Tampilkan postingan dengan label unisel. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label unisel. Tampilkan semua postingan

Kamis, Mei 05, 2011

Berjalan² meng-kuruskan lelemak di Sunway Pyramid & Melaka #1.

Selamat petang,

dua minggu lepas, 23hb april adalah hari meng-kuruskan lelemak dan meng-enjoykan diri di sekitar sunway pyramid, er dan melaka (?) fun gegilaaaaaa sebab macam tak sangka pergi holiday dengan teman baik saya, acik zana. jauh okay pergi melaka semata-mata nak tengok senjakala KAHKAHKAH lepas tu orang cakap ruginyaaa pergi tengok wayang buat apa. SABARLAH saya pun menyesal juga tapi nak buat acane HWUAHAH T______T

Pagi 23hb , masuk sunway pyramid terus cari pizza hut. kelaparan masing masing. pilih menu pun macam nak pilih semua sekali nasib baik terfikir nanti ada banyak benda lagi nak makan tak apa kita makan lite lite sahaja. LITE LITE LAH SANGAT kau tengok siap ada ciken wing tu auwwwmm dappnya dia !


LAPAQ, masuk sunway terus order dan makan macam tak makan lima tahun kehkeh

hai cik zana. jemput makan pelisss !

habis makan sekitar pukul 1.30 pergi cari Tutti Frutti. acik zana minta saya ajarkan macam mana beli TF tanpa melebihi RM10 tetapi beliau GAGAL juga. sebab total aku punya baru 9hengget lebih, dia punya sampai sebelas hengget. tak ke mendatangkan marah pada beliau? KAHKAHKAH T_______T

singgah sunway pyramid bukan sebab nak makan semata-mata. ini lah maksud diaaa ! kehkehkeh, ingat lagi entry etude house bagi discount 50% ? saya dah sambau barang sebarang dua produk dari etude house. and terpaksa beli elianto Brightening Eye Zone Treatment Patch untuk bagi zana dapat point, kahkahkah while zana terpaksa beli Etude House Petit Eyeshadow untuk saya dapat point. NAMPAK TAK? sepakat membawa berkat nama dia KAHKAHKAH tapi last last aku jarang pakai. kecuali yang warna kuning tu. TERBAIKK nanti nk buat review kalau ada masa ;))

sebelum bergerak ke Melaka, risau tak sempat cari hadiah terus kiteorg melilau cari hadiah dekat sekitar JJ, lawa kannnnn wrapper tu? harap pengantin tak buang dia HAHAHAHAHAHAH ;p hadiah biasa biasa jeeeeeeeeee. UWUWUWUW

sempat singgah cup-a-bon untuk beli oreo pearl ice blended. risau nanti kehausan boleh kita minum dia. SEDAPPPP tak macam coolblog dekat selayang mall. tak sukaaa ! kedekut gula nama dia HUWHHAHA

ingat lagi entry saya dah beli macarons? sempat lah aku redeem dekat KTM Subang Jaya pada owner dia. terima kasih puan Nomie, sabar menunggu kami dari pukul 3 tak muncul2 huwhaha T_______T

sebahagian hasil dibawa dari selangor ke melaka T_____T


eh ada lagi part ke 2 TUNGGUUUUUUUUUUUU tau *pengsan* ;0)

kbai.

Kamis, Desember 09, 2010

AYAM apa nama dia musang?

Selamat petang.

pernah dengar cerita ayam bertukar jadi musang tak? ye saya pun tak pernah, hentah cerita dongeng apa tah zaman ini. eeeeee, sebelum nak merepek panjang, saya nak cerita sikit benda sedih, macam kalian belum tahu atau pernah tahu, selain menjawap telefon, tugas saya adalah menjaga hikan bos yang berharga rm950 seekor ituwww.

tapi malangnya hikan itu sudah pergi selamanya , tak dapat lah haku nak main dengan ulat lagi T____________T rasa bersalah sebab pagi tadi masa nak bagi makan, aku membebel sebabnya dekat rumah pun kene bagi ikan makan, bla bla bla tengok tengok dia dah takde (usha aquarium sambil kesat air mataq)

dari kiri : ITIK, PENGUIN, TETEL dan AYAM FOX :B
sambung balik pasal ayam jadi musang tu, ada seorang mamat bernama penguin tak puas hati macam mana ayam boleh jadi keluarga fox secara tiba tiba. haku pun pelik macam mana boleh ada fox dekat lastname liyana tu. sebelum teruskan , anda pening tak? HAA itu lah yang saya mahukan, saya mahu anda pening lah sebenarnya. grr

keluarga bahagia : SINGAAAAA, ayam fox dan ITIK
masa dekat unisel dulu, orang panggil saya ayam. saya panggil ayun , itik. kami panggil esyad , penguin, kitaorang panggil tira, tetel. dan kami semua panggil zana , singa HAHAHA jadi bila dah bergurau kasar macam tu, dari zaman unisel yang dah berkurun lama tu, tiba tiba boleh jadi isu dalam zaman facebook ni.

KAU JELES ye penguin, aku dah jadi keluarga fox? HAHAHAHAHAHAHAHA

okaithnxbai.

Jumat, November 26, 2010

Resipi Sup ayam berempah sup bunjut

Selamat pagi.

tahu tak yang semalam saya sibuk mencari resipi sup ayam tanpa guna rencah rencah macam saya selalu buat. saya tak pernah buat sup guna sup bunjut sebenarnya sebab itu macam weird gila HAHAHA lepas tu meroyan lah minta orang carikan resipi lah, bahan bahan lah. cara² hanya main campak sahaja jadi tidak perlu lah sampai cara cara.


kemudian datanglah seorang heroin bernama nadya, skandal saya diwaktu susah (HAHAH) dengan penuh istiqamah, beliau memberikan tiga resipi sup ayam. dua resipi dia emailkan dan saya tak dapat membaca sebab tak setup email dalam torch, dan satu resipi beliau sendiri yang diberi di facebook. THANKSSSS hoi darlingg, kamu menyelamatkan saya T_____T


sedih, kali terakhir jejak kaki dekat situ mungkin?
kenapa hengkau nak sangat masak sup hayam? sebab saya teringin sangat sampai meleleh hingus tahu tak betapa saya suka makan sambal kicap dengan sup? tsk oh lepas tu gula hati datang untuk temankan saya pulang jubah dekat unisel sana. jadi ada dua sebab kenapa nak sangat masak sup hayam HAHHAHAHAA nama sup hayam pun sodap.

jom kita berkongsi resipi sup hayam nadya tapi diolah sikit oleh liyana lunia


bawang merah, bawang putih, halia tumbuk lumat
BAHAN BAHAN ( 4 orang makan )
5 ketul ayam bersaiz sederhana .
* 2 biji bawang merah
* 3 biji bawang putih
* seinci halia ( hentam lah macam mana jangan banyak sangat sudah)
2 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
1 kopek kulit kayu manis.


CARA CARA main campak sahaja adalah :
tumbuk bahan ber(*) sehingga lumat, bayangkan muka someone yang ada hangin pelisss.
tumiskan sehingga naik bau yang wangi semerbak, masukkan rempah ratus,
masukkan air secara suka hati,
masukkan hayam dengan tenang,
masukkan kentang yang sudah dikupas, saya letak sebijik
masukkan garam secukup rasa
dan jangan lupa sup bunjut, grrr tak reti betul guna bunjut bunjut
HASIL dia , fwz cakap agak masin. HEH kalau masin orang kata dah nak kawin kan? grrr tapi bila makan dengan nasi tak ada lah masin sangat kan b? grr sikit je masin, masa awal awal makan tu je. so far, abang and akak tak ada complain HAHA kira dah lepas dah HAHAHA.


sambal kicap pedas gila. nyammy i likeeee
(padahal tak olah apa pun saja nak buat cerita aku olah resipi puan nadya neh HAHA)
thanksss sgt beb, susah kan u cari resipi :( ahahaha. btw saya tetap suka sup ayam emak buat, lagi rasa something yang susah nak cakap. nak emak masak nak emak masak, nak emak masak :(

emak balik nanti, terus nak belajar semua masakan :D

oh, semalam pergi UNISEL dengan fwz, kiteorang senyum gembira sahaja, mana tak nya tempat bertemu, bermesra, berdating, bercinta, bergaduh, bermain hujan HAHAHA :) thankssssssss semua yang saya kenal (sebab saya tak terkenal wuu) sebab buat saya happy, thankssssssss semua lecturer fitm, kawan kawan dpi, housemate yang sengal, and fwzQram :)

okaithnxbai.

Senin, November 22, 2010

Photo Entry : Convocation UNISEL Liyana Lunia

Selamat tengahari.


bunga pertama dalam cinta manis.

malu *merah pipi*
tahu tak dekat rumah dah tak boleh online? sebab saya syak dah kene potong tak bayar KAH KAH KAH jadi kene lah online dekat office, nasib baik belum banyak keje jadi terpaksa lah menempek dekat sini sahaja.


peneman saya terima kasih kakak saya dan kekasih saya :P
alhamdullilah, dah selesai lah Convocation Unisel session 4 semalam dalam pukul 5. grrr panas gila unisel, cair habis mekap semua oh semalam saya kene mekap, GAHAHA habis hidup aku bila kene mekapp mekapp ni grr.


berjalan kaki di bawah matahari terik, grr
semalam, happy sangat sebab kakak dengan faweez sudi teman kan saya, ontheway ke UNISEL pun sangat baik, cuaca sangat nice waktu tu tapi bila sampai je dekat sana, teruk gilaaa. jem sampai setengah jam semata mata nak cari parking, agak menyiksa jiwa dan mekap nasib baik kereta ada aircond kalau tak ada macam mana? grr UNISEL perlu ada banyak pokok dan bumbung lah HAHA.

Istiadat Konvokesyen UNISEL yang ke 5 :)

dewan istiadat.

zety ; ika ; me :) kawan sejak sem 1 . kami rapat dan kami antara 5 perempuan dalam class grr.

zana ; ayun. housemate saya yang paling terbaik dalam dunia. sorry sangat gambar blur T_T

coursemate ayun ; dari kiri : itik, penguin, turtle dan ayam :P
masuk dewan pun agak sedih sebab tak pegang henfon, tak dapat bercamwhore. tapi saya suka betul dorang main gong (gendang?) apa tah tu sedap. naik atas stage langsung tak fikir apa dah, semua yang saya dah belajar terus hilang KAH KAH KAH terus lupa atas stage tu. malu woi, pipi rasa tebal 50 inci T______T

tak puas, keluar dewan kawan kawan semua dah ramai yang cabut lari, dengan parking jauh, jambangan bunga yang banyak, serta sotong kuning yang berat terus rasa nak balik grr alhamdullilah walaupun emak dengan apak jauh, mereka tetap pesan dekat akak belikan something untuk sayaaa. *suka suka*

peneman. CAKAP KEJUUUU :P

berminat nak ambil model? grr
baiklah entry ini entry penuhkoleksi gambar, terima kasih banyak banyak yang wish dekat entry my 1st convocation day. HAHA entry tu saya buat sebelum pergi. oh jubah dia nice juga lah walaupun saya tak minat kelabu grr

sebenarnya dah upload dalam facebook, tapi nak letak juga dekat entry HAHAHA



hadiah dari kakak. ros pink :D terima kasih yaaaa.

hadiah dari emak dan apak yang jauh di mata, dekat di hati. dipilih, digodek oleh kakak saya. terima kasih kak ya,
sotong kuning tu, mula mula saya tertarik yang kecil, lepas tu entah macam mana kakak pilih yang paling besar. yang menakjubkan harga dia tak lebih rm100 :) padahal yang kecik tu rm45. grr :) btw bunga adalah bunga sabun. tak sabar nak tunjuk parent dan abang & kakak ipar n adik saya yang akan balik 15 december ini.

nak ambil gambar familyyyy walaupun tanpa jubah. HAHAHA jubah besar taknak :(

banyak ah gambar T___________T siapa yang berkawan dalam facebook, jom tengok lagiii dekat facebook liyana binti ainul. oh bytheway saya tak boleh jadi model la, WAKAKA tak reti posing posing, tapi jadi photographer boleh lah. siapa nak? grr

okai bai.

Minggu, November 21, 2010

My 1st convocation day.

Selamat pagi.


Alhamdullilah, tahun 2007 sampai 2009 belajar dekat UNISEL tu haaa, 2 tahun setengah belajar dekat sana, fun memang fun, memori dekat UNISEL yang paling tak boleh blah masa kenal encik gula hati, kawan dengan ayun, zana, zety and ika :)

Grrr hari ini hari konvokosyen saya :) hari ini saya pergi dengan kakak and encik gula hati, nasib baik fwz tak kisah datang and ambil saya :) grrr banyak banyak terhutang dengan beliau b, jom kawin cpt hahaha


Emak, apak, yana happy sgt sgt akhirnya dah dapat diploma tapi terkilan mak n apak tak dapat tengok, tapi tapi tak apa, yana degree nanti mak and apak kene dtggg :) grrr




Ye lah diploma tak penting sgt. Serius ada orang cakap cmni grrr. Haha diploma dr unisel pun dah cukup bangga grr. Okayyy saya takut nak naik pentas ni, nanti dia konvo, jangan lupa satu lori bunghaaa taww ha ha ha

Takutnyaa nak naik stage, takutnyaaa kasut tetanggal haha gelak dalam sedih, terkilan, sedih. Kusut.

okai bai.

Kamis, November 18, 2010

Sesi mengambil jubah konvokesyen di UNISEL Batang Berjuntai.

Selamat pagi.

*sambil dengar lagu lewat semesta ; randy pangalila ( entah nama betul aku tak tahu HAHA)


hari isnin lepas, saya pergi Unisel Batang Berjuntai dengan teman tersayang, zety and ayuna. ditemani oleh boprengg yang very memahami goprengg yang penakut bawak kereta. grr tapi saya tunjuk gak skill drive depan boprengg bawa aaron ambil zety dekat KTM Batu Caves, HA HA tapi fwz kata dia pening tak drive , atau dia tak rela i drive? itu yang kita tak tahu sebenarnya (T_T)

jadi co-driver macam biasa sibuk nak capture semua benda yang boleh dicapture. kadang kadang berminat nak ada dslr sendiri tapi bila fikir gambar sendiri tak akan ada dalam dslr, jadi tak payah beli . eh cakap macam mampu je nak beli dslr (nangis*) HWAHAHAA

zana, awal awal dah warning suruh pergi sebelum 9am sebab ramai gila orang katanya. saya pulak kene zety and fwz, macam mana nak pergi kalau takdak depa, jadi pukul 11am baru bertolak dari gombak. dalam hati, dup dap dup dap, harap tak ramai sangat, harap dapat setel sebelum 5, bermacam harapan dalam hati dan akhirnya tak ada lah ramai sangat. mungkin mereka ambil awal sebab nak balik kampung raya haji kot tapi finance ni macam slow sikit (T_T) and staff pun tak ramai yang friendly, grrr

sambil tunggu nombor, pergi lunch dulu dekat BATANG BERJUNTAI purple cafe, hancur betul masakan mereka ini, lepas ni tak nak dah pergi situ. mahal tapi teruk grr dan waktu tu lah dapat berita BBTorch jadi kepunyaan, terus tak ada selera. memang tak sedap lepas tu berita gembira, hasil dia tak habis lah nasi semua tu. HAAA malas ah nak taip lagi, perut tengah sakit ni. makan rendang semalam banyak sangat dari subuh sampai sekarang masih sakit lagi. HAHAHA

btw, seronok dapat share dengan kawan kawan bila tahu saya dapat memiliki torch. heee


ayuna.

serius, ayun makin lawa dengan rambut panjang camtu, eeeee comel comel, waktu jadi roomates ayuna, saya suka ejek rambut dia macam berus jamban sebab rambut dia pendek and tajam tajam but now dah lembut dah boleh ikat dah. HAHAHAHA comel jeeeee

fwz,

grr, pening eh bila saya bawak kereta? sedihhhhnya T___T eh terima kasih tau teman hihi

zety.

hahaha, muka garang woo. thanks cik, sanggup turun kat KTM. esok pun kene turun situ gak tawww. HAHAHA
eh, gambar jubah mana? maluuu lah, jubah saya baru iron semalam. nanti lah saya letak dalam belog, grrr

okai bai.

Selasa, Oktober 26, 2010

surat konvo dari UNISEL dah sampai :P

Selamat pagi,

entry fendek, bos keluar pegi meeting dekat ipoh YAHOOO tapi balik tengahari (T___T)


bulan november ini, berakhir lah status sebagai seorang student diploma kerana saya akan menjalani proses peng-konvo-an , tarikh konvo adalah 21 november, pukul 1.45pm, sesi ke empat, masa pendaftaran sebelum 1.30pm agak seram juga la bila fikir lagi sebulan nak naik atas pentas ramai orang pakai jubah, pakai hood pegang mortar board, baju waktu tu saya fikir tak perlu bergelip gelip (atau kelip kelip ) sebab robe mesti besar dengan saiz badan jadi tak perlu bergelip gelip bagai.


kasut pula tak boleh pakai heels, heh macamengkaupakaiheelsjekan so nak cari kasut hitam bertutup. oh semalam dapat gaji tapi gaji bulan ini tak berapa lah macam bulan lepas T____T dah lah bulan ini banyak gila pakai duit, jadi encik gula hati, bulan ini tak ada dating ye kecuali awak teman saya pergi ambil jubah , rehearsal and konvo saye ye :P


comel tak? sebijik mcm saya tak
konvokesyen saya yang pertama, tanpa kehadiran emak dan apak. saya redha sebab mereka akan menunaikan ibadah haji. akan berangkat on 4 november :) tak sempat la saya nak menggayakan jubah depan emak and apak tapi saya promise, saya nak sambung degree, nak sambung master, nak emak and apak bergambar sama sama pakai jubah (air mata meleleh sampai banjir hopis dah)

tamo cakap pasal konvo dah. tapi ada sesiapa nak follow jadi cameraman tak? tak apa, camera saya sediakan, awak cuma jadi cameraman je. siapa nak meh lah komen, yang penting SERIUSSSSSS :D

okai bai.

Jumat, Oktober 22, 2010

Peringatan Gadis Jangan hias kereta anda.

Selamat pagi,

hari ini saya nak share sedikit kisah yang saya terima dari email. heh ini ingatan untuk kita kita gadis manis yang dah mula memiliki kereta sendiri.



Hi...Girls.. ....Take care.

Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu. Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta peronda polis berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya , seorang polisi datang ke arah saya.
"Selamat Pagi, Cik Kak.."
"Errr selamat pagi"..jawab saya, dengan nada yang terkejut. Tahu yang saya nampak panik, polisi tu tersenyum sambil berkata:

" Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?"..

"Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?"

"Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja. Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma...macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh..berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas".

"Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar 'mereka' susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih".
"Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai.. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik". kata polisi itu lagi sebelum berlalu.
"Terima Kasih encik.." jawab saya, bertambah-tambah pucat. Errrrrrrr... . betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma.Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm... nampaknya Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.

Moral of the story:
Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak, tetapi juga menarik
penjenayah!!

-> Kepada semua pemandu wanita, JAGA DIRI!! Tolong sebarkan kepada yang
tersayang

ku terbaca berita tentang gadis yang di rompak, di cabul dan ditinggalkan kesan lovebite di leher beliau sebab beliau tak mahu buat oral seks sama penjenayah tersebut. sungguh bahaya. mari baca di belog kak sumi tapi agak funny gk la story dia ni. tapiiii jangan gelak pulak sebab itu nasib dia T____T

see, saya sayang kalian my gadis gadis, jadi sila dengar ini cerita. memang betul pun ia membahayakan kita sendiri. oh bagi abang abang hot yang suka hias kereta comel comel pun kene take note ye sebab masa saya dekat unisel memang ada lelaki yang hias kereta dia , tak percaya?


er, sebenarnya nampak ada lelaki masuk kereta ini tapi tak sure la lelaki ke pmpuan wkaka T__T
okai bai.

Kamis, September 02, 2010

Memori ramadhan di Unisel.

Selamat malam.

esok mula lah semua budak budak sekolah (ecewah, now saya dah bekerjaya jadi kene gelarkan kalian budak budak lah HAHA) bersenang lenang dekat rumah. padahal dia tak tahu nanti masuk semester macam macam test dorang kene lalui. tak apa bergembira lah sekarang ( HAHA keji betul )



gadis bekerjaya macam saya pun ada cuti heh, bukan tak ada. jadi bila ada cuti sila bersyukur (T_T) mula mula masuk ofis sangat happy bila tengok white board ada notis cuti from 8hb until 20hb but bila bos masuk dia cakap ' Ynn, u masuk 15 and 17hn tau, i je cuti sampai 20hb' ( MENANGIS AIR MATA DARAH PUN TIDAK BERGUNA ) terpaksa lah saya sengih sahaja walhal baru 45minit muka saya tegang :(

tapi tak apa, kira ada lah masa cuti untuk berjalan jalan dengan family. ehem seronok.

sebenarnya, saya teringat masa dekat unisel. berpuasa dekat unisel masa sem pertama dan keempat adalah paling hebat. semester pertama adalah semester paling saya suka kerana waktu itu waktu sedang berbunga bunga dengan encik buah hati.

tapi waktu itu waktu malu malu nak dating nama dia. setakat call suruh bangun sahur, pergi bazar pun berselisih senyum senyum sepanjang ramadhan. tapi bila nak balik bercuti baru lah berani pergi makan berdua-duaan. lepas makan dating belakang falkulti. lepas tu dapat call emak dah sampai bukit tagar terus meroyan balik laju laju kemas barang semua (T_T)

masa itu ingat boleh sambut ramadhan dengan dia bersama sama untuk ramadhan yang akan datang, rupanya tak sempat, buah hati saya masuk PSIS (T_T) jadi sepanjang ramadhan di unisel saya di temani teman teman terhebat. tehee menarik nak cerita pasal ramadhan dekat unisel. sangat menarik bila budak lelaki masuk class badan bau rokok LOL

okay dah lagi seminggu nak raya. jom pasang langsir baru, pasang sarung kusyen baru. tahun ini emak cakap tak perlu buat ketupat (YAHOOO) pagi raya kita makan nasi minyak sahaja. tapi saya ingat nak import ketupat daun palas lah dari mummy qaisara dekat kedah sana. tehee ;p


tak sabar nak pakai baju ini pagi raya nanti. :D

okai bai.

Selasa, Agustus 17, 2010

Permohonan kemasukan UITM sesi Disember 2010.

Selamat pagi.

Siapa dekat sini yang masih berminat untuk sambung belajar dan malas nak kerja ( macam saya LOL ) meh kita sama sama isi borang untuk kemasukan Uitm bulan disember 2010. tarikh permohonan adalah semalam 16 august 2010 sehingga 19 september 2010.

ada banyak course menarik ofcz yang kita boleh pilih.



tq acik ayuna ingatkan kita ♥

cepat hoi, i pun tengah isi borang mari lah sama sama kita jadi warga uitm juga LOL HAHAHAHA gedik gila cakap macam tu ;p
kecemerlangan berterusangggg
♥ okai bai.

Senin, Agustus 16, 2010

Update : Biskut raya ; Berry Crumb.

Selamat pagi

hari ini hari ke enam saya dalam ofis baru dan hari ke enam kita semua dalam mood berpuasa. serius jadual tidur semua dah berubah, kalau boleh dalam ofis pun rasa nak tidur dan ingat senang jadi orang kuat tidur? :(



HAHA dua hari duduk rumah tanpa sebarang gosip,dua hari juga menjadikan kuih sedap di atas sebagai bahan santapan untuk diri sendiri dan juga keluarga. kuih bernama berry crumb itu pernah saya tunjuk tahun lepas, bukan saya yang buat, tetapi saya tempah. T________T

sebenarnya macam ini, kalau siapa tak tahu waktu saya di UNISEL dulu saya rapat dengan ayunajeeha yang merupakan anak kepada tauke kueh raya. bila ayunajeeha bawak kueh raya balik hostel, anak anak dia yang lain( saya tasnim dan zana ) akan tertunggu tunggu kueh raya yang banyak dari dia. kira heaven gila kalau raya and balik hostel ada banyak kueh raya. semua nya stock sedapgilaaaaaaaaa bukan setakat sedap biasa sahaja tahu?

:(


biskut strawberry bersalut chokolate dan crumb crumb yang crunchyyy
jadi saya dah jatuh hati dengan kueh bernama berry crumb ini, hendak minta resipi macam boleh blah sekarang jadi terpaksa (EHEHEE terpaksa kaw) lah saya beli dekat ayun HAHAHAHA ;p saya nak beli 200biji untuk raya ini.

oh jangan risau, ada banyak lagi kueh lain, anda berminat tak? jika berminat boleh tiggalkan pesanan di ruang comment, dan saya tunjuk sample yang lain, juga saya akan beri link facebook ayunajeeha teruss kepada anda :D
UPDATE : siapa nak pelis isi form dekat sini.
♥ okai bai.
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !