Tampilkan postingan dengan label aidilfitri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label aidilfitri. Tampilkan semua postingan

Sabtu, Juli 19, 2014

Resipi biskut arab gebu .

Assalamualaikum ,

 so sempena hari ke 21 ramadhan pasti lah emak-emak kita mula bising mengapa anak dara mereka tidak start membakar kuih raya lagi termasuk lah emak saya. Semalam lagi dia dah jeling-jeling saya sebab saya tak buat kuih raya saya sedih terus saya bangun pagi tadi menghadap gula kastor, tepung gandum, minyak sapi dan bahan-bahan sampingan yang lain.

Teringat tahun lepas ke rumah cousin dan dihidangkan dengan biskut arab cute miut cair dimulut ini terus hantar sistem pesanan ringkas (SMS) dan minta resipi keenakkan biskut arab cute miut ini. Sebenarnya resipi dah dapat minggu lepas tapi kerana malas dan emak pun sudah mula menjeling maka hari ini saya pun terus membakarnya.


Bila google, banyak betul nama dia ni. ada biskut arab lah biskut suji lah biskut makmur lah entah apa-apa lagi entah nama dia. tapi saya suka biskut arab yang tak payah salut tepung atau gula, terus bakar masuk dalam balang kuih raya tak payah guling-guling dalam gula atau cat bagi colorfull nampak tak menarik langsung. better color camni, cute dan miut HAHAHAHAHA :')

Sebenarnya ada juga google resipi dan rupa biskut arab ini, nampak lah pelbagai bentuk dan hiasan tetapi tak menarik seperti biskut arab yang gebu ini. jadi tiada harapan lah nak cat colorfull atau letak cherry on top . saya lebih tergoda dengan kegebuan dia berwarna kuning-kuning masuk mulut terus cair T________T



Jadi sebelum resipi biskut arab yang saya save dalam SMS itu hilang angkara handphone rosak atau terpaksa diformat maka marilah saya tempek resipi biskut arab supaya dapat lah saya bakar biskut arab ini pada tahun hadapan :')

Biskut Arab 

  • 1 cwn gula halus 
  • 3 cwn tpg gndm 
  • 1 biji merah tlur 
  • 1 sudu kcil baking pwder 
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • 200gm @ 1/2 tin mnyk sapi ( tin sdrhana bsar ) 


Cara2 nya...

  1. Gula, tepung, merah tlur, baking pwder, esen vanila d gaul dgn mnyk sapi hngga sbati. 
  2. Next....terap & msukkn dlm oven. 
  3. Siap....slamt nmcba...;-)


Boleh tak terus salin dari handphone tak edit apa pun boleh tak? HAHAHAHA jadi resipi diatas ini saya buat satu adunan jadi saya ikut jumlah adunan itu kalau nak buat berbekas-bekas pandai-pandai lah awak gandakan bahan-bahan itu :')






Jumat, Oktober 01, 2010

Entry terbaik, peserta L untuk Liyana, Blackberry Torch :)

Selamat malam.

diwaktu entry ini diterbitkan, saya dengan hud hud and my baby , raracandyfloss tengah menghadiri satu event exlusive sangat pelancaran blackberry torch dekat bukit bintang. YAHOOoOOooO minggu lepas dapat invitation untuk iphone 4 but tak pergi coz rara still dekat jb lagi.

btw entry ringkas ini sebagai penutup keluh kesah peserta L untuk Liyana yang sakan menulis entry memuji beliaau ( saya, liyana tu ) heee, rule untuk entry adalah senang, hanya tulis apa yang anda suka / tidak suka dia.

ramai yang menyukai saya (terharu) menyukai header aneh saya (terharu) entry merapu yang panjang lebar tak ada noktah sebab saya malas letak noktah (terharu) nama liyana lunia (terharu) and ada juga yang delete entry mereka mungkin sebab malu atau segan atau er entah saya pun tak tahu kenapa T__T tapi tak apa, saya hargainya semua orang adalah pemenang bukan pengalah.

jadi, pemenang entry terbaik yang memang terbaik sekali baca je dah terkentut sebab angin kus kus menyerang sambil bergelak secara rakus adalah



nurainhassan


dan pasangannya



fitrihadidotcom

HAHAHAHAHA, aku baca entry dorang terus kejang perut. kuang asam betul dedua kutuk hebat gila (T_T) sebab itu saya rasa diaorang memang terbaik lah HAHAHAHA so, both of you please email me your alamat and tunggu lah dalam masa seminggu dua ini okay? ;)

but BUT but BUT , to those yang rasa beliau adalah tidak bertuah, anda sangat salah seriusli because anda semua adalah yang bertuah sebab mempunyai kesungguhan untuk menjoinkan diri ke dalam contest L untuk Liyana. PLEASEEE, tolong lah semua yang join this contest, bagi alamat anda di contact me. PLEASEEEEEE . secepat mungkin sebab saya akan memberi seprais kepada semua.
pemenang Galeri gambar L untuk Liyana, siapa yang rasa tak bagi alamat lagi, pelis bagi cepat. kang i mengamuk karang LOL
♥ okai bai.

Rabu, September 29, 2010

Ulang tahun cinta.

Selamat pagi.

ini hari juga masih busy. mungkin akan sentiasa sibuk sehingga berjaya submit apa yang perlu disubmit jumaat ini. YAHOOO lepas itu boleh enjoy boleh main dam sambil menonton tonton.com.my sambil makan cekodok pisang.



oh ya, saya teringin cekodok posong keh keh keh semalam sebelum tidur dah berniat nak buat cekodok pisang tapi macam tersentap lepas emak cakap bawa kereta pergi keje hari ini. redha, terpaksa redha kene juga pergi keroje naik kereta (T____T) jangan tak tahu aku dah ada lesen sejak 20.01.2010 wah comelnyaa nombor tapi sampai la ni masih belum yakin nak bawak kereta tsk.

kenapa aku tak bawa kereta sejak bulan Januari.
sebab saya tak ada keretaaaaaaaaaa sendiri yang boleh saya panggil dia aaron (T_______T)

sebab saya tak suka main gear, main clutch. saya suka drive je tamo tukar gear boleh?

sebab saya er, malas nak fikir? LOL HAHHAHA
tapi tak apa, hari ini dalam sejarah aku bawa kereta kancil kakak aku yang bakal menjadi milik aku. KAH KAH KAH kakak saya nak beli myvi, biar lah dia beli boleh saya panggil kancil tu as aaron :D phewittt



oh ya, tiba tiba letak muka comel (T_T) dalam entry ni sebab hari ini adalah hari ulangtahun ke 3 kami bersahabat karib. terima kasih faweez iqram :) terima kasih juga bagi baby dekat saya. keh keh keh
peserta contest L untuk Liyana, saya akan keluarkan senarai pemenang dalam masa terdekat. pleaseeeeeee take note yang saya sangat busy :( mwahh dada :*
♥ okai bai.

Minggu, September 26, 2010

Download drama - Kemaafan Yang Tertangguh (2010) Dimensi2u.

Selamat malam.

YEY credit besar besar untuk dimensi2u sebab dah uploadkan link untuk download kemaafan yang tertangguh. terima kasih banyak banyak encik ;) download lagi movie menarik, lagi lagi senario asam garam ye HAHA



sinopsis kemaafan yang tertangguh ada di entry sinopsis kemaafan yang tertangguh lakonan eira syazira dan zamarul hisyam. tak lupa puan maimon talib

Click link di bawah untuk download :)
Megaupload
http://www.megaupload.com/?d=G14E1QRH
http://www.megaupload.com/?d=K12VZKPO

Hotfile
http://hotfile.com/dl/71837426/41c7019/Kemaafan.Yang.Tertangguh.2010.SDTV.DiMENSi.part1.rar.html
http://hotfile.com/dl/71837631/ef04a10/Kemaafan.Yang.Tertangguh.2010.SDTV.DiMENSi.part2.rar.html

Fileserve
http://www.fileserve.com/file/uPqNqeS
http://www.fileserve.com/file/yEEDtSF
Cepat cakap terima kasih cik Liyana Lunia dan dimensi2u ;)

// drama ini drama wajib download oke, kalau tak nangis, tak terbayangkan family awak, sila bagi komen tauuu HAHAHA

♥ okai bai.

Contest L untuk Liyana berakhir sudah.

Selamat malam.

Alhamdullilahh, AKHIRNYAAAA sudah tamat lah contest selama dua minggu mungkin (?) yang agak susah payah dengan hadiah yang tidak seberapa (T_T) sedih pulak rasanya AHAHA tapi alhamdullilah entah macam mana terasa ramai yang support contest kali ini, walaupun sukar atau menyusahkan tetapi masih ada yang sudi join kan diri beliau. YEHAW.


qaisara cakap gudluck kakak kakak dan abang abang semuaa. YAHOOO :P

oh ini adalah senarai beliau yang berjaya menyusahkan diri masing masing dengan membuat lima sebab kenapa dia suka / tidak suka belog liyanaa.com tehee.
1. Yasmin

2. Mieya

3. RosaNatasha

4. Nana

5. Anyss

6. Deyla

7. Syamimi Haziqah

8. ChentaMaya

9. Lassie

10. NurainHassan

11. Cik Sya

12. Rozi Ahmad

13. Mien.

14. Nadd.

15. Zqah Ali

16. Miza Yusof

17. Fitrihadi.com
dan anda boleh melihat gadis galeri gambar L untuk Liyana dekat friendpages Liyana Lunia. tawwww. HAHA kene tukar gadis jadi galeri since ada peserta tunggal lelaki. karang letak gadis ada pulak kene ngorat nanti WAHAHAH T______T,
Kesayangan semua, insyallah jika tiada aral melintang saya akan mengumumkan siapa yang bertuah pada 29september ini. dan siapa yang bertuah tu macam biasa jangan menangis terharu sangat tahu? menakutkan nanti HAAHHA :P
saya juga sangat sangat terharu dengan keikhlasan kalian yang sudi sangat join walaupun tahu hadiah dia bukan sebiji laptop. terima kasih banyak banyak (nangis meleleh hingus dah ni :* )

♥ okai bai.

Jumat, September 24, 2010

Hari penutupan Contest L untuk Liyana. YAHOO

Selamat pagi.

hai 25 september 2010. saya tak sabar menantikan kehadiran kanda (tiba tiba) harap cepat lah encik 25 september datang kerana saya akan menutup contest L untuk Liyana tepat 11.59 pm 25 september 2010. seronoknyaaaaa sebab boleh tahan lah ramai adik manis yang join.


gadis pulak (T_T) padahal lelaki pun kene join. tsk
adik kacak macam segan nak join kenapa? HAHAHAHA oleh itu saya assume pembaca belog saya majoriti adalah perempuan YEY tak apa lah walaupun sedih tapi tak apa, mungkin susah agaknya contest L untuk Liyana (pasrah) tapi ini tak mungkin contest terakhir. tak mungkin lah kan, makin banyak rezeki, makin banyak yang akan saya kongsikan terima kasih kalian :D

sebenarnya takut gila nak buat contest, ada dua ketakutan satu adalah tak ada orang join atau ke dua lebih 500orang join. ia ketakutan kedua adalah merepek, jangan percaya sangat unless aku bagi laptop sebiji confirm ramai nak join betul tak? HAHAHA (T_T)

jadi ada beberapa saat lagi kalau ada siapa siapa nak juga join di persilakan ;)
hadiah rm10 untuk 5 entry terbaik dan 2 hadiah specil untuk gambar paling over tu saya rasa macam nak tukar lah, bagi rm10 kepada 5 gadis terbaik dalam gambar dan hadiah special untuk entry lah.
senarai peserta ada di sini.

♥ okai bai.

Rabu, September 22, 2010

fanpages liyana lunia yang baru.

Selamat petang.

disini saya nak buat pengumuman bahawa esok adalah tahun baru cina (tiba tiba) tak, tak macam ni sebenarnya saya dah semangat membawa berkat untuk mengubah tajuk nama friendpages saya dari liyanaa.com kepada liyana lunia. oleh sebab friendpages adalah salah satu pages paling sombong di alam maya dimana tidak memberi kebenaran saya menukar nama yang lebih gorgeous, saya terpaksaaaaaaa.


motif gambar megan denise fox?
*jengggg,

tiba tiba macam tergantung. marah tak? (T_T) meh sambung balik 'saya terpaksaaaa menukar pages yang baru. huwaaa sayangnyaa tapi terpaksa. er sebab musabab dia macam dulu nak buat tak terfikir hapa pun tapi sekarang dah fikir baik guna nama liyana lunia sebelum dapat kawan seramai 10k orang betul tak? okay betul ;p



jadi dengan tidak malu malu, mari like saya :D HAHAHA over.

// minta maaf sangat sangat menyusahkan kalian T_T sekali sekala kan? kan? kan? :P
♥ okai bai.

Selasa, September 21, 2010

Cara cara menjaga cermin mata dengan baik.

Selamat petang.

YEY selepas berjaya menceritakkan betapa ganas nya nur liyana binti ainul atau nama glemer dia Liyana Lunia. beliau menjaga sebuah spec mata pun hancur macam mana nak jaga seekor kucing? HEH bukan saya sengaja pun tahu tak (T_T) cermin mata pun sudah tua, sudah tiga tahun dan merasakan diri beliau sesuai menjadi surirumah sahaja HENTAH HAPE HENGKAU HEREPEK HARI HINI HOI.

okay dah, sebenarnya kisah cermin mata crack berlaku hari ahad raya kedua selepas perut kenyang diisi macam macam. fuh lepas kenyang kita mesti buat apa? ia bagus adik adik, selepas kenyang kita wajar lah merehatkan mental dan fizikal sebab itu lah cermin mata perlu diletak tepi pintu, biar tekepit lagi HA HUAT HAH HENGKAU HALAU HENDAK HENE HARAH HENGAN HEMAK HAWAK.

LOL entah kenapa tiba tiba terguna H pulak ini (T_T)



HOYEHH lihat lah cermin mata terbaru saya phewittt, hot in pink gituu ;p ;p

tetapi macam menyesal apahal aku tak pilih macam kakak aku siap ada bunga bunga, pfft oh power kerabunan semakin meningkat, kalau tak pakai cermin mata waktu menaip adalah nampak sikit tetapi blur sangat tetapi lagi suka cermin mata lama sebab dah sinonim, bau dia pun dah sama dengan aku (?) habis cermin mata baru buat apa? kita jadikan dia surirumah lah HAHAHA



dan ini dia, ini dia wajah liyana yang sepatutnya lembut tetapi ganas heh hengkau hengat hengkau hurus he? ( tapi nampak hurus pulak masa ini HAHAHAHAHA) over gila haku hini. heh mungkin nampak kurus sebab first time pakai tudung biru kot (serius tak ada kaitan) heh, kurus tu bukan aku cakap dengan badan badan sekali, haku cakap muka haku je nampak kurus !!! kan dah marah, belum orang cakap apa apa aku dah marah. garang betul tak sesuai langsung dengan nama liyana yang kelembutan tersebut ituww =.=

nampak tak di sini bahawa tiada langsung cara cara menjaga cermin mata dengan baik? bagus tak blogger macam ini? bagussssss.

♥ okai bai.

Senin, September 20, 2010

Nur Liyana bermaksud Cahaya Kelembutan.

CONTEST still berjalan dalam masa 5 hari. feel free to join it ;)
Selamat petang.

tahu tak apa makna nur liyana? kalau tak tahu mari saya cerita sikit apa maksud nur liyana sebab saya sangat rajin menelaah buku 'Nama nama anak dalam islam' best sangat bila baca sebab kita boleh tahu apa maksud nama dia, apa makna nama awak dan sebagainya. tapi hari ini kita nak cakap pasal nur liyana. dan ramai tahu nur adalah cahaya manakala liyana adalah kelembutan.


wewitt, seksinya bibir.
susah tahu tak pakai cermin mata atau saya panggil spec sahaja ini, nak tidur mandi makan pakai baju online semua susah sebab menganggu kawasan penglihatan saya T_____T tapi tak apa, saya kan lembut, hati lembut, tangan lembut semua pun lembut HAHAHAHAHA.



TETAPI bila tengok gambar spec dekat atas ini anda tahu lah saya bukan nya lembut sangat malah kuat tidur pulak dah T______T , hari raya ke dua tak silap adalah hari raya paling letih tetapi paling disukai sebab pakai baju comel HAHA.

nampak tak ada crack tu? HAHAhA macam ni, masa tu dah OTW nak balik rumah dah, aku tengah tidurr lah dalam kereta spec mata aku gantung dekat handbag , lepas tu apak berhenti dekat petronas and adik aku nak pergi toilet. lepas tu sebab cuai, lalai, careless aku pergi tutup pintu kereta. lepas tu bila aku cari cari cermin mata, dia dah melekat dekat pintu dah T_________T

huwaaaa, menangis aku. tiga hari tiga malam aku taknak ikut pergi beraya. sedih ai taw (T_T)

// er, tipu je aku pergi je beraya walaupun cermin mata crack, comel apa. mula lah dapat perhatian HAHAHA

♥ okai bai.

Minggu, September 19, 2010

Contest L untuk Liyana

(STICKY ENTRY - entry baru dekat bawah kerana contest ini still berjalan lagi sehingga 25 sept 2010 :)
Selamat petang

YEY, (setiap entry kalau tak ada YEY macam tak lengkap, jadi sila biasakan HAHA) siapa hendak duit raya sila baca entry ini dengan teliti kerana jarang sekali saya , si manis liyana hendak memberi anda duit rayaaaa ( YAHOO00OO ) jarang dia macam dua tiga tahun lagi baru anda dapat benda free tetapi duit raya yang di beri bukan lah sebanyak rm500 seperti penjawat awam dapat. tidak jangan lah begitu tinggi angan angan anda.



tatapi kalau hendak duit raya, bukan senang senang sahaja boleh dapat tahu? kene lah buat sesuatu yang comel.Contest ini senang je, ada dua syarat utama iaitu belanja saya pizza hut dan menjadi follower belog saya ( okay tak, saya tipu je)

APA YANG ANDA PERLUKAN?
1. BLOG.

2. KESUNGGUHAN
APA YANG PERLU ANDA PATUHI?
1. Buat entry paling comel dan beri lima (5) point kenapa anda suka/tidak suka Liyanaa.com, bukan suka owner dia tahu? tapi belog ini. mungkin designnya atau entry merapu dia atau owner dia comel dan single (HAHAHAHAHA)

2. sertakan satu gambar anda yang paling over seperti gambar ini. dah nama pun ini contest Liyanaa.com : L for Liyana kan? jadi sila lah buat tangan L anda itu dengan hots, kratif dan over gila (HAHAndabolehedittapijanganterlampauHAHA)

3. buat 48 jam entry melekit ( tutorial sticky entry ).

4. Tinggalkan link entry anda di comment form.

5. oh jangan lupa tempek banner saya di sidebar anda :)

6. Lupa nak cakap, tajuk entry adalah = Contest L untuk Liyana



Hadiah?
Rm 50 akan dibahagi kepada 5 pemenang :) = ramai keliru kan? baiklah untuk pengetahuan handa, 50 bahagi 5 adalah 10. jadi 5 orang pemenang akan dapat Rm 10 sebagai hadiah duit raya mereka. Terima kasih. :D

dan 2 peserta yang mempunyai gambar L for Liyana paling vogue akan mendapat hadiah misteri (SHHH, misteri itu yang kita mahu).
contest akan ditutup secara suka hati. HA HA HA
okay tak, contest akan ditutup on 25 sept 2010. dan akan di umumkan pemenang on 29sept 2010 anniversary ke -3. okay bai.
♥ okai bai.

Jumat, September 17, 2010

CONTEST : Lembu cisdel menjadi air kotak marigold milk.

Pada suatu hari,

kecoh lah satu dunia blog apabila seekor lembu jantan telah terlepas dari kandang peliharaan saudara topotato yang terletak di daerah cisdel.com yang amat terkenal kerana memiliki seekor lembu gebu gebu comel bermata bulat berhidung bulat kecil seperti polka dots di atas kedua dua bibir mungil berwarna pink yang pandai beraksi (T_T)

lembu jantan itu telah hilang tidak tahu ke mana perginya, jadi tuan kepada lembu jantan itu yakni saudari saudara topotato telah melancarkan suatu peperangan bertajuk contest mencari lembu cisdel . oleh kerana kasihan melihat rintihan saudara topotato, saya, nurliyana binti ainul atau nama glemernye Liyana Lunia menjalankan sedikit penyiasatan di entry the making of err, lembu cisdel?

sila pasang seatbelt dahulu sebelum membaca entry yang sedih ini (T_T)



satu hari yang indah, lembu cisdel berjalan jalan di sekitar keyboard di office nur liyana. sambil berjalan jalan, lembu cisdel melilau lilau memandang entah apa entah. (dari kejauhan terlihat lah kandang cisdel.com yang jauh di mata dekat dihati tersebut)

tiba tiba , lembu cisdel terjumpa sebotol air twister yang sedap, menarik dan tertarik tetapi lembu cisdel adalah tidak berani meminum air twister tersebut takut usus besar dan kecil beliau pun ikut twist juga jadi abailah botol tersebut tanpa was was.

sedang lembu cisdel berjalan jalan , tiba tiba mata beliau terbuntangg, sangat buntang sampai daku pun seram apahal dia ni bikin saspen pulak. engkau saspen tak? (T_T)

lepas mata terbuntang, mata dia mungkin terasa pedih, lalu menggosok matanya kerana pedih dan juga kerana unbelievable apabila ada sesuatu di depan beliau ( er, mug kucing tu abaikan, tak ada part dia dalam cerita ini (T_T)

matanyaa kembali terbuntang apabila terjumpa sekotak yang berkalepul di depan mata sambil membaca nota nota yang tertulis di kotak tersebut, tetapi beliau terasa freak, apahal aku tak faham satu hape pun nota dekat kotak tu kemudian baru teringat beliau adalah buta huruf (T_T)

apabila kotak itu dipusingkan, terpampanglah wajah lembu comel di depan kotak itu

oleh kerana terpengaruh dengan wajah comel lembu tersebut serta melihat badan lembu comel terlampau gebu, akhirnya anda semua boleh lah tahu apa yang terjadi pada lembu cisdel (T_____________T)


dan akhirnya, ini lah yang berlaku kepada lembu cisdel. beliau sanggup menyerahkan body beliau kepada kilang pembuat minuman marigold dan dijual oleh seven eleven dengan harga cuma RM 1.60 tsk, sedih sangat kesudahan hidup lembu cisdel.com HUWAAA terpaksa lah encik topotato memelihara binatang lain contohnya kuda atau keldai (T____T)

♥ oh fine, aku taip entry ni pun rasa nak tekentut kentut sebab gelak gila sangat tengok muka lembu cisdel dekat kotak air marigold. jahatnya aku (T____T) WAHHAHAHAHAHAHAHAHAHA

♥ okai bai.

Rabu, September 15, 2010

The making of, er Lembu Cisdel.com ?

Selamat tengahari.

sebenarnya bila bosan mula lah buat benda bukan bukan selain dari update entry marigold strawberry flavoured milk yang entah apa apa itu, kalau nak cerita pasal kes bunuh sosilawati semacam sudah jemu bila masuk sana blog pun tetap kes bunuh, tetap kes parya berpangkat datuk tersebut (T_T)

mari sini duduk dekat belog saya , kita tengok apa saya buat dekat office selain dari mebebel dekat fb and twitter. kasihan kasihan duduk sorang sorang dalam office keboringan dan kepanasan :(

sebenarnya, lembu lembu ini saya sedang menjalankan operasi penangkapan untuk di jadikan sejenis minuman, tak apa itu kita tunggu entry akan datang sebab saja nak buat the making of cisdel _ _ _ pulak KAH KAH KAH (mana boleh bagi tahu dulu, nanti lah saya update T_T)


sembelih lembuu cisdel cepatttt, boleh lah buat rendang. siapa teringin nak makan rendang lembu cisdel boleh buat temujanji lah untuk datang beraya ke rumah liyana lunia KAH KAH KAH (T_T)

teliti sangat saya mencukur badan lembu cisdel dari kertas yang sudah di print out (T_T)


nampak tak dekat jari saya tu? wuuu wuu nyaris nyaris nak berdarah since dekat office tak ada gunting :( terpaksa guna pisau WUUUUUUUUUUUU kalau tak menang juga tak tahu lah.
eh kejap, perlu ke buat entry ini? ala nak cukup kan syarat update belog je KAH KAH KAH. tunggu lah entry menarik tentang kehilangan lembu cisdel ini tauwww!

♥ okai bai.

Minggu, September 12, 2010

Pagi satu shawal.

Selamat malam.



(malas nak edit nama dia. [padahal makin buruk] T_T)

wahh liyanaa.com semacam sakan beraya langsung hilang sekelip mata pulak dahh padahal saya suspek ada monyet curi kabel TM dekat kawasan Taman Desa Indah, Batu Caves ini. Haih, 3 hari berturut turut tiada line, telefon pun tiada, internet pun tiada. PELIK GILA, dah lah raya, boring lepas tu tak ada internet boleh bayang tak betapa boringnya dunia aku? bila lah orang TM nak mula bekerja, jangan sampai aku mengamuk sudah (T_T)

HAHA tiba tiba update belog terasa macam nak marah orang. baik lah sabar lah kalau tak dapat juga online terpaksa lah tunggu rabu nanti online dekat office (YEY boleh download movie sebab bos tak ada, bercuti lama pulak HAHA)

koleksi gambar raya 1 shawal.


keluarga besar lunia :D

nur qaisara aqilia

iman syafaris hakimie :D

ini nama dia over, orang nak makan, saya nak bergambar LOL
btw saya rindu kalian. dan saya juga menjadi photographer tak tetap since abang guna EOS 40D semua benda mula nak capture lagi lagi kehadiran dua cahaya mata. oh nanti ada masa kita cerita pasal aish. sebab asyik cerita pasal qaisara sombong sahaja :P HAHA

nanti lah kita menjadi addict balik dengan belog sendiri kerana liyana lunia sedang busy menambah berat badan sendiri. KAH KAH KAH baik lah nanti abang cakap aku over guna broadband dia (T_T)

//serius kejam gila kalau betul datuk sosilawati dibunuh dan dibakar kejam (T_T)
♥ okai bai.

Kamis, September 09, 2010

Happy birthday darling Qaisaraa,

Selamat malam.

YEY semua orang sibuk nak beraya. begitu juga saya, sampai tak terjaga belog untuk hari ini, susahnyaa nak online sebab terlampau busy (T_T) ini pun nak menaip macam kelam kabut sebab saya sedang bersiap siap hendak pergi ke jalan tar. YEY dah dua kali aku pegi harapnya tidak habis duit HAHA




hari ini adalah 9.9.2010 means sudah setahun my baby darling , nur qaisara aqilia lahir ke dunia. OH selamat hari jadi sayanggggg. sekarang baru nak pergi main mercun, makan cake dan pergi jalan tar.








// qaisara sangat suka bergambar :D

♥ okai bai.

Jumat, September 03, 2010

Salam aidilfitri dari Mieyabubbletalk.

Selamat pagi.



YEY semalam balik dari office dapat dua bungkusan. satu bungkusan dari drunbella bungkusan bukan setakat bungkusan kosong tiada makna, ini ada makna punya bungkusan tahu? untuk mengetahui sejauh mana toksik dalam badan anda bergerak mengikut pergerakan darah (T_T) ye saya baru pakai sehari dah nampak dah benda yang meloyakan, kita tengok malam nanti sama banyak tak dengan hari pertama. kesan dia saya rasa, saya bangun sahur jadi segar bugar walhal sebelum ini rasa macam nak hentak kaki dekat muka orang sahaja (T_T)




and satu kad raya dari mieyabubbletalk. YEY ini kad raya pertama untuk tahun ini. kad raya yang saya sangka ada terselit wang rm 50 hengget sebagai hadiah hari raya tapi macam angan angan ku musnah selepas tiada apa apa terselit HAHA tq so much mieya darlingg :D lawa sangat kad raya itu ada gambar gadis manis macam kak ynn. sukanya sayaa :D



sepatutnya dapat lagi dua kad raya tahu dari hero remaja sekarang ariff shah and andy lelaki kacak tetapi macam belum terima lagi, since dua dua hero remaja sekarang sangat famous, sudikan lah memberi barang rm10 sebagai duit raya (T_T)

anda sudah dapat kad raya ke belum? sebenarnya saya sangka zaman sekarang ini macam ada yang tak minat kad raya lagi (T_T) rupanya ada lagi yang sudi bagi. Thank You sangat sangat mieya darlingg, ♥♥♥♥♥♥

♥ okai bai.

Kamis, September 02, 2010

Memori ramadhan di Unisel.

Selamat malam.

esok mula lah semua budak budak sekolah (ecewah, now saya dah bekerjaya jadi kene gelarkan kalian budak budak lah HAHA) bersenang lenang dekat rumah. padahal dia tak tahu nanti masuk semester macam macam test dorang kene lalui. tak apa bergembira lah sekarang ( HAHA keji betul )



gadis bekerjaya macam saya pun ada cuti heh, bukan tak ada. jadi bila ada cuti sila bersyukur (T_T) mula mula masuk ofis sangat happy bila tengok white board ada notis cuti from 8hb until 20hb but bila bos masuk dia cakap ' Ynn, u masuk 15 and 17hn tau, i je cuti sampai 20hb' ( MENANGIS AIR MATA DARAH PUN TIDAK BERGUNA ) terpaksa lah saya sengih sahaja walhal baru 45minit muka saya tegang :(

tapi tak apa, kira ada lah masa cuti untuk berjalan jalan dengan family. ehem seronok.

sebenarnya, saya teringat masa dekat unisel. berpuasa dekat unisel masa sem pertama dan keempat adalah paling hebat. semester pertama adalah semester paling saya suka kerana waktu itu waktu sedang berbunga bunga dengan encik buah hati.

tapi waktu itu waktu malu malu nak dating nama dia. setakat call suruh bangun sahur, pergi bazar pun berselisih senyum senyum sepanjang ramadhan. tapi bila nak balik bercuti baru lah berani pergi makan berdua-duaan. lepas makan dating belakang falkulti. lepas tu dapat call emak dah sampai bukit tagar terus meroyan balik laju laju kemas barang semua (T_T)

masa itu ingat boleh sambut ramadhan dengan dia bersama sama untuk ramadhan yang akan datang, rupanya tak sempat, buah hati saya masuk PSIS (T_T) jadi sepanjang ramadhan di unisel saya di temani teman teman terhebat. tehee menarik nak cerita pasal ramadhan dekat unisel. sangat menarik bila budak lelaki masuk class badan bau rokok LOL

okay dah lagi seminggu nak raya. jom pasang langsir baru, pasang sarung kusyen baru. tahun ini emak cakap tak perlu buat ketupat (YAHOOO) pagi raya kita makan nasi minyak sahaja. tapi saya ingat nak import ketupat daun palas lah dari mummy qaisara dekat kedah sana. tehee ;p


tak sabar nak pakai baju ini pagi raya nanti. :D

♥ okai bai.

Selasa, Agustus 31, 2010

Resipi Famous Amours Cookies.

Selamat malam.

Saya suka masak. anda perlu tahu itu tapi satu benda yang menghalang saya rajin masak adalah kerana saya malas hendak masak. semua orang anti dengan perkataan malas sebab bila kita malas kita tidak dapat lakukan apa yang kita suka (T_T)



Kenapa lah malas ada dalam kamus hidup kita kan? ke ada orang yang tak pernah malas seumur hidup dia? kalau ada sila laporkan diri. saya mahu sedekah kan sebahagian dari sifat malas kepada anda (T_T) okay dah merepek banyak sekarang anda kene tahu apa saya buat selama tiga hari duduk dekat rumah sampai tidak update pasal diri sendiri HAHA.

eleh kalau saya update pasal diri sendiri pun bukan orang nak baca (T_T)

sabtu malam saya buat aktiviti menarik lepas bergaduh manja dengan emak. emak suruh buat waktu siang, heh saya kan anak gedik takut terliur jadi minta buat lepas berbuka jadi lah sabtu malam saya dan kakak bertungkus lumus membakar cookies. bau cookies dia jangan cakap lah, merebak ke seluruh pelusuk negara (T_T)

oleh sebab ini my first time buat cookies tanpa dibantu oleh emak, saya pun pergi google resipi cookies famous amos pujaan hati. saya cuba cari dekat mana tapi tidak jumpa (T_T) jadi saya bagi sendiri nama dia famous amours.

Bahan-bahan ( 70-80 biji )
* 250g mentega
* 280g tepung gandum
* 10g serbuk koko ( saya tidak guna serbuk koko macam famous cookies sally sebab saya tak berapa suka double chocolate famous amos HAHA )
* 150g gula kastor ( saya guna 2sudu gula halus )
* ½ sudu kecil esen vanila
* ½ sudu kecil soda bikarbonat

* 2 sudu besar susu tepung
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 biji kuning telur
* 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang)
* 100g coklat cip ( saya guna coklat masakan. potong kecil kecil, lagi sedap dari chokolate chip :)
* Secubit garam



( kita hanya perlukan telur kuning. ini cara ambil telur kuning, lubangkan sikit sahaja kemudian keluarkan telur putih )


sukat tepung, soda bikarbonat, susu tepung , tepung jagung, secubit garam dan serbuk koko, jika mahu
Cara-cara
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi.
Kemudian kacau hingga rata.


4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.


Panas dari oven :)
♥ okai bai.
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !