Tampilkan postingan dengan label advertorial. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label advertorial. Tampilkan semua postingan

Selasa, September 30, 2014

Miss XES Elegant 2014/2015 Signing Ceremony

Miss XES Elegant 2014/2015 signing ceremony di Glenmarie, Shah Alam pastilah tidak boleh dilepaskan. Kenapa pula tidak boleh dilepaskan? mungkin anda kena pergi baca dulu entry saya sebelum di XES Premium Signature Boutique Opening Event

Baiklah, masuk sahaja ke dalam Butik XES di Glenmarie terus mata tertumpu pada hamper yang bersaiz seekor chibi dengan dipenuhi dengan handbag dan kasut jenama XES ! banyak betul dalam hamper tu kalau boleh bawak lari, saya dah bawak lari dah awaak tapi kerana saya pemalu, saya tatap dari jauh sahaja.





Majlis ini diadakan bagi melantik seorang gadis sebagai duta dan jurucakap bagi produk XES bermula pada  1 Oktober 2014 sehingga 30 September 2015 dan selaku duta bagi produk XES beliau akan mendapat beberapa keistimewaan yang para wanita idamkan diantaranya ialah kontrak bernilai RM16,000 termasuk  RM 1000 tunai ketika majlis menandatangan sebagai Miss XES Elegant 2014 / 2015,bekalan kasut dan bag tangan daripada XES yang bernilai RM3,600 selama setahun  dan RM3,900 untuk pelbagai iklan di dalam media massa 

Baiklah, boleh pergi koma sekarang! oh by the way tak payah la koma liyana, apa kata liyana pergi masuk gymm sekarang kuruskan badan liyana kemudian masuk kelas menaikkan semangat kelas personaliti kelas bahasa inggeris agar tahun depan liyana dapat menjadi Miss XES Elegent. hmmm! yang gelak tu dah boleh pergi sembelit sekarang

   
Si cantik Mico Pun dan wanita gorgeous diantara seluruh wanita di Malaysia, Sabrina. Bukan bodek, bukan!



Stage Name: Mico Pun
Age: 22 years old
Date of Birth: 1st March 1992
Place of Birth: Johor Bahru
Ethnicity: Chinese
Citizenship: Malaysian
Facebook: Xiaomi Mimi Instagram: Xiaomi_mimi
Height: 169cm
Vital Stats: 33D-25-36
Weight: 52kg
Language: Chinese, English
Special Talent: Belly Dance

Mr. Simpson Wong , managing director yang murah senyuman. senyum je sepanjang hari. amboi dia!

Ofcourse nak ambil aura Miss Elegant XES 2014 mana tahu tahun depan kita pula jadi duta XES boleh lah melaram setahun dengan kasut and handbag XES yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. baiklah jangan berharap. kahkahkah!

Selfie pula dengan rakan blogger yang sudi datang all the way from seremban , Schanazri dengan semangat pukul 7am dah naik ktm ya ampun scha kamu begitu tabah dan bersemenagat HAHAHAHA ! semoga kita dipertemukan lagi pada event-event seterusnya. Oh kebetulan kami berdua sedang sakan menanam anggur selepas tamat pengajian. 



Sempat juga lepak dengan Iqa dari blog withlovekisses.com ! curi gambar wefie dari blog dia. HAHAHA

Dan pada kemuncak majlis ini berlangsung pihak XES sekali lagi bermurah hati untuk memberi peluang para media/blogger memilih sebarang jenis samaada kasut atau bag tangan produk XES di dalam butik tersebut. Baiklah! seperti yang diperkatakan pada entry yang lalu XES Premium Signature Boutique Opening Event pastilah saya akan memilih XES summer collection memang menggiurkan. Jadi persoalan disini, diantara XES summer collection dibawah, yang manakan pilihan hati liyana lunia? jawapan yang tepat tiada markah ! HAHAHAHAHA okay tak lawak.



Pencinta Kasut dan Bag Tangan XES boleh ikuti mereka di
Facebook :
https://www.facebook.com/xesshoes
Instagram :
http://instagram.com/xesshoes



Jumat, Agustus 22, 2014

Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove

Masalah rambut yang mudah rapuh dan gugur adalah masalah yang paling membingungkan dan menakutkan kaum wanita, walaupun beliau bertudung. Contoh terdekat , saya. Walaupun saya bertudung, rambut gugur dan melekat pada tudung amat memalukan kadang-kadang kawan tarik rambut tu dari tudung kalau yang nampak itu rakan wanita , tak kisah lah tapi kalau kawan lelaki?
Isteri mana yang tak risau jika suami pula membelai rambut , dan tertarik rambut rapuh kita. Bergompol satu tangan , hey malunyaaaaaaaa kan?!  Saya yang belum bersuami pun malu , saia ta kuad T______T
sesi pendaftaran peserta dan penerimaan kunci bilik - 1 peserta 1 bilik. phew
Oleh kerana itu, Dove Malaysia telah menjemput beberapa rakan blogger dan media untuk menghadiri bengkel Serlahkan Diri Dalam 14 Hari di Putrajaya, Shangri La Hotel . Terima kasih Shangri La dan Unilever Malaysia diatas jemputan dan tempat penginapan selama 2 hari 1 malam yang super awesome .

Bilik tidur yang selesa dan luas untuk seorang peserta amat menenangkan.
Tidak sempat para peserta bersantai dibilik, kami diberi peluang untuk relax dengan urutan di badan dan kepala. ketika ini para peserta diberi pilihan untuk menggunakan Dove Hair Tonic yang super wangi dan menyegarkan. Sejuk saja kulit kepala. Wangi ! Para suami pasti suka dengan bauannya. auwww 

Kemudian 'sharing session' bersama Pn. Aniqah dan Pn.Hanim. Pn. Aniqah berkongsi tips dan teknik untuk mengimbangi hubungan antara keluarga dan pasangan. Sebagai seorang yang merasakan dirinya pengasih dan penyayang, saya telah memilih antara Harmoni, Romantik dan Pengasih & Penyayang. Kasih antara manusia dan haiwan juga memberikan impak positif kepada kita occay!

Pn. Hanim pula berkongsi tips untuk keyakinan diri. Pelbagai game menarik yang disediakan oleh Pn.Hanim antaranya melekatkan kertas A4 di belakang badan, sementara peserta yang tidak pernah kita kenali menulis '1st impression' mereka. bagi seorang liyana pula, beliau memang nampak peramah walaupun belum pernah bertegur sapa YEEEEY!

Sempat bergambar dengan MC pada bengkel kali ini. Nana Mahazan antara artis akademi fantasia yang berjaya dan amat profesional . kelakar sangat nana ! walaupun sakit tekak pada pertengahan bengkel, suara pun tidak keluar tetapi nana tetap menghiburkan para peserta dengan telatah comelnya. nana juga tidak sombong melayan peserta yang suka mengusik dia. ehem! nana ke?

Sesi seterusnya adalah 'pillow talk' dimana Sharifah Shahira dan Yasmin Hani adalah selebriti yang diundang khas untuk berkongsi masalah dan cara untuk membendung keguguran rambut ini Suhainah dan Shariffah Nadia,yang juga sahabat baik.Mereka berdua berkongsi tentang cara mereka mengatasi masalah rambut gugur untuk mengembalikan keyakinan dan ketenangan jiwa.
Dapat bath robe juga ! yey 
sambil berpillow-talk , kita kunyah-kunyah tidbits juga credit @haniehidayah

Selesai pillow talk, pavlova chocolate chip redvelvet dan cekodok sempat melempiaskan impian mereka untuk berenang dan berendam ! bayangkan pukul 10pm dan suasana pula romantik habis. tapi kami dapat berendam sehingga 11pm sahaja. kemudian sambung pillow talk dalam bilik redvelvet ! seronoknyaaa! shangrila hotel memang best , nanti nak honeymoon dekat sini!
Hari kedua bengkel, sebelum pergi menjamu selera mestilah kene selfie dulu di cermin lif. kahkahkah !
Dijamu pula sebelum majlis pelancaran  “Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove” .  Sangat puas hati dengan buffet dari Shangrila Hotel Putrajaya. memang wajib honeymoon dekat sini nanti. HAHAHA
Yasmin Hani, Nana Mahazan , Ms Ashlee Ng, Personal Care Director, Unilever Malaysia,Suhainah and Shariffah Nadia, Ms.Heng Hui Ling, Brand Manager of Dove Hair, Unilever Malaysia ketika majlis pelancaran kempen“Serlahkan Diri Dalam 14 Hari”.

Para peserta Bengkel “Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove” yang havoc dan sporting habis. cute betul makcik bertudung merah yang ketot di belakang itew. kahkahkah!
 Mengenai kempen “Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove” 
Wanita Malaysia kini boleh menyertai kempen tersebut dengan melayari https://apps.facebook.com/serlahkandirimu/.

 Langkahnya termasuk:
  • Selama 14 hari, siapkan satu misi sehari 
  • Kongsi misi yang telah disempurnakan itu menerusi gambar atau kata-kata ringkas 
  • Tayangan video digital akan dicipta untuk peserta berdasarkan misi mereka yang telah disempurnakan selama 14 hari itu. 
  • Untuk memenangi salah satu hadiah, peserta perlu berkongsi video digital peribadi mereka itu di Facebook masing-masing. 
  • Lebih tinggi peluang mereka untuk menang apabila lebih banyak yang dikongsi. 
 Hadiah-hadiah bernilai sehingga RM20,000 menanti pemenang.


Rangkaian harga Dove Hair Fall Rescue System:
 • Syampu 375ml – RM 14.90
 • Perapi 180ml – RM 9.90
 • Tonik Rambut Intensif – RM 32.90

Kamis, Juni 19, 2014

XES Premium Signature Boutique Opening Event

Jadi , pada selasa lalu seorang Liyana telah dipelawa untuk bersama-sama memeriahkan majlis pembukaan XES Premium Signature Boutique Glenmarie Shah Alam. Pasti anda merupakan salah seorang pengguna barangan XES yang pastinya selesa dan bergaya kan? 
Tetapi sebelum memulakan tugas, mestilah kene bergambar dulu bersama cekodok Aidazura , redvelvet Innanie Arifin , Pavlova kesayangan anda dan Chocolate Chip WiidaRibbon 
Koleksi kasut mengikut zodiak dan tentunya anda yang suka membaca zodiak di dada majalah akan terus menerpa ke area ini. seperti saya! terus mencari pisces sampai terlupa mengambil gambar kerana sibuk menyarungkan kasut berzodiak pisces dikaki (T_________T) 
Kasut beriben seperti ini pasti menarik peminat riben seperti chocolate chip (wiida) ! LOL
XES bukan hanya tertumpu kepada barangan untuk sepasang kaki, malah bagi kaum wanita ini dia Koleksi Handbag yang pasti membuatkan anda tidak senang duduk kerana warnanya sangat menarik hati (T_______T)



Barangan penjagaan kaki, terutamanya jika anda mengalami masalah kaki berbau kerana malas hendak menukar stokin takut terlambat pergi meeting tetapi sebelum itu singgah beli nasi lemak juga boleh membeli produk jagaan kaki di butik XES ya.

Tak lupa juga buat kakak-kakak Shah Alam yang secara tiba-tiba bangun pagi kaki mengecil dan kasut terbesar, anda jangan risau pergi saja drive ke butik XES di Glenmarie dan anda akan jumpa penyelesaian kepada masalah anda itu.

Kaum adam, jangan bergusar hati. Koleksi kasut untuk lelaki semestinya ada di sediakan, ia juga menggiurkan dan membuatkan makwe pandang kaki anda tanpa henti, begitu lah penangan butik XES di Glenmarie ini.


Kakak-kakak nak pergi kerja risau kene marah sebab pakai selipar , boleh dah belek-belek koleksi kasut untuk pergi ke office di butik XES Glenmarie . Terlampau banyak pilihan !


Tak lupa juga , kanak-kanak ! jangan dilupakan kasut-kasut comel ini sekali pandang rasa nak makan bukan nak pakai. nasib baik anak buah baru 3 orang itu pun emak buah (seorang liyana) masih belajar kalau tidak aku dah borong dah kasut kanak-kanak ini. *ada alasan tak ada duit sebenarnya*

Sempena XES Premium Signature Boutique Opening Event , mereka telah melancarkan koleksi terbaru mereka iaitu Summer Collection . Pelbagai pilihan kasut dan handbag Summer Collection yang anda boleh pilih di Butik XES 


Menatap koleksi Summer ini dengan pelbagai warna ceria mampu merobohkan benteng pertahanan seorang wanita, lihat koleksi handbag dengan warna pastel, warna terang itu semuanya membuatkan seorang wanita boleh jatuh hati dan mengeluarkan bunyi *kaching* *kaching* daripada dompet mereka (T____________T)


credit photo : Wiida Ribbon


Dan pastinya pada penghujung XES Premium Signature Boutique Opening Event, ini terdapat kejutan yang saya tak pernah dapat kerana ini pertama kali seorang liyana menghadirkan diri dalam aktiviti blogger, kejutannya adalah setiap seorang blogger boleh memiliki salah satu produk XES yang berada didalam kedai tersebut secara percuma! 
baca lagi sekali : secara percumaaaaa!

MUKA KEGEMBIRAAN BLOGGER!
Tersenyum sipu masing-masing dapat membawa pulang barangan XES :D
Jadi , apakah barangan XES yang telah disambar oleh seorang liyana?
Rahciewww :p

Thankyou XES Signature Boutique :D


Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !