Tampilkan postingan dengan label qaisara. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label qaisara. Tampilkan semua postingan

Sabtu, Februari 05, 2011

Hari kedua dekat kedah bersama qaisara.

Selamat pagi.

#haiiiiikorunkkkk,

rindu saya tak? eceh padahal tak pun oke fine T___T

hariniw sayew ingat nak update yang saya sedang berseronok ronok dekat kedah , tak seronok sebab penat gilaaaaa rasa kaki macam nak putus. kenapa tiba tiba engkau rasa kaki nak putus? entah mungkin bukan masa untuk saya cakap sebab kene rebut laptop dekat kedah ni kihkihkih

berebut bukan dengan siapa siapa, tapi dengan qaisara. belum lagi dia pegi tarik iPad sebab nak main tekan tekan HAHA. comel gila budak kecil ni, belasah kang baru tahu. tahu tak qaisara suka cubit pipi orang? aku ingat dia nak belai pipi lembut gebu ni rupanya dia pegi pulas . pehhh ! baru setahun jagung dah pandai cubit orang. belum lagi dia gigit engkau, peh peh budak ni !

hari kedua, dah decide nak pergi jalan jalan dekat jitra. budak merajuk dh okay sikit tapi masih mengeluh tak dapat keluar dengan awek dia yg jauh dekat kedah ni.

eh kenapa boring entry ni? benci ah ! (rinduu budak aish tomey pulak dh T_T)

♥ okaithnxbai.

Kamis, Desember 02, 2010

Stop Child Abuse. !

Selamat pagi.

ini pagi, kita cerita pasal anak buah saya mahu tak? nur qaisara aqilia dan iman syafaris hakimi. dua dua sangat sangat menyerikan hati. dua dua sangat suka buat haku geram. rasa nak makan tangan, nak makan pipi, nak makan semua yang ada dekat dieorg HAHA ganas kan haku kan? tak boleh tengok baby pipi gebu, geramm je.


nur qaisara aqilia binti mohd shafakri

nur qaisara aqilia , bertuah sangat sebab mommy dia jaga . mommy dia always dekat rumah untuk tengok dia membesar, bermain semua. iman syafaris hakimi pula, terpaksa pergi sekolah sebab ibu kerja, sebenarnya bukan nak cerita pasal ibu dia HAHA tapi nak cerita keadaan sekolah aish. oh kami dekat rumah panggil iman syafaris hakimi sebagai aish sahaja. tapi susah nak sebut, bila susah nak sebut terus jadi yiyish T_T


iman syafaris hakimi bin mohd sharizal

yiyish pergi sekolah belakang rumah sahaja. semalam, ibu aish cerita lah yiyish sudah berjaya mencederakan anak cikgu dekat situ. habis bengkak mata budak tu sebab yiyish tanduk buku masa budak tu pegang buku sambil riba dia. ini sekarang siapa dera siapa? HAHA bukan bukan nak cakap pasal yiyish dera sebenarnya, lagipun cikgu dia baik. cuma tak berapa suka bila balik dari sekolah, penuh badan yiyish merah merah kene gigit semut, kadang kadang dekat muka ada dua biji sengatan dari nyamuk.

saya tahu, ibu yiyish taknak kecoh kecoh sebab biasa lah pengasuh, makin kita tegur karang makin tarik muka kan? jadi diam sahaja lah. dalam hati berharap, jangan ada perkara buruk berlaku dekat anak anak dalam sekolah tu.

CREDIT here.
pagi ini terus terkejut, budak 18bulan ditampal pita pelekat oleh pengasuhnya. DEMM, itu sahaja nak cakap dekat makhluk bernama manusia tersebut yang berumur 20-an.
PUTRAJAYA - Tindakan tidak berperikemanusiaan seorang pengasuh yang bertindak menampal mulut, muka dan tangan anak asuhannya dengan pita pelekat semata-mata untuk memaksa kanak2 itu diam memakan diri apabila dia ditahan baru2 ini.

Difahamkan taska tersebut mempunyai 5 pengasuh yg mengasuh lebih 30 Orang kanak2 berusia antara 2 bulan hingga 6 tahun dengan kadar bayaran RM300 sebulan. Kejadian tersebut telah berlarutan sejak OgOs lalu tetapi hanya diketahui ibu mangsa, Hazlina Rahmat, 29 apabila dia dimaklumkan Oleh penjaga kepada kanak2 lain yg turut menghantar anak mereka ke situ 18 nOvember lalu.

Dakwa Hazlina, terdapat kanak2 lain yg turut dilayan dgn buruk seperti tgn mereka dimasukkan ke dlm laci & dibiarkan menyusu sendiri.
INI SEBABNYA saya tak suka orang lain jaga anak kita atau anak buah kita. tapi what to do? kalau tak kerja, nak bagi anak makan apa? untuk pengasuh macam ini, please lah, berhenti mndera anak orang. kau nak duit jaga anak orang lepas tu kau nak dera anak orang pulak? kau ingat senang ke mak dia nak beranak? kau ingat senang ke mak dia nak berpantang? kau ingat senang ke bapak dan mak dia berusaha nak dapatkan anak tu? dem ah. aku benci betul keluar berita budak kene dera dengan pengasuh.

untuk pengasuh tu, aku tatau nak cakap apa, kalau aku lah kan, mungkin aku dah tarik rambut kau sampai koyak kulit kepala. atau aku buat apa kau buat dekat anak anak aku. hutang darah di balas darah, hutang nyawa dibalas nyawa. GARANG TAK? okay garang.

unicef

ALHAMDULLILAH syukur . saya dapat sebuah kamera 'Sony Cybershot W190' dari nuffnang untuk contest ini :)

♥ okaithnxbai.

Minggu, September 26, 2010

Contest L untuk Liyana berakhir sudah.

Selamat malam.

Alhamdullilahh, AKHIRNYAAAA sudah tamat lah contest selama dua minggu mungkin (?) yang agak susah payah dengan hadiah yang tidak seberapa (T_T) sedih pulak rasanya AHAHA tapi alhamdullilah entah macam mana terasa ramai yang support contest kali ini, walaupun sukar atau menyusahkan tetapi masih ada yang sudi join kan diri beliau. YEHAW.


qaisara cakap gudluck kakak kakak dan abang abang semuaa. YAHOOO :P

oh ini adalah senarai beliau yang berjaya menyusahkan diri masing masing dengan membuat lima sebab kenapa dia suka / tidak suka belog liyanaa.com tehee.
1. Yasmin

2. Mieya

3. RosaNatasha

4. Nana

5. Anyss

6. Deyla

7. Syamimi Haziqah

8. ChentaMaya

9. Lassie

10. NurainHassan

11. Cik Sya

12. Rozi Ahmad

13. Mien.

14. Nadd.

15. Zqah Ali

16. Miza Yusof

17. Fitrihadi.com
dan anda boleh melihat gadis galeri gambar L untuk Liyana dekat friendpages Liyana Lunia. tawwww. HAHA kene tukar gadis jadi galeri since ada peserta tunggal lelaki. karang letak gadis ada pulak kene ngorat nanti WAHAHAH T______T,
Kesayangan semua, insyallah jika tiada aral melintang saya akan mengumumkan siapa yang bertuah pada 29september ini. dan siapa yang bertuah tu macam biasa jangan menangis terharu sangat tahu? menakutkan nanti HAAHHA :P
saya juga sangat sangat terharu dengan keikhlasan kalian yang sudi sangat join walaupun tahu hadiah dia bukan sebiji laptop. terima kasih banyak banyak (nangis meleleh hingus dah ni :* )

♥ okai bai.

Minggu, September 12, 2010

Pagi satu shawal.

Selamat malam.



(malas nak edit nama dia. [padahal makin buruk] T_T)

wahh liyanaa.com semacam sakan beraya langsung hilang sekelip mata pulak dahh padahal saya suspek ada monyet curi kabel TM dekat kawasan Taman Desa Indah, Batu Caves ini. Haih, 3 hari berturut turut tiada line, telefon pun tiada, internet pun tiada. PELIK GILA, dah lah raya, boring lepas tu tak ada internet boleh bayang tak betapa boringnya dunia aku? bila lah orang TM nak mula bekerja, jangan sampai aku mengamuk sudah (T_T)

HAHA tiba tiba update belog terasa macam nak marah orang. baik lah sabar lah kalau tak dapat juga online terpaksa lah tunggu rabu nanti online dekat office (YEY boleh download movie sebab bos tak ada, bercuti lama pulak HAHA)

koleksi gambar raya 1 shawal.


keluarga besar lunia :D

nur qaisara aqilia

iman syafaris hakimie :D

ini nama dia over, orang nak makan, saya nak bergambar LOL
btw saya rindu kalian. dan saya juga menjadi photographer tak tetap since abang guna EOS 40D semua benda mula nak capture lagi lagi kehadiran dua cahaya mata. oh nanti ada masa kita cerita pasal aish. sebab asyik cerita pasal qaisara sombong sahaja :P HAHA

nanti lah kita menjadi addict balik dengan belog sendiri kerana liyana lunia sedang busy menambah berat badan sendiri. KAH KAH KAH baik lah nanti abang cakap aku over guna broadband dia (T_T)

//serius kejam gila kalau betul datuk sosilawati dibunuh dan dibakar kejam (T_T)
♥ okai bai.

Kamis, September 09, 2010

Happy birthday darling Qaisaraa,

Selamat malam.

YEY semua orang sibuk nak beraya. begitu juga saya, sampai tak terjaga belog untuk hari ini, susahnyaa nak online sebab terlampau busy (T_T) ini pun nak menaip macam kelam kabut sebab saya sedang bersiap siap hendak pergi ke jalan tar. YEY dah dua kali aku pegi harapnya tidak habis duit HAHA




hari ini adalah 9.9.2010 means sudah setahun my baby darling , nur qaisara aqilia lahir ke dunia. OH selamat hari jadi sayanggggg. sekarang baru nak pergi main mercun, makan cake dan pergi jalan tar.








// qaisara sangat suka bergambar :D

♥ okai bai.

Kamis, September 02, 2010

Menu Berbuka ; Nasi Ayam Marveles.

Tiba tiba gila tamak nak update dua kali malam ini. hehe saja nak tayang nasi ayam marveles masakan emak. resipi dari mummy qaisara kepada kami, since mummy qaisara adalah seorang yang pandai memasak ( ehem ini bodek, kalau kak ju baca sila bagi duit raya walaupun saya sudah bekerjaya T_T ) . masakan mummy qaisara semuanya sedap sedap terutamanya nasi ayam marveles.



tapi, nasi ayam marveles ini telah kami ubah resipi dia menjadi lebih marveles. Huwaaa nasib baik lah bulan ramadhan ini jangan tamak sangat. jadi kene cover lah sikit takut sebelum raya baju dah sempit (T_T).

ehem, sihat tak sihat tak? ada sayur, ada betik. HAHA comel gila bila tengok aku pergi hias pinggan macam ini, tak ada seni langsung (T_T)


siapa teringin nak makan nasi ayam marveles puan sally, boleh lah singgah Jalan Nenas Indah nanti HAHA ;p

♥ okai bai.

Minggu, Desember 20, 2009

si manis qaisara aqilia.

jumaat lepas, i tinggalkan bumi unisel yang dah bagi 1001 makna pada hidup i, pada diri i. teringat first time i dapat surat tawaran dari unisel memang i bengang habis. i nak satu college dengan sahabat terbaik tapi tak kesampaian. even i tak nak pegi pun i terpaksa sebab parent i cakap better unisel dari college. memang betul lah sekarang i pun bangga jadi student unisel even banyak gila sakit hati dengan staff unisel tu tapi tak apa, knangan bercinta dengan fwz and lecturer dan teman² sangat teerbaikkkkk.

hihi, rindu i suasana unisel rindu betul dengan kawan² tersayang T____________T rindu betul i dengan abang hot bernama abdul rahman yang suka cari gaduh kalau i masuk kedai dia, rindu nasi ayam goreng berempah yang murah gila tapi berbaloi baloi pfft memang akan rindu semua and sekarang tengah berfikir² nak sambung degree dekat mana tsk T_____________T


okay, i sekarang baru je sampai dari kedah. heh dua tiga hari family i dekat sana sebab nak jumpa si manis nur qaisara aqilia binti mohd shafakri, anak dara abang i yang baru 2 bulan tapi berat dah 6kg. memang ikut makcik dia betul takpa, jangan besar nanti ikut sudah tapi ikut kemanisan tidak mengapa hihi

si manis qaisara dah pandai gelak gelak and senyum² tengok makcik² dia duk bercakap dengan dia, cuma malam semalam dia kene kacau T__________T kesian anak buah acik na ( i la ) yang comel ni meraung²malam semalam, semua takut habis nasib baik ada apak yang hot ;p

si manis qaisara dah pandai cakap bahasa baby dengan apak, asik duk nganga nganga mulut buat bunyi comel dengan apak, geram habis i dengan dia. heee lepas tu gembira habis kalau kiteorang panggil dia sara comel. tersenyum girang dia tapi bila panggil sara bucuk dia angkat kening mcm ziana zain konon marah la tu HAHAHAHA


si manis qaisara dah mula sedih and merajuk tengok kiteorang balik tadi, sambil cium dia bertubi² dia dah buat muka sedih lepastu meraung kejap sambil tarik tudung mama jua ( kakak sulung i ) and pegang jari acik na dia ( i la tu HAHA ) taknak lepas tak bagi kiteorang balik. bila babai babai dia pandang tempat lain, bila panggil sara comel pun still taknak pandang kiteorang. dah pandai merajuk dia tu HHAHAA

si manis qaisara ada bantal bucuk jugaaa. i geram nak rampas bantal bucuk tu bawak balik tapi tak dayo T___________T abang i kata TAK BOLEH hwaa sedih i nok. HAHA tapi tak apa, lepas ni nak beli minyak yuyi cap limau sebab nak bau budak qaisara manis ini hihi ;p

rinduuuuu sangat si manis nur qaisara aqilia ini ;)



Minggu, September 13, 2009

I dah ada anak (UPDATE).

ramadhan ke 23.


09.09.09 ; 4pm

i dah jadi makcik di bulan ramadhan mulia ini dan hari kelahiran yang sgt best hihi :)

Notaik ; i baru balik dr kedah. tenet mcm tahi T___________________T gud nite smua

update


i baru balik dr kedah malam tadi line pulak macam tahi sedih i sebab tak berjaya paparkan gambar anak i. fuhh T_____________T

semua dah tahu heh i dah ada anak 5 hari lepas and abi dia mesti la fwzQram HAK HAK HAK okay lah i dah ada anak buah yang comel. baby girl ini bertuah gila sebab berjaya meloloskan diri 090909 saja bagi i jeles. malas ah nak cium baby girl lepasni T_____________T

eh padahal dekat kedah haritu ta tekira betapa banyaknya i dah cium nasib baik la wangi tapi mana aci i tak wangi mcm pp baby sedih gila tsk tapi takpa tetap sayang walau macam mana pun KAH KAH KAH.



ini lah kedua ibu bapa yang sebenar, bukan i punya baby tapi dorg ni lah HAHA :P

tahniah abang ku yang gemuk n kakak ipar yang menawan

mohd shafakri bin ainul & juliawati binti johari hiks



Nur Qaisara Aqilia binti Mohd Shafakri.

jadi anak solehah ey syg, cik na sygg sara banyak² btw sara kene tahan dlm wad semalam sbb biasa la baby kene jaundice T__________T hope she will be fine. syg sara budak bucuk tapi wangi. heh

Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !