Tampilkan postingan dengan label L untuk Liyana. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label L untuk Liyana. Tampilkan semua postingan

Jumat, Oktober 01, 2010

Entry terbaik, peserta L untuk Liyana, Blackberry Torch :)

Selamat malam.

diwaktu entry ini diterbitkan, saya dengan hud hud and my baby , raracandyfloss tengah menghadiri satu event exlusive sangat pelancaran blackberry torch dekat bukit bintang. YAHOOoOOooO minggu lepas dapat invitation untuk iphone 4 but tak pergi coz rara still dekat jb lagi.

btw entry ringkas ini sebagai penutup keluh kesah peserta L untuk Liyana yang sakan menulis entry memuji beliaau ( saya, liyana tu ) heee, rule untuk entry adalah senang, hanya tulis apa yang anda suka / tidak suka dia.

ramai yang menyukai saya (terharu) menyukai header aneh saya (terharu) entry merapu yang panjang lebar tak ada noktah sebab saya malas letak noktah (terharu) nama liyana lunia (terharu) and ada juga yang delete entry mereka mungkin sebab malu atau segan atau er entah saya pun tak tahu kenapa T__T tapi tak apa, saya hargainya semua orang adalah pemenang bukan pengalah.

jadi, pemenang entry terbaik yang memang terbaik sekali baca je dah terkentut sebab angin kus kus menyerang sambil bergelak secara rakus adalah



nurainhassan


dan pasangannya



fitrihadidotcom

HAHAHAHAHA, aku baca entry dorang terus kejang perut. kuang asam betul dedua kutuk hebat gila (T_T) sebab itu saya rasa diaorang memang terbaik lah HAHAHAHA so, both of you please email me your alamat and tunggu lah dalam masa seminggu dua ini okay? ;)

but BUT but BUT , to those yang rasa beliau adalah tidak bertuah, anda sangat salah seriusli because anda semua adalah yang bertuah sebab mempunyai kesungguhan untuk menjoinkan diri ke dalam contest L untuk Liyana. PLEASEEE, tolong lah semua yang join this contest, bagi alamat anda di contact me. PLEASEEEEEE . secepat mungkin sebab saya akan memberi seprais kepada semua.
pemenang Galeri gambar L untuk Liyana, siapa yang rasa tak bagi alamat lagi, pelis bagi cepat. kang i mengamuk karang LOL
okai bai.

Kamis, September 30, 2010

Gadis over, anda pemenang yang di cari.

Selamat tengah malam.

YEY akhirnya bersusah payah memilih gambar over dalam galeri gambar L untuk Liyana, sampai rasa nak menangis sebab terlampau sibuk minggu ini dengan urusan kerjaya. oh gadis bekerjaya macam saya sekarang nak menghadap anda semua pun agak payah. rinduuu nak berbual mesra macam dulu.

oh okay dipendekkan entry ini yang sedia pendek sebab lately selalu buat entry pendek kerana sibuk. jadi penekanan di sini adalah saya liyana lunia adalah gadis bekerjaya yang sibuk HAHAHAHA apahal lah pergi ulang ayat sama nasib baik tak ulang sampai 200patah perkataan nanti orang pun pelik kenapa entry engkau sama macam lagu melly goeslow entah apa tajuk dia cuba engkau google lagu baru melly goeslow dan menyanyi bersama dia confirm engkau rasa nak pukul kepala dia sebab cipta lagu macam itu (T__T)

heh cakap entry pendek, cerita pasal melly goeslow terus panjang berjela macam mana entah minah ni. harap anda bersabar lah sebab saya tahu anda sentiasa penyabar HAHA.

baiklah, sekarang kita tengok insan insan yang bertuah merangkul wang tunai rm10 (eee, malunyaa cakap macam ni). sila beri alamat rumah anda di contact me supaya saya boleh memberi sesuatu yang menarik YAHOooOoo



Habis siapa lima yang bertuah ? HOMAI susah okay, macam mana kalau ada 500 peserta confirm aku menangis. (T__T) baik lah baik lah, lima ( 5 ) gambar paling over adalah

1. Cuba.
2. Buka.
3. Link.
4. Ini.
5. Please.


BUKA LINK SATU PERSATU UNTUK MELIHAT PEMENANG HAHA

dan tunggu esok/lusa untuk pemenang entry paling menarik yang i confirm hadiah misteri adalah sangat menarik. HE HEE HEE *gelak jahat :)

okai bai.

Minggu, September 26, 2010

Contest L untuk Liyana berakhir sudah.

Selamat malam.

Alhamdullilahh, AKHIRNYAAAA sudah tamat lah contest selama dua minggu mungkin (?) yang agak susah payah dengan hadiah yang tidak seberapa (T_T) sedih pulak rasanya AHAHA tapi alhamdullilah entah macam mana terasa ramai yang support contest kali ini, walaupun sukar atau menyusahkan tetapi masih ada yang sudi join kan diri beliau. YEHAW.


qaisara cakap gudluck kakak kakak dan abang abang semuaa. YAHOOO :P

oh ini adalah senarai beliau yang berjaya menyusahkan diri masing masing dengan membuat lima sebab kenapa dia suka / tidak suka belog liyanaa.com tehee.
1. Yasmin

2. Mieya

3. RosaNatasha

4. Nana

5. Anyss

6. Deyla

7. Syamimi Haziqah

8. ChentaMaya

9. Lassie

10. NurainHassan

11. Cik Sya

12. Rozi Ahmad

13. Mien.

14. Nadd.

15. Zqah Ali

16. Miza Yusof

17. Fitrihadi.com
dan anda boleh melihat gadis galeri gambar L untuk Liyana dekat friendpages Liyana Lunia. tawwww. HAHA kene tukar gadis jadi galeri since ada peserta tunggal lelaki. karang letak gadis ada pulak kene ngorat nanti WAHAHAH T______T,
Kesayangan semua, insyallah jika tiada aral melintang saya akan mengumumkan siapa yang bertuah pada 29september ini. dan siapa yang bertuah tu macam biasa jangan menangis terharu sangat tahu? menakutkan nanti HAAHHA :P
saya juga sangat sangat terharu dengan keikhlasan kalian yang sudi sangat join walaupun tahu hadiah dia bukan sebiji laptop. terima kasih banyak banyak (nangis meleleh hingus dah ni :* )

okai bai.

Jumat, September 24, 2010

Hari penutupan Contest L untuk Liyana. YAHOO

Selamat pagi.

hai 25 september 2010. saya tak sabar menantikan kehadiran kanda (tiba tiba) harap cepat lah encik 25 september datang kerana saya akan menutup contest L untuk Liyana tepat 11.59 pm 25 september 2010. seronoknyaaaaa sebab boleh tahan lah ramai adik manis yang join.


gadis pulak (T_T) padahal lelaki pun kene join. tsk
adik kacak macam segan nak join kenapa? HAHAHAHA oleh itu saya assume pembaca belog saya majoriti adalah perempuan YEY tak apa lah walaupun sedih tapi tak apa, mungkin susah agaknya contest L untuk Liyana (pasrah) tapi ini tak mungkin contest terakhir. tak mungkin lah kan, makin banyak rezeki, makin banyak yang akan saya kongsikan terima kasih kalian :D

sebenarnya takut gila nak buat contest, ada dua ketakutan satu adalah tak ada orang join atau ke dua lebih 500orang join. ia ketakutan kedua adalah merepek, jangan percaya sangat unless aku bagi laptop sebiji confirm ramai nak join betul tak? HAHAHA (T_T)

jadi ada beberapa saat lagi kalau ada siapa siapa nak juga join di persilakan ;)
hadiah rm10 untuk 5 entry terbaik dan 2 hadiah specil untuk gambar paling over tu saya rasa macam nak tukar lah, bagi rm10 kepada 5 gadis terbaik dalam gambar dan hadiah special untuk entry lah.
senarai peserta ada di sini.

okai bai.

Minggu, September 19, 2010

Contest L untuk Liyana

(STICKY ENTRY - entry baru dekat bawah kerana contest ini still berjalan lagi sehingga 25 sept 2010 :)
Selamat petang

YEY, (setiap entry kalau tak ada YEY macam tak lengkap, jadi sila biasakan HAHA) siapa hendak duit raya sila baca entry ini dengan teliti kerana jarang sekali saya , si manis liyana hendak memberi anda duit rayaaaa ( YAHOO00OO ) jarang dia macam dua tiga tahun lagi baru anda dapat benda free tetapi duit raya yang di beri bukan lah sebanyak rm500 seperti penjawat awam dapat. tidak jangan lah begitu tinggi angan angan anda.



tatapi kalau hendak duit raya, bukan senang senang sahaja boleh dapat tahu? kene lah buat sesuatu yang comel.Contest ini senang je, ada dua syarat utama iaitu belanja saya pizza hut dan menjadi follower belog saya ( okay tak, saya tipu je)

APA YANG ANDA PERLUKAN?
1. BLOG.

2. KESUNGGUHAN
APA YANG PERLU ANDA PATUHI?
1. Buat entry paling comel dan beri lima (5) point kenapa anda suka/tidak suka Liyanaa.com, bukan suka owner dia tahu? tapi belog ini. mungkin designnya atau entry merapu dia atau owner dia comel dan single (HAHAHAHAHA)

2. sertakan satu gambar anda yang paling over seperti gambar ini. dah nama pun ini contest Liyanaa.com : L for Liyana kan? jadi sila lah buat tangan L anda itu dengan hots, kratif dan over gila (HAHAndabolehedittapijanganterlampauHAHA)

3. buat 48 jam entry melekit ( tutorial sticky entry ).

4. Tinggalkan link entry anda di comment form.

5. oh jangan lupa tempek banner saya di sidebar anda :)

6. Lupa nak cakap, tajuk entry adalah = Contest L untuk Liyana



Hadiah?
Rm 50 akan dibahagi kepada 5 pemenang :) = ramai keliru kan? baiklah untuk pengetahuan handa, 50 bahagi 5 adalah 10. jadi 5 orang pemenang akan dapat Rm 10 sebagai hadiah duit raya mereka. Terima kasih. :D

dan 2 peserta yang mempunyai gambar L for Liyana paling vogue akan mendapat hadiah misteri (SHHH, misteri itu yang kita mahu).
contest akan ditutup secara suka hati. HA HA HA
okay tak, contest akan ditutup on 25 sept 2010. dan akan di umumkan pemenang on 29sept 2010 anniversary ke -3. okay bai.
okai bai.
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !