Tampilkan postingan dengan label aish. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label aish. Tampilkan semua postingan

Senin, Agustus 20, 2012

SHRMZDB dan mamat Kpork.

Hari pertama Schawal dengan gambar budak kenit ni. rasa nak cubit cubit je bilamana kitaorg sibuk bergambar keluarga tapi dia ini pula sibuk buat hal sendiri. rasa mcm nak ketuk ketuk iphone tu bagi dia stop tengok upin & ipin :/



Beliyau tekun menghadap Upin & Ipin





Beliyau nyonyot jari sambil menonton upin Ipin





Tetibe beliyau stress tengok Upin & Ipin terus jadi gini -.-"





Tetiba dia pergi cakap dengan tripod -.-"





Tetibe beliyau bawak tripod jejalan :O



Model : Iman Syafaris Hakimie , 2 Tahun 1 Bulan

Senin, Februari 21, 2011

Oreo Cheese Cake tak menjadi. saya bukan chef T_T

Selamat malam,

hai sayang, sorry sangat yiyingggg sekarang macam biskut kejap ada mood berblog, kejap lagi mood nak tidur sahaja. entah kenapa tidur lebih menarik dari menaip mungkin tidur boleh berangan mimpi shaheizy sam kalau menaip macam tak boleh berangan . kalau dah menaip mula nak merepek benda tah apa apa T______T ye, eny kata saya kuat tidur, saya redha (T_T)


sejak minggu lepas , terlalu mengidam nak makan oreo cheesecake dari sherahxoxo, sumpah teringin sumpah teringin sumpahhhhh ! sampai aku pergi cari oreo dekat kedai tamil area office saya dekat manatah sampai kene charge rm3.20 satu bungkus tahu tak? bila pergi ninetynine dekat area rumah , harga sebungkus adalah rm2.85 manakala dekat carefour adalah promosi harga rm2.15 , stress kan melihat jarak harga biskut oreo kan? stress gila kan?

oleh sebab stress, maka cheesecake saya tidak menjadi (HAHAHAHA) nampak skrg? saya bukan chef ye wahai nadyacitralestari, saya jadi semakin stress bila cheesecake yang saya biarkan dalam fridge selama 9 jam masih cair (tak cair sangat lh, dia likat sikit je - SIKIT JE) seperti SEBELUM masukkan ke atas crust itu. HAMPAAAAAAAA gila tengok hasil dia, bila potong pun macam potong aiskrim cair T_____________T

TAPI, DONT JUDGE'S A CAKE BY IT INTERFACE, sbb rasa dia sumpah aku cakap, tedappppp ! tak baik sumpah sumpah nanti makan sumpah tapi kalau dah sedap nak cakap macam mana lagi? lepas ni tak payah cari dekat resipi rahsia sebab dalam fridge sendiri pun ada oreocheesecake sendiri YAHOOOOO !

cumaaaaaaa, nak belajar sangat sangat mcm mana nak guna gelatine powder tu BENCI GELATINE, sebab engkau lah tak jadi tahu tak? (stresss) T_________T
oh lupa nak cakap, walaupun tak jadi, tetap cheese cake tu tak sampai 42jam dah tamat dah riwayat dia.
so, total semua : cheese philadephia 250g ( rm6.50 xsilap) , fresh milk rm 4.99, whipping cream satu kotak besar rm15 (xsilap), oreo rm6.4 9 (2x3.20) gelatine satu peket kecil rm2.20 , gula rm1.50, butter tak ingat berapa tapi tak sampai rm3 pun. dan semua ini boleh buat banyak kali kecuali cheese tu. cheese n oreo kene beli lh if nak buat untuk kali kedua

cuba lah kira sendiri. lepas tu fikir lah nak beli atau nak buat sendiri ;)))
apak : sedapppppppppppp ! raya nanti boleh buat untuk tetamu.
emak : sedapppppppppppp ! tak masam pun and tak muak punnnn.
kakak (partner buat cheesecake ni haha ) : tak muak punnn, tipuuu je kau (saya ckp cake ni muak, sebenarnya nak paksa diri supaya tak makan banyak T_T)
adik : tak ckp apa,
kakak ipar : tak cakap apa,
abang : boleh juall !
aish : emmm eemmmmm (means sedap lh, dia kan baby lg HAHA)
kbai.

Kamis, Desember 02, 2010

Stop Child Abuse. !

Selamat pagi.

ini pagi, kita cerita pasal anak buah saya mahu tak? nur qaisara aqilia dan iman syafaris hakimi. dua dua sangat sangat menyerikan hati. dua dua sangat suka buat haku geram. rasa nak makan tangan, nak makan pipi, nak makan semua yang ada dekat dieorg HAHA ganas kan haku kan? tak boleh tengok baby pipi gebu, geramm je.


nur qaisara aqilia binti mohd shafakri

nur qaisara aqilia , bertuah sangat sebab mommy dia jaga . mommy dia always dekat rumah untuk tengok dia membesar, bermain semua. iman syafaris hakimi pula, terpaksa pergi sekolah sebab ibu kerja, sebenarnya bukan nak cerita pasal ibu dia HAHA tapi nak cerita keadaan sekolah aish. oh kami dekat rumah panggil iman syafaris hakimi sebagai aish sahaja. tapi susah nak sebut, bila susah nak sebut terus jadi yiyish T_T


iman syafaris hakimi bin mohd sharizal

yiyish pergi sekolah belakang rumah sahaja. semalam, ibu aish cerita lah yiyish sudah berjaya mencederakan anak cikgu dekat situ. habis bengkak mata budak tu sebab yiyish tanduk buku masa budak tu pegang buku sambil riba dia. ini sekarang siapa dera siapa? HAHA bukan bukan nak cakap pasal yiyish dera sebenarnya, lagipun cikgu dia baik. cuma tak berapa suka bila balik dari sekolah, penuh badan yiyish merah merah kene gigit semut, kadang kadang dekat muka ada dua biji sengatan dari nyamuk.

saya tahu, ibu yiyish taknak kecoh kecoh sebab biasa lah pengasuh, makin kita tegur karang makin tarik muka kan? jadi diam sahaja lah. dalam hati berharap, jangan ada perkara buruk berlaku dekat anak anak dalam sekolah tu.

CREDIT here.
pagi ini terus terkejut, budak 18bulan ditampal pita pelekat oleh pengasuhnya. DEMM, itu sahaja nak cakap dekat makhluk bernama manusia tersebut yang berumur 20-an.
PUTRAJAYA - Tindakan tidak berperikemanusiaan seorang pengasuh yang bertindak menampal mulut, muka dan tangan anak asuhannya dengan pita pelekat semata-mata untuk memaksa kanak2 itu diam memakan diri apabila dia ditahan baru2 ini.

Difahamkan taska tersebut mempunyai 5 pengasuh yg mengasuh lebih 30 Orang kanak2 berusia antara 2 bulan hingga 6 tahun dengan kadar bayaran RM300 sebulan. Kejadian tersebut telah berlarutan sejak OgOs lalu tetapi hanya diketahui ibu mangsa, Hazlina Rahmat, 29 apabila dia dimaklumkan Oleh penjaga kepada kanak2 lain yg turut menghantar anak mereka ke situ 18 nOvember lalu.

Dakwa Hazlina, terdapat kanak2 lain yg turut dilayan dgn buruk seperti tgn mereka dimasukkan ke dlm laci & dibiarkan menyusu sendiri.
INI SEBABNYA saya tak suka orang lain jaga anak kita atau anak buah kita. tapi what to do? kalau tak kerja, nak bagi anak makan apa? untuk pengasuh macam ini, please lah, berhenti mndera anak orang. kau nak duit jaga anak orang lepas tu kau nak dera anak orang pulak? kau ingat senang ke mak dia nak beranak? kau ingat senang ke mak dia nak berpantang? kau ingat senang ke bapak dan mak dia berusaha nak dapatkan anak tu? dem ah. aku benci betul keluar berita budak kene dera dengan pengasuh.

untuk pengasuh tu, aku tatau nak cakap apa, kalau aku lah kan, mungkin aku dah tarik rambut kau sampai koyak kulit kepala. atau aku buat apa kau buat dekat anak anak aku. hutang darah di balas darah, hutang nyawa dibalas nyawa. GARANG TAK? okay garang.

unicef

ALHAMDULLILAH syukur . saya dapat sebuah kamera 'Sony Cybershot W190' dari nuffnang untuk contest ini :)

okaithnxbai.

Kamis, September 16, 2010

mempersembahkan encik Iman Syafaris Hakimie.

Selamat petang.

hoi hoi, kalian petang ini masak apa? masih ada lagi tak kanak kanak bucuk bacin datang rumah minta duit raya? oh saya baru je lepas melayan budak budak yang mahu beraya sangat semak betul sebab hati tengah berbunga bunga buah hati datang secara tiba tiba dengan kawan kelas waktu dekat unisel. pfft tengah leka berbual budak budak mula datang serbu rumah, tensionnnyaaa saya OH OKAY DAH MALAS NAK INGAT PASAL BUDAK BUDAK HAHAHA :L


Hai, nama saya Iman Syafaris Hakimie tapi panggil AISH sahaja. bukan aishwarya rai okay T_T
T_______T baik lah, baik lah saya tak mahu emosi nanti merana hati padahal tak ada lah merana sangat sebab dah puas tengok 'wajah kesayangan hamba' tadi . HEH over, okay okay, bagi siapa yang belum tahu tentang anak buah kesayangan saya yang kedua selepas qaisara mari lah sini kita dengar cerita saya. eh bukan dengar sebenarnya, baca ini cerita.HAHA

aish dah umur 2 bulan dah, pipi pun dah labuh. masham tetap masham, grr geram sangat sebab badan dia makin semangat mana tidak, kalau bangun tidur jje nak susu jadi cuba lah bayang 9 kali bangun 9 kali susu tapi aish tak menetets sebenarnya (T_T) dia tak mahu tetets ibu dia wuu wuu jadi enfalac adalah makanan ruji beliau HAHA.



perasan tak dekat bibir dia ada merah tu? tsk, kami pun tak faham macam mana boleh ada, emak cakap itu tanda lahir, adik ipar abang cakap itu urat darah, kalau berdarah memang memancut2 T_________T serius tak suka lah macam ini.

doakan aish sihat sihat ey koranggg, now aish dah pandai buat bunyi tauu kira macam nak cakap cakap sampai kadang kadang terover gitu HAHA tapi memang lahhh sayang sgt dekat aish :DDDD



okai bai.

Minggu, September 12, 2010

Pagi satu shawal.

Selamat malam.



(malas nak edit nama dia. [padahal makin buruk] T_T)

wahh liyanaa.com semacam sakan beraya langsung hilang sekelip mata pulak dahh padahal saya suspek ada monyet curi kabel TM dekat kawasan Taman Desa Indah, Batu Caves ini. Haih, 3 hari berturut turut tiada line, telefon pun tiada, internet pun tiada. PELIK GILA, dah lah raya, boring lepas tu tak ada internet boleh bayang tak betapa boringnya dunia aku? bila lah orang TM nak mula bekerja, jangan sampai aku mengamuk sudah (T_T)

HAHA tiba tiba update belog terasa macam nak marah orang. baik lah sabar lah kalau tak dapat juga online terpaksa lah tunggu rabu nanti online dekat office (YEY boleh download movie sebab bos tak ada, bercuti lama pulak HAHA)

koleksi gambar raya 1 shawal.


keluarga besar lunia :D

nur qaisara aqilia

iman syafaris hakimie :D

ini nama dia over, orang nak makan, saya nak bergambar LOL
btw saya rindu kalian. dan saya juga menjadi photographer tak tetap since abang guna EOS 40D semua benda mula nak capture lagi lagi kehadiran dua cahaya mata. oh nanti ada masa kita cerita pasal aish. sebab asyik cerita pasal qaisara sombong sahaja :P HAHA

nanti lah kita menjadi addict balik dengan belog sendiri kerana liyana lunia sedang busy menambah berat badan sendiri. KAH KAH KAH baik lah nanti abang cakap aku over guna broadband dia (T_T)

//serius kejam gila kalau betul datuk sosilawati dibunuh dan dibakar kejam (T_T)
okai bai.
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !