab selama ini macam terfikir juga, boleh ke pakai ayat suci alquran sebagai ringtone atau alarm, tapi dengan gambar yang saya kongsi kan dekat bawah baru saya faham.

apa hukum pakai ayat suci alquran sebagai ringtone atau alarm
// terima kasih dianna.
juga kita selalu perasan nama kawan kawan kita yang bermula dengan Mohd, bukan Muhammad kan? dengan gambar diatas kita dapat tahu MOHD adalah anjing bermulut besar ( T_T) wallahualam. harap lepas ni nama mohd tidak lagi digunakan T____T

jom kawan kawan, kita kongsi kan beramai ramai, kalau betul jangan diamalkan, kalau salah tegur dengan berhemah.

okai bai.

Selasa, Juni 22, 2010

5 Tips efektif menyelesaikan masalah rumah tangga (?)

selamat pagi.

semua orang tahu ( atau belum tahu ) saya adalah suri rumah sepenuh masa sekarang. bermaksud saya lah orang yang mengemop rumah, menjemur kain, memasak nasi, membantu ibu didapur dan juga membuli chibi tanpa rasa bersalah waktu chibi tengah tidur pun saya kacau dia. saya tolak tolak badan chibi supaya dia tidak dapat tidur dengan lena tapi saya perasan satu perangai chibi mesti dalam hati dia akan cakap "apa ada hal, kalau aku nak tidur, kau tolak dalam longkang pun aku tidur juga" okay chibi kau jangan melawan skrg T_________T

lepas tu emosi bila chibi buat tak endah, saya rasa nak cukur bulu chibi sampai botak lah (LOL EMOSI)

okay dah, hari ini hari kita kita sebagai suri rumah siapa yang rasa dia tengah mentanam anggur boleh baca kalau tak nak baca pun boleh saya tak kesah sebab saya dah cakap awal awal siapa tak nak baca esok dia sembelit ( pheww, syahdu kalau dengar perkataan sembelit )

okay dah buat kali kedua, mari dekat dekat saya nak bagi sedikit info untuk suri rumah semua.




tips pertama.
siapa yang kopek bawak sambil menangis nangis? (SAYA SAYA) okay kalau nak mengelakkan dari mengalir air mata, sila kunyah chewing gum. tidak kisah lah nak kunyah dentyne ke bubbles ke atau apa sahaja janji chewing gum

tips kedua.
Untuk memeriksa kesegaran telur:
Masukkan telur dalam air.
Jika menjadi horizontal, ini segar.
Jika itu menjadi miring, 3-4 nya hari tua.
Jika menjadi vertikal, 10 nya hari tua.
Jika mengapung, itu basi.
tips ketiga.
untuk menghalau tikus.
letak blackpepper di sekitar tempat yang anda tahu tikus itu berada dan mereka akan berlarian dengan pantas.
tips keempat.
kalau anak anak anda balik dari sekolah dan terdapat chewing gum melekat dekat baju dia, anda terus masukkan baju itu ke dalam freezer ( peti ais yang letak ais tu ) selama sejam.
tips kelima.
jika anda sakit hati dengan semut, cari lubang dimana semut itu berada dan letak beberapa keping mentimun di tepi lubang tersebut. nescaya akan bertempiaran lah semut semut itu
okay dah cukup lima. lain kali kita tambah lagi. HAHAHAA harap semua adalah menjadi kalau tak menjadi sila lah buat tidak tahu apa apa sebab saya segan lah nanti kalau tak jadi T__________T

okay bai.

Rabu, Juni 09, 2010

Budak comel gilaa kenan kucing mata biru.



seorang makcik pelik selepas melihat anak dia yang memiliki sepasang mata yang cantik, dan makcik itu siap pergi tanya doktor pakar untuk mengetahui kenapa dengan mata anak nya takut mengalami komplikasi ke apa tah. lepas tu anak dia pula ada misai? pfft
SAMARIANG: Pelik tapi benar. Itulah keajaiban berlaku ke atas bayi lelaki berusia 18 bulan yang didakwa terkena ‘kenan’ kucing apabila mata hitamnya bertukar biru selepas dua minggu dilahirkan.

“Sehingga saya melahirkannya, saya tertarik dengan seekor kucing bermata biru yang saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya.

“Apa yang peliknya, selepas Zulfazli dilahirkan, kucing itu tidak kelihatan lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Semariang di sini, semalam.


mistik gilaa tapi budak ni comel amat. bertuahnya engkauuu budak (T_T)

rupanya anak makcik terkenan sebab makcik suka main kucing waktu mengandungkan dia. ewahh syoknyaa. saya nak main dengan megan fox lah waktu mengandung supaya anak saya hot macam dia. eh tapi macam risau pula nanti keluar keluar jadi macam azwan ali pulak sebab ada tuutt KAH KAH KAH (T_____T)
makcik, makcik adalah seorang ibu yang bertuah kerana mempunyai anak comel yang seakan akan seekor kucing yang kita tahu kucing adalah binatang yang comel (T_____T jeles)
tapi jangan pula makcik jadi macam orang mentel yang mekapkan anak dia macam entry saya yang lepas ( sila click ) HAHA

tapi untuk anda kalau yang terpengaruh, main lah dengan kucing yang comel comel tauu, jangan pergi main dengan bulldog ke apa tah karang keluar berita seorang bayi comel tetapi ada iras bulldog macam kesian pulak KAH KAH KAH okay saja berlawak.

oh teringat pesan orang dulu dulu waktu mengandung jangan buat perkara bukan bukan, contoh seperti ular lah, jangan ada suami pukul ular waktu isteri mengandung nanti anak bersisik mcm ular ke apa tah tu. boleh baca lagi dekat sini :D

Rabu, Juni 02, 2010

Kalau binatang ada facebook,

selamat pagi.



Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah...

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

--

Lu terfikir tak? HAHAHA kalau chibi ada facebook macam mana la kan T_________T

Selasa, Juni 01, 2010

Contoh Karangan Negeri Sembilan ; dapo jighan den molotop !

hari ini satu june :D.

hai semua yang terbaca entry comel ini. hari ini kita belajar cara bercakap versi orang nogori. apak saya orang rembau, tapi saya tak pandai cakap nogori :( makan podaih² (pedas) reti lah den, nak cakap tu macam bahasa melayu paling terbaik lah lagi lagi bilo den baco thread dekat gengblogger pasal loghat negeri mano yang ekau teringin nak belajo. T___________T



oh oh kalau siapa yang selalu tengok cerita komedi yang ada ebby yus mesti akan tersengih sengih sebab bila dia mula buka mulut nak baca skrip mesti lawak gilaaaa. dah tu pulak i suka dengar org nogori bersembang lagi i tak akan lepas kan komedi yang ada ebby yus HA HA HA


okay jom kita belajar sekarang. gambar i amik dari belog gadismawarhitam :D



Pagi tu pagi Senayan . Mak ngan abah den takdo kek ghumah . Gi motong gotah kek kobon gotah. Ting ga den, uwan den ngan adik den yang umo lapan taun yo kek ghumah.

Te tibo yo dapo ghumah jighan den molotop!!!. Be lango ngan kuali tohumban kek pintu paga. Uwan den yang tongah ngojoan kekabu tu, dek tergamang eh, biji kekabu di teghajang eh . Lobih sogonggam kekabu di kunyah eh. Den ngan uwan den bekoja nak nolong an jighan den. Umang aii, api nenek moyang bosa eh. Jangan kan nak nolong , dokek pun paneh . Tak ditolongkan jighan, kuk ditolongkan, awak lak moda . Den ngan adik den pun bertinggung lah kek pintu paga nunggu an api padam. Jighan den tah apo lah kabaan eh. Kok idup, ado lah. Tak lamo tu, jighan den pun balik. Ghupo eh dio gi bonda tengok anak eh tangkap ikan. Pueh den kobaan dapo eh tebaka, tak diapik eh . suko bona anak eh dapek ikan bosa. Polak nyawa den.

Yo tak yo, den pun balik ghumah . Kojap tu, den dongar jighan den meghaung . Baghu perasan lah tu . Agak eh, dio nak masak ikan, gi dapo tengok dah hanguh. Kang kok dio datang ngadu kek ghumah den, mau yo den ghembat eh. Pueh den kobaan tadi .

Tu lah cito sederhana ngoghi yang den tengok. Tapi tu pun dah lamooo. Maso den kocik. Tu pun uwan den yang cito.
“KOK MONGAK WAN DEN, MONGAK LAH DEN”
ini pula translate dapat dari amazingnazra.com
Mak ngan abah aku xda kat rumah. Pegi toreh getah kat kebun getah. Tinggal aku, nenek dan adik aku yg umur lapan tahun je kat rumah.

tetibe je dapur rumah jiran aku meletup!! Gedebabooo!! Belangga & kuali terhumban ( terjatuh) dkt pintu pagar. Nenek aku yg masa tu tengah kerjakan isi kekabu (untuk buat bantal kot) terperanjat, habis biji kekabu tu dia terajang. Pastu biji kekabu yg dekat tangan dia , dia masukkanya ke dalam mulut… lepas tu, aku & nenek aku bekejar ke dapur rumah jiran tu untk menolong. Makkk aiiiii!! Bapak besar api tuh!

Tapi apekan daya, jgnkan tolong nak padam, nak dekat pon x boleh. Panas nak mamposs..! tak nak tolong kang.. jiran, tapi kalau tolong kang aku lak yg cedera. Aku & adik aku pun x berani jadi kitorang tolong tengok jela sampai api tu padam…huhu~ jiran aku tu x taulah ape citer. Kalau hidup, adalah.. X lama pas tu jiran aku pon balik. Rupa2nya dia pegi sawah tengok anak dia tangkap ikan. Puas lah aku cuba terangkan kat dia yg dapur dia terbakar, tapi dia buat bodoh je….. suka betul dia anak dia dapat ikan besarr punye!! Jawab hati kecil ku.

Hampeh tol! Aku pon balik la umah.. pas tu aku dgr jiran aku meraung….. baru perasan latuh! Agak2 masa dia nak masak ikan kat dapor kot, baru dia perasan yg dapur dia dh hangus…. Kang kalau dia dtg ngadu kat umah aku, mau je aku belasah smp pengsan. Padehal dah puas aku cuba terangkan.. hampeh2….

Itulah cerita sederhana ngeri yg aku penah tengok. Tapi itu pon dah lame giler.. Masa aku kecik2 dulu. Tu pon nenek aku yg citer.

Kalau nenek aku citer tipu, aku pun tipu lah sama kat korang sume…
Credit : AIN & Amazingnara :D

comel sangat sangat sangat lah loghat nogori ni, i suka benar kalau ada orang cakap guna loghat nogori rasa macam nak ikut sama tapi segan kalau salah cakap T__________T and i suka gila kalau intan gaduh dengar bobby berloghat nogori. rinduu korggg

haaa, kau orang pulak suka loghat negeri mana? jom kita sama sama belajar :D

Senin, Mei 31, 2010

Mari kita pijak bayi ini.

selamat pagi.



setiap manusia terutamanya perempuan mesti nak rasa pengalaman seorang ibu, yang tiba tiba ada benda hidup dalam perut lepas tu mula fikir bukan bukan takut alien yang mengandungkan lepas tu nampak benda tu bergerak gerak ada macam sirip tajam tajam kononnya alien okay dah itu pemikiran saya sahaja biasa lah setiap kali ada cerita alien mesti nak tengok lepas tu fikir bukan bukan nasib baik belum kahwin (?) nanti dah kawin semua benda macam itu kita kene lupakan. okay dah, perenggan pertama yang merepek khas untuk anda :D

oh oh kenapa semakin hari semakin ganas manusia ini? lepas satu kes , satu kes lagi and hari ini ada lagi makcik nak femes pergi pijak bayi sebab dia dituduh mencuri telefon bimbit?



SEORANG wanita yang dituduh mencuri telefon bimbit mengamuk dengan mencampakkan bayinya sebelum memijak kanak-kanak itu. Pertengkaran menjadi serius dan polis terpaksa dipanggil.

Apabila seorang anggota keluarga pelajar itu turut campur tangan dengan menolak wanita itu, dia melakukan tindakan mengejutkan dengan mencampakkan bayi yang didukungnya dan memijak-mijak kanak-kanak itu sambil menjerit membantah tuduhan pelajar berkenaan.

Bagaimanapun, bayi berkenaan terselamat dan wanita itu ditahan oleh polis untuk siasatan lanjut


agak agak kalau engkau lah jadi polis, apa tindakan paling setimpal untuk minah bodoh otak letak bontot ni? bagi gua, benda yang dia buat dekat budak tak bersalah tu kita balas dua kali ganda dengan apa dia dah buat T_______________T

btw semalam tengok tak 21 hari?macam mana budak kecik kene culik dalam masa 21hari dia trauma dan boleh lupakan emak dan bapak dia. mungkin ini sebab susahnya nak jumpa budak budak yang hilang lepas tu kita tak tahu apa jadi dekat dia macam kes sharlinie. kalau dia masih hidup kita doakan lah dia sentiasa dalam keadaan selamat dan dipulangkan balik tapi kalau dia dah tak ada semoga dirahmati Allah haih .

jadi emak emak dan bapak bapak jangan lah leka, kita yang belum kahwin ini pun kene ingat kucing pun kene curi ini pulak budak budak. lagi pulak jenis yang buat sedap lepas tu dah ada benih engkau pergi buang T_T

okay bai.
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !