ini pagi, kita cerita pasal anak buah saya mahu tak? nur qaisara aqilia dan iman syafaris hakimi. dua dua sangat sangat menyerikan hati. dua dua sangat suka buat haku geram. rasa nak makan tangan, nak makan pipi, nak makan semua yang ada dekat dieorg HAHA ganas kan haku kan? tak boleh tengok baby pipi gebu, geramm je.
nur qaisara aqilia , bertuah sangat sebab mommy dia jaga . mommy dia always dekat rumah untuk tengok dia membesar, bermain semua. iman syafaris hakimi pula, terpaksa pergi sekolah sebab ibu kerja, sebenarnya bukan nak cerita pasal ibu dia HAHA tapi nak cerita keadaan sekolah aish. oh kami dekat rumah panggil iman syafaris hakimi sebagai aish sahaja. tapi susah nak sebut, bila susah nak sebut terus jadi yiyish T_T
yiyish pergi sekolah belakang rumah sahaja. semalam, ibu aish cerita lah yiyish sudah berjaya mencederakan anak cikgu dekat situ. habis bengkak mata budak tu sebab yiyish tanduk buku masa budak tu pegang buku sambil riba dia. ini sekarang siapa dera siapa? HAHA bukan bukan nak cakap pasal yiyish dera sebenarnya, lagipun cikgu dia baik. cuma tak berapa suka bila balik dari sekolah, penuh badan yiyish merah merah kene gigit semut, kadang kadang dekat muka ada dua biji sengatan dari nyamuk.
saya tahu, ibu yiyish taknak kecoh kecoh sebab biasa lah pengasuh, makin kita tegur karang makin tarik muka kan? jadi diam sahaja lah. dalam hati berharap, jangan ada perkara buruk berlaku dekat anak anak dalam sekolah tu.
CREDIT here.
pagi ini terus terkejut, budak 18bulan ditampal pita pelekat oleh pengasuhnya. DEMM, itu sahaja nak cakap dekat makhluk bernama manusia tersebut yang berumur 20-an.
PUTRAJAYA - Tindakan tidak berperikemanusiaan seorang pengasuh yang bertindak menampal mulut, muka dan tangan anak asuhannya dengan pita pelekat semata-mata untuk memaksa kanak2 itu diam memakan diri apabila dia ditahan baru2 ini.INI SEBABNYA saya tak suka orang lain jaga anak kita atau anak buah kita. tapi what to do? kalau tak kerja, nak bagi anak makan apa? untuk pengasuh macam ini, please lah, berhenti mndera anak orang. kau nak duit jaga anak orang lepas tu kau nak dera anak orang pulak? kau ingat senang ke mak dia nak beranak? kau ingat senang ke mak dia nak berpantang? kau ingat senang ke bapak dan mak dia berusaha nak dapatkan anak tu? dem ah. aku benci betul keluar berita budak kene dera dengan pengasuh.
Difahamkan taska tersebut mempunyai 5 pengasuh yg mengasuh lebih 30 Orang kanak2 berusia antara 2 bulan hingga 6 tahun dengan kadar bayaran RM300 sebulan. Kejadian tersebut telah berlarutan sejak OgOs lalu tetapi hanya diketahui ibu mangsa, Hazlina Rahmat, 29 apabila dia dimaklumkan Oleh penjaga kepada kanak2 lain yg turut menghantar anak mereka ke situ 18 nOvember lalu.
Dakwa Hazlina, terdapat kanak2 lain yg turut dilayan dgn buruk seperti tgn mereka dimasukkan ke dlm laci & dibiarkan menyusu sendiri.
untuk pengasuh tu, aku tatau nak cakap apa, kalau aku lah kan, mungkin aku dah tarik rambut kau sampai koyak kulit kepala. atau aku buat apa kau buat dekat anak anak aku. hutang darah di balas darah, hutang nyawa dibalas nyawa. GARANG TAK? okay garang.
ALHAMDULLILAH syukur . saya dapat sebuah kamera 'Sony Cybershot W190' dari nuffnang untuk contest ini :)
♥ okaithnxbai.