Tampilkan postingan dengan label canon eos 40d. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label canon eos 40d. Tampilkan semua postingan

Rabu, Februari 09, 2011

Wedding Kak Lin & Abang Azam ( Raracandyfloss)

Selamat pagi.
Wedding Kak Azlinawati & Abg Azam.

dengan suka hatinya saya memberitahu bahawa entry ini dan entry akan datang akan penuh dengan gambar. suka hati tak bila baca amaran awal awal entry sudahlah awak dah lama menghilang tada update belog tiba tiba bagi amaran macam itu belum apa apa saya dah gelisah terus taknak buka belog awak karang. heh siapa berani berani taknak buka belog ini esok dia sembelit KAH KAH KAH kbai.



hari khamis 3/2/2011 apakah aktiviti anda semua? adakah anda busy mengumpul angpau ataupun anda busy menyemakkan kereta anda di highway kerana pulang ke kampung ataupun anda menyemak ke genting highland macam saya lepas tu emosi apahal jammed ini, kalau engkau bawa kereta auto tiada masalah tapi kalau manual? termati mati lah kereta itu T_T

cool tak doorgift macam ni? dalam dia ada muffin choc. NYUMMY
oh khamis lepas , saya ditemani kakak dan adik pergi menepung tawar kakak kedua raracandyfloss dekat wisma sejarah. TQ so much dear sebab jemput i dan partner tapi sebab i tak ada partner , i single (KBAI) jadi kakak dan adik serta teman lelaki kakak pun temankan saya. syukur lah ada orang teman kalau tak mungkin saya akan BBM rara dan bagitahu tak dapat datang dan mesti lah rara menangis sedih HEH TAK SYOK LANGSUNG ayat aku.

pukul 12.30 dah bertolak sepatutnya 12 tapi terlambat sikit itupun nasib baik sampai dewan dah ramai orang, sebab haku terbayang yang haku and the geng(TERUS ADA GENG KAHKAHKAH) jadi orang pertama sampai dah lah sampai sampai terus tak pergi mana mana sebab mata dan kaki terus ke meja mengambil nasi dan lauk pauk. LAPAR BETUL waktu tu tapi bila dah ambil lauk dan nasi terus tak berselera sebab rara berdiri belakang haku sampai haku terkejut nasib baik tak melatah kalau tidak merana semua dalam dewan.







oh tak perasan , annekayra duduk meja belakang. hihi annekayra ini blogger juga, merangkap rakan twitter dan housemate rara. malu sebenarnya jumpa first time. hihi and GYEAHH dapat jumpa zuezoey juga. actually dari dulu nak sangat tengok zue sebab dia kata muka kiteorang sama tapi saya boleh tarik nafas lega bila terbukti saya lagi comel dari zue. KAHKAHKAH ehhhh rara cantik sangat kan? eeeee rasa nak pinjam dress dia sekejap sebab dress dia pun cantik sangat.

dapat jumpa kakak cujie and mama rara untuk kali ke dua, masuk masuk dewan je haku tanya dkt mama rara, aunty kenal ynn tak? hamboi laju je kak cujie cakap 'mesti lah kenal, dah duduk sebilik T_T'

cantiknyaaaa pengantin. suka sangat tengok kak lin masa wedding dia haritu, berseri seri sangat dah lah theme color pink silver putih macam tu tak ke aku rasa nak kawin masa tu juga? pfft

lepas je sesi bertangkap gambar secara gedik , terus saya dan kakak dan adik serta teman lelaki kakak pergi membelah bukit dengan menaiki kereta manual. bayangkan engkau naik bukit tinggi sejuk dan JAMMED. tengsionggg !

// kalau font bersambung tu dari canon eos 40d. kalau yang biasa tu dari bb torch. BENCI camera dekat bbtorch skrg T_T
Selamat pengantin baru kak lin, selamat menempuh ke alam baru, cepat cepat , alesha dengan haikal nak kawan baru :P HAHAHA
kbai.

Sabtu, Februari 05, 2011

Hari kedua dekat kedah bersama qaisara.

Selamat pagi.

#haiiiiikorunkkkk,

rindu saya tak? eceh padahal tak pun oke fine T___T

hariniw sayew ingat nak update yang saya sedang berseronok ronok dekat kedah , tak seronok sebab penat gilaaaaa rasa kaki macam nak putus. kenapa tiba tiba engkau rasa kaki nak putus? entah mungkin bukan masa untuk saya cakap sebab kene rebut laptop dekat kedah ni kihkihkih

berebut bukan dengan siapa siapa, tapi dengan qaisara. belum lagi dia pegi tarik iPad sebab nak main tekan tekan HAHA. comel gila budak kecil ni, belasah kang baru tahu. tahu tak qaisara suka cubit pipi orang? aku ingat dia nak belai pipi lembut gebu ni rupanya dia pegi pulas . pehhh ! baru setahun jagung dah pandai cubit orang. belum lagi dia gigit engkau, peh peh budak ni !

hari kedua, dah decide nak pergi jalan jalan dekat jitra. budak merajuk dh okay sikit tapi masih mengeluh tak dapat keluar dengan awek dia yg jauh dekat kedah ni.

eh kenapa boring entry ni? benci ah ! (rinduu budak aish tomey pulak dh T_T)

okaithnxbai.

Senin, November 22, 2010

Photo Entry : Convocation UNISEL Liyana Lunia

Selamat tengahari.


bunga pertama dalam cinta manis.

malu *merah pipi*
tahu tak dekat rumah dah tak boleh online? sebab saya syak dah kene potong tak bayar KAH KAH KAH jadi kene lah online dekat office, nasib baik belum banyak keje jadi terpaksa lah menempek dekat sini sahaja.


peneman saya terima kasih kakak saya dan kekasih saya :P
alhamdullilah, dah selesai lah Convocation Unisel session 4 semalam dalam pukul 5. grrr panas gila unisel, cair habis mekap semua oh semalam saya kene mekap, GAHAHA habis hidup aku bila kene mekapp mekapp ni grr.


berjalan kaki di bawah matahari terik, grr
semalam, happy sangat sebab kakak dengan faweez sudi teman kan saya, ontheway ke UNISEL pun sangat baik, cuaca sangat nice waktu tu tapi bila sampai je dekat sana, teruk gilaaa. jem sampai setengah jam semata mata nak cari parking, agak menyiksa jiwa dan mekap nasib baik kereta ada aircond kalau tak ada macam mana? grr UNISEL perlu ada banyak pokok dan bumbung lah HAHA.

Istiadat Konvokesyen UNISEL yang ke 5 :)

dewan istiadat.

zety ; ika ; me :) kawan sejak sem 1 . kami rapat dan kami antara 5 perempuan dalam class grr.

zana ; ayun. housemate saya yang paling terbaik dalam dunia. sorry sangat gambar blur T_T

coursemate ayun ; dari kiri : itik, penguin, turtle dan ayam :P
masuk dewan pun agak sedih sebab tak pegang henfon, tak dapat bercamwhore. tapi saya suka betul dorang main gong (gendang?) apa tah tu sedap. naik atas stage langsung tak fikir apa dah, semua yang saya dah belajar terus hilang KAH KAH KAH terus lupa atas stage tu. malu woi, pipi rasa tebal 50 inci T______T

tak puas, keluar dewan kawan kawan semua dah ramai yang cabut lari, dengan parking jauh, jambangan bunga yang banyak, serta sotong kuning yang berat terus rasa nak balik grr alhamdullilah walaupun emak dengan apak jauh, mereka tetap pesan dekat akak belikan something untuk sayaaa. *suka suka*

peneman. CAKAP KEJUUUU :P

berminat nak ambil model? grr
baiklah entry ini entry penuhkoleksi gambar, terima kasih banyak banyak yang wish dekat entry my 1st convocation day. HAHA entry tu saya buat sebelum pergi. oh jubah dia nice juga lah walaupun saya tak minat kelabu grr

sebenarnya dah upload dalam facebook, tapi nak letak juga dekat entry HAHAHA



hadiah dari kakak. ros pink :D terima kasih yaaaa.

hadiah dari emak dan apak yang jauh di mata, dekat di hati. dipilih, digodek oleh kakak saya. terima kasih kak ya,
sotong kuning tu, mula mula saya tertarik yang kecil, lepas tu entah macam mana kakak pilih yang paling besar. yang menakjubkan harga dia tak lebih rm100 :) padahal yang kecik tu rm45. grr :) btw bunga adalah bunga sabun. tak sabar nak tunjuk parent dan abang & kakak ipar n adik saya yang akan balik 15 december ini.

nak ambil gambar familyyyy walaupun tanpa jubah. HAHAHA jubah besar taknak :(

banyak ah gambar T___________T siapa yang berkawan dalam facebook, jom tengok lagiii dekat facebook liyana binti ainul. oh bytheway saya tak boleh jadi model la, WAKAKA tak reti posing posing, tapi jadi photographer boleh lah. siapa nak? grr

okai bai.

Minggu, September 12, 2010

Pagi satu shawal.

Selamat malam.



(malas nak edit nama dia. [padahal makin buruk] T_T)

wahh liyanaa.com semacam sakan beraya langsung hilang sekelip mata pulak dahh padahal saya suspek ada monyet curi kabel TM dekat kawasan Taman Desa Indah, Batu Caves ini. Haih, 3 hari berturut turut tiada line, telefon pun tiada, internet pun tiada. PELIK GILA, dah lah raya, boring lepas tu tak ada internet boleh bayang tak betapa boringnya dunia aku? bila lah orang TM nak mula bekerja, jangan sampai aku mengamuk sudah (T_T)

HAHA tiba tiba update belog terasa macam nak marah orang. baik lah sabar lah kalau tak dapat juga online terpaksa lah tunggu rabu nanti online dekat office (YEY boleh download movie sebab bos tak ada, bercuti lama pulak HAHA)

koleksi gambar raya 1 shawal.


keluarga besar lunia :D

nur qaisara aqilia

iman syafaris hakimie :D

ini nama dia over, orang nak makan, saya nak bergambar LOL
btw saya rindu kalian. dan saya juga menjadi photographer tak tetap since abang guna EOS 40D semua benda mula nak capture lagi lagi kehadiran dua cahaya mata. oh nanti ada masa kita cerita pasal aish. sebab asyik cerita pasal qaisara sombong sahaja :P HAHA

nanti lah kita menjadi addict balik dengan belog sendiri kerana liyana lunia sedang busy menambah berat badan sendiri. KAH KAH KAH baik lah nanti abang cakap aku over guna broadband dia (T_T)

//serius kejam gila kalau betul datuk sosilawati dibunuh dan dibakar kejam (T_T)
okai bai.
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !