Tampilkan postingan dengan label ramadhan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ramadhan. Tampilkan semua postingan

Minggu, September 05, 2010

Sally Banjar Seafood Selayang.

Selamat malam.

hari ini duit habis, mood tak baik. oh rupanya hendak cuti lagi (huwaaa tekanan gila kene ganti banyak kali sebenarnya :( tapi tak apa sila terima sahaja T_T) lepas itu hari ini habis duit dekat sogo. YEY sale merata rata. sakit hati aku tahu tak bila nak ambik barang pun kene berebut haih.

tapi tapi tapi happy sangat dapat beli apa yang di perlukan YEY. dan paling penting dapat makan sedap. maaf, gambar freak. HAHAHA


ini udang sebenarnya tapi macam pelik sikit gambar dia. - udang masak kari sally banjar selayang.

siakap cili padi. (sedap gilaaaaaaaaaaa)


budu + belacan kot? sedappppp gila jugak.

sepinggan udang masak kari. udang dia sangat BESARRRR

alhamdullilah LICIN.
balik sahaja dari shopping dalam pukul 6pm terus booking tempat berbuka dekat selayang. restorang cina muslim seafood kegemaran kami. sedap sangat sangat sampai kan kami sekeluarga menjadi pelanggan tetap tapi macam tak tetap sangat sebab sebulan sekali lah makan dekat sini. PUAS HATI GILA tahu tak? dah lah murah. udang dia saiz xxl, ketam dia banyak gila, ikan siakap dia memang freak sangat kesedapan dia. and menu dia tak banyak ;)

tapi, satu je tak puas hati sebab kedai makan ini cuma masak sahaja. air atau makanan seperti telur dadar, tomyam semua dekat kedai sebelah dia. jadi kami tiada pilihan lah terpaksa beli dekat kedai 'era tomyam' dah lah ehem tak berapa enak, owner dia pun tak friendly (T_T) tapi sebab addict dengan masakan sally banjar terus macam tak kisah lah .

okai bai.

Kamis, September 02, 2010

Menu Berbuka ; Nasi Ayam Marveles.

Tiba tiba gila tamak nak update dua kali malam ini. hehe saja nak tayang nasi ayam marveles masakan emak. resipi dari mummy qaisara kepada kami, since mummy qaisara adalah seorang yang pandai memasak ( ehem ini bodek, kalau kak ju baca sila bagi duit raya walaupun saya sudah bekerjaya T_T ) . masakan mummy qaisara semuanya sedap sedap terutamanya nasi ayam marveles.



tapi, nasi ayam marveles ini telah kami ubah resipi dia menjadi lebih marveles. Huwaaa nasib baik lah bulan ramadhan ini jangan tamak sangat. jadi kene cover lah sikit takut sebelum raya baju dah sempit (T_T).

ehem, sihat tak sihat tak? ada sayur, ada betik. HAHA comel gila bila tengok aku pergi hias pinggan macam ini, tak ada seni langsung (T_T)


siapa teringin nak makan nasi ayam marveles puan sally, boleh lah singgah Jalan Nenas Indah nanti HAHA ;p

okai bai.

Memori ramadhan di Unisel.

Selamat malam.

esok mula lah semua budak budak sekolah (ecewah, now saya dah bekerjaya jadi kene gelarkan kalian budak budak lah HAHA) bersenang lenang dekat rumah. padahal dia tak tahu nanti masuk semester macam macam test dorang kene lalui. tak apa bergembira lah sekarang ( HAHA keji betul )



gadis bekerjaya macam saya pun ada cuti heh, bukan tak ada. jadi bila ada cuti sila bersyukur (T_T) mula mula masuk ofis sangat happy bila tengok white board ada notis cuti from 8hb until 20hb but bila bos masuk dia cakap ' Ynn, u masuk 15 and 17hn tau, i je cuti sampai 20hb' ( MENANGIS AIR MATA DARAH PUN TIDAK BERGUNA ) terpaksa lah saya sengih sahaja walhal baru 45minit muka saya tegang :(

tapi tak apa, kira ada lah masa cuti untuk berjalan jalan dengan family. ehem seronok.

sebenarnya, saya teringat masa dekat unisel. berpuasa dekat unisel masa sem pertama dan keempat adalah paling hebat. semester pertama adalah semester paling saya suka kerana waktu itu waktu sedang berbunga bunga dengan encik buah hati.

tapi waktu itu waktu malu malu nak dating nama dia. setakat call suruh bangun sahur, pergi bazar pun berselisih senyum senyum sepanjang ramadhan. tapi bila nak balik bercuti baru lah berani pergi makan berdua-duaan. lepas makan dating belakang falkulti. lepas tu dapat call emak dah sampai bukit tagar terus meroyan balik laju laju kemas barang semua (T_T)

masa itu ingat boleh sambut ramadhan dengan dia bersama sama untuk ramadhan yang akan datang, rupanya tak sempat, buah hati saya masuk PSIS (T_T) jadi sepanjang ramadhan di unisel saya di temani teman teman terhebat. tehee menarik nak cerita pasal ramadhan dekat unisel. sangat menarik bila budak lelaki masuk class badan bau rokok LOL

okay dah lagi seminggu nak raya. jom pasang langsir baru, pasang sarung kusyen baru. tahun ini emak cakap tak perlu buat ketupat (YAHOOO) pagi raya kita makan nasi minyak sahaja. tapi saya ingat nak import ketupat daun palas lah dari mummy qaisara dekat kedah sana. tehee ;p


tak sabar nak pakai baju ini pagi raya nanti. :D

okai bai.

Selasa, Agustus 31, 2010

Resipi Famous Amours Cookies.

Selamat malam.

Saya suka masak. anda perlu tahu itu tapi satu benda yang menghalang saya rajin masak adalah kerana saya malas hendak masak. semua orang anti dengan perkataan malas sebab bila kita malas kita tidak dapat lakukan apa yang kita suka (T_T)



Kenapa lah malas ada dalam kamus hidup kita kan? ke ada orang yang tak pernah malas seumur hidup dia? kalau ada sila laporkan diri. saya mahu sedekah kan sebahagian dari sifat malas kepada anda (T_T) okay dah merepek banyak sekarang anda kene tahu apa saya buat selama tiga hari duduk dekat rumah sampai tidak update pasal diri sendiri HAHA.

eleh kalau saya update pasal diri sendiri pun bukan orang nak baca (T_T)

sabtu malam saya buat aktiviti menarik lepas bergaduh manja dengan emak. emak suruh buat waktu siang, heh saya kan anak gedik takut terliur jadi minta buat lepas berbuka jadi lah sabtu malam saya dan kakak bertungkus lumus membakar cookies. bau cookies dia jangan cakap lah, merebak ke seluruh pelusuk negara (T_T)

oleh sebab ini my first time buat cookies tanpa dibantu oleh emak, saya pun pergi google resipi cookies famous amos pujaan hati. saya cuba cari dekat mana tapi tidak jumpa (T_T) jadi saya bagi sendiri nama dia famous amours.

Bahan-bahan ( 70-80 biji )
* 250g mentega
* 280g tepung gandum
* 10g serbuk koko ( saya tidak guna serbuk koko macam famous cookies sally sebab saya tak berapa suka double chocolate famous amos HAHA )
* 150g gula kastor ( saya guna 2sudu gula halus )
* ½ sudu kecil esen vanila
* ½ sudu kecil soda bikarbonat

* 2 sudu besar susu tepung
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 biji kuning telur
* 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang)
* 100g coklat cip ( saya guna coklat masakan. potong kecil kecil, lagi sedap dari chokolate chip :)
* Secubit garam



( kita hanya perlukan telur kuning. ini cara ambil telur kuning, lubangkan sikit sahaja kemudian keluarkan telur putih )


sukat tepung, soda bikarbonat, susu tepung , tepung jagung, secubit garam dan serbuk koko, jika mahu
Cara-cara
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi.
Kemudian kacau hingga rata.


4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.


Panas dari oven :)
♥ okai bai.

Kamis, Agustus 26, 2010

Remaja tak mati gantung diri.

Selamat petang

YEY hari ini akan pergi makan makan dekat kelab golf perkhidmatan awam Bukit Kiara berbuka puasa dekat sana. phewitt boss belanja tau. nak makan banyak banyak boleh tak? satu kepala rm47++ gitu, jadi confirm kene makan banyak banyak. Hehe, btw now rasa macam nak gelak gila gila pulak bila baca hmetro hari ini.


Berpantang maut sebelum ajal. Itulah perumpamaan tepat bagi menggambarkan situasi seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang tergantung hampir sejam dalam bilik rumahnya, di Damansara Damai, di sini, sebelum diselamatkan kakaknya, semalam.
Difahamkan, pelajar terbabit nekad untuk membunuh diri selepas terbabit dalam pertengkaran dengan kakaknya berusia lewat 20-an yang menghalangnya daripada bersekedudukan dengan teman lelaki berusia awal 20-an dalam sebuah rumah.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, pelajar terbabit dikatakan menggantung dirinya di siling rumah berkenaan menggunakan tali dibuatnya sendiri menggunakan kain.

Bagaimanapun, selepas tidak tahan dengan kesakitan ditanggung selain tindakannya itu gagal meragut nyawanya, pelajar terbabit yang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan bertindak menjerit meminta tolong.

BAIK TAK kalau nak gelakkan dia? (T_T) sanggup berniat bunuh diri sebab tak dapat bersekududukkan dengan boypren LOL mmg lawak tapi macam tak baik nak gelakkan dia, mungkin belum ajal dia lagi kot . berubah lah adik manis ya :)

♥ okai bai.

Kamis, Agustus 19, 2010

Sinetron Cinta Kirana.

Selamat petang.


nia ramadhani as kirana (suka hati je aku panggil dia karina :P)
macam tak percaya setiap hari isnin sampai jumaat pukul 6.30pm sampai 7.20 ( sebab berbuka pukul 7.28 :P) saya boleh turut sama menonton sinetron cinta kirana. tiba tiba boleh tersuka tengok galang dengan kirana. tiba tiba heh. bukan senang saya nak tonton sinetron ini kalau hero dia tak saya kenal. ye lah yang saya tahu hero indonesia cuma RIONALDO STOCKHORST (T_T)


kirana gengster okay dalam cerita ini, tapi still lawa ♥
sambung balik, lepas tu setiap kali saya nak tukar tibi mesti ada yang terjerit jerit macam kingkong sebab nak tengok galang, habis macam mana? nasib baik nia ramadhani yang berlakon, kalau siapa tu yang selalu berlakon tu namanya sekar tu memang saya tak tengok (T_T)



kirana dan nenek dia (nama nenek dia sita mcm nama kawan lama ai, tetibe i teringat T_T)
sinetron cinta kirana ini lebih kurang benci bilang cinta (kata adik saya) jadi saya macam meluat lah nak tengok cerita yang sama, tapi terpaksa tengok sebab adik saya gila kan galang (T_T) dan saya pulak memang suka amat nia ramadhani. jadi, conclusion dia, saya pun terpengaruh tengok sekali.

// sebenarnya macik rarawkus ini pun adalah pengaruh bila setiap kali sinetron baru keluar, dia akan pantas ingatkan rakan rakan blogger juga LOL

♥ okai bai.

Selasa, Agustus 10, 2010

Niat Puasa Ramadhan, Doa berbuka puasa dan Doa selepas berbuka.

Selamat malam.

Oh kepada siapa yang belum peka, memang confirm esok, 11/08/10 sudah bermulanya ramadhan means kita semua umat islam akan menahan lapar dan dahaga, menahan nafsu, menahan hati , menahan anggota badan dari melakukan perkara yang membatalkan puasa. sebulan dalam setahun sahaja apa salahnya kita jangan buat perkara perkara tak baik.
mungkin dapat kuruskan badan YEEHAWW gedik :P padahal berbuka dah siap siap nak pilih menu macam kuih sampan lah, atau macam nak menggada ngada pergi minta nasi tomato lah atau lebih ekstrem tiba tiba nak makan pizza hut dengan air tebu lah eh melalut pulak padahal baru cakap kene tahan nafsu T______T

okay di pendekkan cerita, mari saya bagi anda sedikit ingatan lah mana tahu anda sudah lupa niat puasa, doa sebelum berbuka dan doa selepas berbuka ( serius saya baru tahu doa selepas berbuka, jadi mari lah amalkan bersama )

credit besar untuk zelo kacak.

Lafaz Niat Harian

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Doa Berbuka Puasa


Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Doa Selepas Berbuka Puasa



Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
rindunyaaa memori berpuasa dekat unisel dengan teman tersayang. phew memori macam kejutkan fwz bangun sahur lepas tu dia mengadu makan sardin kosong sebab malas nak masak, masak spagheti pedas gila, masak bihun pedas gila, pergi bazar, beli air sedap gila.

tahun ni tahun yang penuh saya berpuasa dekat rumah, sebab dua tahun lepas saya berpuasa dekat unisel. rindunyaaaa perangai masing-masing yang gila letak jam loceng depan bilik masing2 sebab nak suruh bangun sahur HAHA kelakar :(
Selamat Berpuasa readers Liyana Lunia yang tersayang. terima kasih banyak banyak sebab sudi singgah belog ini :)
♥ okai bai.

Minggu, September 13, 2009

I dah ada anak (UPDATE).

ramadhan ke 23.


09.09.09 ; 4pm

i dah jadi makcik di bulan ramadhan mulia ini dan hari kelahiran yang sgt best hihi :)

Notaik ; i baru balik dr kedah. tenet mcm tahi T___________________T gud nite smua

update


i baru balik dr kedah malam tadi line pulak macam tahi sedih i sebab tak berjaya paparkan gambar anak i. fuhh T_____________T

semua dah tahu heh i dah ada anak 5 hari lepas and abi dia mesti la fwzQram HAK HAK HAK okay lah i dah ada anak buah yang comel. baby girl ini bertuah gila sebab berjaya meloloskan diri 090909 saja bagi i jeles. malas ah nak cium baby girl lepasni T_____________T

eh padahal dekat kedah haritu ta tekira betapa banyaknya i dah cium nasib baik la wangi tapi mana aci i tak wangi mcm pp baby sedih gila tsk tapi takpa tetap sayang walau macam mana pun KAH KAH KAH.



ini lah kedua ibu bapa yang sebenar, bukan i punya baby tapi dorg ni lah HAHA :P

tahniah abang ku yang gemuk n kakak ipar yang menawan

mohd shafakri bin ainul & juliawati binti johari hiks



Nur Qaisara Aqilia binti Mohd Shafakri.

jadi anak solehah ey syg, cik na sygg sara banyak² btw sara kene tahan dlm wad semalam sbb biasa la baby kene jaundice T__________T hope she will be fine. syg sara budak bucuk tapi wangi. heh

Rabu, September 09, 2009

Kuala Selangor dah maju.

ramadhan ke 19.

gadis kesayangan ( zety, ika, intan ) and i berbuka dekat pizza hut kuala selangor malam tadi. heh i dh bagi tahu satu dunia menggunakan gladlycast sms yang bercaj 20sen dan di hantar terus ke akaun twitter i tanpa segan silu dan malu² kucing sebelum bertolak ke kuala selangor hiks.

yes, kuala selangor dah makin maju. dah ada pizza hut tauuu? maju tak maju? HAK HAK HAK tapi delivery pulak takda kalau tak dh call suruh hantar je kan senang hari² makan pizza habis surut duit T________T

kenape McD takda? heh belum maju ah belum sebab takda McD dah la ia sangat penting sebab i akan atau maybe akan selalu teringin milkshake atau strawberry shake atau chocolate shake adalah menu wajib kalau pegi McD tapi terima lah kenyataan bahawa tiada McD di kuala selangor, inikan pula batang berjuntai tsk T_______________T

okay ta perlu berendam air mata atau bandung berendam ke apatah, mari kita ke segmen bergambar bersama gadis kesayangan. heh masa mula² sampai pizza hut yang baru di buka smua mcm blur je, mcm terari² nasib baik pekerja sangat nice. suka betul bila di layan seperti raja HAK HAK HAK


meja no 29 memang ah ; akak tu mesti tension gila layan kiteorg HAHA

sesi mencari meja agak kecoh juga hahaha tapi so funn, sebab kiteorg sampai around 6.20 pm, orang sangat tidak ramai masa ituw, seronok. main pilih meja agak fun waktu ituw, last² dorg pilih meja belakang sekali sebelah dapur and diramaikan oleh nyamuk. tsk T_________________________T






i dh siap tolong labelkan gadis kesayangan anda boleh pilih mana suka HAK HAK HAK. tapi smua sudah double heh bukan single dah bukan. tapi intan kata, tulis dekat belog i single lagi tsk T______________T




kiteorg pilih meal untuk 4 org makan. dua pizza size regular, satu jag pepsi, 4 mushroomsup, 4 breadstick. and tambahan lasagna ( intan ), masala spin roll ( zety ) and garlic bread ( liyanaa and ika ) heh. tambahan secara ta sengaja adalah deli wing 4 pcs. and smua nya total dalam rm98 :D

and mungkin rezeki kiteorg masa balik, kiteorg di tapaukan (di eh, bukan kiteorg minx, die yg bg HAHA) lagi 4pcs deli wing serius seronok gila HAHAHA balik² terus sejuk sebab kiteorg lepak tesco dlu.fuh,, lepak tesco memang terlalu fun lah sebab kiteorg siap main game token² tu, memang ah perangai masing² mcm kanak² ribena HAHA.

ada ke zety nak sangat main game tembak spider lah bees lah lintah lah dan intan pulak siap main game ketuk² dengan pick candy lepastu dapat 4 biji gula² HAHA mmg ah fun tak payah cakap banyak kali semalam gelak sampai sekarang tak boleh gelak dah sebab sakit perut tsk

Notaik ; betul la i ckp, kuala selangor dah maju betul ada tesco ada kfc and now ada pizza hut. cepat ah adakan McD plak T______________T

Sabtu, Agustus 29, 2009

gadis emosi.

ramadhan ke enam.


first entry kene ada muka sendiri walaupun agak kekuningan HAHA

clas i v pack semalam. dari pukul 8.30am i balik pukul 10.30am then sambung tido. class pukul 2pm i pegi class, pkul 4pm i balik tido. nasib baik clas pkul 8.30pm i tak tido before tu kalau tak mmg lah kan. mmg lah apa pun tah la kan.

keadaan hujan pada petang sampai malam sampai ke masa i tengah menaip ini mmg syok lah. sampai nak pegi bazar pun malas bawak payung lepas tu abis basah jadi seksi nasib baik tak seksi ehem acik zety jer terseksi sket sbb blakang dia basah bentot KAH KAH KAH.


heh sejak i kenal zety ni kan, macam² weird words yang dia ajar i dgn ayun. serius.

kamus zety.

peha = paha.
senget = sengit.
pingu = pengu.
bontot = bentot.
dll. *i lupa tsk.

so semalam punya juadah i baru dapat update sebab nak edit gambar semua memakan masa yang lama ya adik² HAHAHAHAHAHHA. padahal i ta dapat online semalam *sedih* T_____________T


makcikkk, laksa makcik sedap gila sampai kering kuah dia saya kejekan tsk

dalam hujan itu, i sempat lah beli belah di kawasan bazar yang ramai orang termasuk klon bakal suami zety. heh masa i dengan acik ika beli air boleh pulak die terkaget sesorg tengok klon tersebut. padahal kami nak cepat sebab hujan. abis basah i tahuuu? +_________________+


nasib baik tepung pelita dadih ni sedap, HAHAHA

kelmarin i tak dapat makan tepung pelita yang sedap gila so hari semalam i pegi cari. dan kali kedua i hammpaaaaaaaaaaa T_____________T sebab budak tu kata tak sempat buat. hoi sedih gila tahu? rasa mcm nak campak semua makanan yang dia jual HAHAHHAA sabar sabar, bukannkah anda puasa? tsk so i pun dengan rela hati beli tepung pelita yang berperisa strawberry campur durian. anda percaya ianya tepung pelita?



dalam class QC pukul 8.30pm i boring gila malas nak layan lecturer sebab ngantuk and kecewa tak dapat beli tepung pelita sedap dan tengok tower 13 T___________T tapi makcik dua org ni mmg hyper i cakap sama u, mmg hyper sbb mereka ni emosi kuat. asik gaduh dalam class. smpai enfairuz yang kiut boleh cakap ' saya faham, perempuan mmg tiap bulan emosi' +____________+ i juga yang jadi kemalu-maluan. KAH KAH KAH


selamat berpuasa hari ke 7 ramadhan :)

Kamis, Agustus 27, 2009

pelangi ramadhan.

ramadhan ke empat.



suasana bazaar dekat unisel mesti sesak selepas pukul 6. memang sesak sampai nak beli belah lepastu ramai lah lelaki kacak yang tak berape penah nampak (heartbeat) KAH KAH KAH eh. pegi bazar untuk cuci mata ke hape mineh neh? tsk T_T


tapi seronok sebab unisel ada buat bazaar. I buat survey (apa kata survey?) banyak U takda bazaar kan? so specialnya unisel adalah mereka menyediakan bazaar ramadhan untuk student yang terlebih limit. KAH KAH KAH kesian student terlebih limit kene berebut beli makanan. kadang² kerakusan membeli sampai hilang keayuan T_____T


menangis i, sebab terlampau sedap. KAH KAH KAH

tapi akhir nya i berjaya juga merembat sebuah kuih kegemaran i, setiap bulan ramadhan adalah wajib mencari kuih itu. i ta suka panggil kuih tepung pelita sbg kuih tepung pelita, i slalu panggil kuih sampan, tiap² hari mest kene ade, lepas bebuka mula lah bebel kalau kuih tu tak sedap tapi malangnya semalam i pegi semula mencari namun i hampa T___T



keyword untuk 25.08.09. siapa lah yang search fwzynn jumpa eny, liyanaa.com jumpa eny ngan rara serius terharu. ada orang cari i masa i dating dgn rara and eny. AHAHAHHA tapi i rindu nak jumpa dorg lagi tsk +_______________________+
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !